asigment kayu..2

Upload: zalina-bt-rashid

Post on 06-Apr-2018

418 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 asigment kayu..2

    1/16

    Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS3103 1

    Pendahuluan

    Malaysia merupakan sebuah negara pengeksport kayu terkenal di dunia. Banyak jenis kayu

    tempatan yang bermutu tinggi baik untuk bahan pembinaan mahupun bahan untuk membuat

    perabot dan kegunaan lain.

    Malaysia merupakan sebuah pengeskport kayu yang terkenal di dunia. Pelbagai jenis kayu

    yang berkualiti tinggi terdapat di Malaysia dan boleh menjadi bahan pembinaan yang baik.

    Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel-sel yang lain dari yang

    lain berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli. Kayu mempunyai nilai kelembapan,

    ketumpatan dan ruang udara yang berbeza berbanding bahan binaan yang lain.

    Kayu secara am boleh diproses menjadi :-

    Tiang, rasuk, lantai, dinding, jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya

    Perabot

    Bahan pelarut.

    Kertas

    Venir

    Kayu sesuai dijadikan bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya dalam

    menanggung beban .Tahap kemampuan kayu menampung beban bergantung kepada ciri-ciri

    yang terdapat pada kayu tersebut. Malah penggunaan kayu turut bergantung kepada ciri-ciri

    pada kayu tersebut. Kayu terbahagi kepada empat, iaitu;

    a. Keras dan berat.

    b. Keras dan sederhana berat.

    c. Keras dan ringan.

    d. Lembut.

  • 8/3/2019 asigment kayu..2

    2/16

    Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS3103 2

    SOALAN 1 (a)

    Menentukan kumpulan spesies-spesies kayu, jenis kayu dan kebaikan dan kekurangan

    penggunaan kayu yang sesuai digunakan bagi pembinaan rumah rehat mengikut ketetapan

    berikut :

    i. Bumbung

    ii. Tiang

    iii. Lantai dan gelegar

    iv. Dinding

    v. Pemidang pintu dan tingkap

    vi. Daun pintu berpanel kayu

    i. Bumbung

    Bumbung kecil terangkat merupakan satu contoh bumbung yang boleh dipratikkan dalam

    membina bumbung rumah rehat. Bumbung seperti ini sangat penting dalam sistem

    pengudaraan. Binaan seperti ini adalah salah satu langkah untuk mengeluarkan bahang udara

    yang terperangkap dari ruang dalaman bangunan.

    Berdasarkan spesifikasi yang diberikan iaitu bumbung ganding curam 30 dengan hujung

    tibal layar, bumbung pisang sesikat curam 15 sementara kasau kayu 50 mm x 75 mm Papan

    tumpu kasau : 25 mm x 200 mm.

    Kriteria yang diberi perhatian untuk kerja-kerja binaan bumbung tersebut ialah pemilihan

    jenis kumpulan kayu yang hendak digunakan. Kayu yang menjadi pilihan untuk kasau

    bumbung ialah kayu meranti.

    Gambar1 Kedudukan kasau pada bumbung.

  • 8/3/2019 asigment kayu..2

    3/16

    Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS3103 3

    Pemilihan kumpulan kayu keras dan ringan ini amat besesuaian agar beban yang berat boleh

    ditampung oleh struktur rumah rehat daripada runtuhan. Kayu yang menjadi pilihan untuk

    kasau bumbung ialah kayu meranti.

    Gambar 2Keratan Kayu Meranti

    Kelebihan penggunaan kayu meranti ialah ianya mempunyai kekuatan. Kayu meranti juga

    mempunyai kekuatan tegangan, mampatan dan lenturan yang baik. Walaupun ia

    dikategorikan keras namun boleh dibentuk menggunakan mesin tanpa memerlukan

    penggunaan teknologi yang tinggi. Di samping itu, kayu meranti mudah diubah bentuksemasa di tapak binaan.

    ii.Tiang

    Merupakan bahan binaan yang terpenting yang diperbuat daripada jenis kayu yang terbaik,

    kuat dan tahan menanggung beban berat bangunan rumah rehat. Pada zaman dahulu tiang

    ditanam dalam tanah tetapi zaman kini tiang diberi alas di bahagian kakinya yang disebut

    lapik yang tiang atau alam tiang diperbuat daripada kayu. Terdapat 6 jenis tiang iaitu tiang

    seri, tiang panjang, tiang serambi, tiang tongkat, tiang gantung, tiang tambah atau tiang

    penyokong.

