asigment konsep kendiri

28
PPGPJJ SEMESTER 5 SESI 2012/2013 KAL 3033 PENDIDIKAN SOSIAL EMOSI KANAK-KANAK TUGASAN INDIVIDU 1 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON LOLIZA BINTI BAHARUDIN D20112054844 017-5263151 PUSAT PEMBELAJARAN : EL UPSI01 NAMA TUTOR E LEARNING : PUAN HASHIMAH BINTI HUSSIEN TARIKH SERAH : 18 APRIL 2014

Upload: lisa-cooper

Post on 04-Dec-2015

106 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

konsep kendiri

TRANSCRIPT

Page 1: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

PPGPJJ SEMESTER 5 SESI 2012/2013

KAL 3033

PENDIDIKAN SOSIAL EMOSI KANAK-KANAK

TUGASAN INDIVIDU 1

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON

LOLIZA BINTI BAHARUDIN

D20112054844

017-5263151

PUSAT PEMBELAJARAN : EL – UPSI01

NAMA TUTOR E – LEARNING : PUAN HASHIMAH BINTI HUSSIEN

TARIKH SERAH : 18 APRIL 2014

Page 2: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

ISI KANDUNGAN.

Bil

Tajuk

Halaman

1 Definisi konsep kendiri 3 – 5

2 Teori-teori konsep kendiri 5 - 7

3 Pengetahuan kendiri

- Proses penerokaan

- Proses asimilasi persekitaran

7 – 8

4 Perkembangan konsep kendiri

- Pendekatan kognitif

9

5 Teori pembelajaran persekitaran 10 – 11

6 Esteem diri dan kanak-kanak

- Panduan meningkatkan esteem diri kanak-kanak

12 – 13

7 Jenis-jenis konsep kendiri

- Konsep kendiri positif

- Konsep kendiri negatif

- Faktor mempengaruhi konsep kendiri positif dan negatif

- Ciri-ciri konsep kendiri positif

- Ciri-ciri konsep kendiri negatif

14 – 15

15 - 19

8 Faktor pembentukan konsep kendiri 20 – 21

9 Peranan guru dalam perkembangan kendiri murid 21 – 23

10 Penilaian dan penghargaan kendiri

- Aplikasi kendiri kanak-kanak

23 – 24

11 Regulasi dan kawalan kendiri 25 – 26

12 kesimpulan 27

Page 3: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

TUGASAN INDIVIDU 1

Konsep kendiri elemen penting untuk perkembangan diri kanak-kanak secara

menyeluruh.

Definisi konsep kendiri.

Konsep kendiri ditakrifkan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau

bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Untuk

membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. konsep kendiri

meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang

kebolehan nya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai

penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya

sendiri sama ada secara positif atau negatif. Ia berkait rapat dengan perasaan kita terhadap

kebolehan kita, perkara yang berlaku pada diri kita dan perkara yang akan berlaku pada diri kita.

Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Konsep

kendiri seseorang meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui derianya dan

juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Konsep kendiri

meliputi aspek jasmani dan juga psikologi. Ia juga berkaitan dengan pembelajaran yang dialami

semenjak kanak-kanak masih kecil lagi.

Konsep kendiri adalah apabila seseorang kanak-kanak mula membesar, mereka akan

mula bertanya pada dirinya “ Siapakah saya ? Sukakah saya pada diri saya ? semuanya persoalan

yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan diri sendiri. Konsep diri adalah sesuatu yang

kompleks. Antara fungsi konsep kendiri ialah untuk penilaian kendiri contohnya ialah “Adakah

saya lakukan dengan betul ? Selain itu ia juga berperanan sebagai pengukuhan kendiri dan juga

berfungsi untuk penentuan dalaman dan luaran. Kendiri adalah konsep merujuk kepada fikiran,

perasaan dan sikap terhadap diri. Sukar untuk menentukan bila kanak-kanak mula memahami

kewujudan mereka. Mengukur kesedaran kanak-kanak pula bukan mudah. Kita tidak dapat

bertanya kanak-kanak berumur tiga tahun dengan menyoal, „Bila kamu sedar yang kamu wujud

di dunia ini? Tentunya soalan sebegini sukar dijawab oleh kanak-kanak. Kita memerlukan

pendekatan secara tidak langsung. Contohnya menyuruh kanak-kanak melihat cermin. Apabila ia

Page 4: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

menyentuh hidungnya setelah melihat muka di cermin maka kita sedar bahawa kanak-kanak tahu

yang itu adalah rupanya. Ini menunjukkan kanak-kanak mula membina konsep tentang diri

mereka. Seterusnya kanak-kanak mula membina kesedaran kendiri iaitu sedar tentang kewujudan

diri mereka. Apabila dia sedar tentang kewujudan mereka, kanak-kanak mula memperoleh

konsep kendiri dan mula bertanya siapa diri mereka dan ingin mendefinisi diri mereka. Kanak-

kanak yang mula menyedari konsep diri mereka akan mengatakan „Ini saya punya„. Mereka juga

boleh menjawab soalan tentang nama mereka, siapa ibu dan bapa serta di mana mereka tinggal.

Setiap individu mempunyai anggapan terhadap diri sendiri dan bagaimana orang lain

memandang kepada dirinya. Konsep kendiri boleh dirumuskan sebagai persepsi diri dari segi

penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, terrmasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri

iaitu gambaran tentang rupa, kesihatan, kebolehan, dan tingkah laku kendiri seseorang individu.

Ini dibentuk hasil daripada interaksi individu dengan orang lain dan penyesuaian diri dengan

alam sekitar. Oleh kerana itu, konsep kendiri merupakan satu elemen yang sangat penting dalam

diri setiap individu kerana ia akan digunakan untuk meramalkan apa yang akan berlaku terhadap

individu tersebut pada masa hadapan.

Selain itu, konsep kendiri juga banyak membantu individu untuk membuat keputusan dan

menentukan tindakan yang bakal diambil pada masa hadapan. Dalam kehidupan seharian

seseorang individu, mereka akan menempuh pelbagai bentuk interaksi dengan persekitarannya.

Oleh kerana itu, individu tersebut akan membuat keputusan dan menentukan apakah tindakan

yang akan diambil olehnya. Apabila berlaku interaksi dengan persekitarannya, maka konsep

kendiri akan timbul dan mula terbentuk dalam diri setiap individu itu.

Konsep Kendiri juga amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara

amnya, sebagai seorang guru atau pendidik yang bertanggungjawab mestilah memahami dan

mengamalkan konsep kendiri ini dalam kehidupan seharian. Seseorang pelajar dikelilingi oleh

persekitaran sosial yang bertindak mempengaruhinya membuat keputusan dan menentukan masa

depan. Agen-agen persekitaran seperti ibu, bapa, guru dan rakan sebaya adalah agen yang

mempengaruhi seseorang pelajar. Agen-agen tersebut membantu seseorang pelajar bertindak

hasil daripada apa yang difikirkan dalam mindanya.

Konsep kendiri penting kepada kanak-kanakdalam membina siapa dirinya sebenar.

Kanak-kanak melihat diri dari perspektif yang berbeza antara satu sama lain. Perkara yang perlu

Page 5: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

guru memberikan perhatian adalah tentang tanggapan positif atau negatif seseorang kanak-kanak

terhadap dirinya, menilai siapa dirinyauntuk orang dan persekitarannya. Apabila mereka

membesar mereka sudah tahu akan siapa dirinya. Dengan mengenal diri kanak-kanak lebih yakin

untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang

konsep kendirinya positif mendorong perkembangan bahasa dan kognitif.

Teori-teori konsep kendiri.

Menurut David Shaffer, konsep kendiri merupakan kombinasi antara fizikal dan

psikologikal yang dianggap sebagai sesuatu yang unik pada setiap individu. Beliau menggunakan

istilah “ looking glass self ” untuk menegaskan bahawa seseorang itu memahami dirinya seperti

pantulan bagaimana orang lain bergerak balas terhadap diri mereka.

