assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

39
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER / 2012 KOD KURSUS HBAE 1103 TAJUK KURSUS PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL NAMA : NAMA TUTOR : NO KAD PENGENALAN : MATRIKULASI : NO. TELEFON :

Upload: ahmad-nazri

Post on 13-Aug-2015

292 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTERSEPTEMBER / 2012

KOD KURSUSHBAE 1103

TAJUK KURSUS PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

NAMA :NAMA TUTOR :NO KAD PENGENALAN : MATRIKULASI : NO. TELEFON : E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN:PETALING JAYA LEARNING CENTRE

Page 2: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN 31.1 Pengenalan 3

2.0 PERKAITAN ASPEK KOGNITIF, ASPEK PSIKOMOTOR, ASPEK AFEKTIF, ASPEK KREATIVITI DAN ASPEK SOSIAL DENGAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM. 62.1 Aspek Kognitif. 62.2 Aspek Fizikal. 72.3 Aspek kreativiti. 72.4 Aspek Persepsi. 82.5 Aspek sosial dan emosi. 9

2.0 PERKAITAN ORGANISASI KURIKULUM DAN BIDANG KEGIATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL. 103.1 Pemerhatian. 10

3.1.1 Pengetahuan sedia ada murid 113.1.2 Benda atau bahan yang konkrit. 113.1.3 Minat, kecenderungan dan latar belakang murid 113.1.4 Bahan, bunyi, pergerakan dan aksi . 123.1.5 Mencetus idea dan imaginasi . 12

3.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan. 123.2.1 Penerokaan 133.2.2 Penghasilan / membuat. 14

3.3 Apresiasi. 153.4 Menghargai nilai. 17

4.0 KAJIAN PERKAITAN ANTARA ORGANISASI KURIKULUM, BIDANG AKTIVITI DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK. 184.1 Kandungan kurikulum. 18

4.1.1 Menggambar. 184.1.2 Membuat corak dan rekaan. 204.1.3 Membentuk dan membuat binaan. 224.1.4 Kraf tradisional. 23

5.0 PENUTUP 245.1 Kesimpulan 24

BIBLIOGRARI 25

m/s : 2

Page 3: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan seni

bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya

individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta

dan peka terhadap ciri estetik. Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya

kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan

rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang

mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana

dan mampumengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan

kehidupan.Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir . Pengetahuan dan

kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi

maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai

perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan

fleksibel.

Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh

dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan

Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata

pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi

catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan

sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya

memenuhi tuntutan dalam masalah ini.

Pendidikan Seni juga selari dengan konsep pembelajaran seumur hidup (learning

through out life) yang dikatakan sebagai salah satu syarat untuk menghadapi dunia abad ke-

21. Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang mengaplikasikan ilmu dengan kemahiran.

Pelajar belajar melalui tindakan membuat (learning by doing), yang kemudiannya kelak dapat

dilanjutkan kepada learning to be dan learning to live together, apabila tiba masanya

untuk berada dalam masyarakat dan pasaran kerja. Asas ini dibina dalam pengajaran

Pendidikan Seni terutamanya dalam membentuk pemikiran tinggi. Sebagai contoh awal,

proses mereka bentuk dalam Pendidikan Seni, melibatkan pelajar melalui beberapa proses

berfikir dan bertindak seperti :

m/s : 3

Page 4: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

Pengenalpastian masalah

  Menentukan keperluan, lakaran situasi atau masalah. Penjelasan tentang perkara

utama dan limitasi serta persolan yang sepatutnya dapat dijelaskan. Kajian dan Penyelidikan

Aspek persekitaran, ergonomik, masa, faktor keselamatan, kekuatan, bentuk, bahan, kos dan

pembuatan serta pelbagai sumber. Idea dan cara penyelesaian dilakukan secara lakaran

beberapa idea dan penyelesaiannya.

Perkembangan

Memperincikan idea bersama lakaran dan huraian. Bekerja dengan idea yang telah

dikenal pasti bagaimana bahagian-bahagian dipasang (kalau ia model). Mungkin carta aktiviti

atau carta produksi diperlukan pada peringkat ini. Foto atau lakaran visual yang

menampakkan pelbagai persepsi juga boleh membayangkan kegiatan seterusnya menjadi

lebih jelas.

Proses membuat

Proses dan teknik. Percubaan dan Penilaian Membandingkan spesifikasi asal dengan

senarai fungsi. Mencatat sebarang masalah yang timbul sepanjang kegiatan. Mencuba.

Membuat rumusan. Apabila melihat proses mereka bentuk yang disenaraikan, nyatalah

bahawa Pendidikan Seni mementingkan aplikasi ilmu dengan kemahiran. Dalam proses

tersebut juga, inovasi teknologi yang merangkumi tiga tahap digabungkan. Gabungan tersebut

ialah idea yang kreatif, aplikasi secara praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat. Ini

dikaitkan dengan maksud kreatif yang menekankan sesuatu yang unik, baru dan bermakna,

dalam konteks norma kita sendiri.

