bab 6_pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan

75
BAB 6 : PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Upload: masturina-manap

Post on 29-Nov-2015

69 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

BAB 6 : PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

Nordin Tahir

IPG Kampus Ipoh

Page 2: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Definisi Inovasi

• Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan

idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang.

• Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.

• Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 3: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

• Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.

• Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya.

• Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses.

• Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi.

Definisi Inovasi

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 4: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Definisi Inovasi

• Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk

menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih

baik sama ada melalui pengubahsuaian atau

penambahbaikan.

• Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan

inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat

meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

• Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan

dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan

cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 5: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai:-

• Merupakan penghasilan baru

• Berbentuk maujud dan mujarad

• Berdasarkan proses penyusunan semula

• Dengan menggunakan unsur yang sedia ada

• Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai.

Rumusan Definisi Inovasi

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 6: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Strategi Pengurusan Inovasi Dan Perubahan

• Pendidikan adalah satu sistem dinamik yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara.

• Perubahan yang berlaku antaranya adalah untuk menyediakan modal insan yang sejajar dengan perkembangan dunia semasa dalam memastikan sesebuah negara tidak akan ketinggalan dalam aspek perkembangan dan pembangunan peringkat global.

• Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita telah sedia maklum bahawa perubahan-perubahan yang berlaku memerlukan komitmen daripada semua pihak.

• Sehubungan dengan itu, pelbagai strategi perlu disusun dan diatur dalam melaksanakan perubahan.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 7: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Kepentingan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

• Menghasilkan produk atau perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai terasnya.

• Menginstitusikan idea baru yang lebih mantap dan berkesan khusus untuk perkembangan dan pembangunan pendidikan.

• Memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan kerana melaluinya pelbagai isu dan permasalahan dapat dicungkil seterusnya tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan.

• Melahirkan citra masyarakat dan negara yang kreatif.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 8: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Antara Strategi Perubahan :

• Strategi Kekuasaan

• Strategi Pujukan

• Strategi Pendidikan Semula

• Stategi Memudah Cara

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 9: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Strategi Kekuasaan

• Pihak atasan atau berkuasa menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk memaksa kumpulannya berubah seperti yang dirancang.

• Agen perubahan boleh menggunakan sama ada suatu ganjaran pada perubahan yang positif atau hukuman dan pengukuhan negatif demi mencapai persetujuan terhadap rancangan perubahan.

• Contoh Mengenakan sistem kad perakam waktu.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 10: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Strategi Pujukan

• Memerlukan kemahiran interpersonal mantap yang perlu ada pada seseorang ketua atau agen perubahan.

• Memerlukan logik dan kebijaksanaan bagi meyakinkan kumpulan sasaran tentang kepentingan dan kebaikan perubahan yang dibawa dan yang perlu dilaksanakan.

• Agen perubahan perlu memiliki ilmu dan mahir dalam perubahan yang hendak disampaikan serta kelebihan dalam mempengaruhi kumpulan sasaran sehingga perubahan yang dirancang dapat diterima oleh fikiran waras.

• ContohMembudayakan penggunaan TMK dalam kalangan guru dan murid.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 11: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Strategi Pendidikan Semula

• Strategi penggunaan maklumat baharu yang telah disediakan oleh agen perubahan dan menyerahkan maklumat tersebut untuk menentukan rancangan mereka sendiri.

• Agen perubahan akan mendorong kumpulan untuk memikirkan semula serta melakukan refleksi merenung tindakan-tindakan yang telah diambil, sejauh mana tindakan tersebut menemukan kejayaan dan mengenal pasti kekurangan yang ada.

• ContohGuru-guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 12: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Stategi Memudah Cara

• Kumpulan sasaran menentukan rancangan yang dipilih oleh mereka dan agen perubahan akan menghantar sumber-sumber yang diperlukan kepada kumpulan sasaran barangan dan perkhidmatan teknikal.

• Tindakan ini untuk memastikan bahawa tiada sebarang halangan kepada kumpulan sasaran untuk meneruskan perubahan yang dirancang.

• ContohnyaGuru di kelas Pendidikan Khas Masalah Penglihatan memilih untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer untuk kemahiran mengarang, maka pihak sekolah hendaklah berusaha mendapatkan kemudahan tersebut.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 13: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Adaptasi Pelbagai Inovasi Dan Perubahan

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 14: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Latihan Perguruan

• Modal insan guru bergantung kuat pada sistem latihan yang menawarkan latihan perguruan kepada guru-guru.

