assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

47
1 SEKAPUR SIREH Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Berkat doa dan tawakal kepadaNya, tugasan yang cukup mencabar ini dapat diselesaikan dengan mudah. Tidak lupa juga kepada pensyarah yang tidak putus-putus memberi tunjuk ajar kepada saya dan sahabat-sahabat. Tanpa usaha beliau memartabatkan dan juga menyerapkan seni dalam jiwa anak didiknya, maka suramlah dunia seni dalam minda kami.Tanggungjawab beliau amatlah berat namun kegagahan beliau menyebabkan kami lebih cekal mengharungi cabaran dimasa yang mendatang. Kepada rakan-rakan seperjuangan, segala bantuan dan sokongan amatlah dihargai. Mereka adalah insan yang sama-sama menyemarakkan dunia seni pada masa ini. idea kreatif mereka adalah sangat berguna.Sekian sahaja untuk kali ini. semoga apa yang dihidangkan dapat memberi manfaat kepada orang lain.Diharap juga agar tugasan ini menepati setiap aspek yang

Upload: ahmad-nazri

Post on 17-Aug-2015

75 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

SEKAPUR SIREH

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Berkat doa dan tawakal kepadaNya, tugasan yang

cukup mencabar ini dapat diselesaikan dengan mudah.

Tidak lupa juga kepada pensyarah yang tidak putus-putus memberi tunjuk ajar kepada

saya dan sahabat-sahabat. Tanpa usaha beliau memartabatkan dan juga menyerapkan seni

dalam jiwa anak didiknya, maka suramlah dunia seni dalam minda kami.Tanggungjawab

beliau amatlah berat namun kegagahan beliau menyebabkan kami lebih cekal mengharungi

cabaran dimasa yang mendatang.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, segala bantuan dan sokongan amatlah dihargai.

Mereka adalah insan yang sama-sama menyemarakkan dunia seni pada masa ini. idea kreatif

mereka adalah sangat berguna.Sekian sahaja untuk kali ini. semoga apa yang dihidangkan

dapat memberi manfaat kepada orang lain.Diharap juga agar tugasan ini menepati setiap

aspek yang telah ditetapkan.

Sekian terima kasih.

Page 2: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN 4

1.1 Pengenalan 4

2.0 PROSES ARTISTIK KAEDAH CHAPMAN. 9

2.1 Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)  10

2.2 Pengolahan dan pemurnian (elaboration and refinement) 12

2.3 Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium) 13

3.0 CIRI-CIRI GURU PSV. 16

3.1 Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 17

3.2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni. 18

3.3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan. 19

3.4. Pengurusan Ko-kurikulum 19

3.5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya

seni dan penulisan. 20

3.6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat

dan pelajar. 20

4.0 KARYA SENI KANAK-KANAK. 20

4.1 Hasil karya murid Tahun 3 – Kad Ucapan Hari jadi. 22

A. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)  23

B. Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement) 24

C. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) 25

5.0 PENUTUP 27

BIBLIOGRAFI 29

LAMPIRAN 31

Page 3: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam alam persekolahan yang formal sifatnya, tiga perkara yang perlu wujud dalam

proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru, pelajar dan bilik darjah. Peranan dan

tanggungjawab setiap guru tentulah berkisar kepada pelaksanaan menyampaikan ilmu dan

pengajaran kepada pelajar yang menjadi khalayaknya. Peranan dan tanggungjawab setiap

pelajar pula tentulah untuk menerima ilmu dan pengajaran yang disampaikan. Proses

pengajaran dan pembelajaran ini lazimnya berlaku di dalam sebuah ruang khusus iaitu bilik

darjah. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Maskon (2010: 99) dalam buku

mereka yang berjudul ‘Budaya dan Pembelajaran’ mentakrif bilik darjah seperti berikut :

‘Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah

juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.’

(Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon, 2010: 99)

Sudah terang lagi bersuluh bahawa medan utama perjuangan seorang guru adalah

bilik darjahnya. Bilik darjah yang dimaksudkan bukan sekadar merujuk kepada fizikal

sesebuah bilik darjah tetapi paling utama ialah pelajar-pelajar yang mengikuti proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah itu. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan

Ahmad Subki Bin Maskon (2010: 99) menyatakan bahawa pengurusan fizikal bilik darjah

yang dinamik mampu membangunkan keempat-empat aspek dalam diri pelajar iaitu jasmani,

intelek, emosi dan rohani pelajar. Chua Tee Teo dalam artikel beliau yang berjudul ‘Helping

Bored Children: The Dawn of Spiritual Intelligence’ turut memperkatakan bahawa

pembangunan menyeluruh seseorang individu melibatkan keempat-empat aspek iaitu

jasmani, intelek, emosi dan rohani.

‘Holistic development may be classified into the four main areas of intellect

(mind), emotions (heart), physical heart (body), and morality or spirituality

(soul/spirit) (Teo, 2000).’      

Page 4: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

(Chua Tee Teo, 2002: 27)

Dalam pengurusan bilik darjah, salah satu perkara asas yang perlu diterapkan dalam

diri setiap pelajar ialah disiplin. Namun untuk mencapai nilai ini, para pelajar hendaklah

dibentuk dan dicorak ke arah itu. Atas dasar itu, seorang guru haruslah mampu mengurus

pelajar-pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah.

Tidak kira sama ada guru itu mengajar Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Sains,

Pendidikan Seni Visual atau mata pelajaran yang lain. Namun, boleh dikatakan bahawa guru

Pendidikan Seni Visual mempunyai dinamik untuk membentuk dan mencorak jati diri pelajar

agar menjadi individu yang berdisiplin kerana mata pelajaran Pendidikan Seni Visual itu

sendiri mengandungi falsafah dan nilai yang sangat dekat di hati. Pendapat penulis dapat

disokong dengan pernyataan Mohd Johari Ab. Hamid (2004: 33) dalam bukunya yang

berjudul ‘Falsafah dan Kritikan Seni’ iaitu :

‘Sama ada disedari atau tidak, Pendidikan Seni Visual sudah disemai kepada

semua generasi sejak dari awal kanak-kanak lagi sehingga ke peringkat

dewasa. Seni bukan sahaja mengajar manusia menghayati keindahan,

kecantikan atau sebagainya tetapi memupuk nilai-nilai estetika dan nilai-nilai

kemuliaan dalam diri manusia. Seni harus dilihat sebagai subjek yang mampu

‘mengubati’ permasalahan yang berlaku dalam jiwa manusia’. 

