modul oum-pqe 3103

21
Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660 HBQE3103 1.0 PENGENALAN Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 2:21: Maksudnya : “Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-sebenar bacaan, mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang – orang yang rugi.’ Ayat diatas menerangkan bahawa Allah s.w.t memuji hambanya yang membaca Al- Quran dengan kesungguhan dalam menyempurnakan hak setiap sifat huruf dan menepati qiraat sepertimana yang diturunkan. Apabila kita membaca Al-Quran dengan sebenar-benar bacaan ianya akan menjadi lebih sempurna dan dekat dihati pembaca terutamanya jika dibaca dengan kelunakan suara dan lagu yang dikenali sebagai tarannum. 2.0 PENGERTIAN TARANNUM Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Nada : tingkatan atau tekanan bunyi suara. Rentak : pergerakan yang menghidupkan bunyi suara. Irama : alunan atau bentuk bunyi 3.0 SEJARAH TARANNUM Sebagaimana yang diketahui, Tarannum Al-Quran merupakan satu kaedah yang menggunakan kelunakan suara dalam membacakan ayat-ayat suci Al-Quran al-karim. Suara adalah suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara kerongga-romgga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut kehendak yang tertentu. 1

Upload: nabila-farhana

Post on 14-Dec-2014

190 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

1.0 PENGENALAN

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 2:21:

Maksudnya : “Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang

mereka membacanya dengan sebenar-sebenar bacaan, mereka itulah orang-orang yang beriman

kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang – orang yang rugi.’

Ayat diatas menerangkan bahawa Allah s.w.t memuji hambanya yang membaca Al-

Quran dengan kesungguhan dalam menyempurnakan hak setiap sifat huruf dan menepati qiraat

sepertimana yang diturunkan. Apabila kita membaca Al-Quran dengan sebenar-benar bacaan

ianya akan menjadi lebih sempurna dan dekat dihati pembaca terutamanya jika dibaca dengan

kelunakan suara dan lagu yang dikenali sebagai tarannum.

2.0 PENGERTIAN TARANNUM

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada,

rentak dan irama tertentu.

Nada : tingkatan atau tekanan bunyi suara.

Rentak : pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.

Irama : alunan atau bentuk bunyi

3.0 SEJARAH TARANNUM

Sebagaimana yang diketahui, Tarannum Al-Quran merupakan satu kaedah yang

menggunakan kelunakan suara dalam membacakan ayat-ayat suci Al-Quran al-karim. Suara

adalah suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara

kerongga-romgga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang

lain mengikut kehendak yang tertentu.

1

Page 2: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

Mengikut sejarahnya , Tarannum atau muzik adalah merupakan sebahagian daripada

budaya sesebuah masyarakat setempat . Ia juga diilhamkan melalui beberapa unsur seperti

rajah di bawah.

BUNYIAN DARIPADA TIUPAN ANGIN.

BUNYIAN DARIPADA GESERAN KAYU

ASAL USUL

TARANNUM

BUNYIAN AIR YANG MENGALIR

BUNYIAN KICAUAN BURUNG

Rajah : Asal usul tarannum

Rasulullah s.a.w menerima Al-Quran pada tahun 610 Masihi. Baginda memerintahkan

umatnya membaca Al-Quran dengan suara elok serta diperindahkan lagi ( tazyin / tarannum ).

Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang mashur sebagai qari – qari yang baik

antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari RA dan ramai lagi. Kemudian pada

zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah bin Qis di Kufah ( 62 Hijrah ). Abdullah

bin Saib di Mekah ( 70 Hijrah ) dan lain – lain.

2

Page 3: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

Oleh kerana tarannum adalah sesuatu yang bersifat seni pendengaran, maka Jumhur qurra

bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah

s.a.w itu.

Ketika zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat

berkembang serta mempunyai berbagai aliran . Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga

membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya :

1. Misri ( Mesir )

2. Hijazi ( Mekah dan Madinah )

3. Iraqi

4. Kurdi ( sempadan Iraq dan Turki )

5. ‘Ajami ( Iran ) dan lain-lain.

