€¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. salah satu usaha untuk membentuk suasana p&p yang...

26

Upload: others

Post on 04-Nov-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian
Page 2: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian
Page 3: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian
Page 4: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian
Page 5: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian
Page 6: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

iii

DEDIKASI

Teristimewa…

Buat Ayahandaku Hj. Mahmud Bin Omar

Bonda tercinta, Hjh. Rahimah Bt. Hj. Muhamad

Pengorbanan dan jasa mu amat bermakna buatku,

Akan ku balas segala pengorbanan yang tidak ternilai ini

Buat kekanda...Nur Fatihah

Buat adinda dikasihi iaitu :

Nur Mazrah

Muhamad Shawal

Nur Najihah

Muhamad Zahin

Gembira dan suka duka bersama menjadi dorongan buatku.

Dan .....

Tidak ku lupa padamu sahabat – sahabat,

Yang selalu bersama dalam perjuangan di UTM,

Akan dikenang memori bersama....

Page 7: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, dipanjatkan

kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah laporan projek

perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) ini disiapkan dengan sempurna.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi

penghargaan kepada En. Abdul Razak Bin Idris selaku pensyarah pembimbing yang

telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini. Seterusnya tidak lupa juga kepada pensyarah bimbingan (bahagian

kandungan pelajaran), En. Md. Yusop Bin Kayat serta semua kakitangan Fakulti

Pendidikan, ribuan terima kasih dan penghargaan diucapkan. Jasa kalian akan

dikenang sepanjang hayat.

Sekalung ingatan dan tanda terima kasih kepada guru Pengajian Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik Sek. Men. Teknik Johor Bharu iaitu Pn. Saluah dan En.

Rahim yang mana telah sudi untuk ditemubual secara tidak rasmi bagi proses

mendapatkan maklumat mengenai projek ini.

Akhir kata, buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih di atas idea-idea dan

sumbangan sama ada secara langsung atau tidak. Dorongan dan sokongan dari kalian

amat ku hargai selagi masih ada hayat dikandung badan.

Semoga segala jasa anda semua diberkati Tuhan seadanya.

Page 8: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

v

ABSTRAK

Berdasarkan situasi semasa sistem pendidikan negara, pembangun telah

mengambil inisiatif untuk membina sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Perisian ini adalah bertajuk

“Transistor Dwikutub” yang mana kandungannya di ambil daripada topik Transistor

Dwikutub di bawah sukatan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan

Elektronik (PKEE) untuk pelajar tingkatan 4 aliran PKEE di Sekolah Menengah

Teknik (SMT). Proses pembinaan perisian PBK ini melibatkan dua komponen utama

iaitu perkakasan dan perisian pembangunan. Perkakasan utama untuk membina

perisian ini ialah sebuah komputer multimedia peribadi yang lengkap dengan

pelbagai peranti kemasukan (input). Macromedia Authorware 6.5 pula digunakan

sebagai perisian pengarangan utama untuk membangunkan PBK ini. Perisian

sokongan seperti Ulead Cool 3D, Sound Forge 6.0, Macromedia Flash MX dan

Adobe Photoshop 7.0 turut digunakan bagi proses pembangunan perisian PBK ini.

Page 9: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

vi

ABSTRACT

With the current atmosphere in our national education system, developer had

make initiative to built a Computer Aided Learning (CAL) software in Malay. The

title of software are “Transistor Dwikutub” which their contents are taken from the

topic “Transistor Dwikutub” under the syllabus of Pengajian Kejuruteraan Elektrik &

Elektronik (PKEE) for form 4 students in course PKEE at technical secondry school.

This CAL software was built, base on two main component includes hardware and

software. The main hardware for this CAL software development is a Multimedia

Personal Computer (MPC) completed with many input hardware. Macromedia

Authorware 6.5 was used as the main authoring software to develop this CAL.

Several other support software such as Ulead Cool 3D, Sound Forge 6, Macromedia

Flash MX and Adobe Photoshop 7.0 was used for the process of development this

CAL software.

