hbae 3103 jamalina samsudin 750311085922001

Upload: jamalina-samm

Post on 13-Oct-2015

186 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

FAKULTI BAHASA MELAYUSEMESTER JANUARI/2014________________________________________________________HBAE 3103(KRAF TRADISIONAL )SARJANA MUDA PENGAJARAN(KEPUJIAN)SEKOLAH RENDAH________________________________________________________

NAMA : JAMALINA BT SAMSUDIN

NO. MATRIKULASI : 731103085922001NO. KAD PENGENALAN: 750311 08 - 5922NO. TELEFON: 0174637864E-MEL: lynnjbs1644.oum.edu.myPUSAT PEMBELAJARAN: OUM IPOH, JALAN LIM BOO SENG

ISI KANDUNGANMUKA SURATPenghargaan 21.0 PENDAHULUAN4

1.1 Pengenalan1.1.1Definisi1.1.2 Objektif Tugasan

2.0 FALSAFAH KESENIAN KONSEP ISLAM DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU7 - 182.1 Seni Tembikar2.1.1 Penggarapan Motif

2.2 Seni Batik2.2.1 Penggarapan Motif

2.3 Seni Anyaman2.3.1 Penggarapan Motif

2.4 Seni Tenunan Songket2.4.1 Penggarapan Motif

3.0 ANALISIS KEUNIKAN DAN KESEPADUAN KESENIAN ISLAM DENGAN MELAYU (6 prinsip)18 - 21

3.1 Prinsip Kesenian Islam Melayu 4.0 UKIRAN KAYU TRADISIONAL21 - 284.1 Jenis-Jenis Ukiran Kayu4.2 Proses penghasilan Silat dan Kekemasan4.3 Hubungkait Ukiran Kayu dengan Falsafah, Makna dan Nilai

5.0 Kesimpulan296.0 Rujukan317.0 Lampiran32

PenghargaanDengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad sallallahu alaihi wassallam. Syukur alhamdulilah, kerana dengan limpah kurnia dan hidayahNya saya mempunyai kekuatan dan kefahaman ilmu hingga berjaya menyiapkan tugasan HBAE3103 ini yang berjudul KRAFTANGAN TRADISIONAL MELAYU .

Tugasan ini dilakukan untuk mempertingkatkan darjah keilmuan masyarakat guru dan pihak-pihak lain khususnya dalam bidang Pendidikan Seni Visual Di samping itu, ia diharap dapat digunakan untuk meningkatkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PSV di sekolah.Kejayaan menghasilkan tugasan ini, melibatkan banyak pihak. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah ENCIK ALI BIN ZAKARIA yang banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan penyelidikan ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Etutor En. Zailani Bin Yaacob dan Dr Kasran Bin Mat Jiddin yang sama-sama membantu dan memberikan maklum balas semasa menghasilkan tugasan ini.Tidak dilupakan juga kepada keluarga yang turut membantu. Segala kerjasama semua pihak amatlah saya hargai. Sekian.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan. Konsep seni merujuk kepada bentuk-bentuk indah, halus dan permai. Dari segi istilah, kesenian ialah segala aktiviti yang berkaitan dengan seni yang menyenangkan hati serta perasaan anusia, tidak kira sama ada ia ciptaan Allah s.w.t. ataupu dihasilkan melalui fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia.

Kesenian wujud, berkembang dan diturunkan dalam atau melalui tradisi-tradisi sosial atau masyarakat. Kesenian adalah milik masyarakat, dilihat sebagai cara hidup yang bertalian dengan keindahan dari para ahli masyarakat. Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu telah disampaikan secara lisan dari generasi ke generasi, namun artis sebagai individu yang menghasilkannya mempunyai ruang untuk mengggalakkan kreativiti dan mempertahankan nilai nilai estetik karya seni tersebut.

Menurut Marzita Puteh. 2007. Di dalam kajiannya menyatakan bahawa seni kraftangan merupakan hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi telah digubah dengan menyelitkan unsur-unsur dan motif seni untuk mendapatkan bentuk yang indah dan menarik hati. Unsur-unsur seni yang terdapat pada melambangkan maksud tertentu dan dapat memberikan satu gambaran masyarakat ada zaman dahulu.

1.1.1Definisi

Kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Setiap bangsa dan masyarakat di seluruh dunia mempunyai kraftangan yang diperturunkan kepada generasi baru. Hasil ciptaan kraftangan tradisional, kaya dengan unsur-unsur yang budaya dan ini jelas terzahir melalui bentuk, gaya, sifat, garis gerak dan warnanya.Kebiasaannya barang-barang kraf yang dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian.

Kraftangan bermaksud apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional. Kraf juga merupakan barangan yang dihasilkan menggunakan kemahiran tangan, dihasilkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau perkakas mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf. Maksud tradisional pula ialah menurut atau diturunkan dari generasi ke generasi.

