edu isu dan cabaran

23
TAJUK : TRANFORMASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN 1.0 PENGENALAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 6 September lalu adalah persiapan untuk menyediakan generasi penerus dan negara menghadapi cabaran era abad ke 21. Antara cabaran era abad ke 21 ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan yang dinamik. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. PPPM melibatlkan kajian terhadap pemimpin sekolah, ibu bapa, murid dan orang ramai di seluruh negara. Ia telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antara bangsa. Selain daripada itu, pembentukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (Pendidikan Tinggi /PT) 2015- 2025 dijangka mampu memperkukuh keberkesanan transformasi pendidikan negara bagi melahirkan bakat cemerlang akademik dan sahsiah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Sebagai guru, kita perlulah menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan adalah untuk mendidik generasi yang akan datang menerajui negara ini. Oleh itu selain kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah- kaedah pendidikan yang harus diperkemaskan dari masa ke semasa, guru juga perlu berdisiplin, bermotivasi dan komited dalam menjalankan tugas mereka. Untuk mengharungi cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru haruslah melengkapkan 1

Upload: nurazura-ahmad-zahiri

Post on 16-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

berkenaan edu 3093

TRANSCRIPT

TAJUK : TRANFORMASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN1.0 PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025 yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 6 September lalu adalah persiapan untuk menyediakan generasi penerus dan negara menghadapi cabaran era abad ke 21. Antara cabaran era abad ke 21 ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan yang dinamik. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasratmenjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbangdaripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. PPPM melibatlkan kajian terhadap pemimpin sekolah, ibu bapa, murid dan orang ramai di seluruh negara. Ia telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antara bangsa. Selain daripada itu, pembentukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (Pendidikan Tinggi /PT) 2015-2025 dijangka mampu memperkukuh keberkesanan transformasi pendidikan negara bagi melahirkan bakat cemerlang akademik dan sahsiah hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Sebagai guru, kita perlulah menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan adalah untuk mendidik generasi yang akan datang menerajui negara ini. Oleh itu selain kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah pendidikan yang harus diperkemaskan dari masa ke semasa, guru juga perlu berdisiplin, bermotivasi dan komited dalam menjalankan tugas mereka. Untuk mengharungi cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru haruslah melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang lebih menarik dan berteknologi. Menurut Noriati A. Rashid [et a.] (2010) menurut Sufean (2014) terdapat isu dan cabaran pendidikan yang boleh dikategorikan seperti dalam pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan. Isu-isu pendidikan yang wujud sebagai fenomena memerlukan usaha yang dirancang secara sistematik untuk menanganinya.

