assignment guru & cabaran semasa

28
Pendahuluan Pada masa kini, pendidikan adalah merupakan antara elemen terpenting dalam kehidupan manusia. Pendidikan merupakan proses berterusan yang berlaku dan suatu proses yang membentuk kebolehan dan sikap manusia. Sistem pendidikan merupakan satu aliran yang terancang dan sistematik terhadap perkembangan diri manusia dengan tujuan melengkapkan seseorang individu itu supaya dapat menjalani kehidupan yang berkualiti dan sempurna. Hasrat yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini secara tidak langsungnya menjadi garis panduan terhadap semua jenis aktiviti pendidikan di Malaysia. Proses pendidikan di sekolah khususnya berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan secara khusus dan sepenuhnya semua pendidik bagi memastikan individu ataupun pelajar mengalami satu proses pembelajaran yang selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan dapat melahirkan bangsa Malaysia yang berdaya saing dengan bangsa – bangsa negara yang lain di mana pendidikan menyediakan satu ruang pembelajaran yang

Upload: hzsoonarr

Post on 13-Dec-2015

65 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cdcs

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Guru & Cabaran Semasa

Pendahuluan

Pada masa kini, pendidikan adalah merupakan antara elemen

terpenting dalam kehidupan manusia. Pendidikan merupakan proses

berterusan yang berlaku dan suatu proses yang membentuk kebolehan dan

sikap manusia. Sistem pendidikan merupakan satu aliran yang terancang

dan sistematik terhadap perkembangan diri manusia dengan tujuan

melengkapkan seseorang individu itu supaya dapat menjalani kehidupan

yang berkualiti dan sempurna.

Hasrat yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu

pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini secara tidak

langsungnya menjadi garis panduan terhadap semua jenis aktiviti pendidikan

di Malaysia. Proses pendidikan di sekolah khususnya berkaitan dengan

proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan secara khusus dan

sepenuhnya semua pendidik bagi memastikan individu ataupun pelajar

mengalami satu proses pembelajaran yang selaras dengan hasrat yang

terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan dapat melahirkan bangsa Malaysia yang berdaya saing

dengan bangsa – bangsa negara yang lain di mana pendidikan menyediakan

satu ruang pembelajaran yang menyeluruh kerana pengajaran dan

pembelajaran di sekolah bukan sahaja berkaitan dengan peningkatan ilmu

pengetahuan dalam sesuatu bidang ilmu tetapi juga berkaitan dengan

mengaplikasi ilmu dan kemahiran dalam kehidupan seharian. Bidang

pendidikan merupakan faktor yang mempengaruhi kemajuan potensi diri

individu seseorang pelajar seterusnya memberi kesan terhadap kemajuan

sesebuah negara. Lantas, bidang pendidikan sering kali menerima pelbagai

cabaran dan salah satu cabarannya iaialah cabaran globalisasi pendidikan.

Page 2: Assignment Guru & Cabaran Semasa

Secara umumnya, globalisasi merupakan satu proses untuk

meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh

sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Proses ini

menyebabkan negara kita tidak lagi mempunyai sempadan antara negara –

negara yang lain dan pelbagai maklumat yang disalurkan melalui berbagai –

bagai jenis media komunikasi seperti internet, media elektronik dan

sebagainya. Perkembangan ini menyebabkan perhubungan di antara

sesebuah negara dengan negara lain dapat dilakukan dalam tempoh yang

singkat seterusnya pendidikan di Malaysia juga turut mengalami revolusi

daripada proses globalisasi ini.

Dewasa ini, pendidikan tanpa sempadan akan memberikan impak

yang besar terhadap bidang pendidikan di Malaysia. Antaranya iaitu

perubahan corak dalam pendidikan akibat daripada globalisasi dalam

teknologi maklumat dan komunikasi. Corak pendidikan perlu setaraf dengan

negara – negara luar di mana pendidikan Malaysia harus mempunyai kualiti

pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu supaya guru dan pelajar tidak

ketinggalan untuk berada pada landasan yang sama.