  • 8/3/2019 asigment kayu..2

    4/16

    Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS3103 4

    iii.Lantai dan Gelegar

    Kayu meranti digunakan untuk membina lantai dan gelegar. Meranti terdiri daripada keluarga

    Shorea. Nama botani untuk meranti merah ialah Shorea Lepidota. Untuk rumah rehat ini,

    meranti merah digunakan. Kayu ini terdiri daripada kumpulan kayu keras dan ringan. Kayu

    ini dipilih kerana kayu ini mudah dikendalikan dan senang dilenturkan kerana mempunyai

    daya tahan yang sangat tinggi.

    Gambar 3Kayu Meranti Merah

    iv.Dinding rumah

    Kayu yang sesuai digunakan untuk membuat dinding ialah kayu keruing. Keruing termasuk

    dalam famili Dipterocarpaceae yang mempunyai lebih dari 15 spesies. Kayu ini termasuk

    dalam kumpulan kayu keras dan sederhana berat. Kayu ini harus diawetkan dengan bahanpengawet bagi mengelakkan serangan serangga seperti anai-anai. Kayu keruing yang telah

    diawetkan akan tahan lebih lama, tahan kelembapan dan ini sesuai digunakan untuk membuat

    dinding rumah.

    Gambar 4Kayu Keruing

    v.Pemidang pintu dan tingkap serta daun pintu

    Bagi kedua-dua bahagian rumah ini, kayu nyatuh dipilih berdasarkan sifat kayu ini yang

    keras dan ringan. Nama saintifik bagi kayu nyatuh ialah Ganua Hirtiflora Ridley Van Royan.

    Kayu ini tergolong dalam jenis kumpulan keras dan ringan. Kayu jenis ini sememangnya

  • 8/3/2019 asigment kayu..2

    5/16

    Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS3103 5

    telah terbukti amat bermutu tinggi. Oleh itu, kayu ini digunakan untuk membina pintu,

    tingkap dan daun pintu amat bersesuaian. Di samping itu, kayu ini mempunyai ira yang

    sangat menarik. Ini akan memberikan nilai estetika yang tinggi pada rumah rehat berkenaan.

    Gambar 5Ira Kayu Nyatuh Gambar 6pintu dari kayu nyatuh

    Sebagai kesimpulannya. kegunaan kayu tidak lagi mendapat sambutan kebelakangan ini

    disebabkan kos yang tinggi, tidak mesra alam sekitar disebabkan banyak pokok perlu

    ditebang, terdedah kepada serangan anai-anai dan keupayaan yang rendah dibandingkan

    dengan keluli.

    SOALAN 1 (b)

    Pembinaan tanggam dalam kerja ketukangan kayu adalah amat diperlukan untuk

    menghasilkan satu sambungan di antara kayu yang kuat dan baik supaya ianya sentiasa

    selamat dan tidak rosak atau lemah. Kerja-kerja mencantum papan lantai dan daun pintu amat

    merumitkan. Jika pemasangan tidak kemas, lurah-lurah antara papan akan kelihatan dan

    mencacatkan nilai estetika lantai tersebut. Dengan adanya tanggam maka kerja-kerja

    mencantum kepingan-kepingan papan lantai akan menjadikan hasil kerja menjadi kemas dan

    indah.

