kaedah mengajar sains di sekolah rendah berkesan

Upload: syamimi-yusoff

Post on 10-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah Berkesan

TRANSCRIPT

  • 5/20/2018 Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah Berkesan

    1/3

    Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah Berkesan

    Seorang pengajar boleh menggunakan beberapa kaedah mengajar sama ada secara

    berasingan atau gabungan pelbagai kaedah semasa mengajar. pemilihan kaedah

    atau gabungan kaedah yang dilaksanakan bergantung kepada pelajar yang diajar,

    bahan pembelajaran dan kemudahan media yang tersedia.

    Ia juga bergantung kepada kefahaman, kebolehan dan kemahiran pengajar

    mengenai kaedah yang akan digunakan.

    Berikut diberikan penerangan ringkas di antara kaedah-kaedah mengajar yang boleh

    dipilih dan digunakan, iaitu:

    1. Kaedah heuristik

    Dalam kaedah ini, pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan-bahan

    pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. peranan guru menjadi

    pembimbing, penasihat, pakar rujuk dan penilai.

    2. Kaedah induktif.

    kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada bahan pengajaran yang

    konkrit dan abstrak, khusus kepada umum dan daripada contoh kepada hukum am.

    kebenaran universal dibuktikan daripada ciri-ciri satu kes dan beberapa kes lain yang

    serupa.

    3. kaedah deduktif.

    ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu pelajar bermula daripada aspek umum

    kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh.

    4. kaedah Dogmatik

    Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum, prinsip dan formula. latihan

    diberi untuk pelajar menggunakan hukum, prinsip atau formula itu dalam situasi yang

    berperingkat.

    5. Kaedah projek.

    pelajar dikehendaki menyiapkan projek khas yang dipilih mengikut bimbingan dan

    panduan pengajar. Peranan guru ditambah sebagai penasihat, pakar rujuk dan

    penilai.

    6. Kaedah amali.

    Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen atau kajian mengikut

    arahan yang diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru.

    peranan guru sebagai pembimbing, penunjuk ajar, penasihat, pakar rujuk danpenilai.

  • 5/20/2018 Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah Berkesan

    2/3

    7. Kaedah Lawatan.

    Pengajar mengatur supaya pelajar melawat ke tempat tertentu (di luar bilik darjah)

    dengan bahan pembelajaran boleh didapati dan dikaji dengan mudah.

    8. Kaedah Sintesis.

    pelajar bermula daripada apa yang diketahui kepada apa yang belum diketahui.

    berdasarkan data yang ada, pelajar merumus kesimpulan.

    9. Kaedah Topik

    Pengajar membentangkan isi pelajaran mengikut topik sehingga lengkap, sekali gus

    menghubungkaitkan dengan topik-topik berkaitan.

    10. Kaedah Simulasi

    Kaedah berlakon. Dalam kaedah ini, pengajar menetapkan peranan dan situasi

    untuk pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran sebagai individu lain. Dengan cara

    ini, pelajar berpengalaman menjalankan peranan bukan sebagai pelajar sahaja,

    bahkan ia dapat mengalami sendiri peranan yang mereka boleh mainkan.

    keberkesanannya bergantung kepada kebolehan dan kefahaman peranan yang

    dimainkan itu.

    11. Kaedah Cerita

    Pengajar membentangkan bahan pembelajaran dalam bentuk cerita yang boleh

    meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

    12. kaedah perbincangan

    Pengajar membimbing pelajar untuk menjalankan perbincangan sama ada dalam

    kumpulan besar atau pun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat rujukan atau

    kajian.

    13. kaedah Modular

    Bahan pembelajaran didedahkan mengikut pelbagai teknik dan cara. Sepanjang

    proses pengajaran kaedah ini, pelajar dikehendaki menjalankan pelbagai aktiviti

    seperti membuat latihan , menyelesaikan masalah dan menjawab soalan mengenai

    bahan itu. Pada akhir pembelajaran pelajar mengambil ujian untuk menentukan

    tahap kefahaman dan penguasaan.

    14. kaedah soal jawab

    Pengajar mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar di mana jawapan itu

    dibina sebagai isi pelajaran yang lengkap.

  • 5/20/2018 Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah Berkesan

    3/3

    Semua kaedah yang disebutkan di atas , dikemukakan bertujuan mempelbagaikan

    kaedah pengajaran guru dan seterusnya untuk meningkatkan kemahiran sains di

    kalangan pelajar dalam aspek-aspek sains berikut:

    1. Melakukan eksperimen

    2. Mengawal pemboleh ubah bagi sesuatu eksperimen

    3. Membuat pemerhatian/pengamatan

    4. Mengenal pasti perubahan

    5. Mengenal pasti perbezaan

    6. Mengenal pasti kesamaan

    7. Membuat perbandingan

    8. Mencatat data

    9. Mengolah/memproses data

    10. Meramal berdasarkan data

    11. Mengingat kembali fakta

    12. Membuat kesimpulan

    13. Mentafsir data dan maklumat

    14. Membuat hipotesis

    15. Membuat inferens

    16. Membuat laporan (berkomunikasi)

    17. Menggunakan konsep

    18. Memberi alasan/sebab

    19. Melukis rajah

    20. Melabel rajah

    21. Mengguna peralatan/bahan sains dengan betul

    22. Menyimpan peralatan/bahan sains dengan betul

    23. Membersihkan peralatan/bahan sains dengan betul

    Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam kurikulum Sains untuk menghadapi

    UPSR Kementerian Pendidikan Malaysia.