Menurut Harter (1983) dalam buku Personaliti: “Becoming a Person”, konsep kendiri

ialah agen perkembangan diri individu terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak akan

berkembang sebagai objek iaitu merupakan sesuatu yang unik dan boleh diperhatikan tahap

perkembangannya. Oleh itu ini memerlukan kerjasama daripada banyak pihak supaya konsep

kendiri kanak-kanak subur secara positif. Konsep kendiri boleh dianggap sudah menjadi satu

perkataan yang biasa diperkatakan oleh orang ramai dalam kehidupan mereka. Tetapi setakat

mana seseorang individu faham dan jelas dengan istilah ini bersama dengan struktur-strukturnya

jawapannya hanya boleh dirujuk kepada beberapa pengertian dan pendapat oleh ahli-ahli

psikologi dan kaunseling berikut.

Carl Rogers ( 1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi

seseorang tentang cirri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan

orang lain dan persekitarannya.

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats ( 1963 )

berpendapat konsep kendiri dilihat melalui dua cara iaitu tanggapan diri seseorang individu dan

proses yang menentukan tingkahlaku seseorang individu.

Page 6: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

Menurut Sharifah Alawiah ( 1987 ) kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi

seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal

tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkahlaku perasaan dan fikiran.

Vernon (1980) pula menyatakan personaliti ialah pandangan kekuatan dan kelemahan diri

sendiri serta disokong dengan maklum balas tentang dirinya daripada orang lain. Konsep kendiri

tersebut akan menjadi sesuatu yang penting kerana konsep tersebut akan digunakan untuk

meramal masa depannya atau tindakan yang bakal diambil.

Menurut Stewat dan Friedman (1987), menghuraikan konsep kendiri sebagai tanggapan

individu terhadap identitinya yang berbeza dengan individu yang lain sejak peringkat bayi.

Pendapat Amir Awang (1991) pula, menyatakan ianya integrasi penilaian diri sendiri,

penilaian orang lain dan penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya.

kajian yang dilakukan oleh Hazel J.Markus dan Paula S.Nurius mendapati bahawa kanak-

kanak yang berada dalam lingkungan umur 6 hingga 12 tahun perlulah dibentuk konsep dirinya

kerana pada masa ini mereka mempunyai hubungan yang luas dengan masyarakat. Konsep diri

bukanlah berbentuk statik tetapi ia dinamik dan ia mempunyai hubung kait antara individu

dengan pengaruh luar. Ibubapa memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk harga

diri ( self-esteem ) kanak-kanak. Self-esteem adalah kunci yang sangat penting untuk mereka

berjaya dalam kehidupan pada masa akan datang. Self esteem adalah bagaimana kita memahami

diri kita yang sebenarnya. Kanak-kanak yang mempunyai self-esteem yang tinggi merupakan

kanak-kanak yang mampu melakukan / berkebolehan memperlihatkan tanggungjawab, boleh

mengurus emosi yang positif & negatif dan juga boleh menawakan bantuan kepada orang lain.

Kanak-kanak yang mempunyai self-esteeem yang rendah pula akan bertingkah laku contohnya

kanak-kanak merasakan diri tidak disayangi dan tidak diingini, merendah diri terhadap

kebolehan dan bakat yang dimiliki dan juga kanak-kanak tersebut akan mengelak untuk

melakukan sesuatu yang baru.

Konsep kendiri merangkumi identiti kendiri dan kepercayaan tentang diri sendiri.

Misalnya kanak-kanak tahu akan jantina dirinya, siapa dirinya, keturunannya, latar belakang

Page 7: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

keluuarga, bangsa dan agamanya sendiri. Beberapa pendapat membahagikan perkembangan

konsep kendiri merangkumi aspek-aspek berikut :

Pengetahuan kendiri

Regulasi dan pengawalan kendiri.

Pengetahuan kendiri.

Pengetahuan konsep kendiri boleh dikategorikan kepada beberapa aspek iaitu kesedaran

kanak-kanak tentang kewujudan kendiri. Kesedaran tentang kewujudan kendiri bermula

beberapa bulan selepas kelahiran. Proses ini menjadi lebih stabil selepas mereka melalui proses-

proses persekitarannya, bermula dengan memahami dirinya. Kewujudan kendiri berlaku apabila

bayi dapat merasakan akan keadaan sekelilingnya. Proses ini dapat dirasai oleh bayi dengan

bantuan daripada ibubapa mereka. Dengan bantuan ibubapa mereka bayi akan mengenali

persekitarannya. Proses kewujudan ini akan berterusan dan bertambah matang apabila bayi dapat

berinteraksi dengan peralatan yang terdapat disekelilingnya samada mainan atau objek yang

menarik dirinya. Dengan bermain dengan objek dan peralatan mainan mereka dapat

membezakan kewujudan diri mereka bermula dengan jantina, warna kulit dan persekitarannya.

Antara proses kewujudan dan pembentukan konsep kendiriini berlaku adalah seperti :

Proses penerokaan

Proses asimilasi persekitaran.

Proses penerokaan.

Bayi mengetahui dirinya dengan mendapatkan pengalaman melalui persekitarannya.

Peringkat yang paling asas bayi mendapat pengetahuan tentang dirinya adalah melalui mengenali

dirinya, proses menambah pengetahuan tentang diri sendiri dan persekitarannya. Proses ini

berterusan sehingga keperingkat yang lebih besar selain daripada keluarganya.

Page 8: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

Proses asimilasi persekitaran.

Proses seterusnya adalah proses asimilasi bayi dengan persekitarannya. Bayi akan

mengalami proses asimilasi dengan objek-objek yang paling hamper dengannya iaitu mainan.

Pendedahan kepada persekitaran penerokaan ini menjadi punca pengetahuan bayi mengenai

persekitaran objek yang meransangkan membantu bayi membina konsep kendiri yang positif.

Objek-objek yang ditonjolkan seharusnya membina kerangka minda bayi yang positif.

Pendedahan objek yang positif boleh membina konsep kendiri bayi yang positif. Persekitarran

yang menarik membantu bayi merangka dan membentuk imej dan konsep. Proses asiimilasi

dengan persekitaran yang positif, contoh melalui nada suara ibubapa membentuk bahasa dan

komunikasi bbayi. Contoh proses kewujudan kendiri melalui asimilasi persekitaran apabila bayi

menyentuh sesuatu benda, ia akan bergerak. Apabila dia menangis ada orang yang akan

membantu. Apabila diia senyum kepada ibunya, ibu akan membalasnya. Proses asimilasi ini

akan berlaku dengan lebih luas seperti amalan hubungan yang positif.

Antara salah satu cara menarik yang digunakan untuk membuktikan pengenalan kendiri

pada peringkat bayi ialah dengan memerhatikan reaksi mereka apabila melihat dirinya dalam

cermin setelah hidungnya diletakkann bedak berwarna merah. Kajian eksperimen yang

dijalankan oleh Bullock dan Lutkenhaus (1990) mendapati bahawa kebanyakkan bayi yang

berusia 9-12 bulan akan melihat wajah mereka, membuat mimic muka atau cuba berinteraksi

dengan bayi yang ada dalam cermin seolah-olah bayi itu orang lain. Kajian-kajian lain juga

membuktikan bahawa bayi berumur lebih kurang setahun mula senyum dan bercakap-cakap

apabila melihat wajah dalam cermin. Kebanyakkan mendapati bahawa wajah dalam cermin

ituadalah dirinya sendiri ( Rohani Abdullah, 2001 )

Proses ini melahirkan kesedaran tentang kewujudan kendiri dan seterusnya membantu

kearah pembentukan konsep kendiri kanak-kanak cuba mencapai sesuatu, menyentuh,

menggerakkan objek atau peralatan, membunyikan alat dan memahami akan fungsi objek seperti

menggolekkan bola atau membunyikan alat muzik. Bayi dan kanak-kanak yang mengalami

proses ini akan membina kendiri mereka mengikut perkembangan semulajadi mereka. Melalui

proses ini kanak-kanak dapat membina konsep kendiri yang positif. Kemahiran-kemahiran yang

wujud secar sendirinya membantu membentuk keyakinan untuk bertatih hingga berjalan.

