guru di pedalaman asigment edu

19
Kasihanilah guru di pedalaman Utusan Online DUNIA pendidikan memang tidak lepas daripada pelbagai isu sama ada membabitkan para guru atau para pelajar. Sekarang ini heboh pula tentang isu guru enggan bertugas di luar bandar hingga memaksa Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar untuk sekurang-kurang tiga hingga lima tahun. Saya adalah seorang guru. Bertugas di pedalaman selama hampir sepuluh tahun. Bertugas di pedalaman adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dibeli di mana-mana. Pengalaman selama hampir sepuluh tahun mematangkan kerjaya saya sebagai seorang guru. Namun yang menjadi isu sekarang ini apabila ada kalangan lepasan maktab enggan bertugas atau dihantar ke 1

Upload: remiey

Post on 26-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

GURU DIPEDALAMAN

TRANSCRIPT

Kasihanilah guru di pedalaman Utusan Online

DUNIA pendidikan memang tidak lepas daripada pelbagai isu sama ada membabitkan para guru atau para pelajar. Sekarang ini heboh pula tentang isu guru enggan bertugas di luar bandar hingga memaksa Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar untuk sekurang-kurang tiga hingga lima tahun.Saya adalah seorang guru. Bertugas di pedalaman selama hampir sepuluh tahun. Bertugas di pedalaman adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dibeli di mana-mana. Pengalaman selama hampir sepuluh tahun mematangkan kerjaya saya sebagai seorang guru. Namun yang menjadi isu sekarang ini apabila ada kalangan lepasan maktab enggan bertugas atau dihantar ke luar bandar dan pedalaman khususnya di Sarawak dan Sabah kerana momokan kawan-kawan seperjuangan yang mengatakan bahawa di Sarawak dan Sabah ini keadaannya sangat perit.Ada yang mengambil jalan pintas dengan segera mendirikan rumahtangga di akhir semester pengajian mereka di institut penguruan dengan harapan mereka tidak akan dihantar ke kawasan pedalaman. Ada yang terpaksa memikirkan berpuluh-puluh alasan untuk tidak ke kawasan seperti ini kerana bimbang tidak mampu untuk hidup di kawasan pedalaman.

