karim edu

14
Soalan 1 Kepemimpinan adalah proses memengaruhi atau memberi contoh oleh pemimpin kepada pengikutnya dalam upaya mencapai tujuan organisasi. Dalam kerangka sesebuah organisasi, kepimpinan merangkumi segala bentuk aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli di dalamnya. Kim dan Maubourgne (1992), mendefinisikan kepimpinan sebagai kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi. Kepemimpinan adalah suatu proses dimana seseorang berupaya mempengaruhi sejumlah orang dan mengarahkan organisasinya untuk mencapai suatu tujuan, sehingga hubungan antara manusia didalam organisasi tersebut lebih kohesif dan koheren. Atau suatu proses dimana seseorang berupaya mempengaruhi sekelompok orang untuk mencapai tujuan bersama. Dalam rangka menjalankan proses kepemimpinannya ini, mereka menggunakan sejumlah “pengetahuan” dan “keterampilan” yang dimilikinya, terlepas dari apakah pengetahuan dan keterampilan tersebut ditunjang oleh bakat bawaan dirinya atau hasil dari proses pembelajaran (formal dan/atau non- formal). Pengetahuan merupakan kombinasi dari pengalaman, informasi kontekstual, nilai dan wawasan para pakar yang dijadikan acuan, sebagai kerangka untuk mengevaluasi dan menggambungkan informasi dan pengalaman baru.

Upload: tamilarrasi-rajamoney

Post on 03-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: karim edu

Soalan 1

Kepemimpinan adalah proses memengaruhi atau memberi contoh oleh

pemimpin kepada pengikutnya dalam upaya mencapai tujuan organisasi. Dalam

kerangka sesebuah organisasi, kepimpinan merangkumi segala bentuk aktiviti yang

bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli di dalamnya. Kim

dan Maubourgne (1992), mendefinisikan kepimpinan sebagai kebolehan seseorang

untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia

yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi.

Kepemimpinan adalah suatu proses dimana seseorang berupaya mempengaruhi

sejumlah orang dan mengarahkan organisasinya untuk mencapai suatu tujuan,

sehingga hubungan antara manusia didalam organisasi tersebut lebih kohesif dan

koheren. Atau suatu proses dimana seseorang berupaya mempengaruhi sekelompok

orang untuk mencapai tujuan bersama. Dalam rangka menjalankan proses

kepemimpinannya ini, mereka menggunakan sejumlah “pengetahuan” dan

“keterampilan” yang dimilikinya, terlepas dari apakah pengetahuan dan keterampilan

tersebut ditunjang oleh bakat bawaan dirinya atau hasil dari proses pembelajaran

(formal dan/atau non-formal). Pengetahuan merupakan kombinasi dari pengalaman,

informasi kontekstual, nilai dan wawasan para pakar yang dijadikan acuan, sebagai

kerangka untuk mengevaluasi dan menggambungkan informasi dan pengalaman baru.

Banyak kajian menunjukan kejayaan sesebuah organisasi disebabkan oleh

pucuk kepimpinannya. Sekolah yang berkesan dapat diwujudkan dengan terdapatnya

seorang pemimpin yang berwibawa. Pemimpin merupakan individu dalam sesuatu

kumpulan yang diberi tanggungjawab mengaras dan menyeleraskan aktiviti untuk

mencapai matlamat kumpulan tersebut. Pemimpin juga boleh dikatakan sebagai

gabungan sifat-sifat seorang pengarah, pendorong dan pembantu dalam sesebuah

organisasi. Mengikut takrifan Kamus Dewan (2002), kepimpinan ialah keupayaan untuk

memimpin. Kepimpinan juga merupakan keupayaan untuk mempengaruhi system

kepercayaan, tindakan dan peganggan nilai ahli-ahli dalam kumpulanya. Fidler(1997)

Page 2: karim edu

telah mengenalpasti dua ciri utama hasil daripada analisis beliau tentang kepelbagaian

definisi kepimpinan iaitu:-

Keupayaan menjanarasa hala tuju dan keyakinan dalam kalangan

pengikutnya .

mempengaruhi pengikut kearah mencapai matlamat.

Adalah jelas menunjukan kesan kepimpinan dapat diperlihatkan dari aspek

kemampuan serta kebijaksanaan pemimpin mempengaruhi perasaan, keyakinan dan

tindakan pengikut-pengikutnya ke arah mencapai matlamat yang dikongsi bersama.

