analisis metode pendidikan ibn abbas - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam teori kecerdasan...

28
JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 90 - 117 90 ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS Ku Muhamad Asmadi Bin Ku Mohd Saad* Faisal@ Ahmad Faisal Bin Abdul Hamid** * Calon Ijazah Kedoktoran, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Emel:[email protected] ** Ketua Jabatan, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Emel:[email protected] Abstrak Agama Islam telah menunjukkan kepada umat, bangsa dan tamadunnya bahawa Islam amat memberikan penekanan terhadap ilmu, pendidikan dan juga pengetahuan. Ia telah memberi satu isyarat penting agar setiap penganutnya mengambil peranan untuk menggali teknik, strategi dan asas- asas ilmu dalam pendidikan persis sepertimana yang telah diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW. Kajian ini menyentuh tentang analisis metode pendidikan Ibn Abbas RA yang diterima daripada baginda Rasulullah SAW dan juga guru-gurunya sehingga menjadikan beliau seorang insan yang cemerlang. Kata kunci : Analisis, Metode Pendidikan dan Ibn Abbas Abstract Islam has demonstrated to the people, nation and civilization that Islam places emphasis on science, education and knowledge. It has given an important signal to every believer to take part to dig techniques, strategies and principles of science in education exactly as was founded by Prophet Muhammad SAW. This study is about the analysis of educational methods Ibn Abbas RA received from the Prophet Muhammad SAW and also the teachers so that makes him a man of excellence. Keywords : Analysis, Educational Method, Ibn Abbas Pendahuluan Sesungguhnya pendidikan adalah warisan kebudayaan daripada generasi tua kepada generasi muda agar kehidupan masyarakat tetap berlanjutan. Ataupun dengan kata-kata lain, masyarakat mempunyai nilai-nilai budaya yang ingin disalurkan dari satu generasi ke satu generasi agar identiti masyarakat tersebut tetap terpelihara dan salah satu nilai budaya tersebut adalah budaya intelektual. Kemampuan intelektual juga beraneka ragam seperti kemampuan berbahasa, mengira, mengingati, berfikir dan mencipta. 1 Seseorang intelektual itu berjaya berfikir dan mencipta sesuatu khususnya dalam pendidikan pastinya tidak dapat dinafikan mempunyai cara, kaedah, teknik, metodologi dan juga metode-metode tertentu yang menjadikan dirinya itu seorang intelektual. 1 Hasan Langgulung (1991), Asas-Asas Pendidikan Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, c. 1. h. 3-4.

Upload: duongdan

Post on 28-Jul-2018

305 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 90 - 117

   

  90  

ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS

Ku Muhamad Asmadi Bin Ku Mohd Saad* Faisal@ Ahmad Faisal Bin Abdul Hamid**

* Calon Ijazah Kedoktoran, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Emel:[email protected] ** Ketua Jabatan, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Emel:[email protected]

Abstrak

Agama Islam telah menunjukkan kepada umat, bangsa dan tamadunnya bahawa Islam amat memberikan penekanan terhadap ilmu, pendidikan dan juga pengetahuan. Ia telah memberi satu isyarat penting agar setiap penganutnya mengambil peranan untuk menggali teknik, strategi dan asas- asas ilmu dalam pendidikan persis sepertimana yang telah diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW. Kajian ini menyentuh tentang analisis metode pendidikan Ibn Abbas RA yang diterima daripada baginda Rasulullah SAW dan juga guru-gurunya sehingga menjadikan beliau seorang insan yang cemerlang. Kata kunci : Analisis, Metode Pendidikan dan Ibn Abbas

Abstract

Islam has demonstrated to the people, nation and civilization that Islam places emphasis on science, education and knowledge. It has given an important signal to every believer to take part to dig techniques, strategies and principles of science in education exactly as was founded by Prophet Muhammad SAW. This study is about the analysis of educational methods Ibn Abbas RA received from the Prophet Muhammad SAW and also the teachers so that makes him a man of excellence. Keywords : Analysis, Educational Method, Ibn Abbas Pendahuluan Sesungguhnya pendidikan adalah warisan kebudayaan daripada generasi tua kepada generasi muda agar kehidupan masyarakat tetap berlanjutan. Ataupun dengan kata-kata lain, masyarakat mempunyai nilai-nilai budaya yang ingin disalurkan dari satu generasi ke satu generasi agar identiti masyarakat tersebut tetap terpelihara dan salah satu nilai budaya tersebut adalah budaya intelektual. Kemampuan intelektual juga beraneka ragam seperti kemampuan berbahasa, mengira, mengingati, berfikir dan mencipta.1 Seseorang intelektual itu berjaya berfikir dan mencipta sesuatu khususnya dalam pendidikan pastinya tidak dapat dinafikan mempunyai cara, kaedah, teknik, metodologi dan juga metode-metode tertentu yang menjadikan dirinya itu seorang intelektual.                                                                                                                          1Hasan Langgulung (1991), Asas-Asas Pendidikan Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, c. 1. h. 3-4.

Page 2: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS  

   

91  

Metodologi menurut Zakiah Daradjat, adalah suatu penelitian dan perumusan metode yang digunakan untuk penelitian ilmiah. Manakala metode pula didefinisikan sebagai suatu kerja yang sistematik dan umum terutama dalam mencari kebenaran ilmiah.2 Beliau juga telah menjelaskan bahawa, metode ini pada kebiasaannya bertolak daripada hakikat usaha bagaimana untuk menerima dan menyampaikan maklumat pengajaran dan juga pembelajaran dalam pendidikan kepada pelajar agar bahan maklumat itu dapat diterima dan dicernakan serta dihadam oleh pelajar.3 Keupayaan seseorang individu menerima maklumat ataupun ilmu khususnya dalam pendidikan amat berkait dengan kemampuan kecerdasan pelbagai4 dan tingkat daya kognitif seseorang individu. Kecerdasan pelbagai dan tingkat daya kognitif ini juga sangat berhubungan diantara satu sama lain dengan cara, kaedah, teknik, metodologi dan juga metode. Jean Piaget5 telah menyatakan bahawa, perkembangan kognitif bermula daripada peringkat kanak-kanak lagi. Beliau telah mengasaskan satu teori perkembangan kognitif6 manusia melalui peringkat-peringkat perkembangan.7 Menurut teori Jean Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan- perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.8 Ini memberi satu kefahaman kepada kita bahawa, perkembangan peribadi anak dan juga seseorang individu itu dipengaruhi oleh pengamatannya baik dari dalam dirinya, lingkungan keluarganya mahupun persekitaran sekolahnya. Pada masa yang sama juga pasti ianya akan mempengaruhi corak dan kemampuan berfikir. Bagaimanakah kemampuan berfikir ini akan terjadi? Pasti ianya adalah melalui pendidikan.9 Ini kerana, pendidikan adalah merupakan alat terpenting untuk membangunkan potensi manusia dan seterusnya menghasilkan modal insan yang memenuhi ciri-ciri Islam dan meningkatkan peradaban ummah.10 Berfikir adalah satu resolusi yang terhasil daripada budaya pendidikan dan ilmu. Kedua budaya ini telahpun diasaskan fokusnya oleh agama Islam. Baginda Nabi Muhammad SAW amat memberi penekanan yang serius tentang pentingnya pendidikan dan ilmu kepada sahabat-sahabat utama baginda dan juga kepada masyarakat Arab. Hasilnya kita dapat melihat beberapa metode yang telah digali dan diaplikasikan oleh sahabat utama baginda Rasulullah SAW seperti Ibn Abbas.

                                                                                                                         2Zakiah Daradjat (2001), Metodologi Pengajaran Agama Islam, Jakarta, Indonesia, Penerbit Bumi Aksara, c. 2, h. 1. 3Ibid. 4 Menurut Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic Books, terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal, Kecerdasan Muzikal,Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, KecerdasanNaturalis dan Kecerdasan Eksistensial. 5 Nama sebenar pengasas teori ini ialah Jean William Fritz Piaget. 6 Satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia memperoleh dan berubah sikap mereka. Perubahan sikap ini berhubung dengan pembelajaran, persepsi, fungsi dan konsistensi. 7 Imalatur Roihah, Implikasi Teori Kognitif Jean Piaget Dalam Pembentukan Keperibadian Muslim Anak Usia Sekolah 7-12 Tahun, Jurusan Pendidikan Agama Islam Fakultas Tarbiyah UIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta, 2009, h. 109. 8Ibid, h. 4.  9Ibid  10Abdul Hafiz Mat Tuah, Zakaria Stapa, Ahmad Munawar, Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 23-35, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Memperkasakan Jati Diri Melayu-Muslim Menerusi Pendidikan Islam Dalam Pengajaran Akhlak, h. 24.

Page 3: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 90 - 117

   

  92  

Metode Ibn Abbbas Dalam Pendidikan Ibn Abbas telah menguasai sistem pendidikan yang terbaik daripada baginda Rasulullah SAW. Sistem pendidikan yang diterimanya itu, pastilah berkait dengan teknik serta metode pembelajaran. Ini adalah kerana pembelajaran adalah satu proses di mana maklumat diterima, diproses, dikod, disimpan dan dicapai semula dari simpanan memori manusia, dan ianya berlaku di antara murid dan guru.11 Seseorang guru itu perlu berpengetahuan dan mempunyai kemahiran. Kemahiran mengajar atau teaching skills meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada murid-murid dengan berkesan,iaitu menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran.12 Ibn Abbas telah mengaplikasikan sistem pendidikan, teknik dan juga metode pembelajaran dalam mencapai kecemerlangan ilmu sehingga beliau berjaya diangkat dan dijulang sebagai lautan ilmu. Maka kajian ini akan cuba menyingkap apakah Metode Ibn Abbas tersebut. Antaranya ialah: 1. Metode Mendengar Mendengar dalam pendidikan adalah satu piawaian metode yang diakui oleh semua cendekiawan sebagai metode yang menyumbang kecemerlangan dalam pendidikan, pembelajaran dan juga keilmuan. Metode ini telah diaplikasikan oleh Abdullah Ibn Abbas sebagai satu proses penerimaan ilmu, pengetahuan serta pendidikan. Ibrahim Bin Ahmad telah menyebut bahawa, mendengar maksudnya ialah dapat menangkap bunyi iaitu suara dengan pancaindera telinga. Oleh itu, semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku, maka metode mendengar ini diaplikasikan bertujuan untuk mencapai proses mengingat dan sebagainya.13

إإهھھھابب ددبغ فقد ططهھر أأيیما : هللا صلى هللا عليیهھ ووسلم يیقولل سمعت ررسولل :بن عباسس اا قالل

Ertinya: Aku mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: kulit binatang yang telah disamak maka ia menjadi suci.14

Dalam hal ini, melalui hadis- hadis Ibn Abbas dapatlah kita melihat beliau menyebutnya dengan perkataan”Sami’tu”. Perkataan Sami’tu ini membawa maksud ”aku mendengar”. Perkataan ini telah diulang di dalam hadis-hadis yang diriwayatkannya sebanyak 36 kali. Metode mendengar ini juga telah diaplikasikan oleh generasi umat Islam sehinggalah kini dan ianya terbukti memberi kesan kepada proses pembelajaran dan juga pengajaran dalam pendidikan Islam. Kita juga boleh melihat sebagai contoh praktikalnya keberkesanan melalui

                                                                                                                         11Suppiah Nachiappan, Jurnal. V016.Siri5, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Peranan Teori Dual Coding Dan Proses Kognisi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Kaedah Pedagogi Hermeneutik, h. 1. 12Ab. Halim Tamuri, Mohamad Khairul Azman Ajuhary, Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Muallim, Journal of Islamic and Arabic Education 2(1), 2010 43-56, h. 8. 13Ibrahim Bin Ahmad(2003), Kamus Bahasa Melayu Nusantara, Brunei Darussalam, Dewan Bahasa Dan Pustaka, c. 1, h. 580.