Hasil penghasilan ciptaan seni kraf Melayu banyak dipengaruhi oleh agama Islam. Ciri-ciri seni Islam jelas diperlihat dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geometri, di samping penggunaan ayat-ayat al-Quran. Ianya juga menggambarkan sebahagian kehidupan seharian masyarakatnya yang berteraskan ciri-ciri Islam.

1.1.2 Objektif TugasanObjektif utama tugasan ini dilaksanakan untuk mengupas dan menganalisis falsafah kesenian Islam yang menjadi teras kepada kebudayaan dan kesenian Melayu. Pemahaman mengenai keunikan dan kesepaduan kesenian Islam Melayu adalah diharap dapat membantu para pelajar mendaulatkan agama Islam dan seterusnya meningkatkan jati diri orang Melayu Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran kraf tradisional ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari salah satu bidang yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual iaitu kraf tradisional. Pengajaran kraf tradisional di sekolah adalah untuk mengembangkan minat pelajar dan mencungkil bakat pelajar terhadap kegiatan seni. Kajian ini juga dapat mewujudkan rasa kebanggaan dalam diri pelajar terhadap kesenian Islam yang telah wujud sejak zaman-berzaman. Aspek utama kajian ini merujuk dua sudut iaitu:

a) Dari sudut pelajar, kajian ini dibuat bagi melihat sejauh manakah kesenian Islam Melayu berupa Kraf tradisional Melayu berperanan dalam membantu pelajar dari segi:1. menambahkan pengetahuan pelajar sejarah kraf tradisional Melayu. 2. mencungkil minat dan bakat pelajar terhadap kraf tradisional Melayu3. menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam hasil kraf tradisional dalam diri pelajar.4. menerapkan perasaan kecintaan terhadap kesenian warisan tradisi melayu.

Selain itu, kajian ini juga dibuat bagi memastikan bahawa pelajar mengenali dan memahami kraf tradisional Melayu dengan lebih mendalam. b) Dari sudut guru pula, kajian ini dibuat bagi mengembangkan idea dan kefahaman terhadap warisan seni kraf tradisional di kalangan guru bagi menambahkan lagi pengetahuan dan kefahaman terhadap salah satu bidang di dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual. Kajian ini meliputi sejarah, asal-usul, bahan motif dan pola penghasilan kraf tradisional serta kaedah yang boleh digunapakai oleh guru dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran PSV.

2.0 Falsafah Kesenian Konsep Islam Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu

Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Kraf Melayu merupakan hasil kraf yang direka menggunakan tangan. Banyak kraf Melayu yang unik dan menarik telah dihasilkan, contoh anyaman, tenunan, batik, dan tembikar. Kraf ini banyak menggunakan motif yang tersendiri dan cirri-ciri tertentu yang menonjolkan kehidupan masyarakat Melayu sejajar dengan kesenian Islam. Kraf tradisional ini perlu dihidupkan, diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman.

2.1 Tembikar

Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli yang wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu. Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar melambangkan keunikan tukang pandai Melayu. Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Selain itu tembikar juga dijadikan alat kegunaan harianseperti bekas menyimpan air, balang dan sebagainya.

Terdapat pelbagai jenis tembikar yang dihasilkan secara turun temurun antaranya buyung, geluk, labu, jambangan dan bekas perasapan. Tembikar yang terkenal ialah labu iaitu alat untuk menyimpan dan menyejukan air minuman. Labu yang terkenal dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.

2.1.1 Proses Penggarapan Idea dan Motif Seni tembikar

Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu. Bahagian pucuk pula berbentuk seperti kubah masjid. Corak hias labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa bentuk geometri. Selain itu bentu labu juga berbentuk seolah-olah kubah masjid. Semasa proses penghasilan tembikar tradisional, raga hias merupakan aspek penting. Motif yang digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasrkan motif geometri dan organik. Motif ragam hias berunsur geometri biasanya terdiri daripada titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis kerap dijadikan motif tembikar.

Motif geometri seperti garisan berselang seli, titik susun kisi-kisi, titik tahi alat, garis keluh, pucuk rebung, susur kelapa dan sebagainya. Manakala motif organik adalah seperti sulur kangkung, bunga cengkih, bunga pecah lapan, tampuk manggis, bunga lawang, bunga kedudut, bunga tanjung dan sebagainya.

Rajah 1: Jenis-jenis Tembikar

2.2 Seni Batik

Batik merupakan kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.

Perkataan batik berasal dari Indonesia yang bermaksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna dan bercorak. Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan China dalam abad ke 7. Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada sejarah perusahaan batik di negara kita. Kain batik di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su Bin Wan Ishak dari Kelantan. Kain yang digunakan untuk membuat batik dinamakan kain pereir atau kain pelangi iaitu kain sutera tiruan yang diimport dari negara Siam.