Namun, Murphy (1988) menyatakan kepimpinan tidak harus diperkaitkan dengan ciri-

ciri pemimpin semata-mata. Kepimpinan juga harus diperkaitkan dengan interaksi

pemimpin dengan pengikutnya, pengaruh pengikut terhadap pemimpin dan dalam

konteks di tempat beliau berada. Oleh yang demikian, selain ciri-ciri pemimpin,

kepimpinan yang berkesan adalah tertakluk kepada konteks, jenis pengikut serta

matlamat organisasi.

Pemimpin guru ialah guru biasa tetapi mampu membimbing dan mendorong guru

yang lain untuk bersama-sama berusaha meningkatkan amalan profesional. Mereka

tidak perlu seharusnya sebagai Guru Besar ataupun Guru Penolong Kanan, tetapi

mereka hanya menampilkan diri secara sukarela untuk membuat kerja-kerja sekolah.

Mengikut Kamus Dewan (2004), kepimpinan bermaksed keupayaan memimpin. Dalam

konteks tugas kepimpinan di sesebuah sekolahdapat dimainkan oleh guru yang

berdedikasi, bernovasi dan kreatif.

Sehubungan dengan itu, Katzenmeyer dan Moller (2001) pula mendapati kajian-

kajian menuujukkan guru berupaya menjadi pemimpin dalam sekolah. Kepimpinan

guru, dapat dirumuskan sebagai keupayaan guru menggantikan kuasa ataupun

kedudukan. Bagi mencapai situasi ini, pemimpin guru perlu memperkembangkan

personality diri bagi menarik perhatian orang yang ingin dipengaruhi. Guru juga perlu

sentiasa berusaha meninggikan kebolehan dalam bidang yang dipertanggungjawabkan

Page 3: karim edu

bagi mengekalkan kepercayaan orang lain terhadapnya. Perlaksaan tugasan melalui

kepimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria berikut :

i. Keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan perasaan hormat.

ii. Persoanaliti yang perlu diperkembangkan bagi mewujudkan pertalian

yang dapat meyakinkan pihak sekolah dan staf.

iii. Kedudukan yang perlu dihormati, diteladani, dan dipatuhi.

iv. Kebolehan yang boleh mewujudkan kepercayaan dan amanah.

Implikasi kepemimpinan guru dapat ditinjau dari pelbagai sudut. Antaranya dari

perspektif murid, bilik darjah, guru, sekolah dan masyarakat. Dalam hal ini,

kepemimpinan guru menyediakan peluang kolaboratif dan pembelajaran professional

yang mempengaruhi perubahan dalam bilik darjah dan sekolah. Keberkesanan

kepemimpinan guru, apabila guru-guru lain terlibat secara langsung dalam membuat

keputusaan secara professional dalam sekolah. Oleh kepemimpinan guru memberi

implikasi yang sangat positif pada murid, bilik darjah, guru, sekolah dan masyarakat. Ia

juga secara tidak langsung akan memberi impak kepada pendidikan keseluruhanya.

Sebagai seorang pemimpin guru, saya dapat menyediakan Rancangan Pengajaran

berasaskan peraturan peraturan pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, Kurikulum

kebangsaan dan surat – surat pekeliling yang berkaitan. Melalui ini saya dapat

mengajar murid-murid saya dengan dengan lebih baik lagi. Perancangan yang baik juga

akan membantu saya memberi fokus kepada standard pembelajaran.

Apabila murid-murid mendapat markah yang tinggi dalam matapelajaran yang

kita mengajar maka semua guru akan mula mengikut cara kita mengajar yang

membolehkan anak-anak murid mereka mendapat markah yang tinggi dalam

peperiksaan. Seterusnya pemimpin guru juga akan mengajar matapelajaran kepakaran

atau bidang pengkhususan yang ditetapkan mengikut garis panduan dan tahap

kebolehan pelajar. Ini akan menyebabkan guru-guru sejawat akan turut mengikuti cara

kita mengajar. Dengan ini murid-murid akan lebih faham akan matapelajaran yang

diajar dan prestasi pencapaian mereka juga akan turut meningkat.

Page 4: karim edu

Selain itu, seorang pemimpin guru juga akan merancang dan melaksanakan

tugas-tugas berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sebelum disuruh oleh

Guru Besar. Ini akan memotivasikan semua guru untuk melaksanakan tugas masing-

masing supaya mengelakkan diri daripada ditegur oleh Guru Besar. Pemimpin guru

akan sentiasa mencuba untuk memberikan yang terbaik dalam pengajaran dan

pembelajaran supaya ia juga dapat dicontohi oleh orang lain. Keadaan ini akan

menyebabkan berlakunya persaingan antara guru-guru untuk memberikan yang terbaik

diantara mereka. Oleh sebab itu, mereka akan menggunakan strategi ataupun kaedah

pengajaran dengan mengguna pakai atau menghasilkan pelbagai bahan pembelajaran

dan pengajaran yang terkini, kreatif, inovatif, menarik dan berkesan. Ini akan membantu

kualiti pembelajaran meningkat serta pencapaian murid-murid juga akan turut menaik.

