teori kecerdasan pelbagai (gardner)

Download Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)

Post on 31-Oct-2014

914 views

Category:

Education

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Terdapat 9 kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner. Kecerdasan itu ialah Kecerdasan verbal lingustik, logik matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensialisme. Slide ini tertumpu kepada pendidikan iaitu sesuai untuk guru-guru aplikasikan dalam kelas... Diharap dpt membantu.. ^_^

TRANSCRIPT

  • 1. MUNIRAH BT AB WAHAB D20071029171 W.NORASYIKIN BT W.ROSLAN D20071029586 MUNIRAH BT ABD RAHMAN TERANGKAN PANDANGAN D20071029595 GARDNER MENGENAI TEORI KECERDASAN NUR MAIZATUL AKMA BT PELBAGAI DAN ABDUL MANAP BAGAIMANAKAH D20071029596 TEORI ITU DAPAT NORIZAN BTE HASSAN MEMBANTU GURU D20071029606 DI DALAM PROSES P&P DI BILIK DARJAH

2. Dipelopori oleh Profesor Psikologi dari Universiti Harvard -Howard Gardner. Teori ini dikenali sebagai Multiple-Intelligence (1983) atau The Seven Intelligences. Namun pada 1997, Howard Gardner menambah satu kecerdasanTeori Kecerdasan pelbagai (gardner)iaitu kecerdasan naturalis.Pada 1999, beliau menambah lagi satu kecerdasan iaitu kecerdasan eksistensialisme. Menurut Gardner setiap insan mempunyai bukan satu tetapi sembilan kecerdasan yang berbeza. 3. Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna. Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita. 4. Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik).Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, perkaitan sebab dan akibat (logik), dan pengiraan. 5. Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, dan peta minda. 6. Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan. Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri. 7. Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik. Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. 8. Kemampuan untuk mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Contoh aktiviti: komunikasi antara individu, latihan empati, latihan kolaboratif, memberi maklum balas, strategi pembelajaran kooperatif dan sedia bekerjasama 9. Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati dir Contoh aktiviti: Strategi pemikiran, disiplin diri dan amalan pemusatan. 10. Prihatin dan berminat kepada alam sekitar (flora dan fauna). Peka terhadap perubahan sekeliling. Mempunyai kebolehan menentukan ikan di laut (nelayan), pergerakan burung, binatang dan lain-lain. 11. Memiliki ciri-ciri tertentu. Cenderung bersikap untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Individu yang mempunyai kecerdasan ini cenderung untuk menelaah sesuatu dengan lebih mendalam. 12. Bagaimanakah teori ini dapat membantu guru di dalam proses P&P di bilik darjah? Guru berupaya membangunkan bidang akademik dan kokurikulum. Membolehkan guru merancang proses dan strategi P&P secara berkesan dan baik. Seorang guru boleh menjadikan teori ini sebagai panduan untuk mereka merancang teknik, kaedah dan strategi P&P sesuai mengikut jenis kecerdasan yang terdapat pada pelajar. Guru boleh mempelbagaikan cara pengajarannya. Membolehkan guru mempelbagaikan cara penilaiannya terhadap pelajar-pelajarnya. Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran 13. RUMUSAN Setiap individu mempunyai kecerdasan yang berlainan. Setiap guru harus peka terhadap kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajar. Apabila kecerdasan diterokai secara tidak langsung akan membantu memotivasikan pelajar untuk terus belajar.