14 ر هھطط د ق ف غ ب دد ابب هھھھ إإ ام يیأأ : لل و ق يی م ل س وو هھ يی ل ع ى هللا ل ص هللا لل و س رر ت ع م س    

Page 4: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS  

   

93  

metode mendengar ini bagaimana berjayanya Ibn Abbas mendengar baginda Rasulullah SAW mengaplikasikan metode ini ketika bercakap dengan Jibril AS.15 Pembelajaran merupakan kegiatan yang bergantung kepada kemahiran kognitif. Ahli psikologi seperti Mace (1976) berpendapat, kita boleh membezakan mekanisme otak yang digunakan dalam pembelajaran dengan faktor yang menggerakkan mekanisme tersebut. Faktor yang menggerakkan mekanisme tersebut dipanggil dorongan dan sikap, sementara mekanisme pembelajaran dipanggil kemahiran pembelajaran. Adalah menjadi harapan setiap pelajar yang berada di sekolah untuk mencapai kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Kejayaan dalam bidang akademik adalah sesuatu yang tidak mustahil jika pelajar memperolehi cara atau strategi belajar yang berkesan. Pelbagai faktor penyumbang kepada kejayaan pelajar seperti kecerdasan intelek, daya usaha yang berlebihan, tumpuan yang lebih ketika proses pengajaran dan pembelajaran serta strategi belajar yang mantap.16 Dalam ilmu pendidikan, khususnya ilmu pendidikan Islam, semestinya metode mendengar ini adalah satu metode yang telah diaplikasikan oleh baginda Rasulullah SAW kepada para sahabat. Dengan kecerdasan intelek dan daya usaha yang berlebihan daripada para sahabat, khususnya Ibn Abbas, kita dapat melihat proses pembelajaran dapat berlaku dengan baik daripada guru kepada murid.17 Metode mendengar ini telah berjaya menjadikan beliau fokus dalam menuntut ilmu dan telah berjaya menjadi seorang ilmuan yang bijak. Al-Ghazali telah mengupas berdasarkan kepada hadis“ Anak-anak adalah seperti kain putih”,18 dan beliau telah menjelaskan bahawa anak-anak itu bersifat fitrah dan bersih. Pencorakan dan pewarnaannya adalah menjadi tanggungjawab kedua ibu bapa mereka. Titik permulaan pencorakan dan pewarnaan telah bermula sejak anak-anak itu dilahirkan dan berada di dalam buaian. Berterusan hingga peringkat prasekolah, pendidikan formal di sekolah dan IPT.19 Sebaik sahaja dilahirkan dia diazan atau diiqamahkan. Kalimah itu wajar didendangkan sejak kanak-kanak berada di dalam buaian. Setelah bayi itu besar, boleh berjalan, berlari dan bercakap dengan lancar dan mengerti titah perintah dan pantang larang serta langkah selanjutnya yang perlu dituruti.20 Muhammad Bin Ismail al-Amir al-Yamani al-Sun’ani ketika mana beliau menjelaskan hadis di atas, beliau telah menyatakan di dalam karya beliau itu, sememangnya diakui bahawa metode mendengar ini telah dipraktikkan oleh baginda Rasulullah SAW kepada anak-anak yang baru dilahirkan khususnya kepada cucu kesayangan baginda Nabi SAW iaitu Sayyidina Hasan dan Husin.21 Begitu juga dengan Ibrahim al-Baijuri dalam karyanya telah menjelas dan menerangkan bahawa, Islam telah mengaplikasikan                                                                                                                          15 Ma’rifatu al-Sahabah Li Abi Nu’aim al-Asbahani (1998), Ahmad Bin Abdullah Bin Ahmad Bin Ishak Bin Mahran al-Asbahani, Tahkik Adil Bin Yusuf al-Ghazazi, Dar al-Watan Li al-Nasri, c. 1, j. 1, h. 1700. 16Mohd Najib Abdul Aziz dan Nor Shafrin Ahmad, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29–47, 2008, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Kemahiran Belajar Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik: Kajian Di Daerah Kerian, Perak, H. 2. 17Shuhadak Mahmud (2009), Rasulullah SAW Pendidik Terulung, 40 Teknik Rasulullah SAW Mengajar, Terj. Al-Rasul SAW al-Muallim Wa Asalibuhu Fi al-Ta’lim, Abu Fattah Abu Ghuddah, Negeri Sembilan, al-Azhar Media, c. 2, h. 224. 18 Muslim 2658. 19Mustafa Hj. Daud, Jurnal, Pendidikan Keibubapaan: Satu Penenalan Ringkas, Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikian, Universiti Utara Malaysia, h. 10. 20Ibid. 21Muhammad Bin Ismail al-Amir al-Yamani al-Sun’ani (2004), Subul al- Salam Syarah Bulugh al-Maram Min Jam’i Adillah al-Ahkam, Kaherah, Dar al-Hadis, j. 4, h. 136.  

Page 5: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 90 - 117

   

  94  

metode mendengar ini kepada bayi yang baru dilahirkan oleh seorang ibu iaitu dengan didengarkan bisikkan azan serta iqamah ditelinga kanan dan kiri anak yang baru dilahirkan.22 Hassan Langgulung pula telah menyatakan dalam penulisan beliau, sesungguhnya metode mendengar ini adalah untuk mengembangkan suatu keupayaan, kebolehan atau kemampuan(abilities) individu dalam mencapai proses pendidikan.23 Proses menambah ilmu melalui metode dan kaedah mendengar ini amat diakui keberkesanannya oleh ramai intelektual Islam dan mereka juga telah berjaya mengimplementasikannya. Mengikut Ibnu Qudamah24 beliau menggunakan metode mendengar ini setiap kali beliau menghadiri majlis-majlis ilmu yang telah disampaikan oleh guru.25 Dan jika kita melihat kepada sistem pendidikan masa kini, di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, metode mendengar adalah perkara yang menjadi paksi kepada dasar pendidikan Islam j-QAF26 dan KSSR27melalui matapelajaran sirah, akidah, al-Quran dan sebagainya. Maka metode mendengar telah berjaya diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan juga pengajaran di antara interaksi guru dan murid. Kebiasaannya metode mendengar ini akan dibantu oleh metode bercerita.28 Kajian juga telah menjelaskan bahawa, teknik bercerita ini juga adalah merupakan metode yang sentiasa seiring bergandingan dengan metode mendengar yang boleh membantu dan membina variasi terbaik semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku bagi mengelakkan kebosanan murid.29 Muhammad Bin Abdul Qadir Ahmad dalam penulisan karyanya telah menyebut, metode mendengar ini mempunyai kesan yang baik kepada guru dan juga murid dan ianya mempunyai peranan yang sangat penting dalam memberi kejayaan ketika proses pengajaran dan juga pembelajaran berlaku.30 Maka dapatlah kita menyatakan bahawa metode mendengar telah diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW kepada Ibn Abbas. Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa, jika seseorang individu ingin berjaya, hendaklah dia betul-betul memberikan fokus terhadap metode mendengar ini semasa proses pembelajaran dan juga pengajaran berlaku.

                                                                                                                         22Ibrahim al-Baijuri (1994), Hasyiah al-Allamah al-Syeikh Ibrahim al-Baijuri ‘Ala Syarah al-Allamah Ibni Kassim al-Izzi ‘Ala Matan al-Syeikh Abi Syuja’ Fi Fiqhi Mazhab al-Imam al-Syafie, Beirut, Lubnan, Dar al-Fikr, j. 2, h. 456. 23Hassan Langgulung, Jurnal Pendidikan Islam, Islamisasi Pendidikan Dari Perspektif Metodologi, j. 9, bil. 3, h. 18. 24Ibnu Qudamah al-Maqdisi adalah seorang imam, ahli fiqih dan zuhud. Nama penuhnya adalah Abu Muhammad Abdullah Bin Ahmad Bin Muhammad Ibnu Qudamah al-Hanbali al-Almaqdisi. Dilahirkan pada bulan Sya’ban 541H di desa Jamma’il, salah satu daerah bawahan Nabulsi, dekat Baitul Maqdis. 25 Abdullah bin Qudamah al-Maqdisi (1994), al-Kafi Fi Fiqh al-Imam Ahmad bin Hanbal, Beirut, Lubnan, Dar al-Kutub al-Ilmiah, c. 1, j. 1, h. 3. 26 Hasil Cetusan idea Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, terhasillah j-QAF pada tahun 2005. Ianya ringkasan kepada, j=Jawi, Q=Quran, A=Arab, F=Fardhu Ain. Wujudnya Pendidikan Islam j-QAF adalah untuk memperkasakan pendidikan Islam. 27 KSSR adalah ringkasan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang diwujudkan oleh pihak berwajib untuk memperkasakan lagi pendidikan dalam semua matapelajaran. 28http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/sp_hsp/pi/pi/HSP/18/2/2015. 29Dellah Rahmah (2006), Efektifitas Metode Bercerita Pada Proses Pembelajaran Bidang Studi Akidah Akhlak Di MTSN 13 Ulu Jami, Jakarta Selatan, Jurusan Pendidikan Agama Islam Fakultas Tarbiyah Dan Ilmu Keguruan UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta, h. 13. 30Muhammad Abdul Qadir Ahmad (1986), Turuq Ta’lim al-Lughah al-Arabiah, Kaherah, Maktabah al-Nahdhah al-Misriah, c. 5, h. 7.

Page 6: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS  

   

95  

2. Metode Melihat Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lancar, bermakna dan memberikan input yang terbaik sekiranya guru menguasai kandungan subjek yang diajar dan berketerampilan dalam kemahiran pedagoginya. Tuntutan ini memerlukan guru merancang pengajaran mereka dan juga sentiasa mahir dalam menguasai proses pembelajaran dengan teknik, kaedah, serta strategi pembelajaran agar memberi kesan kepada murid dan juga guru.31 Dalam hal ini, baginda Rasulullah SAW telah menggunakan metode melihat dengan cara memperlihatkan satu qudwah32 yang terbaik buat sahabat-sahabat baginda Rasulullah SAW khususnya kepada Ibn Abbas. Dengan itu beliau telah mengaplikasikan metode melihat ini dalam proses menerima ilmu daripada gurunya iaitu baginda Rasulullah SAW.

Kajian ini dapat membuktikan bahawa melalui pengakuan Ibn Abbas sendiri dengan beliau menyebut “Raaitu”, “Syahadtu” dan “Nadhortu”. Semua perkataan ini telah diungkapkan

melalui hadis-hadis yang telah diriwayatkannya.

...رأيت زوجها يتبعها :اب(ن' ع%ب#اس ال قق Maksudnya: Ibnu Abbas RA berkata “Aku melihat isterinya telah

mengikutinya...33

...خطب مث العيد يوم صلى وسلم عليه اهللا صلى النيب شهدت:اب(ن' ع%ب#اس ل قا Maksudnya: Ibnu Abbas RA berkata” saya menyaksikan Nabi Muhammad SAW

menunaikan solat hari raya kemudian berkhutbah...34

...االليیلة في تلك فنظرتت :اابن عباسس قالل Maksudnya: Aku melihat pada malam itu...35

Hadis-hadis yang tersebut adalah daripada ungkapan Ibn Abbas sendiri sepertimana yang telah dicatatkan di dalam kitab musnad. Hadis-hadis ini menggunakan lafaz metode melihat yang berbeza kerana adakalanya beliau menggunakan lafaz “Raaitu”, adakalanya dengan lafaz “Syahadtu” dan ada ketikanya dengan lafaz “Nadhortu” . Lafaz hadis “Raaitu” yang disebut dan diungkapkan oleh Abdullah Bin Abbas adalah sebanyak 45 kali, dengan lafaz “Syahadtu” pula sebanyak 12 kali, manakala dengan lafaz “Nadhortu” adalah sebanyak sekali sahaja.                                                                                                                          31Shamsiah Sidek, Nurin Abdul Majid, Nelly Ezatul Fazlina Md Sah, Hamidah Mohamed, Mohd Noor Hashim , Jurnal, The Role Of Tvet Teachers In School Based Assessment Of Vocational Electives Subjects At Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Batu Pahat, Johor, Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, h. 206. 32Mengikut Hasan Langgulung, dalam karyanya “Islamisasi Pendidikan dari Perspektif Metodologi”, Jabatan Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, halaman 61-62 menyatakan bahawa, salah satu teknik yang boleh mencapai objektif pembelajaran dan juga pendidikan adalah melalui metode qudwah daripada seorang guru.

م فيه النيب صلى اهللا عليه وسلم ، فقال رسول ملا خMيLرت بريرة رأيت زوجها يتبعها يف سكك املدينة ودموعه تسيل على حليته ، فكلم العباس ليكل 33إنه زوجك ، فقالت : تأمرين به يا رسول اهللا قال : إمنا أنا شافع قال : فخي8رها فاختارت نفسها ، وكان عبدا آلل اهللا صلى اهللا عليه وسلم لربيرة

املغرية ، يقال له : مغيث )مث خطب فظن أنه مل يسمع النساء فأتاهن فوعظهن وقال تصدقن قال فجعلت املراة تلقي اخلامت شهدت النيب صلى اهللا عليه وسلم صلى يوم العيد 34

واخلرص والشيء مث أمر بالال فجعله فيثوب حىت أمضاه ص'لى اهللا ع'لي#ه! ر*س)و&ل اهللاأطن,اب فس&طاط! ب%ع#ض ب، فت'ع'لقت! اللي-لة لي-لة القد-ر قال: فقم-ت+ و&أن&ا ن&اع#س!إن :يت6 و+أن+ا ن+ائ"م0، ف"ي ر+م+ض+ان فق"يل ل"يت!أ35

.اللي&لة فإذا ه)ي! لي&لة ثلاث+ و!ع)ش&رين!ف%ي ت%لك! فن'ظر#ت! ه'و% ي'ص%لي، قال فإذا و!س!لم!

