edit new asigment pengurusan latihan

24
2 3 GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI KURSUS PENGURUSAN STRATEGIK DAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN DI SYARIKAT ACE SPAN SDN BHD 1. Pengenalan Dari sudut pengurusan strategik membawa pengertian,seseorang pengurus menggunakan beberapa strategi yang berkesan dalam menguruskan organisasi dan mencari cara dan teknik yang sesuai bagi mengatasi pesaingnya. Ia meliputi beberapa perkara penting dalam sesebuah organisasi termasuk misi sesebuah organisasi, objektif perancangan, program strategi, dan kaedah yang digunakan bagimana mencapai matlamat tersebut. Strategi yang berkesan dan sesuai bagi sesuatu masalah akan dapat membantu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi. Sekiranya percaturan strategi yang digunakan tidak sesuai dan tidak menepati kesesuainya pemakaiannya menyebabkan berlaku kerugian, pembaziran kemunduran sesebuah organisasi. Perancangan strategik pula merupakan satu proses perancangan jangkamasa panjang yang mana organisasi akan menentukan misi dan objektif dengan sumber-sumber yang dimiliki untuk mencapai misi yang ditetapkan (Muhamad Ali Embi 2003). Ia juga dilihat sebagai suatu penggabungan analisis dalaman yang menilai keupayaan dan kekuatan sesebuah organisasi dan analisis luaran yang melibatkan analisis peluang- peluang dan ancaman-ancaman yang boleh memberi risiko kepada organisasi.

Upload: dlyanhunt

Post on 27-Nov-2015

71 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

suka suki

TRANSCRIPT

Page 1: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

KURSUS PENGURUSAN STRATEGIK DAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN BAGI

PEGAWAI DAN KAKITANGAN DI SYARIKAT ACE SPAN SDN BHD

1. Pengenalan

Dari sudut pengurusan strategik membawa pengertian,seseorang pengurus

menggunakan beberapa strategi yang berkesan dalam menguruskan organisasi dan

mencari cara dan teknik yang sesuai bagi mengatasi pesaingnya. Ia meliputi beberapa

perkara penting dalam sesebuah organisasi termasuk misi sesebuah organisasi, objektif

perancangan, program strategi, dan kaedah yang digunakan bagimana mencapai

matlamat tersebut. Strategi yang berkesan dan sesuai bagi sesuatu masalah akan dapat

membantu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi. Sekiranya percaturan

strategi yang digunakan tidak sesuai dan tidak menepati kesesuainya pemakaiannya

menyebabkan berlaku kerugian, pembaziran kemunduran sesebuah organisasi.

Perancangan strategik pula merupakan satu proses perancangan jangkamasa

panjang yang mana organisasi akan menentukan misi dan objektif dengan sumber-

sumber yang dimiliki untuk mencapai misi yang ditetapkan (Muhamad Ali Embi 2003). Ia

juga dilihat sebagai suatu penggabungan analisis dalaman yang menilai keupayaan dan

kekuatan sesebuah organisasi dan analisis luaran yang melibatkan analisis peluang-

peluang dan ancaman-ancaman yang boleh memberi risiko kepada organisasi.

Page 2: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

2. MATLAMAT

Syarikat Ace Span Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang berteraskan

minyak mempunyai bilangan pekerja yang ramai. Justeru itu pihak syarikat beranggapan

bahawa kaedah pengurusan strategik ini perlu diterapkan pada setiap pekerja. Syarikat

juga mengambil berat isu yang berkaitan dengan pekerja di mana kes-kes berkaitan

dengan pemulihan kerja, pertikaian perusahaan dan rundingan damai merupakan teras

kepada syarikat ini dengan mengamalkan kaedah pengurusan strategik.

Sebagimana termaklum, apa jua aktiviti perniagaan hari ini tidak terlepas dari

persaingan. Pengurusan strategik menitikberatkan akan kepentingan bersaing

berasaskan kepada kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang perlu dikenal

pasti secara sistematik.

