soalan 1 hbae

12
1.1 PENGENALAN Cetakan merupakan satu gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat. Cetakan dihasilkan dengan membuat ukiran atau gurisan pada permukaan blok atau plat sehingga imej terbentuk pada permukaan blok atau plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke atas kertas, kain, atau bahan lain. Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring. Keistimewaan cetakan ia dapat menghasilkan beberapa salinan daripada satu blok yang sama yang disebut sebagai edisi. Keistimewaan cetakan ini juga, ia mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli. Saiz hasil cetakan adalah sederhana dan sesuai dipamerkan di ruangan yang lebih kecil. Selain itu juga, harganya yang tidak mahal berbanding dengan karya seni lain justeru ia mampu dimiliki oleh setiap orang untuk dijadikan sebagai koleksi. Cetakan mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri ianya tertakluk kepada kemahiran seperti aplikasi asas seni reka dalam gubahan cetakan, cara pendakwatan, cara mencetak dan ketetapan reka letak imej. Di dalam perkembangan dunia seni visual di Malaysia, ramai tokoh- tokoh seni yang lahir bersama karya mereka yang cukup membanggakan dan dikenali hingga ke peringkat antarabangsa. Di antara tokoh cetakan yang terkenal ialah Redza Piyadasa, Juhari Muhammad Said dan Izan

Upload: siti-zunnaini-bt-said

Post on 25-Jun-2015

277 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan 1 hbae

1.1 PENGENALAN

Cetakan merupakan satu gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat.

Cetakan dihasilkan dengan membuat ukiran atau gurisan pada permukaan blok atau plat sehingga imej

terbentuk pada permukaan blok atau plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke atas kertas, kain, atau

bahan lain. Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil.

Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan

kain batik saring.

Keistimewaan cetakan ia dapat menghasilkan beberapa salinan daripada satu blok yang sama

yang disebut sebagai edisi. Keistimewaan cetakan ini juga, ia mampu menghasilkan banyak keping

karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli. Saiz hasil cetakan adalah sederhana

dan sesuai dipamerkan di ruangan yang lebih kecil. Selain itu juga, harganya yang tidak mahal

berbanding dengan karya seni lain justeru ia mampu dimiliki oleh setiap orang untuk dijadikan sebagai

koleksi. Cetakan mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri ianya tertakluk kepada kemahiran seperti

aplikasi asas seni reka dalam gubahan cetakan, cara pendakwatan, cara mencetak dan ketetapan reka

letak imej.

Di dalam perkembangan dunia seni visual di Malaysia, ramai tokoh-tokoh seni yang lahir

bersama karya mereka yang cukup membanggakan dan dikenali hingga ke peringkat antarabangsa. Di

antara tokoh cetakan yang terkenal ialah Redza Piyadasa, Juhari Muhammad Said dan Izan Tahir.

Namun begitu, untuk tugasan ini saya memilih tokoh cetakan Juhari Muhammad Said.

Page 2: Soalan 1 hbae

1.2 TOKOH CETAKAN MALAYSIA

Rajah 1.1 : Juhari Muhammad Said

http://www.juharisaid.com/index.html

Jadual 1.1 : Latarbelakang Juhari Muhammad Said

BIODATA Dilahirkan pada 6 Januari 1961 di Gopeng , Perak

PENDIDIKAN

1979-1983

Diploma Seni Halus, Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut

Teknologi Mara ( ITM ), Shah Alam.

PEKERJAAN

1983

1985

1985-1989

1986

Pelukis sepenuh masa

Ahli rekabentuk di agensi pengiklanan

Pensyarah sambilan di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut

Teknologi Mara.

Pelukis sepenuh masa seni cetak.

PAMERAN

Page 3: Soalan 1 hbae

SOLO

1989

Solo Exhibition of Woodcut Print, Gallery Le Classique, Kuala Lumpur

1994

Solo Exhibition of Woodcut Print, Yoyogi Gallery, Tokyo, Japan

1995

Solo Exhibition of Woodcut Print, Art Salon, Kuala Lumpur

1996

Solo Exhibition of Woodcut Print, Miyabi Gallery, Fukuoka, Japan

1999

Solo Exhibition of Woodcut Print, AAL-Galerie Karl Stroble, Vienna, Austria

2003

Akal dimata Pisau, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

2007

Okir, Wei-Ling Gallery, Kuala Lumpur

KUMPULAN

1983

- Perdana Art Show, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

- Young Contemporary Art Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur

1985

- Young Contemporary Art Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur

1986

Young Contemporary Art Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur

Page 4: Soalan 1 hbae

1987

- Open Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur

- Tasik Chini Art Show, Australian High Commision, Kuala Lumpur

1988

- 3rd Asian International Art Exhibition, Fukuoka, Japan

1989

- 4th Asian Art Show, Metropolitan Museum of Art Seoul, South Korea

- Post-Seoul International Art Show, Creative Centre, Kuala Lumpur

1990

8+8 Art Exhibition, National Art Museum, Bangkok, Thailand

1991

- 5th International Biennale Print Exhibition 1991, Taipei Fine Art Museum, Republic of China