Kesimpulannya, pendidik terutamanya guru perlu mempersiapkan diri

untuk menerima ilmu baru. Hal ini kerana pelajar masa kini cepat

mendapatkan pelbagai maklumat dan kebanyakan daripada mereka sudah

mahir menggunakan teknologi maklumat bahkan pemahaman dan

keupayaan mereka adakalanya melebihi guru. Jadi, pendidikan juga turut

tidak terkecuali dalam menerima cabaran globalisasi dan cabaran ini dan

diharap perkara ini tidak menjejaskan para pendidik untuk melahirkan modal

insan yang cemerlang dan berkualiti pada masa hadapan.

Page 3: Assignment Guru & Cabaran Semasa

2.0 INTIPATI MINDA KELAS PERTAMA

“Manusia yang berminda kelas pertama ialah mereka yang sentiasa

menajna mindanya melalui empat ciri utama, iaitu kesedaran kendiri,

ingin tahu (curiosity), fokus dan inisiatif”.

-Jim Canterucci (2005)

-Personal Brilliance: Mastering the Everyday habits that Create a

Lifetime of Success

‘Minda Kelas Pertama’ difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang

mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat,

negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu

yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk

kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik. Inilah yang

boleh dilabelkan sebagai agenda pembangunan tamadun dengan acuan imej

tersendiri ( Zakaria Ahmad : 2006).

Minda Kelas Pertama merupakan cetusan idea YAB Dato’ Seri

Abdullah Ahmad Badawi dalam satu ucapan beliau pada 06 Mac 2003

berhubung konsep fisrt world infrastructure, but third world mentality dan

menjadi teras ke-2 dalam Misi Nasional untuk meningkatkan keupayaan

pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.

Seterusnya konsep minda kelas pertama telah diutarakan oleh YAB Perdana

Menteri semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Minda

Kelas Pertama akan menghasilkan kerja kelas pertama. Hal ini bermakna

kerja kelas pertama bermula dengan individu yang memiliki pemikiran,

emosi, perlakuan, sikap dan spiritual (Zakaria Ahmad : 2006).

Minda Kelas Pertama adalah agenda jangka masa panjang yang

memerlukan segenap usaha serta komitmen daripada setiap peringkat

masyarakat. Setiap etnik, kelas sosial, komuniti dan institusi perlu mengambil

bahagian dalam merealisasikan misi ini. Usaha perlu dimulakan dengan

azam yang kuat bagi memulakan era pembudayaan agenda ini. Tiga strategi

utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui

Page 4: Assignment Guru & Cabaran Semasa

peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan;

pengukuhan keupayaan sains, R&D dan inovasi, dan pembentukan

masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral ( Zakaria Ahmad :

2006 ).

3.0 PERANAN SISTEM PENDIDIKAN MEMBENTUK MINDA KELAS

PERTAMA

Dasawarsa ini, negara kita telah menempah nama di persada

antarabangsa dan nama Malaysia tidak lagi asing di kaca mata dunia.

Sejajar dengan itu, pembangunan di negara kita telah gah berkembang

mengikut peredaran masa. Tidak hairanlah negara kita mampu berdiri sama

tinggi dengan negara-negara maju di persada dunia. Seiringan dengan itu,

peluang pendidikan juga menuntut kepakaran ilmu yang setaraf dengan

bidang yang ditawarkan agar mampu melahirkan modal insan minda kelas

pertama. Oleh yang demikian, pelajar perlulah mendapat keputusan yang

cemerlang agar mampu merebut peluang kerjaya yang ditawarkan di negara

ini. Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan penting dalam

mengorak langkah yang dinamik agar mampu melahirkan modal insan minda

kelas pertama di negara ini. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang

diambil oleh pihak kerajaan untuk melahirkan pelajar yang berprestasi tinggi

di negara ini ?

Dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK 9) teras kedua ialah

meningkatkan keupayaan pengetahuan dan kreativiti dan inovasi (k-worker).

Elemen pertama ialah memupuk minda kelas pertama , elemen kedua ialah

modal insan termasuklah melahirkan insan yang intelek dan berkeperibadian.