Page 7: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 90 - 117

   

  96  

Ibnu Manzur dalam kitab penulisannya menyebut, “Raaitu” dari perkataan kata dasar “Raa”membawa erti melihat.36 Begitu juga dengan Rohi Baalbaki dalam karyanya telah menyebut bahawa, “Syahadtu” melalui kata dasarnya “Syahada”, memberikan erti sebagai melihat.37 Manakala Hussain B. Unang pula menyatakan, “Raaitu” dengan makna melihat dengan penglihatan mata,“Syahadtu” dengan makna melihat dengan lebih diberi penelitian, dan “Nadhortu”, melalui kata dasarnya “Nadhoro” dengan erti melihat.38 Mochamad Ariffin dalam tesis beliau telah menyatakan bahawa, melihat adalah satu bentuk observasi iaitu suatu perkara yang meliputi kegiatan pemusatan perhatian terhadap sesuatu objek dengan menggunakan alat indera ataupun pancaindera dalam memahami proses pembelajaran dan juga pengajaran.39 Di dalam masyarakat moden, proses pengajaran dan pembelajaran diuruskan dengan cara yang lebih sistematik. Tanpa kaedah yang sistematik, pengajaran dan pembelajaran berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Menurut Khalid (1993), pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem, bertertib serta optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua komponen pembelajaran untuk kejayaan yang paling maksimum.40 Untuk memberi lebih impak kejayaan dalam proses pembelajaran dan juga pengajaran, maka pendidikan moden telah mengaplikasikan gaya pembelajaran “audio visual”.41 Impak penggunaannya akan memberi kesan yang lebih kepada kefahaman murid dan juga guru. Menurut Felder, dalam Model Index of Learning Style Questionnaire, Felder (1970) mengenal pasti dimensi gaya pembelajaran audio visual yang diterbitkan daripada Index of Learning Style Questionnaire, menyebut bahawa, dalam gaya pembelajaran ini, murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.42 Oleh itu, dapatlah kita katakan, proses pembelajaran metode melihat, observasi, audio dan visual ini telah disumbangkan tapak asasnya oleh baginda Rasulullah SAW melalui mekanisma pendidikan ketika itu. Khasnya kepada Ibn Abbas kerana beliau dapat mengaplikasikannya dengan cara yang terbaik. Apabila beredarnya zaman, maka proses pembelajaran dan juga pengajaran itu melalui fasa perubahan. Namun hakikat kebenarannya

                                                                                                                         36 Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, Dar Ihya al-Turath al-Arabi, (t. t), j. 5, c. 3, h. 84, j. 14, h. 191. 37 Rohi Baalbaki (2003), al-Mawrid, A Modern Arabic-English Dictionary, Dar El-Ilm Lil Malayin, c. 17, h. 659. 38Hussain B. Unang (1994), Kamus at-Tullab, Kuala Lumpur, Malaysia, Darul Fikir, c. 1, h. 516, 623, 1033. 39Mochamad Arifin, Manajimen Pembelajaran Pendidikan Agama Islam (Studi Komparasi SDIT Assalamah dengan SDI Istiqomah Kecamatan Ungaran Barat Kabupaten SemarangTahun Pelajaran, Program Pascasarjana Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri Salatiga 2014, h. 76. 40Azizi Bin Yahaya & Syazwani Binti Abdul Razak, Teori Berkaitan Gaya Pembelajaran Dan Kaedah Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, h. 1. 41 Audio visual ialah paparan gambaran menggunakan tayangan slaid, tayangan video dan sebagainya. Kategori model gaya pembelajaran ini menghuraikan proses bagaimanamaklumat diperolehi, disusun, disimpan dan digunakan. 42Azizi Bin Yahaya & Syazwani Binti Abdul Razak, Teori Berkaitan Gaya Pembelajaran Dan Kaedah Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, h. 2.

Page 8: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS  

   

97  

adalah, asas kepada proses pembelajaran terkini adalah kesinambungan daripada proses yang telah diaplikasikan oleh generasi sebelum ini.

3. Metode Menulis Dan Membaca Islam amat memberikan penekanan ilmu kepada setiap individu muslimnya. Menuntut ilmu itu adalah satu kefarduan yang wajib kepada lelaki ataupun wanita. Proses ilmu itu sendiri sewajarnya akan melalui proses menulis dan membaca. Muhammad al-Ghazali telah menulis di dalam karya beliau, baginda Rasulullah SAW telah mengaplikasikan metode menulis dan membaca kepada para sahabat khususnya ketika mana baginda Rasulullah SAW menulis surat kepada setiap ketua negara termasuk Raja Hercules, Kisra, Qaisar, Najasyi dan sebagainya.43 Abi Hussain Muslim bin al-Hajjaj juga telah menjelaskan pandangan beliau bahawa baginda Rasulullah SAW telah mengimplementasikan metode menulis dan membaca bersama dengan para sahabat melalui kaedah menulis surat kepada ketua, raja dan pemerintah yang belum lagi menerima Islam agar menerima agama Islam.44 Ini juga disebut oleh Syuhadak Mahmud, proses ilmu dalam pembelajaran melalui metode menulis surat telah diaplikasikan pada zaman baginda Rasulullah SAW bersama para sahabat khususnya ketika menyampaikan dakwah untuk menjelaskan agama Islam yang benar.45 Pumfrey (1977) pula telah menyatakan pandangannya iaitu, proses menulis dan membaca ini adalah suatu proses pemikiran yang sangat membina kepada setiap individu dan juga pelajar. Beliau seterusnya berpandangan bahawa, proses ini dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita-cita serta membuka fikiran yang positif.46

Kemahiran membaca dan menulis adalah merupakan kemahiran asas dalam berbahasa kepada seseorang individu, murid hatta kepada anak-anak. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.47 Membaca adalah merupakan jambatan ilmu bagi menambah serta meningkatkan pengetahuan dan juga maklumat dalam diri seseorang individu. Dengan membaca, kita dapat mengetahui sebahagian besar informasi dan peristiwa yang terjadi di alam maya ini. Oleh kerana itu, membaca sangat penting bagi seseorang individu, terutamanya bagi peringkat permulaan anak-anak. Pada peringkat permulaan tumbuhbesaran kanak-kanak, mereka yang boleh membaca, juga dikaitkan dengan kebolehan anak-anak ini menulis. Menulis dan juga membaca adalah satu perkara yang saling berkait di antara satu sama lain. Anak-anak boleh menguasai metode menulis dan membaca seawal usia tumbuhbesaran mereka.

                                                                                                                         43 Muhammad al-Ghazali (2006), Fiqh al-Sirah, Damsyik, Syria, Dar al-Qalam, c. 1, h. 356. 44 Abi Husain Muslim Bin al-Hajjaj (2011), Sahih Muslim, Beirut, Lubnan, Dar al-Kutub al-Ilmiah, c. 6, h. 704-706. 45 Syuhadak Mahmud (2009), Rasulullah Pendidik Terulung, 40 Teknik Rasulullah Mengajar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Al-Azhar Media, c. 2, h. 273. 46Nur Syazwina Mustapa, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Ummu Hani Hashim, Zuraida Shaadon (2012), Kajian Meningkatkan Kemahiran Asas Membaca Teks Arab Melalui Kemahiran Membaca Al-Quran Dan Kaedah Latih Tubi, Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 5. 47Abdul Rasid Jamian, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1, Malay Language Education Journal (MyLEJ),Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar, h. 1.

Page 9: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 90 - 117

   

  98  

Mengikut Abdul Rasid Jamian, beliau berpandangan, kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran seseorang murid.48 Metode menulis dan membaca telah dapat dikuasai dan diimplementasi oleh Ibn Abbas sepertimana dicatatkan di dalam hadis-hadis yang telah diriwayatkannya dengan menyebut perkataan “Kataba”,49 “kataba Ilaihi”,50 “Qaraa”51dan “Qara’tu”52 .

...بن عباس يسأله عن قتل الولدان؟فكتب إليهاكتب جندة إىل :اب(ن' ع%ب#اس قال Maksudnya: Najdah telah menulis kepada Ibnu Abbas, dan bertanyakan tentang pembunuhan

dua orang budak lelaki, maka telah ditulis kepadanya...53

...قرأت احملكم:اب(ن' ع%ب#اس ال قق Maksudnya: Aku telah membaca hukum-hakam...54

Menurut pandangan Montessori(dalam Hainstock, 2002, h. 103) anak-anak pada peringkat tumbuh besaran di usia 3-5 tahun, mereka lebih mudah belajar untuk menulis. Dan beliau juga telah menyebut bahawa di tahap usia 4 – 5 tahun, anak-anak lebih mudah memberi tumpuan kepada membaca dan memahami angka.55 Hasil kajiannya mendapati, kanak-kanak mempunyai minat dan rangsangan terhadap penulisan dan juga pembacaan pada awal usia mereka. Pada awal usia kanak-kanak, mereka telah menunjukkan kebolehan untuk menguasai metode menulis dan membaca.56 Nani Bt Menon telah menyatakan dalam kajiannya bahawa tiada perbezaan yang signifikan di antara kebolehan awal bacaan kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kanak-kanak lelaki

                                                                                                                         48Ibid, h. 2. 49  Telah menulis 50 Telah menulis kepadanya 51 Telah membaca 52 Aku telah membaca  

53 كتب جندة إىل ابن عباس يسأله عن قتل الولدان؟فكتب إليه: كتبت تسألين عن قتل الولدان، وإن رسول اهللا صلى اهللا عليه   م!وسلم مل يكن يقتلهم، وأنت فال تقتلهم، إال أن تعلم منهم مثل ما علم صاحب موسى من الغال

وأنا ابن عشر سنني وقد صلى اهللا عليه وسلم تويف رسول اهللا ابن عباس قال وقال إن الذي تدعونه املفصل هو احملكم 54 قرأت احملكم  

55Lucky Ade Sessiani (2007), Pengaruh Metode Multisensori Dalam Meningkatkan Kemampuan Membaca Permulaan Pada Anak Taman Kanak-Kanak, Fakultas Psikologi Universitas Diponegoro Semarang, h. 17. 56Nani Bt. Menon (2000), Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyikata Dalam Kebolehan Awal Bacaan Dikalangan Kanak-Kanak Prasekolah, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, h. 94.

Page 10: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS  

   

99  

ataupun perempuan mempunyai potensi kebolehan membaca yang sama.57Maka jelasnya pada kita, kebolehan seseorang murid untuk menguasai sesuatu bidang ilmu adalah satu kebarangkalian yang pasti dan kebolehan ini ada pada Ibn Abbas. 4. Metode Demonstrasi/Tunjukcara Pembelajaran dan pengajaran dalam pendidikan Islam mempunyai teknik, kaedah dan cara-cara yang sangat dinamik. Ianya diimplementasikan oleh seorang guru kepada muridnya agar murid dapat memahami serta menguasai proses pembelajaran dan ilmu. Diantara kaedah, teknik dan cara tersebut ialah demontrasi ataupun tunjukcara. Perkataan tunjuk cara membawa maksud ‘menunjukkan cara bagaimana sesuatu perlakuan itu seharusnya dilakukan’. Kaedah tunjuk cara merujuk kepada seorang guru atau individu melakukan sesuatu perbuatan /perlakuan /prinsip di hadapan murid-muridnya untuk menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan/ perlakuan / prinsip itu seharusnya dilakukan. Proses ini mempunyai prosedur dan memerlukan kemahiran guru untuk melaksanakannya, mendemonstrasikan cara atau langkah-langkahnya di hadapan murid.58 Proses pembelajaran yang menggunakan teknik demontrasi ataupun tunjukcara ini berkait rapat dengan kemahiran seseorang guru untuk memberi dan menyampaikan keberkesanan informasi ilmu kepada seseorang murid. Dan guru mempunyai peranan penting yang bertindak sebagai penunjukcara dari sudut perbuatan atau sebagainya.59 Kaedah ini sangat memerlukan kemahiran guru untuk mendemonstrasikan langkah-langkah aktiviti bersama pelajar. Biasanya ia melibatkan aktiviti penerangan, demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran dan penglihatan, amali serta percubaan pelajar. Kaedah ini menuntut pemerhatian yang lebih dari murid terhadap sesuatu proses. Sebenarnya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan isi dan situasi pembelajaran yang akan memberikan mereka pengalaman, pengetahuan dan kemahiran.60 Maka dapatlah kita melihat, metode demontrasi ataupun tunjukcara ini telah dijelaskan oleh Abdullah bin Abbas di dalam hadis-hadis yang telah diriwayatkannya.

بت يف بيت خاليت ميمونة فرقبت رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم كيف :اب(ن' ع%ب#اس ال قق...يصلي

Maksudnya: Ketika aku di rumah ibu saudaraku Maimunah, Rasulullah SAW mendekatiku dan menunjukkan cara bagaimana untuk menunaikan solat...61

                                                                                                                         57Ibid, h. 5-6.  58Program Pensiswazahan Guru (PPG), (2011), Mod Pendidikan Jarak Jauh, Modul (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah), (PIM 3102), (Pedagogi Pendidikan Islam), Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, h. 54. 59Abd. Shatar Bin Che Abd Rahman (2007), Pengetahuan Kandungan Pedagogi, Guru Pendidikan Moral Tingkatan Empat Di Sebuah Sekolah, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, h. 76. 60Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Program Pensiswazahan Guru (PPG), Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian, Modul (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah), (PIM 3102), Pedagogi Pendidikan Islam, 2011, h. 40.