Page 9: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

Perkembangan konsep kendiri.

Mengikut Lewis selepas kanak-kanak memahami kewujudan kendiri, mereka akan

mengalami perkembangan konsep kendiri. Lewis menamakan ini sebagai katagori kendiri.

Terdapat tiga komponen dalam pembentukan katagori kendiri kanak-kanak iaitu barangan saya (

material me ), pergaulan saya ( social me ) dan kerohanian saya ( spiritual me ). Perkembangan

konsep kendiri penting dalam pembentukan kendiri bayi yang berlaku melalui dirinya. Sifat

semulajadi bayi adalah ‘sense of belongging’. Kewujudan bermula beberapa bulan selepas

kelahiran apabila melihat tubuhnya, pakaian dan keluarganya. Proses ini berterusan dengan

rumah dan segala milik kebendaan. Melalui proses-proses dipersekitarannya bayi membentuk

kendirinya bermula dengan memahami dirinyadan keadaan disekelilingnya. Bayi bermain

dengan objek-objek dan peralatan mainan kepunyaannya.

Melalui pergaulan bayi dengan persekitarannya dia akan mengetahui siapa dirinya. Bayi

mengetahui dirinyadengan mendapatkan pengalaman melalui persekitarannya. Pergaullannya

dengan persekitaran, bayi mengetahui akan persepsi dirinya daripada pelakon-pelakon

disekelilingnya. Tingkahlakunya akan dinilai oleh orang sekelilingnya, samada diterima atau

tidak diterima. Kategori seterusnya adalah kerohanian saya, proses kanak-kanak membina trait

personality seperti sikap, nilai, keyakinan,kepercayaan dan sebagainya untuk membentuk dirinya

yang sebenar. Objek-objek yang ditonjolkan seharusnya membina trait personality bayi yang

positif. Pendedahan objek yang positif boleh membina nilai, keyakinan dan kepercayaan bayi

yang positif.

Pendekatan kognitif ( perkembangan )

Diperkenalkan oleh Robert Selman. Beliau telah menjalankan kajian terrhadap ramai

kanak-kanak dan beliau telah memberi watak utamanya berhadapan dengan dilema. Kanak-

kanak kemudiannya diarahkan supaya memberitahu apakah perasaan dan fikiran watak utama

dalam cerita itu. Kanak-kanak juga ditanya bagaimana agaknya dilema tersebut boleh

diselesaikan. Selman lebih berminat dengan cara penaakulan kanak-kanak tersebut berbanding

dengan jawapan soalan yang diberikan. Daripada kajian itu, beliau telah membina satu model

pengetahuan kendiri yang mempunyai 5 tahap ( Bayi hingga remaja ). Kanak-kanak pertengahan

Page 10: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

sudah dapat memahami tingkah laku mungkin berbeza daripada perasaan dan motif contohnya

ialah seseorang mungkin tersenyum tetapi tidak bermakna dia sedang gembira. Kanak-kanak

akhir pula mengalami kendiri yang stabil.

Teori pembelajaran persekitaran.

Ahli-ahli psikologi yang berpegang kepada teori ini menyifatkan bahawa konsep efektif-

kendiri sebagai kebolehan kendiri yang dinilai oleh individu itu sendiri untuk melihat kejayaan

sesuatu perkara yang dilakukan. Bandura menjelaskan bahawa kanak-kanak pada mulanya tidak

memahami proses yang berlaku pada dunia sosial mereka. Pada masa inilah, ibubapa memainkan

peranan untuk menjelaskan kepada kanak-kanak tersebut. Ia adalah bertujuan untuk membnatu

kanak-kanak belajar tentang tahap keupayaan atau efektif-kendiri. Terdapat dua jenis mekanisme

yang boleh menggalakkan perkembangan penilaian efektif-kendiri. Yang pertamanya ialah

melalui modelling iaitu kanak-kanak memerhati model tertentu untuk melakukan sesuatu

perkara. Mekanisme yang kedua pula ialah melalui reaksi dalaman badannya seperti rasa

tertekan, sakit perut dan lain-lain lagi perkara yang melibatkan reaksi emosi. Penggunaan tanda-

tanda rangsangan ini hanya boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang sudah memperoleh

keupayaan kognitif yang tinggi. Menurut Bandura, penilaian efektif-kendiri yang tinggi akan

akan meningkatkan usaha dalam sesuatu perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.

Terdapat tiga jenis sistem kendiri iaitu :

1. Pengetahuan kendiri ( self-knowledge ) : Apakah yang kanak-kanak tahu tentang dirinya

2. Penilaian kendiri ( self-evaluation ) : Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi

pandangan kanak-kanak terhadap dirinya

3. Pengaturan kendiri ( self-regulation ) : Bagaimana dan bila kanak-kanak memperoleh

kawalan kendiri.

Terdapat pelbagai pendapat tentang tahap perkembangan kendiri kanak-kanak. Antaranya rata-

rata bersetuju bahawa tahap perkembangan pengetahuan kendiri terbahagi kepada 4 sejak bayi

hingga remaja. Peringkat bayi, pengenalan kendiri berkembang dan menjadi kukuh dapat

Page 11: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

mengkatagorikan manusia mengikut sifat seseorang itu mula menggunakan kenyataan yang

menunjukkan penilaian kendiri. Kanak-kanak pertengahan sudah dapat memahami tingkahlaku

mungkin berbaza daripada perasaan dan motif contohnya ialah seseorang mungkin tersenyum

tetapi tidak bermakna dia sedang gembira. Kanak-kanak akhir pula mengalami kendiri yang

stabil. Mengikut bandura ( 1977 ) menjelaskan bahawa kanak-kanak pada mulanya tidak

memahami proses yang berlaku pada dunia sosial mereka. Pada masa inilah ibubapa memainkan

peranan untuk menjelaskan kepada kanak-kanak tersebut. Ia adalah bertujuan untuk membantu

kanak-kanak belajar tentang tahap keupayaan atau efektif kendiri. Penggunaan tanda-tanda

ransangan ini hanya boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang sudah memperoleh keupayaan

kognitif yang tinggi. Menurut bandura perkembangan kendiri yang positif akan meningkatkan

usaha dalam sesuatu perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.

Konsep kendiri kanak-kanak adalah berbentuk dinamik dan ia mempunyai hubungkait

antara individu di sekelilingnya. Ibubapa adalah agen pertama yang bertanggungjawab membuna

konsep kendiri bayi dan kanak-kanak. Dengan peningkatan pengetahuan tentang kebolehannya,

konsep bayi tentang kendirinya juga akan muncul. Pada usia 2-3 tahun seseorang kanak-kanak

akan mencirikan diri mereka berasaskan kepercayaan biasa, emosi dan kepunyaan diri. Konsep

kendiri kanak-kanak pada peringkat kanak-kanak sangat terhat kepada pemikiran dan perbuatan

yang nyata dan khusus ( Stipek et al. 1992 ). Fikiran yang kukuh tentang diri juga membenarkan

kanak-kanak untuk bekerjasama buat kali pertama dalam menyelesaikan masalah kecil semasa

bermain ( Brownnell & Carriger, 1990; caplan et al., 1991 ). Apabila dinyatakan tentang siapa

diri mereka, kanak-kanak sudah dapat melebel dirinya dengan pelbagai-bagai cara selain

namanya seperti menyatakan jantinanya dan saiz badannya, samada besar ataupun kecil. Ibubapa

memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk konsep kendiri kanak-kanak. Antara

konsep kendiri yang penting di peringkat kanak-kanak adalah harga diri ( self-esteem ) kanak-

kanak. Konsep kendiri adalah selari dengan self esteem. Self esteem adalah kunci yang sangat

penting untuk mereka berjaya dalam kehidupan pada masa akan datang. Self esteem adalah

bagaimana kita memahami diri kita yang sebenarnya. Kanak-kanak yang mempunyai self esteem

yang yang tinggi merupakan kanak-kanak yang berkebolehan dan kompentensi. Mereka

berkeupayaan mengurus emosi yang positif dan negatif dengan berkesan malah boleh membantu

kanak-kanak lain.