Ekoran itu sebagai seorang pemimpin guru, kita boleh menyediakan program

pengayaan bagi murid cemerlang dan pemulihan bagi murid yang berpotensi rendah.

Ini akan membantu semua guru untuk mengenalpasti secara spesifik kelemahan dan

kekuatan anak murid dalam matapelajaran yang mereka mengajar. Disini murid guru-

guru boleh berusaha lagi untuk membangunkan prestasi anak murid yang lemah dalam

pembelajaran. Sejurus dengan itu, kita juga dapat menyediakan laporan dan analisis

kemajuan setiap murid yang diajar.

Bukan semua guru yang akan menyediakan laporan pencapaian akademik

murid-murid mereka. Tetapi melalui tunjuk ajar seorang pemimpin guru, gurur-guru

yang lain juga boleh menyediakannya dengan mantap. Mereka juga dapat

menyampaikan laporan kemajuan pembelajaran murid yang diajar itu kepada Guru

Besar, ibu bapa dan mahupun kepda murid sekali. Ibu bapa yang peka terhadap

pendidikan anak-anak mereka akan mendampingi guru yang berkaitan untuk

mengetahui cara-cara yang boleh lagi meningkatkan prestasi pembelajaran anak-anak.

Secara tidak langsung, disini kita juga dapat meningkatkan pencapaian akademik

sekolah.

Page 5: karim edu

Selain daripada bidang akademik, seorang pemimpin guru juga boleh membantu

dalam bidang kokurikulum juga. Seorang pemimpin guru akan sentiasa mempunyai

pengetahuan yang luas dan sentiasa pakar dalam bidang pengukhususanya. Semasa

tiada siapa untuk mengendalikan kokurikulum kita boleh mengendalikannya. Disini kita

akan menjadi pakar rujuk kepadaa guru-guru yang lain. Dengan memerhatikan aktiviti

kita, merekapun akan berhasrat untuk menjadi seperti kita.

Apabila kita sudah menjadi rol model kepada gur-guru lain, mereka akan sering

merujuk kita untuk menjelaskan keraguan mereka dalam sesuatu bidang. Ini dapat

memantapkan lagi kerja-kerja sekolah. Selain itu kita juga boleh merancang sesuatu

bengkel bagi guru-guru sekolah untuk memberi penerangan tentang kokurikulum yang

dijalankan di sekolah. Mereka yang kurang berpengetahuan boleh menambahkan lagi

ilmu mereka. Ini dapat mambantu menyediakan satu situasi dimana semua menjadi

pakar dan tidak ada sebarang kesilapan berlaku semasa menjalankan kokurikulum. Ia

juga dapat meningkatkan profesioanalisme guru.

Guru dan sekolah serta murid saling berkait rapat sebagai sebuah komuniti

sekolah. Pemimpin guru menjadi entity ataupun komuditi utama dalam pembentukan

budaya dalam sekolah. Murid pula menjadi sebagai produk pendidikan yang terbentuk

hasil daripada pembentukan budaya itu. Malahan pemimpin guru menjadi agen yang

bertanggungjawab memimpin guru-guru kearah pembentukan budaya sekolah yang

positif. Ini kerana segala budaya sekolah yang positif yang sedia ada dalam sekolah,

yang bar dibentuk ataupun yang diwarisi oleh guru menjadi intipati ikutan murid. Hal ini

akan berlaku dengan kepercayaan dan keyakinan murid pada seseorang guru. Budaya

positif yang dipimpin oleh guru dan sifat kepimpinan pemimpin guru membentuk

suasana pembelajaran dan diri pelajar yang lebih positif. Ia juga menjadikan dan

merealisasikan matlamat sekolah dan keberkesanan sekolah sebagai institusi

pendidikan kearah pendidikan kearah pembentukan warga Negara yang

berketerampilan dan produktif sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Page 6: karim edu

