peningkatan inovasi dalam pendidikan

37
PENDAHULUAN Apakah yan g dikatakan den gan inovasi? Inovasi seb enarnya berasal daripada bahasa Latin yang membawa maksud ‘pembaharuan’. Kebanyakan orang mendefinisikan inovasi sebagai pembangunan teknologi baru, atau aplikasi sesuatu teknologi dal am keguna an terten tu. Dal am kertas ker ja ini inovasi didefinisikan sebag ai keb ole han untuk men cip ta kemahiran di dalam men yel esaikan sesua tu masalah dan peluang untuk meni ngkatkan at au memper kayakan taraf hi dup masyarakat. Harvard’s Theodore Levitt mengatakan “innovation is doing new things”. Seorang usahawan yang berjaya itu perlu berfikir dan melakukan sesuatu yang baru atau memper baharui yan g lama den gan cara /jalan yang baru . Drucker, Peter Ferd inand merup akan tokoh yang berta nggu ngjawab di dalam meng eteng ahka n inovasi dan ini diakui oleh beberapa pihak seperti Wall Street Journalda n Fortune. “The dean of this country’s business and management philosophers.” - Wall Street Journal. “Any book by Drucker is rewarding, and it is impossible to read the man without learning a lot...... Drucker’s ideas continue to display a force and resonance that leave him pretty much in a class by himself.” - Fortune. Inovasi dalam perkhidmatan awam pula ialah bermaksud hasil cetusan idea- idea yan g kreati f dan inovati f yan g dap at menin gk atkan kecek ap an da n keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faeda h kepada pelanggan. 1

Upload: zairulsyazeri

Post on 10-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 1/37

Page 2: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 2/37

Inovasi juga didefinisikan sebagai penciptaan cara-cara baru untuk

menyampaikan nilai kepada pengguna. Prof. Hirotaka Takeuchi iaitu profesor bidang

pemasaran dan perdagangan antarabangsa di Universiti Hitotsubashi mengatakan

untuk menghasilkan inovasi, tidak semestinya ada individu-individu genius di dalam

sesebuah organisasi korporat seperti yang dilakukan di Barat.

Oleh yang demikian, inovasi memainkan peranan yang penting dalam

perkhidmatan awam. Ini kerana inovasi itu sendiri dapat menggalakkan individu

berfikiran kreatif dan membolehkan mereka berdaya saing antara satu sama lain

dalam sesebuah organisasi bagi melahirkan organisasi yang cekap dan berkesan.

Situasi ini wujud apabila kerajaan telah mewujudkan Pekeliling Kemajuan

Perkhidmatan Awam (PKPA) Bil. 3/1991 iaitu Anugerah Inovasi Perkhidmatan

Awam. Bukan itu sahaja, inovasi dalam Perkhidmatan Awam juga merupakan hasil

cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat

meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil inovasi ini boleh merangkumi

apa-apa perubahan kepada sistem, prosedur, kaedah dan cara bekerja.

Pelaksanaan hasil inovasi ini akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faedah kepada

pelanggan. Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai output

semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan sedia

ada. Inovasi boleh berbentuk produk, perkhidmatan, proses atau teknologi.

Inovasi yang dihasilkan bukan sahaja bertujuan untuk menyertai pertandingan

atau mendapat pengiktirafan semata-mata. Sebaliknya tumpuan hendaklah diberi

kepada galakan inovasi secara berterusan bagi meningkatkan budaya inovasi dalam

Perkhidmatan Awam. Untuk mempertingkat kecekapan dan mutu Perkhidmatan

2

Page 3: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 3/37

Awam, Kerajaan mewujudkan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam untuk individu,

kumpulan atau agensi yang memperlihatkan kecemerlangan di peringkat

kebangsaan, daerah dan pihak berkuasa tempatan. Ini termasuk anugerah bagi

pengurusan kualiti, inovasi, kawalan mutu dan kecemerlangan dalam pelaksanaan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Selain itu, inovasi juga bertujuan memperbaiki dan memantapkan sistem dan

prosedur sedia ada bagi menyelesaikan masalah operasi ke arah perkhidmatan yang

berkualiti dan cemerlang. Langkah-langkah diambil sebagai mekanismenya ialah

Cadangan Kualiti (Q), Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dan banyak lagi

kaedah dan strategi penyelesaian masalah dilakukan. Anugerah inovasi juga

diperkenalkan dan sebanyak 959 inovasi telah dihasil yang meliputi bidang sistem

dan prosedur, pengurusan sumber manusia, struktur organisasi, gaya pengurusan,

persekitaran kerja, teknologi dan kelengkapan modal. Namun demikian sesetengah

orang berpendapat bahawa inovasi tidak semestinya melibatkan teknologi.

Sebagai contoh inovasi ialah penggunaan borang baru dan mudah,

pelaksanaan kaedah memungut hasil, proses kerja dan sistem fail. Di Jepun, inovasi

dihasilkan oleh pasukan-pasukan projek kreatif yang dianggotai oleh para pengurus

pertengahan. Mereka terdiri daripada para jurutera, para pengurus pengeluaran,

para jurujual dan pengurus kualiti yang bekerja bersama-sama sejak mula hingga

akhir dalam proses penciptaan inovasi. Di Barat, mereka lebih kepada penggunaan

pasukan-pasukan fungsional yang berbeza-beza. Di Amerika, para pakar telah

mencipta pelbagai cara penyelidikan dengan tujuan syarikat-syarikat dapat mencipta

dan menjual produk baru yang berjaya dalam pasaran. Antara kaedah yang

digunakan ialah survei, kumpulan fokus dan soal-selidik.

3

Page 4: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 4/37

Di dalam syarikat-syarikat Jepun, pasukan-pasukan projek kreatif berfungsi

dengan berkesan kerana beberapa faktor. Pertama, pasukan- pasukan itu diberi

matlamat yang jelas dan tepat berkenaan apa yang mesti mereka cipta atau

hasilkan. Kedua, mereka diberi autonomi untuk mencapai matlamat bagi tugas yang

dijalankan. Ketiga, anggota pasukan-pasukan itu dipilih sendiri oleh pucuk pimpinan

syarikat.