Page 12: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

Dalam membincangkan mengenai konsep diri kanak-kanak ini, kajian yang dilakukan

oleh Hazel J.Markus dan Paula S.Nurius mendapati bahawa kanak-kanak yang berada dalam

lingkungan umur 6 hingga 12 tahun perlulah dibentuk konsep dirinya kerana pada masa ini

mereka mempunyai hubungan yang luas dengan masyarakat. Konsep diri bukanlah berbentuk

statik tetapi ia dinamik dan ia mempunyai hubung kait antara individu dengan pengaruh luar.

Ibubapa memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk harga diri ( self-esteem )

kanak-kanak. Self-esteem adalah kunci yang sangat penting untuk mereka berjaya dalam

kehidupan pada masa akan datang. Self esteem adalah bagaimana kita memahami diri kita yang

sebenarnya. Kanak-kanak yang mempunyai self-esteem yang tinggi merupakan kanak-kanak

yang mampu melakukan / berkebolehan memperlihatkan tanggungjawab, boleh mengurus emosi

yang positif & negatif dan juga boleh menawakan bantuan kepada orang lain. Kanak-kanak yang

mempunyai self-esteeem yang rendah pula akan bertingkah laku contohnya kanak-kanak

merasakan diri tidak disayangi dan tidak diingini, merendah diri terhadap kebolehan dan bakat

yang dimiliki dan juga kanak-kanak tersebut akan mengelak untuk melakukan sesuatu yang baru.

Esteem Diri dan Kanak-Kanak.

Esteem diri atau Self Esteem boleh didefinisikan sebagai bagaimana orang tersebut

melihat dirinya sendiri. Wujudnya Esteem diri di kalangan kanak-kanak dapat dilihat melalui

sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut. Perkembangan Esteem diri

samada postif atau negatif akan mempengaruhi kehidupan individu tersebut sepanjang hayatnya.

Oleh itu, adalah penting bagi ibubapa atau guru membantu kanak-kanak untuk membentuk

Esteem diri yang positif.

Fakta Tentang Esteem diri Yang Perlu Diketahui Oleh Ibubapa /Penjaga /Pendidik

1. Kanak-kanak mula membentuk kepercayaan tentang diri sendiri seawal usia mereka lagi.

2. Kanak-kanak melihat kepada perbuatan atau tingkahlaku ibubapa atau orang-orang yang

berada disekelilingnya sebagai bukti bahawa dirinya disayangi. Sekiranya bukti-bukti ini

tidak diperolehi, Esteem diri yang rendah akan terbentuk.

Page 13: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

3. Esteem diri mempunyai kaitan dengan kejayaan dan kegagalan pelajaran kanak-kanak.

Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang tinggi, iaitu percaya bahawa dia

mempunyai kebolehan biasanya akan menunjukkan pencapaian yang baik berbanding

dengan kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang rendah.

4. Esteem diri mempengarahui bagaimana kanak-kanak tersebut berhubung dengan orang

lain. Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang tinggi akan mempunyai hubungan

yang baik dengan orang di sekelilingnya. Sebaliknya kanak-kanak yang mempunyai

Esteem diri yang rendah akan mempunyai masalah untuk berhubung dengan orang lain.

5. Esteem diri mempengaruhi daya kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai

Esteem diri yang rendah akan kurang melibatkan diri dengan aktiviti yang berisiko

berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri tinggi.

6. Gaya asuhan yang diterima dari ibubapa akan mempengaruhi pembentukan self esteem

kanak-kanak.

7. Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang rendah selalu mempunyai masalah atau

berkonflik dengan ibubapa atau penjaga, dan juga dengan rakan sebaya.

Panduan Bagi Meningkatkan Esteem Diri Kanak-Kanak

Berikut adalah cadangan aktiviti yang boleh dilakukan bagi meningkatkan pembentukan self

esteem yang positif di kalangan kanak-kanak.

1. Memberi pujian kepada anak-anak.

2. Beri perhatian dan kasih sayang kepada kanak-kanak samada dalam bentuk fizikal atau

melalui perkatan

3. Layan dan menghormati kanak-kanak.

4. Konsisten apabila memberi peraturan atau arahan kepada kanak-kanak.

5. Jadilah ‘role model’ kepada kanak-kanak.

6. Dengar dan berilah respon apabila bercakap dengan kanak-kanak.

7. Tepati janji yang diberikan kepada kanak-kanak. Contohnya apabila berjanji untuk

memberi hadiah, maka hendaklah ditunaikan. Apabila janji tidak ditunaikan, kanak-kanak

akan merasa diri mereka tidak penting dan tidak dihargai.

Page 14: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

8. Jangan biarkan kanak-kanak mengkritik diri mereka sendiri.

Jenis – jenis konsep kendiri.

Terdapat dua jenis konsep kendiri iaitu :

1. Konsep kendiri positif

2. Kondep kendiri negative

Konsep kendiri positif.

Konsep kendiri positif bermaksud seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri

secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga

meliputi sikap terbuka dan memberi pandangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil di

mana ia boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Jika kita perhatikan seseorang yang

sering di kaitkan dengan kejayaan dalam hidup ialah mereka yang dapat membina konsep kendiri

yang positif. Mereka yang mempunyai konsep kendiri yang positif ini sentiasa menerima layanan

dan perhatian yang baik sama ada daripada ibu bapa sendiri, keluarga, guru, rakan-rakan

mahupun orang yang berada di persekitarannya.

Individu ini akan sentiasa mengalami lebih banyak kejayaan berbanding dengan

kegagalan. Individu ini juga tidak mudah melatah atau mengalah dan sanggup menghadapi

sebarang cabaran dan dugaan dan sekiranya berlakunya kegagalan, akan diterimanya dengan

tenang dan tabah. Selain itu individu ini bersifat optimistik, lebih terbuka sikapnya serta sedia

menerima pendapat dan kritikan orang lain.

Semangat dan iltizam yang tinggi merupakan elemen yang penting kepada individu yang

berkonsep kendiri positif. Mereka akan menghadapi cabaran dengan penuh semangat serta

percaya kepada kebolehan diri dan tidak mudah mengalah atau berputus asa. Mereka juga

sentiasa berfikiran positif dan menjadikan cabaran sebagai semangat untuk terus berjaya dalam

hidup.

Di samping itu, perasaan gembira dan riang adalah perasaan seorang individu yang

mempunyai konsep kendiri positif. Mereka pandai menyembunyikan masalah walaupun mereka

Page 15: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

mempunyai banyak masalah serta tidak pernah mengeluh dan menganggap masalah tersebut

sebagai satu cabaran yang perlu diatasi. Mereka akan rasa sangat gembira jika masalah tersebut

dapat diatasi dan sekiranya tidak, mereka akan merujuk serta meminta nasihat daripada orang

yang boleh dipercayai dan memahami diri mereka.

Di samping itu, individu berkonsep kendiri positif mempengaruhi orang lain dengan

menunjukkan ciri-ciri konsep kendiri positif seperti bertanggungjawab, bangga dengan kejayaan,

selalu gembira serta menghadapi cabaran dengan semangat. Mereka dapat mempengaruhi orang

lain dalam usaha mendapat tempat dalam kalangan masyarakat atau membuat keputusan.

Sifat menghargai meliputi menghargai diri sendiri dan orang lain. Individu berkonsep

kendiri positif akan membentuk sikap menghargai kebolehan, pencapaian, kewibawaan diri dan

dalam masa yang sama mampu menghargai orang lain. Memberi pujian dan penghormatan

kepada orang lain akan menambahkan lagi pengaruh kerana orang yang diberi penghargaan akan

merasa dihargai dan diambil berat.