Seterusnya pemimpin yang menunjukan kepimpinan pengajaran berperanan

bagi mereka bentuk dan menterjemahkan wawasan ke dalam kurikulum formal. Ia

dapat dilakukan dengan cara mengoptimamkan segala sumber yang ada. Ia dapat

direalisasikan melalui strategi rancangan pendidikan, pemerolehan serta pengalaman

pengajaran, dan membelajaran bagi memastikan rancangan pendidikan dilaksanakan

dengan berkesan berdasarkan wawasan yang dibina. Kepimpinan pengajaran juga

adalah proses yang melibatkan individu yang berperanan mencurahkan segala usaha,

komitmen, kemahiran serta keterampilan bagi meningkatkan prestasi dan memperbaiki

kelemahan pelajar kearah kecemerlangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam usaha menukar kepimpinan, pemimpin guru perlu memainkan peranan

sebagai pakar kurikulum, fasilitator, pembimbing, mentor, pencipta kaedah baru, dan

penggalak pembelajaran berkumpulan. Dalam hal ini, kepemimpinan transformasi

adalah proses mempengaruhi warga sekolah melalui usaha berterusan. Selain daripada

itu, pemimpin guru juga perlu memperkasakan, meransang, dan meningkatkan

kesedaran diri bagi mencapai matlamat sekolah di samping memperbaiki pencapaian

perbadi para guru yang lain. Kepemimpinan transformasi pemimpin guru juga

memperlihatkan iltizam yang tinggi dalam usaha supaya warga sekolah menerima

tanggungjawab dan kepercayaan yang dipersetujui bersama serta menjana tahap

motivasi dan nilai moral yang terpuji. Selain itu, kepemimpinan pemimpin guru,

bertindak membuat keputusan bagi memilih keahlian pasukan, ahli jawatankuasa

bertindak dan persatuan ibu bapa dan guru. Keberkesanan kepemimpianan guru

menjadi lebih bermakna sekiranya mereka dilengkapi dengan kemahiran interpersonal

yang tinggi dan baik. Hal ini disebabkan kemahiran interpersonal mampu menjalin

hubungan mesra, yang erat bersama guru sesama sekolah.

Kepemimpinan pemimpin guru dalam mengurus bilih darjah adalah set teknik

dan kemahiran yang membolehkanya mengawal muridnya secara efektif bagi

menghasilkan suasana pembelajaran yang positif. Ia juga turut melibatkan pelbagai

aspek seperti mengurus ataupun, mengorganisasi bilik darjah, motivasi dan disiplin.

Pengurusan bilik darjah yang baik, menjimatkan masa dan tenaga serta mewujudkan

Page 7: karim edu

leh banyak peluang untuk aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pembelajaran serta

menggurangkan gangguan disiplin. Seterusnya hasil sekolah bergantung pada

kebolehan pemimpin guru dan rakan sejawatnya bertindak sebagai pasukan dalam

merealisasikan visi dan misi sekolah serta cara menangani pelbagai masalah. Ini

kerana cara berkerja sebagai kumpulan, diyakini dapat membina kerjasama,

kejeleketan, dan komitmen yang utuh dari para guru dan muridnya

Dalam konteks negara Malaysia pula, aspek kecerdasan emosi dijadikan

matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mehirkan insan yang seimbang

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Menyedari hakikat ini, elemen kecerdasan

emosi disisipkan secara langsung dalam beberapa matapelajaran seperti pendidikan

moral, pendidikan etika profesianalisme, kenegaraan dan ketamadunan. Malah aspek

keceerdasan ini juga turut diaplikasikan dalam kurikulum dengan harapan kepentingan

kecerdasan emosi setaraf dengan kecerdasan intelek. Justeru, pemimpin guru harus

memperkasakan kecerdasan emosi pelajar supaya mereka memiliki kecerdasan intelek

seimbang dengan kecerdasan emosi kerana, kecerdasan intelek sahaja tidak dapat

menjamin kecemerlangann individu itu apabila beliau berhadapan dengan situasi

sebenar.

Sebagai seorang pemimpin, mengamalkan komunikasi yang efektif adalah

sangat penting. Ia penting bagi pemimpin guru dalam mengurus bilik darjah dengan

efektif. Tanpa komunikasi yang efektif, pengurusan bilik darjah dan murid kaku dan

bisu. Komunikasi berlaku secara sehala, dua hala, dan pelbagai hala yang melibatkan

penyampai mesej dan penerima mesej. Keberkesanan komunikasi pula membawa

banyak faedah pada pemimpin guru dan para murid yang terbabit. Kegagalan

berkomunikasi secara berkesan merugikan sama ada menyampaikan mesej, ataupun

penerimanya kerana ia dapat menimbulkan konflik yang mengganggu keharmonian

hubungan semua pihak. Komunikasi yang efektif juga dapat mempengaruhi guru-guru

lain. Justeru, guru wajar mengetahui, memahami seterusnya mengamalkan ciri-ciri

komunikasi yang berkesan semasa berkomunikasi dalam bilik darjah.

