ppt guru & cabaran semasa

43
PERUBAHAN-PERUBAHAN DAN CABARAN SEMASA DALAM DUNIA PENDIDIKAN DISEDIAKAN OLEH: NOOR FAUZIATI BT MOHD NOOR PISMP SAINS SEMESTER 8 890609-11-5228 PN.YUSLAINI BINTI YUNUS

Upload: atie-md-noor

Post on 02-Aug-2015

105 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ppt Guru & Cabaran Semasa

PERUBAHAN-PERUBAHAN DAN CABARAN SEMASA DALAM

DUNIA PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH:

NOOR FAUZIATI BT MOHD NOORPISMP SAINS SEMESTER 8

890609-11-5228PN.YUSLAINI BINTI YUNUS

Page 2: Ppt Guru & Cabaran Semasa

CABARAN SEMASA DALAM DUNIA PEDIDIKAN

1. Perubahan kurikulum dan kokurikulum

2. Penggunaan teknologi dalam pedidikan

3. Etika profesion keguruan

4. Kepelbagaian budaya

5. Gejala sosial

Page 3: Ppt Guru & Cabaran Semasa

1. PERUBAHAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

1. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

• mata pelajaran sains dan matematik

perlu diajar dalam bahasa inggeris untuk

tahun satu, tingkatan satu dan juga

tingkatan enam rendah.

Page 4: Ppt Guru & Cabaran Semasa

1. PERUBAHAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

2. Sebelum ini pengajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa melayu, namun dasar ini akan

dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012

iaitu kembali Sains dan Matematik dalam

bahasa Melayu.

Page 5: Ppt Guru & Cabaran Semasa

CABARAN YANG DIHADAPI

HUJAH

1. Jimadie Shah Othman, (2012) dalam Malaysia

kini menyatakan kajian mendapati dasar PPSMI

hanya berjaya meningkatkan empat peratus

penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya

mengurangkan minat untuk mempelajari dua

subjek tersebut iaitu matematik dan sains.

Page 6: Ppt Guru & Cabaran Semasa

CABARAN YANG DIHADAPI

1. PPSMI banyak menghadapi tentangan

berkenaan idea dan pelaksanaannya dari

pelbagai pihak termasuk ahli politik,

akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri.

2. kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran

3. kekurangan tenaga pengajar yang terlatih

untuk mengajar sains dan matematik dalam

bahasa inggeris

Page 7: Ppt Guru & Cabaran Semasa

CABARAN YANG DIHADAPI

1. murid kawasan luar bandar yang sememangnya lemah

dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

2. Murid juga terpaksa bekerja keras dan beban semakin

bertambah kerana murid perlu belajar konsep-konsep

pengguanaan tatabahasa, ayat serta konsep dalam

Bahasa Inggeris terlebih dahulu sehingga mahir sebelum

belajar mengenai sesuatu tajuk dan juga topik bagi subjek

sains atau matematik.

Page 8: Ppt Guru & Cabaran Semasa

CABARAN YANG DIHADAPI

1. guru bagi subjek Sains dan Matematik mestilah terlebih dahulu

menguasai Bahasa Inggeris kerana terdapat juga guru yang mengajar

subjek Sains dan Matematik yang kurang mahir dalam Bahasa Inggeris.

2. para guru mestilah terlebih dahulu lengkapkan diri dengan Bahasa

Inggeris yang mantap.

3. guru juga perlu menghadiri kursus bagi memantapkan penguasaan

Bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik kerana dalam subjek

Sains dan Matematik terdapat beberapa istilah yang boleh

mengelirukan maksud dan juga cara pengguaannya.

Page 9: Ppt Guru & Cabaran Semasa

CABARAN YANG DIHADAPI

4. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem

penyampaian p&p menjadi efektif, menarik dan

menyeronokkan.

5. Guru juga mestilah mempunyai ilmu dan kemahiran yang

lengkap berkaitan dengan subjek serta berkebolehan dan

mampu mengaitkan domain teori dengan praktis

6. Guru juga mestilah bijak membina pengetahuan dan

kemahiran .