Kita melihat di dalam syarikat Sharp, mereka menubuhkan pasukan-pasukan

khas yang ditubuhkan untuk projek-projek mendesak atas arahan pemimpin. Apabila

sesuatu projek itu disebut sebagai projek strategik yang penting, setiap anggota

pasukan projek berkenaan diberi lencana emas untuk dipakai. Apabila ada mana-

mana kakitangan syarikat itu diminta oleh pemakai lencana emas supaya membuat

sesuatu tugas yang susah, orang itu akan cepat- cepat dan bermati-matian

melakukan kerja.

Untuk menerangkan perkara ini, satu contoh dapat digunakan. Syarikat Matsushita

Electric dulu lebih dikenal dengan gelaran maneshita, yang bermaksud “tukang tiru”.

Walaupun ia sebuah syarikat yang besar dan berjaya ia bukan sebuah syarikat

inovasi. Tetapi, sejak ia berjaya mencipta sebuah mesin pembuat roti automatik yang

pertama di dunia dan diberi jenama Home Bakery, budaya syarikat itu bertukar sama

sekali. Semenjak itu budaya korporat Matsushita Electric berubah daripada budaya

meniru kepada budaya inovasi

Mengkaji proses inovasi dalam suasana organisasi mewakili satu peralihan

dari model resapan klasik dari segi beberapa perkara penting. Misalnya, proses

inovasi dalam organisasi biasanya dianggap berjaya jika proses itu menyebabkan

pelaksanaan (termasuk menginstitusikan idea baru itu), bukan hanya kepada

4

Page 5: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 5/37

keputusan untuk menerima sahaja. Tambahan pula, seperti yang disebutkan individu

memainkan peranan yang aktif, kreatif dalam proses inovasi dengan memadankan

inovasi itu dengan masalah organisasi yang dipersepsikan dan mungkin semasa

mencipta semula inovasi itu.

Sebuah inovasi tidak patut dianggap sebagai satu yang tetap, tidak varian

dan unsur statik dalam proses inovasi, tetapi juga sebagai idea yang longgar dan

sebagai yang mudah disesuaikan yang seterusnya akan didefinisikan semula apabila

proses inovasi itu berkembang. Untuk mencipta dan melaksanakan inovasi, Peter F.

Drucker menyebut beberapa perkara yang mesti dilakukan, perkara-perkara yang

lebih baik jangan dibuat, dan beberapa syarat.

Objektif Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam dilaksanakan adalah untuk :

i.   Memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan oleh

agensi Kerajaan;

ii. Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja

yang diamalkan;

iii. Memperkenalkan dan menyebarkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi

untuk faedah agensi lain.

iv. Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada

pelanggan.

5

Page 6: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 6/37

Kriteria Penilaian Anugerah Inovasi

Sesebuah anugerah selalunya mempunyai kriteria-kriteria yang tertentu untuk

memberi pengikhtirafan kepada organisasi dan individu yang memenuhi syarat yang

di perlukan dalam sesebuah penganugerahan. Tumpuan penilaian dan kriteria yang

digunakan dalam proses penilaian dan pemilihan AIPA adalah seperti berikut:-

(a) Tumpuan Penilaian Pertama : Idea

Antara syarat-syarat yang diperlukan ialah idea yang dicetuskan mesti

menghasilkan sesuatu inovasi yang boleh diukur dari segi kreativitinya iaitu dengan

menilai keaslian dan adaptasi inovasi tersebut. Selain itu, sesebuah organisasi atau

individu yang dinilai itu tidak boleh meniru hasil kerja orang lain.

Kriteria Penilaian 1 : Kreativiti

Definisi Kreativiti

Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan

menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran

imaginasi. Ia melibatkan:

♦ Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik

♦ Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal

terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian

6

Page 7: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 7/37

♦ Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori

kepada bentuk aplikasi.

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana projek inovasi yang dihasilkan

memenuhi ciri-ciri keaslian dan adaptasi. Penerangan mengenai kriteria ini perlu

mempunyai ciri-ciri berikut:-

(i) Keaslian

Inovasi yang dihasilkan adalah idea yang asli.

(ii) Adaptasi

Inovasi yang dihasilkan merupakan penambahbaikan atau pengubahsuaian idea

sedia ada.

Contoh Kreativiti:

♦ Perkakas untuk Memasang dan Membuka Bunting  atau Bendera Pada Tiang

Lampu dan seumpamanya oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), iaitu:

“Mencipta alat baru bagi memudah dan mempercepatkan proses memasang dan

membuka bunting atau bendera pada tiang-tiang lampu tanpa menggunakan kaedah

konvensional seperti tangga atau skylift ”.

Prasyarat Kreativiti

Antara prasyarat yang perlu ada bagi membolehkan kreativiti wujud di

kalangan pekerja sesebuah organisasi ialah:

7

Page 8: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 8/37

♦ Mempunyai daya imiginasi yang tinggi untuk melihat sesuatu secara berlainan

♦ Berfikiran terbuka atau berfikir di luar kotak (think out of the box), analitikal, kritikal

dan praktikal

♦ Melihat sesuatu perkara itu sebagai peluang yang boleh mencetuskan idea baru

♦ Mempunyai komitmen yang tinggi, iaitu bersabar terhadap kompleksiti dan isu-isu

yang timbul serta tenang dan tabah menghadapi cabaran dengan berusaha

menangani masalah dan halangan yang dihadapi

♦ Berupaya mengenal pasti masalah dengan mengemukakan soalan yang menjurus

kepada penemuan isu dan jawapan serta jalan penyelesaian

♦ Menggunakan minda yang kreatif untuk menemui perspektif baru

♦ Bersedia menghadapi risiko dan berupaya menerima kegagalan serta belajar 

daripada kegagalan tersebut

♦ Bersedia dikritik dan mengenepikan ego serta mendapatkan nasihat daripada

rakan dan mencuba ideanya

♦ Mempunyai motivasi dalaman, iaitu rasa gembira, berpuas hati dan menjadikan

kerja sebagai cabaran untuk mencapai kejayaan

(b) Tumpuan Penilaian Kedua : Hasil Inovasi (Output)

 

8

Page 9: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 9/37

Hasil inovasi (output) diukur dengan mengambil kira tahap pelaksanaan dan

replicability sesuatu inovasi itu.