Elemen ketiga ialah penambahbaikan sistem pendidikan secara menyeluruh,

elemen keempat ialah penyelidikan dan pembangunan (R&D) persekitaran

dan elemen kelima ialah masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan

moral.. Oleh kerana memupuk minda kelas pertama adalah merupakan

elemen pertama maka sewajarnyalah kita sebagai pendidik memainkan

peranan penting bagi memastikan hasrat kerajaan ini mencapai

matlamatnya. Dalam tempoh RMK 9, usaha akan dipergiat untuk

Page 5: Assignment Guru & Cabaran Semasa

membangunkan modal insan demi memacu transformasi negara ke arah

ekonomi berasaskan pengetahuan. Beberapa program dan projek telah

dilaksana bagi mencapai keutamaan misi nasional, iaitu antaranya

menambah baik sistem pendidikan, meningkatkan inovasi dan memastikan

pembangunan modal insan yang menyeluruh termasuklah meningkatkan

akses dan kualiti sistem pendidikan di seluruh peringkat. Pelancaran PIPP

2006-2010 merupakan tahun kritikal untuk mencapai kejayaan bagi

memartabatkan pembangunan pendidikan di negara ini. Salah satu faktor

terpenting bagi menjana kemajuan negara untuk melahirkan modal insan

cemerlang minda kelas pertama ialah melalui sistem pendidikan.Modal insan

merupakan aset negara yang terpenting bagi menghadapi perkembangan

negara jiran, serantau, dan global.

Merujuk kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

Teras 2: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta

memupuk `minda kelas pertama’

• Melaksanakan penambahbaikan secara komprehensif ke atas sistem

penyampaian, pendidikan dan latihan;

• Memperkasakan sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan utama

rakyat Malaysia;

• Merapatkan jurang prestasi antara sekolah di luar bandar dengan sekolah

di bandar;

• Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan

berkualiti, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat di semua peringkat;

• Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan Sains dan Teknologi

(S&T) yang kukuh;

• Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang

mempunyai perspektif progresif dan sistem nilai yang boleh diteladani; dan

• Memperluas forum perbincangan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa

dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

Page 6: Assignment Guru & Cabaran Semasa

Dari satu sudut lain, Malaysia, sebagai negara pesat membangun,

sedang mengalami perubahan selaras dengan hasrat untuk mencapai

Wawasan 2020. Antara cabaran Wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan

dan membangunkan masyarakat maju bersifat holistik. Masyarakat Malaysia

ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar

akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh

rakyat negara lain. Misi Nasional yang diperkenalkan bertujuan untuk

menyahut cabaran Wawasan 2020 dalam jangka masa 7 tahun akan datang.

Pendekatan Misi Nasional memberi penekanan ke atas pembangunan modal

insan minda kelas pertama yang akan merealisasikan kejayaan Malaysia

sebagai negara yang dihormati dan disegani.

Seiring dengan Visi dan Aspirasi yang dinyatakan dalam Laporan

Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM),

menekankan konsep ‘kualiti’ yang perlu ada pada setiap murid. Maka

pendidikan, ibu bapa, murid dan semua ahli masyarakat perlu bersatu dalam

merealisasikan visi pendidikan sebagai wadah pembangunan murid yang

holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk maju, PPPM

menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi

membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi

murid. Ciri-ciri individu masyarakat maju ini adalah untuk melengkapkan diri

bagi menghadapi dunia global masa hadapan.

Sistem Pendidikan merupakan agenda penting dalam membangunkan

dan memajukan negara. Sistem pentaksiran dalam pendidikan boleh

dijadikan instrumen penggerak bagi membentuk individu cemerlang intelek,

jasmani, rohani, emosi, sahsiah dan berkemahiran tinggi. Setiap warga

pendidik dan masyarakat umum perlu memahami matlamat sebenar

mengenai pentaksiran.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan kaedah pentaksiran

