sumbangan nik safiah karim

Download Sumbangan Nik Safiah Karim

Post on 12-Jun-2015

7.936 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BIODATA DIRI,PROFIL NIK SAFIAH KARIM,DAN SUMBANGAN BESAR DALAM ILMU LINGUISTIK.MOGA ANDA BERPUAS HATI!

TRANSCRIPT

UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TUGASAN 2

BLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSANDISEDIAKAN UNTUK: DR. HAJAH NOR AZUWAN YAAKOB DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK PUSAT NUR AZREEN BINTI MOHD JALIL 200927 UUM CAWANGAN K.L

PROFESOR EMERITUS DATUK DR NIK SAFIAH BINTI HJ. ABDUL KARIM

LATAR BELAKANG NIK SAFIAH ABDUL KARIM

Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampong Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan Kota Bahru (sekarang Sekolah Rendah Zainab), dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara, Kuala Lumpur (sekarang Kolej Tunku Kurshiah, Seremban) sehingga tamat Scholl Certificate. Setelah lulus Higher School Certificate pada tahun 1959 di St. Francis Institution, Melaka, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik (1965). Pada tahun 1975, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University, USA. Kerjaya akademiknya bermula sebagai tutor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1963, diikuti dengan jawatan pensyarah dan professor madya juga di Jabatan yang sama. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Professor Pengajian Melayu. Pada tahun 2002, setelah bersara, beliau diberi penghormatan oleh Universiti Melayu melalui pelantikan sebagai Professor Emeritus. Dalam pentadbiran, beliau telah dilantik ke beberapa jawatan, antaranya Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial

sebanyak dua kali (1982-1983 dan 1992-1994), Ketua Jabatan Pengajian Melayu (1984-1986) dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu (1990-1992). Pada tahun 1989 hingga 1990, beliau dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebaga i Timbalan Ketua Pengarah. Beliau telah bersara wajib dari Universiti Malaya pada bulan Disember 1994 tetapi telah disambung secara kontrak dengan memegang Kursi Pengajian Melayu sehingga Disember 1999. Beliau seterusnya diiktiraf sebagai Professor Adjing sehingga akhir tahun 2000. Beliau amat aktif dalam badan-badan professional.

PROFIL NIK SAFIAH ABDUL KARIM

Suami: Mohd Zain Omar.

Ibu: Nik Mas Ismail.

Bapa: Abdul Karim Abdul Malek

Adik beradik: 1) Allahyarhamah Nik Fatimah (pensyarah) 2) Allahyarhamah Nik Zainab (pensyarah) 3) Dr Mohd Zin, 72, 4) Nik Mustafa, 73, (polis) 5) Nik Safiah, 68.

Anak: 1) Dr Nik Norsuzet, 42, 2) Nik Izham, 40, (jurutera) 3) Puan Seri Sazlina, 38, (peguam) 4) Dr Nik Saliza, 37, (doktor gigi)

SEJARAH PENDIDIKAN NIK SAFIAH ABDUL KARIM

1948: Sekolah Inggeris Perempuan Kerajaan (GGES) di Kota Bharu, Kelantan

1953: Kolej Perempuan Melayu (MGC), Kuala Lumpur

* 1958: St Francis Institution, Melaka.

196 0-1963: Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Muda Sastera)

1963: Ijazah Sarjana Sastera dan menjadi tutor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

1972- 1976: Melanjutkan pengajian ke peringkat kedoktoran di Ohio University, Amerika Syarikat.

KEGIATAN LUAR DAN AKADEMIK

1977: Terbabit dalam penubuhan Persatuan Linguistik Malaysia

1979: Bersama rakan -rakan mengasaskan Persatuan Siswazah Wanita Malaysia

1982: Dilantik sebagai Presiden Persatuan Linguistik Malaysia dan bertugas selama 18 tahun.

: Wanita pertama dilantik sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

1983: Dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

1986: Penerbitan Buku Tatabahasa Dewan Jilid 1.

1990: Dila ntik sebagai Profesor Kursi Pengajian Melayu dan penubuhan Akademi Pengajian Melayu serta dilantik sebagai presiden pertama.

2002- Menerima Anugerah Profesor Emeritus dari Universiti Malaya

- Menerima anugerah Pingat Emas Tun Fatimah disampaikan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah.

- Menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

2004- Dianugerahkan Tokoh Pejuang Bahasa oleh Persatuan Linguistik Malaysia

2005- Menerima Anugerah Tokoh Ibu Cemerlang-Ibu Akademik anjuran Avon Cosmetics

2006- Dilantik Karyawan Tamu, Akademi Pengajian Melayu. Naib Presiden NCWO (Zon Tengah) .

2007- Menjadi Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (YADIM).

Buku biografi wanita yang ditulis ber sama Azizah Mokhazani

1) Tun Siti Hasmah (1999).

Buku biografi wanita yang ditulis bersama Dr Rokiah Talib:

1) Ibu Enjah (Ibu Mithali Pertama) 2001.

2) Tun Fatimah Hashim (2003).

3) Hajah Wan Mas (Ibu Mithali Kedua) 2004.

4) Tan Sri Zaleha Ismail (2005).