Kriteria Penilaian 2 : Tahap Pelaksanaan

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan inovasi yang

dihasilkan sama ada ia telah berjaya dilaksanakan sehingga ke peringkat seperti

berikut:-

 

1. Secara penuh (melepasi peringkat percubaan); atau

2. Secara percubaan (di peringkat prototaip).

Kriteria Penilaian 3 : Replicability

 

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi

ciri-ciri replicability dan terdapat bukti inovasi boleh digunapakai oleh agensi-agensi

lain seperti berikut:

 

1. Dilaksanakan secara terus di pelbagai tempat; dan

2. Dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan tanpa melibatkan

kos yang tinggi.

9

Page 10: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 10/37

(c) Tumpuan Penilaian Ketiga : Impak (Outcome)

 

Impak (Outcome) dinilai dengan melihat kepada kriteria efisien (kecekapan) dan

signifikan sesuatu inovasi tersebut.

 

Kriteria Penilaian 4 : Efisien

Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi

ciri-ciri efisien iaitu yang dapat menyumbang kepada:

1. Penjimatan masa

Di bawah kriteria ini, akan dinilai setakat mana sesuatu perubahan telah

menjimatkan masa menjalankan sesuatu urusan. Sebagai contoh, penubuhan

Pusat Pelaburan Setempat di Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia

telah mengurangkan masa pemprosesan permohonan-permohonan untuk

lesen perkilangan. Pengenalan computer mikro di pejabat-pejabat Pos telah

mengurangkan masa menunggu purata bagi mereka yang ingin menjelaskan

bil.

2. Pengurangan kos operasi

10

Page 11: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 11/37

Aspek yang akan dinilai di bawah kriteria ini ialah setakat mana

pelaksanaan sesuatu perubahan atau inovasi itu telah mengurangkan kos

operasi agensi berkenaan. Sebagai contoh, dengan mengemaskinikan

banyak borang-borang yang digunakan kepada satu atau dua borang sahaja,

sesebuah agensi itu akan dapat mengurangkan kos operasinya.

3. Peningkatan produktiviti atau hasil kerja

Di bawah kriteria ini akan dinilai setakat mana pelaksanaan sesuatu

perubahan telah meningkatkan hasil kerja. Sebagai contoh, dengan membuat

perubahan prosedur-prosedur memeriksa kenderaan komersial, Jabatan

Pengangkutan Jalan telah berjaya memeriksa lebih banyak kenderaan

komersial setiap hari.

4. Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan

Aspek yang akan dinilai di bawah kriteria ini ialah setakat mana sesuatu

perubahan telah meningkatkan kepuasan hati pelanggan.

Kriteria Penilaian 5 : Signifikan

Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi

ciri-ciri signifikan dan terdapat bukti yang nyata inovasi dapat memberi impak kepada

keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan dalam:

 

1. Perkhidmatan Awam (Public Service) ;

11

Page 12: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 12/37

2. Kementerian Pertahanan; dan

3. Jabatan / Bahagian / Cawangan / Markas / Divisyen / Pangkalan / Briged /

Pasukan / Unit.

(d) Tumpuan Penilaian Keempat : Pengurusan

Aspek pengurusan dinilai dengan memberi penekanan kepada komitmen pihak

Pengurusan Atasan.

Kriteria Penilaian 6 : Komitmen

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana komitmen Pengurusan Atasan

dalam memberi sokongan dari segi:

 

1. Kewangan;

2. Pengurusan Sumber Manusia;

3. Insentif;

4. Penghargaan; dan

5. Peralatan.

Contoh-contoh inovasi yang telah dilaksanakan dan juga

memenangi anugerah

12

Page 13: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 13/37

Contoh 1

KRITERIA PENILAIAN DAN PEMARKAHAN

Kriteria penilaian dan pemarkahan yang dicadangkan adalah seperti berikut:-

o Kriteria yang digunakan dalam proses penilaian dan pemilihan Anugerah

Inovasi UTM adalah berdasarkan kepada Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan

Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2006 iaitu seperti berikut : Kreativiti,

Efisien dan keberkesanan kos

  Signifikan

    Replicability 

  Potensi perlaksanaan dan

Komiten pengurusan atasan.

o Cadangan tambahan kriteria adalah seperti berikut :

Penilaian adalah berdasarkan inovasi yang dihasilkan iaitu sama ada

dalam bidang kerja teknikal atau inovasi dalam bidang kerja pentadbiran;  Bagi Anugerah Inovasi UTM Tahun 2008 dicadangkan mengambil kira

inovasi yang telah dibuat tiga tahun ke belakang (2006, 2007 dan 2008);

Walau bagaimanapun penilaian Anugerah Inovasi UTM Tahun 2009 dan

tahun berikutnya adalah hanya berdasarkan inovasi tahun yang dinilai

sahaja; dan

PANEL ANUGERAH INOVASI UTM 

o Panel Anugerah Inovasi UTM dilantik oleh Pendaftar UTM, dan senarai

nama adalah di Lampiran B; dano Dicadangkan panel boleh melantik mana-mana pihak yang sesuai sama ada

13

Page 14: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 14/37

dalam atau luar UTM bagi membantu menilai inovasi yang dicalonkan.