yang mencorakkan hala tuju sistem pentaksiran baharu. Ia adalah hasil

usaha sama para pemikir, pembentuk polisi, wakil-wakil bahagian dan

Page 7: Assignment Guru & Cabaran Semasa

jabatan di Kementerian Pelajaran. Khidmat nasihat dan pandangan daripada

pakar pendidikan, pakar pentaksiran tempatan dan luar negara, penasihat

undang-undang dan pendapat orang ramai juga diambil kira dalam

merekabentuk PBS. Kaedah pelaksanaan PBS adalah berdasarkan kepada

model-model pentaksiran dari luar negara yang disesuaikan mengikut

konteks budaya, kehendak tempatan dan acuan Malaysia tetapi masih setara

dengan amalan pentaksiran antarabangsa. PBS berhasrat untuk memenuhi

hasrat FPK dengan menilai potensi individu secara menyeluruh dari awal

hingga tamat persekolahan dan tidak tertumpu kepada perkembangan

intelek sahaja. PBS bukan sahaja mentaksir kebolehan kognitif individu tetapi

menjurus kepada pembinaan sahsiah, motivasi diri, sosial individu,

masyarakat dan keluarga yang dipupuk bersama dengan aspek

kecemerlangan diri dan akademik individu. PBS berupaya menyumbang

kepada pembentukan modal insan yang berfikiran kritis dan kreatif,

berkemahiran menyelesaikan masalah, berdaya mencipta peluang baharu,

mempunyai ketahanan dan kebolehan berhadapan dengan persekitaran

dunia global yang sering berubah sekaligus memliki minda yang dikatakan

sebagai minda kelas pertama.

“…Bagi melaksanakan pentaksian secara holistik, Kementerian

melaksanakan kedua-dua bentuk penilaian iaitu peperiksaan awam dan juga

Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Melalui pelaksanaan PBS, pendekatan

paling tepat dapat digunakan untuk memantau dan menilai samada enam ciri

aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,

kemahiran dwi bahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional benar-

benar dapat dibangunkan dalam diri murid melalui pengajaran dan

pembelajaran di sekolah.”

Menteri Pelajaran Malaysia

2013

Page 8: Assignment Guru & Cabaran Semasa

Selain itu, kerajaan juga memastikan setiap pelajar di negara ini wajib

menerima pendidikan dari peringkat akar umbi agar mampu melahirkan

golongan yang celik huruf kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pendidikan adalah merupakan keperluan asas bagi kanak-kanak seawal

peringkat prasekolah lagi. Hal ini amat bertepatan dengan matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan iaitu, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Golongan muda yang

didedahkan dengan kepentingan ilmu pengetahuan nescaya mereka akan

dapat memberi sumbangan dan jasa kepada negara apabila mereka

mencapai alam kedewasaan kelak kerana pemuda harapan bangsa, pemudi

tiang negara. Pucuk pimpinan negara kita pada masa akan datang terletak

pada bahu generasi muda pada hari ini. Oleh itu, tindakan kerajaan

memastikan setiap pelajar menerima pendidikan wajib adalah amat wajar

untuk melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama.

Seterusnya kita melihat usaha dalam melahirkan minda kelas pertama

adalah melalui lapan teras Dasar Pembangunan Modal Insan yang telah

digariskan iaitu :

1. Melaksanakan penambaikan serta komprehensif terhadap sistem

penyampaian pendidikan dan latihan.

2. Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan

utama rakyat Malaysia bagi meningkatkan perpaduan negara. Untuk

tujuan ini, subjek bahasa Mandarin dan Tamil akan diperkenalkan.

3. Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi di antara

sekolah luar bandar dan bandar termasuk menggantikan semua

sekolah daif bagi menyediakan persekitaran pengajaran dan

Page 9: Assignment Guru & Cabaran Semasa

pembelajaran yang lebih kondusif serta menempatkan guru

berpengalaman di sekolah luar bandar.

4. Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan

pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan

majikan.

5. Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan

latihan dan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) yang

berkualiti di semua peringkat.

6. Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan sains dan

teknologi yang kukuh dan memiliki kemampuan memperoleh dan

menggunakan pengetahuan.

7. Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat

yang mempunyai perspektif progresif, sistem nilai yang boleh

diteladani dan budaya mengutamakan prestasi tinggi serta

menghargai tradisi dan warisan.

8. Memperluas dan memperkemas forum perbincangan dan

perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat

dalam pembangunan modal insan.