Pada masa kini batik telah semakin popular dan dijadikan asas industri tempatan. Tidak banyak bezanya dengan songket, batik juga mempunyai nilai yang tertentu yang dapat membawa maksud khusus. Batik dipakai oleh masyarakat tempatan sebagai kain pasang untuk baju kurung, scarf dan pakaian kasual untuk lelaki. Batik juga telah dijadikan pakaian rasmi kakitangan kerajaan pada setiap hari Khamis. Ini bertujuan untuk meningkatkan martabat batik itu sendiri.

Terdapat empat jenis teknik batika) Batik blok yang menggunakan kayu blog yang kemudiannya digantikan dengan blok tembaga.b) Batik skrin yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker.c) Batik tulis atau canting yang menggunakan alat canting dan melilinkan bahagian untuk dibuat corak.d) Batik pelangi tanpa enggunakan lilin.

2.2.1 Proses Penggarapan Idea dan Motif Bermakna Seni Batik

Motif batik di Malaysia namyal dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan alam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometri. Motif organik berunsurkan alam semula jadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan haiwan. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran.

a) Motif FloraUnsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup, putik, akar menjalar, daun, pucuk dan ranting digunakan untuk menghias kain batik ela. Setiap motif mempunyai motif yang tersendiri. Pada kepala kain motif pucuk rebung selalu digunakan manakala reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.

b) Motif FaunaMotif seperti rama-rama, kumbang, burung, ayam merupakan motif unsur fauna. Tetapi unsur ini kurang digunakan kerana berkaitan dengan pegangan agama Islam. Unsur geometri seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya. Unsur ini sering digabungkan dengan unsure fauna dan mendapat permintaan yang tinggi di kalangan peminat batik.

2.2.2 Ciri-Ciri Islam dan Pengaruh Budaya Dalam Hasil Seni Batik

Memang telah menjadi kelaziman orang Melayu, batik selalunya dipakai oleh golongan wanita. Kain batik sarung dijadikan penutup kepala bagi orang wanita sebagai tanda menutup aurat seperti yang dituntut dalam agama Islam. Selain itu batik sarung uga dijadikan lilit kepala kepada kaum lelaki terutamanya di negeri Kelantan. Ini bertujuan untuk menutup kepala dari pancaran matahari ketika sedang bersawah atau bertani. Kain lilit kepala ini juga dapat digunakan untuk mengelap keringat yang ada pada tubuh. Penekanan kepada aspek kebersihan sangat dituntun dalam agama Islam.

Kehalusan motif yang dilukis jelas menunjukkan sikap kesabaran dan kesederhanaan yang diajar dalam Islam. Motif-motif keindahan yang digambarkan dalam ciptaan baik juga menggambarkan Islam juga menyukai kepada keindahan dan kecantikkan.

Penggunaan motif flora yang digunakan di dalam penghasilan batik menunjukkan kesenian Islam mempunyai hubungan antara manusia dengan tuhan, antara manusia sesama manusia, antara manusia, alam sekitar dan makhluk-makhluk di alam semesta ini yang mempunyai penciptaaNya.

Penggunaan benang sutera dalam penghasilan batik terhad penggunaannya kepada golongan wanita sahaja. Islam melarang kaum lelaki memakai pakaian yang berasal dari sutera. Kelembutan sutera melambangkan sifat wanita yang lemah lembut. Jika dipakai oleh kaim lelaki mungkin tidak tahan lama kerana cara pemakaian kaum lelaki agak kasar berbanding wanita yang penuh sifat kesantunan dan kelembutan.

Rajah 2: Bahagian-bahagian kain batik2.3 Seni AnyamanMenurut Kamus Dewan Bahasa (2005) Edisi 4, perkataan anyaman membawa maksud, hasil daripada mengayam aitu barang yang dianyam. Manakala menurut Siti Zainun dalam buku Reka Bentuk Kraftangan Melayu Tradisi, anyaman bermaksud proses menyilang bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, akar, buluh, rotan, mengkuang, pandan, jut dan sebagainya. Bahan-bahan ini mudah dikeringkan dan lembut.Anyaman yang biasa tidak dihiasi denga kelarai dipanggil anyaman biasa atau ghadas. Anyaman kelarai merupakan anyaman yang terancang dan dilakukan secara serentak ketika proses mengayam dilakukan. Kelarai digubah secara tersusun tunggal atau tersususn dalam ruang tertentu.