Kini aliran yang paling popular dan diterima diseluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari

Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum atau lebih mereka

sebutkan sebagai ilmu maqamal itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta

mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.

4.0 PERBANDINGAN ANTARA ALIRAN HIJAZI DAN ALIRAN MISRI

ALIRAN HIJAZI ALIRAN MISRI

• Padang pasir

• Bukit bukau

• Suhu tinggi

Lalu : irama dan rentaknya lincah dan nada

suaranya tinggi kehangatan.

• Lembah Nil

• Subur menghijau

• Suhu sederhana

Lalu : irama dan rentaknya lembut dan

suaranya sederhana kemanisan

Jadual : Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri

3

Page 4: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

5.0 HUKUM UMUM BERTARANNUM

Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim – ulama , dapat kita fahami bahawa

hukum bertarannum adalah seperti berikut :

1. Fardhu ( kifayah ) – jika hanya dengan berlagu sahajalah masyarakat ingin

mendekati Al-Quran.

2. Sunat – jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.

3. Harus – untuk mengambil keseronokan mendengar alunan Al Quran yang indah.

4. Makruh – jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.

5. Haram – jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru lagu-lagu keagamaan lain,

meniru-niru penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.

Kata Ibnu Kathir :” Bahawasanya berlagu yang dikehendaki mengikut hukum syarak

hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan ( tadabbur ), kefahaman,

kekhusyukan, kerendahan hati serta membawa kearah ketaatan kepada Allah s.w.t.

6.0 FALSAFAH TARANNUM

Definisi falsafah menurut Ahmad Sunawari Long dalam bukunya Sejarah Falsafah

adalah merupakan gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein dan sophos yang bermaksud

“menyintai dan hikmah”. Menurut Plato, falsafah adalah kajian terhadap sesuatu yang benar,

baik dan cantik. Manakala Al-Kindi, seorang ahli falsafah Islam mendefinisikan falsafah

sebagai suatu ilmu mengenai hakikat sesuatu ( Tuhan ) yang berada dalam kemampuan

manusia untuk mencapainya.

Jelasnya, falsafah merupakan batu asas dalam mengerakkan hala tuju sesuatu bidang.

Dalam bidang tarannum Al-Quran, falsafahnya adalah berkisar dalam lingkungan melagukan

bacaan Al-Quran iaitu satu usaha kea rah memperkasakan amalan membaca Al-quran dengan

menjaga mutu dan kualiti yang bertepatan syara’bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan

pendengar kepada keagungan Allah Tuhan Pencipta. Oleh itu, bertarannum tanpa memahami

falsafahnya merupakan amalan yang sia-sia dan suatu penyelewengan terhadap nilai ilmu itu

sendiri.

4

Page 5: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

Tarannum dan ilmu al-aswat (ilmu suara) adalah pasangan kembar yang tidak dapat

dipisahkan kerana tarannum (lagu) itu berdiri diatas suara yang diperindahkan. Suara yang

sebaliknya pula bakal mencacatkan tarannum.

Bertitik tolak dari kefahaman hadis inilah, Kerajaan Malaysia melalui agensinya Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kursus-Kursus Tahsin Al-Quran.

Seorang pakar Tarannum tanah air, Al-Fadhil Tuan Haji Nik Jaafar Nik Ismail

menjelaskan: untuk menguasai ilmu tarannum, menguasi ilmu-ilmu berikut secara bersepadu;

a). Ilmu al-aswat – sebagai induk.

b). Ilmu tajwid.

c). Ilmu tarannum.

d). Ilmu tartil (lahjah arabiah) – kurikulum bersepadu.

6.1 Ilmu Al-Aswat – ٍٍSebagai Induk

Tarannum dan ilmu al-aswat (ilmu suara) adalah pasangan kembar yang tidak dapat dipisahkan

kerana tarannum (lagu) itu berdiri diatas suara yang diperindahkan. Suara yang sebaliknya pula

bakal mencacatkan tarannum. (vokal) sebegini menyebabkan suara mereka kedengaran lebih

manis dan merdu.