• Antara perubahan dalam latihan perguruan-:

Naik taraf Maktab Perguruan ke Institut Pendidikan Guru

• Kurikulum Latihan Perguruan ;

i. Pendidikan awal kanak-kanak

ii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

iii. Literasi dan Numerasi

iv. Kemahiran Insaniah

v. Pendekatan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 15: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Latihan Perguruan

Naik Taraf Maktab Ke IPG

Kurikulum Latihan Perguruan

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 16: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Pendidikan awal kanak-kanak

Literasi dan Numerasi

Pendekatan terkini dlm PnP

Kompetensi BI

Kemahiran insaniah

Kemahiran ICT

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 17: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

• Program PERMATA dan Prasekolah.

• Permulaan pendidikan yang sempurna bermula dari kanak-kanak.

• Majlis Penyelarasan PERMATA Negara.

• Telah membentuk Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.

• Diterima pakai sebagai mentransformasikan sistem pendidikan negara pada semua peringkat.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 18: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Kemahiran ICT

Literasi Maklumat

Literasi Digital

Literasi Baharu

Literasi Komputer

Literasi Kritikal

Literasi Media

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 19: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Literasi dan Numerasi

Proses saringan

Modul Pengajaran

dan Pembelajaran

Latihan Guru

Meningkatkan komitmen Pihak Berkepentingan

Pemantau dan Penyeliaan

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 20: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Kemahiran Insaniah

• Kemahiran Komunikasi

• Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

• Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

• Kemahiran Kerja Berpasukan

• Kemahiran Sukerelawan

• Etika dan Moral Profesional

• Kemahiran Kepimpinan

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 21: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Kompetensi Bahasa Inggeris

• Merupakan satu keperluan bahasa perantara di peringkat antarabangsa.

• Bahasa ilmu oleh majoriti penduduk di dunia.

• English Language Proficiency 1 dan 2 di IPG.

• BI kursus wajib di kebanyakan IPTA.

• KPM menetapkan dasar pelaksanaan pendidikan prasekolah sebanyak 50% BM dan 50% BI.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 22: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Pendekatan Terkini Dalam P & P

Kes metodologi

Pendekatan yang digunakan sebagai alat latihan yang

mampu mendorong perkembangan

kendiri bakal guru

Pengurusan Portfolio

Alat berkesan yang mampu mendorong pelajar merenung

kembali pengalaman dan pencapaiannya.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 23: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Program Pensiswazahan Guru

• KPM mengambil langkah yang bijak apabila mensiswazahkan guru-guru bukan siswazah sama ada yang berada di sekolah menengah mahupun rendah.

• Selaras dengan aspirasi KPM yang menyasarkan 100% guru sekolah menengah dan 50% guru sekolah rendah memiliki ijazah menjelang 2010.

• Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)

• Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)

• Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB)

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 24: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Program Pensiswazahan Guru

Program Khas Pensiswazahan Guru

Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah

Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 25: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Program Khas Pensiswazahan Guru

• Dimulakan 1999.

• Mensiswazahkan guru sekolah menengah.

• Kerjasama IPTA dan IPG.

• Tamat 2006.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 26: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah

• Utk guru sekolah rendah.

• Menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan (SMP).

• Mula November 2008.

• Menggunakan mod KDC.

• Tempoh 4 tahun.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 27: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

• Institut Aminudin Baki.

• Memastikan GB mempunyai Ijazah.

• Kolaborasi dengan UPSI.

• Tempoh 3 tahun.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 28: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Kurikulum Transformasi

• Kurikulum kebangsaan yang dikaji semula demi memastikan kurikulum yang holistik dan tidak terlalu akademik sehingga membebankan murid.

• Transformasi kurikulum dimulakan dengan melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada tahun 2010 dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 29: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Pengenalan

• Kementerian Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi kurikulum bagi memantapkan sistem pendidikan negara adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

• Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari daripada hasrat sistem pendidikan negara untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 30: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

• Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan.

• Transformasi ini juga memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 31: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

• Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi.

• Dengan cara itu, sifat dan peribadi kental dalam kalangan murid melalui isi kandungan dan cadangan pedagogi yang lebih efektif dapat diperkukuhkan.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 32: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

• Transformasi pendidikan mempunyai matlamat untuk membentuk seseorang murid menjadi modal insan yang seimbang dari segenap segi.