Selaras dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun

Abdul Razak untuk memampankan organisasi dan agensi swasta di Malaysia melalui

program 1Malaysia Menjana Transformasi dan Program Transformasi, Syarikat ini

bercadang untuk mengadakan Kursus Pengurusan Strategik dan Semangat Kerja

Berpasukan bagi Pegawai dan Kakitangan di Syarikat Ace Span Sdn Bhd ini.

Kursus ini memberi pengetahuan asas berkaitan perancangan strategik dalam

syarikat Peserta akan didedahkan mengenai tugas, peranan serta fungsi pengurus di

sesebuah organisasi . Dalam kursus ini peserta akan diberi penerangan mengenai

amalan terkini dalam perancangan strategik, kemahiran pengurusan, peranan dan

fungsi pengurus dan perancangan strategik dalam pengurusan syarikat.

Diakhir kursus ini peserta akan berkeupayaan untuk:

Menjelaskan konsep pengurusan strategik

Membentuk pernyataan visi dan misi yang betul

Membuat analisis dalaman dan luaran syarikat

Membentuk objektif jangka panjang

Menjana, menilai dan memilih strategi dan

Mengimplimen pengurusan

Page 3: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

3. OBJEKTIF

Kursus Pengurusan Strategik dan Semangat Kerja Berpasukan ini dirangka untuk

memberi manfaat kepada peserta dengan;

3.1 Meningkatkan kefahaman dan penghayatan mereka tentang konsep dan

kepentingan budaya kerja cemerlang di tempat kerja dan pengamalan konsep

pengurusan strategik.

3.2 Membolehkan para pekerja mengenalpasti punca-punca konflik dalam

organisasi:

3.3 Menggunakan kemahiran yang diperolehi melalui kursus ini untuk bekerja

sebagai satu kumpulan:

3.4 Memberi kesedaran kepada pekerja untuk boleh membandingkan faedah kerja

berkumpulan dengan kaedah bekerja secara individu:

3.5 Menggunakan kaedah komunikasi dengan betul.

3.6 Membina kenyakinan pekerja untuk menyelesaikan masalah sendiri dengan cara

yang tepat dan betul:

3.7 Mengaplikasikan kemahiran atau pengetahuan yang diterima dan

menggunakannya ketika melakukan tugasan harian setiap hari.

3.8 Membantu peserta membuat anjakan paradigma serta menjadi individu yang

lebih berfikiran terbuka dan koperatif;

3.9 Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-

rakan sepasukan;

3.10 Meningkatkan tahap kepercayaan dan saling hormat menghormati sesama ahli

pasukan;

3.11 Memupuk kemahiran membuat keputusan dan menyelesai masalah secara

berpasukan di tempat kerja; dan

3.12 Membantu meningkatkan motivasi, keyakinan dan iltizam diri dalam

melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.

Page 4: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

4. KAEDAH YANG DIGUNAKAN

4.1 Senamseni

Semua peserta yang telah mendaftar akan mengikuti acara senamrobik.

Senamrobik ini akan diadakan pada setiap hari sepanjang dua hari

program ini dijalankan. Melalui senamrobik dilihat semangat kerja

berkumpulan akan dapat dipupuk melalui pergerakan yang sama

dikalangan peserta. Keboleh upayaan menerima arahan dari seorang

jurulatih. Melalui kaedah ini sedikit sebanyak membantu dan memupuk

semangat kerja berkumpulan di kalangan peserta.

4.2 Ceramah

Sesi ceramah berkaitan dengan peranan pengurusan, peranan ketua

pasukan dan juga ahli pasukan akan disampaikan kepada para peserta

sepanjang dua hari program ini berlangsung. Sebanyak lima tajuk utama

berkaitan dengan pengurusan strategik disampaikan kepada para

peserta. Melalui kaedah ceramah ini peserta perlu memberi perhatian

dan tumpuan terhadap ceramah yang diberikan kerana penceramah akan

memberi tumpuan bagaimana untuk melaksanakan kerja berkumpulan

dengan lebih berkesan.