Mengikut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Manakala cabaran pula bermaksud sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi (Kamus Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amnya dan guru secara khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi mencapai misi KPM. Menyoroti teks ucapan YAB Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan di Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015, Kementerian Pendidikan mengenal pasti empat cabaran utama sebagai wadah penting meningkatkan kualiti pendidikan bagi melahirkan modal insan untuk memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keempat-empat cabaran itu jelas menuntut agar generasi masa hadapan dididik dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni bagi mencapai matlmat melahirkan rakyat yang mampu menghadapi cabaran masa kini dan masa hadapan. "Kita bukan sahaja perlu lahir insan yang berpengetahuan tinggi tetapi insan yang berguna dan warga yang baik yang boleh menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara," katanya. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian ketika menyampaikan perutusan Tahun Baharu Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Beliau menggariskan cabaran pertama iaitu perkembangan ekonomi Asean yang bakal menjadikan rantau Asean sebagai blok ekonomi yang kelima terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, China, Jepun dan India. Menurut Muhyiddin (2015), perkembangan itu pastinya akan merangsang perniagaan dan perdagangan dalam negeri dan antara negara Asean, dan Malaysia perlu bersedia menghadapi persaingan ekonomi, keselamatan dan kebudayaan yang lebih terbuka. Muhyiddin berkata, perkembangan itu pastinya akan merangsang perniagaan dan perdagangan dalam negeri dan antara negara Asean, dan Malaysia perlu bersedia menghadapi persaingan ekonomi, keselamatan dan kebudayaan yang lebih terbuka. "Dengan pelaksanaan Komuniti Asean tahun ini, sektor pengajian tinggi boleh turut memainkan peranan dengan merangka satu perancangan strategik untuk menangani cabaran mobiliti tenaga kerja mahir dalam pasaran pekerjaan serantau yang lebih terbuka," jelasnya. Bagi cabaran kedua iaitu peningkatan dalam hubungan antarabangsa,, Muhyiddin berkata warga kementerian perlu sentiasa peka terhadap perubahan dan kemajuan di peringkat antarabangsa serta ketidakpastian pada masa akan datang. Menyedari keperluan untuk sektor pendidikan berkembang seiring dengan perkembangan pendidikan dunia, beliau berkata kementerian komited untuk melaksanakan jaringan kerjasama antarabangsa dalam penyelidikan, latihan pra dan dalam perkhidmatan untuk tenaga pengajar, program penanda arasan dan mobiliti pelajar. "Malaysia akan terus memainkan peranan penting dalam menerajui pembangunan pengkomersilan khususnya pembelajaran sepanjang hayat, pendidikan keusahawan dan penyelidikan serta inovasi sebagai usaha kolaboratif dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)," katanya. Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Malaysia akan menerajui penubuhan OIC Collaborative Efforts in Commercialisation and Entrepreneurship Education (OIC-CECE) yang akan menjadi pusat rujukan bagi negara-negara anggota OIC. Bagi cabaran ketiga pula, timbalan perdana menteri berkata kementerian dipertanggungjawabkan peranan penting untuk menghasilkan Modal Insan Minda Kelas Pertama yang mampu menggunakan pengetahuan secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11). "Modal insan yang dilahirkan oleh sistem pendidikan kita perlu berupaya menangani persekitaran global yang sentiasa berubah, meningkatkan kualiti hidup serta menyumbang kepada kesejahteraan dan kekayaan negara," katanya. Di samping itu, beliau berkata program-program yang dilaksanakan mestilah berimpak tinggi, berpelaksanaan cepat dan bertransformasi dalam RMK-11. Muhyiddin turut menggariskan cabaran keempat kepada kepesatan teknologi yang kini menghasilkan perubahan pada corak, cara dan gaya hidup manusia yang menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan kompetitif. "Jelasnya, pembangunan dalam bidang teknologi ini walaupun banyak mempunyai kelebihan tetapi banyak juga cabaran yang perlu dihadapi khususnya dalam mendidik insan supaya menjadi pengguna teknologi yang bertanggungjawab," katanya. Manakala untuk isu-isu semasa, Muhyiddin menyentuh mengenai memperkukuhkan trasformasi pendidikan berkenaan dengan Sektor Sekolah. Beliau menyeru agar peranan dan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta diperluaskan khususnya di sekolah luar bandar dan pedalaman. Bagi Sektor Sekolah, Muhyiddin memperkatakan tentang Pendidikan Teknik dan Vokasional dan juga Pendidikan Tinggi. Beberapa strategi telah digariskan untuk memenuhi permintaan tenaga mahir yang semakin meningkat. Tajuk ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam halaman yang seterusnya.2.0 CABARAN DALAM PENDIDIKAN NEGARA2.1 Cabaran Perkembangan Ekonomi ASEAN dan Implikasinya.2.2 Cabaran Peningkatan dalam Hubungan Antarabangsa ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Negara Anggota ASEAN yang terlibat pada masa kini ialah Brunei Darussalam, Kerajaan Kemboja, Republik Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Laos, Malaysia, Kesatuan Myanmar, Republik Filipina, Republik Singapura, Kerajaan Thailand dan Republik Sosialis Vietnam. ASEAN menjadi contoh bagi negara-negara membangun di seluruh dunia yang berhasrat untuk mencapai kemajuan ekonomi yang lebih tinggi, demikian menurut Tabung Kewangan Antarabangsa.(IMF).Timbalan Pengarah Urusan pertamanya David Lipton berkata rantau ini telah keluar daripada kemiskinan kepada kemakmuran kerana pengurusan makroekonomi yang stabil, pembaharuan ekonomi dan liberalisasi, bersama-sama dengan pelaburan dan inovasi. Semasa menjelaskan bahawa kuasa-kuasa ekonomi yang penting telah memacu pencapaian ASEAN secara bersama, beliau berkata pertumbuhan yang diterajui eksport dan perindustrian telah memberi manfaat rantau ini, dan yang terkini, permintaan dalam negeri."Inovasi IT membawa perubahan kepada pembuatan, infrastruktur dan perkhidmatan," tambah Lipton. Ekonomi ASEAN telah berkembang 6.5 peratus setiap tahun sejak krisis 2008, walaupun pertumbuhan sekarang agak perlahan, kata Lipton. Beliau berkata daya tahan yang mencerminkan kedinamikan kelas pertengahan bandar di rantau ini, yang memacu penggunaan dan pelaburan. Sebahagian daripada anda mengambil kesempatan daripada harga minyak yang lebih rendah untuk mengurangkan subsidi bahan api dan bertindak balas kepada penurunan hasil tenaga dengan hasil tenaga yang menyeluruh dan cukai seperti Malaysia dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan. Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia.Di antara matlamat penubuhan Asean dari segi pendidikan juga adalah untuk membangunkan sumber manusia melalui kerjasama yang lebih erat dalam bidang pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat, dan dalam bidang sains dan teknologi, bagi memperkasakan rakyat ASEAN dan bagi memantapkan Komuniti. Hubungan baik Malaysia dalam ikatan ASEAN perlulah diteruskan supaya Malaysia mendapat manafaat daripada ekonomi ASEAN yang maju seterusnya memajukan pendidikan di Malaysia. Berkenaan dengan cabaran kedua, ia selaras dengan wujudnya Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 yang disediakan oleh anak tempatan sepenuhnya. Ia adalah sebahagian proses evolusi sistem pendidikan yang berteraskan rentak global. Hakikatnya ialah dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, akses kepada pengajian tinggi dalam kalangan rakyat negara ini bertambah 70 peratus, enam kali ganda peningkatan dalam pengajian ijazah sarjana muda (1990-2010) dan 10 kali ganda peningkatan dalam penghasilan siswazah sarjana dan doktor falsafah, dengan Malaysia kini menduduki tempat ketiga dalam kalangan negara ASEAN, demikian menurut Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Profesor Dr Asma Ismail di Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini. Begitu juga berlaku peningkatan amat ketara dalam usaha penyelidikan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, terutamanya dengan adanya Universiti Penyelidikan. Berlaku lebih tiga kali ganda peningkatan penghasilan penerbitan berkualiti antara tahun 2007- 2012 yang adalah tertinggi di dunia, empat kali ganda peningkatan sitasi, 70 peratus penerbitan dihasilkan melalui Universiti Penyelidikan, peningkatan 11 peratus paten yang meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-28 dunia pada tahun 2011, serta RM1.25 bilion nilai pendapatan yang diperoleh Universiti Penyelidikan sebagai penyedia penyelesaian kepada industri, agensi, pertubuhan sukarela dan sebagainya. Malah, kata Asma, universiti tempatan berada pada kedudukan ke-151 - 700 ranking dunia termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di samping berada pada kedudukan ke-151 terbaik dalam kalangan Pertubuhan Negara Islam Sedunia (OIC), dengan UIAM diiktiraf sebagai 'Premier International Islamic Research University by ISESCO' dalam tahun 2015. Ini adalah antara sumbangan besar institusi pengajian tinggi negara kita yang mungkin jarang mendapat perhatian selama ini. Universiti kita juga berada pada kedudukan yang tinggi dalam ranking subjek, misalnya USM yang menduduki tempat ke-28 dalam Sains Persekitaran. Impaknya kita dapat menukar persepsi terhadap pengajian tinggi dan mendidik masyarakat memahami peranannya dalam pembangunan negara dan proses pembinaan bangsa yang berdaulat dan merdeka dengan nilai jati diri yang kuat. Misalnya, untuk memastikan pada masa hadapan siswazah kita bukan sahaja yang mencari pekerjaan tetapi juga mampu membangunkan peluang pekerjaan baharu, serta bagaimana menghasilkan anak muda dan masyarakat berilmu yang bermentaliti keusahawanan dan kesukarelawanan yang tinggi dalam membangunkan negara. Selain daripada itu kita juga menjadi hub pendidikan di rantau asia dan seterusnya ke antarabangsa apabila penghasilan siswazah ijazah pertama dan ijazah tinggi yang begitu besar jumlahnya saban tahun berjaya menjimatkan perbelanjaan negara dalam memberikan pendidikan tinggi kepada anak muda kita yang sebelum ini terpaksa dihantar ke pelbagai negara luar, terutamanya untuk mengikuti pengajian ijazah tinggi. Pelajar-pelajar dari luar negara pula ramai yang telah membanjiri Malaysia untuk melanjutkan pelajaran. Yang perlu terus dilakukan oleh pendidik khususnya guru ialah memperkasakan sekolah dan pengajian tinggi dalam kalangan murid dan sisiswazahnya supaya dapat melahirkan satu tenaga besar, berbakat dan berilmu yang dapat menyumbang kepada proses pembinaan negara bangsa yang berpegang teguh kepada nilai hidup yang menghargai kepelbagaian yang ada.2.3 Cabaran Mengupaya Peranan Kementerian dalam pelaksanaan RMK-11 Para pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi negara,seperti yang disarankan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) iaitu Memanafaatkan Bakat. Apakah itu memanafaatkan bakat? Ia membawa maksud menghasilkan Modal Insan Minda Kelas Pertama yang mampu menggunakan pengetahuan secara proaktif, kreatif dan inovatif. Apakah tugas guru khususnya dan pendidik amnya? Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab melengkapkan ilmu dan keluhuran peribadi mereka. Dalam usaha untuk memartabatkan profesion keguruan, Kementerian Pelajaran telah merangka dan meneruskan empat strategi utama seperti Rancangan Malaysia yang sebelum ini iaitu yang pertama, memantapkan latihan perguruan. kedua, menambah baik kerjaya guru. ketiga, memperbaiki persekitaran kerja.dan keempat, memperkasa kerjaya perguruan.