• Justeru, transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan murid untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 33: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Perubahan Kurikulum

• 1982: KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dilaksanakan di 302 buah sekolah sebagai percubaan atau rintis.

• 1983: KBSR mula dilaksanakan di semua sekolah.

• 1988: KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) mula dilaksanakan.

• 2010: tranformasi dimulakan dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

• 2010/2011 – Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 34: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Perubahan Kurikulum

Perubahan dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) 2010 & Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 2010:

Reka Bentuk Kurikulum

Organisasi kurikulum

Bahan kurikulum

Pentaksiran

Peruntukan masa

Tahap Persekolahan

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 35: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Reka Bentuk Kurikulum Transformasi

Insan

seimbang

Komunikasi Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Literasi Sains & Teknologi

Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Kerohanian, Sikap & Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Fizikal & Estetika

Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Keterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

Kemanusiaan

Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 36: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Kurikulum Berasaskan Standard

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang

perkara yang murid patut

ketahui dan boleh lakukan

dalam suatu tempoh

persekolahan merangkumi

aspek pengetahuan,

kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau

indikator kualiti pembelajaran

dan pencapaian yang boleh

diukur bagi setiap standard

kandungan.

Kurikulum Transformasi Prasekolah dan Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 37: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Justifikasi Penggunaan Standard

Akauntabiliti Guru

• Memastikan SEMUA murid melepasi piawai standard

yang ditetapkan

• Mengatasi masalah murid keciciran

Skema Dan Piawai Pengukuran

• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur

dengan jelas

• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment

for learning)

• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 38: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Tahap Persekolahan

Tahap ll Sekolah Rendah

(Tahun 3 – 6)

pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai

Tahap l Sekolah Rendah

(Tahun 1 – 2)

penguasaan 4M dan kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap, dan nilai

Prasekolah

perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 4M

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 39: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Bahan Kurikulum

1.Dokumen Standard

• Standard kandungan

• Standard pembelajaran

2.Modul Pengajaran

• Panduan untuk guru melaksanakan p&p

3. Modul Pembelajaran

– Bahan pembelajaran untuk murid

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 40: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

1. Kurikulum standard menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan

pengajaran dan pembelajaran seperti:

• hands-on learning

• pembelajaran melalui bermain

• inkuiri penemuan

• pembelajaran berasaskan projek

• pembelajaran luar bilik darjah

• pembelajaran secara kontekstual

• pembelajaran secara konstruktivisme

• pembelajaran masteri

2. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran

yang tidak terhad kepada murid.

3. Mengambil kira kepelbagaian kecerdasan murid .

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 41: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Pentaksiran

• Pentaksiran formatif berasaskan sekolah:

Dijalankan secara berterusan untuk mengesan

perkembangan dan pencapaian murid dalam

pembelajaran

Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai

Bersifat autentik dan holistik

• Modul pengajaran dan pembelajaran mengandungi

cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 42: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Sekolah Berprestasi Tinggi

• Sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.

• Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang yang mampu melahirkan modal insan cemerlang berpesonaliti unggul.

• Contoh Sekolah Berprestasi Tinggi di sekitar Kuala Lumpur.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 43: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Definisi SBT

• Sekolah Berprestasi Tinggi ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 44: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Objektif • Mengangkat Kualiti Sekolah-sekolah Yang Terbaik:

Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing(pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota Perkhidmatan)

• Menghasilan Pelajar Yang Cemerlang:

Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.

• Merapatkan Jurang Antara Sekolah-sekolah Di Dalam Sistem:

Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah-sekolah tersebut.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 45: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Ciri-ciri SBT • Pemimpin Sekolah:

1. Boleh menyampaikan maklumat.

2. Mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan sekolah.

3. SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan Sekolah.

4. Melibatkan sekolah ke peringkat antarabangsa.

5. Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid.

6. Sentiasa bersedia.

7. Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 46: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Murid

1. Boleh menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri.

2. Boleh bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri.

3. Berupaya mengendalikan dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah.

4. Boleh bekerjasama dalam kumpulan dan berkomunikasi dengan berkesan.

5. Boleh menggunakan kuasa autonomi yang diberikan dengan berkesan.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 47: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Ciri-ciri Pembangunan Berterusan SBT:

• Peningkatan pelan strategik, pengurusan,program akademik dan kokurikulum sokongan.

• Peningkatan tahap prestasi (akademik,kokurikulum dan sukan).