Melalui informasi teknologi dalam Pendidikan Seni, idea yang banyak dapat

dilahirkan dan pelbagai. Ini akan membantu pelajar menghasilkan ciptaan terbaru dengan

mudah, tepat, cepat, dan menarik. Namun, sebagai suatu disiplin yang mengutamakan daya

imaginasi dan kreativiti ketika pembentukan konsep dalam minda, yang harus dijelmakan

dalam bentuk visual secara manual, pelajar tidaklah diketepikan ilmu untuk mendapatkan

kemahiran tertentu dan sebaliknya hanya menggunakan teknologi moden seperti komputer

melakukan segala-galanya. Komputer, dalam hal ini adalah sebagai tool atau kadang-kadang

sebagai tutee bagi memudahkan cara melaksanakan kegiatan Pendidikan Seni.

m/s : 4

Page 5: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

Banyak pakar yang berpendapat bahawa pendidikan yang berkesan sepatutnya

dilakukan secara bersepadu, sama ada dengan memenuhi tuntutan pelajar melalui ikutan,

analisis logik, kemahiran mengaplikasi ilmu seni, dan sebagainya. Kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang mengarah kepada suasana riang dan ria serta mengundang minat pelajar

akan membangkitkan semangat ingin melakukan sebarang kegiatan pembelajaran dengan

baik. Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah yang berkesan dalam Pendidikan Seni

kerana ia bukan sahaja melibatkan tingkah laku ingin tahu pelajar tetapi juga berkait dengan

perasaan pelajar yang menjurus kepada Learning is fun .

Konsep pengajaran bersepadu dalam Pendidikan Seni telah diperjelaskan dalam

Sukatan Pelajaran yang dapat disimpulkan bahawa ia merangkumi domain yang dihasrat

secara bersepadu melalui pendekatan yang terancang. Pendekatan yang terancang dan terarah

ini berteraskan objektif pencapaian iaitu, ekspresi kreatif, penggubahan, penghasilan dan

persembahan, persepsi estetik, pertimbangan estetik, warisan budaya kraf, dan seni

tampak.Justeru, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung hasrat murni di dalamnya

dapat direalisasikan melalui subjek Pendidikan Seni.

Kurikulum Pendidikan Seni telah direncana dan selaras dengan keadaan semasa dan

akan datang bagi mencapai matlamat pendidikan berdasarkan kehendak FPK. Menurut Abd.

Shukor Hashim (1998), (dalam Mohd Johari Ab. Hamid, 2000). Pendidikan Seni sewajarnya

menepati objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunan individu,

pembangunan dan intergrasi sosial menyalurkan budaya dan warisan negara. Perpaduan

negara wujud setelah generasi muda dididik dan dibimbing sempurna dari segi perkembangan

JERIS. Melalui aktiviti-aktiviti seni, seseorang pelajar bukan sahaja dididik dan dibimbing

dalam kesempurnaan dari segi JERIS tetapi juga dilatih memperolehi keyakinan diri dalam

berkomunikasi melalui seni, memahami warisan bangsa dan identiti bangsa.

Matlamat dan kepentingan Pendidikan Seni jelas digubah untuk melahirkan individu

yang berbudaya iaitu sekurang-kurangnya dapat mengurus kehidupan harian dengan

sempurna dan menjadi penghayat seni , seterusnya dapat menyumbang ke arah pembangunan

diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dapat kenal pasti punca dapat mendorong dan

merangsang pelajar memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan

dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang

berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang

tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan

perasaan dalam aktiviti yang dijalankan.

m/s : 5

Page 6: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

2.0 PERKAITAN ASPEK KOGNITIF, ASPEK PSIKOMOTOR, ASPEK AFEKTIF, ASPEK KREATIVITI DAN ASPEK SOSIAL DENGAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang

mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang dihasilkan

berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

Kepentingan pengajaran mata pelajaran Seni Visual kepada kanak-kanak terbahagi kepada

Aspek Kognitif, Aspek Kreativiti, Aspek Persepsi serta Aspek Sosial dan Emosi.

2.1 Aspek Kognitif.

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka, matlamat pendidikan

Seni Visual adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang harmoni, kritis, kreatif dan

produktif menerusi pengukuhan asas seni visual. Selain itu, pendidikan seni visual juga

diterapkan dalam pendidikan untuk membentuk pelajar yang mempunyai pelbagai kemahiran

dalam seni visual. Ia selaras dengan objektif kurikulum pendidikan seni visual di mana

dengan adanya mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di setiap sekolah, sikap bekerjasama

dapat dijalinkan tidak kira sama ada sesama murid dengan murid mahupun di antara murid

dengan cikgu. Ini adalah kerana, Pendidikan Seni Visual memerlukan banyak tenaga terutama

sekali dalam membuat tugasan yang diarahkan. Melalui tugasan tersebut, murid-murid dapat

bekerjasama antara satu sama lain kerana mereka telah dipupuk bahawa bekerjasama adalah

sangat penting bagi menjayakan sesebuah tugas yang diarahkan.

Perkembangan seni kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama ada

daripada segi gaya mahu pun kandungan. Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan

terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan

masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Kanak-kanak

melukis apa yang mereka tahu berdasarkan pengalaman yang mereka lihat, daya ingatan, imej

dan kesan konsep ini dilukis di atas kertas.

Perkembangan kognitif kanak-kanak boleh dilihat melalui contengan yang mereka

lakukan iaitu contengan tidak terkawal dan terkawal. Contengan tidak terkawal yang

dihasilkan secara spontan, sembarangan, ringkas dan sekadar membuat garisan pada sebarang

permukaan. Contengan terkawal , pula lebih berorganisasi, berulang, penggunaan tangan

lebih terkawal, boleh melukis dalam permukaan kertas yang disediakan, terdapat variasi

garisan dan mula menunjukkan minat untuk melukis.

m/s : 6

Page 7: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

2.2 Aspek Fizikal.

Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam seni

memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psikomotor) dan koordinasi

tangan serta mata, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran tangan,

contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa batasan perkembangan fizikal boleh

dilihat dengan jelas. Bertepatan dengan objektif kurikulum bahawa pendidikan Seni Visual

pada peringkat awal juga akan dapat menghasilkan pelajar yang sentiasa ingin melibatkan diri

dengan kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan. Penglibatan ini

akan dapat memperkembangkan kebolehan dan kemahiran setiap murid. Sementara

kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan

teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi

secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan

perkakasan. Pendidikan Seni Visual juga akan memperkembangkan deria penglihatan yang

melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.