  • 8/3/2019 asigment kayu..2

    6/16

    Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS3103 6

    Kenal pasti beberapa jenis tanggam yang sesuai digunakan di bahagian :

    Lantai

    Pemidang pintu dan tingkap

    Daun pintu berpanel kayu

    Jenis-jenis tanggam yang digunakan perlulah sesuai dengan kerja yang dilakukan. Cara

    penyambungan yang cekap harus dititikberatkan supaya mempunyai nilai kekuatan yang

    sama dengan kekuatan kayu yang padu. Antara kebaikan penggunaan tanggam ialah:

    Dapat menghasilkan struktur binaan yang ringan.

    Dapat menjimatkan kos dan bahan

    Dapat mengekalkan sifat-sifat kecantikan

    Menambah kekukuhan binaan

    Dapat menyambung struktur kayu

    Lantai

    Jenis-jenis tanggam yang sesuai untuk mencantumkan papan lantai ialah tanggam jenis

    tanggam melebar.

    Tanggam Melebar digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk

    dijadikan papan yang lebih lebar bagi penggunaan membina daun pintu, lantai, dinding dan

    sebagainya. Antara contoh tanggam melebar ialah:

    tanggam glue gesel

    tanggam penetap

    tanggam lurah dan lidah

    tanggam tetingkat

    Tanggam Glu Gesel

  • 8/3/2019 asigment kayu..2

    7/16

    Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS3103 7

    Tanggam Glu Gesel

    Kedua-dua tepi kepingan kayu diluruskan kepada empat segi dan ditemukan beberapa

    kepingan dengan dipegang diantara tepi oleh glu atau paku kedut.

    i. Apabila kepingan yang diglu, ianya hendaklah diperah keluar (digesel diantara

    kedua tepi dan diapit dengan apit panjang). Cantuman ini banyak digunakan

    bagi muka atas meja.

    ii. Digunakan bagi pekerjaan yang murah, biasanya digunakan untuk barang-

    barang seperti peti-peti barang murah dengan menggunakan dipaku dengan

    paku berkedut.

    Tanggam Penetap

    Tanggam Penetap

    Penetap adalah sejenis pin yang diperbuat daripada kayu, plastik,atau keluli yang mana

    memadankan kepada dua lubang yang sesuai. Tanggam ini yang menggunakan pin dipanggil

    tanggam penetap. Tanggam penetap juga sesuai untuk digunakan dalam pembinaan lantai

    rumah rehat. Papan atau kayu yang sesuai untuk tanggam jenis ini hendaklah bertebalan tidak

    kurang daripada 12mm.

    Tanggam Lidah dan Lurah

    Tanggam Lidah dan Lurah

  • 8/3/2019 asigment kayu..2

    8/16

    Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS3103 8

    Untuk bahagian lantai rumah rehat, tanggam yang sesuai digunakan ialah tanggam lidah dan

    lurah. Tanggam jenis ini merupakan tanggam melebar yang lazim digunakan dalam

    pembinaan lantai dan dinding papan.

    Pemilihan tanggam lidah dan lurah pada bahagian lantai adalah yang paling tepat. Tanggam

    ini boleh dibuat sama ada dengan alat-alat tangan atau menggunakan mesin. Pada tiap-tiap

    keping papan dibuatkan lidah di satu tepi dan lurah di tepi yang lain. Ia dipasang dengan

    diapit dan dipaku serong bagi papan lantai.

    Tanggam Tingkat

    Tanggam Tingkat\

    Di dalam tanggam ini, tepi kedua-dua papan dibuat tetingkat dan dipasang dengan glu dan

    diapit. Fungsi tingkat ini adalah untuk menambahkan luas permukaan yang diglukan.

  • 8/3/2019 asigment kayu..2

    9/16

    Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS3103 9

    Tanggam Untuk Pemidang Pintu dan Tingkap

    Untuk bahagian pemidang pintu dan tingkap kaca, tanggam jenis kekang akan digunakan. Initermasuklah kekang T, kekang penjuru dan tanggam kekang penjuru rencong. Bersesuaian

    dengan penggunaan kaca pada tingkap rumah rehat, tanggam yang paling sesuai ialah

    tanggam kekang penjuru rencong. Cabang tanggam ini direncongkan pada kedua-dua belah

    hujung ataupun sebelah sahaja. Ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat daripada

    tanggam lekap rencong diperlukan. Contoh tanggam ini adalah seperti dalam gambar rajah di

    bawah.

