guru dan cabaran semasa edu

20
Bahagian A : Penulisan Akademik “ Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa ” Pendidikan negara sebenarnya telah mengalami evolusi sejajar dengan kemampuan dan pembangunan negara. Persoalan dan isu serta cabaran pendidikan semasa di Malaysia merupakan satu agenda diberi perhatian terutamanya dalam sistem pendidikan kebangsaan. Perkembangan pendidikan ini seiring dengan kemajuan teknologi dunia menjadikan kuantiti dan kualiti anak-anak didik berada pada tahap yang membanggakan. Dalam memartabatkan sistem pendidikan negara, pelbagai pelaksanaan bentuk sistem pendidikan dilaksanakan. Namun dalam ketaksuban mengejar prestasi tinggi adakalanya terdapat kepincangan dan masalah yang timbul dalam merealisasikan impian. Pastinya menuntut pengorbanan dalam mengecapi kejayaan. Profesion perguruan pada masa kini merupakan salah satu profesion yang sangat memberikan cabaran dan dugaan kepada guru. Cabaran guru masa kini tidak seperti 20 tahun yang lalu. Martabat dan profesion perguruan ini semakin dipandang mudah oleh segelintir masyarakat yang semakin prihatin dan memerhati guru masa kini. Keadaan ini menandakan permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal melanda. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2010:232 ) cabaran didefinisikan sebagai: hasil mencabar iaitu mempersoalkan dan mempertikaikan sesuatu unsur yang mencabar serta menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Oleh itu, secara umumnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitan dengan sebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran bagi melihat keupayaan daya tahan uji dan tekanan dalam melaksanakan tugas dalam bilik darjah mahupun dalam sistem pengurusan sekolah itu sendiri. 1