Seorang pakar tarannum Mesir, Syeikh Fatihi Hassan Maliji menjelaskan para Qari

hendaklah “menjauhi daripada menggetarkan suara atau menggerakkan suara dan

mengombakkan suara dengan kuat (berlebihan sehingga boleh menjejaskan kualiti suara dan

menyebabkan lari dari kaedah maqam asal)”.

Johan Qari Peringkat Antabangsa 1999, Hj Che Yahya Daud mendedahkan rahsia

tambahan kearaban suara di dalam Tarannum seperti yang diamalkan oleh Qari-qari mesir yang

muktabar seperti berikut;

1. Suara turun menjunam.

2. Suara naik mencanak.

3. Suara turun dan buka.

4. Suara goncang.

5. Suara goyang.

6. Suara semacam seruling (flute).

5

Page 6: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

7. Suara gantung (separuh ihtilal al-lahn).

8. Suara meletup-letup.

Sungguhpun dilarang meniru penyanyi untuk melagukan Al-Quran, tetapi terdapat satu

hadis RasuluLlah memuji seorang sahabat Baginda, Abu Musa Al-Asy’ari RA, yang membaca

Al-Quran dengan suara semacam seruling. sabda RasuluLlah SAW:

رواه(لقد اعطيت مزمارا من مزامر آل داوود

.(البخارى ومسلم

Sesungguhnya bertuah engkau dianugerahkan Allah dengan (suara semacam) seruling

dari jenis seruling keluarga Nabi Daud AS.

6.2 Ilmu Tajwid

Tajwid adalah suatu kewajiban kerana tajwid boleh menyebabkan sah-batal solat dan

tajwid jugalah yang jelas membezakan seseorang qari itu kearaban atau tidak. Justeru, setiap

Qari hendaklah sentiasa mengambil berat perkara-perkara yang berikut;

6.2.1 Ketepatan cara menyebut huruf-huruf yang terdapat di dalam Al-Quran; sifatnya

dan makhrajnya (tempat keluar bunyi sebutan huruf-huruf tersebut).

6.2.2. Ketepatan cara membunyikan bacaan Al-Quran semasa pertemuan huruf- huruf.

6.2.3. Ketepatan cara mensaktah, berqalqalah, bermad dan lain-lain.

6.3 Ilmu Tarannum

(ابو داوود). زينوا القرأن بأصواتكم

Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan Al-Quran dengan suara-suara

kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu.(

Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan Al-Quran. Tarannum sangat berkait rapat

dengan suara kerana dari suara yang elok dan tersusunlah lahirnya tarannum.

Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:

6

Page 7: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

a). Tarannum bit Tahqiq – Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu

tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul

Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran

Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

b). Tarannum bit Tadwir – Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu

tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al-Mukarramah dan

Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais

dan lain-lain.

6.4 Ilmu Tartil (Lahjah Arabiah) - Kurikulum Bersepadu

4(الزمل: ورتل القرأن ترتيل )

“Dan bacalah Al-Quran dengan tartil.”

Seorang sahabat RasuluLlah S.A.W yang ulung, yang juga merupakan pakar rujuk

pembacaan Al-Quran di zamannya, Abdullah Ibni Mas’ud RA telah menjelaskan tartil Al-

Quran seharusnya merangkumi dan mensepadukan bebarapa kaedah dengan katanya: “Bahawa

syarat-syarat mentartilkan Al-Quran hanya empat perkara;

1. Bertajwid (mengikut kaedah ilmu tajwid).

2. Bertazyin (kaedah bertarannum / memperlagukan)

3. Tahsin Al-Sout (pembaikan suara)

4. Lahjah Arabiah (menyebut kalimah-kalimah Al-Quran mengikut kaedah bahasa dan

budaya sebutan orang arab).

6.5 Pengenalan Suara

Suara adalah satu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari peperu menerusi alat

salur kerongga-kerongga mulut atau hidung.Kemudian akan ditentukan bunyinya oleh alat-alat

pertuturan yang lain.