Dalam usaha untuk “menaiktarafktaraf” minda kelas pertama dan kualiti

pendidikan dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan, Kementerian Pelajaran

Malaysia memberi tumpuan kepada empat agenda utama. Pertama

memperkasakan Sekolah Kebangsaan agar menjadi pilihan utama rakyat.

Kedua ialah membangunkan system pendidikan bertaraf dunia agar generasi

yang dilahirkan mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi.

Ketiga, merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara

bandar dan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya,

jurang digital dan jurang di antara mereka yang normal dengan mereka yang

berkeperluan khas. Ini bertujuan agar tidak ada sebarang golongan yang

tercicir dari arus perkembangan negara. Keempat ialah memartabatkan

profesion perguruan agar profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai

dengan amanah yang dipikulnya sebagai profesion yang berada di barisan

paling hadapan dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. Dalam

Page 10: Assignment Guru & Cabaran Semasa

usaha untuk memartabatkan profesion keguruan, Kementerian Pelajaran

telah merangka empat strategi utama. Pertama, memantapkan latihan

perguruan. Kedua, menambah baik kerjaya guru. Ketiga, memperbaiki

persekitaran kerja. Keempat, memperkasa kerjaya perguruan.

Dan yang plaing jelas dewasa ini adalah unsur KBAT, Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan agenda utama negara. Kemampuan

murid-murid menguasai KBAT dalam proses pembelajaran dan pengajaran

(PdP) menjadi fokus utama setiap guru merancang pengajarannya.

KESIMPULAN

Sememangnya Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

telah bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berkompeten, berkreatif dan

inovatif. Hal ini kerana kita tidak seharusnya menjadi pengguna teknologi

sebaliknya hendaklah menjadi penyumbang teknologi. Untuk merealisasikan

matlamat ini, sistem pendidikan kita hendaklah menerapkan kemahiran

kompeten, kreatif dan inovasi dalam kurikulum sekolah. Sebagai menyahut

seruan kerajaan ini, saya sebagai guru telah mencuba sedaya upaya saya

untuk merealisasikannya sedikit sebanyak dalam pengajaran saya. Matlamat

pendidikan adalah untuk melatih pelajar berfikir dan mencapai tahap mahir.

Kemahiran dapat dikuasai melalui pengajaran dan pembelajaran yang

tersusun di samping mempunyai keazaman untuk memperbaikinya dan

diikuti dengan latihan. Laporan Jemaah Nazir Persekutuan mendapati ramai

guru yang tidak menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi

dalam pengajaran walaupun telah lama diperkenalkan di sekolah secara

tidak formal. Pelajar berminat untuk belajar jika pengajaran berbantukan

kreativiti, kewajaran dan justifikasi.. Oleh itu tugasan ini menyelongkar sedikit

sebanyak kaedah yang telah saya gunakan untuk memupuk kemahiran

berfikir secara kreatif dan inovasi tersebut. Pelbagai kaedah telah dihuraikan

dalam tugasan ini. Adalah menjadi harapan saya dengan menekankan

kemahiran ini maka modal insan minda kelas pertama dapat dilahirkan.

Page 11: Assignment Guru & Cabaran Semasa

TUGASAN 2

Page 12: Assignment Guru & Cabaran Semasa

4.0 ULASAN ARTIKEL

Artikel yang di ulasan ini adalah berkaitan dengan guru cemerlang

yang merangkumi peranan, kejayaan guru cemerlang tersebut dan impak ke

atas profesion perguruan. Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah

memilih satu jurnal yang bertajuk ‘Penerapan komunikatif dalam Pengajaran

bahasa Melayu’ yang ditulis oleh Mohd Asri Harun dan Zulkifley Hamid.

Kajian ini dilakukan kepada seorang guru cemerlang bahasa Melayu sekolah

rendah. Guru cemerlang ini telah mengamalkan lima prinsip dalam amalan

komunikatif dalam perancangan dan pelaksanaan pengajarannya.