KATEGORI ANUGERAH DAN HADIAH

Kategori anugerah dan hadiah yang dicadangkan adalah seperti berikut:-

o Dua kategori anugerah iaitu anugerah kumpulan dan anugerah individu;

o Kategori hadiah adalah seperti berikut:-

 

KATEGORI TEKNIKAL PENTADBIRAN

KUMPULAN PEMENANG(1pemenang)

RM5,000 dan Sijil

Penyertaan 

PENGHARGAAN

(1 penghargaan)

RM1,000 dan Sijil

Penyertaan

PEMENANG(1pemenang)

RM5,000 dan Sijil

Penyertaan 

PENGHARGAAN

(1 penghargaan)

RM1,000 dan Sijil

PenyertaanINDIVIDU PEMENANG(1pemenang)

RM1,000 dan Sijil

Penyertaan 

PENGHARGAAN

(2 penghargaan)

 RM500 (2 orang) dan Sijil

PEMENANG(1pemenang)

RM1,000 dan Sijil

Penyertaan 

PENGHARGAAN

(2 penghargaan)

RM500 (2 orang) dan Sijil

14

Page 15: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 15/37

Penyertaan Penyertaan 

o Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai adalah sebanyak

RM16,000.00 sahaja.

PROSES KERJA ANUGERAH INOVASI UTM

Proses kerja anugerah adalah seperti berikut:

o Pemakluman / pelawaan

o Semakan Awal

o Tapisan Peringkat Pertama

o Lawatan Audit dan Pembentangan

o Perakuan Panel Anugerah Inovasi kepada

Jawatankuasa Induko Keputusan Muktamad Jawatankuasa Eksekutif 

Universiti

PROSES PENCALONAN

Proses pencalonan adalah seperti berikut:

o Individu/ kumpulan/ jabatan dan rakan sejawat boleh mencalonkan untuk

menyertai Anugerah Inovasi UTM;

o Pihak mencalon hendaklah melengkapkan borang permohonan.

15

Page 16: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 16/37

 o Pihak mencalon hendaklah menyediakan laporan inovasi dalam Bahasa

Melayu yang mengandungi perkara-perkara berikut:  Penerangan mengenai inovasi yang diperkenalkan, objektif, tempoh

pelaksanaan sama ada secara penuh atau percubaan dan lokasinya;  Penerangan ringkas mengenai kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan;  Masalah-masalah yang dihadapi sebelum inovasi dilaksanakan;  Faedah-faedah pelaksanaan inovasi bagi meningkatkan kualiti

perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan mengikut kriteria yang

ditetapkan di para 4.2; dan  Maklumat sokongan seperti gambar, CD dan sebagainya boleh

disertakan.

LAMPIRAN A

KRITERIA-KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH INOVASI UTM 

BIL KRITERIAJUMLAH

MARKAHPENERANGAN ASPEK YANG DINILAI

1. Kreativiti 25 Inovasi yang

diperkenalkan

hendaklah kreatif sama

ada yang baru atau

telah diadaptasi

1.1. Idea yang asli

1.2. Penambaikan /

pengubahsuaian idea

2. Efisien dan

Keberkesanan

kos

25 Terdapat bukti yang

nyata inovasi dapat

menyumbang kepada

cara bekerja yang lebih

cekap. cepat, tepat dan

mudah serta

meningkatkan

2.1. Penjimatan masa

2.2. Berkualiti

2.3. Mudah digunakan (user-

friendly )

2.4. Produktiviti meningkat

dengan kos yang lebih

16

Page 17: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 17/37

produktiviti hasil kerja

organisasi dengan kos

yang sama atau lebih

rendah

rendah

2.5. Produktiviti meningkat

dengan kos yang sama

2.6. Produktiviti sama

dengan kos yang lebih

rendah

3. Signifikan 20 Terdapat bukti yang

nyata inovasi dapat

memberi impak yang

  jelas kepada

peningkatan kualiti,

produktiviti dan/ atau

kepuasan pelanggan

3.1. Impak kepada Universiti

3.2. Impak kepada

bahagian/fakulti

3.3. Impak kepada unit

4. Replicability  20 Terdapat bukti inovasi

boleh diguna pakai oleh

agensi-agensi dan

pihak-pihak lain secara

terus atau dengan

diubahsuai mengikut

keperluan

4.1. Dilaksanakan secara

terus di pelbagai tempat

4.2. Dilaksanakan dengan

pengubahsuaian mengikut

keperluan tanpa melibatkan

kos yang tinggi

5. Potensi

Perlaksanaan

5 Terdapat bukti inovasi

telah berjaya

dilaksanakan sama ada

secara penuh atau

percubaan dan

5.1. Secara penuh (melepasi

peringkat percubaan) di

peringkat unit/jabatan/ fakulti

5.2. Secara percubaan (di

peringkat prototaip) di

17

Page 18: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 18/37

mencapai matlamat

ianya diperkenalkanperingkat unit/jabatan/fakulti

6. Komitmen

Pengurusan

Atasan

5 Terdapat bukti yang

 jelas mengenai

penglibatan kepimpinan

dan sokongan pihak

pengurusan atasan

dalam menghasilkan

inovasi

6.1. Kewangan

6.2. Pengurusan sumber 

manusia

6.3. Insentif 

6.4. Penghargaan / Dalam

pengetahuan pihak

pengurusan

6.5. Peralatan

Contoh 2

Kejayaan & Pengiktirafan Majlis Perbandaran Manjung 2004 - 2008

Bil Anugerah Tahun Klasifikasi Anugerah

1.

Tempat Kedua Pertandingan

Kebersihan Peringkat Negeri

Perak

2004 Stesen Bas Seri Manjung

2.

Anugerah Pejabat Terbaik di

Peringkat Negeri/ Pihak

Berkuasa Tempatan / Badan

Berkanun

2005

Pemenang Anugerah Emas Sempena

Sambutan Hari Kualiti Perkhidmatan

Awam 2005 Peringkat Negeri Perak

Darul Ridzuan

3. Anugerah Inovasi Perkhidmatan 2005 Penggunaan Teknologi ‘Sistem Virtual

18

Page 19: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 19/37

Awam Peringkat Negeri Perak

Tahun 2005 (Kategori Teknologi

Maklumat)

Queue’ Dalam Pengurusan Dan

Perkhidmatan Di Majlis Perbandaran

Manjung

4.