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1452-1453), mendefinisikan seni dengan bidang

yang luas iaitu karya (sajak, lukisan, muzik, dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat

(kecekapan) atau hasil daripada sesuatu ciptaan. Selain itu, seni juga ditakrif sebagai

kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran dan lain-lain) yang indah-indah. Oleh sebab seni

adalah bidang yang luas, salah satu kategori seni yang akan disentuh oleh penulis ialah seni

visual. Istilah seni visual digunakan untuk merujuk kepada karya-karya indah yang dapat

dinikmati atau dihayati oleh deria penglihatan. Chang Hon Woon (2008: xv) iaitu seorang

guru siswazah yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ada menerangkan secara

ringkas tentang pengertian seni visual atau dikenali juga sebagai seni tampak dalam buku

beliau yang berjudul ‘Teori Seni Visual Edisi Kedua’ iaitu :

‘Seni visual atau seni tampak merupakan salah satu daripada cabang seni.

Seni visual terdiri daripada karya dua dimensi (lukisan, catan, cetakan, seni

grafik) dan karya tiga dimensi (arca, anyaman, tembikar), yang lazimnya

dihayati serta dinikmati oleh deria penglihatan.’

Page 5: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

  (Chang Hon Woon, 2008: xv)

Dalam hal ini, peranan dan tanggungjawab guru Seni Pendidikan Visual (PSV) boleh

dikatakan lebih menyerlah dibandingkan dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran

lain. Dalam usaha menggerakkan pelajar menghasilkan karya-karya seni visual, guru PSV

sebenarnya perlu terlebih dahulu mengenal pasti minat pelajar kerana kecintaan mereka

kepada sesuatu adalah motivasi utama untuk pelajar. Sekali pun pelajar tidak berminat dengan

mata pelajaran PSV, mereka tidak harus terus dimarahi apatah lagi dihukum. Sebaliknya, guru

PSV perlu bijak dan kreatif dalam menarik minat pelajar untuk menghasilkan karya seni yang

berkait rapat dengan minat atau kecintaan mereka. Pelajar tidak perlu dipaksa atau digesa agar

mereka tidak berasa tertekan atau terkongkong. Memadailah andai guru dapat mengenal pasti

minat mereka sebagai permulaan.

Berdasarkan pengetahuan guru PSV tentang minat pelajar, guru PSV perlu bijak dan

kreatif dalam mengolah set induksi sesebuah pelajaran. Set induksi seperti yang difahamkan

oleh Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Maskon (2010: 112) dalam buku

mereka yang berjudul ‘Budaya dan Pembelajaran’ merujuk kepada beberapa minit pertama

suatu perkara itu diperkenalkan kepada para pelajar dengan tujuan menarik perhatian dan

menimbulkan minat mereka terhadap isi pengajaran. Lantas, kejayaan pertama yang penting

bagi guru PSV terletak pada set induksi yang pelbagai dan berkesan. Guru PSV boleh

menayangkan klip video, memperdengarkan lagu, memperlihatkan gambar, menyediakan kuiz

atau permainan, membuat persembahan dan sebagainya. Tentulah bahan yang digunakan

sebagai set induksi perlu berhubungan rapat dengan minat pelajar dan berkaitan dengan isi

pelajaran.

Pengetahuan guru PSV tentang Teori Kecerdasan Pelbagai  yang dipelopori oleh

Howard Gardner pasti akan membantu guru yang mempunyai khalayak yang ramai dan

berbeza-beza minat dan kecerdasan. Set induksi yang menarik tentulah perlu menggabungkan

beberapa perkara yang diminati pelajar dan beberapa kecerdasan yang dimiliki pelajar.

Lachlan E.D. Crawford (2002: 2) dalam artikel beliau yang berjudul ‘Towards an Ability

Driven Education System in Singapore:  Problems and Opportunities’ memaparkan lapan

dimensi kecerdasan iaitu kecerdasan verbal linguistik, kecerdasan logik matematik,

kecerdasan visual ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal,

kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis.

Page 6: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

Isi pelajaran yang disampaikan oleh guru PSV hendaklah memperkayakan lagi minda

dan emosi pelajar dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman bermula daripada yang mudah

kepada yang lebih kompleks bersesuaian dengan keupayaan pelajar. Dalam proses pengajaran

dan pembelajaran ini, hubungan dua hala antara guru PSV dan pelajar haruslah berlaku agar

minat murid yang telah berjaya ditarik melalui set induksi dapat dikekalkan. Dalam proses

menyampaikan isi pelajaran, kemahiran guru dalam berinteraksi amat perlu dan sebaik-

baiknya, proses ini seharusnya berpusatkan pelajar dan bukan guru semata-mata.

Guru harus membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk melaksanakan sesuatu

kerja seni berdasarkan minat dan kreativiti mereka.Guru PSV tidak harus menjadikan kerja

seni sebagai alat untuk menghukum atau mendenda. Di samping melibatkan pelajar dalam

interaksi dan aktiviti yang dijalankan, galakan dan pujian hendaklah diberikan kepada pelajar

agar mereka rasa dihargai. Perkara ini adalah peneguhan positif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Andai kata, pelajar menimbulkan masalah dan menggugat disiplin dalam kelas,

guru PSV tidak harus menghukum pelajar serta-merta apatah lagi mendenda mereka dengan

menyuruh mereka menghasilkan karya-karya seni.

Guru PSV hendaklah berkelakuan matang, tenang dan profesional dalam menghadapi

cabaran ini. Peneguhan positif hendaklah diberi melalui teguran dan dendaan yang tidak

bertujuan membalas dendam atau memalukan pelajar kerana tentunya perkara ini akan

semakin memburukkan keadaan dan menjejas emosi pelajar. Bak kata pepatah Melayu,

‘Marah itu parah’. Lantas, guru PSV perlu bijak mengurus emosi terlebih dahulu agar tidak

membina jurang dengan pelajar. Bahan-bahan pengajaran dan pelajaran seperti klip video

yang lucu, lagu yang menghiburkan, lukisan yang mengagumkan dan lain-lain dapat

dimanfaatkan untuk merehatkan minda dan menenangkan emosi pelajar serta guru selagi

bahan-bahan itu mempunyai nilai dan unsur pengajaran.

Seorang guru PSV, Encik Firdaus yang telah lima tahun menjalankan bengkel-bengkel

seni dan motivasi di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Selangor menyatakan bahawa

mata pelajaran PSV mempunyai faktor didikan terhadap jasmani, emosi, intelek dan rohani

individu. Setiap tugasan seni melibatkan kerja tangan dan tumpuan mata sekaligus mengasah

kekreatifan minda. Emosi dan rohani terdidik agar bersabar, tekun dan tidak putus asa

terhadap percubaan-percubaan yang kurang memuaskan hati hinggalah terhasil kerja seni

yang indah. Pada pandangan Encik Firdaus, proses inilah yang mendidik para pelajar untuk

mendisiplinkan diri. 