Upload: irmaismail

Post on 19-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ppg edu

TRANSCRIPT

Bahagian A : Penulisan Akademik Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa Pendidikan negara sebenarnya telah mengalami evolusi sejajar dengan kemampuan dan pembangunan negara. Persoalan dan isu serta cabaran pendidikan semasa di Malaysia merupakan satu agenda diberi perhatian terutamanya dalam sistem pendidikan kebangsaan. Perkembangan pendidikan ini seiring dengan kemajuan teknologi dunia menjadikan kuantiti dan kualiti anak-anak didik berada pada tahap yang membanggakan. Dalam memartabatkan sistem pendidikan negara, pelbagai pelaksanaan bentuk sistem pendidikan dilaksanakan. Namun dalam ketaksuban mengejar prestasi tinggi adakalanya terdapat kepincangan dan masalah yang timbul dalam merealisasikan impian. Pastinya menuntut pengorbanan dalam mengecapi kejayaan. Profesion perguruan pada masa kini merupakan salah satu profesion yang sangat memberikan cabaran dan dugaan kepada guru. Cabaran guru masa kini tidak seperti 20 tahun yang lalu. Martabat dan profesion perguruan ini semakin dipandang mudah oleh segelintir masyarakat yang semakin prihatin dan memerhati guru masa kini. Keadaan ini menandakan permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal melanda. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2010:232 ) cabaran didefinisikan sebagai: hasil mencabar iaitu mempersoalkan dan mempertikaikan sesuatu unsur yang mencabar serta menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Oleh itu, secara umumnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitan dengan sebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran bagi melihat keupayaan daya tahan uji dan tekanan dalam melaksanakan tugas dalam bilik darjah mahupun dalam sistem pengurusan sekolah itu sendiri. Cabaran bagi guru alaf 21 ini berbeza dari dulu dan kini, elemen mendidik, mengajar, serta menjadikan murid-murid dari mula mengenal huruf , mengira dan membaca serta akhirnya berjaya dalam hidup. Cabaranya adalah dengan perubahan arus teknologi masa kini serta sikap masyarakat yang tidak seperti dulu menjadikan bidang perguruan ini sebagai profesion yang begitu mencabar. Cabaran guru sebagai pemudahcara, pembangun negara bangsa bukan mudah. Tugas guru adalah mengasuh dan mendidik agar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan berguna. Hal ini kerana tugas mendidik anak pada waktu ini telah pun diserahkan bulat-bulat kepada guru oleh ibubapa lantaran kesibukan mereka mencari rezeki demi desakan dan keperluan hidup masa kini yang amat berdaya saing dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Salah satu isu yang amat sinonim dan menjadi perbualan hangat di masa kini sama ada di media cetak mahupun elektronik adalah masalah guru yang perlu berhadapan dengan beban tugas yang banyak. Secara tradisinya guru berperanan mengajar dan mendidik manusia, iaitu untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Sebaliknya tugas guru kini lebih pelbagai dan mencabar. Selain dari tugas mengajar, guru juga turut dibebani dengan tugas-tugas pengkeranian, fasilitator, motivator, perancang, penasihat kokurikulum, pemimpin kelab, persatuan, unit beruniform, jurulatih sukan, pengurus pasukan ke pertandingan akademik dan ko akademik, guru data dan banyak lagi.Selain dari tugas akademik, guru juga turut terpaksa memegang pelbagai jawatan lain sama ada dalam bidang bukan akademik seperti ketua panitia dan jawatankuasa panitia, hal ehwal murid seperti disiplin, kebajikan, kesihatan, rancangan makanan tambahan, Tugas akademik terbahagi kepada dua kategori, iaitu tugas rutin (harian) dan tugas bermusim (berkala). Antara yang termasuk tugas rutin adalah mengajar subjek opsyen dan bukan opsyen, menyediakan persediaan mengajar, membuat bahan bantu mengajar, memeriksa buku nota dan latihan murid. Tugas akademik bermusim pula adalah menyediakan soalan ujian bulanan dan peperiksaan penggal, memeriksa kertas ujian, mengajar kelas tambahan, mengadakan mesyuarat panitia dan merekodkan markah murid.Mengikut Che Yaakob (1991) dalam Abdull Sukor Shaari (2006) menyatakan para guru kini telah dibebankan dengan tugas-tugas sampingan yang banyak sehingga mengurangkan tumpuan mereka kepada tugas utama, iaitu mengajar. Ini menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran turut terjejas. Jika hal ini berlarutan tanpa mendapat perhatian pihak pengurusan sekolah, sudah pastinya murid-murid akan menerima kesannya. Mereka akan menjadi mangsa kerana mereka sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran, sedangkan guru-guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan tugas pengajaran. Muhamad (1995) memetik Laporan Kongres kesatuan Guru-Guru Malaysia menyatakan bahawa guru-guru menghadapi tekanan dengan kerja-kerja persediaan mengajar seperti perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian. Di dalam bilik darjah guru juga menghadapi tekanan dengan bilangan dan karenah murid yang ramai. Iklim bilik darjah kurang kondisif dengan adakalanya bilangan murid yang sangat ramai dan padat menyukarkan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.

