esemen-merancang untuk mengajar sains rendah

28
PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, hidayat dan rahmatNya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Selawat dan salam yang berterusan buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda dan juga kepada seluruh pendokong dan pejuang ummah baginda yang memperjuangkan agama Allah s.w.t di atas muka bumi Allah s.w.t. ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih dirakamkan kepada Puan Rusmawati bt Othman, iaitu pensyarah mata pelajaran pengajaran Merancang Untuk Mengajar Sains Rendah khasnya dan para pensyarah di Jabatan Sains yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dari semasa ke semasa sehingga tugasan ini berjaya disiapkan. Selain itu, terima kasih diucapkan kepada organisasi perpustakaan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darul Aman (IPDA) yang telah banyak memberi kerjasama dalam pencarian bahan- bahan yang berkaitan dengan tugasan ini. Tanpa bantuan mereka, saya akan menghadapi sedikit kesukaran dan masalah untuk mendapatkan rujukan-rujukan bagi memudahkan kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Upload: ifa-saimi

Post on 11-Feb-2015

80 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, hidayat dan

rahmatNya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Selawat dan salam yang berterusan

buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga baginda, sahabat-sahabat

baginda dan juga kepada seluruh pendokong dan pejuang ummah baginda yang

memperjuangkan agama Allah s.w.t di atas muka bumi Allah s.w.t. ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih dirakamkan kepada Puan

Rusmawati bt Othman, iaitu pensyarah mata pelajaran pengajaran Merancang Untuk

Mengajar Sains Rendah khasnya dan para pensyarah di Jabatan Sains yang telah

banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dari semasa ke semasa sehingga tugasan

ini berjaya disiapkan.

Selain itu, terima kasih diucapkan kepada organisasi perpustakaan Institut

Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darul Aman (IPDA) yang telah banyak memberi

kerjasama dalam pencarian bahan-bahan yang berkaitan dengan tugasan ini. Tanpa

bantuan mereka, saya akan menghadapi sedikit kesukaran dan masalah untuk

mendapatkan rujukan-rujukan bagi memudahkan kami menyiapkan tugasan ini dengan

sempurna.

Penghargaan yang tinggi nilainya buat bonda dan ayahanda serta keluarga

tercinta yang tidak jemu-jemu memberi dorongan dan sokongan sepanjang

pelaksanaan tugasan ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada

semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak

langsung dalam tugasan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas sumbangan

ikhlas daripada mereka semua dengan ganjaran yang setimpal. Wassalam.

Page 2: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Penghargaan

Senarai kandungan

Biodata

1.0 Pendahuluan

2.0 Rancangan pengajaran harian

3.0 Ringkasan kemahiran pengajaran mikro

4.0 Penutup

Refleksi

Senarai rujukan

Lampiran

I

II

III

1

2-13

14

17

18

Page 3: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

BIODATA

Page 4: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

1.0PENDAHULUAN

Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu

rancangan pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada

murid, objektif pelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi,

perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua waktu pengajaran. Sharifah

Alwiah Alsagof (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah

satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Faktor penting yang

perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan rancangan mengajar adalah

tujuan utama atau matlamat yang mahu dicapai dari pengajaran yang hendak

disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid.

Kurangnya kemahiran dan penekanan terhadap faktor tersebut sering dilihat

menjadi punca masalah yang boleh menghalang daripada tercapainya objektif

pengajaran, sekaligus dianggap kurang berkesan. kelemahan ini bukan saja akan

mempengaruhi prestasi kerja guru, malah ia akan memberi kesan negatif terhadap

pencapaian serta kemajuan murid.

Sehubungan itu, terdapat beberapa model pengajaran yang telah diperkenalkan

oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan kepada guru untuk menghasilkan

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif dan berkesan. Secara umumnya,

dalam persediaan sesuatu pelajaran, guru perlu mengkaji sukatan pelajaran mata

pelajaran bekenaan secara mendalam terlebih dahulu. Segala konsep dan kemahiran

yang patut disampaikan kepada murid-murid perlu dikuasai sepenuhnya oleh guru

sendiri. Guru kemudian harus menganalisis bahan pelajaran sebelum memilih,

memeringkatkan serta menyusun aktiviti dan contoh yang sesuai untuk mencapai

objektif pelajaran.