Anugerah Inovasi Perkhidmatan

Awam Tahun Peringkat Negeri

Perak 2005

( Kategori Perubahan Prosedur)

2005

Penggunaan Teknologi ‘SMS Reach

Out’ Dalam Pengurusan Dan

Perkhidmatan Di Majlis Perbandaran

Manjung

5.Anugerah Gangsa ‘ Theme Park’

Taman Tema, Laman 2006

2006

Laman 2006, Jabatan Landskap

Negara, Kementerian Perumahan Dan

Kerajaan Tempatan

6. Anugerah Pertama/Johan 2006

Pertandingan Kempen Kibar Jalur 

Gemilang, Landskap Dan Keceriaan

Kawasan Perbandaran Negeri Perak

7.Anugerah Inovasi Perkhidmatan

Awam Negeri Perak

2006

Perubahan Prosedur Inovasi Projek

Pengemaskinian Maklumat Pegangan

Bercukai ( Pro144 )

8.Anugerah Inovasi Perkhidmatan

Awam Negeri Perak2006

Perlaksanaan ‘Floor Manager’ Dalam

Sistem Pengurusan Penyampaian,

Perkhidmatan Berkualiti Dan Mesra

Pelanggan

9.

Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa

Tempatan Ketua Setiausaha

Negara

2006 Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa

Tempatan Ketua Setiausaha Negara

10.

Anugerah Pejabat Integriti

Terbaik (APIT) Peringkat Negeri

Perak

2007Anugerah Pejabat Integriti Terbaik

(APIT) Peringkat Negeri Perak

11.Anugerah Kualiti Ketua

Pengarah MAMPU2007

Anugerah Kualiti Perdana Menteri

(AKPM)

19

Page 20: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 20/37

12.Anugerah Kualiti Pengurusan

Kewangan (AKPK)2007

Anugerah Kualiti Pengurusan

Kewangan Kategori Pihak Berkuasa

Tempatan

13. Anugerah Laman Theme Award 2008

The Malaysia International Landscape

& Garden Festival 2008

 

14.Penarafan Empat (4) Bintang

bagi Sistem Star Rating PBT2008

Sistem Star Rating Pihak Berkuasa

Tempat

Contoh 3

Teknologi dan Inovasi Tanaman

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)

Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) telah mula diperkenalkan di Malaysia

susulan daripada Dasar Pandang Ke Timur (1982). Pada ketika itu agensi yang

bertanggungjawab ialah INTAN (Sektor Awam) dan NPC (Sektor Swasta). KMK telah

diperkenalkan dalam Perkhidmatan Awam pada tahun 1983 berikutan daripada atas

kesedaran tentang peranan serta sumbangannya di dalam peningkatan kualiti,

khususnya dalam penyelesaian masalah/penambahbaikan serta pembinaan

semangat berpasukan

Penjenamaan semula KMK telah dibuat oleh Kerajaan dengan memperkenalkan

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang dapat merubah dan memperkenalkan cara

20

Page 21: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 21/37

kerja yang baru dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Pekeliling dan Panduan yang berkaitan dengan Inovasi ini adalah seperti:

• PKPA Bil. 7 Tahun 1991 “Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu

Kerja” – 1 Julai 1991

• Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) - 1 November 2009

• Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam - 29

Januari 2010

Memetik Amanat Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek Hasan, Ketua Setiausaha

Negara ketika Majlis Penyampaian Anugerah Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam

Kebangsaan 2009 pada 11 November 2009 yang lalu mengenai KIK:

“Jika dahulu, KMK memberi fokus kepada penyelesaian masalah terhadap isu-isu

utama yang dihadapi dalam jabatan, kini KIK memberi ruang kepada warga

organisasi untuk berinovasi dan berkreatif dalam menerbitkan idea-idea baru, tanpa

perlu menunggu tercetusnya sesuatu isu atau masalah dalam jabatan. Selaras

dengan itu, warga organisasi perlu sentiasa peka, prihatin dan proaktif dalam

persekitaran kerja masing-masing, sejajar dengan hasrat untuk memajukan

perkhidmatan kita”

 

21

Page 22: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 22/37

• TAKLIMAT KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF

• ASPEK-ASPEK PENILAIAN DAN PEMARKAHAN KIK

INOVASI PERTANIAN

Anugerah Inovasi Pertanian dianugerahkan kepada individu atau berkumpulan yang

menampilkan daya kreativiti dan inovatif di kalangan kakitangan Jabatan Pertanian.

Ianya meliputi aspek pengurusan kecekapan perkhidmatan, kejuruteraan dan

pelbagai teknologi pertanian sebagai usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti

pengeluaran pertanian.

Penilaian dibuat berdasarkan kreativiti dan ketulenan inovasi yang dihasilkan di

samping inovasi tersebut mempunyai signifikan besar kepada peningkatan

produktiviti dan kualiti, effisiensi, keberkesanan kos dan ianya boleh replikasi dan

digunapakai.

Anugerah ini diwujudkan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang

kualiti dalam sektor awam dan memberi pengiktirafan secara formal kepada individu

atau kumpulan.

 

22

Page 23: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 23/37

Contoh 3

SENARAI ANUGERAH INOVASI PERTANIAN, JABATAN PERTANIAN

 

1. Mesin Perelai Jagung (Tahun 2008)

2. Mekanisasi Jentera Hidraulik Eksplorasi Air Bawah Tanah( 2008)

3. Merekacipta Mesin Pemerah Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil 

Extractor)(2009)

4. Merekacipta Inovasi Implemen Perataan Tanah Sawah

5. Merekacipta Diagnosis Pertumbuhan Tanaman Padi Bagi Meningkatkan Hasil. 

6. Metodologi Penyiasatan Pengeluaran Hasil Tanaman Bagi Jenis Sayur Buah.

7. Penggunaan Puffer Pam Angin Bagi Proses Pendebungaan

8. Rejim Pembajaan Nitrogen Tepat Tanaman Padi Mengikut Varieti Padi Dan

Tanah Sawah Tempatan Berpandukan Leaf Color Chart (LCCI)