    Tanggam kekang T Tanggam kekang penjuru tanggam kekang penjuru rencong

    Daun Pintu Berpanel Kayu

    Untuk bahagian daun pintu, tanggam yang paling sesuai digunakan ialah tanggam pemidang.

    Tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian

    kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi. Dua tanggam pemidang yang boleh

    digunakan ialah tanggam penetap dan tanggam lubang dan puting. Gambar rajah di bawah

    menunjukkan beberapa jenis tanggam lubang dan puting yang boleh digunakan pada

    bahagian pintu.

    Tanggam lubang dan puting biasa Tanggam lubang & puting berjajang

  • 8/3/2019 asigment kayu..2

    10/16

    Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS3103 10

    Tanggam lubang puting berbahu rendah

    Tanggam lubang dan puting berbahu sebelah

    SOALAN 1 (b)

    Prosedur Pembinaan Tanggam Lubang dan Puting Berjanjang

    Tanggam ini tergolong dalam kumpulan tanggam pemidang. Tanggam ini merupakan

    tanggam yang paling kuat. Tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu

    dengan pemidang tegak seperti yang terdapat pada bahagian atas daun pintu.

    Fungsi tanggam ini adalah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada beralih

    kedudukannya atau berpiuh jika pemidang tegak mengecut.

    Sebelum memulakan kerja-kerja membina tanggam lubang dan puting, perkara pertama yang

    perlu diberi perhatian ialah kita hendaklah memastikan kedua-dua keping kayu yang akan

    disambungkan hendaklah sama tebal.

  • 8/3/2019 asigment kayu..2

    11/16

    Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS3103 11

    Langkah-langkah pembinaan tanggam lubang puting berjajang.

    1. Tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak

    pada hujungnya seperti pada kaki meja atau kerusi.

    2. Ukuran panjang janjang ini sama dengan tebal puting.

    3. Fungsi janjang ini ialah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada beralih

    kedudukannya atau berpiuh jika pemidang tegak mengecut

    4. Bahagian hujung pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak.

    5. Bahagian puting dikerat pada hujung pemidang lintang dan tebalnya ialah1/3 daripada

    tebal kayu yang berkenaan.6. Lebar puting tidak sepatutnya melebihi 6 kali tebalnya.

    7. Jika pemidang lintang tersebut terlalu lebar,maka eloklah dibuat dua puting.

    8. Lubang dibuatkan pada pemidang tegak mengikut saiz puting.

    9. Seberapa boleh,gunakan saiz pahat yang hampir dengan saiz lubang apabila menebuk

    lubang.

    SOALAN 2 (i) - Sistem Bekalan Air Secara Tak Terus

    Dalam sistem ini, semua pemasangan kecuali bekalan pada sinki dan pancuran air dibekalkan

    secara tidak langsung dari tangki simpanan air sejuk. Oleh kerana tangki membekalkan air ke

    semua peralatan kebersihan, maka muatan tangki simpanan adalah dua kali ganda dari tangki

    untuk sistem bekalan air secara terus iaitu 227 liter. Sumber bekalan air adalah satu keperluan

    dan kehidupan kita seharian. Tanpanya banyak masalah akan dihadapi oleh manusia.

  • 8/3/2019 asigment kayu..2

    12/16

    Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS3103 12

    Air yang ditakung dalam empangan akan melalui proses-proses tertentu seperti penapisan dan

    pembersihan bagi memastikan kualiti kebersihan air dan seterusnya air disalurkan ke tangki

    simpanan. Dari tangki itu air akan dibekalkan ke setiap rumah kediaman, bangunan pejabat,

    sekolah dan premis perniagaan.

    Air yang bersih ini akan dibekalkan ke kawasan rumah melalui sistem bekalan air. Sistem

    bekalan air di rumah terbahagi kepada 2 iaitu :

    Sistem T erus

    Bagi sistem terus, air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan terus ke

    kelengkapan perpaipan seperti sink cuci, tandas dan bilik air. Antara kebaikan sistem ini

    ialah airnya bersih dan masih baru, sesuai untuk minuman dan memasak. Namun sekiranya

    berlaku gangguan air atau kerosakan paip utama, sistem ini tidak akan membekalkan air ke

    rumah.