Page 8: karim edu

Kerjasama dan pembelajaran bersama yang ditekankan dalam kepemimpinan

guru adalah tunggak penting kecemerlangan sekolah. Sekolah yang Berjaya dan

berkesan biasanya dibantu oleh penglibatan aktif oleh guru-guru dalam tugas

berkumpulan dan saling berkerjasama. Justeru, pengjaran guru menjadi proses refleksi

yang bergantung pada interaksi teman sekerja, sokongan dan maklumbalas sesama

mereka. Misalnya seorang guru dapat mengubah corak pengajaranya pada yang lebih

berkesan. Dalam kes ini, memahami tugas dan tanggungjawab kepemimpinan guru,

guru A berjaya mengubah persepsi guru B sementara guru B berupaya mengubah

corak pengajarannya hasil daripada pembelajaran bersama ini. Implikasi kepemimpinan

guru ke atas guru membuka peluang pada mereka meneroka aktiviti-aktiviti serta

peluang pembangunan profesion dan menyerlahkan lagi keberkesanan kendiri serta

keyakinan diri. Secara asasnya, kkepemimpinan seorang pemimpin guru berlandaskan

prinsip semua guru mempunyai kemahiran, kebolehan dan bakat yang perlu diasah dan

dipercayai.

Kepemimpinan pemimpin guru dalam bilik darjah adalah faktor penting dalam diri

setiap individu bergelar murid. Pemimpin perlu memahami tugas mereka dalam

memantapkan pengajaran sebagai core business mereka dan murid sebagai pelanggan

mereka demi kemajuan dan kecemerlangan bersama. Justeru, kepemimpinan yang

berkesan ditunjukan oleh pemimpin guru memotivasikan murid dan mendorong mereka

belajar dengan lebih bersemangat. Guru yang mendokong sifat kepemimpinan yang

berkesan mampu menjaga kebajikan anak-anak muridnya. Dalam hal ini,

kepemimpinan guru juga menjadi faktor yang menyumbang pada peningkatan

persembahan dan kebolehan murid dalam pembelajaran dan sahsiah.

Misalnya guru yang mengamalkan kepemimpinan yang baik, lebih terbuka

dengan persekitaranya,dan berkerjasama dengan murid menyerahkan tugas yang

diamanahkan pada mereka atas kepercayaan yang jitu, membimbing, berbincang, dan

mengambilkira pendapat serta keputusan murid bagi melicinkan lagi proses pengajaran

dan pembelajaran. Bilik darjah yang diisi dengan kepemimpinan guru yang berkesan

lebih ceria apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lebih

Page 9: karim edu

bermakna. Kepemimpinan guru yang berkesan juga menggurangkan baban individu

kerana kerjasama kumpulan leh dititikberakan. Perbincangan dan keputusan bersama

menjadi intipati dalam melaksanakan tugasan.

Misalnya, mesyuarat agung PIBG yang diagih-agihkan tugasan antara guru dan

ibu bapa yang terlibat akan menggurangkan bebanan tugas dan mampu melicinkan

perjalanan mesyuarat itu. Sebagai contoh bahagian teknikal diserahkan kepada guru

sementara bahagian-bahagian makanan diserahkan kepada ibu bapa ataupun ahli

jawatankuasa yang lain.

Sekolah sebagai institusi masyarakat adalah sumber rujukan dan contoh teladan

yang baik. Oleh yang demikian, kepemimnan seorang pemimpin guru yang berkualiti

adalah salah satu faktor yang menyumbang pada kejayaan kumpulan ataupun

organisasi seperti sekolah dalam memimpin masyarakat. Kepemimpinan yang cekap

dan memenuhi kriteria-kriteria kepemimpinan dapat mewujudkan suasana kepuasan

berkerja yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian matlamat dengan

lebih cemerlang. Perubahan paradigm dari pengurusan yang bersifat tradisional kepada

sifat kepemimpianan sejagat. Misalnya kepemimpinan pemimpin guru bukan sahaja

dapat melahirkan insan ataupun guru yang berkarisma yang menjadi pemangkin

pencapaian cemerlang malah menjadi penggerak pada murid menjadi lebih cemerlang

dan terbilang dalam mencapai kepuasan optimam sebagai murid.

Justeru itu jika impak kepimpinan ini mampu memberi kesan jangka panjang

yang positif demi pembangunan, peningkatan dan kecemerlangan murid secara

khususnya dan sekolah secara amnya. Kepemimpinan guru juga mampu meningkatkan

sifat kendiri yang positif dalam kalangan guru.