صلى اهللا عليه وسلم كيف يصلي فقام فبال مث غسل وجهه وكفيه مث نام مث قام بت يف بيت خاليت ميمونة فرقبت رسول اهللا 61فعمد إىل القربة فأطلق شناقها مث صب يف اجلفنة أو القصعة وأكب يده عليها مث توضأ وضوءا حسنا بني الوضوءين مث قام

عليه وسلم ثالث عشرة ركعة يصلي فجئت فقمت عن يساره فأخذين فأقامين عن ميينه فتكاملت صالة رسول اهللا صلى اهللا

Page 11: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 90 - 117

   

  100  

Apa yang dapat difahami daripada hadis-hadis Ibn Abbas ini, melalui proses melihat sesuatu perbuatan yang didemontrasikan ataupun yang ditunjukcara, kemudiannya terus pula dilakukan bersama secara langsung, akan menatijahkan proses pembelajaran dan pengajaran yang hebat serta memberangsangkan. Kita melihat apa yang telah disebut oleh Ibn Abbas ini, beliau telah ditunjuk cara oleh baginda Rasulullah SAW, dan pada masa yang sama beliau juga mengikut segala perbuatan yang telah dilakukan serta yang telah diajar oleh baginda Rasulullah SAW kepadanya melalui metode demontrasi secara perbuatan. Secara pastinya metode demontrasi ataupun tunjukcara ini sangat berkesan dalam proses pembelajaran dan juga pembelajaran bagi membina ransangan dan kemahiran yang positif kepada seseorang murid. Maka jelaslah bahawa, untuk menjadi guru dan murid yang cemerlang hendaklah mengaplikasikan metode ini. 5. Metode Bertemu Guru Menuntut ilmu adalah kewajipan kepada umat manusia terutamanya ilmu fardu ain62 dan fardu kifayah63. Namun ianya hendaklah berguru, bertemu, berdamping, berziarah, bertanya khabar, bertanya apa yang tidak difahami dan meminta penjelasan guru apa yang menjadi kemusykilannya. Dalam proses menuntut ilmu, Ibn Abbas sering bertemu gurunya dan sentiasa berada di dalam majlis yang disampaikan oleh gurunya. Kita dapat menganalisis metode yang telah diaplikasikan beliau melalui hadis-hadis yang telah diriwayatkannya.

...يیهھ ووسلم من خلفهھ عل يیت االنبي صلى هللا أأت :اابن عباسس قالل Maksudnya:Aku telah datang bertemu dengan Rasulullah SAW daripada

belakangnya...64 Kajian ini menyebutkan bahawa, Ibn Abbas telah menggunakan lafaz perkataan berbeza seperti, “ataitu”, “ji’tu” dan “ja ana”, namun ianya boleh menjurus makna maksud dan erti perkataan yang sama. Husain bin Unang memberikan makna perkataan yang digunakan di dalam lafaz hadis tersebut dan diterjemahkan sebagai “aku telah datang”, “aku telah mendatangi”, ataupun dengan makna “aku telah menghadiri”.65 Boleh kita katakan, Ibn Abbas sentiasa bertemu gurunya, sentiasa berada di dalam majlis gurunya dan sentiasa menziarahi gurunya. Kajian mendapati bukan sekali sahaja perbuatan

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           اللهم اجعل :قال: مث نام حىت نفخ وكنا نعرفه إذا نام بنفخه مث خرج إىل الصالة فصلى وجعل يقول يف صالته أو يف سجودهواجعلين نورا قال يف قليب نورا ويف مسعي نورا ويف بصري نورا وعن مييين نورا وعن يساري نورا وأمامي نورا وخلفي نورا وفوقي نورا وحتيت نورا

.شعبة: أو قال: اجعل يل نورا قال: وحدثين عمرو بن دينار عن كريب عن ابن عباس أنه نام مضطجعا  62  Fardu Ain ialah sesuatu yang telah diwajibkan oleh Allah SWT kepada setiap hambanya keimanan seperti solat, puasa dan lain- lain. 63 Fardu Kifayah ialah suatu kewajipan apabila sebahagian orang melaksanakannya, maka kewajipan itu gugur bagi yang lainnya seperti berjihad, pakar dalam suatu bidang dan sebagainya.

.إب#طي#ه! ، و%ه3و% م3ج%خ0 قد# فر+ج% ب%ي#ن% ي%د%ي#ه!أت!ي)ت& الن@بي@ ص!لى الله& ع!لي)ه/ و!س!لم! م/ن) خ!لف/ه/ ، فر!أي)ت& ب!ي!اض! 64 65Husain bin Unang (1994), Kamus al-Tullab, Arab-Melayu, Dar al-Fikr, Kuala Lumpur, Malaysia, c. 1, h. 9, h. 366.

Page 12: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS  

   

101  

tersebut dilafazkan, akan tetapi ianya menunjukkan banyak kali disebut bahawa beliau sentiasa bertemu dengan gurunya. Abdul Halim Jindi telah menyebut di dalam penulisan beliau, sesungguhnya Ahmad bin Hanbal sentiasa bertemu, sentiasa berziarah dan sentiasa berada di dalam majlis dengan gurunya iaitu Muhammad bin Idris al-Syafie.66 Abi Bakar Ahmad bin al-Husain al-Baihaqi67 juga telah menyatakan dalam karya beliau, sesungguhnya, Muhammad bin Idris al-Syafie sentiasa bertemu dengan gurunya, sentiasa berada di dalam majlis pengajian gurunya dan sentiasa menziarahi gurunya.68 Begitu juga Syihabuddin Ahmad bin Muhammad Bin Hajar al-Haithami al-Makki telah menyebut di dalam kitabnya bahawa, Abu Hanifah juga sentiasa bertemu dengan gurunya, sentiasa bersama di dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh gurunya dan beliau juga selalu menziarahi gurunya.69 6. Metode Bercerita Metode bercerita adalah satu bentuk variasi metode untuk membina proses pemikiran dan ilmu kepada murid. Metode bercerita ini boleh diaplikasikan oleh seseorang guru untuk membantunya dalam proses pembelajaran dan juga pengajaran. Guru yang dapat mengimplementasikan metode bercerita dengan menggunakan sepenuh kemahirannya pasti akan meningkatkan daya pemikiran murid.70 Syuhadak Mahmud menegaskan metode bercerita adalah merupakan salah satu teknik yang telah digunakan oleh baginda Rasulullah SAW untuk membina proses pembelajaran dan pengajaran terbaik buat sahabat-sahabat. Ini telah dijelaskan dalam karya beliau yang bertajuk “Rasulullah Pendidik Terulung, 40 Teknik Rasulullah Mengajar”.71 Ibn Abbas menjelaskan di dalam hadis-hadis baginda Rasulullah SAW yang telah diriwayatkannya, beliau telah menggunakan metode bercerita untuk menjelaskan sesuatu perkara. Kajian telah melihat beliau telah berjaya mengaplikasikan metode ini dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

...أأصبح ررسولل هللا ذذااتت يیومم ووليیس في االعسكر ماء:اابن عباسس قالل Maksudnya: Pada satu hari dan ketika tentera Rasulullah SAW kehabisan air...72

                                                                                                                         66Abdul Halim al-Jindi (1985), Ahmad Bin Hanbal Imam Ahli al-Sunnah, Dar al-Ma’arif, c. 2, h. 68. 67Al-Baihaqi ialah Imam al-Hafiz al-Muttaqin Abu Bakar Ahmad bin al-Husain bin Ali bin Musa al-Khusrauijrdi al-Khurasani al-Baihaqi. Baihaq adalah sebuah perkampungan di wilayah Naisabur. Beliau adalah seorang ulama besar dari Khurasan (desa kecil di pinggiran kota Baihaq) dan beliau telah menulis banyak kitab terkenal. Al-Baihaqi lahir di bulan Sya’ban tahun 384H atau pada September 994M. Beliau lahir di desa Khusraujirdi yang termasuk di dalam daerah Baihaq, Naisabur. 68Abi Bakar Ahmad bin al-Husain al-Baihaqi (1996), Manaqib al-Syafie, Tahkik, Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki, Majlis al-Banjari Li Tafaqquh Fi al-Din, c. 1, j. 1, h. 59. 69 Syihabuddin Ahmad bin Muhammad Bin Hajar al-Haithami al-Makki (1996), al-Khairatu al-Hisan Fi Manaqib Imam ‘Azhom Abi Hanifah al-Nu’man, Tahkik, Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki, Majlis al-Banjari Li Tafaqquh Fi al-Din, Kaherah, Mesir, c. 1, h. 95-96. 70Della Rahmah (2006), Efektifitas Metode Bercerita Pada Proses Pembelajaran Bidang Studi Akidah Akhlak Di MTSN 13 Ulu Jami Jakarta Selatan, Jurusan Pendidikan Agama Islam Fakultas Tarbiyah Dan Ilmu Keguruan, UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta, h. 13. 71Syuhadak Mahmud (2009), Rasulullah Pendidik Terulung, 40 Teknik Rasulullah Mengajar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, al-Azhar Media, c. 2, h. 249.

((؟ هل عندك شيء )) :أصبح رسول اهللا ذات يوم وليس يف العسكر ماء، فأتاه رجل، فقال: يا رسول اهللا، ليس يف العسكر مــاء، قال 72 :قال: نعم، قال ( ( قال: فانفجرت من قال: فجعل رسول اهللا أصابعه يف فم اإلناء وفتح أصابعه،، قال: فأتاه بإناء فيه شيء من ماء قليل،((فأتين

.بني أصابعه عيون وأمر بالال، فقال: ناد يف الناس الوضوء املبارك

Page 13: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 90 - 117

   

  102  

Abu Hasan Agus R telah menyebut di dalam kajiannya dengan menyatakan, metode bercerita sangat sesuai dipraktikkan semasa proses pembelajaran dan juga pengajaran berlaku. Metode ini juga akan memberikan kesan yang baik kepada murid terutamanya kepada nilai-nilai psikologis dan juga pendidikan.73 Pelbagai kajian yang telah dijalankan oleh tokoh-tokoh pendidikan, yang membuktikan keberkesanan bercerita dalam bidang pendidikan. Antara kajian teknik bercerita yang telah dijalankan ialah oleh Abdullah Hassan (2004), Choo (2003) dan, Rosei Sheerin Mahpor (2005). Melalui kajian-kajian ini, bercerita dikatakan salah satu kaedah yang sesuai untuk mengajarkan nilai dan dapat meningkatkan proses kefahaman dalam pembelajaran.74 Bercerita dikenal pasti sebagai suatu cara yang paling berkesan untuk menyampaikan idea dan boleh mengakibatkan perubahan dalam pembelajaran. Mengikut Forester, 1999; McDrury dan Alterio, 2002 (dalam Peel dan Shottland, 2004). Bercerita bukan merupakan satu penemuan baru dalam dunia pendidikan, dan keberkesanannya dalam menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dinafikan (Choo, 2003). Kepentingan penceritaan dalam pendidikan disokong oleh Lang, 2003 (dalam Wilkinson, 2006) yang berpendapat bahan naratif ketinggalan zaman ini perlu dibawa kembali ke dalam sistem pendidikan, bukan sahaja untuk mata pelajaran bahasa dan sastera malah untuk mata pelajaran lain juga (Herman, 2007).75 Malah penelitian yang dibuat dalam perjumpaan American Educational Research Association (AERA) menunjukkan metode bercerita sentiasa wujud dalam sistem serta kajian pendidikan, dan metode bercerita paling berkesan untuk membina proses pembelajaran (Johnson, 2005).76 Muhammad Ali al-Sobuni telah menjelaskan di dalam kitab tafsirnya”Sofwah al-Tafasir”, ketika beliau menghuraikan al-Quran al-Karim Surah al-Luqman ayat ke-13. Beliau telah menjelaskan bahawa, Luqman al-Hakim telah menggunakan teknik bercerita ketika menasihati anaknya.77 Metode bercerita ini sudah dijelmakan oleh agama Islam dan sudah diimplementasikan oleh Ibn Abbas sejak 1400 tahun lagi melalui sistem pendidikan yang telah diasaskan baginda Rasulullah SAW. Fakta keberkesanan metode bercerita ini bukan sahaja diperakui oleh intelektual pendidikan Islam bahkan ianya juga telah diakui oleh sarjana serta pakar-pakar pendidikan Barat. 7. Metode Tawadhuk Tawadhuk pada pandangan ahli bahasa bererti, merendah diri, tidak berbangga dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri, sama ada dari segi ibadah,78 keturunan, keluarga, pangkat, kedudukan, ilmu,79 pendidikan, harta benda, kekayaan dan sebagainya.80                                                                                                                          73 Abu Hasan Agus R (2011), Penanaman Nilai-nilai Pendidikan Agama Islam Pada Anak Usia Dini Melalui Metode Bercerita Di Taman Kanak-kanak Bina Anaprasa Nurul Jadid Paiton Probolinggo, UIN Kalijaga, Yogyakarta, h. 129-130. 74 Zuraini Bt Jusoh (2009), Keberkesanan Teknik Bercerita Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Karangan Naratif Bahasa Melayu, Sekolah Pendidikan Siswazah, Universiti Putra Malaysia, h. 18-19. 75 Ibid 76 Zuraini Bt Jusoh (2009), Keberkesanan Teknik Bercerita Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Karangan Naratif Bahasa Melayu, Sekolah Pendidikan Siswazah, Universiti Putra Malaysia, h. 18-19.. 77Muhammad Ali al-Sobuni (1996), Sofwah al-Tafasir, Kaherah, Dar al-Salam, c. 1, j. 2, h. 1052-1053. 78 kata pinjaman daripada Bahasa Arab 79 kata pinjaman daripada Bahasa Arab  

Page 14: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS  

   

103  

Muhammad Idris al-Marbawi81 telah menyebut dalam karyanya, asal perkataan tawadhuk ini adalah perkataan pinjaman Bahasa Arab yang telah dimelayukan yang memberikan erti merendahkan diri.82 Sifat tawadhuk ini juga diisyaratkan oleh al-Quran al-Karim yang akan menjadi benteng kekuatan seseorang individu, lebih-lebih lagi seorang muslim. Al-Quran al-Karim memberi respon yang cukup baik terhadap sifat ini.