    Sistem Tidak T erus

    Bagi sistem tidak terus pula, air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan ke

    tangki simpanan air sebelum diagihkan ke semua kelengkapan perpaipan di rumah. Air yang

    mengalir melalui sistem ini adalah rendah tekanannya dan sekiranya ada gangguan atau

    kerosakan paip utama, tangki simpanan air masih boleh membekalkan air.

    Perbezaan kedua-dua sistem

    Sistem Tidak terus Sistem Terus

  • 8/3/2019 asigment kayu..2

    13/16

    Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS3103 13

    Lakaran Aliran Sistem Tidak Terus Pada Rumah Rehat

    Petunjuk :

    A Tangki air

    - aliran air

    Merujuk kepada pelan rumah rehat yang dilampirkan, tangki simpanan air diletakkan betul-

    betul di atas bahagian bumbung bilik air. Ini adalah kerana saiz bumbung rumah rehat ini

    yang agak kecil sudah tentu menyukarkan penempatan tangki air yang besar. Tangki air itu

    diletakkan di atas bumbung bagi memastikan tekanan air dalam keadaan tinggi dan dapat

    memenuhi kehendak segera.

    Melalui sistem tidak terus ini, air yang mengalir dari paip utama akan dialirkan melalui meter

    air dan terus ke tangki simpanan air. Tangki simpanan akan menyimpan air untuk kegunaan

    seluruh bahagian rumah. Penggunaan tangki simpanan dapat menjamin bekalan air bagi

    sekurang-kurangnya sehari jika paip utama tidak membekalkan air. Namun begitu, air

    simpanan dalam tangki ini tidak begitu sesuai digunakan untuk memasak kerana terdapat

    mendapan kekotoran pada dasar tangki. Apatah lagi jika tidak diselenggara oleh pengusaha

    rumah rehat tersebut secara berkala.

    A

    Dari meter air

  • 8/3/2019 asigment kayu..2

    14/16

    Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS3103 14

    SOALAN 2 (ii) - Langkah-Langkah Pemasangan Tangki Simpanan Air

    Tangki simpanan air merupakan suatu bekas air yang diperbuat daripada kepingan keluli,

    simen asbestos, plastik dan kaca gentian. Bagi rumah rehat ini, tangki buatan plastik

    polypropylene digunakan. Ini adalah kerana tangki ini mudah dikendalikan, lebih ringan,

    tidak mudah berkarat, dan melibatkan kos yang lebih murah.

    Gambar rajah di bawah menunjukkan dengan jelas lakaran pemasangan tangki simpanan di

    rumah rehat itu.

    Bahagian-bahagian utama tangki simpanan ialah injap bebola, bola pelampung, paip agih

    dan paip limpah. Air yang dibekalkan kepada tangki simpanan dikawal oleh injap bebola

    yang dipasang pada hujung masuk paip servis. Paip cuci turut dipasang untuk memudahkan

    kerja-kerja mencuci tangki tersebut.

    Pemasangan injap bebola dari jenis portsmouth dipilih untuk tangki simpanan ini kerana ia

    sangat senyap semasa digunakan. Kerosakan jarang berlaku dan melibatkan kos selenggara

    yang kecil. Kerosakan selalunya berlaku kepada sesendal getah yang perlu digantikan dari

    masa ke semasa.

    Tangki simpanan dengan muatan 270 liter padu digunakan pada rumah rehat ini. Ini adalah

    kerana, penggunaan air untuk rumah rehat ini hanya terhad kepada bahagian bilik air.

  • 8/3/2019 asigment kayu..2

    15/16

    Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS3103 15

    PIAWAIAN YANG DIBERIKAN OLEH JKR

    Kerja paip bekalan air dan pemasangannya hendaklah dilaksanakan oleh tukang paip

    yang diberi lesen oleh Pihak Berkuasa Air Negeri yang berkenaan dan mengikut

    sepertimana yang diluluskan.