4.3 Permainan

Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap

kumpulan akan diketuai oleh seorang fasilitator. Di antara permainan

yang akan dijalankan ialah:-

a) Bowling menggunakan kelapa

b) Sepak raga bulatan

c) Lambungan kasih

d) Kaki kuda (menggunakan tempurung kelapa)

Page 5: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Melalui kaedah ini para peserta akan lebih dinilai akan semangat kerja

berkumpulan di kalangan mereka, melalui kaedah ini semangat kerja

berkumpulan dituntut dari setiap peserta, melalui permainan yang

dijalankan mata bagi setiap kumpulan dikutip berdasarkan semangat

berkumpulan di kalangan mereka, sekiranya kerja berkumpulan dan

kerjasama dikalangan mereka baik bermakna mereka akan memperolehi

mata tertinggi. Bagi memupuk lagi semangat berkumpulan mereka, setiap

kumpulan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan setiap kumpulan

akan dibahagikan dan setiap kumpulan akan terdiri dari pegawai dan

kakitangan.

4.4 Tayangan Video

Para peserta akan dipertontonkan dengan tayangan video berkenaan

dengan semangat kerja berpasukan dan pentingnya bekerjasama dalam

sesebuah pasukan. Beberapa video atau cerita-cerita yang mempunyai

nilai kerja berkumpulan akan diambil dan ditayangkan kepada para

peserta, para peserta akan diminta untuk menganalisis cerita tersebut

dan membuat pembentangan serta membuat ulasan dari cerita

berkenaan.

4.5 Kajian Kes

Para peserta akan didedahkan dengan kajian kes dimana para peserta

diminta untuk membuat analisa dan rujukan kes yang dikenalpasti. Selain

itu, para peserta dikehendaki menyediakan analisis tentang keburukan

dan kebaikan kerja berkumpulan.

Page 6: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

5. KEPERLUAN PERALATAN

5.1 Disediakan oleh Urusetia

a. Kertas A4

b. Fail latihan

c. Bahan bacaan

d. Tanda nama

e. Pen/pensil

f. Buku program

g. Sijil penyertaan

h. Pengangkutan

5.2 Disediakan oleh Kem/Felda Residence

a. Kerusi/meja beserta susunan

b. Hawa dingin

c. Lampu

d. Bilik penginapan

e. Makan dan minuman para peserta

f. Skrin

g. OHP

h. Projektor filem LCD

i. Flip chart

j. Peralatan elektrik (microphone)

k. Segala peralatan untuk permainan (kelapa, tempurung dan lain-lain)

l. Peti rawatan kecemasan

Page 7: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

6. BUTIRAN PENGANJURAN KURSUS

6.1 Tajuk : Kursus Pengurusan Strategik dan Semangat Kerja

Berpasukan bagi Pegawai dan Kakitangan di

Syarikat Ace Span Sdn Bhd

6.2 Tarikh : 12 hingga 13 September 2012

6.3 Peserta : 30 orang pegawai dan kakitangan Syarikat

6.4 Tempat : Felda Residence Trolak di Sungkai, Perak

7. PENGISIAN

7.1 ELEMEN-ELEMEN DALM PERANCANGAN STRATEGIK

Perancangan strategik mempunyai beberapa elemen penting bagi memastikan

perncangan yang dibuat bertepatan dengankehendak dan objektif sesebuah organisasi.

Kepincangan salah satu elemen dalam perancangan strategik akan menganggu

perjalanan perancangan ini (Zainal Abidin 1998). Sekiranya perancangan strategik tidak

dapat dilaksanakan maka risiko yangbakal dihadapi oleh seseorang pengurus akan

menjadi bertambahbesar. Bahkan ia mungkin menyebabkan berlaku kemerosotandalam

sesebuah organisasi. Antara elemen-elemen yang wujuddalam perancangan strategik

ini ialah:

7.1.1 Misi

Setiap organisasi mempunyai misi tersendiri, penetapan misi sesebuah

organisasi akan membantu memandu halatuju sesebuah organisasi. Pencapaian

misi yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi menunjukkan bahawa organisasi

tersebut telah berjaya dan berada dilandasan yang diharapkan.