• Peningkatan program jalinan dengan universiti.

• Menambahkan jaringan dengan institusi tempatan dan antarabangsa.

• Menjayakan lebih banyaj program yang melibatkan komuniti.

• Menjadu penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar Negara.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 48: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

• Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar

• Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar.

• Peningkatan jumlah murid yang memasuki Universiti dan institusi yang terkemuka.

• Peningkatan jumlah guru cemerlang

• Peningkatan program immersion untuk Pengetua/Guru Besar dan Guru.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 49: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Jumlah Keseluruhan Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT) 2012 Di Seluruh Negara.

• SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur

• SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan

• SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur

• SK Convent Kota, Taiping, Perak

• SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur

• SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor

• SK Ulu Lubai, Sarawak

• SK Convent Muar, Johor

• SK Seri Biram, Pahang

• SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah

• SK Setiawangsa, Kuala Lumpur

• SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang

• SK Sultan Ismail, Terengganu

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 50: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

• SK Jalan Tiga, Selangor • SJKC Perempuan China, Pulau Pinang • SJKC Lick Hung, Selangor • SK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor • SJKC Tung Hua, Sarawak • SK (Perempuan) Sultan Ibrahim Johor Bharu • SK Infant Jesus Convent, Johor Bharu, Johor • SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah • SK Sultan Sulaiman 1 Kuala Terengganu • SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu • SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang • SK Minden Heights, Pulau Pinang • SJKC Kwang Hwa, Pulau Pinang • SJKC Keat Hwa (H), Alor Setar Kedah • SJKC Foon Yew 2, Johor Bharu, Johor

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 51: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

SEKOLAH MENENGAH

• SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor • Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor • Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan • Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak • Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor • SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah • Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan • Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang • SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah • SMK (P) St. George, Pulau Pinang • Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis • Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya • SMS Muzaffar Syah, Melaka • Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu • SMK Jalan Empat, Bangi, Selangor • Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 52: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

• Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang

• Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur

• Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur

• Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan

• Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu , Sabah

• Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Negeri Sembilan

• Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Selangor

• Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak

• SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan

• SMK Lembah Bidong, Terengganu

• SMK Agama Naim Lilbanat, Kelantan

• Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah

• Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaatar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

• Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor

• Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang Johor

• Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak

• Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur

• Sekolah Menengah Sains Muar, Johor

• Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 53: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Adaptasi inovasi.

Pembangunan dalam sistem pendidikan negara.

2003 - Berjaya dibangunkan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK).

Diperakui / diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan Kebangsaan (Sekolah)

Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 54: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Sukatan aras tahap kecemerlangan kepada sekolah.

Taraf atau standard pengajaran yang memusat. (Akta Pendidikan 1996 – Sub seksyen 117 dinyatakan secara eksplisit)

Pengaplikasian sendiri sistem pemastian standart kualiti oleh sekolah tanpa nazir.

Tujuan

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 55: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Fokus pemantapan profesionalalisme tenaga pendidik.

Mencetuskan kesedaran memelihara kualiti pendidikan di sekolah.

Memperkasa sekolah (globalisasi)

Dasar besar negara Pembangunan modal insan Wawasan 2020

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 56: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Kecekapan pengurusan sekolah (peningkatan tahap pencapaian murid)

Motivasi dan komitmen sekolah dalam penjagaan kualiti pendidikan.

Budaya mementingkan kualiti (pengurusan pendidikan di sekolah)

Sekolah yakin pemastian kualiti (tindakan diuruskan sendiri)

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 57: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Gagasan profesional lebih daripada gagasan administratif.

JNJK hubungan terus dengan sekolah. (memantau status perlaksanaan PKS secara lebih rapi).

Pakatan strategik peringkat JPN dan PPD (Promosi dan pengumpulan keputusan PKS).

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 58: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia

• Sistem e-penarafan

• Standard Kualiti Sekolah

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 59: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Dokumen SKPM

• Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) menyediakan dokumen-dokumen ini.

• Mempunyai 3 bentuk dokumen

– SKPM 1

– SKPM 2

– SKPM 3

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 60: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

SKPM 1

• Pernyataan standard yang memperihalkan standard.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 61: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

SKPM 2

• Instrumen Pemastian Standard (IPS) menjadi panduan untuk sekolah mengukur pencapaian standard kualiti sekolah khususnya melalui penarafan kendiri.

