u-pustaka: inovasi perkhidmatan perpustakaan untuk ...€¦ · pengkategorian ini tidak akan ......

6
u-Pustaka: Inovasi Perkhidmatan Perpustakaan Untuk Pembangunan Masyarakat Berilmu Pengetahuan NAFISAH AHMAD Perpustakaan Negara Malaysia nafisah @p nm.gov.my . ABSTRAK Ketersediaan ilmu pengetahuan adalah penting dalam pembangunan negara. Perpustakaan sebagai salah satu daripada institusi utama yang menyedia capaian kepada sumber ilmu pengetahuan mempunyai peranan penting untuk memastikan penyampaian perkhidmatan tanpa sempadan masa dan lokasi kepada semua lapisan masyarakat bagi meningkatkan kualiti kerja dan kualiti hidup secara berterusan. Kertas ini membincangkan perkhidmatan u-Pustaka, iaitu satu inovasi dalam perkhidmatan perpustakaan di Malaysia yang memanifestasikan kolaborasi pintar antara pihak kerajaan dan swasta dalam usaha merapatkan jurang digital dan jurang ilmu pengetahuan antara rakyat di ban dar dan luar bandar melalui pertukaran maklumat dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat ke arah mewujudkan masyarakat berilmu pengetahuan secara inklusif. Katakunci: Perpustakaan ubiquitous; u-Pustaka; inovasi perkhidmatan perpustakaan; kolaborasi pintar perpustakaan ; penyampaian perkhidmatan maklumat PENDAHULUAN Ketersediaan ilmu pengetahuan adalah penting dalam pembangunan Negara. Peranan perpustakaan tanpa sempadan dalam konteks pembangunan dan perpaduan serta daya saing global adalah .. amat penting untuk mana-mana negara. Dunia telah berubah daripada ekonomi berasaskan pengeluaran kepada ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan. Mana-mana negara yang mempunyai aspirasi untuk memainkan peranan yang berkesan dalam ekonomi baru ini mesti berusaha untuk membangunkan sistem penyampaian maklumat yang inovatif. Dalam proses transformasi negara untuk menjadi masyarakat berpengetah uan secara inklusif, perkhidmatan penyampaian maklumat secara inovatif akan memberi laluan kepada sumber pengetahuan, seterusnya menggalakkan pengalaman pembelajaran sepanjang hayat kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja bagi meningkatkan kualiti kerja dan kualiti hidup secara berterusan. Era k-ekonomi menyediakan peluang dan ruang terbaik kepada dun ia penyelidikan dan kesarjanaan untuk mencapai koleksi keilmuan yang meluas kepada sesiapa sahaja tanpa sempadan masa dan lokasi. 1 Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 13-Nov-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: u-Pustaka: Inovasi Perkhidmatan Perpustakaan Untuk ...€¦ · Pengkategorian ini tidak akan ... Inovasi adalah perubahan dan semua inovasi boleh menjadi penting, tetapi terdapat

u-Pustaka: Inovasi Perkhidmatan Perpustakaan Untuk Pembangunan Masyarakat Berilmu Pengetahuan

NAFISAH AHMAD Perpustakaan Negara Malaysia

[email protected]

. ABSTRAK

Ketersediaan ilmu pengetahuan adalah penting dalam pembangunan negara. Perpustakaan sebagai salah

satu daripada institusi utama yang menyedia capaian kepada sumber ilmu pengetahuan mempunyai

peranan penting untuk memastikan penyampaian perkhidmatan tanpa sempadan masa dan lokasi kepada

semua lapisan masyarakat bagi meningkatkan kualiti kerja dan kualiti hidup secara berterusan. Kertas ini

membincangkan meng~ai perkhidmatan u-Pustaka, iaitu satu inovasi dalam perkhidmatan perpustakaan

di Malaysia yang memanifestasikan kolaborasi pintar antara pihak kerajaan dan swasta dalam usaha

merapatkan jurang digital dan jurang ilmu pengetahuan antara rakyat di ban dar dan luar bandar melalui

pertukaran maklumat dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat ke arah mewujudkan masyarakat

berilmu pengetahuan secara inklusif.