2.3.1 Memantapkan Latihan Perguruan Pemilihan calon-calon guru haruslah bukan sahaja dari kecemerlangan akademik dan sahsiah, malah juga perlu memiliki cirri-ciri keguruan, bersungguh-sungguh ingin menjadi guru, bangga dengan profesionnnya dan yakin dengan kebolehannya untuk memikul amanah, memupuk generasi yang boleh diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa lain.Hasil awal untuk tempoh satu tahun pertama (Disember 2012- Disember 2013), PPPM telah mensasarkan syarat ambilan guru diperketatkan dan dikuatkuasakan di semua Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Kriteria pemilihan wajar merangkumi maklumat bakal guru berasaskan data penilaian taksiran sahsiah, bakat kecerdasan dan pencapaian akademik dalam peperiksaan awam. Dalam hal ini, pengenalpastian ciri dan kriteria berkenaan boleh dilakukan dengan mengenalpasti amalan-amalan utama oleh pendidik guru serta amalan-amalan oleh guru yang dipilih sebagai guru cemerlang atau master teacher.Bagi memastikan calon-calon berkualiti dipilih menyertai profesion keguruan, kerajaan telah mengetatkan lagi syarat pengambilan guru mulai tahun 2004. KPM telah memperkenalkan M-test untuk menguji sikap dan keupayaan analitikal bakal guru bagi pengambilan KPLI. Memperkenalkan program IJazah Sarjana Muda pendidikan untuk melhirakn guru yang lebih berkualiti dan menubuhkan IPG. Menaiktaraf maktab pertguruan terus dipertingkatkan bagi mempersiapkan guru dengan segala kemahiran yang benar-benar menepati keperluan pendidikan. Memantapakan latihan perguruan dengan membaiki system latihan perguruan dari segi kurikulum dan ko-kurikulum.