2.3.1 Proses Penggarapan Motif dalam AnyamanPada kebiasaannya anyaman kelarai menggunakan dua warna yang berbeza. Terdapat beberapa motif yang kerap digunakan iaitu:a) Kelarai berasas floraKelarai yang berasaskan flora ini menggunakan nama-nama bunga dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kampung atau hutan pada masa dahulu. Nama bunga dan tumbuhan digunakan kerana membawa kepada makna cantik, wangi dan menarik untuk dihias. Selain itu, nama-nama bunga diambil dan dipindahkan dalam bentuk kelarai dengan melihat keratan pada bunga tersebut atau pandangan dari sudut tepi atas atau pandangan atas. Contoh kelarai yang dapat dilihat ialah kelarai bunga durian, kelarai bunga cina. kelarai tampuk manggis dan kelarai bunga cengkih.

b) Kelarai berasaskan fauna

Kelarai kepala gajah kelarai siku keluang, kelarai mata ketitir dan sebagainya merupakan kelarai berasaskan fauna diambil sempena nama haiwan. Nama nama haiwan ini diambil kerana keribadian yang terdapat pada haiwan tersebut. Contohnya kelarai kepala gajah diilhakan daripada corak kain yang terletak di atas kepala gajah yang menjadi tunggangan raja-raja pada zaman dahulu. Gajah merupakan kenderaan yang digunakan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Gajah juga melambangkan kekuatan dan kebesaran yang member semangat kepada masyarakat Melayu.

c) Kelarai berasaskan nama manusia

Kelarai nama manusia dilhamkan kepada pencipta asal kelarai tersebut. Contohnya kelarai Mak Mek yang diambil sempena nama pencipta asal iaitu Hajah Semek yang digelar Mak Mek. Nama pencipta digunakan sebagai tanda penghargaan di atas kreativiti yang telah diguah sendiri tanpa meniru atau melihat simbolik dari sumber lain. Dengan ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sangat menekankan penghargaan dan nilai murni di dalam penghasilan seni anyaman ini.

d) Kelarai berasaskan abstrakAntara contoh kelarai berbentuk abstrak ialah kelarai empat sebilik, kelarai bunga pecah lapan dan kelarai bunga api. Kelarai bunga api memaparkan kehidupan masyarakat di kalangan kanak-kanak yang sering bermain bunga api di waktu perayaan sebagai tanda kegembiraan. Pecahan bunga api ini menjadi simbolik keada kelarai bunga api ini. Ini menunjukkan kehidupan seharian mempengaruhi adat resam dan budaya kepada satu satu hasil seni.

2.3.2 Ciri-Ciri Seni Islam dan Pengaruh Budaya Dalam Penghasilan AnyamanCiri ciri seni Islam yang terdapat di dalam seni anyaman ini dapat dilihat daripada penghasilan tikar sembahyang yang suatu ketika dahulu dijadikan sejadah kepada umat Islam untuk sembahyang. Ini jelas menunjukkan anyaman dapat membantu dalam menerap pengaruh budaya di dalam kehidupan masyarakat. Ini terbukti bahawa masyarakat Melayu memandang tinggi tikar yang digunakan untuk menyembah penciptaNya. Bahan yang bermutu digunakan seperti daun pandan dan lakaran corak yang menarik supaya kelihatan menarik dan bernilai tinggi. Daun pandan digunakan kerana struktur daun pandan yang lebih halus berbanding dengan permukaan daun mengkuang yang kasar akan menjadikan rasa tidak selesa jika digunakan.Seni anyaman mengandungi pengaruhi kerohanian yang tinggi apabila nilai budaya tetap diterapkan di dalam kehidupan harian. Dapat dilihat melalui motif anyaman tikar yang digunakan terdiri daripada motif flora. Islam tidak menggalakkan unsur-unsur haiwan dijadikan barang perhiasan yang dipamerkan. Selain itu, ketepatan, susunan adalah ciri-ciri penting dalam kehidupan. Ketepatan susunan yang rapat melambangkan keakraban dan eratnya kehidupan dalam masyarakat yang boleh mewujudkan perpaduan.

Dipetik dari Blog;http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.htmlRajah 3: Motif Anyaman Kelarai

2.4 Tenunan Songket

Tenunan adalah satu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng ( yang menunggu) dengan benang pakan ( yang mendatang) untuk dijadikan sehelai kain.

Menurut sejarah, tenunan songket hanya dipakai oleh golongan bangsawan- keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan kedudukan tinggi dan pangkat seseorang pembesar. Songket terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13. Songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun dengan tangan, dan mempunyai corak rumit benang emas dan perak. Pusat tenunan songket di Semenanjung bermula di Terengganu. Pada masa kini Terengganu dan Kelantan adalah pusat pengeluar kain tenunan songket yang utama di Malaysia.

Songket adalah lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang tenunan terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah dan menarik. Tenunan songket adalah corak bintang bertabur, jong sarat, dan teluk berantai.

Keanggunan kain songket selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk memperagakan seni budaya, ia juga turut diilhamkan dalam bentuk dimensi baru seperti penghasilan songket dalam bentuk beg tangan, kasut, hiasan dinding, kusyen. Bingkai gambar dan sebagainya, Tradisi menenun masih dapat dikekalkan dan tiada berubah sebagaimana seratus tahun dahulu.

2.4.1 Ciri Ciri Penggarapan Motif Seni Songket

Corak dan motif memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekali gus mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan.