    Paip agihan di atas tanah hendaklah menggunakan paip keluli bergalvani kelas B yang

    diluluskan dan pemasangan mengikut B.S 1387.

    Semua paip perkhidmatan, paip penyampaian dan pam, serta semua paip bawah tanah

    hendaklah menggunakan paip keluli bergalvani kelas C.

    Paip UPVC untuk agihan air sejuk hendaklah daripada paip klorida polivinil yang tak

    plastik kelas C yang diluluskan dan pemasangan mematuhi B.S 3505.

    Paip UPVC di dalam tanah dan paip servis hendaklah dari UPVC kelas D.

    Paip tembaga yang digunakan hendaklah mematuhi B.S 2871 Part I. Penyambungan

    mengikut B.S 864 Part II

    Tangki simpanan air hendaklah kedap air dan ditupang dengan sempurna. Tangki

    disertakan dengan penutup yang kalis habuk dan boleh menghalang kemasukan

    nyamuk.

    Penutup tangki hendaklah dibuat supaya tidak kedap udara.

    Injap bebola jenis tekanan tinggi B.S 1212 di saluran masuk. Tangki juga mesti

    dilengkapi paip cuci dan paip limpah/amaran.

    Meter hendaklah mengikut butir-butir yang ditunjukkan di dalam pelan.

    Penyambungan ke meter, pembekalan meter dan semua paip ke meter hendaklah

    dilakukan oleh Pihak Berkuasa Air negeri berkenaan.

    Sistem flush valve memerlukan tangki simpanan air yang berasingan daripada tangki

    simpanan air untuk kegunaan pemasangan lain.

    Paip air turun dari tangki flush valve perlu dibuat berasingan, satu paip untuk bekalan

    air ke tiga tingkat teratas yang dibantu oleh pam penggalak.

    Satu paip lagi untuk tingkat yang lain sehingga tingkat bawah. Pam tidak perlu kerana

    tekanan statik telah mencukupi

  • 8/3/2019 asigment kayu..2

    16/16

    Zamri Rashid /720903086323002 /HBLS3103 16

    Bibliografi

    Abibullah bin Samsudin (1994). Industri Balak di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur :

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Hj Kandar Selamat, Haji Asnul Dahar Minghat, Amran Mohd Din, Cho Keng Boon,

    P.Priasamy, Siow Hing Siong (2008).

    HBLS3103 Asas Kejuruteraan Awam dan Mekanikal. Kuala Lumpur : Open University

    Malaysia.

    Tan Boon Tong (2000). Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Ir. Budi Setiawan Atmosuseno, Ir. Khaerudin Duljapar (1996). Kayu Komersial. Jakarta :

    PT Penebar Swadaya.

    Zulkifli bin Mohd Salleh, Zainal bin Abdul Rahim, Tuslah binti Abdan (2003). Kemahiran

    Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Shah Alam : Cerdik Publications Sdn. Bhd.

    Rujukan Internet :

    http://www.frim.com.my

    http://www.wikipedia.com

    http://www.dephut.go.id

    http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/ting_seng.htm

    http://www.dephut.go.id/informasi/propinsi/SUMSEL/jenis_kayu_dagang.html

    http://www.jatijawacepu.com/index.php?module=blog&act=detail&id=6

    http://www.frim.com.my/http://www.wikipedia.com/http://www.dephut.go.id/http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/ting_seng.htmhttp://www.dephut.go.id/informasi/propinsi/SUMSEL/jenis_kayu_dagang.htmlhttp://www.jatijawacepu.com/index.php?module=blog&act=detail&id=6http://www.frim.com.my/http://www.wikipedia.com/http://www.dephut.go.id/http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/ting_seng.htmhttp://www.dephut.go.id/informasi/propinsi/SUMSEL/jenis_kayu_dagang.htmlhttp://www.jatijawacepu.com/index.php?module=blog&act=detail&id=6