7

Page 8: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

6.6 Kepentingan Suara

Suara merupakan salah satu daripada nikmat kurniaan Allah kepada manusia.Yang

mana tidak kurang pentingnya di dalam arena hidup seseorang ianya berfungsi sebagai alat

perhubungan, penyebaran dan penyampaian rasa hati.Samada suka duka, perintah tegah kasih

benci, memohon merayu, beribadat bermunajat dan sebagainya.

6.7 Suara Boleh Di proses Dan Di pelajari

Suara manusia adalah paling teristimewa kerana ianya boleh di proses.Boleh di pelajari,

dilatih dan di sesuaikan mengikut kehendak yang tertentu ,seperti memberi persesuaian dengan

berbagai jenis suara haiwan.Berbagai bunyi alat muzik , gaya pertuturan (bahasa) manusia dan

sebagainya. Untuk mendapat keistimewaan tersebut perlulah di proses dan di pelajari dengan

cara yang tertentu.

6.8 Seni Suara Untuk Al-Quran

Tiap-tiap suatu ciptaan Allah memang mempunyai seninya yang semulajadi. Demikian

juga suara manusia.Setelah di kaji maka ianya adalah bagaimana berikut :-

Pertama: Seni asli

Iaitu seni ciptaan Allah yang semulajadi. Ianya tidak dapat di pertikaikan oleh sesiapapun.

Kedua: Seni sinaie

Iaitu seni kreatif manusia untuk membina seni ciptaan semulajadi tersebut. Perbuatan begini

adalah termasuk di bawah falsafah ‘Mensyukuri Nikmat Allah’.

Oleh yang demikian amat sesuai sekali jika ianya di pergunakan untuk bacaan ayat-ayat suci al-

Quran. Kerana itu adalah di galakkan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadis.

6.9 Penilaian Kesenian Sebenar

Sebenarnya kehidupan ini diciptakan oleh Allah dengan penuh kesenian. Hanya manusia

mempunyai penilaian dan persepsi yang berbeza mengikut pengalaman, pengajian dan

pengetahuan yang berbeza. Dari perspektif Islam kesenian yang paling agung adalah Al_quran

itu sendiri yang sudah pastinya penuh dengan pelbagai seni sesuai dengan taraf

Ianya sebagai mukjizat daripada Allah swt. Dari sudut suara pula tentunya suara yang berseni

dan berkualiti tinggi adalah selayaknya untuk membaca ayat-ayat suci AlQuran. Ini bergantung

8

Page 9: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

kepada kemampuan seseorang individu itu, namun usaha yang bersungguh –sungguh amat

perlu dipertingkatkan.

6.10 Mengelokkan Suara Untuk Bacaan Al-Quran

Mengelokkan suara untuk bacaan al-quran adalah sunat kerana ianya dapat

menghasilkan bacaan yang baik dan terhormat.

6.10.1 Mengenal sifat-sifat suara

Sifat suara terbahagi kepada empat katogeri:-

Pertama: Terbaik

Ianya mempunyai sebelas sifat iaitu ketepatan nada, tinggi, rendah, garau, lembut, manis, licin,

bersih, terang, lantang dan tajam.

Kedua: Baik

Ianya mempunyai sepuluh sifat iaitu ketepatan nada, sederhana, rendah, garau, lembut, manis,

licin, bersih, terang dan lantang.

Ketiga: Kurang baik

Ianya mempunyai sembilan sifat iaitu ketepatan nada, tinggi, kecil, lembut, manis, licin, bersih,

terang dan tajam

Keempat: Tidak baik

Ianya mempunyai sifat-sifat yang berikut :-

Sumbang, nipis, lembap, lemah, keras, serak, pecah, parau, terketar-ketar, tenggelam, tersepit,

terputus, tercekik dan sebagainya.

Suara dalam kategori yang pertama, kedua dan ketiga adalah istimewa dan senang di

pelajari.Manakala suara dalam kategori yang keempat adalah suara yang bermasalah yang perlu

di perbaiki dan di ubahsuai dalam jangka masa yang panjang.