1992

- 6th Asian International Art Exhibition, Fukuoka, Japan

- 7th Asian International Art Exhibition, Bandung, Indonesia

1993

- 2nd Asean Workshop, Symposium & Exhibition on Aesthetics, Manila, Philippines

- 8th Asian International Art Exhibition, Fukuoka City Art Museum, Japan

1994

- 9th Seoul International Biennale, Seoul, South Korea

- Premiere Trienale Mondiale d’Estamps Petit-Format, Chamelieres, France

1995

- 5th Print Kyushu Special Exhibition, Japan Asia Prints Exhibition, Fukuoka, Japan

- Art Actual, Arianne-Essor, Palais Du Roi de Rome, Rambouillet, France

1996

- Grafika, Creative Centre, National Art Gallery, Kuala Lumpur

Page 5: Soalan 1 hbae

- Pengucapan Islam dalam Kesenian, Petronas Gallery, Kuala Lumpur

1997

- 12th Asian International Art Exhibition, Center de’ Activades Turisticas, Gonzoga, Macau

- Pekan Seni Ipoh Exhibition, Perak, Malaysia

1998

- 13th Asian International Art Exhibition, National Art Gallery, Kuala Lumpur

- Rupa, Brunei Gallery, School of Orient and African Studies, London

1999

- Malaysian Contemporary Art Exhibition, China Museum of Art, Beijing, China

- The Art of Printmaking, Art Case, Kuala Lumpur

2000

- Millenium Grafica, International Print Exhibitions, Yokohama, Japan

- Langkawi International Festival of Arts Ibrahim Hussein Museum, Langkawi

2001

- Pameran Seni Asian Antarabangsa Guandong Museum of Art, China

2002

- Tanpa Dinding Tanpa Tapak, Pameran Arca dan Instalasi ? Off Walls Off Pedestal, Outdoor

installation & sculptures, Selangor, Malaysia

2004

- 19th Asian International Art Exhibition, Fukuoka Asian Art Museum

2005

- Talent For The World, The First Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur

2006

- Muhibah Seni Rupa : Malaysia-Jordan, Galeri Shah Alam, Selangor

2007

Page 6: Soalan 1 hbae

- East meets West, Rutan Gallery, Ginza, Tokyo

2008

- Pameran pelukis perak,Galeri Chandan,Kuala Lumpur.

: - Festival International Des Arts Plastiques De Monastir,Tunisie

2009

- Pameran ‘‘Go Block : 5 Contemporary Malaysian Printmakers Galeri Petronas

ANUGERAH

2009Anugerah Karyawan Seni

Ministry of Unity, Culture, Arts & Heritage Malaysia

Ahli Cipta (Creative Fellow)School of Arts

Universiti Sains Malaysia

1994Fellowship Programme

To study traditional woodblock print in Tokyo under the tutelage of Mr. Yoshisuke Funasaka, awarded by Japan Foundation.

1993Research Grant

For Printmaking in Paris awarded by the government of France.

2nd ASEAN WorkshopSymposium & Exhibition of Asthetics,

Manila, Philipines.

1991Major award for printmaking

Salon Malaysia 1991

1990Permodalan Nasional Berhad Award

Page 7: Soalan 1 hbae

1.3 Karya Juhari Muhammad Said

Juhari Said telah dilahirkan pada tahun 1961 di Gopeng, Perak. Beliau mendapat pendidikan senilukis

di Institut Teknologi MARA (kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA) dari tahun 1979

hingga 1983. Pelbagai anugerah diperoleh di dalam negara dan peringkat antarabangsa.Pada tahun 1993,

Kerajaan Perancis telah menganugerahkan beliau Geran Penyelidikan Senilukis di Paris dan pada tahun

berikutnya beliau telah dianugerahkan Geran Penyelidikan Seni Cetak di Tokyo.