Page 10: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

BORANG PENGESAHAN TESIS

PERAKUAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

Page 11: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

viii

1.4 Rasional Projek 5

1.5 Objektif Projek 6

1.6 Objektif Perisian 7

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Kepentingan Projek 7

1.9 Definisi dan Istilah 8

1.9.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer 8

1.9.2 Pengajaran Konvesional 8

1.9.3 Pendidikan 8

1.9.4 Alat Bantu Mengajar 9

1.9.5 Pembelajaran 9

1.9.6 Komputer 9

1.9.7 Perisian 9

1.9.8 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan

Elektronik 10

1.9.9 Multimedia 10

1.8.10 Pengajaran dan Pembelajaran 10

BAHAGIAN DUA

SOROTAN PENULISAN

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Perkembangan Pembelajaran Berbantu

Komputer Di Malaysia 11

2.3 Konsep dan Klasifikasi PBK 12

2.3.1 Konsep PBK 12

2.3.2 Klasifikasi PBK 13

2.4 Kaedah Pembangunan PBK 14

2.4.1 Tutorial 14

Page 12: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

ix

2.4.2 Latih Tubi 14

2.4.3 Permainan 14

2.4.4 Simulasi 15

2.4.5 Penemuan 15

2.4.6 Eksperimen 15

2.4.7 Demonstrasi 16

2.4.8 Ensaiklopedia 16

2.4.9 Penceritaan 16

2.4.10 Penjelajahan 16

2.4.11 Kolaboratif 17

2.5 Kelebihan PBK Berbanding Media Pengajaran

Yang Lain 17

2.5.1 Tahap Interaktif Yang Tinggi 17

2.5.2 Pengajaran Berdasarkan Kebolehan

Pelajar 18

2.5.3 Pelajar Mengawal Sendiri

Pembelajarannya 18

2.5.4 Menarik Dan Mengekalkan Minat

Terhadap Pelajaran 18

2.6 Penggunaan Perisian PBK Dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran 19

2.7 Aplikasi Multimedia Dalam PBK 20

2.7.1 Definisi Multimedia 20

2.7.2 Sistem Multimedia 21

2.7.2.1 Teks 21

2.7.2.2 Grafik 22

2.7.2.3 Video 22

2.7.2.4 Animasi 22

2.7.2.5 Audio 23

2.7.2.6 Hipermedia 23

2.7.2.7 Proses Gubahan Sistem

Multimedia 23

Page 13: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

x

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI

BAB III REKA BENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Perisian 25

3.2.1 Cara Perlaksanaan 26

3.2.2 Antaramuka Pengguna 26

3.3 Perancangan dan Analisis Keperluan

Perisian 27

3.3.1 Tajuk dan Skop 27

3.3.2 Kumpulan Sasaran 28

3.4 Pembangunan Dan Perlaksanaan 28

3.4.1 Perkakasan Yang DiGunakan 28

3.4.2 Perisian Yang DiGunakan 30

3.5 Teori Pembelajaran 31

3.5.1 Teori Tingkahlaku 32

3.5.2 Teori Konstruktivisme 32

3.5.3 Teori Kognitif 34

3.6 Aplikasi Teori Pembelajaran Ke Atas

Perisian PBK 34

3.6.1 Strategi Aliran Kognitif 35

3.6.1.1 Pengamatan (Persepsi) Dan

Penanggapan (Konsep) 35

3.6.1.2 Ingatan 36

3.6.1.3 Kefahaman 36

3.6.1.4 Pembelajaran Aktif 36

3.6.1.5 Motivasi 36

3.6.1.6 Fokus Kawalan 37

3.6.1.7 Pemindahan Pembelajaran 37

3.6.1.8 Perbezaan Individu 37

Page 14: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

xi

3.6.2 Strategi Aliran Konstruktivisme 38

3.6.3 Strategi Penerapan Nilai Murni 38

3.7 Pertimbangan Lain Yang Perlu Dalam

Penyediaan Kandungan Pembelajaran 39

3.8 Ciri – Ciri Perisian Pendidikan 39

3.9 Carta Alir Perisian 40

3.10 Perisian Dan Perkakasan Pembinaan Dan

Main Balik 41

3.10.1 Perisian Pembangunan 41