Berdasarkan pelbagai kajian dan rujukan, cabaran utama yang dialami oleh para guru ialah beban kerja yang semakin bertambah mengikut keperluan zaman sekarang. Antara satu objektif PPPM adalah memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem. Guru juga menjalankan tugas-tugas perkeranian seperti urusan buku teks, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelas, kegiatan sukan dan kokurikulum. Tambahan lagi, guru turut melakukan tugas memasukkan data berkaitan maklumat guru dan murid ke dalam Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memerlukan guru mengisi maklumat profil pelajar serta maklumat keputusan peperiksaan pelajar bagi membolehkan ibu bapa melihat prestasi anak-anak mereka. Ia tidak berhenti di situ sahaja malah pelbagai keputusan kementerian secara tiba-tiba juga menjadi beban kepada para pendidik, contohnya penentuan medium bahasa pengajaran Sains dan Matematik antara Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan perubahan peperiksaan PMR ke PT3. Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama apabila beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran bertambah seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagai "jenis hari". Menurut Nelson dan Burke (2000), faktor-faktor peranan seperti kekurangan kuasa, kabur dengan peranan dan tanggungjawab kerja yang sebenar dan peranan di dalam konflik akan memberi tekanan di tempat kerja. Walaupun seseorang individu mempunyai kecekapan dan kecekalan yang tinggi dalam menjalankan tugasnya, beban kerja yang melampaui batas kemampuannya akan menyebabkan prestasi kerjanya menurun akibat kepenatan fizikal dan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tinggi darah.Komponen PPPM juga telah menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian Pendidikan bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam. Cabaran yang dihadapi para pendidik bagi permintaan tranformasi ini ialah para guru juga bertanggungjawab dalam mendidik dan membentuk anak murid mereka untuk menjadi insan yang beretika dan berguna untuk masyarakat dan negara. Pendidikan bukan akademik ini sangat penting dan perlu selari dengan prinsip Rukun Negara. Sifat-sifat kenegaraan dan nillai-nilai perlu dipupuk dari awal agar murid-murid menjadi warga negara yang taat setia, bertanggung jawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama. Ia adalah sangat penting bagi pihak guru untuk mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.Para pendidik juga perlu membantu agar mereka sesuai dan bersedia untuk alam pekerjaan. Rata-rata ramai pihak industri berpendapat bahawa pelajar sekarang tidak berkualiti dan tidak sesuai untuk syarikat mereka. Beban ini jatuh juga kepada para pendidik kerana bukan sahaja mereka perlu memastikan pelajar cemerlang dalam bidang akademik tetapi mereka juga perlu mengajar kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk alam perkerjaan. Ini tidak berhenti disini sahaja malah jika statistik gejala sosial semakin bertambah, masyarakat juga menyalahkan pihak pendidik sehingga pihak guru terpaksa menjalankan kelas tambahan atau aktiviti kemasyarakatan selepas waktu sekolah agar murid-murid meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan tidak terjebak dengan pergaulan yang tidak sihat di luar sekolah.Secara teorinya minda para guru akan lega sebaik sahaja mereka keluar dari pintu pagar sekolah. Oleh kerana pulang lebih lewat, mereka akan berfikir tentang banyak perkara khususnya guru perempuan iaitu tanggungjawab pada suami dan anak-anak. Ini mengakibatkan gangguan psikologi kepada guru dalam bentuk stress atau tension kerana beban kerja yang makin bertambah dan tekanan kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami/isteri secara normal. Guru terpaksa berbelanja lebih membayar kepada baby sitter setinggi RM15 bagi setiap tambahan 1 jam selepas jam 3 petang sebagaimana hari-hari biasa. Apabila pulang sama (malah lebih lewat) dari waktu pejabat, jalanraya yang sesak pada peak hour menyebabkan guru lewat sampai ke rumah. Solat Asar dilakukan di penghujung waktu. Oleh kerana kami tiba lewat ke rumah, rutin kehidupan di luar kami hampir musnah. Jogging, bawa anak makan angin petang, berkebun dan sebagainya sudah sukar untuk dilakukan.Bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula, guru memperuntukkan sekurang-kurangnya 2 jam bagi menyelesaikan tugasan mereka setiap minggu. Ini tidak diambilkira masa yang digunakan oleh mereka dirumah. Di bawah ini adalah jadual masa kerja guru dalam pengendalian PBS bagu satu (1) kelas. Seorang guru biasanya diberi dua (2) sehingga empat(4) kelas PBSSelain itu antara perkara yang menambah beban tugas guru adalah masalah Ibubapa masa kini kebanyakan adalah bekerjaya demi mencari rezeki dan keperluan hidup. Ibubapa yang keluar bekerja dari pagi hingga lewat malam pastinya tidak mempunyai masa untuk melihat dan mendengar keluhan anak-anak mereka. Selepas waktu persekolahan tanggungjawab ini diserahkan kepada orang gaji bagi menguruskan keperluan mereka. Apabila pulang bekerja ibubapa telahpun letih dan lebih kepada menguruskan hal rumahtangga. Secara tidak langsung anak-anak ini terabai dan kurangnya kasih sayang serta perhatian daripada ibubapa. Anak-anak ini apabila berada di sekolah pastinya akan ada yang sering menimbulkan masalah disiplin seperti mengganggu rakan dan sering kali tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang dibekalkan oleh guru. Hal ini berlaku kerana apabila murid tidak faham bagaimana ingin menyiapkan kerja rumah pada siapa mereka ingin bertanya?. Pastinya masalah ini akan terus berlarutan dan anak-anak ini akan bermasalah dalam pelajaran mereka. Kesibukan bekerja menjadikan ibubapa menyerahkan sepenuhnya proses mendidik anak kepada guru. Begitu juga setiap kali perubahan kurikulum berlaku maka setiap kali itulah juga kewibawaan guru tercabar. Dengan keadaan ini akan menyebabkan ramai guru menghadapi tekanan emosi akibat daripada perubahan tersebut. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru ( Abd.Rahim, 1997).Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksananakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdullah Shukur Abdullah,1991).