Page 7: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

Apabila terdapat pelajar yang menimbulkan masalah disiplin, Encik Firdaus tidak

serta-merta menghukum apatah lagi mendenda mereka dengan menyuruh mereka

menghasilkan karya-karya seni. Sebaliknya, Encik Firdaus mendekati dan mengambil berat

tentang mereka agar komunikasi dua hala antara guru PSV dengan pelajar dapat dipelihara.

Encik Firdaus berpendapat bahawa guru PSV hendaklah mengenal pasti punca permasalahan

yang dihadapi pelajar. Pelajar yang bermasalah tidak harus diketepikan kerana mereka perlu

perhatian dan bimbingan dalam hidup.

Selain itu, Encik Firdaus menyemai semangat setia kawan dan sikap bekerjasama

iaitu esprit de corp dalam kalangan pelajar-pelajarnya kerana berpendapat bahawa setiap

pelajar mempunyai bakat dan keistimewaan yang berbeza. Melalui kerja berkumpulan, bakat

dan keistimewaan individu yang berbeza-beza digabungkan dan perkara ini menghasilkan

sinergi. Kerja kumpulan yang dikendalikan oleh Encik Firdaus biasanya diwakili empat orang

individu yang mempunyai peranan penting untuk melengkapkan kerja seni mereka

berdasarkan bakat dan keistimewaan masing-masing. Keempat-empat individu ini akan

melalui proses perbincangan awal yang dipantau oleh Encik Firdaus sendiri.

Perbincangan awal ini akan melibatkan proses mengenal pasti kemampuan,

kesanggupan dan tugas setiap individu. Sebagai contoh adalah projek lukisan dinding di salah

sebuah sekolah menengah yang perlu dipikul tanggungjawab itu oleh pelajar secara

berkumpulan. Lantas, dalam pembahagian peranan dan tanggungjawab, individu A telah

ditugaskan untuk merangka draf lukisan kerana individu A dikenal pasti mempunyai bakat

melukis yang menyerlah. Individu B pula ditugaskan untuk mengurus bahan-bahan yang

diperlukan agar projek mereka dapat dilaksanakan dengan lancar.

Individu C pula ditugaskan untuk mengambil gambar dan merakam video untuk

menyiapkan pembentangan dalam bentuk Powerpoint agar proses gerak kerja mereka dapat

didokumentasikan dan dikongsi bersama rakan-rakan sekelas. Individu D yang cekap

berbahasa pula ditugaskan untuk membantu menyiapkan persembahan Powerpoint di samping

tampil di hadapan kelas sebagai penyampai sewaktu pembentangan kumpulan mereka

dijalankan. Namun, tugasan paling utama iaitu melukis dan mengecat dinding itu

dilaksanakan bersama-sama.Begitulah Encik Firdaus menerapkan disiplin bekerjasama dalam

kalangan pelajar. Setiap pelajar diberi kepercayaan untuk memikul peranan tertentu agar sikap

tanggungjawab dapat dipupuk.

Page 8: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

Perkara paling penting, setiap pelajar sekalipun yang mempunyai masalah disiplin

tidak diketepikan agar mereka masih dapat merasakan bahawa diri mereka diperlukan dan

dapat menyumbang kepada kejayaan sesebuah projek seni. Secara langsung, Encik Firdaus

telah membuktikan bahawa Teori Kecerdasan Pelbagai yang dipelopori oleh Howard Gardner

terlaksana melalui kerja berkumpulan yang dipantau sebegini.Sebagai kesimpulan, mata

pelajaran PSV sebenarnya mampu membentuk individu-individu yang terbina emosi, jasmani,

rohani dan intelek mereka kerana pelbagai kemahiran dapat diasah melalui mata pelajaran

ini. 

Peranan dan tanggungjawab guru PSV untuk melahirkan individu-individu yang

berdisiplin dan berbakat dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan andai guru PSV

terlebih dahulu peka terhadap minat dan bakat pelajar agar potensi mereka dapat digilap.

Antara perkara paling penting, guru PSV perlu bijak mengendalikan emosi diri sendiri dan

emosi pelajar agar mereka sentiasa diberi galakan dan teguran positif kerana perkara itu lebih

berkesan sedangkan hukuman dan dendaan tanpa hikmah mampu mematahkan semangat

pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja seni. Bak kata pepatah Inggeris iaitu ‘Making and

appraising are both… of equal and fundamental importance in art education: each is important

in itself.’

2.0 PROSES ARTISTIK KAEDAH CHAPMAN.

Laura H. Chapman ialah seorang perunding dan penulis dalam

bidang Pendidikan Seni di Cincinnati, Ohio. Berpengalaman

mengajar prasekolah serta kelas dewasa, di kawasan luar bandar,

pinggir bandar dan sekolahsekolah di pusat bandar. Beliau pernah

mengajar mahasiswa dan programprogram ijazah pendidikan seni di

Indiana University, The Ohio State University, University of Illinois

dan University of Cincinnati.

Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan dan dapat membantu

memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak. Model yang telah diformulasikan oleh

Lowenfeld (1975) dan Chapman (1972) mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang

sama. Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat

scribbling ke representasi. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah:

Page 9: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

Faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal

pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis

dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.

Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan

mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensel dan pen. Alatan ini

lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna..

Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan.

Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak

semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

2.1 Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) 

Menurut Laura H.Chapman dalam bukunya yang bertajuk “Approches in Art

Education” (1978), bagi menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan

penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk

membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan

kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu

menghasilkan karya.

Persekitaran tempat tinggal kanak-kanak mempengaruhi corak kehidupan mereka.

Kanak-kanak yang tinggal di kampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian

daripada cara dan sikap mereka pada seni dan persekitaran. Mereka menghasilkan karya yang

menampakkan imej dan ekspresi individu sama ada gembira, ceria atau bersedih. Mereka

belajar daripada pengalaman mengenai kehidupan dalam masyarakatnya.Seseorang yang

kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber.

Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mereka berdasar cetusan rasa

dan sering berbeza daripada biasa.

Penghasilan karya Seni Visual dapat dibahagikan kepada pengkaryaan dan perekaaan.

Pengkaryaan seperti penghasilan catan, arca dan cetakan berkait rapat dengan nilai makna

manakala perekaan, contohnya Seni Grafik atau Reka Bentuk Teknologi amat mementingkan

nilai fungsi. Idea merupakan faktor penting dalam penghasilan karya seni. Idea kreatif

berperanan menterjemahkan maksud dan fungsi karya seni.