2.3 Aspek kreativiti.

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu muid untuk

mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni lukis

mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Pendidikan Seni Visual juga

merupakan satu bentuk pelajaran yang dapat membuatkan murid-murid untuk mengenali asas

seni reka. Pengenalan kepada asas seni reka merupakan salah satu aspek penting yang perlu

diajar pada peringkat sekolah rendah. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah

kreatif, ekspresif dan aktif.

Oleh itu, Pendidikan Seni Visual memainkan peranan dalam memperkembang sifat-

sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran,

penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual juga dapat membolehkan mereka

untuk menyatakan idea dan ekspresi diri. Setelah murid-murid mengenali asas-asas yang

terdapat dalam Pendidikan Seni Visual ini, secara tidak langsung mereka akan dapat membuat

olahan terhadap sesuatu karya seni serta akan dapat mempraktikkannya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.Sama seperti objektif kurikulum di mana dengan pengenalan

kepada Pendidikan Seni Visual pada peringkat rendah maka murid-murid akan dapat

membiasakan diri utuk melakukan sesuatu kerja dengan teratur, cermat dan selamat.

m/s : 7

Page 8: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

Pada peringkat awal, murid-murid akan didedahkan kepada asas-asas seni yang

memerlukan mereka untuk membuat sesuatu kerja secara teratur dan berperingkat-peringkat

seperti pengolahan sesuatu idea dalam sesebuah produk seni. Penghasilan sesuatu karya

secara teratur akan menghasilkan satu karya yang kemas dan mempunyai nilai-nilai estetika

yang dapat dihayati oleh audien. Namun setiap murid mestilah menitik beratkan hal-hal

keselamatan semasa menggunakan alatan dan bahan-bahan seni. Dengan itu, segala proses

pembelajaran akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau masalah yang sukar

diselesaikan.

2.4 Aspek Persepsi.

Melalui seni ini, kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan

pancaindera dan deria. Seni menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan

kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang

terdapat di sekeliling mereka dengan menghasilkan lukisan berdasarkan kepada apa yang

mereka fahami berbanding dengan apa yang mereka lihat. Ini menyebabkan lukisan mereka

sukar ditafsir tetapi yang lebih penting ialah mereka mampu melihat dunia menerusi kaca

mata sendiri. Secara khususnya, selari dengan matlamat pendidikan seni visual, ia boleh

diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti

yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya

menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu,

demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.

Seperti mana objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Seni Visual

merupakan satu bentuk pelajaran yang dapat membuatkan murid-murid untuk mengenali asas

seni reka. Pengenalan kepada asas seni reka merupakan salah satu aspek penting yang perlu

diajar pada peringkat sekolah rendah. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah

kreatif, ekspresif dan aktif. Oleh itu, Pendidikan Seni Visual memainkan peranan dalam

memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.

Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual juga dapat

membolehkan mereka untuk menyatakan idea dan ekspresi diri. Setelah murid-murid tealah

mengenali asas-asas yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual ini, secara tidak langsung

mereka akan dapat membuat olahan terhadap sesuatu karya seni serta akan dapat

mempraktikkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

m/s : 8

Page 9: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

2.5 Aspek sosial dan emosi.

Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain dapat

meningkatkan keyakinan diri. Seni juga mewujudkan kerjasama antara kumpulan yang

dibentuk. Selain daripada interaksi dan aktiviti kumpulan, emosi kanak-kanak juga

ditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam hasil seni mereka. Kanak-kanak melukis

peristiwa yang mereka lalui setiap hari, objek yang mereka sukai atau individu yang mereka

sayangi. Cerita yang ingin disampaikan oleh kanak-kanak diperelokkan melalui penggunaan

warna, saiz, bentuk dan garis yang sesuai akan menambah emosi kepada lukisan mereka.

Perkembangan kanak-kanak tidak boleh dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang

kecil, oleh itu kurikulum kanak-kanak juga tidak boleh dipisahkan secara entity. Kurikulum

kanak-kanak adalah saling berkaitan. Kanak-kanak tidak mudah “tukar saluran” atau

“menukar gear” untuk bergerak daripada matematik kepada kemahiran saintifik. Pengetahuan

dan kemahiran-kemahiran ini tidak tersusun dengan rapi mengikut mata pelajaran tertentu.

Walaupun pemisahan kurikulum ini bagus secara analisis, tetapi kanak-kanak adalah

holistik dan pembelajarannya juga secara holistik. Misalnya mereka menceburi pemikiran

kreatif dan penyelesaian masalah yang boleh merentasi bidang matematik dan sains, seni dan

kajian sosial. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial. Selain

meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat

bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

Usaha utama pendidikan ialah untuk menyediakan seseorang individu memainkan

peranan yang positif dan berkesan dalam masyarakat. Di dalam usaha ini juga, pendidikan

menjadi suatu agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan

kemajuan dan pembangunan semasa. Dalam masyarakat moden ini, pendidikan adalah

penting juga untuk menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan

dan pembaharuan serta membuat pengubahsuaian dari memberikan sumbangan untuk

pembangunan masyarakat itu.

Secara tidak langsung, melalui Pendidikan Seni Visual juga ia dapat meningkatkan

keyakinan diri terhadap setiap murid tersebut. Sifat ini sangat penting adalah disebabkan

melalui keyakinan diri yang terdapat dalam diri murid-murid tersebut, mereka akan berani

untuk membuat projek-projek besar yang ditugaskan tanpa mengira masalah dan cabaran

yang mungkin mereka akan tempuhi.

m/s : 9

Page 10: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

3.0 PERKAITAN ORGANISASI KURIKULUM DAN BIDANG KEGIATAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL.

Kandungan di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolahrendah KBSR

di susun di dalam empat bidang kegiatan. Empat bidang tersebut ialah menggambar,

membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuatbinaan dan mengenal kraf tradisional.