Berdasarkan hal ini, tidak ada satu model pengajaran yang terbaik untuk semua

mata pelajaran bagi semua murid dalam semua keadaan. Model pengajaran tersebut

harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan murid.oleh itu, pemilihan model

pengajaran yang sesuai amat membantu melancarkan fasa pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas.

Page 5: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

2.0RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Terdapat beberapa jenis model pengajaran yang dapat diguna pakai oleh guru dalam

merancang pelan pengajaran dan pembelajaran murid yang paling sesuai dan efektif.

Namun, saya hanya menfokuskan penggunaan model 5 Fasa Needham dan model

Inkuiri Penemuan dalam merancang rancangan pengajaran harian (RPH) bagi

matapelajaran sains sekolah rendah.

Model pengajaran 5 Fasa Needham telah dicadangkan oleh Richard Needham

(1987) dalam kerjanya “Children Learning in Science Project”. Ia mengandungi lima

fasa iaitu orientasi, mencungkil idea, pengstrukturan semula idea, aplikasi idea dan

refleksi. Needham (1987) menyatakan melalui model ini, murid digalakkan untuk

bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini dapat merangsang murid

untuk meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semua idea, guru

digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal

mereka. muriddiberi peluang untk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan

mereka. Adalah dipercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih

mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna.

Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk

menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea

itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini

muridmembandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali

proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa

ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.

Model Inkuiri Penemuan pula merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat,

menganalisa, dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-

kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk

membuat generalisasi. Model ini melibatkan penaakulan induktif di mana murid-murid

akan mengkaji hubungan, perkaitan serta pola bagi menentukan konsep, fakta rumus,

atau hukum. Terdapat 3 jenis model pengajaran inkuiri iaitu kitar pembelajaran 5E,

pengajaran deduktif dan induktif berasaskan inkuiri serta pengajaran berasaskan

penyelesaian masalah.

Page 6: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

2.1RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (MODEL 5 FASA NEEDHAM)

Matapelajaran : Sains

Tahun : 5 English

Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi

Tarikh : 17 Februari 2013

Bilangan murid : 30 orang

Tema : Menyiasat Benda-benda Hidup

Bidang pembelajaran : Benda Hidup Menjalani Proses Hidup-Tabiat Buruk Manusia.

Objektif : 2.2 Menyedari Tentang Sesetengah Perlakuan Boleh

Mengganggu Proses Hidup.

Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid

akan dapat:

i) Menyatakan 3 contoh tabiat buruk yang mendatangkan

bahaya kepada manusia melalui perbincangan

kumpulan.

ii) Menyenaraikan kesan-kesan tabiat buruk (merokok,

menghisap dadah, minum arak) terhadap diri manusia

melalui aktiviti perbincangan kumpulan.

iii) Melaksanakan pengujian kesan merokok terhadap paru-

paru melalui eksperimen rokok.

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mengetahui tabiat-tabiat buruk yang

berlaku disekeliling m ereka

Kemahiran proses sains :Memerhati, Berkomunikasi, Membuat eksperimen.

Page 7: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

Kemahiran berfikir : Membuat eksperimen, menjana idea, membanding-beza,

membuat inferens, Membuat kesimpulan.

Nilai-nilai murni : Berani mencuba, berfikir secara rasional, , bekerjasama,

yakin dan berdikari.

Bahan bantu mengajar : Model rokok, model paru-paru, video iklan berhenti

merokok, komputer riba, rokok, mancis, botol kosong, kapas,

plastisin,

Fasa/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

Set orientasi

(± 5 Minit)

1. Tabiat buruk

manusia

- merokok

2. Soalan:

Apakah hubungan

antara rokok dan

paru-paru?

Murid membacakan doa sebelum

memulakan pembelajaran.

Guru meminta murid mengeluarkan

buku serta alat tulis yang berkaitan

dan duduk dalam keadaan bersedia.