Page 10: Ppt Guru & Cabaran Semasa

KESAN KEPADA MASYARAKAT

POSITIF

1. murid dapat menguasai dua bahasa dalam satu masa

iaitu Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.

2. memperkukuhkan lagi penggunaan Bahasa Inggeris

dalam mata pelajaran Matematik dan juga Sains.

3. lebih menguasai Bahasa Inggeris kerana lebih banyak

masa serta pendedehan kepada penggunaan Bahasa

Inggeris.

Page 11: Ppt Guru & Cabaran Semasa

RUMUSAN BAGI PERUBAHAN DASAR KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

Namun, saya sebagai seorang bakal pendidik bagi

subjek sains menyokong dan bersyukur apabila PPSMI

ini dimansuhkan kerana melalui pengalaman di sekolah

serta daripada ahli keluarga terdekat, sememangnya

dasar ini memberikan tekanan kepada mereka

terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar

kerana kekangan penguasan Bahasa Inggeris yang amat

lemah dalam kalangan murid luar bandar terutamanya.

Page 12: Ppt Guru & Cabaran Semasa

Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan

Alimuddin Mohd Dom, (2011) menyatakan pada

zaman maklumat kini akan sentiasa member

ruang dan peluang kepada setiap individu untuk

mengembangkan bakat, kebolehan dan potensi

mereka melalui technology-powered knowledge

yang boleh didapati di mana-mana dengan

kemudahan ICT.

Page 13: Ppt Guru & Cabaran Semasa

1. Sebelum ini sesi pengajaran dan pembelajaran

menggunakan kaedah tradisional seperti chalk and

talk.

2. Kini, menggunakan kemudahan teknologi seperti LCD,

power point, internet dan sebagainya.

3. Kini, teknologi yang terkini adalah menggunakan

smart board untuk membantu sesi pengajaran dan

pembelajaran.

Perubahan Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan

Page 14: Ppt Guru & Cabaran Semasa

Perubahan Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan

1. Melalui penggunaan LCD di sekolah, sesi pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih menarik serta

memudahkan guru untuk mengajar sesuatu topik

dengan bantuan gambar dan juga video.

2. sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik

melalui bantuan teknologi akan dapat membantu

menarik minat murid untuk belajar dan ini akan

mengembirakan hati ibu bapa

Page 15: Ppt Guru & Cabaran Semasa

perubahan Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan

3. meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu

pelajar melalui penggunaan teknologi, murid akan

dapat menerokai dengan lebih mendalam

mengenai pelbagai bidang

4. menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap,

berkesan dan bertaraf dunia

Page 16: Ppt Guru & Cabaran Semasa

Cabaran dalam perubahan Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan

1. Guru yang tidak mahir perlu mengikuti latihan dan juga kursus-

kursus yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia bekaitan dengan teknologi maklumat dan

sebagainya.

2. Guru mestilah bersedia untuk membuat perubahan kerana

wujudnya globalisasi, negara tanpa sempadan, peningkatan

teknologi komputer dan internet di hujung jari dan persaingan

antara kelompok atau negara semakin meningkat.

Page 17: Ppt Guru & Cabaran Semasa

Cabaran perubahan dalam Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan

3. Kos untuk menggunakan teknologi yang sangat

tinggi serta kos membaik pulih yang amat

tinggi.

4. Kekangan masalah kemudahan internet di

kawasan pedalaman serta perkampungan

orang asli.

Page 18: Ppt Guru & Cabaran Semasa

Cabaran dalam perubahan Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan

4. jika guru tidak pandai menggunakan

komputer dan juga LCD perlulah belajar

untuk mengubah diri kita serta akan dapat

membantu kita menggunakan teknologi ini di

sekolah ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran

Page 19: Ppt Guru & Cabaran Semasa

Rumusan 1. Ini adalah kerana, guru yang menggunakan dan mengaplikasi

teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi

berteknologi tinggi yang akan mampu mengharungi era globalisasi,

sekaligus merialisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju

2020.

2. Selain itu, sebagai guru kita seharusnya mengorak langkah dan

mengambil peluang untuk melengkapkan diri sebagai pemimpin ilmu

berasaskan teknologi srta bersedia menjurus kepada penguasaan dan

penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan

mekanisme urusan harian.