23

Page 24: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 24/37

Contoh 4

Anugerah Inovasi Kementerian Pendidikan Malaysia

PROGRAM ENGLISH THROUGH ENVIRONMENT (ETE)

(Pemenang Pertama)

Indar Jeet Kaur a/p Badan Singh

SK Pasir Gajah, Kuala Krai, Kelantan

SINOPSIS 

Program English Through Environment (ETE) bertujuan untuk menimbulkan

minat dan memotivasi murid menguasai Bahasa Inggeris melalui objek 

sebenar yang terdapat di persekitaran murid. Dengan menyentuh dan melihat 

sendiri objek yang terdapat dalam topik-topik yang dipelajari, murid dapat 

memahami dan mengingati sesuatu yang dipelajari dengan lebih mudah. Di 

samping itu, program ini juga mampu menghilangkan rasa jemu murid 

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan bilik 

darjah dan mengekang pergerakan murid serta menghadkan interaksi di 

antara mereka.

OBJEKTIF

1. Menimbulkan minat dan memotivasi murid menguasai Bahasa Inggeris melalui

objek sebenar yang terdapat di persekitaran;

24

Page 25: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 25/37

2. Membolehkan murid lebih memahami dan mengingati apa yang dipelajari dengan

lebih mudah dengan menyentuh dan melihat sendiri objek-objek yang berkaitan

dengan topik yang dipelajari;

3. Menggunakan persekitaran taman sekolah dan bahan terbuang sebagai

bahan bantu mengajar sebenar;

4. Murid dapat mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris dan tidak berasa

segan melafazkan sesuatu perkataan dalam Bahasa Inggeris;

5. Memenuhi waktu terluang murid dengan aktiviti yang berfaedah.

ASPEK INOVASI

Setiap aktiviti mempunyai lembaran kerja dan buku kerja murid. Penggunaan

taman adalah mengikut jadual masa yang telah ditetapkan. Murid digalakkan

menggunakan masa pagi sebelum bunyi loceng, masa rehat, masa sebelum masuk

ke kelas Pengetahuan Asas Fardu Ain atau apabila murid berpeluang untuk ke

taman tersebut bagi menyiapkan lembaran kerja. Insentif dan cenderamata diberi

kepada murid yang paling aktif dan mendapat markah tertinggi pada setiap bulan.

KEJAYAAN

· Murid lebih memahami sesuatu topik dan dapat mengingatinya bagi jangka

masa yang lama.

· Murid lebih mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris dan tidak berasa

malu untuk melafazkan sesuatu perkataan dalam Bahasa Inggeris.

· Murid dapat memenuhi waktu yang terluang dengan lebih bermakna.

Mereka dapat pergi ke taman untuk menyiapkan lembaran kerja yang

disediakan oleh guru.

25

Page 26: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 26/37

· Pembelajaran secara kendiri menjadi aktif. Murid bersoal jawab sesama

mereka untuk menjawab soalan yang disediakan, mereka mampu merujuk

kamus dan bertanya guru tentang makna sesuatu perkataan.

· Pencapaian murid Tahun 4 dan 5 menunjukkan peningkatan yang

memberangsangkan.

· Guru yang mengajar mata pelajaran lain boleh mendapat manfaat dari

taman tersebut bagi aktiviti mata pelajaran masing-masing.

PROGRAM CEMERLANG TAHUN 1M 2000

(Pemenang Kedua)

Che Jamaliah Sidek

SK Singkir, Bedong ,Kedah.

SINOPSIS 

Program Cemerlang ini dirancang khas untuk murid Tahun 1M dengan tujuan untuk 

memberi pendedahan tentang dengan alam persekolahan secara formal. Program ini 

bertujuan untuk menarik minat murid supaya sentiasa ingin datang ke sekolah.

Program ini juga membolehkan mereka berkenalan antara satu sama lain serta

dapat memupuk nilai-nilai murni ke arah pencapaian budaya cemerlang sekolah.

Menerusi program ini, suasana bilik darjah yang ceria dan cemerlang dari segala

aspek diwujudkan untuk merangsang murid belajar. Suasana pembelajaran yang 

ceria, selesa dan cemerlang di dalam bilik darjah akan menarik minat murid untuk 

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Ini seterusnya akan menghasilkan

murid yang berdisiplin dan dapat menguasai 3M dengan cemerlang.

26

Page 27: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 27/37

OBJEKTIF:

Objektif utama program ini ialah untuk :

1. Memberi pendedahan kepada murid tentang alam persekolahan secara

formal.

2. Membolehkan murid berkomunikasi dan berkenalan di antara satu sama

lain.

3. Melatih murid mengucap ucapan yang bertatasusila.

4. Melatih murid berdisiplin dan menepati masa.

5. Melatih murid menghargai keindahan dan keceriaan tempat belajar dan

bekerjasama memeliharanya.

6. Menanam nilai murni dalam diri murid serta mewujudkan budaya

cemerlang di sekolah.

7. Menanam sikap bekerjasama dan tolong menolong menuju ke arah

kejayaan.

ASPEK INOVASI

Projek khas yang terkandung dalam Program Cemerlang ini adalah seperti berikut:

Projek Keceriaan Kelas

Projek ini dilaksanakan bagi membolehkan murid menjalani aktiviti pembelajaran

dengan penuh keselesaan dan seterusnya dapat menguasai kemahiran 3M dengan

 jayanya. Projek ini juga menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi

27

Page 28: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 28/37

lebih menarik dan berkesan. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dapat

dilakukan secara berterusan dan berkesan. Suasana pembelajaran yang ceria ini

akan menimbulkan semangat belajar yang tinggi di kalangan murid. Antara aspek

keceriaan yang diberi perhatian ialah: Pengurusan sudut pembelajaran

Perpustakaan mini.

Projek Rakan Angkat (Mentor-Mentee) dan Berkumpulan

Matlamat projek ini ialah untuk menanam sikap bekerjasama ke arah menuju

kejayaan, menerap sikap tanggungjawab dan toleransi serta mengikis perasaan

malu untuk belajar di kalangan murid. Setiap murid mempunyai seorang mentor yang

memainkan peranan membantunya dalam pelajaran dengan pemantauan

guru. Di samping itu, murid dibahagi kepada 6 kumpulan bagi memudahkan aktiviti

berkumpulan.