Page 8: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Prinsip Dalam Pernyataan Misi

Terdapat beberapa prinsip yang harus diteliti dalam membuat peryataan

misi. Antaranya prinsip tersebut ialah mengenal pasti Kekuatan, Kelemahan,

Ancaman dan Peluang (KLAP) dalam sesebuah organisasi. Pengurus perlu

menilai beberapa faktor yang berkaitan dengan KLAP agar pernyataan misi

sesebuah organisasi bertepatan dengan objektif organisasi tersebut.Selain itu,

pernyataan tersebut mestilah mudah difahami oleh semua orang dan tidak terlalu

umum dan tidak terlalu spesifik.

Sekiranya pengurus menggunakan bahasa yang sukar difahami dikhuatiri

objektif organisasi tersebut tidak akan tercapai kerana misi yang dinyatakan tidak

jelas dan mengelirukan. Megikut kajian ahli-ahli pengurusan, 25 patah perkataan

merupakan bilangan perkataan yang idealdan mudah diingat oleh para pekerja

dalammenyatakan misi sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, pernyataan

misi haruslah ringkas, padatdan mudah diingati.

Selain itu juga, perrnyataan misi ini mestilah melibatkan Pengurus besar

sesebuah organisasi. Ini kerana, penglibatan Pengurus Besar dalam pernyataan

misi akan membantu melicinkan proses membuat keputusan dan akan

memudahkansokongan terhadap perancangan yang dilakukandalam sesebuah

organisasi.

Kepentingan Misi

Misi mempunyai peranan yang tersendiri dalamsesebuah organisasi.

Antaranya ialah, misi sebagaiagen yang mengawal perjalanan sesebuah organisasi

di mana halatuju sesebuah organisasi akan mengikutkehendak misi yang telah

ditetapkan.Selain itu, peranan misi ialah sebagai rujukanuntuk menentukan

sumber yang diperlukan bagimenggerakkan jentera sesebuah organisasi

danpengagihan sumber manusia boleh dilaksanakanberdasarkan keperluan misi

sesebuah organisasi.Dengan cara ini pengagihan sumber manusia akan memenuhi

keperluan sesebuah unit dan dapatmengelakkan pembaziran sumber manusia.

Page 9: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Misi yang dinyatakan juga akan mempengaruhicara seseorang pengurus

mengeksploitasi peluang-peluang yang wujud di persekitarannya.

Kecekapanpengurus menggunakan kelebihan ini, akanmemberikan kelebihan

berbanding pengurus lain yangkurang berkemampuan dalam bidang ini.

Kelebihanini bukan sahaja menjamin suatu pengurusan yangbaik bahkan akan

membantu meningkatkanproduktiviti sesebuah organisasi.

7.1.2 Nilai Strategi

Nilai strategi merupakan salah satu elemen yang penting dalam

perancangan strategik.Ianyadilaksanakan oleh ahli strategi di dalam

sesebuahorganisasi. Setiap strategi yang dirancang akanmengandungi nilai-nilai

yang berbezaberdasarkanbeberapakriteriaberikut:

a)Minat

b)Pendidikan

c)Pergaulan

d)Kematangan

e)kemasyarakan

Pada kelazimannya, tidak semua ahli dalam organisasi terlibat dalam

penentuan strategi sesebuahorganisasi. Ahli strategi yang terlibat

dalamperbincangan menentukan halatuju organisasi ialahseperti yang

disenaraikan di bawah:

a)Pengurus Besar CEO

b)Ahli Lembaga Pengarah

c)Usahawan

d)Perancang Korporat

e)Pengurus Unit Strategi

f)Pengurus

g)Perunding

Page 10: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

7.1.3 Kelulusan Dan Kebenaran

Sebelum sesuatu perancangan dapat diaplikasikan dalam sesebuah

organisasi, persetujuan untuk mengunakan strategi tersebut mestilah diperolehi

daripada Pengurus Besar. Ini kerana perlaksanaan strategi tersebut akan

melibatkan semua ahli yang terdapat di dalam sesebuah organisasi samada dari

ahli bawahan sehingga kepentadbiran.