Katakunci: Perpustakaan ubiquitous ; u-Pustaka; inovasi perkhidmatan perpustakaan; kolaborasi pintar

perpustakaan; penyampaian perkhidmatan maklumat

PENDAHULUAN Ketersediaan ilmu pengetahuan adalah penting dalam pembangunan Negara. Peranan perpustakaan

tanpa sempadan dalam konteks pembangunan dan perpaduan serta daya saing global adalah ..

amat penting untuk mana-mana negara. Dunia telah berubah daripada ekonomi berasaskan

pengeluaran kepada ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan. Mana-mana negara yang mempunyai

aspi rasi untuk memainkan peranan yang berkesan dalam ekonomi baru ini mesti berusaha untuk

membangunkan sistem penyampaian maklumat yang inovatif.

Dalam proses transformasi negara untuk menjadi masyarakat berpengetahuan secara inklusif,

perkhidmatan penyampaian maklumat secara inovatif akan memberi laluan kepada sumber

pengetahuan , seterusnya menggalakkan pengalaman pembelajaran sepanjang hayat kepada

sesiapa sahaja pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja bagi meningkatkan kual iti kerja dan

kualiti hidup secara berterusan. Era k-ekonomi menyediakan peluang dan ruang terbaik kepada

dunia penyelidikan dan kesarjanaan untuk mencapai koleksi keilmuan yang meluas kepada sesiapa

sahaja tanpa sempadan masa dan lokasi.

1

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: u-Pustaka: Inovasi Perkhidmatan Perpustakaan Untuk ...€¦ · Pengkategorian ini tidak akan ... Inovasi adalah perubahan dan semua inovasi boleh menjadi penting, tetapi terdapat

DEFINISIINOVASI

Wikipedia mendefinisi inovasi sebagai 'penciptaan produk, proses, teknologi, atau idea yang lebih

baik atau lebih efektif yang diterima oleh pasaran, kerajaan dan masyarakat'. Business Dictionary

pula memberi definisi inovasi sebagai 'proses di mana sesuatu idea atau penemuan diterjemahkan

kepada produk/barangan atau perkhidmatan di mana rakyat akan membayar, atau sesuatu yang

terhasil daripada proses ini'.

Inovasi dalam Perkhidmatan Awam ditafsirkan sebagai hasil cetusan idea-idea yang kreatif

dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti sian produktiviti organisasi. Hasil

inovasi in i boleh merangkumi apa-apa perubahan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara

bekerja. Pelaksanaan hasil inovasi ini akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan

sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faedah kepada pelanggan.

Daripada definisi di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudahnya inovasi boleh ditafsir

sebagai suatu penghasilan/penciptaan baru berdasarkan proses penyusunan semula samada

dengan menggunakan unsur sedia ada dan terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai

kepada masyarabt.

INOVASI DALAM PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

Perpustakaan sentiasa menjadi salah satu daripada institusi utama yang memberi capaian kepada

ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun kerapkali ianya mengasingkan kelompok pengguna

dan perkhidmatan perpustakaan. Situasi in i perlu terbuka kepada idea inovatif supaya sumber

perpustakaan dan perkhidmatan perpustakaan dapat digunakan dengan lebih baik 61eh kumpulan

pengguna lebih luas daripada kumpulan pengguna tertentu yang sedia ada. Perpustakaan

dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu perpustakaan negara, perpustakaan akademik,

perpustakaan khusus dan perpustakaan awam. Setiap perpustakaan ini mempunyai kumpulan

pelanggan yang khusus dengan pertindihan yang amat keci!. Pengkategorian ini tidak akan

membantu keperluan untuk memperluaskan capaian kepada kumpulan pelanggan yang pelbagai

untuk pembangunan masyarakat berilmu pengetahuan yang inklusif.