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlaku beban tugas dalam kalangan guru yang digariskan oleh Daeng Ramli Akil (1993). Di antaranya ialah :a) Pengagihan tugas yang tidak seimbang antara guru-guru dalam setahun.b) Sikap pentadbir yang suka pilih kasih dan bersikap tidak adil terhadap guru-guru tertentu.c) Tugas sampingan yang dibebankan dibahu guru-guru oleh pihak atasan.d) Tugas sampingan yang diberikan secara mendadak kepada guru.

Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujud beban yang keterlaluan. Contohnya, apabila ada pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau peringkat kementerian, banyaklah idea atau tugasan baru yang harus dipilul oleh guru. Bebanan ini bertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid.Laporan awal Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru telah mendapati guru-guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur sebagai guru terbeban memandangkan mereka terpaksa mengambil masa 74 jam seminggu untuk menjalankan tugas keguruan seperti 50.4 jam atau 68 peratus berkaitan kurikulum. Dapatan dari laporan awal itu juga didapati 12.7 peratus masa guru di negara ini dihabiskan untuk aktiviti kokurikulum, 8.9 peratus untuk hal ehwal murid dan 1.2 peratus untuk pengurusan asrama. Jawatankuasa itu turut mendapati 4.3 peratus daripada masa guru digunakan untuk pengurusan, 2.4 peratus kewangan, 1.1 peratus masing-masing untuk latihan dan hubungan komuniti manakala 0.1 peratus untuk pembangunan fizikal sekolah. Resolusi yang dipersetujui oleh Persidangan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO),1930 telah mengkelaskan guru-guru yang bertugas melebihi 48 jam seminggu termasuk dalam tugas perancangan, persediaan, penilaian, penyediaan kurikulum dan perhubungan dikategorikan sebagai terbeban ( Utusan Malaysia, 6 Julai 2005 ).

Ekoran dari bebanan tugas berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami stress. Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan sesorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi dalam menjalankan tugasnya ( Abdul Malik, 2000 ). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman ( 1999 ) yang mendapati bahawa bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi guru. Isu beban tugas guru bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan di Malaysia, namun ia kembali diperkatakan sejak kebelakangan ini berikutan bebanan tugas yang berlebihan sehingga bukan sahaja mengganggu tugas hakiki guru, malah menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan kerja. Selain terlibat dengan kegiatan kokurikulum serta mengikuti pelbagai jenis kursus, guru juga terpaksa melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian. Implikasinya, golongan pendidik ini tidak dapat memberikan sepenuh komitmen kepada kualiti dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menyedari hakikat itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran mengarahkan agar satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG) ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan.

Tetapi jika pandangan itu dari luar, maka ia pandangan dari luar ke dalam. Ia lebih bersifat memantau kelebihan dan kekurangan profesion keguruan. Justeru, kekadang apa yang diutarakan tidak menggambarkan hal sebenar yang dialami oleh warga pendidik. Jika soal kerja separuh hari, banyak cuti, sebenarnya ia bukan dirasai oleh semua guru. Malah ada yang terpaksa menjaga peperiksaan atau menanda kertas peperiksaan sewaktu cuti sekolah. Walaupun ada yang kata, tugas-tugas tersebut dibayar, tetapi nilai bayaran dengan tugas dan tanggungjawab yang dilakukan sebenarnya tidaklah banyak sehingga menjadi suatu buruan kepada semua guru. Buktinya, tiada siapa yang ingin mengawas peperiksaan jika elemen paksa rela dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar.

Walaupun cikgu hanya bertugas separuh hari, bukan semua kerja sekolah boleh disudahkan di sekolah. Akhirnya, mereka terpaksa juga membawa semua kerja yang tidak siap ke rumah untuk disudahkan. Keadaan ini tentunya amat berbeza dengan tugas seorang pegawai di pejabat. Semua urusan, jika mahu boleh dibereskan sewaktu dipejabat. Sebagai contoh membuat persediaan mengajar dan menanda buku dan latihan murid-murid yang di bawa balik ke rumah. Adakalanya menyudahkan laporan aktiviti sekolah atau membuat kertas kerja bagi program-program sekolah di bawah seliaan guru-guru sebagai contoh tugas menjadi guru disiplin , memantau disiplin murid-murid, pengawas di bawah seliaan dan merangka program motivasi dan kepimpinan pengawas. Peringkat awal persekolan dengan mengadakan Majlis watikah pelantikan pengawas yang pastinya memerlukan masa untuk membuat persediaan rapi untuk perjalanan majlis berjalan lancar. Ini semua adakalanya dilaksanakan di luar waktu persekolahan. Shahbudin (1986) dalam Abdul Sukor Shaari ( 2006 ) dalam kajian beban tugas guru mendapati seorang guru menggunakan secara purata 44.28 seminggu untuk menyelesaikan tugasan mereka di sekolah dan rata-rata di kalangan guru terpaksa menggunakan masa diluar masa rasmi sekolah untuk menyelesaikan tugasan, terutamanya bagi membuat persediaan mengajar serta memeriksa kerja-kerja murid.