Tambahan pula, individu yang pemurah dan suka membantu orang lain merupakan

individu yang mempunyai konsep kendiri positif. Mereka merasa bertanggungjawab untuk

menghulurkan bantuan dan menyelesaikan masalah mereka yang memerlukan. Perbuatan ini

sangat mulia dan patut ada dalam setiap diri individu. Akhir sekali, individu yang mempunyai

sifat-sifat diatas didapati senang mendapat kawan dan disenangi oleh orang persekitaran. Ramai

orang suka mendampingi mereka kerana sikap mereka yang tidak sombong, pandai menghargai

rakan dan sentiasa membantu orang yang memerlukan bantuan.

Konsep kendiri negatif.

Jika dilihat pula kendiri negatif merupakan individu yang sering dikaitkan dengan

kegagalan sama ada dalam apa bidang sekali pun biasanya tidak lari daripada mempunyai konsep

kendiri yang negatif. Berbeza penampilannya dengan individu yang mempunyai konsep kendiri

yang positif di mana individu jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat

merajuk serta perasaannya mudah tersinggung. Individu seperti ini sering dimarahi ataupun

dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang berada di

persekitarannya.

Page 16: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

Mereka juga kurang menerima kasih sayang atau perhatian. Mereka biasanya kurang

diterima oleh guru, rakan sebaya mahupun orang lain. Keadaan ini akan memburukkan lagi

keadaan di mana individu tersebut akan berasa dirinya mempunyai aras keyakinan yang rendah.

Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan individu berkenaan akan membentuk sifat rendah diri

dalam dirinya. Akibat daripada itu individu tersebut akan menjadi seorang yang pasif, sentiasa

dalam keadaan yang muram dan tidak mudah untuk bergaul dengan orang lain atau tidak mahu

bersosialisasi dengan persekitarannya.

Mereka yang tergolong dalam golongan individu yang mempunyai konsep kendiri negatif

ini lazimnya suka melakukan kerja-kerja yang mudah dan senang untuk menjamin kejayaan.

Mereka juga suka bergaul dan bermain dengan individu yang lebih muda darinya dan yang

mempunyai kemampuan intelektual yang rendah. Apa yang amat menyedihkan, individu ini

amat mudah dipermainkan oleh orang lain.

Di samping itu, individu itu juga akan mudah putus asa apabila menemui kegagalan.

Lama-kelamaan, dia akan bersikap pasif dan tidak lagi mahu berusaha. Mereka kurang jelas

berkenaan konsep kendiri. Menurut Kernis, Brocker, dan Frankel (1989), mereka sentiasa

memikirkan sesuatu yang buruk atau tidak baik pada diri mereka, sentiasa menetapkan sasaran

yang tidak wujud ataupun tidak mungkin dicapai dan bersikap pesimistik dengan masa depan,

bertingkah laku buruk ataupun beremosi pada pendapat, pandangan ataupun kritikan orang lain

Sebagai contoh, sekiranya individu gagal dalam menyelesaikan masalah, dia cenderung membuat

penilaian negatif pada diri sendiri. Mereka akan berputus asa dan hilang keyakinan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif dan negatif.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan terbentuknya konsep kendiri positif

dan negatif pada setiap individu. Antaranya ialah pertama, faktor dari sifat semulajadi. Iaitu dari

aspek baka dan juga penglibatan diri sendiri. Baka yang baik sama ada dari segi keadaan mental

dan fizikal akan memberi kesan kepada perkembangan konsep kendiri yang positif. Hal ini

adalah kerana tubuh badan dan minda yang sihat sangat mempengaruhi tingkah laku seseorang

individu. Sebaliknya jika seseorang itu mengalami perkembangan konsep kendiri yang negatif

Page 17: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

sebagai contohnya mempunyai masalah kecacatan yang diwarisi semasa lahir iaitu seperti

kerosakan mental dan sebagainya.

Manakala dari segi penglibatan diri bergantung pada setiap individu tersebut dalam

penglibatan dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukannya. Individu yang mempunyai persepsi

positif terhadap diri sendiri dapat menerima semua perkara tentang dirinya dengan baik. Hal ini

yang demikian persekitaran di sekeliling individu juga merangkumi pengalaman awal ketika

memasuki alam persekolahan, media massa, budaya serta adat resam dan persepsi masyarakat

sekitar.

Kedua, faktor dari segi ‘role model’ iaitu peranan ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Ibu

bapa adalah insan yang paling penting dalam kehidupan seseorang individu. Ibu bapa hendaklah

mendidik anak-anak mereka dengan menerapkan nilai-nilai murni serta menunjukkan peribadi

yang baik agar menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Secara tidak langsung kanak-kanak

tersebut mempunyai perkembangan konsep kendiri yang positif sejak dari kecil lagi melalui ibu

bapa mereka. Manakala jika sebaliknya berlaku iaitu ibu bapa tidak menunjukkan contoh teladan

yang baik maka anak-anak mereka akan mengalami perkembangan konsep kendiri yang negatif.

Rakan sebaya juga memberi pengaruh yang sangat besar. Ramai para remaja yang terlibat

dengan gelaja yang tidak sihat disebabkan terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak

bermoral. Individu yang mudah terpengaruh dengan orang lain adalah individu yang tidak

mempunyai jati diri atau konsep kendiri positif yang kukuh. Selain itu, guru juga boleh

mempengaruhi perkembangan konsep kendiri positif kepada kanak-kanak. Mereka

bertanggungjawab dalam mendidik kanak-kanak tersebut dengan membantu mereka membina

konsep kendiri yang positif dan melarang mereka daripada melakukan hal yang tidak sepatutnya.

Ketiga dari segi faktor persekitaran seperti sebaran am, budaya serta persepsi dari orang

lain. Pengaruh sebaran am seperti rancangan televisyen dan sumber internet memainkan peranan

yang penting dalam perkembangan konsep kendiri yang positif dan negatif kepada penonton.

Maklumat yang berunsurkan ilmu pengetahuan dapat membentuk perkembangan konsep kendiri

yang positif daripada segi agama dan moral. Media massa juga turut memberi pengaruh kepada

perkembangan konsep kendiri yang negatif kepada remaja seperti terdapat rancangan televisyen

cerita dari barat yang memaparkan unsur-unsur negatif seperti budaya kuning yang merupakan

budaya masyarakat barat yang mengamalkan gaya hidup bebas. Akibatnya, golongan remaja

terdedah dengan pengaruh negatif daripada luar dan mempunyai konsep kendiri yang negatif.

Page 18: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

Dari sudut budaya pula kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai

yeng berbeza. Penekanan terhadap satu-satu nilai didalam sesebuah kebudayaan tertentu akan

mempengaruhi perkembangan kendiri pada setiap individu juga. Didalam kebanyakan

kebudayaan, banyak ditekankan mengenai nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati,

bertoleransi dan tolong-menolong yang ditekankan. Individu yang dibesarkan dengan

kebudayaan seperti ini tentu mempunyai kendiri yang positif dan akan menonjolkan personaliti

yang seimbang.

Seterusnya yang keempat merupakan faktor dari segi kepercayaan seperti agama,

keselamatan, kasih sayang dan juga kehormatan diri. Setiap individu yang berpegang teguh pada

agama akan menonjolkan perkembangan kendiri yang positif dalam diri mereka. Di samping itu,

aspek keselamatan diri adalah aspek yang tidak boleh dipandang ringan. Kanak- kanak akan

menjalani hidup mereka secara sihat tanpa rasa terancam jika sentiasa dilindungi oleh orang di

sekelilingnya. Namun, jika kanak-kanak tersebut hidup dalam keadaan bimbang dan takut akibat

tekanan persekitaran mereka mungkin akan mengalami masalah dalam diri.