Page 10: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

Idea juga bukanlah milik mutlak seseorang pengkarya. Idea seseorang pengkarya

boleh pula diperkembangkan lagi oleh pengkarya atau pereka yang lain supaya penghasilan

kerja seni akan lebih pelbagai dan lebih kreatif.Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan

dan penghasilan pengkaryaan atau perekaan Seni Visual kini mempunyai hubungan timbal

balik dengan dunia teknologi.

Daripada proses penjanaan idea lagi, teknologi dapat memainkan peranan yang

penting. Contohnya, seseorang pengkarya yang ingin menghasilkan sebuah catan, Teknologi

Maklumat atau internet mmembolehkan pengkarya melihat idea-idea atau pengaruh karya

artis-artis yang terdahulu. Beliau boleh mempelajari gaya atau stail yang dapat

menterjemahkan ekspresi diri dan idea yang ingin disampaikan.

Melalui internet juga, mengkaji hal benda atau 'subject matter' menjadi lebih efisien.

Bagi seseorang pereka, misalnya seorang pereka tekstil yang ingin menghasilkan rekaan

bermotifkan bunga orkid; beliau tidak perlu lagi menghabiskan masa dan wang ringgit untuk

ke Taman Orkid atau masuk ke dalam hutan untuk mencari jenis-jenis orkid yang unik dan

luar biasa. Pereka tersebut hanya perlu mengadap komputer dan pelbagai gambar orkid dari

pelbagai sudut dapat disaksikan. Dari situ, pereka dapat membuat lakaran-lakaran kajian bagi

mendapatkan idea untuk motif rekaan yang dikehendaki.

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni

halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi,

dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni

visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea atau pun pengalaman yang dibentuk

menerusi penggunaan sesuatu bahan atau pun medium dengan menggunakan teknik-teknik

yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea atau

pun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila

bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau

persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka. 

Peranan seni visual dalam pendidikan ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat

semulajadi kanak-kanak sukakan belaian, perhatian dan sentuhan dan melalui contengan-

contengan ini perkembangan seni tampak minda mereka berlaku dengan pesat. Namun begitu

perkembangan ini berlaku berbeza mengikut persekitarannya, faktor keluarga dan latar

belakang pendidikan mereka. Melalui proses lakaran ini, tahap mental kanak-kanak akan terus

berkembang dengan baik. (Laura Chapman 1978). Sehubungan dengan itu pembangunan

Page 11: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

sosial kanak-kanak tadi terbina, menjadi seorang yang kreatif, berdikari dan yakin diri dalam

kelompok masyarakatnya. Melalui seni ini, kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan

menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Seni menambahkan pengetahuan mengenai

konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni,

produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menghasilkan lukisan

berdasarkan kepada apa yang mereka fahami berbanding apa yang mereka lihat.

2.2 Pengolahan dan pemurnian (elaboration and refinement)

Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual

yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan

imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif

penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap

signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi

mendapatkan hasil terbaik.

Mereka yang punya idea kreatif umpamanya mampu mencipta sesuatu yang baharu,

mengubahsuai apa yang sedia ada dan sebagainya sehinggakan apabila “tiada rotan akar pun

berguna.” Daya kreativiti ini sudah tentunya lahir dari pemikiran yang kritis. Istilah kreatif 

ini lebih merujuk kepada daya kreativiti murid dalam menghasilkan olahan idea. Secara

mudahnya, lukiskan rupa bulat di papan putih dan minta murid-murid melakarkan apa jua

bentuk objek berdasarkan rupa bulat tadi. Setiap murid akan menghasilkan bentuk yang

berbeza. Mungkin ada di antara mereka menghasilkan objek yang sama, namun berbeza

lakarannya. Bentuk bola walaupun bulat tetapi dihasilkan lain jenisnya oleh murid A dengan

murid B atau C. Jumlah penghasilan juga pasti berbeza…ada yang hanya mampu melakarkan

3, 5, 9, 15 atau mungkin ada yang masih menggerakkan jari jemarinya menghasilkan lakaran

tatkala guru menamatkan sesi pembelajaran.

Dengan mendekati Pendidikan Seni Visual dari arah yang baru, kita mendalamkan

genggaman belajar bagaimana untuk berfikir dan merasa seperti mereka menjadi kenyataan

dalam dunia artistik mereka. Kita gunakan pelbagai idea dan cara untuk menentukan kualiti

penghasilan seni melalui pelbagai kaedah gaya pembelajaran. Satu kaedah yang amat

berkesan dalam amalan pendidikan seni visual ialah memperkenalkan kaedah pemikiran

kreatif dan inspirasi. Pelajar yang sentiasa dengan amalan pemikiran kritis dan menguasai

inspirasi yang tinggi membuahkan suatu dapatan yang amat baik dalam penghasilan karya

seni.Sebenarnya, penghasilan yang dibuat oleh pelajar-pelajar masih tidak dapat memberi

Page 12: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

keyakinan kepada diri mereka apabila mereka melahirkan sesuatu idea, kerana mereka masih

baharu terlibat dalam hasil seni.

Berbanding dengan pelukis dan pengkarya, segala hasil karya mereka adalah mantap

dan memberi keyakinan kepada pengempar. Seseorang Artis mempunyai pendekatan yang

kukuh dalam proses penghasilan karya, mereka mempunyai kaedah dan pendekatan tersendiri

dalam penerokaan dan cara penghasilan. Oleh yang demikian sebagai guru harus mencari

suatu pendekatan yang baru dengan mendampingi artis sebagai mencari satu pendekatan

pakar dalam menangani kehendak standard pengajaran pendidikan seni visual. Secara

umumnya penerokaan untuk mendapatkan olahan idea yang baik, boleh didapati melalui

pembacaan buku-buku berkaitan, penerokaan alam siber, membuat temu bual, membuat

kajian dan eksperimen dan berbincang.

Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni

visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah

seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada

penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi

bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne,

1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti

produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus,

seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi. 

Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut

bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada

abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah

menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk

komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran,

perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999). 

2.3 Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium)

Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang

dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama

bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi

melihat kesan-kesan tertentu. Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan

terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu

Page 13: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlu membimbing murid

melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan.

Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan

oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. Bimbingan penggunaan bahan dan teknik

penggunaan serta penghasilan diberikan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya

pemilihan bahan mempunyai makna dan nilai tersendiri.

“Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”.