Dari sudut pengisian data dan maklumat juga adakalnya menimbulkan banyak masalah. Sistem online yang menuntut guru untuk menyudahkan tugasan mengikut tempoh waktu yang ditetapkan adakalanya turut membebankan guru. Persoalannya di sini, bukankah semua tugas itu sewajarnya dilakukan oleh mereka yang lebih pakar dalam tugas merekod data atau maklumat. Bukankah kerja membabitkan kewangan perlu dilaksanakan oleh kerani kewangan dan perihal data pula diuruskan oleh pegawai data? Memang ada guru data di sekolah, tetapi mereka sebenarnya bukan fokus dalam hal data semata-mata kerana perlu juga mengajar di kelas, malah ada yang perlu mengajar subjek kritikal. Guru IT pula hanya layak mengajar asas komputer seperti menggunakan perisian Microsoft Word, Powerpoint atau Excel tanpa ada skil membuat sistem data yang lebih memudahkan guru memasukkan maklumat secara pantas dan pengiraan markah peperiksaan dibuat secara berkomputer, malah guru IT juga guru biasa yang perlu mengajar. Dari sudut kewangan pula sebagai contoh guru prasekolah perlu menguruskan perbelanjaan kewangan prasekolah bermula dari pembelian dan penyelenggaraan alatan , makanan , aktiviti kokurikulum serta pembelian alatan bantu mengajar juga turut memerlukan masa dan pengurusan kewangan yang efisyen.Seterusnya cabaran beban tugas guru yang memegang jawatan yang banyak diperingkat pengurusan sekolah sama ada bidang kurikulum , pentadbiran , hal ehwal murid dan juga kokurikulum. Dalam kajian Abdull Syukor Shaari (2006 ) mendapati terdapat guru-guru yang memegang lebih daripada 12 jawatan selain dari tugas hakiki mereka iaitu mengajar. Namun demikian, hasil analisis mendapati secara purata mendapati guru-guru memegang lapan jawatan yang merangkumi kurikulum seperti katua panitia dan setiausaha panitia. Tugas hal ehwal murid seperti jawatankuasa kantin , RMT, keselamatan , kebajikan dan sebagainya serta tugas-tugas kokurikulum. Tugas kokurikulum ini adalah yang paling banyak dipegang oleh guru. Seorang guru mesti memegang sekurang-kurangnya dua jawatan dalam kegiatan tersebut, iaitu guru penasihat kelab, persatuan, badan beruniform, sukan dan permainan. Secara puratanya, setiap guru memegang sekurang-kurangnya dua jawatan dalam setiap bahagian kurikulum, hal ehwal murid dan juga kokurikulum. Ini bermakna tugas sampingan ini adalah banyak disamping tugas mengajar. Oleh yang demikian, terdapat rungutan guru-guru yang tidak dapat menyiapkan minit-minit mesyuarat dan laporan bagi setiap program yang dipertanggungjawabkan. Guru-guruyang dilambakan dengan pelbagai tugas ini sangat berpotensi menghadapi stress sekiranya guru tersebut tidak dapat menguruskan beban dan tekanan kerja yang semakin hari semakin bertambah.Strategi Menangani Cabaran Pendidikan SemasaWalaupun kajian dan penyelidikan tentang hal yang sama telah banyak dilakukan oleh profesor pendidikan, pelajar ijazah tinggi dan pasukan penyelidik di universiti tempatan, kajian berskala besar yang bakal dilaksanakan sendiri oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tentulah memiliki signifikan yang tersendiri. Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Dasar Pendidikan (EPRD), organisasi penting kementerian, dijangka menggalas tugas penting itu. Warga guru pasti mengharapkan kajian berkenaan segera akan disusuli dengan daya usaha penambahbaikan supaya apabila tumpuan pekerjaan guru terhadap tugas asasi pengajaran dan pembelajaran dikembalikan, manfaatnya akan dipulangkan kepada murid dalam bentuk akses pengalaman pembelajaran yang bermutu dan terbaik.

Isu sebenarnya ialah keberkesanan dan kecekapan dalam menggembleng segala sumber yang ada untuk memupuk potensi pembelajaran dalam kalangan murid. Profesionalisme keguruan hanya akan tercapai secara telus jika guru mempunyai kawalan terhadap kemajuan ikhtisasnya sendiri. Bacaan meter tekanan yang dialami oleh guru sesebuah sekolah akan melonjak tinggi apabila kepimpinan sekolah terlalu obses untuk meraih anugerah atau perhatian pihak tertentu.

Jika kaum guru hendak diangkat martabatnya ke arah profesional tulen, banyak perkara perlu diberi perhatian. Sekurang-kurangnya 90 peratus bidang tugas guru mestilah menjurus kepada pemupukan pembelajaran murid, sama ada di dalam bilik darjah, mahupun di luar bilik darjah. Guru juga patut diberi kesempatan mengadakan perbincangan profesional tentang saranan kajian terkini daripada jurnal pendidikan dalam bidang opsyen masing-masing.Kepimpinan sekolah juga mesti menghormati kelayakan akademik dan kewibawaan guru dalam bidang masing-masing. Tiada sesiapa pun di sekolah yang patut berlagak serba tahu. Hubungan yang harmonis, tanpa membiarkan sesiapa mengambil kesempatan, akan meletakkan kedudukan guru lebih selesa dan suci hati dalam melaksanakan amanah keguruan mereka. Pelaburan awam dalam mewujudkan jawatan pembantu guru mungkin merupakan pilihan yang berbaloi kerana tumpuan guru terhadap pembelajaran murid ialah insurans ketenteraman sosial dan keselamatan negara dalam jangka masa panjang.Untuk pembangunan sesebuah negara, pendidikan merupakan aset yang sangat penting kepada semua individu. Pembangunan modal insan menjadi tonggak kepada kejayaan sebuah negara. Namun persoalannya, siapakah yang yang menjadi agen penggerak kepada perubahan pembangunan modal insan ini? Dalam sektor pendidikan negara, guru adalah golongan yang paling bertanggungajawab untuk menggalas amanah negara ini. Modal insan yang perlu dibangunkan perlu seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Justeru itu, keupayaan guru menguruskan segala tugasan dan tanggungjawab tanpa sebarang tekanan merupakan asas kepada pembangunan murid. Hal ini kerana, tanggungjawab guru yang kian mencabar bukan sahaja dari dunia pendidikan bahkan dari masyarakat yang meletakkan tanggungjawab dan harapan yang tinggi kepada pihak sekolah. Faktor-faktor ini semua sudah tentu memerlukan ketahanan emosi untuk mengelak tekanan bebanan kerja guru. Justeru itu, cadangan NUTP ini sekurang-kurangnya menunjukkan rintahan golongan guru untuk menjaga hak kebajikan mereka masih didengari oleh pihak kementerian.

Kajian yang dilakukan pihak kementerian perlu menyeluruh dan mengambil kira implikasi positif kepada golongan guru, murid, sekolah seterusnya misi negara. Pengwujudan perjawatan guru pembantu ini sudah tentu dapat menjimatkan masa guru untuk diberi fokus kepada tugas hakiki mereka daripada melakukan kerja sampingan sehinggakan menjejaskan kualiti proses penganjaran dan pembelajaran. Masa berkualiti antara guru dan pelajar tentunya dapat dipertingkatkan bertepatan dengan usaha memperkasakan perkhidmatan pelajaran serta memartabatkan profesion keguruan. Dengan adanya pembantu ini, guru akan dapat memberikan lebih tumpuan kepada aktiviti pembelajaran pelajar dan perkembangan pedagogi mereka. Menurut Hashim Adnan, presiden NUTP dalam laporan akhbar Berita Harian 29 Jun 2009, ketika ini, 380,000 guru dikatakan tidak mampu fokus kepada pengajaran di kelas disebabkan terpaksa menjalankan kerja luar tugasan yang dianggap beban tambahan. Guru tidak lagi perlu memikirkan soal 'kerja sosial' dan boleh fokus kepada pengajaran di dalam kelas dan tidak perlu habiskan banyak masa jalankan tugas di luar bidang kerja.