Pelbagai tafsiran diberi mengenai inovasi dalam perpustakaan sam ada ia bermaksud

penambahbaikan/perubahan berterusan ke atas sistem atau perkhidmatan atau cara melaksanakan

sesuatu secara berbeza, perubahan produk atau operasi. Perbezaan ini bergantung kepada

kemahiran dan sikap individu yang membuat tafsiran mengenai sesuatu perubahan. Keterbukaan

merupakan kunci untuk menentukan inovasi adalah lebih daripada perubahan yang sepatutnya.

Inovasi adalah perubahan dan semua inovasi boleh menjadi penting, tetapi terdapat perbezaan

yang ketara antara penambahbaikan proses sedia ada dan proses yang ditransformasi.

Antara aspek penting inovasi dalam perkhidmatan perpustakaan yang berkembang pesat

ialah pergerakan tanpa sempadan masa dan lokasi (ubiquitou~ mobility) dalam penyampaian

perkhidmatan. In i termasuklah inovasi penyampaian perkhidmatan melalui Kindle, IPod dan telefon

pintar yang kini menjadi bidang inovasi perkhidmatan perpustakaan yang berkembang pesat.

Perpustakaan mampu bersaing dengan perkhidmatan maklumat lain terutamanya media baru

dengan mengekalkan fungsi profesionalisme kepustakawanan sebagai pengurus maklumat yang

2

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: u-Pustaka: Inovasi Perkhidmatan Perpustakaan Untuk ...€¦ · Pengkategorian ini tidak akan ... Inovasi adalah perubahan dan semua inovasi boleh menjadi penting, tetapi terdapat

berkesan. Kunci untuk mengenali inovasi dan menjelmakannya dalam inovasi perpustakaan ialah

keterbukaan yang menuntut pustakawan membuka minda dengan melihat dunia luar oleh kerana

minda yang terbuka mampu mel ihat apa yang tidak dapat dibayangkan oleh minda tertutup.

PERPUSTAKAAN UBIQUITOUS (u-PUSTAKA)

Perpustakaan di seluruh dunia mengimpikan untuk mewujudkan perpustakaan ubiquitous atau

perpustakaan tanpa sempadan bagi memudahkan interaksi dengan pelbagai golongan pengguna

secara maya dari mana-mana dan pada bila-bila masa menggunakan apa sahaja peranti elektronik.

Oi negara kita, impian in i direalisasikan melalui pengwujudan u-Pustaka yang telah dilancarkan

pada 31 Mac 2011. u-Pustaka merupakan satu inovasi dalam perkhidmatan perpustakaan untuk

memastikan penyampaian perkhidmatan perpustakaan yang lebih meluas dan berorientasikan

pengguna kepada kumpulan pengguna yang lebih meluas.

Pembangunan u-Pustaka tercetus daripada pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI)

yang menjadi agenda .nasional untuk pembangunan sosial dan ekonomi Negara di mana satu

strategi telah digubal iaitu "untuk memanfaatkan sumber maklumat tradisional" yang terdapat di

perpustakaan sebagai memenuhi permintaan kepada keperluan jalur lebar. Oengan adanya strategi

ini, prasarana jalur lebar yang disediakan di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara akan dilengkapkan

oleh prasarana maklumat yang disediakan oleh u-Pustaka.

u-Pustaka dilaksanakan sebagai projek perintis yang melibatkan tujuh (7) buah perpustakaan

sebagai pembekal sumber ilmu dan maklumat. Projek rintis ini telah diusahakan sejak tahun 2008

dengan kajian awal meli batkan tujuh (7) perpustakaan disusuli dengan pengujian ketersediaan

prasarana fizikal dan prasarana maklumat dan penggubalan polisi berkaitan penyampaian

perkhidmatan . Pembangunan sistem u-Pustaka bermula pada akhir tahun 2009 dan selesai pada

17 November 201 O. Oalam tempoh dua (2) tahun selepas pelaksanaanya iaitu tahun 2011 hingga

2012, kajian penilaian akan dijalankan ke atas keberkesanan u-Pustaka dan hasil penemuan

daripada kajian ini akan menjadi as as kepada pelaksanaan ke seluruh negara pada tahun 2013.

