guru dan cabaran semasa 1

39
Bahagian A: Penulisan Akedemik 1.0 Isu dan cabaran utama profesion perguruan mengikut pandangan anda Rajah 1 Dewasa ini, dunia pendidikan kerapkali dihujani dan digemparkan dengan pelbagai isu terutama yang berkait dengan guru. Di dada akhbar, isu yang melibatkan guru bagaikan menjadi satu topik hangat yang sering diwar-warkan dan begitu laris bagai pisang goreng panas. Isu beban tugas guru, kenaikan gaji guru, guru dibenarkan berpolitik dan pelbagai lagi isu yang melibatkan profesionalisme guru dan keguruan diperbincangkan. Profesionalisme guru menurut Hoyle (1980) dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, adalah sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama pembangunan dan kestabilan di negara kita. Pendidikan merupakan pemangkin dan komponen penting untuk memacu pembangunan negara kita bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh itu, mutu pendidikan yang bermutu tinggi dan mampu menghasilkan golongan cendiakawan yang berkualiti hendaklah diberikan penekanan kerana mutu pendidikan secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara yang dinamik, mampan dan menyeluruh. Mutu pendidikan yang cemerlang banyak bergantung kepada produktiviti para pendidik mencorak arus mutu pendidikan semasa selari dengan cabaran

Upload: personwithheart

Post on 05-May-2017

329 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Guru Dan Cabaran Semasa 1

Bahagian A: Penulisan Akedemik

1.0 Isu dan cabaran utama profesion perguruan mengikut pandangan anda

Rajah 1

Dewasa ini, dunia pendidikan kerapkali dihujani dan digemparkan dengan pelbagai

isu terutama yang berkait dengan guru. Di dada akhbar, isu yang melibatkan guru

bagaikan menjadi satu topik hangat yang sering diwar-warkan dan begitu laris bagai

pisang goreng panas. Isu beban tugas guru, kenaikan gaji guru, guru dibenarkan

berpolitik dan pelbagai lagi isu yang melibatkan profesionalisme guru dan keguruan

diperbincangkan. Profesionalisme guru menurut Hoyle (1980) dalam buku Asas

Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, adalah sikap dan tindakan yang

menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang

syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan

dengannya.

Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama pembangunan dan kestabilan di

negara kita. Pendidikan merupakan pemangkin dan komponen penting untuk

memacu pembangunan negara kita bagi mencapai status negara maju menjelang

tahun 2020. Oleh itu, mutu pendidikan yang bermutu tinggi dan mampu

menghasilkan golongan cendiakawan yang berkualiti hendaklah diberikan

penekanan kerana mutu pendidikan secara langsung dan tidak langsung

menyumbang kepada pembangunan negara yang dinamik, mampan dan

menyeluruh. Mutu pendidikan yang cemerlang banyak bergantung kepada

Page 2: Guru Dan Cabaran Semasa 1

produktiviti para pendidik mencorak arus mutu pendidikan semasa selari dengan

cabaran dunia global yang memerlukan pendidikan melonjak ke satu tahap yang

baru dan tidak hanya selesa berada di takuk yang lama.

            Dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan, para pendidik

terutamanya para guru adalah orang yang bekerja untuk merealisasikan impian

wawasan 2020 negara iaitu untuk menjadi negara yang maju dan setaraf dengan

negara-negara maju yang lain. Para guru perlu bekerja dengan lebih produktif, lebih

cekap, lebih kreatif dan mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap tugas mereka.

Untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik daripada guru, guru hendaklah boleh

melakukan tugas-tugas mereka tanpa tekanan dan tanpa dibebankan tugas-tugas

yang lain. Lambakan tugas-tugas lain seperti kerja perkeranian terhadap guru akan

menganggu prestasi kerja mereka dan menyebabkan mereka mengalami tekanan

emosi. ISU DAN CABARAN PERGURUANSikap ibu bapaTindakan guruPergaruh persekitaranPerkembangan teknologi

Page 3: Guru Dan Cabaran Semasa 1

Tindakan ibu bapa.

Kebanyakan pelajar pada masa kini mengatakan tidak suka berkongsi

masalah dengan ibu bapa terutamanya yang bersifat peribadi. Komunikasi dengan

ibu bapa lebih bersifat formal dan rigid. Hal ini kemungkinaan anak-anak zaman

sekarang tidak suka dikawal. Mereka tidak suka ibu bapa mengarah mereka dalam

semua perkara. Kajian Wan Asiah juga mendapati pengabaian dari sudut kasih

sayang dan kurangnya komunikasi yang berkesan antara anak-anak dan ibu bapa

adalah pinca utama berlakunya gejala sosial. Anak-anak remaja dianggap sudah

matang untuk berfikir dan dilepaskan untuk bertindak mengikut kehendak hati

mereka tanpa pengawasan dan pengawalan keluarga.

Situasi tersebut ditambah pula dengan kesibukan ibu bapa yang bekerja dari

pagi sampai ke petang menyebabkan masauntuk bersama anak-anak amat terhad.

Terdapat ramai ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan memberitahu bahawa

mereka berkerja untuk kepentingan anak-anak.Mereka mencari wang untuk

memenuhi kepentingan anak-anak seperti makan minum, pakaian, belanja sekolah

dan lain-lain lagi. Ibu bapa berkerja keras sehingga melupakan bahawa anak-anak

mereka memerlukan masa untuk berkongsi masalah serta mendapat perhatian

secukupnya daripada kedua ibu bapa mereka.

Ibu bapa zaman sekarang menyerahkan anak mereka ‘bulat-bulat’ kepada

guru untuk mendidik anak-anak mereka. Namun mereka tidak memahami sikap dan

perangai anak-anak mereka sebenar apabila di sekolah di samping persekitaran

rakan sebaya anak-anak mereka. Ibu bapa mengharapkan guru mendidika anak-

anak mereka, namun mereka tidak membenarkan guru-guru ‘menyentuh’ anak-anak

mereka. Apabila guru hanya meroton anak-anak mereka dengan kesilapan yang

berulang kali dilakukan oleh anak-anak mereka seperti tidak menyiapkan kerja

rumah, ibu bapa zaman sekarang terus membuat laporan polis terhadap tindakan

guru tanpa bertanyakan kepada guru sebab guru mengambil tindakan tersebut. Hal

ini juga kerana kebanyakkan ibu bapa ingin mendapatkan wang hasil daripada

perbicaraan makamah yang membenarkan ibu bapa menuntut wang yang bernilai

ribuan ringgit jika kes yang dibacarakan berpihak kepada ibu bapa pelajar.

Page 4: Guru Dan Cabaran Semasa 1

Selain itu, sikap ibu bapa sendiri yang tidak mahu memberikan kejasama

terhadap guru-guru adalah salah satu isu dan cabaran utama profesion perguruan.

Ibu bapa yang tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh guru apabila guru

menyatakan bahawa sikap dan tingkah laku anak-anak mereka bertentangan

dengan sikap dan tingkah laku anak-anak mereka di rumah. Ibu bapa lebih

mempercayai apa yang diperkatakan oleh anak-anak mereka berbanding guru

mereka. Hal ini bertentangan dengan sikap ibu bapa pada zaman dahulu yang lebih

mempercayai guru sehingga anak-anak mereka takut untuk memberitahu kepada

ibu bapa mereka jika mereka dihukum di sekolah. Ibu bapa juga tidak memberikan

kerjasama kepada guru-guru apabila guru-guru meminta ibu bapa meluangkan masa

dalam ‘temu murni’, ibu bapa tidak hadir semasa sesi tersebut.

Tindakan ibu bapa sekarang yang jarang memantau kerja sekolah anak-anak

mereka menyebabkan anak-anak semakin malas untuk menyiapkan kerja

sekolah.Hal ini disebabkan kesibukan ibu bapa dengan mengejar arus pemodenan

sehingga melupakan masa yang perlu diluangkan bersama anak-anak mereka.

Apabila guru memarahi anak-anak mereka sehingga merotan anak-anak mereka,

ibu bapa akan memarahi guru akibat tindakan guru tersebut.

Tindakan ibu bapa yang campur tangan dalam isu pendidikan yang

menyebabkan kesalahan anak terletak kepada kesalahan guru yang mendidik

adalah tidak wajar sama sekali. Hal ini disebabkan guru perlu mendidik terlalu ramai

murid yang mempunyai personaliti yang berbeza-beza. Masa yang diperuntukkan

kepada guru untuk mengajar juga adalah sedikit sahaja diluangkan contohkan jika

guru Dunia Sains dan Teknologi hanya mempunyai 2 waktu sahaja dalam seminggu

sahaja. Justeru, bagaimana hendak seorang guru mendidik setiap anak ibu bapa

seperti yang diharapkan oleh ibu bapa murid berkenaan bagi mendapatkan nilai-nilai

murni.

Page 5: Guru Dan Cabaran Semasa 1

Tindakan guru

“Murid pecah gegendang telinga ditampar guru”, begitulah tajuk berita akhbar

Berita Harian bertarikh 26 Mei 2010 iaitu sepuluh hari selepas menyambut Hari Guru

pada tahun tersebut. Apabila berita ini menjadi tatapan masyarakat, pelbagai

andaian, tomahan dan tuduhan dilemparkan kepada guru tersebut khasnya dan

komuniti guru amnya. Persoalan yang biasanya akan dibincangkan di kedai-kedai

kopi atau tempat-tempat rehat adalah “kenapa guru tersebut melakukan sedemikian

rupa?” dan “guru tersebut gila atau sewel?”. Jarang sekali kita mendengar

pandangan yang membela atau mempertahankan guru tersebut. Guru tersebut

umpama “digantung tidak bertali” oleh lapisan masyarakat yang cetek pemikiran dan

nipis ilmunya tanpa usul periksa dan tanpa mendengar luahan daripada guru

tersebut. Adakah guru tersebut benar-benar gagal mengawal emosinya dan

bertindak sedemikian tanpa ada sebarang nilai rasional dalam dirinya? Ataupun guru

tersebut bertindak sedemikian kerana provokasi yang dilakukan oleh murid tersebut

dan rakan-rakannya? Persoalan ini telahpun dijawab oleh masyarakat yang saya

percaya rata-rata akan menyalahkan guru tersebut kerana tindakannya dan

melupakan semua jasa guru tersebut mendidik anak-anak muridnya sebelum ini.

Beban tugas bermaksud tanggungjawab yang mesti dipikul dan dilakukan

oleh para guru sama ada tanggungjawab di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik

darjah untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Beban tugas ini boleh diukur

dengan melihat jumlah masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya.

Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah bukan sahaja merangkumi tugas

akademik malahan juga tugas bukan akademik. Tugas-tugas akademik merupakan

tugas-tugas yang berkait dengan tugas pengajaran dan pembelajaran secara formal

sama ada di dalam atau luar bilik darjah. Tugas akademik hanya dijalankan oleh

guru-guru yang berkelayakan dalam bidang-bidang tertentu sahaja. Tugas akademik

ini terbahagi kepada tugas akademik rutin harian dan tugas akademik bermusim.

Page 6: Guru Dan Cabaran Semasa 1

Tugas bukan akademik merupakan tugas-tugas yang dilakukan oleh guru di

sekolah dan tugas ini boleh juga dilakukan oleh mereka yang bukan guru. Tugas

bukan akademik adalah tugas yang tidak melibatkan proses pengajaran secara

formal. Tugas ini termasuklah tugas-tugas pengekeranian, tugas-tugas khas dan

tugas kokurikulum. Tugas bukan akademik yang dilakukan seharian dinamakan

tugas bukan akademik rutin harian dan tugas bukan akademik yang dilakukan

mengikut musim dinamakan tugas bukan akademik bermusim.

            Berdasarkan tajuk muka hadapan Berita Harian ‘Seksa Jadi Cikgu’ bertarikh

1 April 2010. Paparan muka hadapan ini jelas menyatakan seksa menjadi guru

kerana guru dikatakan menanggung beban tugas yang terlalu banyak. Dalam artikel

ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah membuat aduan

mengenai beban tugas guru kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana

Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 30

Mac 2010.

            Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam artikel tersebut

juga telah mengulas bahawa berdasarkan aduan yang dibuat oleh NUTP, antara

tugas guru bukan sahaja meliputi hal pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah, malahan juga ada guru yang terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum,

hal ehwal murid, pentadbiran, pengkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.

Selain itu, NUTP turut membuat aduan bahawa guru terpaksa bekerja setiap Sabtu

disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti sedangkan pekeliling yang dikeluarkan

membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.  

Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman

menyebut;

“Ketika ini, guru terutama guru kelas adalah mereka yang paling teruk dibebani

dengan tugas tambahan selain mengajar dan ia paling kritikal ketika musim

persekolahan baru bermula. Guru bukan setakat perlu menyediakan maklumat

peribadi pelajarnya tetapi dibebani dengan banyak lagi tugas lain. Mereka perlu

mengutip yuran, sediakan buku kedatangan pelajar, dapatkan maklumat murid serta

keluarga mereka seterusnya membuat analisis kelayakan untuk diberi bantuan,

malah guru juga bertindak sebagai pegawai kesihatan yang merekodkan maklumat

kesihatan. Mana ada jururawat yang ditugaskan membuat landskap hospital. Mana

Page 7: Guru Dan Cabaran Semasa 1

ada jurutera yang ditugaskan mengecat bangunan pejabat, tapi guru ada ketikanya

perlu buat semua itu. malah, mural sekolah atau mengecat bangunan sekolah juga

tergalas di bahu mereka.”