2.3.2 Menambah Baik Kerjaya Guru KPMberusaha menambahbaik kerjaya guru dengan menyediakan peluang kenaikan pangkat secara, time base. Mempercepatkan kenaikan pangkat guru-guru serta mewujudkan jawatan guru cemerlang yang member peluang guru dinaikkan pangkat secara fast track. Selain daripada itu, KPM bercadang melaksanakan system attachment dengan menghantar guru-guru cemerlang ke luar negara. Mengenalpasti pengetua-pengetua terbaik untuk mengawal selia supaya mereka juga menjadi yang terbaik dan cemerlang. Seterusnya, menyediakan peluang-peluang pelajaran kepada guru ke peringkat sarjana dan kedoktoran. Guru yang memiliki ijazah wajar diberikan insentif yang lebih baik bagi mengelakkan guru-guru yang berpelajaran tinggi meninggalkan bidang keguruan untuk menceburi sector swasta atau ke institusi pengajian tinggi kerana menawarkanpeluang menaikkan pangkat yang lebih baik.Bagi menggalakkan guru-guru melanjutkan pelajaran supaya memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk mencontohi guru mereka. Ini menjadikan guru sebagai idola dalam usaha dalam membantu pelajar melakar masa depan bersandarkan ilmu pengetahuan. Hal ini, secara tidak langsung akan dapat mengangkat martabat guru pada pandangan masyarakat.