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi

yang kritis dan kreatif dengan alat bahan-bahan, apresiasiseni visual serta menghargai nilai

murni.Menurut Chapman (1986), terdapat empat aspek utama yang seumpama ini dalam

pelajaran seni iaitu:(i)pemerhatian(ii)penerokaan(iii)penghasilan (pembuatan)(iv)apresiasi

dan perlanjutan.

3.1 Pemerhatian.

Aspek yang pertama yang perlu diberi perhatian oleh guru untuk ditekankandi dalam

pengajaran ialah pemerhatian yang aktif. Pemerhatian secara aktif yang merangkumi

kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus danterperinci dapat menajamkan persepsi

murid. Selain mengembangkan deriapenglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui

kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi.

Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan

pemerhatian ini.

Pemerhatian yang aktif dapat meningkatkan kreativiti seseorang.Pemerhatian dapat

melatih pengamatan murid pada sesuatu perkara. Melalui pemerhatian itu, murid-murid

diminta membuat pengamatan dengan menggunakan pelbagai deria yang ada seperti

sentuhan, penglihatan dan sebagainya. Guru boleh menyediakan bahan-bahan contoh untuk

menarik minat bagi melihat atau pun menyentuhnya.

Seterusnya perbincangan murid-murid dengan guru dibuat bagi mengolah idea mereka

sebelum memulakan sesuatu aktiviti seni. Melalui deria penglihatan, murid-murid diminta

mengaplikasikan bagaimana hal benda diolah menjadi motif.Aspek pemerhatian yang aktif di

dalam pengajaran guru melibatkansensitiviti deria. Sebelum memulakan pengajaran atau

semasa menyediakan aktiviti, antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru

ialah pengetahuan sedia ada murid, benda yang konkrit, bahan, bunyi, pergerakan dan aksi,

serta mencetus idea dan imaginasi 

m/s : 10

Page 11: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

3.1.1 Pengetahuan sedia ada murid

Guru Pendidikan Seni Visual haruslah peka sebelum memulakanpengajaran berkenaan hal

pengetahuan sedia ada murid. Hal ini pentinguntuk memastikan objektif pengajaran dapat

dicapai apabila murid dapatmelibatkan diri kerana bahan pengajaran guru berkesinambungan

atauberkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka.Sebagai contoh guru

yang hendak mengajar tentang Teknik Mozek  kepada murid haruslah memastikan murid

telah mahir atau tahu mengenai Kolaj .Berdasarkan teori kognitif, proses pembelajaran

berlaku apabila seseorang itu menyerapkan atau pun menyesuaikan pengetahuan sediaada di

otak dengan data-data yang diperoleh melalui persekitarannya

3.1.2 Benda atau bahan yang konkrit.

Perkara yang hendak dipelajari oleh murid hendaklah benda yang konkrit pada

peringkat murid-murid sekolah rendah ini. Mengikut Thorndike (1986), tindak balas

seseorang itu adalah berdasarkan rangsangan yang diterima. Oleh itu pada peringkat mereka,

perkara yang berada di persekitaran dan konkrit dapat dibuat dan bukan di dalam imaginasi

atau maya. Sebagai contoh, apabila mengajar bidang kegiatan membentuk dan membuat

binaan- topeng, guru haruslah menggunakan benda yang konkrit seperti watak haiwan, kartun

dan bukannya imaginasi seperti dewa ataupun alam khayalan.

3.1.3 Minat, kecenderungan dan latar belakang murid

Perkara ini haruslah diambil berat oleh guru. Minat dan kecenderungan murid yang

berbeza perlu dipertimbangkan kerana ianya amat mempengaruhi pengajaran dan

pembelajaran. Begitu juga dengan latar belakang murid, sama ada datangnya dari keluarga

miskin, sederhana ataupun mewah. Minat dan kecenderungan yang lebih menjurus kepada

kecerdasan yang pelbagai ini seandainya dikesan oleh guru akan dapat melahirkan kreativiti

melalui pengamatan dan tanggapan dalam mengaplikasikanpembelajaran bagi membantu

murid-murid membina kemahiran seterusnya memperoleh ilmu dan mengamalkannya.

Aktiviti dalam pendidikan seni visual boleh dijalankan dengan memanfaatkan kepelbagaian

minat dan kecenderungan yang terdapat pada murid-murid dalam aktiviti berkumpulan atau

pun aktiviti individu.

m/s : 11

Page 12: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

3.1.4 Bahan, bunyi, pergerakan dan aksi .

Melalui pemilihan bahan yang melibatkan deria, guru dapat menentukan rangsangan

yang didedahkan kepada murid-murid dan kesannya terhadap gerak balas yang dihasilkan.

Perkara yang melibatkan pergerakan, bunyi dan aksi akan mampu menarik perhatian murid

seperti nyanyian lagu ‘Burung Kakatua’ dan boneka burung akan mampu meningkatkan

minat murid untuk menjalankan aktiviti menggambar menggunakan teknik catan cat air.

Media pengajaran yang digunakan adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan

penglihatan dan/atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran termasuk juga

proses pengalaman,persediaan dan perasaan (Ngui Kuan Sang, 1989). Ini bermakna ia adalah

satu proses pengalaman yang total.