إإنك لن تخرقق ااألررضض وولن تبلغ االجبالل ططوال ووال تمش في ااألررضض مرحا

Maksudnya: Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-

kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.83

Kata Ibnu Asakir, al-Qurtubi ketika mana mensyarahkan dan menafsirkan ayat ini, dengan tafsirannya bahawa, ayat al-Quran al-Karim ini telah menyebut dan mengisyaratkan agar manusia sewajarnya mempunyai sifat merendah diri ataupun sifat tawadhuk ini.84 Orang yang mempunyai sifat tawadhuk adalah orang yang memiliki budi pekerti yang luhur, berjiwa besar, lemah lembut dan bersopan santun. Dia dalam apa jua keadaan, di manapun kedudukannya akan sentiasa menghormati orang lain walaupun dirinya sendiri mempunyai kelebihan daripada orang lain atau orang lain itu lebih rendah kedudukan daripada dirinya.85 Abu Nuaim al-Asfahani mencatatkan dalam karya penulisannya, baginda Nabi Muhammad SAW sentiasa menerapkan sifat merendahkan diri kepada para sahabat dan ini boleh dilihat kepada Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muawiyah dan sahabat-sahabat yang lain.86Namun tidak dapat dinafikan, kesemua para sahabat baginda Nabi SAW ini sangat adil dan tegas di dalam membuat sebarang pandangan yang melibatkan dasar-dasar hukum dan sebagainya. Muhammad Amin al-Kirdi dalam bukunya telah mencatatkan bahawa, di antara adab sopan yang perlu ada semasa proses pengajaran dan juga pembelajaran berlaku di antara guru dengan murid adalah sifat merendahkan diri. Sifat ini sewajarnya ada kepada seorang murid di dalam proses untuk menuntut ilmu terutamanya di dalam majlis ilmu bersama guru.87 Maka metode tawadhuk ini dapat kita lihat melalui hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas. Ini adalah kerana beliau sebut secara jelasnya dengan menggunakan perkataan” Ma ‘alimtu”.

1 ...ما علمت :اابن عباسس قالل - Maksudnya:Aku tidak mengetahui...88

Jika kita melihat secara umum dan khususnya, Abdullah bin Abbas menggunakan lafaz perkataan“ Ma ‘Alimtu”. Perkataan”Ma” disini sepertimana disebut oleh Prof. Dr. Ibrahim                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            80Abi al-Qasim Ali bin al-Hasan al-Dimasyqi al-Syafie (1993), Madhu al-Tawadhuk Wa Zammi al-Kibri, Syria, Dar al-Sanabil, Damsyik, c. 1, h. 5. 81Seorang tokoh di dalam bidang persuratan yang tidak asing lagi bukan sahaja di Nusantara, malah di Mesir dan Mekah terutamanya dalam di bidang bahasa Arab, ilmu Hadith, tafsir dan ilmu Fekah. Kamus Al-Marbawi adalah hasil nukilannya iaitu sebuah kamus Arab-Melayu yang terunggul sekali di Nusantara sehingga hari ini. 82 Muhammad Idris al-Marbawi, c. 1, 1354H, Mesir. 83Surah al-Isra’, 37. 84Abi al-Qasim Ali bin al-Hasan al-Dimasyqi al-Syafie (1993), Madhu al-Tawadhuk Wa Zammu al-Kibri, Syria, Dar al-Sanabil, Damsyik, c. 1, h. 9. 85 https://kataganti.wordpress.com/category/kuliah-umum/sikap-tawadhuk-yang-perlu-dicontohi/8/4/2015. 86 Abi Nuaim al-Asfahani (1998), Ma’rifatu al-Sahabah, Dar al-Watan Li al-Nashri, c. 1, j. 1, h. 59. 87 Muhammad Amin al-Kirdi al-Irbili al-Syafie (t. t), Tanwir al-Qulub Fi Muamalati ‘Allami al-Ghuyub, Mesir, Maktabah al-Taufiqiah.

-ما علمت أن رسول الله صلى اهللا عليه وسلم صام يوما يطلب فضله على األيام إال هذا اليوم، وال شهرا إال هذا الشهر 88  يعين رمضان

Page 15: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 90 - 117

   

  104  

Madkur adalah untuk menafikan sesuatu perkara.89 Perkataan ini menunjukkan isyarat daripada Abdullah bin Abbas yang beliau seorang yang merendahkan diri ketika bersama guru di dalam majlis ilmu iaitu semasa proses pembelajaran berlaku. Dengan terang dan telah jelas juga, Ibn Abbas menggunakan uslub merendahkan diri apabila beliau menyebut “ Ma ‘Alimtu”. Sudah pasti ungkapkan ini jika kita tafsirkan maksud Ibn Abbas ialah” apa yang aku tahu setakat ini”. Penggunaan lafaz ini memberi jawapan kepada kita, apa yang hendak disampaikan ialah, bukan semua perkara beliau tahu dan inilah yang dikatakan sebagai uslub dan metode tawadhuk ataupun merendah diri. Ibnu Asakir90 telah mencatatkan di dalam karya penulisan beliau dengan menyatakan, ketikamana proses memperoleh ilmu berlaku, sistem pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh baginda Rasulullah SAW kepada para sahabat, Metode Tawadhuk ini sentiasa sahaja diberi penerapan dan Ibn Abbas seorang daripada mereka.91 Perkara ini juga disebut oleh Abu Nuaim al-Asfahani di dalam karya penulisannya bahawa sifat merendah diri sentiasa ada di dalam diri Ibn Abbas hasil daripada proses keilmuan yang beliau dapat daripada sistem pengajian baginda Rasulullah SAW.92 8. Metode Diskusi Proses pembelajaran dan juga pengajaran di dalam kelas haruslah mempunyai metode dan teknik tertentu bagi membina kreativiti dan potensi murid. Proses ilmu akan menjadi lebih berinteraksi dengan menerapkan metode diskusi untuk membantu murid di dalam memahami subjek mata pelajaran yang dipelajari.93 Metode Diskusi ini adalah satu cara dan teknik yang digunakan semasa proses pengajaran dan juga pembelajaran berlaku. Ia merupakan satu proses pendidikan yang berbentuk perbincangan ilmiah tentang sesuatu topik untuk mengumpulkan pendapat. Pada masa yang sama, akan membuat kesimpulan ataupun akan menyusun alternatif agar suatu masalah itu dapat dirungkai.94 Metode diskusi memberi kesempatan dalam proses pendidikan iaitu dalam pengajaran dan juga pembelajaran membina daya fikir yang positif. Ianya bukan hanya semata-mata menggunakan akal fikiran, namun apabila metode diskusi ini digunakan dengan tepat pasti akan membantu membentuk suatu sikap positif terhadap cara berfikir.95 Menurut Halimatus Sadiyah, kajian beliau menyatakan metode diskusi ini fungsinya adalah untuk

                                                                                                                         89Ibrahim Madkur (1994), al-Mu’jam al-Wajiz, Majma’ al-Lughah al-Arabiah, h. 571. 90Seorang sarjana Muslim yang berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wa al-Jamaah. Nama penuh beliau ialah Ali bin al-Hasan bin Hibat Allah bin Abdullah, Thiqat al-Din, Abu al-Qasim, dan dikenali sebagai Ibnu Asakir al-Dimashqi al-Syafi'i al-Ash'ari 91Abi al-Qasim Ali bin al-Hasan al-Dimasyqi al-Syafie (1993), Madhu al-Tawadhuk Wa Zammu al-Kibri, Syria, Dar al-Sanabil, Damsyik, c. 1, h. 9. 92Abi Nuaim al-Asfahani (1998), Ma’rifatu al-Sahabah, Dar al-Watan Li al-Nashri, c. 1, j. 1, h. 1699-1700. 93Rita Ruziah, J-TEQIP, edisi Tahun II, Nomor 1, Mei 2011, Penerapan Metode Diskusi Untuk Meningkatkan Aktivitas Siswa Pada Pembelajaran Menirukan Pembacaan Pantun Anak Di Kelas 1V SD 01 Tebat Karai Kacamatan Kepahiang Kabupaten Provinsi Bengkulu. 94Suseno Hary Prasetyo (2010), Pembelajaran IPA Terstruktur Melalui Metode Diskusi Dan Pemberian Tugas Di Tinjau Dari Kemampuan Awal Dan Kemampuan Menalar Siswa, Program Pascasarjana Universitas Sebelas Maret, Surakarta, Indonesia, h. 36. 95Winarto, Implementasi Metode Diskusi Kelas Untuk Pencapaian Standar Kompetensi Dalam Pembelajaran Al-Quran Dan Hadis, Program Pascasarjana, Institut Agama Islam Walisongo, 2012, h. 3-4.

Page 16: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS  

   

105  

merangsang kecerdasan daya berfikir seseorang murid, memberikan satu bentuk latihan praktikal kepada seseorang murid agar berani untuk mengeluarkan idea dan juga buah fikirannya sendiri.96 Dengan definisi yang telah diberikan, dapatlah kita menyatakan metode diskusi ini adalah merupakan satu kaedah, sistem pengajaran dan juga pembelajaran yang baik yang boleh membina dan merangsang daya kecerdasan murid terhadap proses ilmu. Metode ini sudah diaplikasikan oleh Ibn Abbas apabila beliau menuntut ilmu daripada guru-gurunya. Kita boleh mengkoreksinya melalui hadis-hadis yang telah diriwayatkannya.

1 :اابن عباسس قالل - ...عليیهھ ووسلم سلم فقالل ررسولل هللا صلى هللا عليیهھ وو صلى هللا االعباسس ليیكلم فيیهھ االنبي فكلم

Maksudnya: Ibnu Abbas diminta untuk berdiskusi dengan Rasulullah SAW...97

Hadis-hadis di atas telah diriwayatkan oleh Ibn Abbas sendiri. Hadis di atas dapat kita katakan mengandungi metode diskusi yang digunakan oleh beliau dalam proses pendidikan. Kita boleh melihatnya melalui lontaran soalan yang diajukan kepada beliau, dimana pastinya soalan itu memerlukan satu bentuk perbincangan dan juga jawapan daripada beliau. Maka pastinya, kita mendapati ada persoalan yang dilontarkan kepada beliau yang memerlukan satu analisis, perbincangan yang melibatkan beberapa pihak iaitu guru, murid atau yang terlibat, percambahan idea disamping memerlukan kupasan, penjelasan dan jawapan dalam persoalan yang ditanya. Dalam konteks pembelajaran, kita mendapati teori pendidikan yang diasaskan oleh Lev Vygotsky menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya berlaku daripada yang berpusatkan guru kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang juga berpusatkan murid.98 Guru dan murid bersama-sama memainkan peranan aktif dalam proses pengajaran dan juga pembelajaran. Murid aktif serta bebas untuk menyertai aktiviti pembelajaran dan komunikasi yang berbentuk dua hala. Guru menyoal dan murid menjawab dan sebaliknya. Suasana akan dibentuk dengan kepimpinan yang bersifat demokratik. Dalam pendekatan ini, pencapaian objektif pembelajaran murid diutamakan.99 Fakta ini juga disokong oleh tokoh pendidikan Barat seperti Maria Montessori dan juga Dewey. Mereka juga berpandangan harus diberi

                                                                                                                         96Halimatus Sadiyah (2010), Efektifitas Metode Diskusi Dalam Pembelajaran Pendidikan Agama Islam, Fakultas Tarbiyah Dan Keguruan, Universitas Syarif Hidayatullah, Jakarta, h. 9.

ي2كلم, ف)يه) الن!بي! ب)رير)ة ر)أي6ت# ز)و6ج)ه)ا ي)ت6ب)ع#ه)ا ف!ي س!كك! الم)د!ين)ة! و)د#م#وع#ه# ت)سيل ع)لى ل!ح6ي)ت!ه! فكلم) الع)ب&اس# ل! كرم#ة ع#ن! اب!ن ع#ب*اس قال لم*ا خ'ي%ر#ت!ع%ن# ع!97 ن%م"ا أن"ا ش"اف.ع, قال فخ"ي%ر"ه"ا الله' ص0لى الله. ع0لي;ه' و0س0لم0 ل'ب0رير0ة إنCه. ز0و;ج.ك' فقالت; ت0أم.ر.ني به' ي0ا ر0س.ول الله' قال إص&لى الله$ ع&لي2ه0 و&س&لم& فقال ر&س$ول

فاخ:ت1ار1ت: ن1فس1ه1ا و1كان ع1ب:د8ا ل$آل الم&غ$ري1ة$ ي&قال له& م&غ$يث

98Yahya Othman, Azmie Hj. Othman, Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Karangan Argumentatif Di Sebuah Sekolah Menengah Arab Di Negara Brunei Darussalam, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), ISSN: 2180-4842. Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012): 32-45,Fakulti Pendidikan, UKM, 2012, h. 34. 99Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Program Pensiswazahan Guru(PPG), Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian, Modul (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah), (PIM 3102), Pedagogi Pendidikan Islam, 2011, h. 13.