Antara corak yang digunakan: Susunan bunga penuh Susuan bunga bertabur Susunan bercorak

Rajah 4: Corak bunga penuh Rajah 5: Songket sulam tabur Rajah 6: Susunan bercorak Motif yang digunakan pula ialah: Motif Tumbuh-tumbuhan Motif Haiwan Motif Alam/benda Motif Kuih

Reka bentuk kain songket mengandungi badan, kepala, pucuk rebung atau bunga lawi ayam, (dalam bentuk pucuk rebung), di antara kepala dan tepi kain. Rajah 7 : Motif pucuk rebung pada kepala kain songket

a) Motif tumbuhanAntara motif yang diilhamkan daripada tumbuhan puduk rebung, bunga lawi ayam, bunga baling, tapak kecupu., bunga tanjung, bunga cermai, bunga setelop, tampuk kesemak, tampuk manggis dan buah delima.b) Motif abstrakCorak-corakyang dihasilkan berbentuk abstrak pula dinamakan kasap. Pecah lapan, tapak kacip, potong wajik, bunga tiga dara, bunga logam, bunga kerongsang dan kong sarat.c) Motif alam sekitarTenunan songket yang dilhamkan dari motif alam sekitar pula dinamakan bintang buta, air molek, awan larat dan teluk berantai.d) Motif haiwanMotif daripada haiwan pula ialah bunga lawi ayam, unduk-unduk, bunga hati dan sisik kelah.

2.4.2 Ciri-ciri Seni Islam dan Pengaruh Budaya Dalam Hasil Seni Tenunan

Di dalam seni tennan songket, terdapat juga beberapa ciri Islam dan pengaruh budaya semasa penghasilannya. Sebagai contoh songket digunakan oleh raja-raja Melayu sejak zaman berzaman. Ini kerana nilai songket yang terlalu mahal tidak mampu dimiliki oleh masyarakat golongan biasa. Tetapi pada masa kini, songket telah banyak digunakan terutama kepada golongan raja sehari. Budaya yang boleh dilihat ialah masyarakat Melayu masih bertuankan sultan atau raja sebagai tanda taat pada pemerintah.

Selain itu pahlawan melayu dahulu memakai songket sebagai tanda kegagahan dan kepahlawanan Melayu di dalam tampuk pemerintahan. Islam meminta umatnya taat dan payuh lepada pemerintah dan ketua. Maka simboliknya ketaatan dan kepatuhan menjadi amalan dalam kehidupan.

Pengahasilan tenunan songket juga mempamerkan sifat sabar dan tekun di dalam menghasilkan tenunan tersebut. Kedua-dua sifat ini melatih manusia agar bertafakur dan redha dengan apa yang dilalui dalam hidupnya. Islam menyatakan bahawa kesabaran itu adalah sebahagian daripada iman. Maka keimanan yang tinggi diperolehi daripada sifat sabar tersebut. Motif yang ditenun dan dijadikan pakaian juga dapat melambangkan kesopanan si pemakai.

3.0 Analisis Keunikan Dan Kesepaduan Kesenian Islam Dengan Melayu

Kesenian dalam Islam mula tumbuh setelah agama Islam mula berkembang dan bertapak. Umat Islam yang berperang telah berkesempatan melihat dan mengenal kesan-kesan sejarah dan kesenian yang terdapat di daerah-daerah baru. Ramai yang menetap dan mengalami hidup dan suasana baru di tempat yang telah ditakluki. Dengan itu Islam mula bertapak di daerah baru. Secara tidak disedari proses asimilasi berlaku antara masyarakat, kebudayaan dan kesenian yang berlandaskan ajaran Islam. Sebagai Addin, Islam telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada para seniman untuk melahirkan pengucapan rasa keindahan dan pengalaman yang lahir dari naluri asasi manusia yang sememangnya mengarah ke arah keselamatan, kesenangan dan keindahan.

Dalam bidang kesenian Islam memperlihatkan ciri-ciri yang tersendiri. Islam mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong kearah ketaqwaan, kesahihan, kemarufan dan budi yang mantap.

Corak arabes amat dipraktikan di dalam senibina Islam di mana corak ini didapati dalam dua dan tiga dimensi yang tertumpu kepada masalah luasan permukaan. Seni lukis tamadun Islam juga memperlihatkan kehalusan bentuk dan kecemerlangan warna. Objek lukisan yang menghias kulit atau halaman Al-Quran dan kitab-kitab penting dengan unsure-unsur alam seperti dedaunan dan bungaan. Pakaian juga banyak melahirkan pakaian kebudayaan yang berkonsepkan ajaran Islam. Selain menutup aurat, pakaian ini juga melambangkan keperibadian sesuatu bangsa.