3.1.5 Mencetus idea dan imaginasi .

Hasil daripada pemerhatian yang aktif, murid-murid akan dilatih membuat

pemerhatian terhadap objek alam dan buatan manusia. Murid akan dapat merasai secara

konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus

menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan

pemikiran abstrak. Justeru itu cetusan idea dan imaginasi dapat dihasilkan untuk murid

menghasilkan karya yang kreatif melalui pemerhatian yang aktif ini. Pemerhatian yang aktif

ini dapat ditajamkan apabila guru peka terhadap persekitaran pembelajaran murid. Sebagai

guru pendidikan seni visual yang berkesan, guru harus memastikan murid-muridnya bersedia

untuk belajar.Keadaan kelas yang tidak terurus dengan sampah sarap dan meja tidak tersusun

akan mengganggu pemerhatian murid terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran.

3.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan.

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam

mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan

memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan

manipulasi alat dan bahan serta terknik-teknik mudah.Semasa berinteraksi dengan alat dan

bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang

dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid

belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yangmereka boleh

lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. Aspek interaksi yang kritis dan kreatif

dengan bahan melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan.

m/s : 12

Page 13: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

3.2.1 Penerokaan

Melalui aktiviti penerokaan ini, murid-murid akan dapat mendalami sesuatu perkara

dan mencari penemuan baru. Penerokaan ini boleh berlaku sama ada dalam bilik darjah

ataupun di luar bilik darjah.Pelbagai bahan boleh digabungkan sehingga mewujudkan hasil

seni yang unik dan menarik. Hasil daripada aktiviti penerokaan adalah penemuan yang akan

dapat memberikan rangsangan kepada murid-murid menjadi lebih kreatif. Dalam usaha

menemukan sesuatu yang baharu, murid-murid perlu berusaha mencari sesuatu kelainan yang

bakal diperoleh hasil daripada penerokaan, pemerhatian dan percubaan.

Apabila wujudnya percubaan melibatkan eksperimentasi murid-murid, tindakan

spontan dan kesalahan semasa pembelajaran akan berlaku. Percubaan membuat sesuatu dapat

memberi pengalaman estetika semasa menghasilkan produk. Ini penting kerana melalui

pengalaman itu, murid akan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada yang

sebelumnya. Secara tidak langsung melalui percubaan demi percubaan dapat mendidik

seseorang murid itu erti kesabaran.

Antara aspek yang berkaitan dengan penerokaan ini yang seharusnya guru prihatin

bersesuaian dengan empat bidang yang disusun itu ialah :

Aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid adalah aktiviti yang kecil,mudah difahami

dan ringkas perlaksanaannya.

Murid amat digalakkan untuk cuba mencuba dan berusaha agar dapat suaikenal

dengan bahan yang disediakan oleh guru.

Penemuan di dalam pembelajaran adalah oleh murid sendiri, dan guru sebagai

pemudah cara dan murid juga digalakkan untuk uji menguji dengan menggunakan

pelbagai teknik. Misalannya dalam memberikan pendedahan kepada murid-murid

tentang asas mewarna, guru boleh menyarankan murid menggunakan pelbagai

medium seperti kertas tisu, kertas tandas, kertas kadbod dan pelbagai jenis kertas yang

memberikan kesan yang berlainan apabila dibubuh warna air.

Mencari alternatif di dalam menjalankan aktiviti mewarna, variasi yang pelbagai dan

kemungkinan lain. Contohnya penggunaan bahan untuk capan boleh dipelbagai selain

daripada flora boleh juga digunakan bahan buangan seperti ronyokan kertas, plastik

dan seumpamanya.

m/s : 13

Page 14: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

Bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencubadan pastikan guru

menggalakkan murid menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat kepada

peraturan asal sekiranya ianya masih tidak menyalahi tajuk dan objektif pembelajaran.

Sebagai contoh dalam memperkenalkan dan membuat kraf tradisional, anyaman-

murid yang tidak mempunyai bahan gantian kertas warna boleh menggunakan kertas

surat khabar berwarna selagi bahan itu boleh membentuk anyaman apabila dijalinkan.

3.2.2 Penghasilan / membuat.

Dalam penghasilan dan membuat aktiviti, kepekaan pada persekitaran perlu

digalakkan kepada murid-murid. Contohnya murid-murid perlu peka pada persekitaran

mereka supaya dapat memanipulasikan objek-objek di sekeliling mereka menjadi sudut hasil

seni. Murid-murid secara kreatif boleh memanipulasi bahan, ruang, cahaya dan sebagainya

untuk diaplikasikan dalam karya mereka. Guru juga boleh memberi peluang kepada murid

memberi idea bersama-sama bagi mengembangkan bakat murid itu sendiri.

Melalui pendidikan seni visual juga guru dapat menjana minda murid-murid untuk

berfikir secara logik. Secara tidak langsung bahan yang terbuang boleh digunakan semula dan

ini dapat mengelakkan pembaziran dan berlaku pencemaran alam sekitar secara berleluasa.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara murid-murid dan guru

memainkan peranan penting bagi menjamin kefahaman murid-murid pada pengajaran yang

disampaikan oleh guru. Suasana pembelajaran juga banyak dipengaruhi oleh hubungan dua

hala yang menekankan pendekatan kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan pelbagai

aktiviti gerak kerja, peranan rangsangan dan gerak balas memainkan peranan yang penting

bagi menjana proses pembelajaran murid-murid.

Semasa aktiviti dijalankan, guru haruslah memberi kepercayaan penuh kepada murid-

murid menonjolkan minat masing-masing dengan pelbagai kaedah pembelajaran sambil

bermain tetapi dalam suasana yang mampu dikawal oleh guru. Ini bertujuan mewujudkan

suasana ceria dan harmonis dan tidak mengongkong murid-murid itu. Di dalam penghasilan

dan membuat gerak kerja ini, murid-murid haruslah diberi perhatian terutamanya berkaitan

dengan :

Penggunaan alat, bahan dan teknik yang dipilih haruslah bersesuaian dengan bidang

yang hendak diajar oleh guru. Sebagai contoh bagi murid Tahun 1, bahan yang

digunakan untuk capan mestilah bersesuaian seperti batang pisang atau keratan rentas

m/s : 14

Page 15: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

bawang merah. Mengukir kentang untuk mengecap pastinya tidak sesuai kerana

psikomotor mereka belum mahir melakukannya.