Implikasi positif ini bukan sekadar tertumpu kepada golongan guru sahaja, semua pihak sewajarnya menyedari hakikat dengan adanya perjawatan sokongan ini akan membantu prestasi akademi murid-murid serta dapat memastikan hak kebajikan murid terjaga. Hal ini merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Peng, dalam laporan Berita Harian 14 Disember 2010 yang mengatakan bahawa guru pembantu boleh berperanan membantu murid yang menghadapi masalah seperti sakit atau demam ketika berada dalam kelas. Menuruf Prof Ferrel pula dalam laporan laman rasmi UKM 13 Oktober 2011 menyatakan bahawa, Akan ramai lagi murid yang ketinggalan dan mereka memerlukan bantuan pembantu guru. Oleh itu, dengan adanya bantuan, prestasi setiap murid akan lebih dapat diberi tumpuan.

Misi taraf pendidikan bertaraf dunia, semua pihak tidak seharusnya berpeluk tubuh dan lebih teruk saling menunding jari apabila timbulnya isu bebanan tugas guru ini. Pendidikan negara tidak akan mendapat sebarang keuntungan malahan semakin terkebelakang daripada beberapa negara lain yang lebih sensitif dengan perubahan taraf pendidikan negara mereka. Sistem pendidikan negara yang baik perlu menyediakan pendidikan berkualiti. Pendidikan yang berkualiti bermula daripada corak perkhidmatan guru-guru. Corak perkhidmatan yang baik dan tersusun sudah tentu dapat mengelakkkan keciciran prestasi sekolah seterusnya taraf pendidikan negara. Oleh itu, peranan guru pembantu ini sudah tentu memainkan peranan penting untuk membantu sekolah khususnya guru-guru yang terkekang dengan bebanan tugasan berlebihan sehingga membantutkan usaha mereka kearah inspirasi negara.

Cadangan dan strategi menangani masalah beban tugas guru :

Dalam konteks pendidikan moden hari ini, guru adalah golongan professional yang melaksanakan tugas ke arah mencapai matlamat pendidikan untuk merealisasikan dan mengembangkan ilmu pengetahuan kepada murid dan masyarakat bagi membina negara yang bertamadun tinggi. Dalam usaha untuk merealisasikan sistem pendidikan itu, beban tugas dan tanggungjawab guru-guru perlu diambil kira. Beberapa tindakan yang boleh digunapakai untuk menambahbaik masalah beban tugas guru ini baik dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran mahu pun pengurusan sekolah Perkembangan dalam bidang pendidikan banyak bergantung kepada pengalaman yang dicurahkan oleh guru. Walau bagaimanapun beban tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan atau tidak ianya bergantung kepada guru itu sendiri, selaras dengan perkembangan sistem pendidikan sekarang ini seperti persediaan pengajaran pembelajaran, kegiatan kokurikulum, dan juga tugas-tugas berkaitan perkeranian. Guru juga perlu memastikan kelicinan program sekolah yang telah dirancang sama ada pada peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan.Bekerja dengan lebih bersistematik dan berjadual akan dapat membantu menguruskan kerja yang bertimbun. Elakkan membuat tugasan bertangguh dan menanti hingga ke saat akhir dapat mengelakkan beban kerja bertambah dan memberikan impak kepada pengurusan sekolah apabila tugasan tersebut melibatkan urusan dengan PPD mahupun jabatan pendidikan.

Formula bilangan murid di dalam sesebuah kelas tidak melebihi 50 orang atau pun kurangkan bilangan murid untuk sesebuah kelas. Bilangan murid yang terlalu ramai akan menjejaskan tumpuan dan pada masa yang sama guru terpaksa memeriksa hasil kerja murid yang banyak. Sebenarnya,purata kecekapan pengajaran guru adalah hanya sekitar 23 28 orang murid untuk seorang guru sahaja. Jikalau ia dilaksanakan sistem penyampaian antara guru dengan muridnya akan masih dalam keadaan terkawal. Sekaligus dapat mengurangkan bebanan dan tekanan tugas guru sehingga 40%.