Islam mengharamkan seni yang bermatlamatkan hiburan, keduniaan ataupun keseronokan yang keterlaluan. Manusia harus mengemudikan seni menerusi fitrah manusia yang sedia ada berlandaskan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Seni Islam dibentuk untuk melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab. Konsep seni Islam menyaran pengabdian diri kepada Allah dengan menjurus kea rah ajaran tauhid. Kesenian Islam yang membuka ruang kepada pembentukan seni tradisi Melayu. Maka, konsep Islam terdapat dalam kesenian Melayu malah ajarannya juga disemadikan dalam setiap hati umat Islam di negara ini. Kesenian tersebuut melambangkan keagungan Islam dan masyarakat Melayu yang melintasinya setiap kali akan senantiasa diingat supaya sentiasa akur dan pauh kepada keagunganNya.

3.1 Prinsip Kesenian Islam Melayu

Terdapat 6 prinsip kesenian Islam Melayu yang menjadi tonggak utama di dalam proses penghasilan seni yang sememangnya diterapkan dalam proses penghasilkan seni kraf tradisional Melayu. Kesepaduan prinsip-prinsip kesenian Melayu dengan konsep kesenian Islam melambangkan keunikan dan keistimewaan seni itu dengan gaya yang tersendiri. Prinsip-prinsip itu adalah:

a) Prinsip BerhalusPrinsip in menonjolkan daya kreatif orang Melayu. Ia melibatkan konsep di antara atau kemahiran dengan seni. Kemahiran amat diperlukan untuk mencipta sebarang objek seni. Mengikut sejarah menunjukkan bahawa kemahiran dan kepakaran amat penting bagi menghasilkan karya seni yang sempurna. Prinsip ini dapat dilihat dalam penghasilan kraf anyaman yang terdapat pada tudung saji, tikar dan semua jenis kraf perhiasan yang dihasilkan.

b) Prinsip BergunaSetiap karya yang terhasil mempunyai fungsi yang tertentu. Objek seni ukan sahaja digunakan sea individu tetapi digunakan oleh semua golongan masyarakat. Kraf anyaman tudung saji mempunyai kegunaan di dapur dan juga berfungsi sebagai perhiasan dinding pada masa kini. Konsep ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul merupakan konsep yang dipegang oleh kebanyakan orang Melayu dalam menghasilkan karya mereka. Sikap bekerjasama dan bantu-membantu dapat dilihat semasa proses menghasilkan karya kraf anyaman ini. Ukiran kayu pada pintu, tingkap dan tangga serta keris adalah antara perlambangan karya seni yang digunakan oleh orang Melayu.

c) Prinsip BersatuBersatu bermaksud keharmonian sesuatu karya. Kebiasaannya prinsip ini dapat dilihat dari penggunaan warna dan corak yang dihasilkan melalui kraf anyaman orang Melayu. Ia juga mempunyai maksud tersirat tentang intergrasi sesama masyarakat Melayu. Ada perkaitan dan integrasi yang wujud di dalam sesebuah karya seni. Perkaitan yang terhasil dari bunga-bunga melingkar memberikan gambaran komposisi yang kukuh. Belitan tangkai bunga melilit tanpa dibiarkan meliar. Belitan tersebut menggambarkan satu ikatan kukuh yang menyatukan masyarakat. Ia dapat dilihat dalam eknik penghasilan anyaman oleh orang-orang Melayu

d) Prinsip berlawanPrinsip ini melibatkan perkaiatan antara permukaan yang kasar atau licin. Setiap permukaan kasar ataupun licin akan menimbulkan kesan ketegangan yang menjurus kepada kesan penyudahan karya seni yang menarik. Penyudahan yang baik dan sempurna ini diakibatkan oleh jenis-jenis permukaan yang berbeza. Prinsip ini dapat dilihat dalam penghasilan kraf anyaman yang berbentuk perhiasan dinding, bunga pada bakul atau bekas perhiasan yang dihasilkan.

e) Prinsip BerlambangLambang yang dimaksudkan adalah penentu kepada penyatuan antara isi dengan bentuk. Menurut Zakaria Ali (1989), keriis merupakan satu-satunya hasil ciptaan yang membawa segala unsur yang amat diperlukan bagi mempertahankan marua orang Melayu. Tambah beliau lagi, keris bermata dua mampu menjadi kawan dan lawan kerana ia indah tetapi merbahaya. Nilai estetika sesuatu karya seni melayu juga harus melambangkan budaya. Contohnya, keris melambangkan sesuatu yang indah tetapi merbahaya dan selalu dikaitkan dengan kehebatan lelaki Melayu.