Saya tidak menyalahkan bakal-bakal guru ini kerana ada asasnya kebimbangan mereka. Ini kerana bertugas di luar bandar atau pedalaman memerlukan mental dan fizikal yang tinggi. Kita perlu berkorban segalanya jika berada di luar bandar. Ketiadaan kemudahan asas adalah satu kenyataan yang perlu ditelan ketika melangkah ke kawasan ini. Hanya berbekalkan generator dan air sungai guru perlu segera menyesuaikan diri. Ada sekolah yang tidak mempunyai kemudahan telefon atau jaringan komunikasi. Saya sendiri pernah mengalaminya. Hendak menelefon keluarga pun terpaksa menggunakan telefon atur atau terpaksa memanjat apa sahaja asalkan dapat menghubungi keluarga. Begitu besar pengorbanan guru di luar bandar.Tambahan pula, ada kawasan tidak mempunyai kemudahan klinik. Kalau demam pun terpaksa berbekalkan ubat yang dibeli di farmasi. Kalau hendak ke klinik akan memakan masa. Kecuali keadaan kesihatan yang serius maka terpaksa juga menggagahkan diri ke bandar untuk mendapatkan rawatan.Ada kalangan kami yang ke bandar tetapi tidak mempunyai tempat tinggal. Terpaksa pula kami bermalam di hotel atau rumah tumpangan. Tidak mengira keselamatan diri, guru-guru perempuan yang tidak mempunyai saudara-mara di bandar terpaksa tinggal di hotel terutamanya apabila menghadiri kursus di bandar kerana pihak jabatan tidak menyediakan tempat tinggal. Apatah lagi sekarang ini adalah zaman penjimatan di mana setiap kursus perlu dilakukan di premis pendidikan sendiri. Terpaksalah guru-guru luar bandar mencari alternatif untuk menjimatkan perbelanjaan daripada duduk di hotel selama berhari-hari.Apa yang membimbangkan adalah sistem pengangkutan di luar bandar. Terpaksa naik perahu hingga berjam-jam lamanya. Apa yang lebih memeritkan, saya dan kawan-kawan terpaksa memberanikan diri menahan mana-mana kenderaan yang lalu lalang untuk ke bandar. Tidak mengira akan keselamatan diri, kami menumpang sesiapa sahaja yang sudi membawa kami ke bandar. Begitulah peritnya hidup seorang guru di luar bandar.Namun, kami sangat terharu apabila kerajaan mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM500-RM1500 untuk guru-guru yang berkhidmat di luar bandar. Akan tetapi, kami merasa dipinggirkan apabila kami terpaksa berjuang pula untuk mendapatkan insentif tersebut kerana sekolah kami mudah dihubungi menurut pandangan pegawai yang melakukan pemantauan. Kami sangat kecewa pada masa tersebut memandangkan sekolah kami tidak mempunyai bekalan elektrik, perlu menaiki perahu, menggunakan jalan tanah merah malah tiada kemudahan telefon. Paling menambahkan beban, elaun perumahan kami ditarikbalik memandangkan kami tinggal di kuarters sekolah walaupun kuarters tersebut sangat daif dan usang! Sudah jatuh, ditimba tangga pula.Biarpun demikian, kami sangat berbesar hati apabila kerajaan memberikan elaun balik kampung kepada kami memandangkan harga tambang untuk pulang ke kampung bernilai sebulan gaji!Cadangan kerajaan untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar bagi tempoh 3-5 tahun adalah cadangan yang cukup baik namun pihak kementerian perlulah memastikan guru tersebut dapat berpindah ke negeri asal setelah tamat tempoh berkenaan. Jangan jadi seperti saya! Saya tidak kisah berkhidmat di luar bandar tetapi untuk tempoh selama sepuluh tahun ia memang memeritkan. Sepuluh tahun berkhidmat di sekolah yang sama begitu menekankan.Apabila saya memohon ke bandar, pelbagai alasan dikemukakan oleh pihak jabatan kepada saya. Oleh sebab itu, ramai bakal guru yang enggan ke luar bandar kerana bimbang akan terkandas di sana selama berpuluh tahun. Ada rakan sejawat saya yang pernah bertugas di luar bandar selama lima belas tahun barulah pihak jabatan buka mata untuk memindahkan mereka. Itupun setelah mereka bertikam lidah dengan pihak berkenaan. Alasan yang selalu diberikan oleh pihak berkenaan adalah tiada kekosongan di tempat yang diminta.Selepas ini, saya berharap agar urusan perpindahan guru diuruskan dengan lebih sistematik oleh pihak yang terlibat. Sebagai guru, kami tidak kisah untuk berkhidmat di mana-mana sahaja kerana sudah termaktub dalam ikrar kami sebelum menjadi guru. Akan tetapi, kebajikan kami perlu juga dijaga khususnya guru-guru di luar bandar.Hasrat kerajaan untuk menambah insentif kepada guru-guru di luar bandar sangat dialu-alukan agar lebih ramai guru berminat untuk ke luar bandar. Pemberian elaun hidup susah adalah satu contoh terbaik yang amat menggembirakan kami di luar bandar. Cadangan saya agar setiap sekolah dibekalkan dengan bot laju atau van siap dengan pemandu bagi kemudahan guru-guru untuk berulang-alik ke bandar tanpa sebarang masalah. Dan diharapkan generator yang ada di sekolah dapat membekalkan bekalan elektrik 24 jam tanpa sebarang masalah. Kadang-kadang ada sekolah yang mempunyai generator tetapi tidak boleh digunakan kerana rosak atau tiada bekalan minyak. Kasihanilah guru-guru di luar bandar.

2.2 Sediakan peta minda kandungan artikel yang telah dipilih dengan menggunakan borng I-Think .

Tajuk Artikel: Kasihanilah Guru di Pedalaman.I-Think : Peta Bulatan

Ketahanan Fizikal

Pengorbanan

Guru di Pedalaman

Berani

Kesabaran/ tabah

Ketahanan mental yang tinggi

Tajuk Artikel: Kasihanilah Guru di Pedalaman.