Semenjak tahun 1983, beliau banyak mengadakan pameran serta mengembara. Beliau telah

mengadakan 7 pameran solo, lebih 40 pameran antarabangsa dan 50 pameran tempatan. Di samping itu,

beliau sering mengadakan bengkel dan ceramah senilukis untuk pelajar – pelajar universiti dan kolej

senilukis tempatan. Kini beliau menetap dan berkarya di kediaman dan studio yang dikenali sebagai

Akal di Ulu, Hulu Langat, Selangor.

Sumber :http://mgtf.usm.my/collectionCategory

Karya di atas merupakan antara karya yang beliau telah hasilkan pada tahun 2005 dengan

medium cetakan kayu. Karya yang telah beliau hasilkan adalah bertemakan figura dan alam

semulajadi. Ketiga-tiga karya beliau di atas adalah cetakan kayu. Tajuk karya pertama ialah Carabau-

Kerbau, karya yang kedua pula Menarik Kerbau dan karya yang ketiga ialah Jantan. Ketiga-tiga karya

di atas bertemakan figura haiwan. Juhari Said adalah seniman yang terkenal dengan cetakan kayunya.

Beliau memberikan penumpuan sepenuhnya kepada seni cetak timbul menggunakan blok kayu. Cetakan

i) Carabau-Kerbau ( 2005 ) ii) Menarik Kerbau ( 2005 ) iii) Jantan ( 2005 )

Page 8: Soalan 1 hbae

yang telah beliau hasilkan ini sungguh menakjubkan dan teliti dalam pembuatannya. Jalinan pada karya

dihasilkan sangat jelas. Terdapat unsur abstrak yang perlu diteliti sebelum dapat memahami karya di

atas. Karyanya memiliki sentuhan ilham, idea, dan gaya yang tersendiri. Karya yang dihasilkan beliau

lebih kepada gejolak kehidupan manusia dalam jaringan sosialnya seperti tradisi, adat resam, kejujuran,

keberanian, kemuafakatan, kepura-puraan,dan impian. Karyanya lebih kepada pengaruh alam semula

jadi,pengalaman dan mempertahankan budaya bangsa khususnya bangsa melayu.

Karya yang dipaparkan pada seni cetakan ini, memaparkan tentang suasana di kampung yang

menjadi inspirasi beliau. Alam semulajadi biasanya dikaitkan dengan suasana kampung. Seperti karya

di atas, kerbau yang bergelumang dengan lumpur dan kepayahan apabila hendak menariknya keluar.

Cetakan tersebut juga menunjukkan kedegilan kerbau itu apabila hendak ditarik.Ianya dapat dikaitkan

dengan segelintir manusia yang degil dan menunjukkan kekerasan seolah-olah memberontak. Bagi karya

yang ketiga bertajuk Jantan, menggambarkan seekor ayam jantan yang sedang marah dengan

menggembangkan lehernya.Biasanya keadaan begini dapat dilihat apabila ayam-ayam jantan ini

bergaduh untuk merebut ayam betina. Suasana sebegini juga kita dapat lihat di kampung-kampung yang

masih mengekalkan budaya dan adat resam. Di sini mungkin kaitanya dengan lelaki-lelaki yang ingin

menunjukkan kejantanannya, siapa yang lebih hebat. Selain itu ia juga menggambarkan keegoaan dan

keberanian seseorang. Daripada cetakan tersebut dapat dilihat emosi yang menunjukkan kedegilan,

kemarahan,keberaniaan dan keegoaan.

Menurut pandangan saya, beliau merupakan seniman yang menengahkan pengaruh dan budaya

tempatan terutamanya masyarakat melayu. Karya-karya beliau juga banyak bertemakan alam

semulajadi. Beliau juga seorang kreatif dan inovatif. Juhari Said adalah seniman yang telah

memartabatkan seni cetakan kayu dengan mengeksplorasikan dengan cuba untuk meluaskan takrifan

atau tafsiran teknikal seni cetak berdasarkan proses teknikal seni cetak konvensional. Beliau tidak

mencetak blok kayu yang disiapkannya itu, tetapi mempamerkan pula blok dalam siri karya terbarunya

dan mempunyai keaslian yang tersendiri. Semoga beliau dapat menghasilkan karya-karya yang terbaik

dan dapat mencipta satu sejarah dalam seni cetakan.

Page 9: Soalan 1 hbae

BIBLIOGRAFI

Kathleen Chee. ( 2004 ). Siri Rujukan Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1. Kuala Lumpur :

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Buku Sumber Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. 2003. Kuala

Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum

http://mgtf.usm.my/viewCollection

http://www.youtube.com

http://www.artgallery.gov.my

http://en.wikipedia.org/wiki/Edvard_Munch

http://www.juharisaid.com/index.html