2.3.3Memperbaiki Persekitaran Kerja Bagi menjamin kualiti perkhidmatan guru, KPM telah menjalankan kajian beban tugas guru pada tahun 2004 bagi mendapatkan maklum balas dalam menangani beban tugas guru. Dalam belanjawan RMK-11, kementerian pelajaran Malaysia akan membaik pulih dan menaik taraf sekolah yang daif dan membina banyak rumah guru. Ini menjamin kebajikan guru, kerajaan juga telah meluluskan dasar skim pinjaman buku teks kepada anak-anak guru samada yang telah bersara atau yang telah meninggal dunia. Dasar ini telah melibatkan peruntukan yang besar. Seterusnya, usaha membaiki persekitaran tempat kerja guru dimana, bilik guru dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan yang sesuai dan mempunyai ruang kerja yang selesa. Mewujudkan hubungan yang baik di kalangan warga sekolah, guru-guru pelajar dan pentadbir. Ini mweujudkan suasana tempat kerja yang selesa dan kondusif bagi seorang guru untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Bagi menghargai dan menjamin kebajikan guru yang bertugas di kawasan pedalaman, wajar diperuntukkan skim insuran khas untuki guru-guru yang terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh dan berbahaya untuk ke sekolah khususnya di pedalaman Sabah dab Sarawak.Dengan adanya skim tersebut, guru akan merasakan pengorbanan mereka dihargai seterusnya menjadi pendorong untuk mereka menjalanakan tugas dengan penuh yakin dan bersemangat tinggi.

2.3.4 Memperkasa Kerjaya Perguruan Untuk mengiktiraf kemampuan guru sebagai pendidik yang berwibawa, dicadangkan agar guru diberi kuasa (empowerment) dan kebebasan dalam membuat keputusan untuk melakukan yang terbaik kerana guru lebih mengetahui apa yang berlaku di bilik darjah. Penununan kuasa ke peringkat sekolah akan melahirkan perasaan tanggungjawab dan komitmen tinggi dalam kalangan guru. Langkah ini akan memberi keselesaan kepada guru untuk bertindak di bilik darjah tanpa sebarang tekanan. Sewajarnya guru sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan. Isu memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara serius kerana kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu yang terbaik.

2.4 Cabaran Kepesatan TeknologiPenubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan mengetahui dan menguasai teknologi maklumat. Seperti yang kita sedar kurikulum KBSR telah dikaji lalu menggantikan kurikulum yang baru iaitu KSSR bermula dari darjah 1 tahun 2011. Kurikulum ini telah dikaji agar ianya bersifatholistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Oleh yang demikian, tema Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah dimasukkan di dalam KSSR.Hal ini penting supaya murid bukan sahaja menunjukkan penguasaan dalam kemahiran 3M dan menaakul, malah turut menguasai kemahiran asas dalam TMK. Craft (2002) dalam Ismail dan Subki (2010) menyarankan seseorang yang pendidik yang profesional,seseorang guru perlu peka terhadap insiatif pendidikan yang terkini. Guru profesional perlulah mengaplikasikan teknologi maklumat ICT di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan TMK. Mok Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan Internet untuk memperoleh maklumat tentang perkembangan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid menggunakan Internet sebagai bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Antara cadangan aktiviti yang boleh dilakukan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran ialah: .