Mengikut Robert M.Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran

merupakan “perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak

termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Mengikut Woolfolk (1980)

dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman

yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi

yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Kurikulum merujuk kepada semua

pembelajaran yang diperolehi kanak-kanak di dalam program yang ditetapkan. Hal ini

merujuk kepada, pembelajaran kanak-kanak yang dirancang secara khusus melalui

pengalaman sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, kanak-kanak

belajar melalui konsep bermain. Kurikulum yang telah dibentuk adalah belajar sambil

bermain. Pembelajaran yang diperolehi kanak-kanak adalah pengalaman mereka sepanjang

proses pembelajaran berlangsung. Kanak-kanak belajar mengenai haiwan peliharaan dan

diberi peluang melihat kucing, arnab dan hamster. Dalam pembelajaran ini kanak-kanak

menerima pembelajaran melalui pengalaman mereka bermain dengan haiwan–haiwan

peliharaan itu.

Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan

kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang berbagai,

keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis

produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam

sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satu kekaguman.Wujudnya Non-

objective Art Minimal Art misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar

dan sanggup menerima rintangan. Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun

atau dirancang mengikut sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti,

isi pelajaran serta teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru

untuk menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain.

Page 14: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang

kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan

sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema, guru haruslah

mengambil kira beberapa aspek iaitu tema yang dipilih hendaklah berasaskan kepada

kemahiran, pengalaman, serta pengetahuan sedia ada murid, tema yang dipilih berfokus

kepada sesuatu isu. Sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati

dalam tema yang dipilih, guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang

dipilih, dan guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai peningkatan aktiviti

dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. Pendekatan bertema juga dapat memberi

keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya

pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa

kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi

dan mengekspresi bakat (melukis).

Dengan adanya penghubungjalinan murid-murid akan belajar beberapa kemahiran

dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan

perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang

tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan

afektif mereka. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penggabungjalinan ini lebih

berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid-murid

sendiri. Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni lukis, murid-murid membuat model

kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya

imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat

berinteraksi dengan bebas sesame rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan

memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan mereka.

Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses

pembelajaran meraka.

Kanak-kanak juga selalu menjumlahkan sesuatu yang mereka cipta atau lukis.

Misalnya mereka melukis lukisan potret orang. Mereka akan memastikan bilangan mata, jari

dan bahagian anggota lain. Selain itu mereka juga boleh mengenal pasti bentuk-bentuk

geometri di dalam seni. Sains boleh di gunakan dalam seni apabila kanak-kanak melakukan

eksperimen dengan alatan atau bahan seni mereka. Misalnya tanah liat yang keras bila

dijemur di tengah panas, krayon yang cair bila di tempat panas dan pemcampuran dua warna

asas yang menghasilkan warna kedua yang lain. Selain itu, kanak-kanak juga belajar tentang

Page 15: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

kepekatan cecair dan daya tekanan. Seni memberi peluang kepada kanak-kanak memberitahu

sesuatu sama ada secara non verbal atau grafik. Dengan galakan juga, kanak-kanak akan

menceritakan kepada kita apa yang telah dicipta atau reka.

Kanak-kanak membaca kerja seni mereka, seperti mana orang dewasa membaca buku.

Dalam masa yang sama, kanak-kanak menikmati jalan cerita dan tajuk gambar mereka.

Kanak-kanak digalakkan membacanya bersama-sama guru. Kanak-kanak yang lebih besar

akan cenderung untuk mencetak perkataan sendiri sebagai jalan cerita. Mereka akan mencipta

dan mengeja dengan salah. Ini yang sepatutnya terjadi kerana ia adalah peringkat terpenting

untuk kanak-kanak bermula untuk menulis dan membaca. Menconteng, membuat tanda, dan

mengecat adalah peringkat terpenting dalam perkembangan mewarna dan menulis.

Disebabkan seni adalah luahan tanpa suara, ia tidak melibatkan bahasa dan tidak melibatkan

kefahaman arahan pertuturan. Kanak-kanak boleh menyelesaikannya sendiri dan membuat

pemerhatian antara satu sama lain. Seni adalah masa terbaik untuk kanak-kanak

mempertingkatkan penggunaan bahasa mereka. Seni juga memberi peluang kepada kanak-

kanak untuk memperbanyakkan kosa kata mereka. Mereka dapat berbincang dan bertukar

fikiran antara satu sama lain. Guru dapat membantu kanak-kanak menggunakan perkataan

dengan betul.

3.0 CIRI-CIRI GURU PSV.

Bagi guru pendidikan seni, indikator kecemerlangan akan berpusat kepada enam

faktor utama. faktor-faktor tersebut boleh dipecahkan dalam huraian selanjutnya:

1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni.

3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan.

4. Pengurusan Ko-kurikulum.

5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan penulisan.

6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan pelajar.

Page 16: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

Namun demikian guru pendidikan seni cemerlang pada keseluruhannya ialah seorang guru

yang berwibawa tinggi, kreatif, kecindan dan peka terhadap perkembangan individu,

simpatik dan empatik serta menjadi contoh kepada guru-guru lain dan pelajar.

3.1 Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Berbagai-bagai teori dan model pengajaran yang berkesan. Mengikut Borich & Fenton

(1977), kecemerlangan pengajaran adalah melibatkan perlakuan guru, peningkatan

keilmuannya, dan beberapa variabel yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran

P&P, misalnya hubungan dengan pengetua/gurubesar dan dan faktor persekitaran . Yang

dimaksudkan pelakuan guru ialah cara-cara guru menyampaikan ilmu kepada murid-

muridnya. Ini termasuklah bagaimana guru interaksi dengan murid, pengurusan kelas,

penggunaan masa dan sebagainya yang berkaitan dengan P&P. Satu faktor yang penting ialah

sikap guru itu penentu utama bagi kecemerlangan dalam P&P. Dalam model yang dikemukan

oleh John Carroll (1963) iaitu "A Model of Scholl Learning'; menghuraikan lima elemen yang

mempengaruhi keberkesanan pengajaran, iaitu:

1. 'Aptitude' - bakat/kebolehan murid untuk belajar.

2. Kemampuan murid me- mahami arahan/ pengajaran guru atau kesediaan murid belajar

sesuatu tajuk pelajaran. Kemampuan murid ini bergantung kepada pengetahuan atau

kemahiran yang sedia ada pada murid.

3. Daya tahan (persever- rance) murid - kesanggupan murid secara aktif terlibat dalam

pembelajaran. Faktor ini ditentukan oleh motivasi/kemahuan dalam diri murid untuk belajar.

4. Peluang - masa yang diperuntukan kepada murid untuk belajar atau masa yang digunakan

oleh guru untuk mengajar sesuatu kemahiran dan konsep.