Tiada pusat rawatanI-Think : Peta buih

Sumber air tidak sempurnaBekalan elektrik yang sentiasa tergangguan

Cabaran Guru Pedalaman

Sistem pengangkutan yang ketinggalanTiada kemudahan telefon dan Jaringan Komunikasi

Tiada Kemudahan jalan raya

Mengajar di pedalaman memang memeritkan fizikal dan mental para guru. Masalah infrastruktur dan tiada bekalan tenaga elektrik serta air sememangnya memberi tekanan. Guru yang sudah terbiasa dengan jalan berturap pasti tertekan apabila terpaksa melalui jalan berlopak dan meredah belantara untuk sampai ke sesuatu destinasi. Apatah lagi jika perlu bersampan atau menaiki bot tanpa jaket keselamatan. Tiada bekalan air bersih dan air paip memburukkan lagi keadaan. Tenaga elektrik hanya bersumberkan set generator atau sel bateri basah pasti menimbulkan kesulitan. Bangunan sekolah dan tempat tinggal yang daif memang satu cabaran untuk guru di pedalaman.Pelan Induk Pembangunan Pendidkan (PIPP) 2013-2025 telah diwujudkan untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luarbandar di seluruh negara. Selain itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidkan (PIPP) 2013-2025 turut memfokuskan peningkatan kadarpenyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar membangun infrastruktur dan kemudahan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luarbandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadarpenyertaan dan mengurangkan risiko keciciran murid. Peranan kerajaan dalam memajukan sekolah luar Bandar ialah menyediakan peruntukan yang besar untuk meningkatkan prasarana di sekolah di pedalaman. Hal ini bagi mewujudkan kemudahan dan prasarana sekolah-sekolah di kawasan pedalaman. Contohnya dari segi bekalan air, elektrik dan sebagainya.Kerajaan telah memperbanyak elaun kepada guru yang mengajar di pedalaman. Ini bertujuan untuk menarik minat guru baru untuk mengajar di kawasan pedalaman dan mengurangkan kadar pertukaran guru dari sekolah kawasan pedalaman . Guru yang mengajar di pedalaman adalah guru yang kuat dari segi mental dan fizikal. Guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman mestilah mempunyai kasabaran yang tinggi. Mengajar di sekolah pedalaman tanpa sistem pengangkutan yang teratur dan menikmati kehidupan sosial yang terhad bukanlah suatu impian seorang guru Lazimnya, perkara ini disandarkan kepada guru-guru lelaki yang disifatkan mempunyai ketabahan, kecekalan dan suka perkara yang mencabar. Namun hakikatnya, sifat keperimanusiaan dan rasa belas kasihan adalah punca utama kebanyakan guru lelaki masih `bertahan' menyumbang bakti kepada para pelajar di kawasan pedalaman Ada guru yang meredah hutan rimba untuk ke sekolah yang jauhnya lebih daripada 48 kilometer dari jalan utama, guru tersebut terpaksa melalui hutan tebal dan terdedah kepada binatang buas seperti babi hutan, gajah, harimau dan sebagainya. Suasana persekitaran bukanlah suatu cabaran tetapi mengajar pelajar di kawasan pedalaman inilah suatu cabaran yang menuntut kesabaran yang tinggi Guru perlu berkorban segalanya jika berada di sekolah pedalaman. Ketiadaan kemudahan asas adalah satu kenyataan yang perlu ditelan ketika melangkah ke kawasan ini. Hanya berbekalkan generator dan air sungai guru perlu segera menyesuaikan diri. Ada sekolah yang tidak mempunyai kemudahan telefon atau jaringan komunikasi. Hendak menelefon keluarga pun terpaksa menggunakan telefon atur atau terpaksa memanjat apa sahaja asalkan dapat menghubungi keluarga. Begitu besar pengorbanan guru di pedalaman.Bahasa adalah salah satu cabang yang memperlihatkan kepelbagaian budaya masyarakat majmuk Malaysia. Yang menariknya, bahasa bukan sahaja divariasikan mengikut bangsa, bahkan adakalanya dibezakan menerusi loghat mengikut daerah. Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada pelbagai etnik juga mempunyai bahasa mereka mengikut suku kaum masing-masing. Penggunaan loghat mengikut negeri dan etnik itu melambangkan identiti sesebuah masyarakat yang membolehkan seseorang individu itu dikenali apabila berkomunikasi dengan orang lain. Namun, penggunaannya yang agak keterlaluan termasuk sewaktu mengikut kelas formal di sekolah amat membimbangkan. Ini kerana keadaan itu menyebabkan segelintir pelajar sekolah tidak tahu menggunakan bahasa Melayu yang standard, bahkan menyukarkan proses pengajaran.Perkara itu lazimnya berlaku kepada masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman. Bagi guru-guru dari Semenanjung Malaysia (Semenanjung) yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak, bahasa merupakan salah satu cabaran yang perlu ditempuhi kerana penguasaan bahasa berlainan mengehadkan proses pembelajaran antara murid dan guru. Jika di Semenanjung, masalah komunikasi mungkin tidak begitu ketara, namun kepelbagaian etnik di Bumi Kenyalang contohnya membuatkan guru-guru di sana mengalami sedikit kesukaran untuk berinteraksi apabila para pelajar lebih selesa menggunakan bahasa ibunda mereka di sekolah. Murid-murid dari kaum Iban umpamanya menggunakan bahasa ibunda mereka yang belum pernah didengar oleh guru-guru dari Semenanjung, apatah lagi untuk memahaminya.Ini menyebabkan murid-murid gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik kerana mereka sentiasa bercakap dalam bahasa Iban di rumah dan sekolah.Hakikat itu diakui oleh guru-guru dari Semenanjung yang sedang bertugas di Sarawak terutama mereka yang baru berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman.Tahap pemikiran murid di pendalaman juga banyak dipengaruhi pencapaian pendidikan ketua isi rumah iaitu bapa serta anak-anak mereka yang telah tamat dan sedang menerima pendidikan. Kedaifan ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan kerana kurang atau tiada pendidikan menyebabkan sikap tidak endah terhadap pendidikan anak-anak mereka Melalui penemuan dan toeri yang dikemukakan oleh pengkaji lepas, terdapat hubungkait antara tahap pendidikan seseorang dengan pendapatan yang diperolehi. Justeru, andaian yang dibuat ialah masyarakat di kawasan pedalaman mempunyai tahap sosio ekonomi yang rendah, sekaligus mempengaruhi tahap pendidikan serta pendapatan yang diperolehi oleh isi rumah tersebut. Tahap kesedaran yang rendah terhadap pendidikan khususnya bagi golongan ibubapa masyarakat di kawasan pedalaman merupakan suatu faktor yang membawa kepada kemunduran pendidikan dalam kalangan anak-anak mereka.. Kebanyakan ibu bapa di kawasan pedalaman tidak menitikberatkan pelajaran untuk anak-anak. Lazimnya, masalah kemiskinan hidup yang dihadapi oleh masyarakat pedalaman akan membawa kepada masalah dalam kehidupan mereka.