Page 20: Ppt Guru & Cabaran Semasa

ETIKA PROFESION KEGURUAN

Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah dalam _____,(2005)

menyatakan guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu

pengetahuan secara berkesan, menjadi pembimbing yang

dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan

contoh kepada pelajar. Oleh itu pada setiap masa, kaum guru

sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej,

berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang

unggul.

Page 21: Ppt Guru & Cabaran Semasa

1. meningkatkan pemantapan profesion keguruan, guru

mestilah perluasan kursus dan juga latihan berkaitan

dengan cara untuk meningkatkan profesion keguruan. Bagi

mengelakkan masalah etika keguruan dilakukan oleh guru,

2. setiap warga pendidikan mestilah mempunyai kefahaman

yang jelas dan mendalam tentang dasar, matlamat dan

sasaran yang ingin dicapai serta strategi dan pelan tindakan

yang akan dilaksanakan.

PERUBAHAN DALAM ETIKA PROFESION KEGURUAN

Page 22: Ppt Guru & Cabaran Semasa

CABARAN YANG DIHADAPI DALAM ETIKA PROFESION KEGURUAN

1. Nama baik profesion keguruan menjadi buruk dan dengan ini

secara tindak langsung masyarakat akan memandang serong serta

berfikiran negatif dengan profesion keguruan ini.

2. guru juga akan hilang kredibiliti dalam kalangan masyarakat dan

kepercayaan masyakarakat kepada guru akan tergugat disebabkan

oleh beberapa guru yang tidak mengikut etika yang telah

ditetapkan sebagai seorang guru dan juga penjawat awam.

3. Masyarakat akan pandang serong kepada guru dan juga tidak lagi

memepercayai guru untuk mendidik anak mereka lagi.

Page 23: Ppt Guru & Cabaran Semasa

CABARAN YANG DIHADAPI ETIKA PROFESION KEGURUAN

~Terlibat dengan kes dadah, kes

gangguan seksual, dera, rasuan

serta tidak amanah dalam jawatan

Page 24: Ppt Guru & Cabaran Semasa

3. Semangat kerja sepasukan dan rasa sepunya juga amat

penting dan akan membantu membolehkan setiap pihak

melihat segala projek yang dilaksanakan sebagai projek

kementerian bukan projek individu atau pun sesuatu

bahagian.

4. Guru juga perlu memahami etika sebagai seorang guru

sebagai panduan kepada seluruh warga guru agar dapat

melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing

secara lebih terancang, terarah dan berfokus.

CABARAN YANG DIHADAPI DALAM ETIKA PROFESION KEGURUAN

Page 25: Ppt Guru & Cabaran Semasa

5. Guru amat penting untuk menjaga etika sebagai

seorang guru dan memastikan guru perlu sentiasa

mengikuti etika profesion keguruan

6. meningkatkan komitmen untuk berusaha

mengekalkan komitmen dan mengekalkan kualiti

pendidikan untuk kemajuan dan perubahan

CABARAN YANG DIHADAPI DALAM ETIKA PROFESION KEGURUAN

Page 26: Ppt Guru & Cabaran Semasa

RUMUSAN

Sebagai seorang guru, kita mestilah sentiasa

memperkembang potensi individu secara

menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang

daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

(JERI). Jika guru yang cemerlang dan terbilang, kita

akan berupaya untuk melahirkan anak didik yang

lagi hebat serta terbilang

Page 27: Ppt Guru & Cabaran Semasa

• Sekolah Wawasan

– Duke Amiene Rev, (2008) menyatakan Sekolah Wawasan

adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-

sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum

atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah

rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang

sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang

boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan

jambatan penghubung (link-way).

PERUBAHAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

Page 28: Ppt Guru & Cabaran Semasa

1. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Bagi mengukuhkan perpaduan kerajaan

wujudkan sekolah wawasan.

2. Perubahan daripada sekolah pelbagai aliran

kepada sekolah wawasan untuk mengeratkan

perpaduan dalam kalangan rakyat.

PERUBAHAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

Page 29: Ppt Guru & Cabaran Semasa

1. Perpaduan akan semakin erat dalam kalangan rakyat Malaysia

yang pelbagai kaum melalui interaksi yang berlaku melalui

penubuhan sekolah wawasan.