            Tugas-tugas sedemikian sememangnya mendatangkan beban kepada guru

kerana telah mengganggu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar. Pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia memandang berat isu ini dengan menubuhkan

sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas guru dan mengkaji tahap

keseriusan isu beban tugas guru ini.

            Berdasarkan artikel ini, dapat disimpulkan bahawa isu beban tugas guru

perlu dipandang serius bukan sahaja oleh pihak kerajaan, malahan semua pihak

termasuk masyarakat. Setiap individu perlu mengembleng tenaga dan idea untuk

menyelesaikan masalah dan isu ini. Ini kerana, beban tugas yang semakin

bertambah dan kian mencabar telah menyebabkan prestasi seorang guru terjejas

dan ini secara tidak langsung menjejaskan prestasi murid-murid di sekolah.

Berdasarkan butir-butir yang terkandung dalam laporan kaji selidik NUTP

bertajuk ‘Pandangan dan Syor NUTP: Beban Guru Meliputi Sekolah Rendah,

Sekolah Menengah, Sekolah Teknik dan Politeknik’, beban tugas guru dibahagikan

kepada lima bidang iaitu:

1.    Urusan data, fail, buku rekod dan laporan 

·         Pemprosesan maklumat guru, pelajar dan sekolah 

·         Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), stok mata pelajaran dan bengkel 

·         Penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk peperiksaan 

·         Penilaian lisan berasaskan sekolah (PLBS) 

·         Buku Nilam Sekolah 

·         Laporan Adab Belajar 

·         Baitulmal dan biasiswa 

·         Laporan guru bertugas

·         Urusan disiplin pelajar 

·         Urusan pusat sumber 

·          Program khas dari Jemaah Nazir 

·         Buku rekod kerja sekolah

Page 8: Guru Dan Cabaran Semasa 1

2.    Pentadbiran 

·         Pegawai pinjaman di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah 

·         Pengurusan pentadbiran 

·         Kutipan yuran dan pelbagai 

·         Guru kelas 

3.    Kurikulum 

·         Jenis peperiksaan 

·         Program sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran

·         Kertas kerja kajian tindakan

·         Panitia

·         Mata pelajaran

·         Pentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) 

·         Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 

4.    Kokurikulum 

·         Aspek keselamatan & perlindungan guru dan pelajar 

5.    Hal Ehwal Murid (HEM) 

·         Urusan HEM Sekolah Menengah Berasrama 

Laporan kaji selidik yang telah dijalankan pada 1 Jun 2005 menunjukkan

bahawa tugas guru meliputi pelbagai bidang, namun tugas yang dijalankan lebih

tertumpu kepada tugas pentadbiran. Menurut Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng,

berkata pihaknya risau apabila mendapati kira-kira 60 peratus tugas guru kini

membabitkan kerja pentadbiran.

“Dulu guru boleh mencorakkan cara pengajaran sendiri tanpa perlu memberi

banyak komitmen terhadap tugasan lain. Berbanding sekarang, terlampau banyak

kerja remeh temeh terpaksa dilakukan termasuk tugas dokumentasi yang perlu

diserahkan kepada pihak tertentu.” – Ab Aziz Mohd Yatim

.

Tindakan guru yang merotan atau mendenda murid-murid pada zaman

sekarang adalah disebabkan juga oleh faktor tugas bebanan guru yang semakin

Page 9: Guru Dan Cabaran Semasa 1

banyak dan kurangnya pemahaman mengenai tugasan guru oleh masyarakat. Hal

ini menyebabkan masyarakat menunding jari kepada guru jika berlakunya salah laku

yang disebabkan oleh anak-anak mereka sendiri. Walhal, masyarakat tidak

mengetahui tugasan guru yang semakin hari semakin bertambah dan dengan

adanya sikap ibu bapa yang tidak memberikan kerjasama kepada guru bagi

mendidik anak-anak mereka.

Selain itu, terdapat segelintir guru yang kurangnya menerapkan nilai pedogogi

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka lebih banyak mengajar murid-

murid seperti cara Allyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem “Masam-Masam

Manis”. Cara pengajaran yang sama setiap hari juga membuatkan murid-murid

sekarang lebih cepat bosan. Hal ini disebabkan dengan pendedahan media massa

yang terlalu banyak, menyebabkan adanya sebahagian murid-murid inginkan

pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif.

Kurangnya guru yang mempunyai nilai kreatif dan inovatif dalam pengajaran

juga menyebabkan berlakunya tindakan seperti gambar rajah 1. Hal ini disebabkan

sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah serta teknik yang

sama menyebabkan murid-murid cepat hilang fokus dan apabila guru tidak

mengetahui hal tersebut, guru mengambil tindakan dengan merotan murid tanpa

usul periksa walhal hal ini terjadi akibat kaedah pengajaran guru itu tersendiri.

Page 10: Guru Dan Cabaran Semasa 1

Pengaruh Persekitaran.

Page 11: Guru Dan Cabaran Semasa 1

Perkembangan Teknologi

Pada hari ini kita melihat perkembangan teknologi di era ini terlalu pesat. Hal ini

sedikit sebanyak turut melibatkan individu kecil iaitu kanak-kanak. Perkembangan

teknologi yang boleh penulis istilahkan disini adalah meliputi teknologi seperti

penggunaan internet, komputer, televisyen, telefon bimbit dan sebagainya. Boleh

dikatakan sekarang ini ramai kanak-kanak sudah diajar untuk menggunakan

internet. Malah penulis turut mengandaikan dalam setiap rumah internet bukan lagi

suatu benda yang asing lagi.

Telefon bimbit juga pada hari ini bukan lagi seperti zaman awal-awal kemunculannya

dimana sesiapa yang memilikinya dikira sebagai golongan yang kaya dan ternama.

Namun pada hari ini kita boleh melihat di sekelilingi kita semua golongan mampu

untuk menggunakan kemudahan demikian. Malah, penulis juga tidak terkejut jika

dikhabarkan bahawa kanak-kanak yang berumur tiga, empat tahun tahu dan turut

memiliki telefon bimbit sendiri. Hal demikian disebabkan faktor pengaruh dan faktor

setiap orang berkuasa untuk memilikinya dan menggunakannya.