3.10.1.1 Perkakasan Minimum 42

3.10.2 Keserasian Komputer Pengguna 43

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS PERISIAN

BAB IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan 45

4.2 Pempakejan Perisian 45

4.3 Perbincangan Perisian 46

4.3.1 Pelajaran 50

4.3.2 Tutorial 52

4.3.3 Informasi 54

4.3.4 Rehat Minda 55

4.3.5 Maklumat Pengguna 56

4.3.6 Klip Video 57

4.3.7 Tukar Pengguna 58

4.3.8 Keluar 59

Page 15: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

xii

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V RUMUSAN, MASALAH DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 61

5.2 Rumusan 61

5.2.1 Pendekatan Bercorak Pendidikan Dalam

Pembinaan Perisian PBK 62

5.2.2 Penguasaan Kandungan dan Kemahiran 62

5.2.3 Instrumentasi Pembangunan 63

5.3 Masalah Yang Dialami 64

5.3.1 Kewangan 64

5.3.2 Masa 65

5.3.3 Tahap Penguasaan 66

5.3.4 Keserasian Komputer Pengguna 66

5.4 Cadangan Berkaitan 67

BAHAGIAN ENAM

SENARAI RUJUKAN

BIBLIOGRAFI 68

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran A – F 71 - 77

Page 16: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Spesifikasi Sistem Komputer Pembangun 29

3.2 Konfigurasi Asas Sistem Komputer 43

Untuk Pengarangan Perisian PBK

Page 17: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

3.1 Model Rekabentuk Instruksi Bersistem

Hanaffin & Peck 25

3.2 Carta Alir Perisian Secara Umum 71

3.3 Carta Alir Terperinci Isi Pelajaran 72

4.1 Paparan Pembukaan 47

4.2 Paparan Pendaftaran Pengguna 48

4.2 (a) Paparan Pengguna Baru 48

4.2 (b) Paparan Pengguna Lama 49

4.3 Paparan Menu Utama 50

4.4 Paparan Menu Pelajaran 51

4.4 (a) Paparan Isi Pelajaran 52

4.5 Paparan Tutorial 52

4.5 (a) Paparan Latihan 53

4.5 (b) Paparan Cara Menjawab 54

4.7 Paparan Informasi 55

4.8 Paparan Rehat Minda 56

4.9 Paparan Maklumat Pengguna 57

4.10 Paparan Klip Video 58

4.11 Paparan Tukar Pengguna 59

4.12 Paparan Keluar 60

Page 18: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

xv

SENARAI SINGKATAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar

CD - Compact Disc atau Cakera Padat

IT - Information Technology atau Teknologi Maklumat

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

PKEE - Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

PBK - Perisian Berbantukan Komputer

SMT - Sekolah Menengah Teknik

Page 19: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta Alir Perisian Secara Umum 71

B Carta Alir Terperinci Isi Pelajaran 72

C Petunjuk Carta Alir 73

D Huraian Sukatan Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 74

E Surat Akuan 76

F Memo 77

Page 20: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dunia hari ini telah masuk ke dalam Gelombang Ketiga, iaitu satu era yang

banyak bersandar dan menggunakan kecanggihan teknologi untuk setiap aktiviti

manusia. Segala aspek hidup manusia perlu dan boleh diurus dengan bantuan

teknologi supaya ia lebih cekap dan berkesan.

Pembudayaan teknologi pula dimulakan di peringkat awal lagi. Salah satu

cara untuk membentuk budaya ini adalah melalui cara pembentukan di kalangan

generasi baru yang mana kebanyakkannya terdiri daripada para pelajar sekolah..