Seorang murid diminta datang

kehadapan kelas untuk mengeluarkan

model paru-paru dan model rokok

dari kotak misteri.

memerhati model paru-paru dan

rokok gergasi yang ditayangkan guru

dihadapan kelas.

Murid dan guru bersoal jawab

mengenai hubungkait antara paru-

paru dan rokok.

BBM:

-Video

-Model rokok

-Model paru-

paru

KPS:

-Memerhati

-Berkomunikasi

KBKK:

-Menjana idea

Nilai Murni:

Page 8: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

Murid menyatakan bahawa merokok

merupakan tabiat buruk yang

diamalkan oleh manusia.

Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk

pembelajaran pada hari ini iaitu

“Tabiat Buruk Manusia”.

-Berani mencuba

-Berfikiran

rasional.

Pencetusan

idea

(± 15 Minit)

1. Tabiat Buruk

Manusia:

Merokok

Minum arak

Hisap dadah

2. Tayangan video

iklan berhenti

merokok.

3. Kesan tabiat

buruk manusia:

Merosakkan

paru-paru

Menyebabkan

kanser

Tidak dapat

berfikir dengan

waras.

Murid dipecahkan kepada 6 kumpulan

Murid berbincang dalam kumpulan

dan menyenaraikan tabiat buruk-

tabiat buruk manusia yang mereka

ketahui.

Guru mencatat jawapan murid di

papan hitam dan memilih 3 contoh

yang hendak difokuskan pada hari ini

iaitu merokok, minum arak dan hisap

dadah.

Murid memerhati tayangan video

iklan berhenti merokok yang

ditunjukkan oleh guru.

Murid dan guru berbincang mengenai

isi kandungan iklan dan menfokuskan

pada kesan akibat melakukan

BBM:

- Kertas

mahjong

- Pen marker

- Gambar

- Video

KPS:

-Berkomunikasi

KBKK:

-Menjana idea

Nilai Murni:

-Berani mencuba

-Berfikiran

rasional.

- Bekerjasama.

Page 9: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

perbuatan buruk oleh menusia.

Setiap kumpulan mendapatkan kertas

mahjong dan pen marker dari guru.

Secara berkumpulan, murid

berbincang mengenai kesan-kesan

buruk bagi tabiat hidup manusia

dengan memberi contoh yang sesuai.

Penstrukturan

semula idea.

(± 15 Minit)

1. Pembentangan

kumpulan

mengenai kesan-

kesan tabiat

buruk manusia.

Setiap kumpulan menampal hasil

kerja kumpulan dihadapan kelas.

Beberapa kumpulan dipilih secara

rawak untuk membentangkan hasil

dapatan kumpulan.

Murid dari kumpulan lain diminta

untuk memberi pertanyaan, ulasan,

teguran atau pendapat berkenaan

pembentangan kumpulan

pembentang.

Murid dan guru berbincang

mengenai hasil dapatan kumpulan

BBM:

-.Hasil aktiviti

dalam fasa

pencetusan idea

KPS:

-Berkomunikasi

KBKK:

-Menjana idea

Nilai Murni:

-Berani mencuba

Pengaplikasia

n

Idea

1. Eksperimen

rokok.

Murid memerhati sebatang rokok

yang telah dibuka/dikoyak oleh guru

untuk menunjukkan isi kandungan

dalam sebatang rokok.

BBM:

Rokok, mancis,

botol kosong,

plastisin.

Page 10: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

(± 20 Minit) Guru menayangkan gambar isi

kandungan rokok kepada murid.

Murid mendengar arahan guru

mengenai cara-cara melaksanakan

aktiviti eksperimen serta panduan

keselamatan yang perlu diberi

perhatian.

Murid mendapatkan bahan-bahan

yang diperlukan dalam eksperimen

tersebut (rokok, botol kosong,

plastisin, kapas).

Murid dibawa ke tempat lapang

untuk menjalankan eksperimen

secara berkumpulan.

Murid kembali semula ke makmal

sains untuk membuat pemerhatian

keatas hasil eksperimen.

Murid dan guru bersoal jawab

mengenai hasil dapatan eksperimen

bersama guru.

KPS:

-Berkomunikasi

KBKK:

-Menjana idea

-Menganalisis

Nilai Murni:

-Berfikiran

rasional.

Refleksi

(± 5 Minit)

1. Refleksi kendiri Murid diminta membuat refleksi

dengan menyatakan kembali apa

yang telah mereka rasai dan pelajari

pada hari ini.

KPS:

-Berkomunikasi

KBKK:

-Menjana idea

Page 11: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

2. Rumusan

3. Soalan:

Apakah jenis-

jenis tabiat buruk

manusia?

Nyatakan kesan

tabiat-tabiat

buruk manusia.

Beberapa orang murid diminta

membuat rumusan mengenai tajuk

yang telah dipelajari dengan

bimbingan guru.

Guru memberi penghargaan kepada

murid-murid atas kerjasama dan

semangat yang telah ditonjolkan

sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran pada hari ini.

Nilai Murni:

-Berani mencuba

-Berfikiran

rasional.

Page 12: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

2.2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (INKUIRI PENEMUAN)

Matapelajaran : Sains

Tahun : 5 English

Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi

Tarikh : 17 Februari 2013

Bilangan murid : 30 orang

Tema : Menyiasat Benda-benda Hidup

Bidang pembelajaran : Benda Hidup Menjalani Proses Hidup-Tabiat Buruk Manusia.

Objektif : 2.2 Menyedari Tentang Sesetengah Perlakuan Boleh

Mengganggu Proses Hidup.

Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid

akan dapat:

i) Menyatakan 3 contoh tabiat buruk yang

mendatangkan bahaya kepada manusia melalui

perbincangan kumpulan.

ii) Menyenaraikan kesan-kesan tabiat buruk (merokok,

menghisap dadah, minum arak) terhadap diri manusia

melalui aktiviti perbincangan kumpulan.

iii) Melaksanakan pengujian kesan merokok terhadap paru-

paru melalui eksperimen rokok.

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mengetahui tabiat-tabiat buruk yang

berlaku disekeliling m ereka

Kemahiran proses sains :Memerhati, Berkomunikasi, Membuat eksperimen.

Kemahiran berfikir : Membuat eksperimen, menjana idea, membanding-beza,

membuat inferens, Membuat kesimpulan.

Page 13: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

Nilai-nilai murni : Berani mencuba, berfikir secara rasional, bekerjasama,

yakin dan berdikari.

Bahan bantu mengajar : Model rokok, model paru-paru, kertas mahjong, pen

marker, pensil warna krayon, gam, surat khabar, majalah,

brosur kesihatan.

Fasa/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

Orientasi

(± 5 minit)

1. Tabiat merokok.

2. Contoh soalan:

Siapakah yang

mempuanyai

ahli keluarga

yang hisap

rokok?

Bilakah individu

tersebut mula

hisap rokok?

Apakah

perbezaan

antara orang

yang hisap

rokok dengan

orang yang

tidak hisap

rokok?

Murid membacakan doa sebelum

memulakan pembelajaran.

Guru meminta murid mengeluarkan

buku serta alat tulis yang berkaitan

dan duduk dalam keadaan bersedia

Murid ditunjukkan model rokok dan

diminta berkongsi cerita berkaitan

rokok yang berlaku dalam kehidupan

seharian mereka.

BBM:

-Video

-Model rokok

-Model paru-

paru

KPS:

-Memerhati

-Berkomunikasi

KBKK:

-Menjana idea

Nilai Murni:

-Berani mencuba

-Berfikiran

rasional.

Pencetusan

idea

(± 15 minit)

1. Tabiat buruk

manusia.

2. Contoh soalan:

Murid dan guru bersoal jawab

mengenai amalan merokok, hisap

dadah dan minum arak yang

BBM:

- Kertas

mahjong

Page 14: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

Adakah

merokok satu

tabiat yang

baik?

Mengapa?

Apakah yang

berlaku kepada

individu yang

hisap rokok?

Adakah hisap

dadah satu

tabiat yang

baik?

Mengapa?

Apakah yang

berlaku kepada

individu yang

hisap dadah?

Adakah minum

arak satu tabiat

yang baik?

Mengapa?

Apakah yang

berlaku kepada

individu yang

minum arak?

diamalkan oleh sesetengah individu.

Secara berkumpulan, murid

berbincang menyenaraikan kesan

amalan merokok yang mereka

ketahui.

Secara berkumpulan, murid

berbincang menyenaraikan kesan

amalan hisap dadah yang mereka

ketahui.

Secara berkumpulan, murid

berbincang menyenaraikan kesan

amalan minum arak yang mereka

ketahui.

Murid mencatat jawapan hasil

perbincangan dalam kertas mahjong.

setiap kumpulan dipanggil

kehadapan kelas untuk

membentangkan hasil kerja masing-

masing.

- Pen marker

KPS:

-Berkomunikasi

KBKK:

-Menjana idea

Nilai Murni:

-Berani mencuba

-Berfikiran

rasional.

- Bekerjasama.

Penstrukturan

Semula Idea

(± 25 Minit)

Mengenalpasti

tabiat buruk

manusia.

Murid diberi arahan oleh guru untuk

menghasilkan satu buku skrap

mengenai amalan merokok, hisap

dadah dan minum arak.

i. Murid mendapatkan surat khabar

BBM:

-Surat khabar

lama, majalah,

brosur kesihatan

Page 15: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

dan majalah serta brosur

kesihatan.

ii. Secara berkumpulan, murid

mencari berita, artikel dan semua

maklumat yang berkaitan dengan

amalan merokok, hisap dadah

dan minum arak dari sumber yang

mereka peroleh.

iii. Keratan artikel atau berita yang

berkaitan dengan amalan

merokok, hisap dadah dan

minum arak ditampal dalam buku

skrap.

Murid diminta merancang

penghasilan buku skrap, membuat

analisis pembacaan keatas

maklumat dalam buku skrap,

memberi cadangan dan akhirnya

membina rumusan atau kesimpulan

berkaitan amalan merokok, hisap

dadah dan minum arak yang mereka

dapati dari aktiviti buku skrap.

Murid diedarkan lembaran kerja

berkaitan amalan merokok, hisap

dadah dan minum arak untuk diisi.

KPS:

-Berkomunikasi

KBKK:

-Menjana idea

-Menganalisi

Nilai Murni:

-kerjasama

Aplikasi idea.

(± 10 Minit)

1. Poster

kesihatan :

Jauhi amalan

buruk (merokok,

Murid diedarkan dengan kertas

mahjong, pen marker, gam dan

pensil warna krayon.

Secara berkumpulan, murid

BBM:

kertas

mahjong, pen

marker, gam,

Page 16: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

hisap dadah

atau minum

arak)

merekacipta satu poster kesihatan

mengenai amaran terhadap amalan

buruk manusia (merokok, hisap

dadah, minum arak).

Murid mempamerkan hasil kerja di

papan kenyataan di luar makmal

atau di dalam kelas.

pensil warna

krayon.

KPS:

-Berkomunikasi

KBKK:

-Menjana idea

-Menganalisis

Nilai Murni:

-Berfikiran

rasional.

Refleksi

(± 5 minit)

1. Peta minda

berkaitan dengan

tabiat buruk

manusia.

2. Rumusan

3. Soalan:

Apakah jenis-

jenis tabiat buruk

manusia?

Nyatakan kesan

tabiat-tabiat

buruk manusia.

Murid diminta melengkapkan peta

minda berdasarkan pelajaran pada

hari ini.

Beberapa orang murid diminta

membuat rumusan mengenai tajuk

yang telah dipelajari dengan

bimbingan guru.

KPS:

-Berkomunikasi

KBKK:

-Menjana idea

Nilai Murni:

-Berani mencuba

-Berfikiran

rasional.

3.0 RINGKASAN KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO

Tabiat buruk

manusiaMerokok

Hisap dadah Minum

arak

Kesan?

Kesan?

Kesan?

Page 17: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

Mengikut Michael J. Wallacc, pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang

dimudahkan. Pengertian ini menerangkan mengenai situasi pengajaran yang telah

dikurangkan skopnya iaitu tugas guru dipermudahkan, isi mata pelajaran yang diajar

dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan. Hal ini bermakna, guru hanya perlu

menumpukan perhatian kepada satu kemahiran mengajar sahaja pada satu-satu masa

tanpa gangguan masalah pengurusan bilik darjah. Kemahiran pengajaran mikro adalah

perlakuan bilik darjah tertentu yang boleh dilihat, ditafsir dan menunjukkan perkaitan

dengan pembelajaran murid. Kebiasaanya, amalan pelaksanaan pengajaran mikro

dijalankan sebagai satu tambahan kepada teknik-teknik latihan keguruan yang ada.

Merujuk kepada jadual penentuan tugasan, saya telah menjalankan satu

pengajaran mikro berkenaan satu topik matapelajaran sains bagi murid-murid tahun 4

iaitu “Tabiat Buruk Manusia”. Sebelum pelaksanaan pengajaran mikro, saya telah

menyediakan satu rancangan pengajaran harian dengan mengaplikasikan model

pengajaran 5 Fasa Needham. Fasa yang dipilih untuk pelaksanaan pengajaran mikro ini

ialah Set Orientasi atau set induksi. Selama 5 minit, saya melaksanakan pengajaran

mikro bersama rakan sekelas dengan menekankan aspek kemahiran penyoalan dalam

fasa set induksi. Kemahiran tersebut adalah komunikasi dua hala antara guru dan murid

dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran set induksi merupakan cara guru memperkenalkan atau memulakan

sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu pelajaran. Sehubungan itu, melalui

pelaksanaan pengajaran topik “Tabiat Buruk Manusia” ini, saya telah memperkenalkan

tajuk dengan mempamerkan model rokok gergasi dan model paru-paru yang diperoleh

dari badan model manusia dalam makmal. Murid-murid diajak untuk berfikir mengenai

perkaitan antara paru-paru dan rokok dengan memacu semangat inkuiri mereka

menggunakan model sebagai bahan rangsangan. Bagi menarik perhatian murid dalam

aktiviti pembelajaran, saya telah menggunakan suara, gerak geri dan pandangan mata

yang dikira sesuai untuk menarik perhatian mereka kearah pelajaran yang diajar

sepanjang sesi pengajaran.

Bagi melancarkan perjalanan kelas, saya telah menggunakan kotak misteri untuk

menyembunyikan model rokok gergasi dan model paru-paru di dalamnya. Saya dapati,

Page 18: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

murid kelihatan teruja untuk mengetahui apakah barang yang terkandung dalam kotak

misteri tersebut.

Saya telah meminta murid untuk meneka barang tersembunyi dan menyediakan

ganjaran berupa gula-gula untuk individu yang berjaya meneka dengan betul. Sebelum

memberi jawapan, saya telah meminta 2 orang murid ke hadapan kelas dan

memasukkan tangan ke dalam kotak untuk memegang barangan yang terkandung

dalam kotak misteri. Murid tersebut perlu menyatakan kepada rakan-rakan sekelas

mengenai ciri-ciri fizikal yang dia peroleh sewaktu memegang barangan tersembunyi

itu. Semasa murid menghuraikan ciri-ciri fizikal yang dia rasai ketika memasukkan

tangan dalam kotak misteri, saya meminta murid menyebut ciri-ciri tersebut dengan

kuat dan jelas, Hal ini bertujuan supaya murid lain dapat meneka apakah barangan

tersebut dengan hanya menggunakan pendengaran.

Seterusnya, saya memanggil nama beberapa orang murid untuk memberikan

pandangan dan pendapat mereka mengenai perkaitan antara rokok dan paru-paru.

Peneguhan telah diberikan kepada murid tersebut dengan perkataan “bagus” dan

“baik”. Saya juga meminta rakan-rakan mereka memberi tepukan  sebagai galakan

kerana telah berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan baik. Ini bertujuan

supaya murid yang terlibat merasa dihargai oleh guru dan rakan-rakan. Manakala

murid-murid lain dapat memupuk nilai murni iaitu menghargai hasil kerja rakan mereka.

Semua murid begitu seronok menjalankan aktiviti semasa fasa orientasi atau set

induksi. Objektif pengajaran saya telah tercapai untuk memperkenalkan tajuk tabiat

buruk manusia.