Page 17: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 90 - 117

   

  106  

kebebasan daya berfikir dalam sistem pembelajaran dan pengajaran agar dapat membina proses ilmu yang lebih berkesan.100 Di dalam kitab hadis Musnad Imam Ahmad bin Hambal, ada dicatatkan beliau dan juga Imam al-Syafie sentiasa berdiskusi tentang sesuatu perkara melibatkan sistem pengajaran dan juga pembelajaran yang merangkumi proses ilmu hadis, fekah ataupun sebagainya. Dan ini menunjukkan bahawa metode diskusi ini juga telah diimplementasikan oleh tokoh-tokoh intelektual Islam.101 Dapatlah kita nyatakan, metode diskusi ini memberi kesan yang baik terhadap sistem pendidikan Islam. Proses pengajaran dan juga pembelajaran yang menggunakan metode diskusi ini akan mengangkat proses ilmu dua hala yang menjadi nilai tambah kepada proses ilmu yang sedia ada seperti ceramah dan sebagainya. 9. Metode Doa Agama Islam amat mementingkan doa dalam kehidupan seharian. Umat Islam sangat digalakkan agar sentiasa mengamalkan doa di dalam setiap perkara yang hendak dilakukan samada perkara itu kecil ataupun besar. Doa adalah satu perkara asas wasilah yang sangat digalakkan kepada umat Islam untuk melakukannya. 102 Mengikut definisi cendekiawan Islam, doa bermaksud sesuatu bantuan ataupun pertolongan yang diminta, dipohon dan dimunajat oleh seseorang hamba kepada Allah SWT. Hakikat kebenaran doa itu juga adalah merupakan sumber kekuatan makhluk terhadap khalikNya. Seseorang hamba yang sentiasa berdoa kepada Allah SWT, dia adalah seorang hamba yang sentiasa bersyukur kepada penciptaNya.103 Definisi Doa Dari Sudut Bahasa Doa secara definisi bahasanya adalah meminta, memohon, menyeru dan mengharapkan sesuatu yang baik dari Allah SWT. Ianya adalah untuk mencapai impian dan hajat agar dapat dimakbulkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa.104 Definisi Doa Dari Sudut Istilah Doa sepertimana yang telah diberikan oleh cendekiawan Islam dari sudut pengertian istilahnya adalah ibadah. Namun ianya merangkumi pengertian suruhan meminta, memohon dan munajat.105 Perkataan doa itu juga telah disebut oleh Allah Azza Wajalla di dalam al-Quran al-Karim sebagai penegasan kepada hambanya agar sentiasa berdoa kepadaNya.                                                                                                                          100 Jocelyn Anne Elizabeth Lawson (1996), An Exploralation Of The Relationship Between Children’s Spirituality And The Curriculum, Faculty Of Education, Canada, Simon Fraser University, h. 43-44. 101 Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris al-Zuhaili al-Syaibani (2003), Musnad Imam Ahmad, Jordan, Bait al-Afkar al-Dauliah, c. 1, h. 7. 102Ku Muhamad Asmadi bin Ku Mohd Saad, Nor Syahida Binti Ahmad (2009), 66 Tips Mutiara Motivasi Cinta Islam, Pustaka Haji Abdul Majid Sdn. Bhd, c. 1, h. 140. 103Hamad Muhammad al-Khattabi Abu Sulaiman (1992), Sya’ni al-Doa’, Dar al-Thaqafah al-Arabiah, , c. 3, h. 4. 104 Al-Sayyid Nuh (1998), Du’a The Shield Of Abeleiver Arrows Of Light In The Midts Of Darkness, Mansourah, Egypt, Dar al-Manarah For Translation. Publishing & Distributors, c. 1, h. 13. 105 Abdul Razak Bin Abdul Muhsin al-Badr (2005), Fiqhu al-Ud’iah Wa al-Azkar, al-Mamlakah al-Arabiah al-Saudiah, c. 1, h. 274.

Page 18: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS  

   

107  

Al-Quran al-Karim:

Maksudnya: Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".106

Muhammad al-Thahir bin ‘Asyur dalam kitab tafsirnya telah menafsirkan makna doa itu adalah perkara yang berkaitan dan ada hubungkaitnya dengan ibadah. Beliau juga menghuraikan maksud doa itu sebenarnya adalah ibadah.107Tafsiran ini juga dipersetujui oleh Muhammad Yasar al-Abidin dalam tafsirannya bahawa doa juga adalah sebagai satu ibadah.108 Al-Baghawi telah menyebut di dalam kitab Tafsirnya apabila beliau mensyarahkan kupasan ayat di atas dengan menyatakan, sifat doa itu sendiri secara khususnya adalah kepada manusia. Dan doa itu sendiri akan memberi kesan kepada hati dan juga ingatan yang baik kepada manusia.109 Al-Baidhawi pula menafsirkan ayat di atas dengan tafsiran dan kefahaman, sesungguhnya doa itu mempunyai pengertian yang lebih jelas, ianya adalah merupakan pembuka kepada pintu-pintu ilmu.110 Maknanya, boleh kita katakan bahawa, terbukanya pintu-pintu untuk ilmu adalah disebabkan juga dengan doa. Para penyelidik juga telah membuat kajian dan kesimpulan iaitu, mereka bersetuju bahawa doa memainkan peranan yang sangat penting di dalam proses menimba ilmu. Doa adalah merupakan satu elemen yang sangat penting di dalam pendidikan Islam. Dengan amalan berdoa maka seseorang penuntut ilmu itu akan lebih beradab dan akan lebih menambah daya ingatan seseorang murid ataupun pelajar.111 Maka ini sangat bertepatan dengan hadis baginda Rasulullah SAW yang menyebut bahawa, “doa itu adalah sebagai otak segala ibadah”.112 Melalui Metode Doa ini, kita dapati, kecerdikan, kebijaksanaan, kepandaian dan kepintaran seseorang murid juga adalah ada hubungkaitnya dengan doa seorang guru. Ini telah berlaku kepada Ibn Abbas, dimana beliau dengan secara jelas dan nyata telah menyatakan bahawa, beliau sering didoakan oleh gurunya iaitu baginda Rasulullah SAW.

.اابن عباسس٬، قالل: االلهھم فقهھ في االديین قالل:اابن عباسس قالل Maksudnya: Kata Ibnu Abbas, Rasulullah SAW mendoakannya agar faham

tentang agama.113 Melihat kepada situasi yang berlaku kepada Ibn Abbas, beliau telah didoakan oleh baginda Rasulullah SAW sehingga dikatakan menjadi seorang yang benar-benar alim dan menguasai                                                                                                                          106 Surah al-Ghofir, 60 107 Muhammad al-Thahir bin Asyur (1984), Tafsir al-Tahrir Wa al-Tanwir, Tunisia, al-Dar al-Tunisiah Li al-Nasr, c. 1, j. 25, h. 150. 108 Muhammad Yasar al-Abidin (1979), al-Quran al-Karim Wa Bihamish al-Tafsir al-Muyassar, Majma’ al-Buhuth al-Azhar, h. 474. 109‘Alauddin Ali Bin Muhammad Bin Ibrahim al-Baghdadi (1995), Wa Ma’ahu Tafsir al-Baghawi al-Musamma Ma’alim al-Tanzil, Beirut, Lubnan, Dar al-Kutub al-Ilmiah, c. 1, j. 5, h. 347-348. 110 Muhammad Bin Muslih al-Din Mustafa al-Qaujawi al-Hanafi (1999), Hasyiah Muhyi al-Din Syaikha Zaadah ‘Ala Tafsir al-Qadhi al-Baidhawi, Beirut, Lubnan, Dar al-Kutub al-Ilmiah, c. 1, j. 4, h. 241. 111Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah, Hussin Bin Salamon (2005), Sistem Pembelajaran Dan Kaedah Hafazan al-Quran Yang Efektif:Satu Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu, Universiti Teknologi Malaysia, h. 72. 112 Hadis Riwayat al-Bukhari

.قال: اللهم فقه يف الدين قال:ابن عباس،من وضع ذا؟ :قال ، فلما خرجفوضعت له وضوءا ،النيب صلى اهللا عليه وسلم اخلالء تىأ 113

Page 19: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 90 - 117

   

  108  

ilmu, berpengetahuan, berpendidikan dan juga menguasai sistem pembelajaran dan juga pengajaran. Ini juga menjadi isyarat yang jelas kepada sistem pengajaran dan juga pembelajaran, metode doa ini memberi impak yang sangat baik dalam proses menimba ilmu di antara guru dan murid. Khalid bin Sulaiman al-Rub’i menyatakan bahawa, doa yang ikhlas, hati yang penuh dengan sifat khusyuk serta penuh keyakinan kepada Allah SWT akan memberi kesan kepada pemohon yang sentiasa meminta kepada TuhanNya.114 Beliau juga menambah di dalam penulisan tersebut, bahawa sesungguhnya doa ini pasti akan membentuk adab seseorang individu, dan doa juga pasti akan memberikan kesan yang baik kepada akal fikiran manusia.115 Kajian dan juga analisis telah dijalankan oleh pakar dari Universiti Teknologi Malaysia, yang menyebut bahawa, doa akan memberikan satu kesan yang sangat baik kepada sistem pendidikan, sistem pengajaran dan juga pembelajaran, apatah lagi jika doa ini dilakukan oleh guru ataupun murid akan merangsang murid untuk belajar.116 Saad al-Nasir dalam penulisan karyanya telah menyebut bahawa, doa sangat memberi kesan kepada sistem perkembangan tumbuhbesaran manusia. Beliau seterusnya telah menjelaskan, doa memberi impak kepada perwatakan, peribadi, kehidupan harian dan akan membentuk pemikiran manusia ke arah yang lebih positif.117 Jelasnya kepada kita, salah satu sebab mengapa Ibn Abbas menjadi cemerlang, hebat dan bijak kerana telah didoakan oleh baginda Rasulullah SAW. Metode doa ini perlu diaplikasikan dalam proses pengajaran dan juga pembelajaran agar boleh membina proses kefahaman yang berkesan dalam pendidikan. Walaupun begitu, bukanlah hanya dengan sebab metode doa ini sahaja yang menjadikan Ibn Abbas itu cemerlang, bijak dan hebat. Beliau telah menggarapkan banyak kaedah dan cara serta telah dapat mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lain dengan baik. Namun begitu metode doa guru ini adalah salah satu daripada beberapa metode yang boleh membantu seseorang murid membina kecemerlangan dalam keilmuan. 10. Metode Berdamping dengan Guru Dalam pelaksanaan sistem pengajaran dan juga pembelajaran pendidikan Islam, seseorang guru dilihat dan dinilai dalam masyarakat sebagai satu contoh ikutan terbaik ataupun “role model”118 yang membentuk akhlak dan peribadi insan agar di dalamnya ada sifat-sifat mahmudah serta sifat-sifat yang terpuji. Untuk meransang kejayaan bagi seseorang murid dalam menuntut ilmu, seseorang murid hendaklah sentiasa bersama, sentiasa berada dan sentiasa berdamping dengan gurunya. Apatah lagi jika menjadikan seseorang guru itu sebagai seorang sahabat yang paling terbaik dalam hidup dan kehidupan seharian, pasti disana akan memberikan satu impak ilmu, pengajaran dan nasihat terbaik yang akan menjadikan seseorang murid itu hebat, berjaya, cemerlang, berilmu dan sebagainya.                                                                                                                          114 Khalid bin Sulaiman al-Rub’i (2002), Min ‘Ajaib al-Doa, Riyadh,Dar al-Qasim, h. 9. 115Ibid, h. 12.  116 Abdul Hafiz bin Haji Abdullah (2005), Sistem Pembelajaran Dan Kaedah Hafazan Al-Quran Yang Efektif:Satu Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu, h. 184. 117 Saad al-Nasir (2006), al-Doa Sabil al-Hayah al-Toiyyibah, Kitab al-Ummah, c. 1, h. 33. 118 Contoh teladan

Page 20: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS  

   