Pembentukan awal boleh dimulakan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah (P&P). Proses P&P di dalam bilik darjah perlulah mengalami

anjakan paradigma bagi memenuhi tuntutan di atas. Antara anjakan yang boleh di

buat adalah melalui cara pengaplikasian P&P yang berbentuk interaktif dan terkini.

P&P yang bercorak interaktif sudah tentu dapat menjadikan suasana

pengajaran dan pembelajaran lebih baik daripada pengajaran tradisional. Bagi

menjadikan suasana P&P yang sedemikian, maka satu medium perlu diwujudkan

bagi menampakkan perlaksanaannya. Perlaksanaan yang sesuai untuk membentuk

budaya ini adalah melalui pengaplikasian teknologi di dalam kelas. Pengaplikasian

teknologi yang dimaksudkan adalah lebih menjurus kepada penggunaan teknologi

komputer dalam bilik darjah.

Page 21: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

2

Sesuai dengan situasi semasa pendidikan kebangsaan yang berkehendakkan

proses P&P dilangsungkan dengan menggunakan komputer dan perisian pendidikan.

Maka semakin giatlah guru mencari idea dan sumber bagi membuatkan suasana P&P

itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P

yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan

seperti perisian pendidikan atau pun perisian pembelajaran berbantu komputer

(PBK). Penggunaan perisian ini sudah tentu menghasilkan impak yang besar kepada

proses P&P kerana ia mengandungi unsur-unsur teknologi yang dapat menarik

perhatian dari segi persembahan yang dipaparkannya dan juga cara penggunaan yang

begitu interaktif dan menarik melalui pengaplikasian multimedia di dalamnya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Secara amnya, penggunaan perisian PBK adalah untuk membuatkan proses

P&P yang sedia ada dapat dijalankan dengan lebih efektif, berkesan dan interaktif.

Ini kerana, setiap pembangunan perisian PBK adalah berdasarkan permasalahan yang

dihadapi melalui proses P&P yang biasa. Pendek kata, penggunaan bahasa Inggeris

yang banyak dalam penghasilan perisian PBK menyebabkan beberapa mata pelajaran

teknikal kurang diberi perhatian dalam penghasilan perisian PBK untuk mata

pelajaran berkenaan. Tambahan pula, pelajaran seperti Pengajian Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik (PKEE) sememangnya diajar dalam bahasa Melayu.

Andainya perkara ini terus berlaku, mungkin wujud kesukaran bagi mereka

yang tidak menguasai bahasa Inggeris untuk menggunakan perisian PBK berkenaan.

Kebanyakan pelajar mempunyai sikap positif terhadap rujukan yang sedia ada dan

sebaliknya mengalami kesukaran dalam menggunakannya kerana bahasa

kandungannya bahasa Inggeris (Mohd Samsol, 1999).

Menurut Richard (1999), pelajar yang tidak dapat menggunakan sepenuhnya

potensi dan kefahaman mereka terhadap bahan tersebut akan mengalami perasaan

kecewa dan tertekan. Dengan adanya pembina perisian PBK yang terdiri daripada

golongan pendidik, diharapkan akan dapat mengurangkan permasalahan ini.

Page 22: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

3

Tambahan pula, perisian PBK yang dibina oleh golongan pendidik akan

menggunakan aplikasi teori - teori yang diadaptasikan dari pelbagai aliran teori

pendidikan seperti teori kognitif, teori perlakuan, teori afektif dan sebagainya bagi

tujuan penghasilan perisian PBK tersebut.

Pengoperasian sekolah bestari yang kebanyakan menggunakan bahan

multimedia dan interaktif telah membuka minda masyarakat terhadap penggunaan

komputer dalam aspek pendidikan. Sebahagian masyarakat melihat perkara ini

sebagai sesuatu yang positif dan perlu diperluaskan ke semua sistem pendidikan.