u-Pustaka memanifestasikan usahasama pintar antara 17 agensi dari sektor awam, badan

berkanun dan swasta. Projek ini dipayungi oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan

Kebudayaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan sokongan

Perpustakaan Negara Malaysia dan satu Konsortium perpustakaan yang terdiri daripada:

• Perpustakaan Negara Malaysia

• Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS)

• Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP)

• Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

• Perpustakaan INTAN Bukit Kiara

• Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL)

• Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka)

• Perpustakaan Negeri Sabah (PNS)

3

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: u-Pustaka: Inovasi Perkhidmatan Perpustakaan Untuk ...€¦ · Pengkategorian ini tidak akan ... Inovasi adalah perubahan dan semua inovasi boleh menjadi penting, tetapi terdapat

Rakan usahasama daripada sektor kerajaan dan swasta iaitu:

• Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

• Unit Perancang Ekonomi

• Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN)

• Pusat Kecemerlangan Teknologi Sensor (NEST), Universiti Putra Malaysia

• Pos Malaysia Berhad • FPX Gateway Sdn. Bhd. (dikenali sebagai Malaysian Electronic Payment System Sdn. Bhd

(MEPS))

• Bank Islam Malaysia Berhad

• Touch 'n Go Sdn Bhd.

Matlamat utama u-Pustaka ialah menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat untuk

masyarakat berasaskan pengetahuan secara inklusif dalam kont~ks 1 Malaysia berlandaskan

kemudahan perkhidmatan u-Pustaka dalam menyokong Inisiatif Jalur Lebar Negara.

MODEL u-PUSTAKA

u-Pustaka dibangunkan berasaskan kepada satu model yang menggabungkan prasarana f izikal,

prasarana maklumat dan perkhidmatan yang terd iri daripada tujuh (7) komponen iaitu:

• Prasarana jalur lebar;

• Perkhidmatan pinjaman secara terus melalui pengintegrasian Sistem Pengurusan Perpustakan

(LMS);

• Teknologi RFID; • Portal u-Pustaka yang menghubungkan rakyat berdaftar sebagai ahli u-Pustaka secara

keahlian gabungan melalui MyKad/ MyKid/MyPR;

• Katalog Induk Kebangsaan sebagai sumber maklumat utama;

• Saluran penghantaran melalui perkhidmatan Pos Malaysia; dan

• Pembayaran tanpa tunai melalui Touch 'n Go, Quick2Go, MEPS FPX dan MEPS e-Debit·

PERKHIDMATAN U-PUSTAKA

u-Pustaka sebagai gerbang ulung kepada sumber pengetahuan yang menyediakan perkhidmatan

pad a bila-bila masa dari mana-jua dan kepada sesiapa jua. la menjadi titik sentuh kepada

rakyat menerusi capaian kepada sumber maklumat dan pengguna. Perkhidmatan yang disediakan

menggabungkan perkh idmatan perpustakaan fizikal dan perkhidmatan perpustakaan digital atau

perpustakaan "hibrid" di mana rakyat boleh mendapatkan sumber ilmu dan maklumat dalam bentuk

fizikal (buku) yang akan disampaikan terus ke pintu rumah tanpa perlu mengunjungi perpustakaan .

Pada masa yang sam a rakyat juga boleh mendapatkan sumber ilmu dan maklumat digital yang

dapat dicapai secara dalam talian.

u-Pustaka juga menyediakan perkhidmatan interaksi secara maya dengan pustakawan bagi

tujuan rujukan professional dan khidmat nasihat untuk merungkai sumber kei lmuan di samping

4

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: u-Pustaka: Inovasi Perkhidmatan Perpustakaan Untuk ...€¦ · Pengkategorian ini tidak akan ... Inovasi adalah perubahan dan semua inovasi boleh menjadi penting, tetapi terdapat

Model u-Pustaka

1. Membolehkan maklumat teknologi RFIO dan portal serta kandunglln

2. Menggalakkan usaha sama melalui Jaringan Kerjasama Perpustakaan bagi menyediakan perkhidmatan 'inter-lending '; perkhidmatlln, penghantaran, perkhidmatan pembavaran elektronik dan akses maya bagi mengembangkan keupayaan rakyat untuk membuat inovasi dan mencipta peningkalan pengeUhuan negara