Selain itu, kasih sayang adalah aspek yang penting dalam kehidupan manusia, khususnya

kepada kanak-kanak yang masih kecil. Dengan kasih sayang yang diberikan oleh keluarga dan

orang sekeliling, mereka akan sentiasa gembira dan selamat bagi membina konsep kendiri yang

positif. Contohnya, sifat penyayang, saling sayang-menyayangi dan sebagainya. Akhir sekali,

penghormatan diri hendaklah diperlihara oleh setiap individu. Khususnya, golongan remaja. Jika

mereka sentiasa menjaga kehormatan diri, mereka dapat mencegah diri daripada terlibat dengan

perkara yang tidak bermoral. Sifat malu melakukan perkara yang tidak bermoral adalah konsep

kendiri yang positif yang harus ada dalam diri seseorang individu. Hal ini adalah kerana sifat

malu dapat membuatkan seseorang individu menjaga maruah dirinya daripada tercemar.

Persekitaran memainkan peranan penting dalam peningkatan kendiri. Persekitaran seperti

didikan agama, budaya keluarga, rumah, rakan sebaya, sekolah, jiran tetangga, saudara mara dan

harapan guru boleh memberi implikasi kepada konsep kendiri. Kasih sayang dan penerimaan

orang lain daripada persekitaran boleh mengubah konsep kendiri seseorang kanak-kanak.

Kekuatan konsep kendiri bergantung kepada bagaimana seseorang bertindak balas kepada

elemen-elemen persekitaran. Kanak-kanak yang dididik dengan kasih sayang dan sempurna akan

membentuk pandangan positif tentang diri, begitu juga sebaliknya. Sungguhpun taraf mental

Page 19: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

kanak-kanak telah ditentukan semenjak di dalam kandungan lagi kita tidak boleh berserah sahaja

kepada takdir tanpa berusaha untuk mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak. Kendiri kanak-

kanak ibarat pokok yang tumbuh perlu dibaja dan disirami air. Begitulah juga keadaannya

dengan konsep kendiri. Ini bermakna kita perlu menjalankan tanggungjawab iaitu apakah

langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak berdasarkan

perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang dari aspek fizikal, emosi, rohani, sosial

dan kognitif. Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif, sentiasa ingin tahu dan ingin melakukan

sesuatu tanpa menyedari risiko. Menurut Froebel, kerja kanak-kanak adalah bermain. Dalam

membina strategi dan langkah-langkah untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak perlu

berdasarkan perkembangan bermain tersebut.

Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif :

1. Menghargai

2. Memuji orang lain

3. Puas hati dengan pencapaian

4. Murah hati

5. Mudah berkawan

6. Puas hati dengan dirinya

7. Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya

8. Peramah

Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif

1. Cenderung untuk merasa salah

2. Takut kepada kegagalan

3. Sering merasa bimbang

4. Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil

5. Pencapaian akademik yang rendah

6. Tidak gemar kerja mencabar

7. Kurang keyakinan pada diri sendiri

Page 20: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

8. Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas

9. Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti.

Faktor-faktor pembentukkan konsep kendiri.

Setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Contoh perbazaan yang dapat

dikenalpasti ialah perbezaan dari segi pembentukan konsep kendiri. Perbezaan pembentukan

konsep kendiri kanak-kanak dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti faktor model. Model ialah

individu yang diikut oleh kanak- kanak tersebut seperti ibu bapa, rakan sebaya dan orang dewasa

daripada pelbagai aspek dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kanak-kanak mestilah mendapat

bimbingan yang betul daripada golongan ini supaya konsep kendiri negatif dapat dibentuk dalam

diri mereka. Jika model mereka bersifat negatif, maka kanak-kanak tersebut juga akan mengikut

segala perbuatan negatif yang dilakukan oleh model mereka. Justeru, amat penting sekali kanak-

kanak mendapat didikan yang betul dan sempurna supaya konsep kendiri positif dapat dibentuk

dalam diri mereka.

Seterusnya, faktor persekitaran seperti budaya masyarakat setempat, persepsi masyarakat dan

peranan media massa juga merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sesuatu konsep

kendiri. Budaya masyarakat amat penting dalam pembentukan konsep kendiri kerana kanak-

kanak hidup dan dibesarkan di dalam masyarakat. Oleh itu, sudah tentu berlakunya proses

asimilasi tabiat budaya di dalam diri kanak-kanak tersebut. Budaya lain seperti hedonisme juga

merupakan faktor yang membentuk konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Media massa juga

memainkan peranan yang penting. Pada peringkat ini, media massa merupakan satu agen

penyiaran yang penting kerana kanak-kanak banyak menonton televisyen. Justeru, media massa

perlu bertanggungjawab dalam memastikan konsep kendiri positif dapat dibentuk dalam diri

kanak-kanak dengan menyiarkan saluran-saluran yang berfaedah dan dapat menjana

perkambangan minda kanak-kanak.

Di samping itu, sifat semulajadi seperti baka dan persepsi terhadap diri sendiri juga

merupakan faktor pembentukan konsep kendiri. Baka yang diwarisi oleh ibu bapa akan

membentuk konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Oleh itu, bukan sahaja rupa paras sahaja yang

Page 21: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

akan diwarisi oleh ibu bapa, akan tetapi perangai ataupun tabiat ibu bapa tersebut juga akan

mempengaruhi oleh kanak-kanak. Oleh yang demikian, amat penting sekali ibu bapa untuk

mengawal emosi dan tingkah laku mereka supaya zuriat mereka menjadi baik terutamanya ibu

ketika mangandung kerana segala perbuatan, pemakanan dan tingkah laku ibu akan turun kepada

janin di dalam kandungannya. Justeru, ibu bapa hendaklah menjaga segala perbuatan mereka

supaya zuriat mereka apabila dilahirkan nanti boleh menjadi seorang yang berguna.

Akhir sekali, kepercayaan kepada nilai-nilai keperluan seperti keselamatan, kasih sayang

dan penghormatan diri adalah faktor pembentukan konsep kendiri. Nilai kasih sayang sayang

amat penting sekali bagi seseorang kanak-kanak dalam membentuk konsep kendiri dalam

dirinya. Jika kasih sayang tidak diberikan sekucukupnya, kanak-kanak tersebut akan membesar

di dalam suasana yang serba kekurangan. Keselamatan juga penting bagi kanak-kanak kerana

mereka masih kecil dan tidak dapat membezakan mana perkara yang bahaya dan tidak bahaya.

Oleh itu, amat penting sekali bagi ibu bapa serta guru untuk menjaga keselamatan kanak-kanak

bagi memastikan mereka dapat membentuk konsep kendiri yang positif.

Peranan guru dalam perkembangan kendiri murid.

Guru mestilah mengambil perhatian tentang perbezaan yang terdapat pada murid kerana

setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Kesilapan guru ialah selalu

mengandaikan murid-muridnya dalam sebuah kelas adalah sama. Hal ini akan membawa kepada

pembentukan konsep kendiri yang salah. Oleh yang demikian, guru perlu memperbetulkan

tanggapan yang salah ini serta guru mestilah memainkan peranan penting untuk membantu

kanak-kanak dalam membentuk konsep kendiri yang positif. Dalam hal ini, guru perlu peka

dengan kebolehan dan minat setiap murid. Komunikasi dan interaksi yang baik dengan murid

dapat membantu guru mengetahui kebolehan dan minat mereka. Dengan cara ini, guru boleh

menggunakan kebolehan yang terdapat dalam diri murid untuk meningkatkan konsep kendiri

yang positif dalam diri kanak-kanak tersebut.

