inovasi dan perubahan dalam pendidikan

Upload: vashwoolfwood007

Post on 04-Mar-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Inovasi Dan

TRANSCRIPT

Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan- Strategi Pengajaran PembelajaranTrend dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini menunjukkan bahawa kecenderungan pembelajaran:a) Berasaskan penemuan, inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif.b) Memberikan penekanan kepada mencari, meneroka, menilai dan menggunakan maklumat.Kecenderungan dalam pembelajaran menghasilkan INOVASI dan pemikiran baharu dalam pengajaran. Antaranya ialah:a) Apa yang diajar tidak serupa dengan apa yang dipelajari.b) Pengajaran dan pembelajaran terkini merangkumi pengajaran kolaboratif dalam kumpulan yang pelbagai.c) Isi pelajaran berbentuk rentasan kurikulum dan berbentuk pengajaran berpasukan.d) Isi pelajaran boleh diakses secara meluas dan dikongsi di luar waktu belajar dan kursus.e) Pengajar berperanan sebagai rakan kongsi dalam komuniti pembelajaran.f) Pembelajaran berlaku hasil maklum balas rakan sekelas sebagai rakan kongsi dalam pembelajaran.g) Penaksiran pembelajaran adalah kompleks dan berbentuk pelbagai aras, melibatkan penilaian pengajaran dan pembelajaran secara formatif dan sumatif.Inovasi pendidikan ialah hasil perubahan teknologi internet dan keperluan dunia tanpa sempadan. Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk:- Pengenalan teknologi baharu.- Perubahan dalam sistem penyampaian.- Perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti.

Strategi Pengajaran Pembelajaran

1. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)Selaras dengan ledakan pengetahuan berasaskan komputer dan teknologi pada abad ke-21, kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) diperkenalkan oleh Kememnterian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2006. Tujuan program pengenalan PBP ini adalah untuk menggalakkan inovasi dalam P dan P dengan mengintegrasikan TMK (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006). KPM di bawah seliaan pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah mengadakan 'Program Pembestarian Sekolah' untuk semua sekolah di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, dan program pembudayaan PBP direncanakan untuk menggalakkan inovasi dalam P dan P sekali gus mengintegrasikan teknologi (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006). Pengkaji-pengkaji seperti Balakrishnan et al. (2009) berpendapat bahawa PBP sesuai digunakan dalam kurikulum pendidikan di Malaysia. PBP dianggap sebagai satu amalan terbaik dalam bidang P dan P dalam misi membestarikan sekolah-sekolah di Malaysia di samping beberapa amalan lain seperti pembelajaran abad ke-21, pembelajaran ubiquitous dan penggunaan portal pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2010). Namun begitu, pelaksanaan PBP walaupun setelah is diperkenalkan masih tetap dianggap asing dalam sistem pendidikan di negara kita khususnya di sekolah menengah, dan ini berkemungkinan disebabkan kurangnya pendedahan tentang kelebihan kaedah itu.PBP merupakan satu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan/kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan asli dan direka untuk menghasilkan produk atau tugasan. PBP boleh berbentuk projek ringkas ikut mata pelajaran yang ada tempoh masa dalam 1-2 minggu atau berbentuk projek jangka masa panjang (setahun, merentas kurikulum dan penglibatan komuniti luar sekolah). Pembelajaran ini bercirikan PBL Synteta (berpusat kurikulum, gabungan beberapa mp, berpusat pelajar, berasas kumpulan pembelajaran koperatif/kolaboratif, membawa penghasilan positif, penaksiran berasakan prestasi.

Langkah-langkah melaksanakan PBP-Tugasan (mengemukakan permasalahan, cipta objek dan cipta suatu cara baharu)-Menganalisis masalah (bincang bagi kenal pasti masalah)-Meneroka masalah (menyiasat masalah secara bersama setelah mengumpul maklumat-Membuat perkaitan(pelajar berkumpul semula, bincang masalah yang dihadapi, buat rumusan, perbandingan dengan permasalahan baru yang serupa)-Membuat refleksi(pelajar buat refleksi tentang proses pembelajaran dan perbincangan

Peranan Guru Dalam Memastikan Kejayaan PBP-membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran mereka.-belajar teknik pengurusan yang mutakhir.-menggunakan alat pengukuran informal untuk menaksir pembelajaran pelajar-mewujudkan bilik darjah yang mengutamakan pembelajaran bukannya penerokaan jawapan dan pertandingan.

2. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif pendidikan kaedah ini diperkenalkan ialah: Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi. Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan. Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme. Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat. Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif

Ciri-ciri PBMDefinisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn, 1980 yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang mempunyai ciri-ciri seperti: Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri Pensyarah sebagai pembimbing, Masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian masalah ilmu perubatan.

Kelebihan PBMMenurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBL berbanding strategipembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsanganatau stimulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajaragar lebih bersifat ingin tahu. Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkanminat atau motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah yang menyerupai masalahdunia sebenar yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalanpenyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat (JamalludinHarun, et al, 2005).

Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBL. Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut: Pembahagian Kumpulan- Pada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan pelajar akan membentuk kumpulan masingmasing. Seterusnya, ketua kumpulan dan pencatat akan dilantik dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk. Mengenalpasti Masalah- Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu mengenalpasti dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan masalah tersebut berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses mengenalpasti masalah melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji, juga dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan surat khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut. Menjana Idea- Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses penyelesaian masalah tersebut. Isu Pelajaran- Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan mengenalpastitindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Pembelajaran Kendiri- Pada peringkat ini, pelajar akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang relevan dan logik dengan masalah yang diberikan. Sintesis dan Aplikasi- Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya daripada Internet. Pelajar akan mula berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akanberbincang, membangunkan penyelesaian dan membuat penerangan terhadap penyelesaian yang diambil. Refleksi dan Tindak Balas- Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masing-masing. Ini jelasmenunjukkan bahawa kemahiran yang paling diperlukan ialah kemahiran menyelesaikan masalah. Diperkukuhkan lagi apabila Nor Ratna Masrom (2006) telah membuat kajian yang bertajuk "Problem Solving Skill in ICT and Multimedia Application mendapati bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu untuk melaksanakandan mengaplikasikan kaedah PBL dengan sempurna dan cekap.

Proses Menyelesaikan MasalahMenurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat langkah penyelesaian iaitu: Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan dengannya Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat yang diberi dengan penyelesaian Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti, langkah demi langkah Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuian hasil penyelesaian dengan apa yang hendak diselesaikan.

Menurut Razihan Abdul Jalil (2001) kaedah penyelesaian masalah merupakan salah satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka di samping memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran (Mohd Khairuddin Abdul Karim, 2005). Berdasarkan Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) terdapat lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah: Mengenalpasti Masalah- Pada peringkat ini, pelajar akan diberikan masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar adalah untuk mengenalpasti masalah yang diberi dan menjadikan masalah tersebut sebagai persoalan yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuatrumusan berdasarkan objektif masalah dan mengenalpasti sumbersumber yang perlu digunakan untuk memperolehi maklumat yang benar, relevan dan penting untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, pelajar perlu merancangan kaedah penyelesaian dari peringkat awal sehingga permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan, pada mulanya masalah dikenalpasti daripada segi struktur masalah dan dibuat definisi. Definisi yang tepat membantu pemahaman bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memilih alternatif penyelesaian masalah yang tepat. Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data- Pelajar perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat yang diperolehi. Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai teknik pengumpulan data. Contohnya, gambar rajah tulang (analysis:couse dan effect), carta pareto, carta pai, carta aliran dan lain-lain. Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan pemikiran dan mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini adalah mencari punca masalah tersebut berlaku. MenurutKirby, Gary R, dan Goodpaster, Jeffery. R (2002), sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut ditemui. Beberapa persoalan perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana masalah itu berlaku. Masalah dianalisis daripada pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan masalah, pengalaman diri, tindak balas pihak lain, kos masalah, lokasi berlaku masalah, perbandingan dengan masalah lain dan sebagainya ( Mohd Azhar AbdulHamid, 2003). Membuat Keputusan- Pelajar perlu membuat pemilihan penyelesaian masalah dengan tepat dan pastikan penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik. Disamping itu, pelajar perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong penyelesaian yang diambil. Pemilihan penyelesaian ini dijana dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi memastikan idea yang diperolehi berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa salahsatu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming. De Janasz, et al (2002), kaedah ini mengundang banyak ideea untuk menyelesaikan masalah kerana kaedah ini merupakan salah satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan berkongsi idea terhadap suatu perkara tanpa mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan terbuka di dalam kumpulan tersebut digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah ini sesuai digunakan bagi masalah kumpulan. Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik- Kini, pemusatan pemikiran diperlukan bagi menilai, membanding dan menjalankan percubaan melaksanakan jalan penyelesaian (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003). Pada peringkat ini, pelajar perlu merancang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan sewajarnya. Ini kerana, faktor paling penting dalam penilaian adalah kesan kepada jalan penyelesaian. Kesan ini terdiri daripada kesan positif dan negatif. Oleh sebab itu, pertimbangan yang teliti amat diperlukan bagi memastikan keputusan yang dipilih mempunyai kelebihan dan memberi manfaat kepada ahli kumpulan yang lain. Selain itu, pelajar seharusnya mampu untuk memastikan keputusan yang dipilih boleh mengembangkan atau menghadkan penyelesaian masalah serta keputusan yang dipilih merupakan alternatif yang terbaik. Melaksanakan Keputusan- Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa keempat-empat peringkat di atas hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat. Ini juga membantu penyelesaian masalah bagi mengorganisasikan proses pelaksanaan dan menguji sama ada hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak.

3. Pembelajaran Elektronik (e-learning)Adalah satu istilah umum yang merujuk kepada pembelajaran yang berlaku dengan menggunakan komputer dan internet, CD Rom, televisyen interaktif atau siaran melalui satelit berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa mengikut keperluan pelajar menghasilkan pengalaman dan penguasaan kemahiran dan pengetahuan baru.

Ciri-Ciri Pembelajaran Elektronik-mengikut kadar kendiri pelajar-boleh dicapai oleh ramai pelajar-boleh dicapai di mana-mana dengan talian internet-memenuhi pelbagai gaya pembelajaran

4. Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang Merupakan sejenis pembelajaran dalam talian yang menggunakangabungan streaming video, power point, audio dan perisian lain dalampenyampaian P&P. Terdapat 7 fungsi penting laman sesawang dalam pembelajaran(pengumuman berdasarkan masa sebenar, teks, html, spread sheet, video,pautan luaran, buku gred, laman diskusi, kuiz automatik.