Seni anyaman yang melambangkan budaya dan hasil seni masyarakat Melayu yang diamalkan sejak turun temurun lagi. Sesuatu bangsa dapat dikenali melalui teknik dan hasil anyaman yang dibuat. Contohnya terdapat perbezaan kraf anyaman dari keturunan kaum kadazan di Sarawak dengan kaum Melayu di Semenanjung. Kebanyakan hasil anyaman melambangkan kebudayaan masyarakat itu sendiri.

f) Prinsip BermaknaSesuatu objek seni wujud secara intrinsik dan ektrinsik. Ia menjadi dasar kepada setiap penghasilan karya seni seperti anyaman, ukiran kayu, pembuatan keris dan pembentukan huruf-huruf kaligrafi. Jika sesuatu karya bermakna tidak diambil kira dan tidak difahami oleh generasi muda maka kesenian itu akan hilang maknanya. Setiap karya perlu membawa makna tertentu seperti konsep sirih junjung membawa makna pihak pengantin lelaki menjunjung keperibadian pengantin perempuan. Motif anyaman yang dihasilkan juga mempunyai makna-makna tertentu yang dikaitkan dengan unsur-unsur alam flora dan fauna yang terdapat di sekeliling kita.

4.0 Ukiran Kayu Tradisional

Seni kayu merupakan satu proses menggunakan pahat untuk menorah, menggores, memahat dan membuat reka bentuk pada kayu atau barang perhiasan. Seni ukiran adalah seni kraf yang telah lama wujud di la;angan ,asyarakat Melayu. Seni ukiran dipersembahkan melalui ukiran kayu, simen atau batu, logam dan sebagainya. Ukiran kayu mempunyai keunikan yang tersendiri. Seni ukiran kayu merupakan hasil seni yang terawal. Sejarah Melayu mengatakan bahawa seni tradisional ini telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu.

Menurut Halim Nasir (1987:9), seni ukir di Semenanjung Malaysia boleh ditelusuri semenjak zaman batu megalithic dengan penemuan motif-motif pada batu dalam bentuk ular atau naga dan rusa, sehingga kepada penemuan motif dan kaligrafi pada batu-batu nesan yang menandakan zaman kedatangan islam di rantau ini. Dalam konteks seni ukiran kayu, penemuan yang meluas pada rumah kediaman, istana, masjid, rumah wakaf, gerbang dan juga pada senjata, peralatan pertukangan, perabut, perkakas rumah dan perahu.

Seni ukiran kayu memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasilkan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.

4.1 Jenis-Jenis Ukiran Kayu

Ukiran tebuk TimbusSekeping papan ditebuk hingga tembusPengalir udaraUkiran Bunga Timbul-perabot, mimbar masjid dan panel

Jenis-jenis Ukiran Kayu

Ukiran Arca-berbentuk 3 dimensiKeris, hulu senjata kukur kelapa dan congkakUkiran Larik-berbentuk bulatTiang rumah, pemegang tangga

Ukiran layang-ukiran tidak tembus dan tidak mempunyai corak timbul

Rajah 8: Jenis-Jenis Ukiran Kayu

a) Ukiran Layang dibuat pada permukaan kayu

b) Ukiran Bunga Timbul dibuat pada papan, latar papan ditebuk

c) Ukiran Tebuk Tembus kayu atau papan ditebuk hingga tembus d) Ukiran Arca berbentuk 3 dimensi seperti hulu keris & kukuran

e) Ukiran Larik dibuat pada batang kayu yang berbentuk bulat Rajah 9: Ukiran Motif Fauna

Rajah 10: Ukiran Motif Geometri Rajah 11: Ukiran Motif Kaligrafi

Rajah 12: Ukiran Motif Flora

Rajah 13: Ukiran Motif Flora

4.2 Proses Penghasilan Silat dan Kekemasan

Dalam ukiran kayu tradisional, membentuk motif atau bunga ukir merupakan perkara yang terpenting. Bagi ukiran timbul dan ukiran tebuk, motif atau bunga ukir dinamakan silat. Silat berperanan sebagai menampakkan motif ukiran dalam bentuk tiga dimensi.

Tenik silat digunakan adalah untuk mencantikkan motif ukiran tersebut. Maksudnya papan tebuk akan diukir sekali lagi untuk menunjukkan bahagian-bahagian yang timbul dan yang tenggelam. Bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang dimelengkung e dalam serta ditindih akan ditenggelamkan. Semasa membuat teknik silat, ukiran hujungnya di ke bawahkan. Teknik ini penting untuk mencantikkan dan menjelaskan kelembutan motif yang diungkapkan.

Beberapa jenis silat utama ialah silat belah rotan (bahagian tepi tebukan dibulatkan), silat daun tumar (hampir sama dengan silat belah rotan, tetapi lengkungan daunnya lebih hidup), silat serong ( juring-juring tajam kerana sebelahnya direndahkan), silat leper ( jenis silat yang paling senang dibuat), silat minangkabau (bahagian tepi tebukan semua diratakan dan meninggalkan batas yang tajam). Jenis-jenis silat ini biasanya akan disesuaikan mengikut bentuk gubahan motif atau bentuk ukiran tersebut.(sumber : Diolah Dan Dipetik Daripada Simbolisme Dalam SeniBina Rumah Melayu Kelantan,1995.