i) Mengenal pasti pelbagai sumber pengetahuan yang dicapai dalam sekolah bestari.ii) Mempertingkatkan kelemahan dan kekuatan sumber pembelajaran yang dikenal pasti. Berdasarkan kriteria yang dikenal pasti, terdapat pelbagai sumber yang boleh digunakan oleh guru untuk membolehkan murid mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran yang sedang diikutinya. Antara sumber pembelajaran yang sesuai dan boleh diakses oleh murid ialah sumber berasaskan komputer.

Rajah 1Berdasarkan Rajah 1, terdapat 5 sumber berasaskan komputer. Sumber-sumber ini amat fleksibel dan mudah untuk dikemaskinikan. Penggunaan sumber ini melibatkan multimedia. Jaringan bahan adalah tidak terhad dan melibatkan sumber yang canggih. Sumber juga bersifatuser friendly. Bahan berasaskan komputer atau teknologi maklumat boleh dikemaskinikan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Dengan adanya TMK juga, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Pembelajaran jarak jauh dapat digunakan sebagai salah satu cara yang lebih efektif untuk mengatasi masalah yang wujud akibat pendidikan secara konvensional. Melalui pembelajaran ini, pelajar hanya perlu berhubung melalui teknologi atau saluran online yang disediakan oleh pihak kampus tersebut. Pembelajaran secara online ini memerlukan murid berhubung dan berinteraksi dengan guru dan murid dengan murid dalam sebuah kumpulan yang kecil. Pembelajaran ini memerlukan pelajar memberi komitmen, kerjasama, perhatian yang sepenuhnya terhadap segala kemudahan dan bentuk pembelajaran yang dsediakan.Tenaga pengajar dan pelajar boleh berkomunikasi mengikut kesesuaian masa mereka dengan menggunakan media elektronik. Antara media yang boleh digunakan dalam pendidikan jarak jauh ialah televisyen, Internet, sidang video, chatting dan forum elektronik. Menurut Ismail dan Subki (2010), terdapat lima cara pengendalian pembelajaran jarak jauh, antaranya adalah seperti berikut:i.Pengedaran bahan melalui pos.ii.Menduduki peperiksaan di pusat tempatan. iii.Mengendalikan proses pembelajaran melalui pelbagai alat penghantaran.iv.Pengedaran bahan dalam bentuk bercetak rakaman, disket ke pusat- pusat sumber untuk dipinjam oleh murid.v.Mengadakan sidang video dan menggunakan Internet untuk berkomunikasi. Berdasarkan langkah pembelajaran jarak jauh yang dinyatakan di atas tadi, jelaslah bahawa penggunaan TMK amat bermanfaat dalam pembelajaraan seseorang murid. Ini selaras dengan salah satu dari 11 anjakan dalam PPPM di mana Anjakan ke-7 adalah memanafaatkan teknologi komunikasi dan maklumat bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal persekolahan dan pada masa yang sama menggunakan teknologi maklumat untuk menjayakan pembelajaran mereka. Hal ini adalah penting supaya murid mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu. Namun begitu, kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer. Di samping itu,Teknologi Maklumat dan komunikasi (TMK) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya TMK sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis. Oleh kerana TMK begitu memberi kesan kepada bidang pendidikan dan profesion keguruan, maka sebagai seorang guru, kita perlulah menguasai kemahiran tersebut. Keperluan perkembangan profesional guru dalam TMK haruslah dipertingkat dari semasa ke semasa. Selain itu, sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan, para guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan inventor yang positif dan berkesan bagi menjayakan pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah. Guru-guru mesti membuat persediaan yang rapi baik dari segi mental seperti berfikiran terbuka, positif dan sanggup menerima perubahan serta cabaran, sikap ingin tahu dan belajar, berkeyakinan diri, kreatif dan inovatif mahupun dari segi fizikal seperti penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dengan pengetahuan dan kemahiran Teknologi, Multimedia dan Komunikasi (TMK).