• IPS dimaksudkan sebagai instrumen induk yang disokong dengan instrumen iringan (annex) misalnya mata pelajaran, iklim sekolah, kepimpinan sekolah.

• Instrumen ini dapat dijadikan panduan kepada sekolah untuk mengukur status, proses dan output

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 62: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

SKPM 3

• Rancangan pemaju sekolah (RPS) untuk sekolah melakukan penambahbaikan selepas pengukuran dibuat.

• RPS merupakan proses bersepadu (collaborative) bagi memastikan

– pendidikan berkualiti dan menyeluruh

– Proses berterusan melaksanakan dasar kerajaan

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 63: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

• RPS – tujuan

– Pantau, menilai dan mengkaji semula setiap dasar dan program

– Memastikan sejauh mana program yang diadakan mencapai matlamat

• RPS memberi peluang kepada pihak kepimpinan sekolah menentukan perancangan sendiri (kerana setiap sekolah adalah unik).

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 64: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

• SKPM yang dibangunkan oleh JKNK adalah berupa suatu usaha penambahbaikan untuk memastikan kualiti sekolah sentiasa berada pada tahap kecemerlangan dalam memainkan peranan untuk menjadikan hasrat kerajaan suatu realiti

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 65: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Pembinaan

Negara Bangsa

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 66: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Ciri-ciri Sebuah Negara

1. Penduduk ( Menetap)

2. Wilayah atau kawasan (Sempadan)

3. Pemerintah (Sah & Berkuasa)

4. Kedaulatan ( Gubal & Laksana Undang-undang )

5. Perlembagaan ( Dipatuhi )

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 67: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Konsep Negara Bangsa

Sebuah negara yg berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu-padu, tanpa dipisahkan oleh ikatan primordial/kuno yang sempit yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 68: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Pembinaan Negara Bangsa

• Proses pembinaan atau pembentukan sebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah.

• Bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa dan lokasi sehingga mewujudkan suatu persekutuan yang menjamin kestabilan politik dan mampu dipertahankan dalam suatu jangka masa yang panjang.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 69: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Hasrat Yang Hendak Dicapai Melalui PNB

• Pembinaan rakyat yang mempunyai jati diri dan imej Malaysia.

• Modal insan cemerlang yang glokal-masyarakat yang berakal nasional namun akalnya menerjah persada antarabangsa.

• Sumber manusia yang berkualiti yang mampu mencorakkan hala tuju negara ke arah Wawasan 2020.

• Pembinaan modal insan merangkumi proses yang lengkap dalam membentuk tenaga kerja yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 70: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

Page 71: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

NKRA

• Gagasan yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

• NKRA merupakan tindakan lanjutan bagi Petunjuk Prestasi Utama/Key Performance Indicator (KPI) yang menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 72: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

1) Mengurangkan kadar jenayah

2) Membanteras rasuah

3) Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan

4) Meningkatkan standard keluarga berpendapatan rendah

5) Meningkatkan infrastruktur di kawasan pedalaman

6) Menambah baik pengangkutan di kawasan bandar

Enam Teras Bidang Keberhasilan Utama Negara – NKRA

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 73: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

• Terdapat enam NKRA yang dipertanggungjawabkan kepada kementerian-kementerian yang terbabit.

• NKRA yang ketiga ialah Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan, merupakan NKRA bagi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 74: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan

Prasekolah

Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012;serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan

72% enrolmen untuk kohort kanak berumur 4+ dan 5+

menjelang 2010

Setiap kanak-kanak1 menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012

Literasi & Numerasi (LINUS) 90% Menguasai Literasi

& Numerasi pada 2010

Sekolah Berpretasi Tinggi (SBT)

Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah–sekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi

Sasaran 20 HPS menjelang 2010

Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah

Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah

2% Pengetua/ Guru Besar menerima

ganjaran menjelang 2010

1 Kurikulum khas untuk literasi dan numerasi telah direka khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas Nordin Tahir, IPG Ipoh

Page 75: Bab 6_pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

• Objektif melaksanakan empat sub-NKRA bertujuan memastikan murid mendapat pembelajaran optimum mengikut kemampuan serta dapat memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat dan negara.

• Sub-NKRA merupakan antara pendekatan dalam usaha membangunkan modal insan yang inovatif, kreatif serta bernilai tambah tinggi bagi menjayakan misi membangunkan ekonomi baharu (Petikan ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam Seminar Pendidikan RMK10).

Nordin Tahir, IPG Ipoh