Namun penggunaan teknologi yang meluas terhadap kanak-kanak ini turut

mendatangkan banyak implikasinya antaranya baik dan buruk. Implikasi yang wujud

ini boleh menimbulkan banyak kesan-kesan lain yang akhirnya boleh memberi

keuntungan bagi yang menggunakan dengan cara yang betul. Manakala bagi yang

salah penggunaanya maka mereka akan memperolehi bahaya terhadap fizikal dan

mental kanak-kanak.

Page 12: Guru Dan Cabaran Semasa 1

1.0 Isu dan cabaran utama profesion keguruan.

Rajah 2

Berdasarkan gambar rajah yang tertera di atas, dapat digambarkan bahawa

perbezaan antara tindakan ibu bapa terhadap guru pada zaman dahulu

berbanding dengan guru zaman sekarang. Dapat dilihat berdasarkan gambar

rajah 2 di atas, keadaan ibu bapa pada zaman dahulu yang lebih menghormati

guru berbanding dengan zaman sekarang yang hanya menyalahkan guru

walpaupun tindakan yang dikenakan oleh guru terhadap anak-anak mereka

hanyalah tidak seberapa.

Ibu bapa pada zaman dahulu tindakan yang mereka ambil adalah lebih

mempercayai guru dengan memberikan kepercayaan kepada guru mendidik

anak-anak mereka supaya pandai namun dalam pada yang sama mereka masih

mengambil berat terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Ibu bapa zaman

sekarang pula lebih menyerahkan anak-anak mereka secara ‘bulat-bulat’ kepada

guru. Ibu bapa pada zaman sekarang lebih berfikir kepada pendidikan hanyalah

guru sahaja sehingga mereka melupakan tugas mereka dalam mendidik anak-

anak mereka. Tindakan ibu bapa yang meninggalkan anak-anak mereka di

sekolah dan memikirkan bahawa guru anak-anak mereka dapat menjaga anak-

anak mereka dengan selamat. Kebanyakkan ibu bapa sekarang menganggap

sekolah seperti ‘pusat jagaan kanak-kanak’.

Page 13: Guru Dan Cabaran Semasa 1

Keluarga merupakan sebuah institusi yang mampu mempengaruhi ahli-

ahlinya yang terdiri dari ibu bapa dan anak-anaknya. Ibu bapa sebagai pengurus

bertanggungjawab untuk membentuk dan memastikan anak-anaknya menjadi insan

yang berguna dan mampu menyumbang ke arah kebaikan sejagat. Di samping itu,

ibu bapa mempunyai peranan yang penting di dalam mempengaruhi pencapaian

akademik anak-anak mereka. Menurut Rozumah Baharudin (2001), masalah

kepincangan peranan keluarga banyak mempengaruhi serta menjejaskan

pendidikan anak-anak mereka.  Struktur dan nilai keluarga tersebut sering

dipengaruhi oleh kecekapan yang membabitkan proses memperbaiki kedudukan

ekonomi serta peningkatan pencapaian diri ibu bapa tersebut.

Selain dari itu, kurangnya sikap tanggungjawab di kalangan ibu bapa menyumbang

kepada kegagalan dari segi pengawalan dan penekanan terhadap pengaruh dan

gejala luar yang semakin mencabar pada masa kini. Ibu bapa seharusnya menjadi

contoh yang terdekat kepada anak-anak dalam keluarga mahu pun dalam

masyarakat. Kegagalan ini bukan sahaja akan mempengaruhi keperibadian anak-

anak mereka malah mempengaruhi proses pembelajaran yang berlaku secara

terancang dan tanpa disedari. Kebergantungan dan penyerahan tanggungjawab ini

kepada pihak lain akan menyebabkan ibu bapa secara tidak langsung

mempengaruhi pembelajaran anak-anak mereka. Sebagai contoh, pertembungan

budaya di dalam keluarga dan kurikulum yang dilaksanakan dalam pendidikan di

sekolah akan mengujudkan suatu suasana yang menekan dan hilangnya tumpuan di

kalangan pelajar-pelajar yang sering bermasalah. Keadaan ini seharusnya ditangani

oleh para ibu bapa bagi membentuk anak-anak mereka seiringan dengan kurikulum

sekolah yang mempunyai objektif membentuk insan yang berguna.

Keberkesanan pembelajaran anak-anak juga dipengaruhi oleh didikan awal

yang diberikan oleh ibu bapa. Didikan yang diterima sebelum dan selepas dilahirkan

akan mempengaruhi perkembangan pembelajaran kanak-kanak tersebut (Manja,

1990). Ini disebabkan didikan awal akan membentuk corak pembelajaran sebenar

anak-anak mereka dan pemberian didikan dari awal akan membentuk

kecemerlangan dalam pembelajaran. Didikan serta pencorakan ini dapat

mempengaruhi anak-anak kerana menurut Ariffin (1990) menyatakan 70 peratus

adalah masa ibu bapa berinteraksi dengan anaknya berbanding Cuma 30 peratus

interaksi yang berlaku di antara guru dan anaknya. Proses didikan ini hendaklah

Page 14: Guru Dan Cabaran Semasa 1

secara berterusan sehingga mereka meningkat dewasa kerana proses pembelajaran

akan terus berlaku dalam bentuk akademik dan sebagainya.

 Setiap pelajar memmpunyai hak untuk diberi peluang dalam pencapaian

pelajarannya disebabkan terdapat pelajar yang dilahirkan dengan kebijakan

semuljadi. Sekiranya mereka tidak mendapat dorongan serta peluang akan

menyebabkan kebijakan yang ada tidak dapat digunakan sepenuhnya dan akan

hilang begitu sahaja. Didikan yang diberikan oleh ibu bapa hendaklah disertakan

dengan kasih sayang agar keharmonian serta kesan yang positif dapat

mempengaruhi pembelajaran anak-anak mereka kelak.

 Sebagai pendidik, ibu bapa juga hendaklah mempunyai sifat-sifat yang terpuji,

penuh dengan kasih sayang dan merupakan role model kepada anak-anak untuk

meneruskan proses pembelajaran mereka tidak kira di mana juga. Dalam mendidik

anak-anak, ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar kerana didikan yang

diberikan tidak hanya tertumpu pada pelajaran sahaja malah ia meliputi halatuju

anak-anak mereka suatu hari nanti yang akan berhadapan dengan masyarakat serta

dunia yang mencabar ini.