Tatacara, langkah dan proses membuat seharusnya diterangkan dan dibimbing dengan

baik oleh guru pendidikan seni visual. Ini untuk memastikan murid yang kita ajar akan

dapat mengikuti dan tidak ketinggalan sehingga mampu menimbulkan suasana yang

menyeronokkan. Apabila proses pembelajaran yang dijalankan oleh guru tidak dapat

diikuti dengan baik oleh murid maka aktiviti itu tidak berulang kerana menimbulkan

implikasi negatif kepada diri murid dan seterusnya membantutkan proses

pembelajaran mereka.

Amalan tatatertib kerja dan keselamatan semasa bekerja perlulah dititk beratkan oleh

guru untuk memastikan aktiviti pembelajaran murid berjalan denegan lancar tanpa

sebarang masalah atau musibah seperti kecederaan ataupun gangguanemosi.

Penyampaian kandungan subjek, idea dan hal benda dengan bentuk hasil hendaklah

saling berkaitan.

3.3 Apresiasi.

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek

pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi

keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang

dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat

dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Antara

objektif pengajaran seni visual ini ialah menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui

kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaan dan kraf, justeru itu aspek apresiasi ini

tidak boleh diabaikan oleh guru apabila mengajar. Selain itu melalui kegiatan ini, murid-

murid dapat mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan. Di dalam teori

pembelajaran anjuran teori behaviorisme, guru harus beri ganjaran pada respons pelajar yang

betul atau yang berani memberikan respons. Dalam sessi apresiasi ganjaran dalam bentuk

penghargaan iaitu menampalkan karya seni murid di sudut seni atau papan kenyataan dapat

meningkatkan harga diri murid dan memberikan keyakinan kepada mereka akan kebolehan

mereka. Pujian kepada respons yang betul akan memberangsangkan minat murid-murid

supaya melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peneguhan

positif yang diberikan kepada murid atas hasil yang menarik atau tingkah laku yang terpuji

akan membantu murid mengamalkannya sebagai pengulangan.

m/s : 15

Page 16: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

Melalui aktiviti apresiasi pendidikan seni visual ini, murid diperkenalkan tokoh-tokoh

seni dan menghargai sumbangan mereka. Aspek ini melibatkan pernyataan dan unsur afektif.

Terdapat dua jenis utama aktiviti apresiasi. Aspek pertama ialah yang dirancang khas untuk

projek apresiasi dan aspek kedua ialah aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap

pelajaran. Apresiasi diri satu aspek yang penting dijalankan setelah murid-murid menyiapkan

kerja mereka. Slot ini penting agar murid tahu kekuatan dan kelemahan hasil seni mereka.

Mereka sudah tentulah akan memperbaiki hasil kerja mereka pada sesi lain.

Dalam sessi apresiasi seni , guru boleh menanyakan bagaimana murid-murid dapat

hasilkan karyanya sebegitu, misalnya cara mewarna, bahan yang digunakan, bagaimana

proses membuatnya berjalan atau kekanganyang boleh dimanipulasikan.Guru juga boleh

memberi motivasi dengan menggunakan perkataan yang dapat memberi semangat kepada

muridsupaya mereka meningkatkan keyakinan dan minat mereka terhadap matapelajaran

PSV. Dalam sesi ini, guru perlu memberikan perhatian kepada perkara berikut,

Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna,

ton, rupa bentuk dan bentuk. Ini seharusnya dikuasai oleh murid bagi memastikan

pengukuhan dan guru perlulah membimbing murid memahami unsur seni yang

dipelajari.

Aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda seperti nilai, kaitan

dengan pelajaran lain atau perkaitannyadengan pengalaman hidup seharian.

Penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya. Ini boleh dibantu oleh guru

dengan menampalkan hasil seni yang menarik di sudut tertentu agar timbul perasaan

penghargaan diri pada jiwa pembuat dan semangat berlumba atau cabaran pda diri

murid lain.

Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitandengan kandungan isi

pelajaran.

Aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik yang

digunakan sewaktu menjalankan aktiviti seni bersama rakan-rakan.

Perasaan, penghargaan dan refleksi diri. Konsep ini penting dan guru boleh meminta

murid menyatakannya atau memikirkannya berpandukan soalan-soalan terbimbing

dan dirancang.

m/s : 16

Page 17: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

3.4 Menghargai nilai.

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga

dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan

kehidupan mereka. Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme,

nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang

sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Sebagai contoh dalam aktiviti membuat

kolaj, murid di didik supaya menggunakan bahan terbuang supaya dapat menanamkan

semangat mencintai alam kehidupan. Begitu juga apabila tiba bulan kemerdekaan, murid

digalakkan membuat poster yang bertemakan cinta pada tanah air.