Menurut Teo Kok Seong (2007), kecekapan komunikatif ini penting

kerana komunikasi yang berkesan diberi penekanan dalam pendidikan

bahasa Melayu. Hal ini bertepatan dengan fungsi utama bahasa sebagai alat

komunikasi. Seperti yang telah kita ketahui, seseorang murid perlu

menguasai tiga kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur,

membaca dan menulis. Pendekatan komunikatif ini telah dapat membantu

murid untuk meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur murid sejak

dari sekolah rendah lagi. Hal ini demikian kerana melalui fungsi utama ini

dapat membantu murid berkomunikasi dengan ahli keluarga, rakan dan

masyarakat untuk menyatakan keinginan, mendapatkan ilmu pengetahuan

dan sebagainya. Komunikasi yang berkesan ialah apabila berlakunya

komunikasi dua hala di antara guru dengan murid. Kenyataan ini disokong

dalam jurnal yang bertajuk ‘Analisis komunikasi dua hala guru dengan pelajar

dalam persediaan mengajar guru pelatih’, yang menyatakan komunikasi dua

hala dapat membantu mencapai matlamat kewujudan komunikasi.

Komunikasi dua hala memberi ruang kepada pendengar untuk menilai

ketepatan mesej yang diterima daripada penutur.

Page 13: Assignment Guru & Cabaran Semasa

Berdasarkan jurnal yang dipilih, iaitu ‘Penerapan komunikatif dalam

Pengajaran bahasa Melayu’ kajian ini telah dilaksanakan ke atas seorang

guru cemerlang bahasa Melayu. Nama beliau tidak dinyatakan dalam jurnal

yang dirujuk. Guru cemerlang ini merupakan seorang guru yang mengajar di

salah sebuah sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu. Beliau

mempunyai kelayakan ijazah pertama dan berpengalaman luas dalam

pendidikan bahasa Melayu. Hal ini menepati dengan ciri-ciri yang perlu

dimiliki oleh seorang guru cemerlang seperti yang dinyatakan dalam Buku

Terma Rujukan Guru Cemerlang iaitu, pengetahuan dan kemahiran yang

merujuk kepada guru cemerlang tersebut sememangnya pakar dalam bidang

atau mata pelajaran yang diajarkan. Bukan itu sahaja, kejayaan guru

cemerlang ini juga dapat dilihat apabila terlibat secara langsung dalam

program-program Lembaga Peperiksaan Malaysia, Bahagian Pendidikan

Guru, Bahagian Sekolah Harian dan Jabatan Pendidikan Negeri

Terengganu. Guru cemerlang yang dipilih melalui jurnal ini juga merupakan

tenaga penting dalam pembangunan pendidikan bahasa Melayu sekolah

rendah negeri Terengganu dan pernah memegang jawatan penting sebagai

ketua fasilitator dan ketua jurulatih utama bahasa Melayu negeri

Terengganu. Melalui pengalaman serta jawatan yang pernah dipegang oleh

guru cemerlang ini sememangnya melayakkan dirinya mendapat anugerah

guru cemerlang kerana banyak terlibat dalam hal-hal meningkatkan

pendidikan bahasa Melayu.

Melalui kajian yang dilaksanakan, guru cemerlang ini berperanan

memberi pembelajaran bermakna kepada murid-muridnya. Hal ini

bermaksud dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan, guru cemerlang tersebut cuba mewujudkan interaksi sosial

sesama murid. Pembelajaran bermakna ini merujuk kepada kesan

pelaksanaan aktiviti itu kepada murid. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat

(2005), pembelajaran bermaksud proses kegiatan belajar manakala

perkataan bermakna pula merujuk kepada mempunyai (mengandungi) erti,

bererti, penuh tujuan, bermanfaat, dan penting. Dapatlah saya simpulkan di

sini bahawa sesuatu pembelajaran itu mestilah yang memberikan manfaat

Page 14: Assignment Guru & Cabaran Semasa

kepada murid. Ilmu yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan

seharian mereka.