5. Kualiti pengajaran - keberkesanan sesuatu pelajaran itu diajar.

(Wan Fatimah .19)

Kualiti pengajaran merupakan perkara penting kepada seseorang guru pendidikan seni

untuk menentukan keberkesanan pengajaran. Guru yang cemerlang berjaya menentukan corak

pengajaran yang berkesan dan menyesuaikan situasi pengajaran dengan situasi semasa.

Berbagai kaedah dan strategi pengajaran dimanipulasikan agar murid menikmati pengajaran

Page 17: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

dengan sempurna dan berkesan. Berikut adalah kuliti pengajaran pendidikan seni yang

berkesan:

• pengajaran/maklumat pendidikan seni secara tersusun, mudah difahami serta

bermakna kepada murid. Misalnya mengajar anyaman guru harus menerangkan jenis-jenis

kelerai terlebih dahulu sebelum pergi kepada teknik mengayam.

• pengajaran pendidikan seni dapat menarik minat murid.

• berkesan, mudah diingat dan digunakan oleh murid.

• guru menggunakan contoh-contoh yang mudah.

• pengajaran pendidikan seni dikaitkan dengan maklumat/pengetahuan dan kemahiran yang

sedia ada pada murid.

• guru sentiasa menunjukkan minat dan ghairah semasa pengajaran pendidikan seni.

• guru menggunakan kaedah-kaedah dan bahan-bahan pengajaran tertentu sesuai dengan

pelajaran pendidikan seni berjalan.

• guru bersifat humor dan penyayang.

• Guru pendidikan seni yang baik sentiasa mengadakan penilaian secara formal atau tidak

format kepada murid dan membuat penilaian keberkesanan pengajaran.

• guru pendidikan seni perlu membetulkan segera kesilapan yang dilakukan oleh murid.

• guru pendidikan seni yang baik sentiasa memberi motivasi dan insentif kepada murid

semasa pengajaran berlaku.

• guru pandai menyesuaikan pengajaran pendidikan seni mengikut keupayaan kebolehan

murid.

• pengajaran yang berkesan dibantu dengan suasana bilik seni yang bersih dan kemas.

3.2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni.

Guru pendidikan seni banyak terlibat dalam kerja-kerja praktikal dan kurang dalam

kerja-kerja amali. Lantaran itu guru pendidikan seni kurang mendalami pengetahuannya

Page 18: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

melalui banhan-bahan bacaan ilmiah. Guru pendidikan seni lebih berminat sekiranya diadakan

latihan berbentuk bengkel. Ini merupakan fenomena yang negatif.

Pendidikan seni perlu ditekankan dari aspek teori dan amali. Bagi guru pendidikan

seni cemerlang perlu mendalami keseluruhan bidang-bidang yang ada dalam pendidikan seni.

Sebagai contoh sekarang pendidikan seni diperkenalkan bidang rekacipta, maka guru

pendidikan seni perlu membaca dan mendalami bidang tersebut hingga boleh menguasainya.

Kebolehan guru pendidikan seni menguasai sesuatu bidang-bidang lain akan

menentukan mutu pengajaran yang berkesan. Misalnya penggunaan komputer dalam

pengajaran pendidikan seni, walaupun belum disediakan dalam kurikulum, tetapi sekarang

banyak perisian komputer yang boleh digunakan dalam pendidikan seni. Misalnya perisian

Grafik seperti PageMaker, CorelDraw, CAD dan sebagainya. Perisian ini dapat membantu

guru dari segi alat bantu mengajar penggunaan dalam mata pelajaran.

3.3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan.

Penekanan kuliti peribadi sangat penting kepada guru-guru pendidikan seni. Seseorang

guru pendidikan seni cemerlang tentunya kualiti pribadi yang konsisten. Menunjukkan akhlak

mulia dengan rakan sejawat dan murid-muridnya. Ia sentiasa menjadi model kepada guru-

guru lain dari segi kemasan diri. Contohnya guru-guru pendidikan seni perempuan boleh

menjadi contoh dan kosaltan dari segi memilih warna dan fesyen baju untuk guru wanita

lain.Guru pendidikan seni sentiasa senang untuk membuat rujukan dalam hal-hal yang

berkaitan dengan kreativiti. Justru itu guru pendidikan seni haruslah seorang kreatif dan

inovatif.

3.4. Pengurusan Ko-kurikulum

Seorang guru yang cemerlang tidak akan lengkap sekiranya tidak terlibat dalam

organisasi kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan di bawah ko-kurikulum. Kelab seni

dan kreatif merupakan kelab yang membantu mengembangkan mata pelajaran pendidikan

seni di sekolah. Melalui kelab tersebut dapat menentukan daya minat yang lebih dari murid

yang diajar semasa pendidikan seni. Pelengkap dari pengajaran pendidikan seni boleh di

salurkan dalam bentuk aktiviti kelab seni dan kreatif.

Banyak aktiviti-aktiviti boleh dijalankan melalui kegiatan kelab. Misalnya lawatan ke

pusat-pusat yang berkaitan dengan seni tampak, Balai senilukis dan Pusat kraftangan. Melalui

Page 19: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

kelab pendidikan seni guru boleh membina kepimpinan murid dalam bidang kesenian

disamping melahirkan seniman-seniman kecil melalui penghasilan karya seni.

Kejayaan dalam kegiatan ko-kurikulum kebiasaannya adalah bergantung kepada

keupayaan guru dalam melibatkan diri bersama murid dan memberi keyakinan kepada

mereka.

3.5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan

penulisan.

Sewajarnya guru pendidikan seni merupakan orang terpenting untuk mencantikkan

sekolah. Tidak dinafikan tanggungjawab utama untuk keceriaan sekolah kebiasaannya

terpikul pada guru pendidikan seni. Sumbangan ini amat wajar kerana dalam mata pelajaran

pendidikan seni (sekolah menengah), Seni dan Persekitaran boleh dipraktikkan melalui kerja-

kerja keceriaan sekolah.

Sumbangan guru pendidikan seni tidak tertumpu kepada sekolah sahaja. Guru

pendidikan seni boleh memberi khidmat kepada projek-projek diperingkat daerah misalnya

hiasan pentas dan sebagainya. Subangan kreatif itu akan menambahkan lagi kesuburan

kemahiran bidang kerja.

3.6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan pelajar

Melalui sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah, guru pendidikan seni

sewajarnya mempunyai tingkahlaku yang baik terutama dari segi hubungan dengan

pengetua/gurubesar, rakan sejawat dan pelajar. Hubungan ini penting, kerana prestasi guru

yang baik adalah melalui imej hubungan yang berkesan dan baik.