Ibu bapa merupakan pihak yang mempunyai tanggungjawab yang besar dalam

memastikan anak-anak mereka mendapat pelajaran serta pembelajaran yang

sewajarnya. Ini disebabkan pengaruh ibu bapa tersebut yang secara langsungnya

memberi kesan samada secara positif atau negatif kepada anak-anak mereka

berdasarkan kepada sikap, minat, latar belakang pendidikan, cara didikan,

kedudukan ekonomi keluarga dan institusi keluarga itu sendiri. Pihak luar seperti

sekolah dan masyarakat merupakan sokongan kepada keberkesanan pembelajaran

yang dijalankan di sekolah secara formal dan ibu bapa pula merupakan pendidik

sepanjang hayat kepada anak-anak serta generasi akan datang secara berterusan

dan  berpanjangan.

Justeru itu, perlunya ada tindakan ibu bapa itu sendiri dalam membentuk

peribadi serta perlakuan anak-anak mereka sendiri. Ibu abap juga haruslah

memberikan kerjasama kepada pihak guru bagi mendidik anak-anak mereka

walaupun diberikan denda oleh guru atas sikap dan tingkah laku anak mereka

sendiri. Ibu bapa haruslah menerima hukuman yang diberikan oleh guru terhadap

anak mereka selagi tidak menyebabkan kecacatan, patah serta kematian.

Page 15: Guru Dan Cabaran Semasa 1

2.0

HURAIKAN KESAN ISU TERSEBUT TERHADAP EMOSI

MURID DAN GURU SERTA LANGKAH MENANGANINYA.

Page 16: Guru Dan Cabaran Semasa 1

2.0 Kesan Isu Terhadap Emosi Murid dan Guru serta Langkah Menanganinya.

Kesan Isu Sikap Ibu Bapa Terhadap Emosi Murid.

Kewujudan iklim persekitaran yang bersih, teratur dan tenteram, kewujudan

displin yang baik, dengan zero defect dalam semua aktiviti perndidikan akan mampu

membentuk emosi untuk terus belajar di sekolah. Emosi murid perlu dikekal atau

dipertungkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi. Hal ini

disebabkan profesion perguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial di

mana guru bertanggungjawab mendidik anak bangsa berlandaskan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Masalah emosi merupakan sesuatu yang tidak asing bagi seseorang yang

mempunyai masalah. Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa

mengira usia. Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang

menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa

dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik

yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui

pertuturan atau perlakuan tertentu. 

Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan

menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara

gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial. Ketidakmampuan untuk belajar

yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual, kesihatan juga menjadi

definisi kepada gangguan emosi.  Secara ringkasnya gangguan emosi boleh

dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang

menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil.  Gangguan emosi ini akan

menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan

emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan

mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-

murid.

Sikap ibu bapa dalam institisu kekeluargaan  juga  menjadi punca murid  mengalami

gangguan  emosi.  Peristiwa  dalam  keluarga  selalunya  melibatkan  perubahan

yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup

mungkin bersifat  positif  atau  negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang

Page 17: Guru Dan Cabaran Semasa 1

tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan,  penceraian,

kemalangan ,kematian,  muflis  atau  hilang  pekerjaan,  dipenjara,  krisis  kewangan

dan lain-lain.

 Manakala  peristiwa  hidup  yang  positif   termasuk perkahwinan,

mengandung, kenaikan  pangkat  dan  berpindah  ke  rumah  baru.  Peristiwa  dalam

kehidupan keluarga  seperti  yang  dinyatakan  itu  memberi  kesan   ke atas

masalah  emosi  seseorang  murid.  Peristiwa  yang  sedemikian  akan

menyebabkan  emosi   murid  tertekan  dan  selalunya mereka  akan  menunjukkan   

tindak   balas   fizikal,   emosi  dan   tingkah   laku  seseorang.    Dari  segi  emosi,

murid  akan  berasa  susah  hati,  murung,  sedih, marah,  tidak  tentu  arah, resah

dan  lain-lain lagi.

 Di  samping  itu,  keluarga  yang   sering  bertengkar,  bergaduh dan kurang

mesra, tidak  menaruh  minat  terhadap  anak-anak,  bercerai,  terdapat  kematian

dan perpisahan akan membawa keadaan   gangguan  emosi  dan  penyesuaian

kanak-kanak  yang  tidak stabil.  Pengaruh  keluarga menjadi  punca  keadaan  ini

berlaku.  Dari  segi  tingkah  laku, murid  berkenaan   mungkin  akan  bertindak

berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada

juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan  sebarang

emosi.  Keluarga yang  mesra  antara  satu sama lain,  demokratik  dan  ibu bapa

yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-

kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima  oleh ibu bapanya akan

menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi,  ketabahandan ketekunan dalam

melaksanakan sesuatu perkara.

Faktor tidak biasa berenggang dengan keluarga juga menjadi salah satu

puncanya kenapa kanak-kanak mengalami gangguan emosi.  Contoh situasi ialah,

kanak -kanak yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga akan dilanda

tekanan emosi jika ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh tadika. Kanak-kanak

tersebut  akan menangis dan  menunjukkan  perubahan  tingkah laku  yang ketara.

Jika kanak –kanak  ini dimasukkan  ke hospital , ibu  atau  bapanya  dinasihatkan

agar  sentiasa  berada  di  sisinya  kerana  keadaan  persekitaran  yang  asing  dan

berbeza  akan  memberi  kesan  kepada   status  emosi  anak  itu. Kehadiran  ibu

Page 18: Guru Dan Cabaran Semasa 1

bapa  sedikit  sebanyak  akan mengurangkan  tekanan  emosi  dan  perasaan  takut

kanak –kanak  tersebut.

Kurangnya kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak juga

salah satu penyebab kenapa kanak-kanak  mengalami gangguan emosi.  Kasih

sayang akan menberikan impak yang besar kepada emosi kanak-kanak yang

sedang membesar yang sentiasa menginginkan tumpuan dan kasih sayang yang

mencukupi. Kasih sayang yang cukup akan membuatkan semosi kanak-kanak

menjadi stabil dan  akan  membuatkan mereka menjadi sangat gembira dan selesa

dalam  kehidupan seharian  mereka.

Keadaan anak-anak mereka semakin tertekan apabila tidak dapat mencapai

keputusan yang baik di kalangan mereka di sekolah tambahan lagi terdapat ibu bapa

yang memberi tekanan dengan cara memarahi anak-anak mereka kerana

pencapaian tersebut. Sebaliknya ibu bapa seharusnya memahami perasaan anak-

anak yang menghadapi situasi seperti berikut kerana sokongan serta dorongan

secara positif amat diperlukan masa itu. Sekiranya ibu bapa tidak dapat memahami

keadaan tersebut maka anak-anak mereka akan kurang minatnya pada pelajaran

sebaliknya cuba menghiburkan dirinya dengan permainan serta perkara-perkara

atau aktiviti-aktiviti yang menghiburkan dan kadangkala mendedahkan serta

menjerumus anak-anak mereka kepada aktiviti yang negatif dan tidak bermoral.