Projek Galakan Membaca

Matlamat projek ini ialah untuk menanam budaya membaca di kalangan murid.

Antara objektif projek ini ialah untuk menimbulkan minat membaca di kalangan

murid; menambah ilmu pengetahuan murid; meningkatkan kemahiran membaca

murid; dan menambah perbendaharaan kata murid. Aktiviti membaca ini boleh

dikategorikan mengikut kriteria berikut:

Kumpulan Sasaran

Murid-murid Tahun 1M

Bahan Bacaan

28

Page 29: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 29/37

Buku-buku dan kad-kad bacaan dari perpustakaan mini

Waktu Aktiviti

Pagi sebelum loceng pertama berbunyi; pada waktu lapang; setelah selesai

pengajaran dan pembelajaran; dan selepas waktu.

Projek Bacalah Sayang:

Projek ini dirancang khusus untuk membantu murid yang belum menguasai

kemahiran 3M. Projek ini boleh dijalankan setiap hari selepas waktu persekolahan.

Setiap murid yang lemah dibimbing oleh guru untuk membaca bahan bacaan yang

terdiri daripada kad bacaan dan buku ‘Bacalah Sayang’.

Projek Mayang:

Projek ini bertujuan untuk menolong murid yang dikategori sebagai murid lembam.

Mereka diajar asas 3M seperti mengenal dan menulis abjad; mengenal dan menulis

suku kata terbuka dan tertutup; membaca dan menulis kad perkataan dua suku kata

sebelum diberi tugasan membina ayat mudah secara lisan dan bertulis berdasarkan

gambar. Bahan-bahan terbuang dan tidak digunakan seperti meja-meja lama yang

dicat semula, botol-botol, rangka-rangka payung, bekas meletak buah-buahan

digunakan untuk menceriakan kelas dan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Proses Aktiviti

· Murid membaca seberapa banyak buku yang boleh, mengikut kemampuan

masing-masing;

· Murid mencatat perkataan-perkataan yang susah/kurang difahami;

29

Page 30: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 30/37

· Murid yang telah selesai membaca lima buah buku dilekat gambar 

kartun pada kad bintangnya;

· Murid yang tidak lancar dimulai dengan kad-kad bacaan;

· Murid yang telah selesai membaca lima kad bacaan dilekat gambar kartun pada

kad bintangnya;

· Judul buku-buku yang telah dibaca dicatat dalam Kad Rekod Bacaan.

Penilaian

Penilaian dibuat mengikut jumlah buku dan kad bacaan yang telah dibaca. murid

dalam setiap aktiviti program dibuku dan difailkan untuk memudahkan guru mengikuti

perkembangan setiap murid dan mengetahui perkembangan program ini.

KEJAYAAN PROGRAM

Kecemerlangan telah dicapai dalam beberapa aspek berikut:-

· Kelas Tahun 1M telah menjadi kelas paling ceria di sekolah bagi tahun 1997, 1998,

dan 1999. Murid dapat belajar dalam suasana yang selesa dan menjadi amat

berminat untuk datang ke sekolah.

· 100% murid Tahun 1M 1998 telah lulus dalam semua mata pelajaran iaitu Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Agama Islam.

· Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan amat berkesan

kerana murid telah biasa belajar secara berkumpulan.

·  Murid-murid Tahun 1M telah berjaya didisiplinkan dengan cemerlang. Semua murid

Tahun 1M mempunyai tingkah laku yang amat baik dan berbudi bahasa.

30

Page 31: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 31/37

PAKEJ CELIK BACAAN

(Pemenang Ketiga)

Md Radzi bin Misran

SK Rawang, Rawang, Selangor 

SINOPSIS 

Pakej Celik Bacaan ditumpukan kepada murid pemulihan khas, khususnya mereka

yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca seperti mengenal abjad, suku 

kata, ejaan dan membaca. Dalam tempoh tiga bulan murid dapat menguasai 

kemahiran membaca, menulis dan memahami ayat mudah.

OBJEKTIF

1. Mengatasi masalah tidak mengenal huruf di kalangan murid.

2. Membantu murid yang lemah menguasai asas kemahiran menulis dan membaca.

3. Memberi keyakinan kepada murid dalam mempelajari mata pelajaran lain.

ASPEK INOVASI

Bahan yang digunakan dalam melaksanakan program ini terdiri daripada:-

· kad imbasan

· kad perkataan

· buku latihan

· buku bacaan berpandu

· kaset

31

Page 32: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 32/37

· set permainan bahasa

· buku panduan

· radio

· modul celik huruf 

Semua bahan ini diletakkan di dalam bilik khas. Murid yang lemah menguasai asas

mengenal huruf dan membaca diberi pemulihan di bawah bimbingan guru. Program

berbentuk pemulihan ini diselang-seli dengan aktiviti nyanyian lagu melalui kaset. Di

samping itu, aktiviti permainan bahasa juga disediakan untuk murid. Kaedah ini

dapat mengelakkan perasaan bosan ketika mengikuti kelas pemulihan.

KEJAYAAN

Kejayaan projek ini ialah:-

· Murid dapat mengenal huruf dalam tempoh masa yang singkat.

· Murid dapat menguasai kemahiran asas membaca dalam tempoh 3 bulan.

· Murid dapat menguasai asas kemahiran menulis dalam tempoh masa yang

dijangkakan.

· Murid lebih yakin mempelajari mata pelajaran lain.