4.0 KARYA SENI KANAK-KANAK.

Pendidikan menjelang wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga

Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang

memberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan

inovatif bagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat relevan dengan

aspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang

membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak

Page 20: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

jumud. Hosffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya

dijadikan landasan yang terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan

kreativiti murid-murid.

Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan

kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan

sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak

kanak-kanak lagi.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang

mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan

berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi

ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak. Penghasilan karya

terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang

dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan

kecantikan dan kesempurnaan,namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat

luahan dan ekspresif (Lowenfeld,1975). Hasil seni kanak-kanak adalah satu kaedah yang

sangat unik untuk menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan kognitif

mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri.

Kanak-kanak dan kreativiti memang tidak dapat dipisahkan. Kanak- kanak dilahirkan

dengan kebolehan dan keupayaan yang berbeza. Kreativiti yang terdapat di dalm diri kanak-

kanak adalah bersifat semulajadi. Tetapi bakat dan kreativiti yang tidak diberi galakan dan

bimbingan yang sewajarnya dapat dilupuskan dengan begitu sahaja. Berdasarkan faktor inilah

maka sangat penting penerapan pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh

kanak-kanak sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti.

Daya kreatif bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang

dalam menghadapi kehidupan. Daya kreatif paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak

kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba

menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka.

Bagaimanapun, jika ibu bapa ingin menanamkan daya kreatif ini dalam diri anak-anak,

perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreativiti dan kepintaran. Semua

orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi. Sebagai guru, ibu bapa atau penjaga,

mereka boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreatif .Hasil

Page 21: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang sangat kreatif biasanya lahir daripada

keluarga yang mengenakan terlalu sedikit peraturan penting tetapi bermakna.Pakar

pendidikan awal Itali, Loris Malaguzzi yang menulis dalam The Hundred Languages of

Children berkata, kreativiti lahir daripada pelbagai pengalaman.

Ia disertakan dengan pembangunan sumber peribadi yang mendapat sokongan,

termasuk kebebasan untuk meneroka luar daripada batas pengetahuan.Dalam usaha untuk

meningkatkan daya kreatif anak-anak, tugas ibu bapa ialah untuk membantu mereka mendaki

gunung mereka sendiri, setinggi yang terdaya. Tiada sesiapa yang dapat melakukan lebih

daripada itu.

4.1 Hasil karya murid Tahun 3 – Kad Ucapan Hari jadi.

Alat dan bahan yang diperlukan :

Kertas lukisan Warna krayon

Page 22: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

Pensel dan pembaris Gunting

A. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) 

Murid Tahun 3 sedang tekun melukis corak di atas kertas lukisan.

Di dalam menjana idea, murid-murid akan menetapkan objektif, haluan dan tujuan

penghasilan karya. Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat menetapkan haluan

penghasilan karya kerana penetapan ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea. 

Hasil daripada pemerhatian yang aktif, murid-murid akan dilatih membuat

pemerhatian terhadap objek alam dan buatan manusia. Murid akan dapat merasai secara

konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus

menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan

pemikiran abstrak. Justeru itu cetusan idea dan imaginasi dapat dihasilkan untuk murid

menghasilkan karya yang kreatif melalui pemerhatian yang aktif ini. Pemerhatian yang aktif

ini dapat ditajamkan apabila guru peka terhadap persekitaran pembelajaran murid. Sebagai

guru pendidikan seni visual yang berkesan, guru harus memastikan murid-muridnya bersedia

untuk belajar. Keadaan kelas yang tidak terurus dengan sampah sarap dan meja tidak tersusun

akan mengganggu pemerhatian murid terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran.

Page 23: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

Melalui aktiviti-aktiviti seni, seseorang pelajar bukan sahaja dididik dan dibimbing

dalam kesempurnaan dari segi JERIS tetapi juga dilatih memperolehi keyakinan diri dalam

berkomunikasi melalui seni, memahami warisan bangsa dan identiti bangsa. Matlamat dan

kepentingan Pendidikan Seni jelas digubah untuk melahirkan individu yang berbudaya iaitu

sekurang-kurangnya dapat mengurus kehidupan harian dengan sempurna dan menjadi

penghayat seni , seterusnya dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,

masyarakat dan negara. Guru dapat kenal pasti punca dapat mendorong dan merangsang

pelajar memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan

memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang

berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang

tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan

perasaan dalam aktiviti yang dijalankan.

B. Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)

Membuat olahan idea dengan mewarna , melipat dan menggunting .

Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual

yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi

memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan

tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak,

Page 24: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya

diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Proses ini perlu didedahkan

kepada murid di sekolah supaya mereka dilatih untuk mempunyai pengamatan

mendalam terhadap ketelitian.

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam

mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan

memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan

manipulasi alat dan bahan serta terknik-teknik mudah.Semasa berinteraksi dengan alat dan

bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang

dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid

belajar secara tidak langsung.

C. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Hasil karya murid yang telah siap.

Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang

dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama

bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi

melihat kesan-kesan tertentu. Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan

terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang

Page 25: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

perlu dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlu membimbing murid

melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu

menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid

mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Melalui aktiviti penerokaan ini, murid-murid akan dapat mendalami sesuatu perkara

dan mencari penemuan baru. Penerokaan ini boleh berlaku sama ada dalam bilik darjah atau

pun di luar bilik darjah.Pelbagai bahan boleh digabungkan sehingga mewujudkan hasil seni

yang unik dan menarik. Hasil daripada aktiviti penerokaan adalah penemuan yang akan dapat

memberikan rangsangan kepada murid-murid menjadi lebih kreatif. Dalam usaha menemukan

sesuatu yang baharu, murid-murid perlu berusaha mencari sesuatu kelainan yang bakal

diperoleh hasil daripada penerokaan, pemerhatian dan percubaan.

Apabila wujudnya percubaan melibatkan eksperimentasi murid-murid, tindakan

spontan dan kesalahan semasa pembelajaran akan berlaku. Percubaan membuat sesuatu dapat

memberi pengalaman estetika semasa menghasilkan produk. Ini penting kerana melalui

pengalaman itu, murid akan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada yang

sebelumnya. Secara tidak langsung melalui percubaan demi percubaan dapat mendidik

seseorang murid itu erti kesabaran.

Kanak-kanak memiliki sifat kreatif dalam jiwa masing-masing. Kreativiti kanak-kanak

boleh dikenalpasti semasa mereka melaksanakan aktiviti seni visual dan juga seni

persembahan dengan mengambil kira sikap, motivasi,kemampuan dan kemahiran

mereka.Proses aktiviti seni dapat membantu kanak-kanak untuk mereka cipta sesuatu dengan

menggunakan idea masing-masing.Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi,

mengeluarkan idea, menerokai dan membuat keputusan daripada proses aktiviti seni yang

dilaksanakan. Sepanjang proses aktiviti seni, kanak-kanak mencuba dan memanipulasi bahan

bagi meningkatkan kreativiti mereka.