Penemuan yang diperolehi oleh para pengkaji ini membuktikan bahawa

tekanan yang tidak terkawal boleh mendatangkan implikasi yang negatif kepada

pelajar yang mengalaminya. justeru, identifikasi awal kepada simptom-simptorn

tekanan boleh membantu remaja berkenaan. Antara simptom-sirnptom yang

menunjukkan seseorang mengalami tekanan ialah mengalami gangguan

tidur.Pelajar tersebeut tidak dapat tidur dengan betul dan ini akan menyebebkan

matanya merah dan selalu berair dan pelajar itu juga mungkin selalu kelihatan

kehausan dan keletihan disebabkan tidak cukup tidur.

Page 19: Guru Dan Cabaran Semasa 1

Kesan yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap

kejadian-kejadian biasa. Apabila seseorang pelajar itu mengalami tekanan emosi dia

akan menunjukkan reaksi –reaksi yang abnormal dan berlebihan .Contohnya

marahdan maki hamun mana mana pelajar jika terlanggarnya di tangga.

Kesan yang seterusnya ialah ,pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak

gembira terhadap pencapalan diri. Walaupun mereka telah menunjukkan

pencapaian yang cemerlang di akademik ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri

tidak akan menghayati dan menghargainya pencapian tersebut dan hanya

mengambilnya pencapaian tersebut dengan tanpa makna.

Pelajar –pelajar yang telah mengalami tekanan emosi akan mengamali

keletihan yang melampau dan kurang bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah

seperti mata berkelip-kelip dan menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt

kepala pada setiap hari atau pada setiap minggu, menunjukkan tingkahlaku untuk

mendapatkan perhatian seperti tingkahlaku agresif, tidak berupaya rnembuat

keputusan dan hilang sifat kelucuan.

Tidak berminat dalam pelajaran dapat dikaitkan dengan tidak memahami

pelajaran yang diajar juga merupakan kesan terhadap emosi murid. Oleh itu kanak-

kanak atau murid-murid yang berkenaan biasanya bersikap negatif terhadap guru

seperti tidak suka menerima nasihat daripada guru, nakal dan pencapaian akademik

mereka rendah daripada kawan-kawan lain.

Kanak-kanak yang tidak suka belajar ini disebabkan oleh faktor biologi, iaitu

merangkumi faktor baka dan penyakit-penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan

urat saraf, mereka lemah dan tidak dapat memahami dan mengikuti setiap

pengajaran yang disampaikan oleh guru. Hal ini menyebabkan kanak-kanak ini tidak

memberikan perhatian pada setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Minat

belajar murid ini juga kurang akibat ibu bapa tidak memotivasikan anak-anaknya

untuk belajar bersungguh-sungguh. Murid sebegini juga seringkali cepat bosan

dengan teknik penyampaian pelajaran oleh guru-guru yang tidak membangkitkan

minat murid untuk belajar. Kanak-kanak ini juga mudah terpengaruh dengan rakan

sebaya dan persekitaran yang tidak sihat ditambah pula dengan sikap sambil lewa

mereka dalam pelajaran.

Page 20: Guru Dan Cabaran Semasa 1

Murid juga menjadi tidak berminat untuk belajar apabila peraturan dan disiplin

sekolah yang ketat dan berbeza dengan kawalan di rumah. Jika di rumah mereka

bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka tanpa disiplin yang ketat. Mereka

akan memberontak dan tidak mahu dan tidak berminat untuk belajar.

Mereka juga tidak boleh membaca dengan betul dan mengalami kekekokan

semasa menulis pada peringkat sekolah rendah. Keadaan ini secara tidak langsung

akan menyebabkan murid ini tidak berminat belajar dan ketinggalan dalam

pelajaran. Mereka lebih suka membuat bising di dalam kelas untuk mendapatkan

perhatian daripada guru dan tidak mahu membuat kerja yang diberikan oleh guru

kerana tidak faham.

Murid sebegini juga kurang keyakinan diri. Mereka akan cuba menolak diri

daripada melakukan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Hal ini berlak kerana

mereka merasa diri mereka sangat lemah dan tidak mampu untuk melakukan setiap

aktiviti yang dibuat di dalam kelas. Mereka lebih suka bermain dan mengganggu

rakan di dalam kelas.

Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara yang

dinyatakanmenunjukkan bahawa individu tersebut berkernungkinan mengalami

tekanan. Pelajar yang mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar

bahawa mereka sedang mengalami gangguan tekanan. Pengenalpastian kesan-

kesan yang dinyatakan bukan sahaja dapat memudahkan golongan ibu bapa

mernbantu pelajar yang tertekan bahkan pelajar yang menyedari bahawa mereka

menunjukkan slmptom-simptom tersebut boleh mendapatkan bantuan leblh awal

sebelum kesan negatif yang mungkin berlaku akibat tekanan berlaku pada diri

pelajar.

Contoh tekanan emosi murid

Page 21: Guru Dan Cabaran Semasa 1

Langkah Mengatasi Kesan Isu Sikap Ibu Bapa Terhadap Emosi Murid.

Bagi mengatasi kesan sikap ibu bapa terhadap emosi murid adalah dengan

ibu bapa itu sendiri memainkan peranan sistem kekeluargaan. Keluarga adalah

institusi pertama dalam masyarakat dan negara. Di situlah berkembangnyaindividu

serta terbentuknya tahaptahapawal pemasyarakatan. Oleh itu ia harus dipelihara

dan dijaga kemurniannya mengikut syariat yang telah digariskan oleh Allah

SWT.Cabaran keibubapaan ialah untuk membentuk komunikasi yang positif dan

berkesan antara suamiisteri dengan anakanak dan ahli keluarga lain dari awal

perkahwinan sehingga ke akhir hayat malah sehingga dibangkitkan pada kehidupan

abadi dan ia hanya dapat dihadapi jika ibu bapa mempunyai pengetahuan,

kemahiran, sikap dan emosi yang tulus dan peka.

Penghayatan keluarga adalah pemangkin ke arah meningkatkan kesedaran

supaya kita menjalankan tanggungjawab dan memainkan peranan sebenar dalam

keluarga. Ini bertujuan mengukuhkan institusi kekeluargaan kerana jika tiada

perhatian sewajarnya, ia akan mengakibatkan wujudnya masalahmasalah sosial

yang menghantui masyarakat ketika ini. Justeru perlu dimantapkan dengan

penyediaan diri dalam memainkan peranan sebagai pemimpin rumahtangga,

keluarga, bangsa, agama dan negara. Adalah dipercayai bahawa kesulitan yang

dialami oleh individu atau tingkahlaku bermasalah dapat dikesan dengan tepat

dalam keluarga berkenaan.