Antara perkara yang berkait rapat dengan menghargai nilai ini ialah yang perlu disepadukan

oleh guru semasa menjalankan aktiviti dan kesan selepas itu ialah :

nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di dalam kegiatan

seni dijalankan di dalam bilik darjah iaitu pada masa dan hari yang lain semasa

menjalankan kegiatan pembelajaran subjek berlainan.

nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di luar kegiatan

dalam kehidupan seharian seperti dengan keluarga dan masyarakat. Sebagai contoh,

apabila murid sudah mahir mengenal warna dan jenis-jenisnya, dia boleh

mengaplikasikan pengetahuannya itu dengan menolong bapanya memilih warna cat

yang bersesuaian mengikut tona.

mencintai alam kehidupan seperti mencintai sungai dan keindahannya, hutan dan

khazanahnya dan alam sekitar bersama flora dan fauna yang terkandung di dalamnya.

nilai patriotisme dan nilai murni lain seperti semangat cintakan negara atau semangat

bermasyarakat dan seumpamanya dapat diamalkan dan diterapkan secara bersepadu

melalui aktiviti pembelajaran yang berkesan. Selain itu murid diharapkan dapat

mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan,

kebersihan dan mengutamakan keselamatan.

kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan perkembangan persepsi yang

terkandung dalam 4 aspek.

kritikan seni; huraian, analisis, interprestasi dan penilaian

m/s : 17

Page 18: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

4.0 KAJIAN PERKAITAN ANTARA ORGANISASI KURIKULUM, BIDANG

AKTIVITI DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.

4.1 Kandungan kurikulum.

Sukatan pelajaran PSV sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu

menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal

kraf tradisional. Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara

aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta

menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

4.1.1 Menggambar.

Dalam kegiatan mengambar, menekankan perkembangan persepsi dan kemahiran

serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan

pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.

Antara kegiatan yang dijalankan dalam kelas ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan,

resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek dan poster. Aktiviti menggambar

menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid melalui penerokaan

kesan seni yang mana murid akan mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan. Selain itu,

melalui kegiatan menggambar, guru -guru PSV akan memperkenalkan pelbagai kemahiran

asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran turut

menjadi fokus dalam kegiatan menggambar.

Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap

asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Oleh itu, murid dapat

menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan.

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini dilakukan

dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Pembelajaran

bidang mengambar Tahap 1 bermula dengan asas mengambar, menggambar dan meneroka

teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. Manakala Tahap 2, murid akan

mempelajari pengunaan asas seni reka dalam mengambar melalui imaginasi, tema,

pengalaman dan fantasi pelajar serta pengunaan komputer.

m/s : 18

Page 19: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

CONTOH PROSES-PROSES MENGGAMBAR.

Bidang A : Menggambar .

Aktiviti : Melukis – alam semulajadi.

Alatan/ bahan : kertas lukisan , pensel dan daun kering ( unik bentuknya)

media : kering

m/s : 19

Page 20: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

4.1.2 Membuat corak dan rekaan.

Bagi membuat corak dan rekaan, murid akan mempelajari cara membuat corak,

mereka corak dan didedahkan beberapa teknik yang berbeza dalam membuat corak bagi

Tahap 1. Pada tahap 2 mereka akan mempelajari asas seni reka dalam membuat corak dan

rekaan, dan menggunakan imaginasi serta mengaplikasi penghasilan corak dan rekaan dengan

menggunakan komputer. Oleh itu, murid akan diberi peluang memahami pelbagai cara untuk

menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan

boleh dipadankan kepada pelbagai hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan

sebagainya.

Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara sama ada corak tidak terancang atau

corak terancang. Contoh hasilan corak tidak terancang ialah pualaman tiupan, titisan, ikatan

dan celupan, renjisan dan percikan. Manakala contoh corak terancang ialah lukisan, catan,

cetakan, capan, lipatan, resis, kolaj dan kaligrafi. Hasil pembelajaran membuat corak dan

rekaan membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan

kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk

menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini juga memberi peluang kepada murid

membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan

teknik yang telah dinyatakan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses

pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan

dan lakonan.

CONTOH PROSES-PROSES MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Bidang B : Membuat corak dan rekaan.Aktiviti : Renjisan dan percikan.

Langkah 1 Bancuhkan warna air atau tempera alam palet. Buat bancuhan warna primer dan sekunder.

Sediakan sekeping kertas lukisan. 

Sediakan motif seperti yang diinginkan ( daun )

m/s : 20

Page 21: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

Langkah 2

Susun daun di atas kertas lukisan

Langkah 3

Sapukan warna pada berus gigi dan percikan warna pada permukaan kertas dengan menggunakan sikat atau jari.

Langkah 4

Ulangi langkah 3 menggunakan warna yang berbeza

Langkah 5

Setelah siap alihkan daun daripada kertas lukisan dan jemur hingga kering.

Apresiasi Seni

Murid mempamerkan hasil kerja. Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan

rakan-rakan.

4.1.3 Membentuk dan membuat binaan.

m/s : 21

Page 22: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

Kegiatan membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan persepsi murid

terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Kesannya

murid dapat memahami dengan lebih jelas apabila mereka membentuk dan membina sesuatu

model. Guru akan mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik

penghasilan. Oleh itu, murid berpeluang berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,

semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat

binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti arca timbul, asemblaj, mobail, strabail, model,

diorama, boneka, topeng dan origami.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat

rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan

kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu

proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan,

puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Murid Tahap 1 akan mempelajari asas membentuk dan

membuat binaan, membentuk dan membuat binaan dengan menggunakan pelbagai bahan dan

meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam membentuk dan membuat binaan. Murid

Tahap 2 pula pada akhir pembelajaran akan mengetahui cara menggunakan asas seni reka

dalam membentuk dan membuat binaan da membentuk dan membuat binaan secara manual

dan berbantukan komputer  berdasarkan imaginasi murid.

Bidang : C . Mebentuk dan MembinaAktiviti : Membuat Kereta daripada bahan bercetakAlatan/ Bahan : Kertas bercetak, kad manila ( cetakan nipis memerlukan lapisan tebal ), gam dan gunting.