3. Membina, berkongsi dan bertukar ilmu d.lam masyarakat berilmu pengetahuan supaya rakyat saling berhubung, mempromosi pemb<tlajaran sepanjang hayat dan mempereratkan hubungan SOSi31 dalam kontek

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

VirtU3 ILMU ANGKASA Clarice

• Infrastruktur • Perkhidmatan • Infostruktur

menyed iakan platform bagi penghasi lan kandungan tempatan dalam bentu k d igital kepada

pengguna oleh pustakawan dan rakyat amnya.

Bidang utama u-Pustaka ialah:

• Penerbitan laman web seperti berita, perist iwa, pautan, suapan be rita

• Pengu rusan kandungan - Ulasan Elektronik, Sumber Elektronik, Buku Aud io , Papan

Pemuka

• Kolaborasi - Forum Perbincangan, Berbual Dengan Pakar, Tanyalah u-Pustaka

• Perkhidmatan - peminjaman dan pemulangan dalam talian, penghantaran melalu i pos, peminjaman melalui peralatan RFID

INOVASI DALAM u-PUSTAKA

Hasil daripada sinergi usahasama dalam u-Pustaka te lah menghasilkan beberapa inovasi,

antaranya:

(a) Persepakatan pintar dan kerjasama menerusi Jawatankuasa Teknikal Konsortium u-Pustaka

telah menggerakkan tenaga professional bekerjasama untuk membangunkan Sistem

u-Pustaka dan kandungannya.

(b) Penyediaan perkhidmatan yang mendahulukan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan

perpustakaan ke pintu rumah oleh Pos Malaysia.

5

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: u-Pustaka: Inovasi Perkhidmatan Perpustakaan Untuk ...€¦ · Pengkategorian ini tidak akan ... Inovasi adalah perubahan dan semua inovasi boleh menjadi penting, tetapi terdapat

(c) Satu kad keahlian perpustakaan secara gabungan melalui MylD (MyKad/MyKid/MyPR)

yang membolehkan rakyat mencapai sumber maklumat berbentuk fizikal dan digital dari

perpustakaan konsortium secara serentak.

(d) Merangkaikan pelbagai Sistem Pengurusan Perpustakaan di bawah satu gerbang

pengetahuan.

(e) Kios perpustakaan pelbagai fungsi seperti pencarian maklumat, pendaftaran keahlian,

pinjaman buku, pembayaran.

(f) Pembayaran menggunakan aplikasi bayaran tanpa tunai menerusi kios komputer. Integrasi

beberapa sistem pembayaran tanpa tunai yang pertama dalam satu perkhidmatan iaitu:

o Kad Touch 'n Go

o Quick2Go (pembayaran dalam talian)

o MEPS FPX (perbankan dalam talian seperti maybank2u) MEPs e-Debit (menggunakan

kad debit bank)

KESIMPULAN

u-Pustaka merupakan inovasi terkini dalam perkhidmatan perpustakaan di Malaysia dan

akan berkembang sejajar dengan kemajuan pelbagai bidang terutama dari sudut teknologi

dan penyampaian perkhidmatan maklumat. Budaya perkongsian dan pertukaran maklumat

serta kolaborasi yang diwujudkan melalui u-Pustaka berpotensi menjadi platform utama untuk

melestarikan pembelajaran sepanjang hayat dan penjanaan ilmu pengetahuan di kalangan

rakyat.

RUJUKAN

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2006. Garis panduan bagi melaksanakan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri , 2006.

Portal u-Pustaka. 2010. 1 November 2011 . http://www.u-Iibrary.gov.my/portal/web/ guest/home

Ubiquitous Library: Strategizing information delivery services to connect communities in a knowledge society. (2010, January). Myconvergence, 4, 43-49.

Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kepustakawanan 2011 : Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan, UNIMAS, Kuching , Sarawak pada 14-15 Nov 2011.

6

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia