pembelajaran berkesan

15

Upload: norhasnita-said

Post on 18-Jul-2015

550 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Teknik yang baik adalah satu kaedah terbaik dalam usaha mencapai kejayaan

Semuanya bergantung kepada “Diri Sendiri”

Sikap rendah diri terhadap masalah yang timbul

Menguasai teknik-teknik & strategi yang betul

PEMBELAJARAN BERKESANUNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

PEMBELAJARAN BERKESANUNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

Pembelajaran * Bergantung kepada usaha & kaedah pembelajaran berkesan * Boleh ditingkatkan pencapaian pembelajaran melalui usaha & balajar dengan menggunakan cara-cara yang berkesan

Keberkesanan * Dapat dikatakan pencapaian matlamat dengan usaha yang minimum * Seorang pelajar harus serta perlu mengubah cara belajar mengikut selera & pilihannya.

PEMBELAJARAN BERKESANUNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

Teori Behaviourisme * Maksudnya ialah, apabila tindakan dilakukan berulang sehingga menjadi kebiasaan

Teori Kontructivisme * Ditakrifkan sebagai pembelajaran bersifat GENERATIF

Teori Kognit i f * Menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan dalam memori.

Teori Adragogi * Lebih menekankan kepada cara & teknik pengajaran alternatif kepada guru untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran menggunakan aplikasi komputer

Teori Pembelajaran Konstektual * Dikaitkan dengan persekitaran

PEMBELAJARAN BERKESANUNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

Mengenalpasti wujudnya motivasi dalaman atau faktor pendorong di dalam diri masing-masing

Menginsafi kepentingan & tujuan ilmu itu dipelajari

Perasaan tanggungjawab untuk menuntut ilmu

Menginsafi peranan diri sendiri terhadap keluarga & masyarakat

PEMBELAJARAN BERKESANUNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

1. Sikap Posit i f * Tidak mungkin akan berjaya sekiranya mereka tidak mempunyai keinginan serta dorongan yang kuat

2. Disipl in Masa * Memerlukan disiplin kerja & pengurusan masa yang baik & teratur

3. Merancang Pengurusan Masa * Merancang jadual mengikut keutamaan agar segala kegiatan harian tersusun dengan baik

4. Tentukan Matlamat * Matlamat ibarat kompas dalam kehidupan

PEMBELAJARAN BERKESANUNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

5. Tabiat Dalam Kelas * Perkara-perkara berikut harus dikenalpasti bagi meningkatkan daya kesegaran dalam pembelajaran di dalam kelas:

- Sudah bersedia untuk memulakan pembelajaran.

- Tunjukkan minat terhadap subjek yang sedang diajar walaupun ia adalah subjek yang sukar dan tidak disukai.

- Memberikan perhatian dan penumpuan yang sepenuhnya terhadap apa jua yang diperkatakan oleh pensyarah.

- Sentiasa bersikap ingin tahu kerana ini akan membuat diri kita berani untuk bertanya atau mengemukakan pandangan dan pendapat.

- Memainkan peranan yang dinamis di dalam kelas.

- Melibatkan diri di dalam perbincangan yang diadakan.

PEMBELAJARAN BERKESANUNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

6. Persediaan Pembelajaran * Antara persediaan yang perlu bagi seseorang pelajar adalah :

- Membaca topik yang akan diajar oleh pensyarah keesokannya.

- Menulis nota di dalam kelas.

- Melengkapkan nota-nota dengan segera di perpustakaan agar tidak terlupa.

- Siapkan kerja yang diberi oleh pensyarah dengan segera.

7. Gunakan Perpustakaan & Perpustakaan * Perpustakaan bukanlah sekadar setor buku tetapi tujuan untuk mendapatkan maklumat serta nota-nota berkaitan dengan pelajaran

PEMBELAJARAN BERKESANUNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

8. Kesihatan Diri * Berikut adalah antara langkah-langkah yang dapat membantu dalam mencapai pembelajaran yang berkesan dari sudut kesihatan diri :

- Sentiasa bersikap tenang.