4.1.4 Kraf tradisional.

Kraf tradisional ialah perusahaan (kerja seni)

yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang

memerlukan daya cipta oleh sesuatu

masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di

sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan

m/s : 22

Page 23: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

kraf tradisional dalam seni alat domestik, alat permainan, ala pertahanan diri, perhiasan

diri, perhiasan diri (ornament), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar. Oleh itu,

murid sejak di peringkat awal telah diperkenalkan kraf tradisional negara dengan mempelajari

fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak .

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang

merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang

kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi,

lakonan, nyanyian dan cerita. Di akhir pembelajaran kegiatan tradisional murid akan

mengenali kraf tradisional dan motif dalam penghasilan kraf tradisional serta tatacara dan

disiplin kerja semasa di akhir Tahap 1. Murid Tahap 2 pula akan mengenali pengunaan alat,

bahan, teknik dan proses dalam kraf tradisional, membuat kraftangan seperti batik, ukiran,

tenunan, tembikar dan ayaman serta didedahkan guru untuk membentuk dan membuat binaan

secara manual menggunakan komputer berdasarkan imaginasi murid.

Bidang : D. Mengenal Kraf TradisionalAktiviti : Anyaman ( kelarai Bunga Mempalas )Alatan/ bahan : Tapak anyaman ( kertas A4 bergambar ) , kertas warna, gam dan gunting

5.0 PENUTUP

m/s : 23

Page 24: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

5.1 Kesimpulan

Seni secara umumnya agak luas seperti seni tari, seni muzik, seni lakonan, seni silat,

seni ukir,seni lukis, seni kraft, seni penulisan dan sebagainya. Kesenian ini sebenarnya ada

kategorinya yang tersendiri umpamanya seni persembahan yang meliputi seni lakonan, seni

suara, seni tari dan sebagainya. Seni penulisan kreatif seperti penulisan cerpen , puisi skrip

drama dan sebagainya. Manakala seni visual / tampak meliputi seni kraf, seni lukis, seni ukir,

seni bina dan sebagainya.Visual atau tampak secara termologinya bermaksud boleh dilihat

atau disentuh. Untuk itu, yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah

catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya.

Ia bukan setakat dillihat tetapi perlu difahami maknanya atau setidak-tidaknya teknik

membuatnya, siapa yang membuatnya, mengapa ia dibuat, apa fungsinya, apa rujukannya,

apa ideanya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi poula di mana proses

pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun bertulis. Proses apresiasi ini pula

melibatkan penggunaan laras bahasa tampak tertentu seperti unsur-unsur seni iaitu garisan,

rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Juga melibatkan prinsip rekaan yang terdiri diri

daripada harmoni, kepelbagaian, kontra, imbangan, penegasan,pergerakan /irama dan

kesatuan . Juga termasuk bahan dan alat, teknik dan gayaan, termologi dan symbol.

Komunikasi ini akan menjadi lebih berkesan jika laras bahasa ini dikuasai sepenuhnya oleh

individu atau masyarakat.

Seni visual adalah satu bidang yang sangat penting yang dianggap remeh oleh

sebahagian masyarakat. Masyarakat melihat seni sebagai satu bidang tempelan dalam

pembentukan diri manusia. Ini dapat diperhatikan pada sebilangan masyarakat yang hanya

mementingkan pendidikan anak-anak dalam mata pelajaran yang hanya terdapat di dalam

peperiksaan awam sahaja. Pandangan ini sangat dangkal sekali kerana pada dasarnya seni

terutamanya seni visual sangat luas penggunaannya bagi kehidupan kita. Sebahagian besar

aspek kehidupan terbabit dalam bidang seni. Bermula dari pembentukan lambang kanak-

kanak, pra-tulisan, pembinaan tulisan cantik, melukis peta dan gambar-gambar dalam semua

mata pelajaran sehingga membawa keseluruh kehidupan, manusia memerlukan kemahiran

yang ada dalam seni. Sesuatu harus dilakukan untuk memartabatkan seni lebih jauh lagi di

mata masyarakat.

BIBLIOGRARI

m/s : 24

Page 25: Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual

HBAE 1103HBAE 1103

Rujukan daripada buku :

Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, Hassan Mohd Ghazali. 2004.Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual.Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

 Mohamed Ali Abdul Rahman. 1991.Sejarah Seni Dunia.BIROTEKS (BiroPenyediaan Teks).

Shah Alam : Institut Teknologi MARA

Mulyadi Mahamood. 1995.Seni Lukis Dalam Peristiwa.Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka.

 Mulyadi Mahamood. 2000.Sejarah Seni Zaman Pertengahan hingga Abad Ke 20.

Kuala Lumpur : Univision Press Sdn. Bhd.. Muliyadi Mahamood. 2001.Seni Lukis Moden Malaysia.Kuala Lumpur : Utusan Publication

And Distributors Sdn. Bhd. Rahmat Salihon. 2008.Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual.Shah Alam :Oxford Fajar Sdn.

Bhd. Zailani Yaacob, azimah A. Samah. 2006.Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM. Shah

Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Zakaria Ali. 1989.Seni Dan Seniman.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rujukan daripada internet :

http://shydatulhushna.blogspot.com/ Tarikh muat turun : 1 Nov 2012

http://wareyzseni.blogspot.com/2008/11/4-bidang-psv-kbsr.html Tarikh muat turun : 2 Nov 2012

http://psv-kbsr.blogspot.com/ tarikh muat turun : 4 Nov 2012

http://rolda73-panitiapsv.blogspot.com/2011/03/kssr.html tarikh muat turun : 5 Nov 2012

http://psvisual.wordpress.com/2010/03/28/organisasi-kurikulum/ Tarikh muat turun : 10 Nov 2012

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/bab-5-kurikulum.html Tarikh muat turun : 12 Nov 2012

http://muhazirpsv.blogspot.com/ tarikh muat turun : 14 Nov 2012

m/s : 25