Dengan andaian ini juga ahli keluarga bermasalah boleh dibantu dalam

situasi keluarga mereka. Contohnya, sepasang ibu bapa yang sering berbalah akan

meninggalkan kesan emosi dan psikologi dalam perkembangan jiwa anak mereka.

Anak mungkin akan didapati tidak dapat memberikan tumpuan kepada apa yang

sedang dilakukan. Apabila diselidiki, anak mungkin menjawab bahawa takut kerana

tumpuan terganggu oleh bunyi bising perbalahan ibu bapa. Jelas disini, anak

bermasalah kerana masalah yang ditimbulkan oleh ibu bapa.Menjadi ibu bapa

merupakan satu jawatan atau peranan terpenting dalam struktur keluarga. Jika

sesuatu jawatan perlukan surat perlantikan maka surat lahir anak merupakan surat

perlantikan itu. Tugas dan tanggungjawab menjadi ibu bapa amat berat dan tentunya

akan

Page 22: Guru Dan Cabaran Semasa 1

memperolehi ganjaran. Tidak dalam bentuk kewangan tetapi ganjaran lain seperti

sumber inspirasi, sumber kebanggaan dan sumber peribadi yang sukar dipenuhi

oleh kejayaan lain. Ibu bapa hari ini menghadapi persekitaran yang berbeza zaman

mereka membesar di mana tiada internet, multimedia, permainan computer.

Selain itu, ibu bapa juga perlulah membina pendekatan sistem terapi keluarga

bagi mengatasi masalah ini. Perkembangan diri seseorang individu bermula dalam

lingkungan keluarga, budaya dan agama yang dianuti. Individu mewarisi agama dan

adat resam daripada keluarga dan keturunan. Apabila mereka memasuki alam

persekolahan, mereka membawa bersama kepercayaan dan nilai yang diperolehi

daripada keluarga, kawan-kawan, masyarakat, agama, budaya yang melibatkan

aspek diri serta perhubungan dengan individu lain. Kepercayaan dan nilai yang

ditanam dalam diri mereka ada kalanya bercanggahan dengan apa yang dialami di

dalam situasi persekitaran. Dalam hal ini, kanak-kanak mungkin mengalami konflik

untuk memilih emosi yang sepatutnya. Mereka sentiasa mencari makna dalam

kehidupan yang dipelajari melalui peranan yang dimainkan oleh sistem keluarga

sendiri. Pelbagai permasalahan yang menimpa mereka antaranya kesunyian, rasa

bersalah, marah, putus asa dan sebagainya biasanya terhasil.

Perundangan Negara dan dunia yang mengiktiraf Hak Asasi Kanak-Kanak

juga adalah cara dalam menangani tekanan emosi di kalangan murid. Kewujudan

undang-undang yang memperuntukkan perlindungan terhadap kanak-kanak

bukanlah satu perkara yang baru. Sejarah menunjukkan bahawa beberapa negara

seperti Amerika Syarikat dan England telah mempunyai undang-undang dan

perkhidmatan kebajikan kanak-kanak bagi melindungi kanak-kanak yang didera atau

diabaikan seawall abad ke-17 dan 18. Kebangkitan sentiment mengenai isu kanak-

kanak yang didera telah memuncak kembali pada awal tahun 1960-an berdasarkan

penyelidikan yang dijalankan oleh Dr Henry Kempe iaitu seorang pakar kanak-kanak

di Amerika Syarikat. Sejak itu, kesedaran dan usaha untuk menangani masalah

mengenai kanak-kanak telah diperhebat. Hak Asasi Kanak-Kanak ini telah

memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk membela diri mereka masing-

masing jika terdapat kesalahan yang dilakukan kepada mereka seperti penderaan

oleh kedua-dua ibu bapa.

Page 23: Guru Dan Cabaran Semasa 1

Pada peringkat kebangsaan, Malaysia menyatukan tiga undang-undang

perlindungan kanak-kanak dan mahkamah juvenil yang terdahulu untuk membentuk

Akta Kanak-Kanak 2001 yang menjadikan laporan penganiayaan kanak-kanak

mandatory. Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan

khas. Hal ini meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan

tanggungjawab perlindungan keluarga. Sekali lagi, mengesahkan keperluan bagi

perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Hal

ini meliputi hak sebelum dan selepas lahir, kepentingan hormat kepada nilai-nilai

kebudayaan komuniti kanak-kanak. Hal ini merupakan satu peranan yang amat

penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-kanak.

Pihak sekolah juga perlulah mengambil langkah sebagai mengatasi masalah

emosi murid dengan mengadakan kem yang melibatkan murid serta ibu bapa murid.

Kem tersebut bukan sahaja dapat memupuk nilai kasih saying antara ibu bapa dan

anak-anak mereka, malah kerjasama antara guru dan ibu bapa. Masa yang ibu bapa

luangkan bersama anak-anak mereka dapat mendekatkan diri ibu bapa dengan

anak-anak. Justeru, pelbagai pihak diperlukan bagi mengatasi masalah tekanan

emosi dikalangan murid, namun penekanan diberikan kepada ibu bapa yang perlu

mengatasi masalah emosi di kalangan murid kerana ibu bapa lebih mempunyai

masa bersama anak-anak mereka di rumah bebanding pihak-pihak lain.

Page 24: Guru Dan Cabaran Semasa 1

KESAN ISU UTAMA TERHADAP EMOSI GURU.

Pada masa kini, dunia pendidikan sering menjadi isu penting tidak kira sama

ada dari segi pendidiknya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan,

ganjaran dan kenaikan pangkat ataupun isu-isu semasa yang sering membabitkan

diri pendidik tersebut. Oleh itu, profesion perguruan sering dianggap oleh

masyarakat bahawa bidang ini bukanlah satu tugas yang sukar dan rumit kerana

kebanyakan mereka menganggap kerjaya guru hanya duduk di dalam kelas dan

menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya sahaja.  

Selain itu, terdapat juga orang yang berpendapat bahawa guru hanya perlu

membuat kerja-kerja perkeranian seperti menaip dan mengisi boring yang berkaitan

dengan murid. Justerunya, masyarakat kini sememangnya tidak begitu memahami

secara mendalam terhadap profesion keguruan dan tanggungjawab yang dipikul

oleh para guru.