Masalah air adalah cabaran yang agak besar bagi guru-guru yang tinggal dan mengajar di kawasan pedalaman. Ini kerana air merupakan keperluan utama manusia yang digunakan setiap hari. Masalah air kini semakin meruncing di kawasan sekolah pedalaman untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk tujuan kegunaan harian. Malah ada guru yang terpaksa mengangkat air kerana tekanan air yang rendah dan tidak dapat mengalir ke dalam rumah yang berada di kawasan tinggi.Apabila waktu hujan pula air menjadi keruh, walaupun nampak jernih sekirannya air tersebut dibiarkan seketika namun banyak bendasing di dalam air terkumpul di bawah tempat letak air, nyata ia tidak baik untuk diambil dan jangkamasa panjang pasti memudaratkan kesihatan warga sekolah amnya. Untuk mengatasi masalah tersebut sesetengah guru terpaksa membeli air mineral untuk memasak dan minum.

.Secara umumnya cabaran bukan saja untuk warga guru, malah rungutan penduduk di kawasan pendalaman kerap kali terlepas di pandang oleh pihak yang berkenaan. Kemudahan asas seperti ,elektrik, perubatan dan sebagainya merupakan keperluan wajib di samping pelajar-pelajar di pendalaman perlu juga di pastikan wajib mendapat makanan berzat untuk membolehkan mereka meningkatkan pencapaian akademik.Tambahan pula, ada kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan klinik. Jika mempunyai masalah kesihatan seperti demam terpaksamakann ubat yang dibeli di farmasi. Kalau hendak ke klinik akan memakan masa kerana jauh di bandar. Kecuali keadaan kesihatan yang serius maka terpaksa juga menggagahkan diri ke bandar untuk mendapatkan rawatan.Apa yang membimbangkan adalah sistem pengangkutan di pedalaman iaitu terpaksa naik perahu hingga berjam-jam lamanya. Apa yang lebih memeritkan ada juga guru yang terpaksa memberanikan diri menahan mana-mana kenderaan yang lalu lalang untuk ke Bandar tanpa mengira akan keselamatan diri. Mereka menumpang sesiapa sahaja yang sudi membawa mereka ke bandar. Begitulah peritnya hidup seorang guru di pedalamanHasrat kerajaan untuk menambah insentif kepada guru-guru di pedalaman sangat dialu-alukan agar lebih ramai guru berminat untuk ke pedalaman. Pemberian elaun hidup susah adalah satu contoh terbaik yang amat menggembirakan guru di pedalaman. Salah seorang guru di pedalaman telah mencadangkan agar setiap sekolah dibekalkan dengan bot laju atau van siap dengan pemandu bagi kemudahan guru-guru untuk berulang-alik ke bandar tanpa sebarang masalah. Beliau juga mengharapkan generator yang ada di sekolah dapat membekalkan bekalan elektrik 24 jam tanpa sebarang masalah kerana ada sekolah yang mempunyai generator tetapi tidak boleh digunakan kerana rosak atau tiada bekalan minyak. Kasihanilah guru-guru di pedalaman. Situasi dan kesukaran di pedalaman sangat mencabar emosi dan minda guru yang ditempatkan di sana. Namun, murid-murid di pedalaman sangat memerlukan pendidikan berkualiti termasuklah mendapatkan khidmat guru terlatih yang berpengalaman untuk mendidik mereka.

Refleksi KHAIRUL NIZAM B. ZAKARIAPertama sekali saya mengucapkan syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugarasan yang di amanahkan ini. Walaupun pada mulanya sukar bagi saya untuk memahami apa kehendak tugasan pada semester ini, namun hasil tunjuk ajar yang di berikan oleh pensyarah pembimbing saya iaitu En. Zaili B. Idris serta bantuan daripada rakan-rakan dapat jua saya menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan.

Pelbagai kekangan yang terpaksa saya lalui sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tugas saya sebagai guru di sekolah dan peranan saya sebagai seorang bapa di rumah menyebabkan saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyiapkan tugasan ini. Masa yang sedikit terluang terpaksa saya manfaatkan sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan ini serta tugasan-tugasan lain.

Namun disebalik kesukaran tersebut saya dapat banyak manfaat yang tidak ternilai harganya. Tugasan kali ini dapat menambahkan lagi pengetahuan saya tentang cabaran yang dihadapi oleh guru yang mengajar pedalaman Ilmu pengetahuan yang saya peroleh ini akan saya terapkan semasa saya mengajar nanti.Di samping itu juga dengan melakukan tugasan ini, saya dapat meningkatkan kemahiran belajar saya sama ada membaca, mencatat nota, merujuk buku dan sebagainya. Di samping itu juga, dengan menghasilkan tugasan ini saya dapat banyak pengetahuan baru untuk saya aplikasikan semasa di sekolah

Akhir sekali, walaupun banyak kekangan yang terpaksa saya hadapi, itu merupakan tangga-tangga yang perlu saya daki untuk mencapai puncak kejayaan. Setiap kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih serta sedikit pengorbanan.Sekian, terima kasih.

.

.

BIBLIOGRAFI

Sharifah Md. Nor(2000). Keberkesanan sekolah:Satu perspektif sosiologi. Serdang:Universiti Putra Malaysia.

Awang Had Salleh (1994). Ucapan utama ke arah kehidupan asrama yang kondusif. Kertaskerja seminar penyelidikan asrama peringkat kebangsaan. USM.

Ee Ah Meng (1989). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur : Fajar BaktiSdn Bhd.

Hassan Langgulung (1991). Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

Jemien Ental (1993). Persepsi Guru Pelatih Ketukangan Maktab Perguruan Teknik TerhadapPenempatan Mengajar Di Sekolah Menengah Vokasional Di Sarawak. UniversitiTeknologi Malaysia.

Kamus Dewan Dan Pustaka (1998). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamarudin Haji Husin (1990). Pedagogi 2. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.Laslie Taib (1997). Sikap Guru Terhadap Penggunaan Komputer Di Sekolah Menengah KotaTinggi, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Najib Abdul Ghafar (1998). Penyelidikan Pendidikan. Universitit Teknologi Malaysia :Fakulti Pendidikan.

Sharifah Alawiyah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur1