belajar secara berkesan

20
BELAJAR SECARA BERKESAN

Upload: haslinda-midy

Post on 21-May-2015

3.245 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Belajar secara berkesan

BELAJAR SECARA

BERKESAN

Page 2: Belajar secara berkesan

3 CARA MUDAH UNTUK BELAJAR SECARA BERKESAN

Page 3: Belajar secara berkesan

MENGULANGKAJI1. Semak semula apa yang telah dipelajari2. Fahami konsep sesuatu topik3. Hafal formula atau istilah yang penting4. Buat analisis isi-isi penting atau kenalpasti

kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi5. Buat catatan sama ada dalam bentuk nota

ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik

“Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran.”

Page 4: Belajar secara berkesan

MERUJUK1.Buat rujukan tambahan2.Bertanya dengan guru atau berbincang

dengan rakan

“Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.”

“Malu bertanya sesat jalan.”

“Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.”

Page 5: Belajar secara berkesan

MEMBUAT LATIHAN1.Buat latihan kerapkali (banyak kali)2.Buat diskusi dengan rakan3.Adakan soaljawab dengan rakan4.Buat analisis soalan-soalan yang lalu

serta buat rangka jawapannya

“Kejayaan, kemenangan hanyalah milik orang yang berusaha.”

Page 6: Belajar secara berkesan

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem.

“Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah”

“Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang”

Page 7: Belajar secara berkesan

TIPS PERSIAPAN

BELAJAR

Page 8: Belajar secara berkesan

Tidak mensia-siakan biar pun seminit

Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa atau masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

PERTAMA

“Time is very precious”

Page 9: Belajar secara berkesan

KEDUA Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi

Amalkan sikap membawa buku setiap ke mana pergi. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

“Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.”

Page 10: Belajar secara berkesan

KETIGA Gunakan masa awal pagi

Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupuk semangat belajar pada awal pagi biarpun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

“Race against the time.”

Page 11: Belajar secara berkesan

KEEMPAT

Buat nota ringkas

Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

“The pen is mightier than the sword.”

Page 12: Belajar secara berkesan

KELIMAMengikut jadual sepenuhnya

Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggungjawab belajar. Pastikan anda agihkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

“Be prepared.”

Page 13: Belajar secara berkesan

KEENAM

Mencuba soalan tahun lalu

Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawab contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Biasakan diri dengan corak soalan peperiksaan tahun lalu dan yang sebelumnya.“Strike while the iron’s hot.”

Page 14: Belajar secara berkesan

KETUJUH

Ulang seberapa banyak yang boleh

Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak kali yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akan dilakukan, selagi masa ada, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biarpun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Page 15: Belajar secara berkesan

KELAPAN

Sentiasa bertanya jika tidak faham

Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biarpun anda sudah faham , anda masih boleh bertanya. Ini akan menguatkan lagi kefahaman dan ingatan anda.

“Malu bertanya sesat jalan.”

Page 16: Belajar secara berkesan

KESEMBILAN

Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam Bahasa Inggeris atau Matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka.

Page 17: Belajar secara berkesan

KESEPULUHMengunjungi perpustakaan

Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Page 18: Belajar secara berkesan

KESEBELASRancangkan jadual ulangkaji setahun

Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan Julai. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap muka surat dibaca, dan setiap soalan dijawab.

“Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.”

Page 19: Belajar secara berkesan

Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biarpun diri anda mempunyai beberapa kekurangan.

Page 20: Belajar secara berkesan

SEKIAN, TERIMA KASIH. SEMOGA

BERJAYA.

By Haslinda Midy