4.3 Hubungkait Ukiran Kayu dengan Falsafah, Makna dan Nilai

Seni ukiran melibatkan seni yang melibatkan ketelitian dan kekemasan yang tinggi. Di dalam seni ukir, hasil yang boleh diperolehi seperti pintu, bingkai ambar, perabot rumah, peralatan rumah seperti rehal, kukur kelapa, hulu dan sampir keris serta bahagian-baagian tertentu rumah. Selain itu, motif yang digunakan dalam ukiran seperti daun atau sulur yang sentiasa tunduk ke bawah membawa lambang kepatuhan manusia kepada tuhan. Manusia merupakan makhluk yang paling rendah jika dibandingkan dengan penciptaNya. Ini membuktikan bahawa pemikiran manusia begitu kreatif di dalam kehidupan seharian yang berlandaskan kepada keagamaan. Secara tidak langsung ia akan mengingatkan manusia kepada kekuasaan penciptaNya di samping sentiasa bersyukur dalam hidup.

Para pengukir Melayu sentiasa menerapkan falsafah dan kerohanian kehidupan dan sahsiah peribadi orang Melayu sebagai salah satu budaya, adat resam di samping mengekakan nilai-nilai keagamaan. Jika dilihat mengapa rehal dicipta, kerana pada masa dahulu masyarakat Islam membaca Al-Quran dengan memegang menggunakan tangan. Untuk memudahkan pembaca Al-Quran, rehal dicipta dan diukir daripada kayu. Ini melambangkan keunikan yang terdapat dalam masyarakat betapa tingginya tahap kreativiti manusia dapat mereka dan mengukir dengan cantik.

Penggunaan motif arabes banyak melibatkan ruang pengudaraan pada bangunan terutamanya masjid dan rumah. Ini mewujudkan keselesaan ketika umat islam menunuaikan sholat lima waktu. Motif arabes yang digunakanjuga di rumah yang mempunyai lubang angin boleh menjadikan udara di dalam rumah boleh dikitarkan dan keadaan rumah menjadi sejuk.5.0 Kesimpulan

Kraf tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia. Kraf tangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam Melayu. Sumber proses pembuatan yang mudah didapati di persekitaran mereka. Namun keunikan yang terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya, estetika dan fungsi kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Kraf tradisonal adalah warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita pada masa dulu. Hasil ciptaan ini kaya dengan unsur-unsur budaya dan unsur-unsur keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis dan warnanya.

Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukira kayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya. Namun factor modenitasi seperti cuaca dan factor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi penyebab yang semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap karya kesenian tradisi ini.

Olah yang demikiansebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni Kraf Tradisional kita seperti seni tenunan, anyaman, seni ukiran, pembuatan wau, gasing, dan batik yang tidak ada di negara-negara lain. Kraf tradisional kita disanjung dan dipandang tunggu di mata dunia setaraf dengan kraf-kraf negara Barat. Seharusnya kita sebagairakyat Malaysia patut menanamkan rasa cintakan seni tradisional di kalangan generasi baru agar seni ini tidak terpupus. Bak kata pepatah tak lapuk di hujan, tak lekang dek panas.

(5072 patah perkataan)

6.0 RujukanKamus Dewan Bahasa (2005) Edisi 4, Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.Katheleen Chee. (2009) . Focus Sukces SPM Pendidikan Seni Visual. Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Kumpulan Esei Budaya Kuala Lumpur. ( 1983 ). Sirih Pinang, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Mohd Johari Ab Hamid. ( 2004 ). Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Malindo Printers Sdn Bhd. Selangor.

Siti Zainon Ismail. (1997). Tekstil Tenunan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Siti Zainon Ismail.(1986).Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Kuala Lumpur.Wan Burhanuddin.(1981). The Malay House: Rationale and ChangeZailani Yaacob& AzimahA. Samah.(2004). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4. Penerbitan Publisition Sdn Bhd. Selangor.

Laman Web:http://bobezani.tripod.com/budaya.htmhttp://callidesign.blogspot.com/http://diwanikraf.com/tag/seni-khat/http://eprints.ptar.uitm.edu.my/1345/1/JOHAN_BIN_ABDUL_85_24.pdf http://impak.uitm.edu.my/?page_id=1208http://kini2u.com/v1/tag/senibina-rumah-tradisional/http://perak.uitm.edu.my/kutai/images/present_paper/evolusi%20bentuk%20dan%20 http://resam-melayu.com/2010/08/rumah-melayu-tradisional.htmlhttp://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=308030http://www.hbp.usm.my/wburhan/arkitektursbina.htm http://www.islamgrid.gov.my/articles/seniislam/pengenalan.php

7.0 LampiranLampiran A: Peralatan Ukiran

Lampiran B: Jenis-jenis Silat Ukiran

Lampiran C: Proses Mengukir

HBAE 3103 JAMALINA SAMSUDIN 7