Guru cemerlang ini juga berperanan sebagai fasilitator yang merujuk

kepada pemudah cara dalam proses pembelajaran murid. Hal ini demikian

kerana dalam pengkaji ada menyatakan bahawa guru cemerlang ini

melaksanakan aktiviti berdasarkan gambaran situasi sebenar. Misalnya,

dengan menggunakan wacana cerita binatang, guru cemerlang menjalankan

aktiviti penggunaan bahasa dalam bentuk penceritaan, main peranan dan

lakonan. Ianya seiring dengan pendekatan yang digunakan oleh guru

cemerlang tersebut iaitu, pendekatan komunikatif. Apabila murid

mengaplikasikan pembelajarannya yang diajarkan mereka dapat

mewujudkan situasi komunikasi sebenar dalam pembelajaran komunikatif.

Apabila murid berasa seronok untuk mengikuti pengajaran guru, mereka

akan lebih mudah untuk menerima ilmu yang disampaikan terutama apabila

turut diaplikasikan ke dalam situasi sebenar.

Di samping itu, guru cemerlang ini juga berperanan dalam mewujudkan

pembelajaran berdasarkan keperluan murid. Menurut Widdowson (1979)

dalam kajian yang dinyatakan oleh Mohd Asri Harun dan Zulkifley Hamid

(2014), kecekapan menggunakan bahasa secara tepat dalam pelbagai

konteks kehidupan merupakan suatu keperluan bagi setiap murid. Jesteru,

program bahasa sama ada melibatkan objektif atau aktiviti perlulah

berdasarkan keperluan dan minat pelajar. Hal ini bermaksud guru cemerlang

ini melaksanakan aktiviti berdasarkan spesifikasi keperluan murid, iaitu

kecekapan menggunakan bahasa dalam proses jual beli. Aktiviti ini sangat

dekat dengan diri murid kerana setiap hari murid akan sentiasa terdedah

dengan urusan jual beli dengan penjual makanan di kantin sekolah ketika

waktu rehat atau ketika berada di luar sekolah. Guru cemerlang ini berjaya

merancang aktiviti yang menyeronokkan melalui aktiviti simulasi jual beli.

Secara tidak langsung, aktiviti simulasi ini berupaya merangsang amalan

komunikatif kerana murid mempunyai pengalaman sedia ada dalam

melaksanakan aktiviti tersebut. Guru juga dapat memperbetulkan terus

bahasa yang digunakan murid ketika aktiviti sedang dilaksanakan.

Page 15: Assignment Guru & Cabaran Semasa

Sehubungan dengan itu, guru cemerlang ini juga berperanan sebagai

pendorong dalam pengajaran komunikatif. Hal ini dinyatakan sendiri oleh

pengkaji yang mendapati guru cemerlang sentiasa memberi dorongan

kepada murid-murid untuk menjalankan akriviti bahasa. Misalnya, guru

cemerlang berkenaan sentiasa memberi kata-kata seperti ‘bagus’ dan

‘tahniah’ kepada murid-muridnya. Apabila murid mendapat dorongan seperti

ini, mereka akan lebih yakin lagi untuk memberikan pandangan mahupun

idea berkaitan pengajaran pada hari tersebut. bahkan, mereka juga akan

terlibat secara aktif semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Lantaran itu, penerapan amalan komunikatif yang dilaksanakan oleh

guru cemerlang ini menekankan fungsi penggunaan bahasa sebagai media

komunikasi melalui pewujudan situasi sebenar serta dapat membantu untuk

merealisasikan matlamat pendidikan bahasa Melayu di negara ini.

Page 16: Assignment Guru & Cabaran Semasa

REFLEKSI

Tugasan KKP EDU Guru dan Cabaran Semasa adalah tugasan yang

telah diwajibkan ke atas semua guru pelatih Semester 8. Tugasan ini

bertujuan untuk mempersiapkan seorang guru dalam menempuh cabaran di

dunia pekerjaan sebenar. Di samping itu, tugasan ini juga dapat membantu

para guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran untuk memilih maklumat

yang relevan dengan tugas dan menganalisa maklumat untuk

dipersembahkan sebagai satu hasil kerja yang berkualiti.