Apabila kanak-kanak sedar akan keupayaan diri mereka, keyakinan diri mereka akan

meningkat. Hal ini membolehkan kanak-kanak tersebut menjalinkan hubungan sosial yang baik

Page 22: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

dengan individu yang berada dekat denga persekitaran mereka. Oleh yang demikian, ia akan

membawa kepada kemahiran interaksi yang baik, gaya percakapn yang berhemah dan dapat

mengawal emosi dengan bijak. Ini adalah konsep kendiri positif yang terbentuk di dalam diri

murid tersebut. Oleh itu, guru perlu menunjukkan tauladan yang baik serta menjadi model dalam

pembentukan kendiri yang positif kepada murid-murid. Selain itu, guru perlu merancang aktiviti

pelajar yang berpusatkan murid. Apabila murid diberi peluang untuk menunjukkan kebolehannya

di dalam bilik darjah, ia dapat monolong kanak-kanak membina konsep kendiri yang baik.

Kanak-kanak juga perlu diberi peluang untuk meneroka kebolehan dan menggunakan bakat yang

unik yang ada dalam setiap kanak-kanak. Aktiviti luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulim

juga dapat menanamkan sikap yang positif dalam diri murid-murid. Aktiviti-aktiti yang

memerlukan murid-murid bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, berdikari,

berdisiplin, tolong-menolong dan menonjolkan sifat kepimpinan akan membantu murid membina

konsep kendiri yang positif. Oleh itu, guru perlu memberi sokongan dan dorongan kepada kanak-

kanak serta membimbing dan menasihati mereka supaya kanak-kanak merasakan diri mereka

berkebolehan dan berkeyakinan. Justeru, hal ini akan membantu membina watak kanak-kanak

yang sihat dalam semua perkembangan.

Faktor sekolah dan persekolahan telah memberi sumbangan terhadap pembentukan dan

perkembangan personaliti murid-murid. Tenaga pendidik telah diberikan tanggungjawab untuk

membentuk personaliti pelajar-pelajar selain daripada ibu bapa mereka. Seorang guru yang

sensitif dan peka perlu menjaga konsep kendiri murid-muridnya. Contohnya guru perlu

mengembangkan potensi yang sedia ada dalam murid-murid samada dalam bidang akedemik,

kesukanan, bidang seni dan sebagainya. Guru juga tidak boleh membandingkan antara murid-

muridnya kerana setiap murid adalah berbeza dan unik. Seorang guru juga tidak boleh melabel

seperti murid ‘pandai’ dan murid ‘lembab’ atau sebagainya. Ini lambat laun murid-murid akan

mempercayai bahawa mereka betul-betul lembab dan tidak berguna. Guru mesti pandai

menggunakan penilaian yang pelbagai kerana prestasi akademik murid sentiasa berubah.

kanak-kanak perlu diberi peluang untuk meneroka kebolehan dan menggunakan bakat

yang unik yang ada dalam setiap kanak-kanak. Pada peringkat awal persekolahan, kanak-kanak

mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap keupayaan mereka dalam menguasai kemahiran yang

diperkenalkan oleh guru. Setiap kanak-kanak di sekolah adalah berbeza antara satu sama lain. Ini

Page 23: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

akan menyebabkan mereka boleh menjalinkan hubungan sosial yang baik dengan orang

sekeliling. Apabila kanak-kanak sedar akan kebolehan diri mereka, maka keyakinan diri mereka

akan meningkat. Interaksi yang baik antara guru dengan murid dapat membantu guru untuk

mengenalpasti kebolehan murid tersebut. Guru perlu peka dengan kebolehan dan kemahiran

setiap kanak-kanak. Aktivti luar bilik darjah juga dapat membantu untuk menanamkan sifat

positif dalam diri murid. Guru perlu memberi peluang kepada muridnya untuk menunjukkan

kebolehan di dalam bilik darjah dan membimbing murid yang ketinggalan. Ini akan menolong

kanak-kanak membina konsep kendiri yang baik. Guru perlu merancang aktiviti yang

berpusatkan muridnya.

Penilaian dan penghargaan kendiri.

Penilaian dan penghargaan kendiri terhasil daripada reaksi afaktif yang positif yang

membolehkan seseorang kanak-kanak membuat penilaian terhadaap dirinya. Proses ini berlaku

apabila mereka berinteraksi dengan rakan-rakan dan sekeliling meraka melalui perbandingan

objek, mungkin usianya tidak dapat ditentukan dengan tepat. Walaubagaiamanapun kita boleh

menentukan bila boleh berlakunya kedua-duanya proses ini, contoh membanding dirinya dengan

orang lain. Kanak-kanak boleh menilai dan menghargainya dengan mengenali kendirinya malah

ia mula menilai diri. Melalui perbandingan diri dengan orang lain, ia dapat menilai kemahiran,

pemikiran, perasaan dan personaliti yang terdapat pada kendirinya. Apabila kanak-kanak

berinteraksi dengan kanak-kanak dan rakannya yang terdekat di persekitarannya mereka akan

membandingkan diri mereka dengan kanak-kanak lain dan juga membentuk cita-cita untuk

menjadi seperti siapa.

Penghargaan kendiri berlaku dalam kalangan kanak-kanak apabila mereka menyedari

akan kewujudan kendiri. Penghargaan kendiri membantu membentuk keyakinan dan self esteem

yang tinggi pada kanak-kanak. Umumnya penghargaan kendiri atau perasaan harga diri

seseorang adalah hasil daripada semua pemikiran, perasaan, pengalaman,pandangan dan

penilaian yang telah dikumpulkan mengenai diri sendiri sepanjang hidup. Misalnya seseorang

akan berasa tinggi perasaan kendiri apabila hasil kerjanya selalu dipuji. Penghargaan kendiri

memberi kesan terhadap semua aspek kehidupan. Dengan adanya penghargaan kendiri yang

Page 24: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

tinggi. Mereka dapat menghadapi dan menyelasaikan berbagai-bagai cabaran dan tanggungjawab

hidup dengan penuh keyakinan. Penghargaan diri seseorang mungkin turun naik pada masa yang

berlainan. Keadaan tersebut bergantung kepada emosi dalaman, peristiwa, manusia dan

pengalaman yang mempengaruhinya pada sesuatu masa.

Aplikasi Kendiri Kanak-kanak

Sungguhpun taraf mental kanak-kanak telah ditentukan semenjak di dalam kandungan

lagi kita tidak boleh berserah sahaja kepada takdir tanpa berusaha untuk mempengaruhi konsep

kendiri kanak-kanak. Kendiri kanak-kanak ibarat pokok yang tumbuh perlu dibaja dan disirami

air. Begitulah juga keadaannya dengan konsep kendiri. Ini bermakna kita perlu menjalankan

tanggungjawab iaitu apakah langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan konsep kendiri

kanak-kanak berdasarkan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang dari aspek

fizikal, emosi, rohani, sosial dan kognitif. Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif, sentiasa ingin

tahu dan ingin melakukan sesuatu tanpa menyedari risiko. Menurut Froebel, kerja kanak-kanak

adalah bermain. Dalam membina strategi dan langkah-langkah untuk meningkatkan konsep

kendiri kanak-kanak perlu berdasarkan perkembangan bermain tersebut.

Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan sikap ibu terhadap anak dalam menerima

kehadiran anak, maka anak lebih cenderung untuk mesra dengan keluarga dan orang lain. Kanak-

kanak yang suka menangis dan susah diberi makan ada kaitannya dengan ibu yang risau dan

runsing ketika mengandung. Penghargaan terhadap anak seperti memberi kata manis dan kata

pujian boleh meningkatkan rasa senang dan keriangan kepada kanak-kanak. Keluarga yang stabil

memberi ruang kepada kanak-kanak untuk membesar dan mengenali kehidupan yang lebih

bermakna daripada kanak-kanak yang tinggal dengan ibu tunggal dan hidup yang kekurangan.