Secara umumnya, tujuan pendidikan seni visual di sekolah rendah adalah untuk

memberi peluang kepada pelajar untuk melahirkan apa saja pemikiran mereka melaui seni.

Malah kita tahu bahawa kanak – kanak dilahirkan penuh dengan sifat yang dinamik dan ingin

berkembang mengikut proses tumbesaran mereka. Malah kita juga tahu bahawa tahap

perkembangan kanak – kanak adalah berbeza – beza.

Page 26: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

5.0 PENUTUP

Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan

rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-

kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap

sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni

visual kepada kanak-kanak dapat dilihat dari aspek sosial, fizikal dan emosi.

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk

mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual

mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini

menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya

kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang hasil karya.

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-

kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian

dan bijak membuat keputusan. Murid juga boleh mempertingkatkan dan menajamkan

penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual juga menambahkan pengetahuan

mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan

hasilan seni,produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan

meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti pendidikan

seni visual memberikan peluang kepada murid untuk saling hormat-menghormati dan menjadi

landasan untuk memupuk perasaan toleransi. Mata pelajaran seni juga menganjurkan

semangat bekerjasama didalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

Pendidikan seni visual dapat memenuhi keinginan dan fitrah kanak-kanak. Mereka

dapat meluahkan perasaan dan emosi mereka melalui lukisan. Kanak-kanak terlalu unik

sehingga melahirkan ramai pengkaji lukisan kanak-kanak. Sebagai orang dewasa kita

Page 27: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

hendaklah sentiasa menggalakkan dan memberi sokongan kepada mereka agar kreativiti yang

ada pada mereka akan terus digilap sehingga berjaya.

Kesimpulannya penghasilan lukisan dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk

meluahkan ekspresi mereka melalui hasil lukisan. Ia juga mampu membina dan meningkatkan

psikomotor halus pelajar dalam proses menggambar. Pembentukan sikap melalui nilai murni

dapat dilakukan semasa proses penghasilan lukisan di dalam kelas.Jika guru menyediakan

bahan bantu mengajar, ia akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran menarik dan lebih

berkesan bagi melahirkan kreativiti pelajar.Tanpa penggunaan alat bantu mengajar , murid

akan berasa cepat jemu dan pembelajaran satu hala atau pengajaran yang hanya menggunakan

satu medium kurang memotivasikan murid pada zaman sekarang ini. Sebagai contoh,guru

boleh menggunakan ICT, carta atau contoh model murid-murid yang terdahulu.

Dengan penggunaan contoh lukisan yang telah siap, pelajar dapat melihat sebuah hasil

dan memberi peluang kepada mereka untuk meniru atau mencetus idea mereka

sendiri.Contoh-contoh gambar sebenar boleh digunakan sebagai rujukan. Ia sedikit sebanyak

dapat membantu mereka pemilihan teknik yang sesuai. Guru perlu memberi kebebasan

kepada pelajar untuk melihat sendiri bahan sebenar seterusnya mengaplikasikan unsur

tersebut ke dalam lukisan menggunakan idea tersendiri. Oleh yang demikian, amatlah penting

guru menjadi fasilitator semasa proses pengajaran dan pembelajarannya bagi

memperkembangkan kreativiti pelajarnya.

Kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah sebagai seorang guru seni, kita perlulah

mahir di dalam elemen – elemen asas seni iaitu unsur – unsur seni reka dan prinsip – prinsip

rekaan. Ini kerana ianya penting bagi seorang guru seni untuk menilai dan menyediakan

pelajaran yang berkesan untuk pelajarnya. Selain itu, perlu juga sebagai seorang guru seni

untuk mengetahui dan melihat teori – teori yang ditulis oleh tokoh – tokoh seni agar dapat

membantu guru memahami tentang seni itu sendiri. Ini kerana kreatviti dan imaginatif pelajar

adalah berbeza dan luas. Guru juga perlu melihat kepada keperluan dan kemahiran di dalam

menyediakan sesuatu alat bantu mengajar untuk pelajaran seni. Faktor – faktor yang perlu

diambil kira sebelum menyediakan alat bantu mengajar atau sesuatu karya seni amatlah perlu

dikuasai oleh seorang guru seni.

Seterusnya, melalui kajian ini, saya dapat melihat betapa seronoknya pelajar saya

melakukan aktiviti seni di dalam kelas. Aktiviti membuat kad ucapan mengikut kaedah

Chapman yang dijalankan di dalam kelas amatlah menyeronokkan. Pelajar yang terdiri

Page 28: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

daripada tahun tiga ini telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberi. Akhir kata, kepentingan

seorang guru seni untuk menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan, diikuti

kaedah – kaedah yang sesuai serta rancangan mengajar yang lengkap banyak membantu di

dalam menyediakan satu pelajaran seni yang menarik dan berkesan kepada pelajar. Bak kata

pepatah, ‘Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’.

BIBLIOGRAFI

Sumber daripada buku :

Chang Hon Woon. (2008). Teori Seni Visual Edisi Kedua. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Johari Ab. Hamid. (2004). Falsafah dan Kritikan Seni. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Osborne, H., 1979. The Oxford Companion to Art. Oxford University Press.

Preble, D., Preble, S. and Frank, P., 1999. Art Forms. New York: Longman.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Sumber rujukan dari jurnal :

Chua Tee Teo. (2002). Helping Bored Children: The Dawn of Spiritual Intelligence. Review of Educational Research and Advances for Classroom Teachers, 21 (1), 25-33.

Lachlan E.D. Crawford. (2002). Towards an Ability-Driven Education System inSingapore: Problems and Opportunities. Review of Educational Research and Advances for

Classroom Teachers, 21 (1), 1-12.

Sumber rujukan dari internet :

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html Tarikh muat turun : 18 Feb 2013

http://zact73.blogspot.com/2012/12/teori-seni-laura-h-chapman.html Tarikh muat turun : 19 Feb 2013

http://definisi.org/proses-artistik-kaedah-chapman Tarikh muat turun : 20 Feb 2013

Page 29: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

http://www.arteducators.org/learning/learning-in-a-visual-age/summit-participants/

laura-chapman Tarikh muat turun : 24 Feb 2013

Page 30: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

Page 31: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11

HASIL KARYA MURID TAHUN 3 - KAD UCAPAN HARI JADI

Page 32: Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak

11