Sekiranya strategi yang dirancang dipersetujui, maka pengurus akan

menggunakan pendekatan yang terbaik untuk menyediakan satu pasukan kerja

yang memiliki matlamat bagi mencapai segala objektif yang di gariskan.Pengurus

akan membuat pengarahan kepada penggunaan strategi tertentu seterusnya

membuat pengawalan kepada ahlinya agar sentiasa mematuhi peraturan dan

kehendak organisasi bagi memastikan segala objektif sesebuah organisasi dapat

dicapai dengan jayanya(Abd Aziz 2003).

7.2 PERANAN PENGURUSAN STRATEGIK DALAM ORGANISASI

7.2.1 Kemahiran Perlaksanaan Strategi

Dalam perlaksanaan strategi terdapat beberapakemahiran yang perlu diketahui

iaitu:

a) Kemahiran Inetraksi

Pengurus harus bijak menggunakan kemahiranini bagi

berinteraksi semasa menjalankan aktivitipengurusan.Ia bukan sahaja

kemahiranmempengaruhi para pekerja untuk melaksanakantugas

pengarahan serta pengawalan bahkan iamelibatkan interaksi dalaman

seperti keupayaanmemahami situasi dan perasaan pekerja dan

mampumengadakan muzakarah sesama ahli demi kebaikanorganisasi.

Page 11: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

b) Kemahiran Pengagihan

Kemahiran ini merujuk kepada kebolehanseseorag pengurus untuk

membuat jadual tugas danpembahagian masa, wang, dan sumber lain

dengancekap. Dengan kemahiran ini pengurus dapatmengelakkan

pembaziran tenaga yang berlebeihan diunit lain dan dapat menyalurkan

lebihan tersebut keunit yang lain.

C) Kemahiran Mengorganisasi

Kemahiran ini memberikan kelebihan kepadapengurus untuk

mengatur ahli dalaman dalamorganisasi. Pengorganisasian yang cekap

akanmengelakkan kecelaruan dalam menjalankantugas dan memberikan

panduan serta diskripsitugas yang jelas kepada para pekerja. Pengurus

yang memeliki kempat-empat kemahiran iniakan mampu mengendalikan

sesebuahorganisasi dengan cemerlang dan mampumengatasi segala

masalah yang dihadapi

8. ATURCARA PROGRAM DAN ANGGARAN KOS PENGANJURAN KURSUS

8.1 Kursus Pengurusan Strategik dan Semangat Kerja Berpasukan

dicadangkan diadakan pada 12 hingga 13 September 2012. Aturcara

program bagi kursus ini adalah seperti di lampiran A.

8.2 Kursus ini akan dihadiri oleh 40 orang peserta di kalangan pegawai dan juga

kakitangan di Syarikat Ace Span Sdn Bhd. Senarai nama kesemua pegawai dan

kakitangan yang terlibat dalam kursus ini boleh dilihat di Lampiran B.

8.3 Syarikat bercadang untuk mengadakan kursus ini di Felda Residence Trolak,

Sungkai, Perak. Bayaran kepada pengendali kem adalah termasuk bayaran

penginapan, makan, jurulatih, ceramah dan bayaran pengunaan tapak aktiviti di

sana. Anggaran keseluruhan bayaran kepada pengendali kem dan bayaran

perbelanjaan adalah seperti di Lampiran C.

Page 12: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

8.4 Bayaran makan dan penginapan yang dikenakan oleh pihak pengendali kem

adalah lebih rendah daripada kelayakan yang sepatutnya diterima oleh pegawai

berdasarkan kelayakan di dalam Peraturan Syarikat. Perbezaan kos yang ketara

ini boleh dilihat di Lampiran D.

8.5 Amatlah ditekankan bahawa kursus ini sangat mengutamakan pengeluaran kos

yang lebih rendah dari yang sepatutnya dikeluarkan. Perbelanjaan kursus ini

akan menggunapakai Peruntukan Pembangunan Modal Insan di bawah

Perbelanjaan Mengurus Syarikat yang masih mencukupi.