Peranan ibu bapa dan guru sangat penting dalam aplikasi kendiri kanak-kanak. Penerimaan orang

dewasa terhadap kanak-kanak adalah aplikasi kendiri kanak-kanak yang utama. Ibu bapa perlu

menerima kehadiran kanak-kanak dalam keluarganya. Guru perlu menerima kanak-kanak yang

berada dalam kelasnya. Guru sendiri menerima dirinya sebagai seorang guru prasekolah yang

mempunyai kualiti untuk membantu kanak-kanak memperkembangkan potensinya ke tahap

maksimum

Page 25: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

Senarai kualiti konsep kendiri yang positif yang perlu ada pada seorang guru yang boleh

diaplikasi kepada kanak-kanak adalah seperti berikut:

1. Kasih sayang untuk kanak-kanak

2. Dedikasi untuk mengajar

3. Kebolehan menyempurnakan tugas hingga selesai

4. Kebolehan menjalin hubungan yang rapat dengan kanak-kanak

5. Menguruskan unsur jenaka dengan baik dan sopan.

Senarai kualiti yang hendak dipertingkatkan oleh guru terhadap kanak-kanak adalah seperti

berikut:

1. Mempunyai kemahiran mengurus kanak-kanak

2. Boleh mengawal perasaan marah

3. Mengeluarkan bunyi suara yang lunak dan mesra

4. Keupayaan menyanyi dengan selesa di hadapan kanak-kanak.

Regulasi dan Kawalan Kendiri

Merupakan satu aspek yang penting dalam perkembangan sosial kanak-kanak. Regulasi

kendiri berkait rapat dengan perkembangan emosi dan kematangan emosi kanak-kanak. Emosi

yang stabil adalah selari dengan regulasi dan kawalan kendiri yang positif. Regulasi kendiri

merujuk kepada beberapa proses yang kompleks yang membolehkan kanak-kanak respons

kepada persekitaran di sekelilingnya. Seseorang kanak-kanak berhenti bermain dan mula

mengemaskan barang mainan apabila disuruh atau secara spontan berkongsi mainan dengan

rakan-rakannya mempunyai set regulasi minda. Kanak-kanak mesti belajar menilai apa yang

mereka dengar, sentuh, rasa dan hidu dan bandingkan dengan apa yang mereka sudah tahu.

Berdasarkan pada pengalaman yang diperolehi itu mereka menggunakan regulasi kendiri untuk

berkomunikasi dan memberikan respons kepada situasi baru. Contohnya bayi menggunakan

sentuhan dan bunyi sebagai tanda untuk membantunya mengenal pasti tindakan seterusnya

seperti menangis atau mencapainya. Kawalan kendiri lebih bersifat primitif yang melibatkan

proses biologi.

Page 26: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

Bagi kanak-kanak berusia 2 tahun mula mentafsirkan tanda atau simbol daripada orang

dewasa. Mereka mula belajar bagaiamana menunggu giliran atau mengikut giliran untuk bermain

yang mana membentu mereka mengawal ketegangan emosi. Kebanyakan kawalan kendiri yang

ditunjukkan adalah bersifat fizikal dan kawalaan kendiri ini masih kurang lengkap dan mereka

lebih cenderung bertindak balas secara fizikal apabila ingin akan sesuatu.

Regulasi kendiri wujud selari dengan perkembangan kanak-kanak, kemahiran menjadi

sofistikated selari dengan perkembangan kanak-kanak. Mengikut Vygotsky bahawa bahasa

memainkan peranan penting dalam kawalan kendiri kanak-kanak. Pertuturan peribadi merupakan

satu bentuk kawalan kendiri dan hanya pertuturanlan yang bertindak sebagai kawalan tingkah

laku. Kawalan kendiri mula muncul apabila kanak-kanak mula berkebolehan mereka secara

verbal. Pada peringkat awal kebanyakan daripada perbuatan mereka merupakan kawalan dari

luaran iaitu peniruan dan pengulangan arahan orang dewasa seperti guru. Dengan peningkatan

umur arahan lisan kepada dirinya akan berpindah daripada arahan luaran kepada arahan dalaman

atau internalise. Pada peringkat internalize kanak-kanak sudah sebati dengan regulasi dan

kawalan kendiri yang menjadi amalan yang sepatutnya diamalkan. Pada masa ini mereka mula

tidak mahu orang lain berbuat sesuatu untuk mereka dan mereka lebih suka melakukannya

sendiri.

Kematangan ini akan lebih jelas kepada kanak-kanak perempuan contoh dari segi bahasa

komunikasinya yang lancar. Kadang-kadang bayi dan kanak-kanak menolak dengan

menggunakan isyarat kepada atau verbal. Ini menunjukkan bagaiamana proses regulasi dan

kawalan kendiri sudah internalise dalam diri mereka. Untuk membina kemahiran regulasi dan

kawalan kendiri kanak-kanak perlu diberikan banyak peluang untuk melakukan dan

mengamalkannya bersama dengan orang dewasa dan rakan yang berkobolehan. Pengaruh kedua

dalam perkembangan kendiri ialah amal dan perkukuh kemahiran regulasi dan kawalan kendiri

dengan mengamalkannya setiap hari. Membantu kanak-kanak membina kemahiran kawalan

kendiri adalah sama dengan membantu kanak-kanak belajar dan mengira. guru yang berkesan

akan menggunakan pelbagai strategi sebagai jambatan kepada perkembangan kanak-kanak.

Beberapa kajian mendapati bahawa menggunakan strategi yang teratur untuk mengarah,

mengekalkan dan mengalihkan perhatian merupakan tindakan yang paling berkesan mengawal

tingkah laku kanak-kanak.

Page 27: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

Secara keseluruhannya, perkembangan konsep kendiri adalalah penilaian, pandangan,

tanggapan, kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri, keluarga, guru, sekolah,

rakan sebaya dan warga masyarakat serta pengalaman yang sesuai dengan persekitaran. Dalam

perkembangan kendiri terdapat dua aspek iaitu aspek personaliti dan konsep kendiri. Kedua-dua

aspek ini saling berkait rapat antara satu sama lain. Aspek personaliti merupakan gabungan

daripada berbagai sifat dan konsep kendiri seseorang. Individu yang mempunyai konsep kendiri

positif akan menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan persekitaranya.

Personaliti seseorang dapat dikenali dengan cara tingkah laku, gaya percakapan dan sebagainya.

Seterusnya, aspek konsep kendiri pula meliputi keseluruhan perkembangan personaliti seseorang

individu. Aspek-aspek ini adalah penting bagi menimbulkan kesedaran guru pelatih terhadap

kepentingan mempunyai konsep kendiri yang positif adalah sangat penting supaya

dapat bersedia menghadapi cabaran sebenar dalam dunia pendidikan. Bab ini sekali gus telah

memberi pengetahuan kepada saya mengenai perbezaan konsep kendiri dan juga personaliti yang

terdapat dalam diri setiap individu.

Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Konsep kendiri bergantung

kepada interaksi sosial seseorang yang mempengaruhi persekitaran. Dalam hal ini semakin

banyak seseorang bergaul, pengalamannya juga bertambah. Rogers (1951) telah menyatakan

bahawa manusia itu memang mempunyai potensi untuk menuju ke arah kesempurnaan kendiri

dengan syarat seseorang itu harus mempunyai keyakinan terhadap dirinya. Dengan ini adalah

penting untuk seseorang memiliki konsep kendiri yang baik yang akan membantunya menuju ke

arah kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Usaha

meningkatkan konsep kendiri perlu terus dijalankan agar pelajar dapat menempuh masa depan

dengan penuh cemerlang.

Page 28: ASIGMENT KONSEP KENDIRI

RUJUKAN.

Buku rujukan.

1. Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran.

Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

2. Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Bimbingan & Kaunseling. Puchong, Selangor:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

3. Mok Soon Sang (2012), Perkembangan Kanak-Kanak. Puchong, Selangor: Penerbitan

Multimedia Sdn.Bhd. Edisi Ketiga.

4. Hamilton, D.S., & Flemming, B.M. (1977). Resources for Creative Teaching in Early

Childhood Education. New York: Harcourt Brace Jovanovich, Inc

Sumber internet.

1. cikgupsikomuzik.blogsport.com_konsep kendiri.html

2. perkembangan.blogspot.com/2007_02_01_archive.html

3. zulprasekolah.blogspot.com/2010_09_01_archive.htm