109  

Muhammad Ahmad Ismail al-Muqzam telah mengemukakan pandangannya melalui karya penulisannya menyebut, seseorang murid yang ingin berjaya, hendaklah sentiasa bersahabat dengan gurunya kerana, segala ilmu serta pengajaran ada pada seseorang guru.119 Begitu juga dengan pandangan seorang ahli ilmuan Islam yang telah menyebut bahawa, seseorang murid itu jika ingin mencapai kegemilangan, kejayaan, keberkatan dan hebat dalam ilmu, hendaklah sentiasa berdamping dengan guru di dalam majlis-majlis ilmunya atau sentiasa bersama-sama dengannya.120 Sampel terbaik boleh kita ambil sebagai qudwah ialah, baginda Rasulullah SAW sendiri sentiasa bersama dengan gurunya iaitu Malaikat Jibril AS di dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Di dalam peristiwa ini juga, baginda Rasulullah SAW sentiasa bersoal jawab, bertanya sesuatu yang perlu ditanya kepada gurunya, meminta nasihat, meminta penjelasan, meminta penerangan terhadap perkara yang menjadi kesamaran di dalam pemikiran baginda Rasulullah SAW. Dengan fakta di atas, kajian ini telah melihat bahawa, metode bersama dengan guru atau berdamping dengan guru ini telah praktikkan oleh Ibn Abbas. Melalui hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh beliau, kita dapat membuat satu penilaian dengan jelasnya bahawa Ibn Abbas telah menguasai metode ini dengan baik. Kajian juga mendapati beliau sentiasa sahaja bersama dan berdamping dengan guru-gurunya.

a- Berdamping dengan Nabi SAW

...فقمت عن يیساررهه:اابن عباسس قالل

Maksudnya:Aku berdiri di sebelah kirinya...121

b- Berdamping dengan Sahabat RA

...أأنهھ ططافف مع معاوويیة بالبيیت :اابن عباسس قالل Maksudnya: Beliau bertawaf bersama Muawiah di Kaabah...122

c- Berdamping dengan Nabi SAW Dan Sahabat RA

...كنا مع ررسولل هللا صلى هللا عليیهھ ووسلم :اابن عباسس قالل

Maksudnya: Adalah kami bersama Rasulullah SAW...123

Melalui hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibn Abbas ini, secara jelasnya menunjukkan beliau telah mengaplikasikan metode bersama dan berdamping dengan guru. Kajian ini juga                                                                                                                          119Muhammad Ahmad Ismail al-Muqzam (1998), al-‘Ilaamu Bi Hurmati Ahli al-Ilmi Wa al-Islam, Dar al-Tayyibah, Maktabah al-Kausar, c. 1, h. 179. 120Bakar Bin Abdullah Abu Zaid (1416 H), al-Majmuah al-Ilmiah, Riyadh, Dar al-Asimah, , c. 1, h. 167.

بت ليلة عند خاليت ميمونة بنت احلارث ورسول اهللا عندها يف ليلتها فقام يصلي من الليل فقمت عن يساره ألصلي بصالته قال فأخذ بذؤابة 121 . كانت يل أو برأسي حىت جعلين عن ميينه

وية يستلم األركان كلها، فقال له ابن عباس : ل;م: تستلم هذين الركنني ومل يكن رسول اهللا صلى اهللا أنه طاف مع معاوية بالبيت، فجعل معا 122 وية : عليه وسلم يستلمهما ؟ فقال معاوية : ليس شيء من البيت مهجورا. فقال ابن عباس : لقد كان لكم يف رسول اهللا أسوة حسنة. فقال معا

.صدقت 123 ]كنا مع رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم فخر رجل عن بعريه فوقص فمات وهو حمرم فقال رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم :ص 221 ]

غسلوه مباء وسدر وادفنوه يف ثوبيه وال ختمروا رأسه فإن اهللا عز وجل يبعثه يوم القيامة مهال وقال مرة يهل

Page 21: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 90 - 117

   

  110  

dapat menjelaskan bahawa, untuk menjadikan peribadi seseorang murid yang inginkan kejayaan, berilmu dan berperibadi hebat, maka hendaklah sentiasa bersama dan berdampingan dengan guru-guru serta majlis ilmu mereka. Pandangan ini juga telah dibuat kesimpulannya oleh seorang tokoh ilmuan Islam Muhammad bin al-Husin. Beliau menyatakan, seorang yang menuntut ilmu, ketika mana dia bersama gurunya, bersama dan berdamping dalam majlis gurunya pasti dia juga akan dianugerahkan dengan keistimewaan.124

Nama-nama besar yang telah dijulang sebagai intelektual Islam hebat yang mengharumkan dunia ilmu serta pendidikan seperti Ibnu Asakir dikatakan oleh al-Zahabi, beliau sentiasa menghadirkan dirinya dalam majlis-majlis bersama gurunya dan beliau sentiasa berdamping dengan gurunya. Guru-gurunya dikatakan adalah sebanyak seribu tiga ratus orang dan telah mengembara di 40 buah negara hanya semata-mata untuk bersama dalam majlis ilmu.125 11. Metode Nasihat Teknik mengajar yang berkesan oleh seorang guru mengikut pandangan Ahmad Mohd Salleh ialah apabila murid mudah menerima, menghayati dan boleh mengaplikasikan pembelajaran dalam suasana kehidupan seharian dengan baik.126 Matlamat umum peranan guru ialah untuk menambah nilai (value added) atau mengekalkan keadaan-keadaan yang menggalakkan suasana pembelajaran murid. Kemahiran dan kecekapan peranan seseorang guru yang diamalkan oleh pentadbir sesebuah sekolah perlu ada istilah perkongsian bersama atau didelegasi kepada guru-guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.127 Kajian menunjukkan dalam proses memimpin program-program pengajaran, peranan guru sebagai kepimpinan memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi yang berkesan.128 Menurut Hook dan Vass (2000), peranan kepimpinan guru yang berkesan memerlukan guru memiliki kemahiran-kemahiran yang merangkumi, boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi, mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan, memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya dan berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis maklumat kepada murid.129 Nasihat adalah satu kaedah, teknik dan cara terbaik dalam sistem pelaksanaan pendidikan Islam melalui guru kepada murid. Seseorang guru sudah pasti berkebolehan mencari dan membuat penyelesaian kepada murid-muridnya melalui kaedah nasihat. Kaedah nasihat ini sudah diaplikasikan oleh Ibn Abbas dalam beliau menimba ilmu daripada guru-gurunya khususnya daripada baginda Rasulullah SAW.

                                                                                                                         124 Abi Bakar Muhammad Bin al-Husin Bin Abdullah al-Ajuri (2001), Akhlak al-Ulamak, Damsyik, Syria, Dar al-Qalam, c. 1, h. 43. 125 Abdul al-Fattah Abu Ghuddah (1417H), Qiimatu al-Zaman Inda al-Ulamak, Maktabah al-Matbuat al-Islamiyyah, , c. 10, h. 95-97. 126Ab. Halim Tamuri, Mohamad Khairul Azman Ajuhary (2010), Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Muallim, Journal of Islamic and Arabic Education 2(1), 43-56, h. 7. 127 Ibid 128 Ibid. 129 Ibid  

Page 22: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS  

   

111  

فقال: يا غالم كنت خلف رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم يوما:اب(ن' ع%ب#اس ال ق Maksudnya:Adalah aku ketika mana berada di belakang Rasulullah SAW pada suatu

hari, Rasulullah SAW telah berpesan dan menasihatiku, wahai anak.130

Dengan hadis ini, jelasnya kepada kita, telah disebut dan diakui oleh muhadithin bahawa perkataan ” 131” كنت adalah dirujuk dan dikembalikan kepada Ibn Abbas. Beliau secara nyata telah mengaplikasikan Metode Nasihat daripada gurunya iaitu baginda Rasulullah SAW dalam pembelajaran dan juga pengajaran. Sememangnya agama Islam telah menggunakan Metode Nasihat sebagai suatu pendekatan terbaik dalam silibus pendidikannya. Metode Nasihat ini sudah digarap menjadi aplikasi istimewa serta mempunyai ramuan rencah kepada kejayaan sistem pendidikan permulaannya sehingga kini. Sebagai contohnya, hadis daripada baginda Rasulullah SAW yang menyatakan:

، قلنا: ملن؟قال: هللا ولكتابه ولرسوله وألئمة املسلمني وعامتهملدين النصيحةا Maksudnya: agama itu adalah nasihat, kami (sahabat) bertanya, kepada siapa?

baginda Rasulullah SAW bersabda, kepada Allah, RasulNya, pemimpin-pemimpin umat Islam dan untuk umat Islam keseluruhannya.132

Seorang intelektual Islam tersohor dari Universiti al-Azhar iaitu Prof. Musa Syahin Lasyin, dalam karyanya ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa, Metode Nasihat ini adalah merupakan satu pendekatan terbaik dalam pendidikan Islam yang telah diasaskan pemikirannya oleh baginda Rasulullah SAW kepada generasi umatnya sejak dahulu sehinggalah sekarang ini.133 Beliau selanjutnya telah menjelaskan lagi, Metode Nasihat yang telah diaplikasikan oleh baginda Rasulullah SAW kepada sahabat-sahabatnya itu juga adalah sebagai pemangkin, perangsang dan juga motivasi ke arah akhlak yang lebih baik.134

Fakta ini juga telah dijelaskan oleh seorang intelektual Barat iaitu Miranda Steel dalam karyanya yang menyebut bahawa, motivasi, dorongan dan juga rangsangan terbaik dalam sistem pendidikan ataupun sistem pembelajaran dan juga pembelajaran mempunyai persamaan melalui pendekatan Metode Nasihat.135 Muhamad Bin Ilan al-Sodiqi pula berpandangan, Metode Nasihat adalah asas paksi kekuatan rangsangan yang merangsang hati dan keseluruhan komponen tubuh manusia termasuk dalam sistem pendidikan agar manusia itu menjadi lebih hebat, berjaya dan cemerlang dalam setiap tindakan.136 Maka kaedah pendekatan Metode Nasihat yang diaplikasikan oleh seseorang guru itu akan memberikan satu impak yang terbaik kepada murid. Dan inilah yang berlaku kepada Abdullah Bin Abbas,

                                                                                                                          اهللا حيفظك أحفظ اهللا جتده جتاهك إذا سألت كنت خلف رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم يوما فقال: يا غالم إين أعلمك كلمات أحفظ 130 

ا على ان فسأل اهللا وإذا استعنت فاستعن بااهللا واعلم أن األمة لو اجتمعت على ان ينفعوك بشيء مل ينفعوك إال بشيء قد كتبه اهللا لك ولو اجتمعويضروك بشيء مل يضروك إال بشيئ قد كتبه اهللا عليك رفعت األقالم وجفت الصحف.

131 Maksudnya “adalah aku”, dan ianya dikembalikan kepada orang yang menyebut perkataan tersebut iaitu Ibn Abbas. 132 Riwayat Muslim 133 Musa Syahin Lasyin, (t.t), Fathu al-Mun’im Syarah Sahih Muslim, Kaherah, Mesir, Matba’ah al-Fajr al-Jadid, j. 1, h. 321. 134  Ibid. 135 Miranda Steel (2012), New Oxford Dictionary, Second Edition, Oxford Fajar, c. 2, h. 545. 136Muhamad Bin Ilan al-Sodiqi, (t. t), Dalil al-Falihin Li Turuq Riadhi al-Solehin, Syarah Riadh al-Solehin Li Imam al-Nawawi, Kaherah, Mesir, Dar al-Fikr, h. 459-460.

Page 23: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 90 - 117

   

  112  

kerana Metode Nasihat yang diaplikasikannya secara jelas dan nyata menjadikan dirinya itu benar-benar seorang yang hebat dan terbaik.

Rujukan

Ab. Halim Tamuri, Mohamad Khairul Azman Ajuhary (2010), Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Muallim, Journal of Islamic and Arabic Education 2(1). Abd. Shatar Bin Che Abd Rahman (2007), Pengetahuan Kandungan Pedagogi, Guru Pendidikan Moral Tingkatan Empat Di Sebuah Sekolah, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Abdul al-Fattah Abu Ghuddah (1417H), Qiimatu al-Zaman Inda al-Ulamak, Maktabah al-Matbuat al-Islamiyyah, c. 10,. Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah, Hussin Bin Salamon (2005), Sistem Pembelajaran Dan Kaedah Hafazan al-Quran Yang Efektif:Satu Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu, Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Hafiz Mat Tuah, Zakaria Stapa, Ahmad Munawar, Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 23-35, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Memperkasakan Jati Diri Melayu-Muslim Menerusi Pendidikan Islam Dalam Pengajaran Akhlak. Abdul Halim al-Jindi (1985), Ahmad Bin Hanbal Imam Ahli al-Sunnah, Dar al-Ma’arif, c. 2. Abdul Rasid Jamian, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1, Malay Language Education Journal (MyLEJ),Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Abdul Razak Bin Abdul Muhsin al-Badr, (2005), Fiqhu al-Ud’iah Wa al-Azkar, al-Mamlakah al-Arabiah al-Saudiah, c. 1. Abdullah bin Qudamah al-Maqdisi (1994), al-Kafi Fi Fiqh al-Imam Ahmad bin Hanbal, Beirut, Lubnan, Dar al-Kutub al-Ilmiah, c. 1, j. 1. Abi al-Qasim Ali bin al-Hasan al-Dimasyqi al-Syafie (1993), Madhu al-Tawadhuk Wa Zammu al-Kibri, Damsyik, Syria Dar al-Sanabil, c. 1. Abi Bakar Ahmad bin al-Husain al-Baihaqi (1996), Manaqib al-Syafie Tahkik, Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki, Majlis al-Banjari Li Tafaqquh Fi al-Din, c. 1, j. 1. Abi Bakar Muhammad Bin al-Husin Bin Abdullah al-Ajuri (2001), Akhlak al-Ulamak, Damsyik, Syria, Dar al-Qalam, c. 1. Abi Husain Muslim Bin al-Hajjaj (2011), Sahih Muslim, Beirut, Lubnan, Dar al-Kutub al-Ilmiah, c. 6.