9. JANGKAAN IMPAK KURSUS

a) Peserta akan lebih bermotivasi serta mempunyai jati diri serta mengetahui tentang

pengurusan strategik dalam melaksanakan tugas.

b) Semangat kerja sepasukan dapat dibentuk di kalangan peserta dalam usaha

membangunkan kecermelangan dalam syarikat.

c) Sebagai satu instrument untuk memberi peluang kepada anggota untuk memenuhi

keperluan menghadiri kursus dalam tempoh perkhidmatan.

10. KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, pengurusan strategik didefinasikan sebagai suatu

proses yang di ambil dalam setiap organisasi serta sistem yang didirikan di dalamnya.

Pengurusan strategik ini sangat berguna kepada para pengurus untuk menentukan

halatuju organisasi berdasarkan objektif yang telah ditetapkan oleh organisasi untuk

jangka masa yang panjang. Sesebuah organisasi yang cemerlang mempunyai

satusistem pengurusan yang sistematik. Selain itu juga perancanganstrategik yang

dilakukan dalam setiap organisasi menjadikan organisasi tersebut lebih teguh dan

mempunyai kredebeliti yangsangat tinggi samada dari segi produktiviti, cara bakerja,

cara menyelesaikan masalah serta membuat keputusan.

Page 13: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Seharusnya setiap organisasi mengetahui dan mendalamisistem perancangan

strategik kearah pengurusan organisasi yanglebih strategik dan lebih berkesan.

Walaupun pengunaan pengurusan strategik di negara kita sudah meluas kerana telah

dibuktikan dengan peningkatan produktiviti sesebuah organisasi,namun masih terdapat

organisasi yang masih belum mencapai tahap yang cemerlang dari sudut

pengurusannya.Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang pengurus

untuk memastikan memiliki kriteria lengkap untukmenjadi seorang pengurus yang hebat

dengan mendalami ilmupengurusan terutamanya ilmu pengurusan strategik agar

produktiviti sesebuah organisasi sentiasa di tahap yang membanggakan.

Kursus Pengurusan Strategik dan Semangat Kerja Berpasukan ini dirancang

untuk diadakan kerana ianya mempunyai banyak faedah bukan sahaja kepada peserta

kursus itu sendiri malah kepada rakan-rakan sekerja yang merupakan satu pasukan di

dalam syarikat. Kursus ini diharapkan agar dapat memberi peluang kepada ahli dalam

organisasi bebas memberikan pandangan dan bersuara dalam memberikan pandangan

dalam sesebuah aktiviti. Hal ini adalah penting untuk memupuk semangat kerjasama

yang kukuh dan berpanjangan diantara rakan sekerja selain dapat memperkukuhkan

lagi hubungan sedia ada di antara mereka.

Page 14: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

BIBLIOGRAFI

Zainal Abidin Mohamed (1998).Pengurusan Strategik .UtusanPublications & Distributors

Sdn Bhd.

Dr. Ahmad Atory Hussain (1996).Pengurusan Sumber Dalam Organisasi Awam Dan Swasta.

Utusan Publications & DistributorsSdn Bhd.

Lukman Z. Mohamad dan Azmi abdul manaf (2003).Globalisasi di Malaysia .

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Muhamad Ali Embi,(2003).Konsep Asas Pengurusan Sumber Manusia.(Penggunaan konsep) .

Utusan Publications & DistributorsSdn Bhd.

Mumtaz Began Hj Abd Kadir, Norasiken Bakar, Norhayati Ismail,(2002).

Kualiti DalamPengurusan Sumber Manusia .PenerbitanFajar Bakti Sdn. Bhd

Noraini Ahmad (2004).Budaya Kerja Cemerlang .UtusanPublications & Distributors Sdn Bhd.