6.11 Teknik Mentahsinkan Al-quran

Tahsin as-saut adalah hasilan dari prosesan bunyi oleh alat-alat pengendalian suara

dengan rapi dan cermat.

a. Teknik penekanan pernafasan, untuk lembut atau keras.

9

Page 10: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

b. Teknik pengendalian pipit suara, untuk nyaring atau perlahan

c. Teknik penyaluran bunyi, untuk kemanisan dan kelicinan.

d. Teknik pengawalan nafas, untuk memanjang atau memendek nafas.

6.11.1 Mengenal Tabaqoh (tingkatan) suara

Terdapat empat tabaqoh dalam bidang taranum al-quran iaitu:-

1. Tabaqoh pertama (qoror) ianya berfungsi di dada

2. Tabaqoh kedua (nawa) ianya berfungsi pada tekak

3. Tabaqoh ketiga (jawab) ianya berfungsi pada rongga hidung

4. Tabaqoh keempat (jawab-buljawab) ianya berfungsi pada rongga otak

6.11.2 Peranan suara dalam bidang bacaan al-Quran

Di antara peranan suara dalam bidang bacaan al-quran adalah bagaimana berikut :-

a. Memberi penyesuaian dengan kehendak lughah al-quran

b. Memberi penyesuaian dengan bentuk dan ragam ayat-ayat al-Quran

c. Memberi penyesuaian dengan irama taranum bil quran

d. Memberi penyesuaian dengan lahjah arab

6.11.3 Mengenal Burdah (bunga-bunga) Suara

Suara yang terhias dengan burdah adalah lebih menarik. Pada umumnya burdah itu

terbahagi kepada dua :-

Pertama: Burdah asli

Iaitu suara yang hidup, mempunyai getaran dan gerenek-gerenek yang semulajadi.

Kedua: Burdah sinaie

Iaitu bunga –bunga suara yang sengaja digubah dan disusun rapi mengikut kehendak

jenis tarannum yang dipersembahkan.

6.11.4 Menjaga kualiti suara

Nikmat suara yang di kurniakan Allah wajib di jaga.Antara langkahnya ialah :-

Pertama: Menjaga kesihatan fizikal (badan)

10

Page 11: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

a. Dengan memakan makanan yang seimbang.

b. Dengan bersukan atau bersenam yang ringan demi untuk menguatkan otot-otot

dan urat saraf.semoga tenaga bersuara bertambah selesa.

Kedua: Menjaga kesihatan suara.

a. Jauhilah dari makan atau minum bahan yang terlupa panas atau pedas

b. Jauhilah dari makan makanan yang kelat, yang bergetah atau yang berminyak.

c. Jauhilah dari makan makanan yang boleh membawa kesan berubahnya suhu

badan seseorang.

d. Seelok-eloknya jauhilah diri dari merokok.

Ketiga: Banyakkanlah makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berzat.

Keempat: Banyakkanlah minum air sejuk tanpa ais sehingga melebihi lima liter sehari.

7.0 SUSUNAN TARANNUM YANG POPULAR DI MALAYSIA

Qari dan Qariah dari Malaysia masa kini telah menyusun lagu bacaan Al-Quran dan

mempopularkannya seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

BIL JENIS LAGU / TARANNUM CATATAN

1 Bayyati – Soba – Hijaz – Nahawand dan Rast 50% qari dan qariah mengamalkan

kedua dua bahagian ini.

2 Bayyati – Hijaz – Nahawand – Rast dan Sikah 50% qari dan qariah mengamalkan

bahagian ini.

3 Bayyati – Nahawand – Rast – Sikah dan

Jiharkah

15% qari dan qariah mengamalkan

bahagian ini.

11

Page 12: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

4 Bayyati – Soba – Nahawand – Rast dan Sikah 15% qari dan qariah mengamalkan

bahagian ini.

5 Bayyati – ‘Iraqi – Hijaz – Sikah dan Rast 5% qari dan qariah mengamalkan

bahagian ini.