Bagi melaksanakan tugasan ini saya membuat bacaan daripada

pelbagai sumber seperti internet, buku, dan surat khabar. Bacaan dibuat

untuk pencarian maklumat tentang isu yang berkaitan dengan guru di mana

saya telah memilih ‘guru cemerlang’ dan juga tugasan 1 mengenai harapan

dalam melahirkan modal insan kelas pertama . Sewaktu menjalankan proses

pencarian maklumat saya berhadapan dengan pelbagai masalah yang

sedikit sebanyak mengganggu kelancaran proses untuk menyempurnakan

tugasan ini. Antara masalah yang dihadapi adalah kesukaran untuk mencari

maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan soalan tugasan yang di

berikan serta sumber maklumat yang terhad terutamanya buku. Saya telah

berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mencari maklumat di laman

sesawang dan bertukar-tukar maklumat dengan rakan-rakan saya.

Selain itu, masalah untuk membahagikan masa untuk tugasan ini dan

komitmen terhadap perkara yang lain juga menggusarkan saya terutamanya

ketika tarikh untuk menghantar tugasan semakin hampir. Situasi ini telah

mengajar saya bagaimana untuk menguruskan masa dengan betul dan

Page 17: Assignment Guru & Cabaran Semasa

menyedarkan saya untuk menggunakan peluang yang ada dengan sebaik

yang mungkin.

Berdasarkan tugasan ini saya telah mempelajari kaedah untuk

membuat penyelidikan dokumen. Kaedah yang saya gunakan adalah

dengan mencari isu-isu terkini yang berkaitan dengan guru melalui pelbagai

sumber. Melalui maklumat yang di peroleh, saya juga dapat menganalisis

secara kritis dan kreatif. Menurut Sperry (1970), di mana ia menghuraikan

otak manusia yang menggunakan otak kirinya adalah berfikir secara kritis

dan bahagian kanannya berfikir secara kreatif. Selain itu, dapatan baru hasil

kajian saintifik yang dilakukan tentang keajaiban otak manusia menyimpan

pelbagai maklumat, kuasa berfikir dan perkembangan pelbagai kecerdasan

turut mempengaruhi pengajaran kemahiran berfikir (Abd Rahim,1999).

Seterusnya saya dapat membincangkan isu secara kritikal iaitu mencari jalan

penyelesaian kepada isu terbabit dengan membuat cadangan futuristik

berdasarkan data yang diperoleh.

Secara keseluruhan refleksi, guru perlu memahami dengan mendalam

konsep etika, akauntabiliti dan integriti bagi menghadapi cabaran semasa.

Guru perlu mengambil tindakan yang mana difikirkan baik bagi mencari jalan

peningkatan profesionalisme dan membuat sempadan bagi sesuatu yang

tidak baik seperti peribahasa menyebut “buang yang keruh, ambil yang

jernih”.

Page 18: Assignment Guru & Cabaran Semasa

Rujukan

Sumber buku:

Hussien Ahmad(2001) Globalisasi dan Cabaran Pendiidkan di Malaysia,

Universiti

Malaya

Ismail Zin( 2002) Aplikasi Multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur :

Utusan

Publications & Distributors Sdn.Bhd 

Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon( 2010) Guru dan

Cabaran

semasa. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

Siti Daud(2004). Globalisasi dan Negara Pembangunan, Universiti

Kebangsaan

Malaysia, Bangi,Selangor

Tan Yao Sua. (2010). Isu Bahasa, Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa

dalam Sistem Pendidikan Malaysia.  Pulau Pinang : Universiti Sains

Malaysia Press

Sumber Jurnal/Artikel:

Page 19: Assignment Guru & Cabaran Semasa

Bahagian teknologi pendidikan KPM. (2003). Jurnal BTP. Pembestarian

Sekolah Dalam era Globalisasi : Satu Pemikiran Baru dalam Sistem

Pendidikan Malaysia, (5)

Shamsul A.B Rumaizah Mohamed Haslndawati Hamzah(2004) Globalisasi,

Teknologi Maklumat dan Ilmu: Menyukuh Pengalaman Malaysia

Sumber Internet:

http://carloslark.blogspot.com

https://www.academia.edu

http://aishahnetty.blogspot.com

Page 20: Assignment Guru & Cabaran Semasa

LAMPIRAN