Page 24: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS  

   

113  

Abi Nuaim al-Asfahani (1998), Ma’rifatu al-Sahabah, Dar al-Watan Li al-Nashri, c. 1, j. 1. Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris al-Zuhaili al-Syaibani (2003), Musnad Imam Ahmad, Bait al-Afkar al-Dauliah, Jordan, c. 1. Abu Hasan Agus R (2011), Penanaman Nilai-nilai Pendidikan Agama Islam Pada Anak Usia Dini Melalui Metode Bercerita Di Taman Kanak-kanak Bina Anaprasa Nurul Jadid Paiton Probolinggo, UIN Kalijaga, Yogyakarta. Ahmad Bin Abdullah Bin Ahmad Bin Ishak Bin Mahran al-Asbahani (1998), Ma’rifatu al-Sahabah Li Abi Nu’aim al-Asbahani, Tahkik Adil Bin Yusuf al-Ghazazi, Dar al-Watan Li al-Nasri, c. 1, j. 1. Alauddin Ali Bin Muhammad Bin Ibrahim al-Baghdadi (1995), Wa Ma’ahu Tafsir al-Baghawi al-Musamma Ma’alim al-Tanzil, Beirut, Lubnan, Dar al-Kutub al-Ilmiah, c. 1, j. 5. Al-Sayyid Nuh (1998), Du’a The Shield Of Abeleiver Arrows Of Light In The Midts Of Darkness, Mansourah, Egypt, Dar al-Manarah For Translation. Publishing & Distributors, c. 1. Azhar Bin Muhammad (2007), Tahap Profesionalisme Guru-Guru Pelatih Pendidikan Islam Dalam Latihan Praktikum, Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Bin Yahaya & Syazwani Binti Abdul Razak, Teori Berkaitan Gaya Pembelajaran Dan Kaedah Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Bakar Bin Abdullah Abu Zaid (1416 H), al-Majmuah al-Ilmiah, Riyadh,Dar al-Asimah, c. 1. Banathy, B. H (1991), Systems design of education: Ajourney to create the future. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology. Basyar Awad Ma’ruf, al-Sayyid al-Mu’ati Muhammad al-Nuri, Aiman Ibrahim al-Zamili, Ahmad Abdul Razak Aid, Mahmud Muhammad Khalil (1993), Musnad al-Jami’, Abdullah Bin Abbas al-Hasyimi, Abdullah Bin Ukaim al-Juhni, Beirut, Dar al-Jil, j. 9, c. 1. Della Rahmah (2006), Efektifitas Metode Bercerita Pada Proses Pembelajaran Bidang Studi Akidah Akhlak Di MTSN 13 Ulu Jami Jakarta Selatan, Jurusan Pendidikan Agama Islam Fakultas Tarbiyah Dan Ilmu Keguruan, UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta. Halimatus Sadiyah, (2010), Efektifitas Metode Diskusi Dalam Pembelajaran Pendidikan Agama Islam, Fakultas Tarbiyah Dan Keguruan, Universitas Syarif Hidayatullah, Jakarta. Hamad Muhammad al-Khattabi Abu Sulaiman (1992), Sya’ni al-Doa’, Dar al-Thaqafah al-Arabiah, c. 3.

Hassan Langgulung, Jurnal Pendidikan Islam, Islamisasi Pendidikan Dari Perspektif Metodologi, j. 9, bil. 3.

Page 25: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 90 - 117

   

  114  

Hasan Langgulung (1991), Asas-Asas Pendidikan Islam, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, c. 1. http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/sp_hsp/pi/18/2/2015. Husain bin Unang (1994), Kamus al-Tullab, Arab-Melayu, Kuala Lumpur, Malaysia, Dar al- Fikr, c. 1. Ibnu Manzur (t. t), Lisan al-Arab, Dar Ihya al-Turath al-Arabi, j. 5, c. 3, j. 14. Ibrahim al-Baijuri (1994), Hasyiah al-Allamah al-Syeikh Ibrahim al-Baijuri ‘Ala Syarah al-Allamah Ibni Kassim al-Izzi ‘Ala Matan al-Syeikh Abi Syuja’ Fi Fiqhi Mazhab al-Imam al-Syafie, Beirut, Lubnan, Dar al-Fikr, j. 2. Ibrahim Bin Ahmad (2003), Kamus Bahasa Melayu Nusantara, Dewan Bahasa Dan Pustaka Brunei Darussalam, c. 1. Ibrahim Madkur (1994), al-Mu’jam al-Wajiz, Majma’ al-Lughah al-Arabiah. Imalatur Roihah (2009), Implikasi Teori Kognitif Jean Piaget Dalam Pembentukan Keperibadian Muslim Anak Usia Sekolah 7-12 Tahun, Jurusan Pendidikan Agama Islam Fakultas Tarbiyah UIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Program Pensiswazahan Guru(PPG), Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian, Modul (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah), (PIM 3102), Pedagogi Pendidikan Islam, 2011. Jocelyn Anne Elizabeth Lawson (1996), An Exploralation Of The Relationship Between Children’s Spirituality And The Curriculum, Faculty Of Education, Simon Fraser University, Canada, Khalid bin Sulaiman al-Rub’i (2002), Min ‘Ajaib al-Doa, Riyadh, Dar al-Qasim. Ku Muhamad Asmadi bin Ku Mohd Saad, Nor Syahida Binti Ahmad (2009), 66 Tips Mutiara Motivasi Cinta Islam, Pustaka Haji Abdul Majid Sdn. Bhd, c. 1, Lucky Ade Sessiani (2007), Pengaruh Metode Multisensori Dalam Meningkatkan Kemampuan Membaca Permulaan Pada Anak Taman Kanak-Kanak, Fakultas Psikologi Universitas Diponegoro Semarang. Miranda Steel (2012), New Oxford Dictionary, Second Edition, , Malaysia, Oxford Fajar, c. 2. Mochamad Arifin (2014), Manajimen Pembelajaran Pendidikan Agama Islam (Studi Komparasi SDIT Assalamah dengan SDI Istiqomah Kecamatan Ungaran Barat Kabupaten Semarang Tahun Pelajaran, Program Pascasarjana Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri Salatiga,

Page 26: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS  

   

115  

Mohd Najib Abdul Aziz dan Nor Shafrin Ahmad, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29–47, 2008, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Kemahiran Belajar Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik: Kajian Di Daerah Kerian, Perak, Muhamad Bin Ilan al-Sodiqi (t. t), Dalil al-Falihin Li Turuq Riadhi al-Solehin, Syarah Riadh al-Solehin Li Imam al-Nawawi, Kaherah, Mesir, Dar al-Fikr. Muhammad Abdul Qadir Ahmad (1986), Turuq Ta’lim al-Lughah al-Arabiah, Kaherah, Maktabah al-Nahdhah al-Misriah, c. 5. Muhammad Ahmad Ismail al-Muqzam (1998), al-‘Ilaamu Bi Hurmati Ahli al-Ilmi Wa al-Islam, Dar al-Tayyibah, Maktabah al-Kausar, c. 1. Muhammad al-Ghazali (2006), Fiqh al-Sirah, Damsyik, Syria, Dar al-Qalam, c. 1. Muhammad Ali al-Sobuni (1996), Sofwah al-Tafasir, Kaherah, Dar al-Salam, c. 1, j. 2. Muhammad al-Thahir bin Asyur (1984), Tafsir al-Tahrir Wa al-Tanwir, Tunisia,al-Dar al-Tunisiah Li al-Nasr, c. 1, j. 25. Muhammad Amin al-Kirdi al-Irbili al-Syafie (t. t), Tanwir al-Qulub Fi Muamalati ‘Allami al-Ghuyub, Mesir, Maktabah al-Taufiqiah. Muhammad Bin Ismail al-Amir al-Yamani al-Sun’ani (2004), Subul al- Salam Syarah Bulugh al-Maram Min Jam’i Adillah al-Ahkam, Kaherah,Dar al-Hadis, j. 4. Muhammad Bin Muslih al-Din Mustafa al-Qaujawi al-Hanafi (1999), Hasyiah Muhyi al-Din Syaikha Zaadah ‘Ala Tafsir al-Qadhi al-Baidhawi, Beirut, Lubnan, Dar al-Kutub al-Ilmiah, c. 1, j. 4. Muhammad Idris al-Marbawi (1354H), Kamus Arab Melayu, c. 1. Muhammad Yasar al-Abidin (1979), al-Quran al-Karim Wa Bihamish al-Tafsir al-Muyassar, Majma’ al-Buhuth al-Azhar. Musa Syahin Lasyin (t.t), Fathu al-Mun’im Syarah Sahih Muslim, Kaherah, Mesir, Matba’ah al-Fajr al-Jadid, j. 1. Mustafa Hj. Daud, Jurnal, Pendidikan Keibubapaan: Satu Pengenalan Ringkas, Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikian, Universiti Utara Malaysia. Nani Bt. Menon (2000), Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyikata Dalam Kebolehan Awal Bacaan Dikalangan Kanak-Kanak Prasekolah, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Nur Syazwina Mustapa, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Ummu Hani Hashim, Zuraida Shaadon (2012), Kajian Meningkatkan Kemahiran Asas Membaca Teks Arab Melalui Kemahiran Membaca Al-Quran Dan Kaedah Latih Tubi, Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 27: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 3(3), Disember, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 90 - 117

   

  116  

Program Pensiswazahan Guru (PPG), Mod Pendidikan Jarak Jauh, Modul (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah), (PIM 3102), (Pedagogi Pendidikan Islam), Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011. Rita Ruziah, J-TEQIP, edisi Tahun II, Nomor 1, Mei 2011, Penerapan Metode Diskusi Untuk Meningkatkan Aktivitas Siswa Pada Pembelajaran Menirukan Pembacaan Pantun Anak Di Kelas 1V SD 01 Tebat Karai Kacamatan Kepahiang Kabupaten Provinsi Bengkulu. Rohi Baalbaki (2003), al-Mawrid, A Modern Arabic-English Dictionary, Dar El-Ilm Lil Malayin, c. 17. Saad al-Nasir (2006), al-Doa Sabil al-Hayah al-Toiyyibah, Kitab al-Ummah. Shamsiah Sidek, Nurin Abdul Majid, Nelly Ezatul Fazlina Md Sah, Hamidah Mohamed, Mohd Noor Hashim , Jurnal The Role Of Tvet Teachers In School Based Assessment Of Vocational Electives Subjects At Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Batu Pahat, Johor, Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Shuhadak Mahmud (2009), Rasulullah SAW Pendidik Terulung, 40 Teknik Rasulullah SAW Mengajar, Terj. Al-Rasul SAW al-Muallim Wa Asalibuhu Fi al-Ta’lim, Abu Fattah Abu Ghuddah, al-Azhar Media, Negeri Sembilan, Malaysia, c. 2. Suppiah Nachiappan, Jurnal. V016.Siri5, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Peranan Teori Dual Coding Dan Proses Kognisi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Kaedah Pedagogi Hermeneutik. Suseno Hary Prasetyo (2010), Pembelajaran IPA Terstruktur Melalui Metode Diskusi Dan Pemberian Tugas Di Tinjau Dari Kemampuan Awal Dan Kemampuan Menalar Siswa, Program Pascasarjana Universitas Sebelas Maret, Surakarta, Indonesia. Syihabuddin Ahmad bin Muhammad Bin Hajar al-Haithami al-Makki (1996), al-Khairatu al-Hisan Fi Manaqib Imam ‘Azhom Abi Hanifah al-Nu’man, Tahkik, Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki, Majlis al-Banjari Li Tafaqquh Fi al-Din, Kaherah, Mesir, c. 1. Winarto, (2012), Implementasi Metode Diskusi Kelas Untuk Pencapaian Standar Kompetensi Dalam Pembelajaran Al-Quran Dan Hadis, Program Pascasarjana, Institut Agama Islam Walisongo. Yahya Othman, Azmie Hj. Othman, (2012), Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Karangan Argumentatif Di Sebuah Sekolah Menengah Arab Di Negara Brunei Darussalam, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), ISSN: 2180-4842. Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012): 32-45,Fakulti Pendidikan, UKM. Yeni Yuriyani, (2010), Hubungan Kecerdasan Intelektual (IQ), Kecerdasan Emosional (EQ) Dan Kecerdasan Spritual (SQ) Dengan Prestasi Belajar Fisika Pada Siswa SMA Islam al-Azhar 5 Cirebon, Program Pascasarjana Institut Agama Islam Negeri Syeikh Nurjati Cirebon.

Page 28: ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS - … · terdapat 9 jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal,

ANALISIS METODE PENDIDIKAN IBN ABBAS  

   

117  

Zakiah Daradjat, (2001), Metodologi Pengajaran Agama Islam, Jakarta, Indonesia, Penerbit Bumi Aksara, c. 2. Zuraini Bt Jusoh (2009), Keberkesanan Teknik Bercerita Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Karangan Naratif Bahasa Melayu, Sekolah Pendidikan Siswazah, Universiti Putra Malaysia.