Ab. Aziz Yusof (2003).Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi .Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

http://pkukmweb.ukm.my/~ppa/04kakitgnpencetuskualiti.

htm:// www. fppsm.utm.my/jurnal/JK7DO6/JK7_Sharifahbaharum.pdf

www.suekainah.blogspot.com/2006/12/pengurusan-sumber-kualiti-yang-lazim.html

Page 15: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

LAMPIRAN A

Hari Masa Perkara Kaedah

Hari 1 9.00 am

9.30 am

10.15 am

10.30 am

12.45 pm

2.00 pm

4.00 pm

4.15 pm

Pendaftaran

Pengenalan latihan

Tujuan dan objektif

Kandungan kursus dan kaedah

Kerja berpasukan – cabaran alaf baru

Minum pagi

Struktur pasukan dan organisasi

1. Peranan Pengurusan

2. Penaja pasukan & peranan

3. Ketua pasukan & peranan

4. Ahli pasukan & peranan

Makan tengahari

Persediaan syarikat menuju

empowerment

1. Perbincangan

2. Struktur

3. Budaya

Minum Petang

Pembinaan pasukan

Syarahan

Syarahan dan

tayangan video

Syarahan dan

perbincangan

Perbincangan

Permainan

Page 16: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Hari Masa Perkara Kaedah

Hari 2 9.00 am

10.15 am

10.30 am

12.45 pm

2.00pm

4.00pm

4.15 pm

5.15 pm

Penyelesaian masaalah dan pembuatan

keputusan

Minum pagi

Membina piagam pasukan

1. Kuasa

2. Maklumat

3. Pengetahuan

4. Ganjaran

Makan tengahari

Cadangan projek pasukan

Minum Petang

Pembentangan projek pasukan

Rumusan dan penutup

Syarahan,

perbincangan dan

kajian kes

Perbincangan

Perbincangan

Pembentangan

Syarahan dan

perbincangan

Page 17: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

LAMPIRAN B

SENARAI NAMA PESERTA

KURSUS PENGURUSAN STRATEGIK DAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN

SIRI 1/2012 BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN SYARIKAT ACE SPAN SDN. BHD.

Bil Nama Jawatan

1 Salwa Bt Othman Penolong Akauntan

2 Erma Syuhada Bt Amri Penolong Akauntan

3 Norhayati Bt Sani Penolong Akauntan

4 Sida A/p Apok Eksekutif

5 Sarimah DahlanEksekutif

6 Hasnah Bt JamhariEksekutif

7 Kamalia A/p Bah Duyun Eksekutif

8 Norazian Bt Mohd ZawawiEksekutif

9 Rashadah Bt Md Kassim Eksekutif

10 Nor Fazilah Bt YunEksekutif

11 Mohd Farid Asrol Bin YahyaEksekutif

12 Mariatul Kibtiyah Bt HarunAkauntan

13 Muhammad Jamil Bin Muhammad zaidi Akauntan

14 Mastura Bt Bakhari Akauntan

15 Ramfizah Bt Ramli Akauntan

16 Nor Marsarah Bt Che In Akauntan

17 Nurul Liyana Bt Ahmat Rasip Akauntan

18 Nordiana Bt Shamsuddin Jurutera

19 Mohd Razlan Bin Razali Jurutera

Page 18: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

20 Noor Azwa Bt Mohd Ruah Jurutera

21 Zati Iwani Bt Ahmad Sabri Jurutera

22 Nur Farhana Bt Razali Jurutera

23 Nurhawa Bt Zainal Abidin Jurutera

24 Nor Affirah Bt Abdul Khalik Jurutera

25 Nurul Habibah Bt Ibrahim Kerani

26 Siti Aisyah Bt Abdul Murad Kerani

27 Siti Aisah Binti Norhan Kerani

28 Farrah Wahida Bt Mostakim Kerani

29 Shaidatul Athirah Bt Jamaludin Kerani Despatch

30 Intan Fauziana Bt Md Isa Kerani Despatch

Page 19: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

LAMPIRAN C

ANGGARAN KOS KESELURUHAN

KURSUS PENGURUSAN STRATEGIK DAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN

BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN DI

SYARIKAT PETRON POWER SDN BHD

BIL. BUTIRAN

JUMLAH (RM)

     

1 Pakej Kursus  

     

  ** bayaran merangkumi penginapan dan makanan peserta serta  

  penggunaan ruang untuk aktiviti dan jurulatih  

     

  RM 325.00 x 30 orang = RM 9750.00 9750.00

   

   

2 Pengangkutan

   

  ** Perkhidmatan bas yang digunakan adalah bertujuan untuk

  mengurangkan jumlah tuntutan perjalanan peserta yang biasanya

  dituntut kepada syarikat selepas selesai kursus

   