3.0 ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN NEGARA Isu-isu dalam pendidikan Malaysia seperti yang diperkatakan Muhyiddin menyentuh mengenai memperkukuhkan trasformasi pendidikan berkenaan dengan Sektor Sekolah. Beliau menyeru agar peranan dan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta diperluaskan khususnya di sekolah luar bandar dan pedalaman. Bagi Sektor Sekolah, Muhyiddin memperkatakan tentang Pendidikan Teknik dan Vokasional dan juga Pendidikan Tinggi.

3.1 Isu penglibatan Ibu bapa dalam Aktiviti Murid Bagi isu penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dan memantau pembelajaran anak di rumah, kementerian telah menyediakan sarana toolkit di lebih 10 000 buah sekolah. Ini berdasarkan dapatan dari hasil awal untuk tempoh satu tahun (Disember 2012 Disember 2013) bagi PPPM. Sarana toolkit memberi peluang dan kesedaran kepada ibubapa untuk mengambil berat tentang pelajaran anak-anaknya.

3.2 Isu pendidikan Teknik dan Vokasional Bagi sektor sekolah, tumpuan diberikan kepada transformasi pendidikan teknik dan vokasional. Cadangan pertama ialah supaya bidang kemahiran vokasional dan teknikal sedia ada ditambah lagi 41 bidang, menjadikannya 70 bidang pada tahun 2015, dan perlu ditambah dari semasa ke semasa. Bidang-bidang kemahiran vokasional dan teknikal amat penting bagi mengisi pasaran pekerjaan sedia ada. Bidang-bidang kemahiran lain adalah yang amat berkait rapat dengan dunia keusahawanan dan dengan itu subjek ini perlu diajar serentak dengan bidang kemahiran tersebut. Cadangan kedua ialah supaya pendidikan vokasional dan teknikal dimulakan sejak tingkatan satu, bukan tingkatan 4 5 seperti sekarang kerana ia agak lewat. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, 60% daripada pelajar tidak meminati bidang akademik, sebaliknya berpotensi dan lebih berminat dalam bidang non-akademik. Pelajar yang berpotensi gagal dalam bidang akademik ini sepatutnya awal-awal lagi disalurkan ke bidang vokasional dan teknikal. Untuk itu, mereka perlu digilap lebih awal, iaitu semasa di tingkatan satu lagi. Sistem persekolahan di peringkat rendah sepatutnya sudah berjaya mengenalpasti potensi pelajar, sama ada perlu disalurkan ke bidang akademik dan profesional, ataupun ke bidang vokasional dan teknikal. Dengan itu, kita tidak perlu lagi memaksa pelajar yang tidak sesuai di bidang akademik belajar perkara-perkara yang tidak diminati. Sebaliknya mereka terus disalurkan ke bidang kemahiran yang sesuai dengan potensi dan minat mereka.

Kaedah yang paling baik ialah dengan menukar 50% sekolah menengah menjadi sekolah vokasional dan teknikal. Ini memang memerlukan perancangan yang rapi, khususnya di peringkat latihan perguruan. Bagaimanapun, ia tidaklah memakan masa yang terlalu lama. Terdapat banyak graduan dalam bidang profesional yang berkait-rapat dengan bidang vokasional dan teknikal ini (seperti bidang kejuruteraan dan sains) yang boleh dilatih semula menjadi tenaga pengajar mahir dalam bidang tertentu.Ini akan mengurangkan pengangguran graduan dan sekaligus mengurangkan keciciran pelajar dalam bidang akademik. Bajet yang diperlukan tentulah bertambah. Bagi mengubahsuai sekolah menengah biasa kepada sekolah vokasional dan teknikal, belanjanya tentulah besar. Bagaimanapun, pelaburan besar dalam bidang pendidikan vokasional dan teknikal ini amat diperlukan dan berbaloi bagi mereformasikan pendidikan negara. Kita boleh mulakan daripada bidang yang mudah dahulu dan kemudian beransur-ansur kepada bidang yang lebih berat dan memerlukan belanja yang lebih besar.