Setakat ini, hanya empat mata pelajaran di sekolah bestari yang menggunakan

konsep PBK dalam aktiviti P&P mereka, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Matematik dan Sains. Bahkan jika di tinjau dalam pasaran, perisian PBK yang

berkaitan dengan mata pelajaran teknikal masih dianggap kurang berbanding perisian

PBK bagi mata pelajaran lain. Hal ini jika dilihat dari sudut yang lain, permintaan

yang kurang mengalakkan serta kurangnya pembangun perisian PBK dalam mata

pelajaran teknikal menyebabkan hal ini berlaku. Tambahan pula, kurikulum semasa

kebangsaan yang lebih menekankan kepada mata pelajaran sains dan matematik.

Oleh itu, pembinaan perisian PBK untuk mata pelajaran seperti Pengajian

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik adalah dipinggirkan..

Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik adalah satu mata pelajaran

teknikal yang melibatkan banyak teori dan konsep sebagai asas kefahaman. Pada

kebiasaannya, para pelajar agak sukar untuk memahami pelajaran jenis ini kerana ia

melibatkan daya penumpuan dan pemahaman yang tinggi. Berdasarkan temubual

secara rawak dengan beberapa orang guru bagi mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) di Sekolah Menengah Teknik Johor

Bharu. Di dapati mereka amat bersetuju dengan pernyataan di atas kerana

berdasarkan pengalaman mereka dalam mengajar PKEE, mereka dapati terdapat

kesukaran untuk mendapatkan bahan bantu mengajar yang berguna bagi membantu

proses P&P. Walaupun terdapat juga perisian pendidikan bagi subjek teknikal di

pasaran, namun kebanyakan perisian terbabit hanya terdapat dalam versi bahasa

inggeris dan tidak mengikut sukatan mata pelajaran semasa.

Page 23: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

4

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan pernyataan guru – guru terbabit yang menyatakan kesukaran

dalam proses P & P sekarang adalah dari segi kekurangan bahan bantu mengajar

yang berguna dan berkesan. Mereka turut menyatakan kaedah untuk menerangkan

konsep-konsep dalam bidang elektrik dan elektronik kepada pelajar akan menjadi

lebih mudah jika wujudnya bahan bantu mengajar yang benar – benar berkesan. Ini

kerana konsep – konsep yang di ajar dalam pengkhususan PKEE adalah kurang

efektif untuk diterangkan melalui kaedah pengajaran konvensional iaitu cakap dan

tulis. Neo & Neo (2000) menyatakan pembelajaran tradisonal adalah kurang

mengalami perubahan berbanding pembelajaran bersistem seperti pembelajaran

berbantu komputer (PBK).

Para guru terbabit pula berpendapat penyampaian dan pendekatan pengajaran

berdasarkan buku teks adalah kurang sesuai untuk menerangkan konsep yang

memerlukan pendekatan semulajadi seperti menunjukkan pengaliran arus,

perpindahan elektron dan sebagainya. Mereka mencadangkan agar diwujudkan PBK

mengenai beberapa topik terpilih yang sesuai untuk dibangunkan sebagai perisian

bagi proses P & P. Antara topik yang dinyatakan adalah mengenai Transistor

Dwikutub dan Diod bagi PKEE Tingkatan 4 dan Komunikasi dan Robotik bagi

PKEE Tingkatan 5. Topik –topik ini dijangkakan lebih berkesan untuk diajar dan

dipelajari melalui adanya pengaplikasian multimedia dalam persembahan isi

pelajaran dan pengajaran. Boyle (1997) menyatakan kebolehan pelajar memahami

lebih tinggi melalui pembelajaran berkomputer.

Oleh itu, berasaskan permasalahan ini, ia menjadikan perisian PBK tentang

topik transistor dwikutub yang dibangunkan oleh penulis adalah selari dengan

keperluan semasa bagi para pelajar dan guru dalam pengkhususan PKEE di sekolah-

sekolah menengah teknik di Malaysia.