Jadual : Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia.

Dalam penulisan ringkas ini, penulis akan menukilkan serba sedikit pengertian, sejarah asal,

sifat-sifat dan peranan-peranan penting tarannum.

7.1 TARANNUM BAYYATI

Perkataan Bayyati adalah dari Bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.

Istilahnya pula bermaksud nama bagi suatu jenis alunan tarannum yan dipopularkan oleh qari –

qari Arab terutama qari Mesir.

Tarannum Bayyati mula diperkenalkan di Tanah Melayu ini kira-kira pada tahun 1940

an sehingga kini. Ianya amat terserlah sekali, jika sesuatu persembahan bacaan Al-Quran itu

tidak dimasukkan tarannum Bayyati,maka dirasakan belum lengkap dan belum sempurna.

7.1.1 Sifat-sifat Tarannum Bayyati

a). mempunyai kelembutan disamping ketegasan.

b.). mempunyai kesesuaian dengan tabaqat sederhana.

c). mempunyai unsur keharmonian dan ketenangan.

d). mempunyai kesesuaian dengan tarannum pembukaan dan penutup.

Mengenal sifat – sifat tarannum adalah mustahak, jika tidak, tentunya sukar untuk

mengawal dan menyusun harakat-harakatnya dengan baik dan mungkin kehilangan punca yang

menyebabkan tersasul kearah yang tidak diingini.

12

Page 13: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

7.1.2 Peranan Tarannum Bayyati

a.). memantapkan persembahan bacaan.

b). menjadi pengukuran kepada tarannum yang akan dipersembahkan sesudahnya.

c). membawa kefasihan menyebut huruf-huruf Al-Quran.

d). dapat melahirkan kemukjizatan Al-Quran dari sudut bacaan.

Seorang qari atau qariah yang tidak dapat menghayati peranan sesuatu tarannum itu,

mungkin mesej yang hendak disampaikan tidak kesampaian, kerana tarannum itu sendiri adalah

sebahagian daripada alat penyampaian Al-Quran kepada masyarakat.

7.2 TARANNUM SOBA

Perkataan Soba adalah dari bahasa Arab yang bermaksud rindu. Dari Sudut istilah

adalah nama bagi suatu jenis alunan tarannum yang dipopularkan oleh pakar tarannum Arab

mengikut budaya mereka.

Tarannum Soba dipopularkan di Tanah Melayu selepas perang dunia yang kedua.

Tarannum Soba yang kita hayati sekarang adalah hasil ubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut

budaya mereka. Ianya begitu terserlah sekali, sehinggakan di mana suatu persembahan tilawah

Al-Quran yang tidak dimasukkan tarannum Soba maka dirasakan belum lengkap.

7.2.1 Sifat-Sifat Tarannum Soba

a) Mempunyai alunan yang embut mendayu.

b) Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat sederhana.

c) Mempunyai kesesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan memohon,

merayu, merintih dan sebagainya.

7.2.2 Peranan Tarannum Soba

a) menenangkan persembahan bacaan.

b) membawa kepada kekusyukan dan keinsafan.

c) memberi kefasihan sebutan huruf-huruf Al-Quran.

d) melahirkan kemukjizatan Al-Quran dari sudut bacaan.

13

Page 14: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

7.3 TARANNUM HIJAZ

Hijaz ialah nama bagi suatu kawasan semenanjung tanah Arab yang terletaknya

negara seperti Yaman dan Arab Saudi, di dalamnya termasuk kota Mekah dan kota Madinah.

Pada istilah ilmu tarannum ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan tarannum yang

dipopularkan oleh oleh qari-qari Hijazi mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan

padang pasir tandus yang berbukit bukau dengan batu-batu pejalnya. Sehingga kini tarannum

Hijazi tersebut telah pun diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut budaya bangsanya yang

hidup dikawasan lembahan Nil yang begiti subur menghijau. Tarannum Hijaz berlembah

Masri adalah lebih lembut dan lebih menarik yang agak lebih bersesuaian dengan kelembutan

bahasa Al-Quran.