Seterusnya mewujudkan satu jawatan iaitu pembantu guru. Mungkin boleh dilaksanakan? Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berkenaan pengambilan guru pembantu atau disebut guru kedua yang akan ditempatkan di dalam kelas melebihi 35 orang murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah . Antara rasional yang dikemukakan ialah, ia mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pada waktu ini Pembantu Tadbir Rintis N 17 dan Juruteknik Komputer Rintis FT 17 diserapkan ke sekolah adalah bertujuan mengurangkan beban tugas guru dari segi pengisian data dan maklumat. Ianya sangat membantu walaupun tidak secara 100% namun dapat meringankan sedikit tugas sebagai guru data. Selain daripada itu, pihak pengurusan sekolah diharapkan lebih teliti dan peka terhadap pengagihan tugas agar setiap guru mendapat tugas yang seimbang tanpa mengenepikan tugas utama, iaitu mengajar. Memberikan bimbingan dan pimpinan oleh pentadbir kepada guru agar dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan berkesan. Elakkan mendesak dan memberikan tekanan kepada guru-guru dalam mendapatkan laporan dan sebagainya. Pendekatan lebih fleksibel dan mesra kerja perlu diamalkan agar guru tidak merasa stress dan hilang kepuasan bekerja. Pemimpin dan pengurusan sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah mahu pun Jabatan Pendidikan Negeri perlu membuat rancangan rapi agar tidak berlaku pertindihan kalender aktiviti murid. Ini adalah penting kerana setiap program yang melibatkan murid pastinya akan melibatkan guru. Guru besar dan pentadbir perlu lebih kerap turun padang dengan sama-sama menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti yang disertai oleh murid dan guru agar tiada perbezaan jurang antara pentadbir dan guru. Pentadbir perlu bertindak sebagai pemimpin, pembimbing, kaunselor dan rakan sekerja di sekolah. Secara tidak langsung dapat memberi keyakinan kepada guru bahawa pihak pengurusan sekolah mengambil berat tentang kebajikan mereka.Faktor penghargaan yang berupa ganjaran seperti kenaikan pangkat, gaji yang lebih baik dan sokongan professional dari pihak pentadbir amat perlu bagi memotivasikan guru agar lebih bersemangat dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran. Kyriacou dan Sutcliffe (1998 ) dalam Kamaruzaman Kamarudin (2007) menyatakan bahawa gaji yang rendah menyebabkan seseorang itu mencari pekerjaan lain. Maka adalah wajar sistem gaji dan ganjaran dalam sector pendidikan ini dikaji semula.

KesimpulanKesimpulannya, bagi memastikan kualiti pendidikan negara dapat dipertingkatkan seiring dengan negara-negara lain seandainya cadangan ini disambut baik oleh pihak kerajaan Malaysia melalui perlaksanaanya, diharap guru dapat memberi komitmen serta tumpuan sepenuhnya terhadap tugas mengajar di dalam kelas bagi meningkatkan prestasi murid-murid memandangkan berkurangnya beban kerja. Kita tidak mahu ada lagi segelintir guru mengambil kesempatan menjadikan alasan bebanan tugas untuk tidak melaksanakan tugas hakiki mereka dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Guru adalah kerjaya yang sentiasa mendapat perhatian utama kerajaan kerana peranannya cukup penting dalam mendidik rakyat agar menjadi modal insan cemerlang untuk membangunkan negara.Di sebabkan itulah kerajaan tidak pernah mengabai kebajikan guru dan setiap masalah yang timbul sentiasa mendapat perhatian untuk ditangani segera. Oleh itu, dalam keadaan tertentu, guru juga perlu membuktikan keikhlasan serta sikap sedia berkorban tanpa mengharapkan imbuhan semata-mata. Sebahagian besar guru di negara ini komited dengan tugas mereka dan sanggup mengharungi cabaran bagi memastikan murid-murid mendapat pendidikan sempurna dan cemerlang dalam pelajaran.Profesion keguruan adalah satu bentuk khidmat sosial yang mencabar. Sebagai guru kita haruslah peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan. Dengan itu masalah beban dan tugas guru yang semakin mencabar ini dapat ditangani dengan bijak . Usaha untuk menjamin kualiti perkhidmatan pendidikan pada abad ke-21 merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh semua guru bagi menjadikan pendidikan di Malaysia setaraf dengan antarabangsa.

14