Page 24: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

5

1.4 Rasional Projek

Perisian PBK mengenai transistor yang penulis bangunkan adalah

berdasarkan permasalahan dan keperluan semasa yang telah penulis kaji selidik

melalui temubual secara rawak dengan beberapa orang guru bagi mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) di Sekolah Menengah

Teknik Johor Bharu. Pembangunan projek ini adalah berasaskan beberapa rasional

yang penulis jangkakan dapat menjadikan proses P & P mengenai topik transistor

bagi para pelajar tingkatan 4 di sekolah – sekolah menengah teknik tempatan lebih

efektif, berupaya, berinteraktif dan berjaya. Antara rasionalnya ialah :

1.4.1 Menarik dan Mudah Digunakan.

Perisian PBK yang dihasilkan dapat dimainkan berulang kali dan hal ini dapat

membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran sehingga dapat memahaminya

dengan baik. Perkara ini tentu agak tidak munasabah bagi guru untuk mengulangi

suatu ini pelajaran yang sama sedangkan banyak lagi sukatan yang perlu dihabiskan.

Ini secara tidak langsung membantu guru untuk menyelia perkembangan pelajaran

pelajar dan merancang aktiviti pembelajaran mengikut jadual.

1.4.2 Berorientasikan Pengguna

Bagi pelajar, dengan penggunaan perisian PBK mereka diberi peluang untuk

mempelajari secara sendiri mengikut kemampuan masing-masing. Ini penting kerana

sebahagian pelajar tidak dapat mengikuti pelajaran di sekolah dengan baik akibat dari

pengajaran guru yang berbeza. Faktor ini mungkin disebabkan kemampuan setiap

pelajar adalah berbeza. Dengan adanya bantuan pelbagai media dalam perisian ini, ia

sekaligus akan memantapkan pemahaman pelajar berbanding proses pengajaran

biasa.

Page 25: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

6

1.4.3 Berinteraktif dan Efektif

Aktiviti pembelajaran tentu menjadi lebih menarik dengan adanya perisian

yang berbentuk multimedia,interaktif dan berkesan. Sebagai contoh, penerangan bagi

sesuatu konsep yang disusuli dengan pergerakan animasi yang menjelaskan lagi

konsep tersebut sudah tentu cukup untuk meningkatkan kefahaman pelajar.

Seterusnya menjadikan penggunaan komputer sebagai sesuatu yang amat diperlukan

pada masa kini dan akan datang dalam proses P&P. Pelajar pada hari ini perlu

didedahkan dengan penggunaan teknologi ini, memandangkan pada masa hadapan

kelak, mereka perlu tahu pengaplikasian teknologi ini untuk seiring dengan

perubahan zaman.

1.4.4 Perisian PBK Tunggal Bagi Topik Transistor Dwikutub Dalam Versi

Bahasa Melayu dan Mengikut Sukatan Terbaru

Penghasilan perisian PBK bagi matapelajaran sains dan matematik

menyebabkan beberapa matapelajaran teknikal kurang diberi perhatian dalam

penghasilan perisian PBK untuk matapelajaran berkenaan. Tambahan pula,

matapelajaran seperti Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik diajar dalam

bahasa Melayu. Kekurangan perisian sebegini di pasaran dan juga kandungan

perisian yang sedia ada tidak mengikut sukatan matapelajaran yang semasa

menyebabkan penulis membangunkan perisian mengikut sukatan terkini serta dalam

versi bahasa Melayu.

1.5 Objektif Projek

Objektif yang diharapkan melalui pembangunan projek ini adalah :

• Membangunkan perisian PBK mengenai topik Transistor Dwikutub di bawah

bidang Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4.

Page 26: €¦ · itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti perisian

7

1.6 Objektif Perisian

Objektif yang diharapkan melalui penggunaan perisian ini adalah :

1. Mengenal pasti jenis transistor dwikutub

2. Menerangkan ciri – ciri dan fungsi bagi transistor dwikutub

3. Menghitung pengiraan yang melibatkan litar bertransistor.

4. Menerangkan prinsip kendalian bagi transistor dwikutub.

5. Menggunakan perisian PBK ini sebagai sumber alternatif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

.