7.3.1 Sifat-Sifat Tarannum Hijaz

a. mempunyai gerak lambat tetapi perlahan.

b. mempunyai ketegasan pendorong semangat.

c. mempunyai kelincahan menghidupkan persembahan.

d. mempunyai kesesuaian dengan mana – mana tobaqat.

e. Mempunyai kesesuaian dengan ayat yang menunjukkan perintah, tegah atau marah.

7.3.2 Peranan Tarannum Hijaz

a. memberi semangat kepada persembahan bacaan.

memberi kepuasan kepada pembaca dan pendenga

b. memberi tenaga kepada tarannum yang akan dibaca.

c. membawa ketegasan terhadap mesej Al-Quran.

d. membawa kefasihan sebutan huruf-huruf Al-Quran.

e. melahirkan kemukjizatan Al-Quran dari sudut bacaan.

7.4 TARANNUM ‘IRAQI

Iraq adalah nama bagi sebuah negeri yang bersempadan dengan negeri-negeri Arab

Saudi, Kuwait dan Iran yang mana penduduknya terdiri dari rumpun bangsa Arab tulin.

14

Page 15: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

Pada istilah ilmu tarannum, ‘Iraqi itu adalah nama bagi suatu alunan tarannum yang

dialunkan mengikut budaya qari-qari ‘Iraqi yang hampir sama dengan budaya qari-qari Hijazi.

Sehingga kini ianya telah diubah suai oleh qari-qari Mesir mengikut budayanya, walau

bagaimana pun identiti asalnya masih dikekalkannya.

7.4.1 Sifat-Sifat Tarannum ‘Iraqi

a. mempunyai gerak lambat yang berkesan.

b. Mempunyai kelembutan yang meresap jiwa.

c. Mempunyai kesederhanaan dann ketenangan.

d. Mempunyai kesesuaian dengan tabaqat sederhana.

e. Mempunyai kesesuaian dengan ayat yang menunjukkan memohon,mencerita,

berdialog dan sebagainya.

7.4.2 Peranan Tarannum ‘Iraqi

a. untuk menenangkan ketegangan persembahan.

b. Untuk melahirkan ketenangan jiwa.

c. Untuk melahirkan kefasihan sebutan.

d. Untuk menyempurnakan mesej ayat Al-Quran.

e. Untuk melahirkan kemukjizatan Al-Quran.

7.5 TARANNUM NAHAWAND

Perkataan Nahawand adalah nama bagi suatu tempat yang terletak di daerah Hamadan

Parsi.

Pada istilah ilmu tarannum ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan tarannum yang

dipopularkan oleh qari-qari daerah tersebut mengikut budaya tempatan, ianya berasal dari

Parsi, tetapi tarannum Nahawand yang kita hayati sekarang adalah hasil dari ubahsuaian oleh

qari-qari Mesir mengikut budaya mereka. Sehingga kini kepopularnya amat terserlah sekali,

mungkin disebabkan oleh sifat kesederhanaannya yang mampu membuka jiwa.

7.5.1 Sifat-Sifat Tarannum Nahawand

a. mempunyai gerak ringan yang berkesan.

15

Page 16: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

b. Mempunyai kelembutan yang sungguh berkesan.

c. Mempunyai kesesuaian dengan tabaqat sederhana.

d. Mempunyai kehalusan seni yang mempersonakan.

e. Mempunyai kesesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan memohon, bercerita

dan sebagainya.

7.5.2 Peranan Tarannum Nahawand

a. Melembutkan bacaan.

b. Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.

c. Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.

d. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

e. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

7.6 TARANNUM RAST

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini

tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

7.6.1 Sifat Tarannum Rast

a. Gerak lembut disamping ketegasan.

b. Kelembutan alunan.

c. Lincah menyemarakkan.

d. Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

e. Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

7.6.2 Peranan Tarannum Rast

a. Memberi semangat kepada persembahan.

b. Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.

c. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

d. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

e. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

16

Page 17: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

7.7 TARANNUM SIKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7

masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir

mengikut zouq budaya mereka.