Selain kemahiran dalam set induksi, saya juga turut menekankan kemahiran

penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran penyoalan ialah kemahiran

yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. Saya mengaplikasikan

kemahiran penyoalan semasa mengajar agar murid-murid mendapat peluang untuk

berfikir dan tidak hanya menunggu maklumat mengenai pelajaran disampaikan terus

kepada mereka. Soalan-soalan yang ditanya adalah bermula dari jenis soalan  aras

rendah yang tidak memerlukan pemikiran yang kritis hingga ke aras soalan yang lebih

Page 19: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

tinggi dan mencabar untuk mengetahui serta membina tahap kognatif  yang lebih tinggi

dalam kalangan murid. Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap

pencapaian murid  dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang

berkesan.  Saya memberikan soalan bentuk pendek, padat dan menggunakan

perkataan yang mudah difahami oleh murid. Selepas soalan diberikan, saya berhenti

sejenak sebelum memanggil nama murid-murid tertentu yang hendak disoal. Perlakuan

berhenti sejenak ini dilakukan untuk memberi masa kepada murid-murid untuk berfikir

jawapan yang mereka rasakan paling sesuai untuk menjawab soalan. Langkah terburu-

buru dalam menyoal akan membuatkan murid terus hilang minat dan semangat untuk

berfikir. Antara contoh soalan yang saya telah ujarkan dalam kelas sewaktu sesi

pengajaran mikro ialah seperti dibawah:

1. “Apakah nama objek ini?”  Murid dapat faham soalan tersebut dengan mudah

dan menyebut nama objek yang ditunjukkan seperti rokok dan paru-paru.

2. “Sebutkan ciri-ciri fizikal benda-benda yang terdapat dalam kotak misteri?”  Murid

menyebut sifat-sifat fizikal paru-paru dan rokok hanya dengan menyentuh objek

tersebut tanpa melihatnya.

3. “Apakah hubungan antara rokok dan paru-paru?” Murid diminta membuat

perkaitan mudah antara rokok dan kesannya kepada paru-paru.

Dalam usaha membuka ruang pembelajaran kepada para murid, guru perlu

menegaskan kepada mereka mengenai aktiviti atau tugasan yang akan dibuat sewaktu

pembelajaran berlangsung agar mereka dapat memahami kehendak sebenar guru.

Sepanjang pelaksanaan, guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya

serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti berfikir dan belajar selain

memandu muridnya kearah pembelajaran dengan membina hubungan dan perkaitan

yang jelas antara isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid.

5.0 PENUTUP

Page 20: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

Sebelum pelaksanaan pengajaran, kebiasaannya guru akan menyediakan rancangan

pengajaran harian yang merupakan satu rangka kerja aktiviti pengajaran dan

pembelajaran untuk dilaksanakan guru sama ada di dalam bilik darjah atau

makmal untuk satu jangka waktu yang telah ditetapkan.

Penyediaan rancangan pengajaran harian ini adalah perlu untuk menjamin

pencapaian murid dalam obejktif dan hasil pembelajaran yang diingini selain untuk

meningkatkan keyakinan guru sewaktu mengajar. Namun, sebelum merangka sesuatu

pelan pengajaran, terdapat dua maklumat yang diperlukan sebagai bahan persediaan

iaitu maklumat mengenai murid dan perkara-perkara yang akan diajar serta catatan

mengenai langkah-langkah dan aktiviti murid-murid dalam sesuatu proses pengajaran

dan pembelajaran. Selain itu, sebelum mengajar juga, guru perlu merancang

pengajarannya dengan merujuk kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid.

Guru perlu membuat keputusan berlandaskan kepada keperluan, matlamat, objektif

serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif pengajaran

dan pembelajaran.

Namun begitu, bagi membantu guru membina pelan pengajaran yang efektif dan

berkesan, pelbagai penyelidikan telah dibuat dan hasilnya, satu kajian mengenai model

pengajaran yang pelbagai telah diterbitkan. Berpandukan rangka model ini, guru dapat

membina satu rancangan pengajaran harian dengan lebih teratur dan sistematik.

LAMPIRAN

Page 21: Esemen-merancang Untuk Mengajar Sains Rendah