  RM 1,250 x 2 kali penggunaan (pergi dan balik) = RM 2,500 2,500.00

   

  Jumlah Keseluruhan 12250.00

Page 20: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

LAMPIRAN D

SENARAI SEMAK

Kursus

Tarikh: Tempat:

Bilangan peserta: Jurulatih/Fasilitator

Bahan/Tugasan Perlu Sedia Catatan

Maklumat latihan

a. Tempat

b. Senarai peserta

c. Rangka latihan

d. Kenderaan

Makanan

a. Menu

b. Sarapan pagi

c. Makan tengahari

d. Makan malam

Penginapan

a. Peserta

b. Jurulatih/Fasilitator

c. Urusetia/pengurusan

Bahan latihan

a. Bahan edaran

b. Bahan

ujian/peperiksaan

c. Filem/video/dll

Alat/bahan bantu

a. Skrin

b. OHP

c. Projector filem/LCD

d. Flip Chart

Bilik latihan

a. Kerusi/meja

Page 21: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

b. Susunan

c. Lampu

d. Hawa dingin

e. Sumber elektrik

Bahan-bahan untuk peserta

a. Fail latihan

b. Bahan bacaan

c. Tanda nama

d. Pen/pensil

e. Kertas tulis

f. Buku program

g. Sijil penyertaan

Lain-lain

Page 22: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

LAMPIRAN E

BORANG PENILAIAN

Bahagian A – Penilaian Reaksi

Baca pernyataan yang diberikan dengan teliti. Berikan respon anda kepada pernyataan

yang diberikan dengan menandakan X dalam petak skala yang bersesuaian dengan

anda berdasarkan skala yang diberikan di bawah:

1= Sangat tidak setuju, 2=Tidak bersetuju, 3=Berkecuali, 4=Bersetuju dan

5=Sangat bersetuju

Bil Pernyataan 1 2 3 4 5

1 Kursus ini sangat menyeronokkan

2 Saya mendapat dan pengetahuan baru melalui kursus ini.

3 Makan minum yang memuaskan.

4 Tempat tinggal yang memuaskan

5 Tenaga Pengajar mahir dalam bidang masing-masing.

6 Metodologi kajian yang digunakan membantu saya belajar.

7 Masa kursus ini terlalu singkat.

8 Pihak pengurusan yang cekap

9 Saya tidak mempelajari apa-apa dari kursus ini.

10 Saya dapat mempelajari teknik-teknik yang baru

11 Kursus ini terlalu berbentuk teori

12 Saya yakin dapat mengamalkan pengetahuan dan kemehiran

yang diperolehi dari kursus ini ditempat kerja saya

Page 23: Edit New Asigment Pengurusan Latihan

23

GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Bahagian B – Penilaian Pembelajaran

Baca pernyataan yang diberikan dengan teliti. Berikan respon anda kepada pernyataan yang diberikan

dengan menandakan X dalam petak skala yang bersesuaian dengan anda berdasarkan skala yang

diberikan di bawah:1= Sangat tidak setuju, 2=Tidak bersetuju, 3=Berkecuali, 4=Bersetuju dan5=Sangat

bersetuju

Bil Pernyataan 1 2 3 4 5

1 Saya sekarang telah dapat menjelaskan maksud pengurusan

strategik

2 Saya telah dapat membentuk Visi dan Misi organisasi saya

3 Saya dapat membuat audit dalaman dan luaran organisasi

saya

4 Saya dapat membentu matlamat dan objektif perniagaan saya

5 Saya faham bagimana untuk mengukur dan menilai strategi

perniagaan saya

6 Saya tidak memperolehi apa-apa pengetahuan baru dalam

kursus ini

7 Saya sangat faham kepentingan memilih strategi pengurusan

perniagaan yang betul dan tepat

8 Membentuk dan memilh strategi yang betul

9 Secara tidak sedar, sebenarnya saya telah pun mengamalkan

strategi tertentu dalam mengurus syarikat saya

10 Saya berkaupayaan untuk menjana dan memilih strategi

perniagaan saya