Dengan itu, kita boleh mensasarkan 50% daripada lepasan sekolah menegah pada tahun 2020 adalah terdiri daripada tenaga mahir yang terlatih dan diiktiraf. Ini pasti akan dapat menyumbang kepada pembangunan negara dengan lebih pesat. Satu hari nanti kita mungkin boleh mengeksport tenaga mahir kita ke luar negara, dan dengan itu, pendapatan mereka akan meningkat.Bagi isu pendidikan tinggi telahpun dibincangkan dalam Cabaran Peningkatan Hubungan Antarabangsa.

4.0 KESIMPULAN Bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat wawasan 2020. Setiap perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan. Oleh itu,sewajarnya guru sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan. Isu memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara serius kerana kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu yang terbaik. Pengiktirafan masyarakat terhadap golongan guru adalah bergantung kepada guru itu sendiri. Usaha pihak kerajaan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai tidak akan berjaya sekiranya guru itu sendiri tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Bidang pendidikan juga merupakan pelaburan terpenting bagi sesbuah negara, dan gurulah pemangkin utama yang menjadi tonggak dalam memastikan segala hasrat kerajaan tercapai. Komitmen dan dedikasi guru membawa perubahan kepada masyarakat seterusnya memacu negara mencapai matlamat wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan melengkapkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025).

Teknologi Maklumat dan Komunikasi,TMK begitu memberi kesan kepada bidang pendidikan dan profesion keguruan, maka sebagai seorang guru, kita perlulah menguasai kemahiran tersebut. Keperluan perkembangan profesional guru dalam TMK haruslah dipertingkat dari semasa ke semasa. Selain itu, sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan, para guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan inventor yang positif dan berkesan bagi menjayakan pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah. Guru-guru mesti membuat persediaan yang rapi baik dari segi mental dan fizikal. Keperluan tenaga abad ke 21 dicerakin dan dilaksanakan melalui pembangunan potensi kemanusiaan secara bersepadu, memahami aspirasi dan agenda nasional, menguasai sepenuhnya bidang TMK, mengamalkan pembangunan penyelidikan (R&D), teknologi tinggi (high tech) dan pengurusan kewangan mapan. Perlu juga dipersiapkan generasi ketiga yang berdisiplin, berhemah tinggi, mempunyai jati diri, memiliki ciri-ciri kreatif, inovatif, responsif, proaktif, progresif dan produktif, dalam menghadapi proses dan cabaran globalisasi, menterjemah dalam bentuk realiti sebuah negara Malaysia yang maju dalam acuan sendiri. Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari semasa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku murid. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan kepada murid semasa menggunakan teknologi canggih ini. Didikan awal dan penerapan nilai-nilai murni juga adalah penting untuk melahirkan generasi bermaklumat yang bermoral. Sekiranya didikan nilai-nilai murni telah ditanam di jiwa pelajar-pelajar, tidak akan berlaku kesalahan atau jenayah komputer yang membimbangkan generasi akan datang.

5.0 RUJUKAN

1. http://arigatousensei.blogspot.com/p/isu-3-penguasaan-guru-dalam-ict.html

2.http://abdmunblog.blogspot.com/2012/12/pendidikan-teknik-dan-vokasional.html

3.http://www.theborneopost.com/2015/02/13/sekolah-teknik-vokasional-akan- ditambah/#ixzz3UqOY9Fam4. http://www.bharian.com.my/node/296485.http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-antarabangsa/malaysia-hong-kong-perkukuh-hubungan-pendidikan-1.3483256. http://www.bharian.com.my/node/362157. http://nuribtis.blogspot.com/2013/07/peranan-sumbangan-malaysia-dalam-asean_2763.html

8. http://blogbmspm.blogspot.com/2012/05/manfaat-teknologi-maklumat-dan.html

9. Noriati A. Rashid, Boon, P.T, Sharifah Fakhriah & zuraidah A. Majid (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.10. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. (2012). Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia.11. [email protected]. Sarana Ibu bapa. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan, 201313. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Puchong :Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

1