SUMBANGAN NIK SAFIAH ABDUL KARIM DALAM ILMU LINGUISTIKBeliau menjadi salah seorang pengasas Persatuan Linguistik Malaysia dan pernah menerajuinya sebagai Presiden selama 18 tahun. Kini beliau menjadi penasihat persatuan tersebut. Dalam pergerakan wanita beliau telah mengasaskan dua buah persatuan wanita., iaitu PERTIWI (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam) dan Persatuan Siswazah Wanita Malaysia. Dalam PERTIWI, beliau kini menjadi ketua I. Beliau pernah dilantik Naib Yang Dipertua Persatuan Siswazah Wanita Malaysia. Pada tahun 1978 beliau telah dilantik ke majlis Penasihat Kebangsaan bagi Mengintegrasikan Wanita dalam Pembangunan (NACIWID), sebuah badan penasihat tertinggi bagi menasihati kerajaan tentang hal ehwal wanita. Kini nama badan tersebut telah diubah kepada Majlis Penasihat Wanita Negara dan beliau sebagai Pengerusi Majlis itu hingga sekarang. Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah terkenal dalam bidang bahasa. Beliau telah menghasilkan belasan buah buku dan ratusan makalah tentang bahasa. Antara buku yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan ( yang ditulis bersama tiga orang ahli bahasa yang lain), Bahasa Malaysia Syntax, Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Malay Grammar for Academics and Professionals. Beliau menjadi pakar rujuk bahasa bukan sahaja dalam negara malahan juga diluar negara. Misalnya oleh Kementerian Pelajaran Singapura dan Kementerian Pelajaran Brunei Darussalam. Beliau telah berkhidmat dalam Lembaga

Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka selama 14 tahun. Beliau dilantik Ahli Jawantankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang mewakili Malaysia di pertemuan Majlis Bahasa Melayu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM), dan ahli jemputan dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM). Beliau juga ahli Lembaga Amanah Yayasan Karyawan dan ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia. Dalam bidang wanita, Datuk Dr. Nik Safiah telah banyak menyumbang, sama ada dalam bentuk penulisan ataupun penyertaan dalam persidangan. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku tentang pengajian wanita dan pada masa kini menjadi pensyarah sambilan di Rancangan Pengajian Gender, Universiti Malaya. Akhir-akhir ini beliau menumpukan perhatian (bersama Dr. Rokiah Talib) terhadap penulisan biografi wanita. Atas jasa dan sumbangannya, beliau telah diberikan anugerah dan bintang. Pada tahun 1989 beliau dikurniakan pingat Kesatria Mangku Negara (KMN), pada tahun 1995 Johan Mangku Negara (JMN) dan pada tahun 1997 Johan Panglima Negara (JPN) yang membawa gelaran Datuk. Beliau telah menerima Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah-Avon bagi kecermelangan dalam bidang pendidikan (1995), Anugerah Wanita Cemerlang sempena Perayaan 50 Tahun Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kurshiah (1997), Tokoh Ilmuwan Bahasa (2001), Pingat Emas Tun Fatimah (2001) dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2003). PERNYATAAN PERJUANGAN Kedudukan dan Kedaulatan Bahasa Melayu Bahasa lazimnya berkembang

secara evolusi dan mengambil masa yang panjang. Oleh itu, janganlah dilihat perjuangan bahasa dalam masa lima atau sepuluh tahun tetapi sebaliknya dalam konteks puluhan, bahkan, ratusan tahun. Untuk sekian lama, bahasa Melayu telah mengalami perkembangan dan kemajuan yang membanggakan, terutama dalam tahun-tahun selepas tercapainya kemerdekaan. Apa-apa rintangan yang dihadapi sekarang hendaklah dilihat sebagai masalah sementara. Bagi bahasa Melayu, yang penting ialah agar perjuangan untuk mempertahankan kedudukan serta kedaulatannya dijalankan secara berterusan, tanpa jemujemu. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu berperanan dalam pelbagai situasi dan latar. Maka demikian jugalah dengan bahasa Melayu dalam zaman yang penuh cabaran ini. Datuk Profesor Dr. Nik Safiah Karim Catatan Muring-Wien: Sebagai salah seorang murid yang kemudian menjadi rakan dalam pekerjaan di Universiti Malaya memang tidak ternafi tokoh begitu kukuh dengan asas mengajar dan memajukan bahasa Melayu. Beliau telah banyak menulis dan menghasilkan buku, kertas kerja, dan makalah dalam bidang Bahasa dan pengajian wanita. Antara bukunya yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan (dengan tiga orang penulis lain), Yang Indah Itu Bahasa (Jilid I), Bimbingan Pelajar Bahasa Kita (Jilid 2), Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu, dan Bahasa Melayu Grammar untuk Akademisi dan Profesional. Kini, beliau muncul semula dengan buku baru yang lengkap sebagai rujukan umum iaitu sebuah ' Liku-liku bahasa '.

Buku ini bertujuan untuk memenuhi keperluan peminat bahasa, guru bahasa, para pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin mendalami penggunaan Bahasa Malaysia dengan lebih cemerlang. Perbincangan dibahagikan kepada tiga bidang. Dua bab pertama menumpukan perhatian terhadap persoalan ejaan dan kamus, kerana ini amat penting difikirkan perlu diulangi dan ditegaskan serta kepada para pembaca. Bahagian kedua menumpukan perhatian kepada aspek-aspek Sintaksis, iaitu ayat. Penekanan adalah huraian semua untuk memberi penjelasan. Kadang-kadang mirip pendekatan kepada aspek-aspek yang mendapat tekanan dalam peperiksaan kertas-kertas agar para pelajar dan guru mendapat manfaat

Recommended

View more >