7.7.1 Sifat Tarannum Sikah

a. Gerak lambat meyakinkan.

b. Kelembutan menusuk kalbu.

c. Berciri kesedihan dan kerintihan.

d. Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.

e. Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

7.7.2 Peranan Tarannum Sikah

a. Melembutkan persembahan.

b. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

c. Membawa kekhusukan dan keinsafan.

d. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

e. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

7.8 TARANNUM JIHARKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7

masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir

mengikut zouq budaya mereka.

7.8.1 Sifat Tarannum Jiharkah

a. Gerak ringan yang berkesan.

b. Kelembutan menusuk kalbu.

17

Page 18: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

c. Harmoni.

d. Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.

e. Sesuai dengan tobaqot sederhana.

7.8.2 Peranan Tarannum Jiharkah

a. Menenangkan ketegangan persembahan.

• Melembutkan persembahan.

• Membawa kekhusukan dan keinsafan.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

8.0 PENUTUP

Rasulullah s.a.w bersabda ;

ما أذن الله لشئ ما أذن لنبى حسن الترنم با لقرءان

(رواه البخارى)

Ertinya : apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya

yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan Al-Quran.

Hadith ini menunjukkan bahawa tindakan kita terhadap sesuatu itu pastinya mendapat keizinan

Allah, dan untuk itu contohilah tindakan nabinya yang selalu mengelokkan bacaan. Oleh itu

bacalah Al-Quran dengan bertarannum.

Berdasarkan penjelasan-penjelasan diatas, maka bolehlah dirumuskan bahawa para qari

yang ingin tarannum dan suara mereka untuk bacaan Al-Quran sewajarnya menitik beratkan

beberapa perkara seperti berikut;

18

Page 19: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

1. Berusaha sedaya upaya untuk menguasai kaedah sebutan kalimah-kalimah Al-

Quran dengan tepat (tajwid dan kefasihan) serta mengikut budaya sebutan orang

Arab.

2. Mempelajari ilmu tatabahasa arab (nahu) supaya tepat ibtida’ (memulai) dan waqaf

(berhenti).

3. Semasa hendak mempersembahkan bacaan Al-Quran, berusahalah untuk memahami

maksud ayat-ayat Al-Quran yang dibaca dan seterusnya menerapkan dengan

tarannum yang sesuai.

4. Sila pastikan susunan harkat dan susunan tobaqot suara rapi dan bersesuaian demi

untuk mencapai ke tahap persembahan yang baik.

5. Mendengar dan memperaktikkan kaedah mengeluarkan suara (vokal) qari-qari arab

yang muktabar.

6. Semasa hendak mempersembahkan bacaan Al-Quran, berusahalah untuk memahami

maksud ayat-ayat Al-Quran yang dibaca dan seterusnya menerapkan dengan

tarannum yang sesuai.

7. Para qari sewajarnya memastikan susunan tarannumnya rapi dan bersesuaian

dengan kemampuan suara..

8. Akhirnya, sentiasalah menjaga sifat ikhlas di hati semasa membaca Al-Quran.

9. RUJUKAN

19

Page 20: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

Al-Quran Al-Karim \

Al-Hadith As-Syarif

Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail (1998), Buku Qawaid At-Tarannum. Kuala Lumpur : Darul

Fikir Sdn. Bhd.

Syeikh Fatihi Hassan Maliji (2007), Tarannum Arabiah Misriah Muktabar. Kertas Kerja:

Seminar Tarannum Peringkat Antarabangsa, Kota Bharu.

Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail (1995), Panduan Tartil Al-Quran.Kuala Lumpur : Darul Fikir

Sdn. Bhd.

Hj. Norak yairee Mohd Raus. ( 2009 ),Pengajaran Ilmu Tarannum Al-Quran. Selangor :

Universiti Terbuka Malaysia.

Mohd Ali Abu Bakar ( 1997 ), Seni lagu Al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr

20

Page 21: Modul Oum-pqe 3103

Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103

21