· Murid berasa lebih seronok mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

32

Page 33: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 33/37

LAMAN BESTARI

“Laman Bestari Merentasi Kurikulum”

(Pemenang Pertama)

Hamidah bt. Dugel

Fauzi b. Taib @ Mohd. Taib

Che Rashid b. Che Musa

Mohd. Sopi b. Mamat

W. Ahmad Fadziruddin W. Muhammad

SK Jambu Lawar, 18500 Machang, Kelantan

SINOPSIS 

Laman Bestari adalah kawasan seluas 0.2 hektar yang dibahagikan kepada 13

laman yang dibangunkan dari segi bentuk, pengisian dan penggunaannya untuk 

menjadi medan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan. Pelbagai 

kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran diperkembangkan supaya setiap

laman dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid melalui aktiviti dan projek yang 

dicadangkan.

OBJEKTIF

1. Dijadikan tempat untuk penyelidikan yang terancang

2. Mengumpul bahan untuk penyelidikan dan rujukan

3. Sebagai medan pembelajaran luar kelas

4. Meningkatkan minat murid dalam proses pembelajaran

33

Page 34: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 34/37

5. Meningkatkan pencapaian dalam semua mata pelajaran

ASPEK INOVASI

Tanah lapang seluas 0.2 hektar dimanfaatkan sepenuhnya untuk dijadikan sumber 

P&P. Terdapat tiga belas (13) buah laman di kawasan ini yang diisi dengan pelbagai

bahan mengikut tajuk yang ditentukan. Di samping itu juga terdapat dua belas (12)

Projek Khas yang dilaksanakan untuk menambah pengetahuan dan pengalaman

murid. Setiap laman diisi dengan pelbagai bahan mengikut kesesuaian tema laman.

Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan terpakai, mudah didapati, tahan lama

dan bahan semulajadi. Laman dijaga oleh seorang guru penyelaras dan sekumpulan

murid sebagai pengawas laman.

Tema Laman Projek Khas

Laman 1 – Pusat Awetan Projek 1 – Kelas Terbuka

Laman 2 – Taman Haiwan dan Galeri Warisan Projek 2 – Pusat Saintis Muda

Laman 3 – Kota Memanjat Projek 3 – Permainan Matematik

Laman 4 – Taman Batu Projek 4 – Pusat Tanaman Hidroponik

Laman 5 – Pusat Hidroponik Projek 5 – Sawah Padi

Laman 6 – Pokok Memanjat Dinding Projek 6 – Dangau Warisan

Laman 7 – Tapak Semaian Projek 7 – Projek Hidro

Laman 8 – Kawasan Pertanian Projek 8 – Pusat Kaji Cuaca

Laman 9 – Air Terjun Projek 9 – Jam Matahari

Laman 10 – Tanaman Ubatan Tradisional Projek 10 – Kolam Kura-kura

Laman 11 – Kolam Ikan Projek 11 – Galeri Warisan

Laman 12 – Hutan Simpanan Projek 12 – Kedai Laman Bestari

34

Page 35: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 35/37

Laman 13 – Taman Berpasu

CONTOH 1: Laman Empat – TAMAN BATU

Sesuai untuk mata pelajaran:

· Bahasa Melayu – karangan bertajuk batu-batan (Tahun 5 & 6)

· Bahasa Inggeris – Labelling the stones

· Sains – Ciri-ciri tumbuh-tumbuhan, Habitat tumbuhan darat, Bumi dan alam

semesta

Kaedah:

· Murid membuat kajian jenis batuan

· Murid menulis karangan tentang batuan

· Menamakan batuan

CONTOH 2: Laman Sembilan – LAMAN AIR TERJUN

Sesuai untuk mata pelajaran:

· Kajian Tempatan – sumber alam, sumber tenaga, pemeliharaan dan pemuliharaan

sumber alam

· Sains – sumber tenaga elektrik, janakuasa elektrik

· Bahasa Inggeris – to express statements which are accepted as universe all truths,

to write a story 

Kaedah:

· Membuat kajian

· Melukis tentang keindahan alam semulajadi

35

Page 36: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 36/37

· Bercerita Mengarang

CONTOH 3: Projek Khas Warisan – DANGAU WARISAN

Terdapat dangau, alatan tradisional, perangkap tikus, bantal tradisional, alatan

memasak.

Objektif:

· Murid dapat mengetahui kaedah pengurusan sawah secara tradisi

· Memupuk semangat kerjasama dan gotongroyong

· Menjalankan kerja penanaman padi secara amali

Kaedah untuk Bahasa Melayu:

· Bercerita menggunakan ayat sendiri tentang proses penanaman padi

· Menulis karangan “Nasi sebagai makanan asasi”

· Menulis pantun “Tuai padi antara masak….”

· Membuat kajian terhadap pokok padi

KEJAYAAN

· Pengurangan kos operasi – bahan sedia ada

· Penjimatan masa – Laman Bestari digunakan sebagai alat bantu mengajar 

· Peningkatan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran – murid menerima

proses pembelajaran secara langsung dan tidak langsung melalui pengalaman baru

· Peningkatan pencapaian akademik murid melalui pencapaian UPSR

· Peningkatan dalam tahap kepuasan hati guru dan pelajar di mana:

- Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih lancar 

36

Page 37: Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

8/8/2019 Peningkatan Inovasi Dalam Pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/peningkatan-inovasi-dalam-pendidikan 37/37

- Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar 

- Semangat kerjasama di kalangan guru dan pelajar meningkat

- Perlakuan yang lebih positif terutamanya di kalangan pelajar 

- Lanskap sekolah yang lebih ceria

KESIMPULAN

Akhirulkalam, Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha

memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan

yang diberikan kepada pelanggan sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan

di dalam dan luar Negara. Kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah

yang digunakan oleh Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian

masalah organisasi. Tujuannya ialah untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif 

serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap

kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri.

Inovasi merupakan tunggak seseorang itu dapat meningkatkan mutu kerja dan

organisasi juga dapat memuaskan hati pelanggan malah dapat mewujudkan satu

budaya kerja yang berteraskan kualiti dalam kalangan semua pekerja. Inovasi juga

dapat memperkenalkan negara kita di mata dunia dengan adanya idea-idea baru dari

sesebuah organisasi atau individu yang diikhtiraf oleh pihak kerajaan. Di samping

itu, melalui idea-idea ini dapat menjana sesuatu yang lebih baik.