- Mengambil makanan yang berkhasiat.

- Mengadakan senaman yang berterusan.

- Sentiasa bersikap positif dan rasional dalam kehidupan.

- Riangkan hati dengan senyuman yang ikhlas.

- Menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa, ahli keluarga, jiran tetangga, rakan-rakan serta masyarakat.

9. Kesabaran * Kesabaran amat penting dalam mencari ilmu pengetahuan

10. Kemahiran Mendengar * Penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar.  Kemahiran ini boleh dipupuk dan dipertingkatkan melalui panduan berikut: 

- Pentingkan pendengaran atau disiplinkan diri supaya suka, gemar dan berminat mendengar  kuliah atau pengajaran guru.

- Lihat dan tumpukan perhatian kepada penyampai maklumat.

- Jangan hiraukan gangguan terutama gerak laku yang tidak berkaitan  

- Dengar dengan teliti dan kenal pasti isi, ayat atau konsep penting yang disampaikan.

- Catat isi, fakta dan maklumat penting.

- Gunakan sistem trengkas sendiri untuk mencatat.

11. Mengambil Nota Walaupun ada pendapat yang menyatakan bahawa cara mencatat nota merupakan suatu perkara peribadi,seseorang boleh belajar untuk menjadi pencatat nota yang berkesan. Catatan atau nota lazimnya dibuat seperti yang berikut:

-Ringkas, menggunakan kata kunci dan bukan ayat-ayat yang lengkap.

-Disusun dalam bentuk lakaran idea (outline) yang jelas dan boleh difahami.

- Mengutamakan idea atau isi utama, disusuli dengan sub-idea pertama, kedua dan seterusnya. 

- Menggunakan tatatanda yang memudahkan anda mengenali idea, sub- idea dan maklumat sokongan.

- Menulis nota dengan pen yang berwarna agar dapat membezakan isi penting dan huraian serta contohnya.

- Melukis pokok minda agar isi penting bagi topik yang dipelajari dapat difahami dengan mudah.

12. Mengulangkaji Pelajaran - Berbisik sendirian boleh membantu menguatkan ingatan

- Untuk fakta yang tidak harus dilupakan, mesti dihafal pada keadaan sekitar yang lain dari biasa

- Kaitkan fakta yang sukar diingati dengan objek-objek yang selalu dijumpai

- Buat ulangkaji matapelajaran yang dipelajari dalam jangkamasa 9 jam

- Ingatan lebih jelas jika gerakan disertakan

- Pengetahuan yang ada mesti digunakan, barulah menjadi kepunyaan

- Cara pembelajaran ke depan tiga langkah dan undur dua langkah dapat memperkuatkan ingatan

- Membuat catatan kesilapan dapat mengelakkan kelemahan mudah lupa dan susah untuk mengingati

Kita Belajar Kita Kekalkan :

• 10 % - Apa yang kita baca• 20 % - Apa yang kita dengar• 30 % - Apa yang kita lihat• 50 % - Apa yang kita dengar dan

lihat• 70 % - Apa yang kita bincang dengan

orang lain• 80 % - Apa yang kita alami sendiri• 95 % - Apa yang kita ajar kepada

orang lainSumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation

• Kebanyakan pelajar belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands- on dan peluang untuk penemuan kendiri

• Kebanyakan pelajar belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif

• Apa jua teknik yang digunapakai di dalam atau di luar kelas oleh pelajar, sebenarnya bagi mencapai suatu teknik pembelajaran yang berkesan, ia bergantung sepenuhnya kepada motivasi dalaman pada diri pelajar itu sendiri

• sifat mahu berjaya dengan cemerlang wujud di dalam diri mereka, pastinya kejayaan akan menyusul di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

• Jika niat untuk menuntut ilmu ini adalah ikhlas, pastinya pelajar akan berasa tenang menghadapi dugaan sebagai seorang pelajar