  Namun begitu, di negara kita masih terdapat persoalan-persoalan mengenai

tekanan kerja di kalangan guru sering dibincangkan di mana-mana sahaja pada bila-

bila masa. Ini adalah kerana profesion sebagai seorang guru merupakan salah satu

profesion yang sungguh mencabar. Tanggungjawab yang menyatakan bahawa guru

umpama ‘lilin yang membakar diri’ bukan sahaja di dalam masyarakat kita tetapi di

negara-negara lain juga memandangkan tugas seseorang guru begitu banyak dan

tanggungjawabnya adalah amat berat terutamanya terdapat banyak cabaran yang

perlu dihadapi oleh seseorang guru dalam era globalisasi ini. Di negara kita,   antara

cabaran yang dihadapi oleh warga pendidik adalah cabaran Wawasan 2020 untuk

melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya

saing. 

  Dengan itu, tanggungjawab dan tugas guru yang begitu mencabar telah

memberikan tekanan stres secara tidak langsung dan menyebabkan perkara-

perkara yang tidak diingini berlaku. Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa kini

terdapat kes-kes yang berkaitan dengan guru sering berlaku dan dilaporkan melalui

media massa. Kebanyakan Kes yang berkaitan dengan guru adalah amat serius

sehingga terdapat segelintir kes telah menyebabkan kecederaan dan kematian.  

Page 25: Guru Dan Cabaran Semasa 1

Dalam kes ‘ Bisikan Misteri Arah Guru Amuk’ yang berlaku di SK Sabur, Kota

Kinabalu adalah amat serius kerana guru tersebut telah mengamuk sehingga

menggunakan pedang samurai dan menyebabkan seramai 14 orang guru termasuk

dua orang guru wanita terpaksa menyembunyikan diri dalam hutan paya bakau.

Walaupun tiada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku, akan tetapi

tingkah laku guru tersebut yang kurang waras telah mengancam keselamatan rakan

sejawat yang lain. Ini mungkin akan membawa sebarang kecederaan ke atas guru-

guru yang tinggal bersamanya. Sumber berkata bahawa suspek tersebut mendakwa

terdapat suara perempuan yang sering mengganggunya sejak beberapa minggu lalu

dan menyebabkan dia tidak dapat bertahan sehingga mengamuk.  

Page 26: Guru Dan Cabaran Semasa 1

BAHAGIAN BPENGHASILAN PETA

PEMIKIRAN

Page 27: Guru Dan Cabaran Semasa 1

PERSEKITARAN MURIDBilik DarjahSekolahRumahPersekitaran kondusifSuasana sesi pengajaran dan pembelajaran yang selesaBersihCeriaRakan sebaya yang mempunyai tingkah laku yang positif.

Nilai kasih sayang antara guru dan murid-murid.Suasana sekolah yang ceriaPersekitaran yang bersihPergaulan yang baik di antara murid dan warga sekolah.

Page 28: Guru Dan Cabaran Semasa 1
Page 29: Guru Dan Cabaran Semasa 1

REFLEKSI

Page 30: Guru Dan Cabaran Semasa 1

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta rahmat dari-Nya dapatlah saya siapkan tugasan ini dengan

sepenuhnya pada masa yang ditetapkan. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Tn. Hj. Mansor bin Mohamad, selaku

pensyarah bagi subjek ini. Hal ini disebabkan beliau banyak memberi tunjuk ajar dan menerangkan cara-cara untuk memastikan

tugasan ini diselesaikan dengan sempurna.

Selain itu, terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu. Tanpa mereka nescaya tidak sempurnalah

tugasan saya ini. Walaupun pada awalnya saya agak risau dan tertekan kerana sukarnya untuk memahami kehendak soalan

maklumat mengenai tugasan ini, namun keazaman dan ketekunan akhirnya membuahkan hasil. Banyak faedah yang saya perolehi

sepanjang proses menyempurnakan tugasan ini.

Ketika menyiapkan tugasan ini, saya telah menghadapi beberapaa masalah kerana tugasan ini agak rumit dari segi

perlaksanaannya. Masalah pertama adalah saya menghadapi masalah kekurangan sumber-sumber rujukan. Saya telah mencari

bahan rujukan di perpustakaan, tetapi tidak banyak sumber yang saya perolehi kerana banyak buku telah dipinjam oleh pelajar-

pelajar lain.

Tugasan ini juga memerlukan masa yang banyak dan saya telah menghadapi masalah dengan masa kerana pada masa

yang sama saya juga perlu menyempurnakan kajian tindakan yang sedang dijalankan. Hal ini menyebabkan kekangan masa bagi

menyiapkan tugasan ini disebabkan oleh komitmen yang terpaksa diberikan terhadap proses menyiapkan laporan kajian tindakan.

Kelebihan dalam menyelesaikan tugasan ini memberikan kelebihan kepada para guru pelatih. Tugasan ini adalah bertujuan

memberikan pendedahan kepada bakal guru bagi mempersiapkan diri dengan pelbagai cabaran dan tanggungjawab sebagai

persediaan untuk menghadapai alam pekerjaan yang sebenar. Hal ini kerana, apabila kita terlibat dalam dunia keguruan tentu

sekali pelbagai cabaran dan perkara akan timbul dan memerlukan kita bersedia lebih awal untuk menangani masalah itu kelak. Di

samping itu, para guru yang akan melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar harus benar-benar faham dan mahir dengan

Page 31: Guru Dan Cabaran Semasa 1

perubahan pendidikan pada masa sekarang dari segi kerja guru, sikap ibu bapa, perkembangan teknologi serta pengaruh

persekitaran.

Selain itu, tugasan ini juga memberikan kami para bakal guru mendapat pendedahan awal mengenai perbezaan arus

pendidikan pada masa dahulu dan sekarang. Cabaran yang lebih besar bagi pendidikan pada zaman sekarang memerlukan guru-

guru bersedia lebih kepada mental bagi menghadapi suasana pekerjaan sebagai seorang guru.

Tugasan ini juga memerlukan saya mernghasilkan peta minda berasaskan i-Think. Hal ini dapat memberikan ilmu kepada

bakal guru bahawa pendidikan sekarang memerlukan pembelajaran yang berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Jika hal ini

tidak ditekankan, guru boleh dikatakan ketinggalan arus peredaraan zaman dan hal ini menyebabkan pelbagai isu yang timbul dari

segi guru tersebut seperti tekanan emosi.

Saya amat berbesar hati dan berharap tugasan ini diterima oleh pensyarah serta menepati kehendak tugasan ini. Harapan

saya juga, semoga apa yang kami persembahkan ini dapat memberi sedikit pengajaran kepada pembaca dan penggunanya di

masa depan.

Sekian, terima kasih.