2. Sekolah wawasan juga berupaya untuk memperkasakan Bahasa

Kebangsaan sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu kerana

melalui sekolah wawasan murid pelbagai kaum berkongsi

kemudahan yang sama menyebabkan murid-murid yang terdiri

daripada pelbagai kaum akan saling berinteraksi antara satu

sama lain.

PERUBAHAN KEPADA KEPELBAGAIAN BUDAYA

Page 30: Ppt Guru & Cabaran Semasa

3. berupaya untuk memantapkan perpaduan dan

integrasi nasional melalui saling berinteraksi antara

satu sama lain antara murid pelbagai kaum

4. memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan

budaya pelbagai bangsa melalui penglibatan sama

murid serta guru yang pelbagai kaum terhadap seni,

warisan dan budaya kaum lain

PERUBAHAN KEPADA KEPELBAGAIAN BUDAYA

Page 31: Ppt Guru & Cabaran Semasa

1. sesetengan masyarakat yang berfikiran kolot yang tidak

mempercayai keberkesanan sekolah wawasan

2. memandang rendah kepada usaha kerajaan untuk mengeratkan

lagi perpaduan dalam kalangan rakyat.

3. Mereka tidak mahu anak-anak mereka bergaul dengan bangsa

lain kerana terikut persepsi negatif terhadap sesuatu

masyarakat seperti bangsa melayu pemalas, bangsa cina penipu

dan sebagainya.

CABARAN DALAM MENANGANI MASALAH KEPELBAGAIAN BUDAYA

Page 32: Ppt Guru & Cabaran Semasa

1. seorang guru yang adil dan saksama untuk

semua murid yang terdiri daripada pelbagai

kaum, etnik dan budaya.

2. Guru mestilah elakkan diri daripada bersikap

tidak adil dan berat sebelah kerana guru

sebagai ‘role-model’.

CABARAN DALAM MENANGANI MASALAH KEPELBAGAIAN BUDAYA

Page 33: Ppt Guru & Cabaran Semasa

3. guru juga berperanan sebagai institusi kedua selepas

keluarga dan ini bermaksud guru memainkan peranan

sebagai ejen pewarisan budaya yang penting untuk

membentuk sebuah masyarakat.

4. Guru perlu sentiasa menerapkan nilai-nilai murni serta

menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan juga

tatsusila insan dalam hubungan sesama manusia, alam

dan juga tuhan

CABARAN DALAM MENANGANI MASALAH KEPELBAGAIAN BUDAYA

Page 34: Ppt Guru & Cabaran Semasa

Selain itu, guru juga perlu mengaitkan

sejarah-sejarah yang pernah berlaku di

negara kita supaya dapat meningkatkan

rasa cinta yang mendalam terhadap negara

kita dan semua bangsa akan bersatu

menjaga keamanan negara Malaysia ini.

RUMUSAN

Page 35: Ppt Guru & Cabaran Semasa

1. Perubahan era globalisasi juga telah menyebabkan gejala sosial

dalam kalangan murid semakin berleluasa dan amat serius.

2. Banyak gejala sosial berlaku kerana pergaulan yang bebas serta

perkembangan teknologi pada masa kini.

3. Mohamad bin muda, (1998), menyatakan cabaran yang sedia

wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng

sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani

dengan bijaksana.

PERUBAHAN GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN MURID

Page 36: Ppt Guru & Cabaran Semasa

PERUBAHAN GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN MURID

4. Saya tekankan mengenai kes buang bayi kerana

kes ini semakin serius dan pelakunya adalah

murid sekolah. Ini sangat menyedihkan kerana

kebanyakkan pelakunya masih bersekolah dan

di bawah umur. Masalah ini menunjukkan

betapa seriusnya gejala sosial di sekolah.

Page 37: Ppt Guru & Cabaran Semasa

PERUBAHAN GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN MURID

5. menerapkan nilai-nilai murni serta

menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan

juga tatsusila.

6. guru mestilah berusaha mendidik murid dengan

baik dan membantu murid untuk

memperkembangkan potensi diri juga untuk

membentuk ciri-ciri keperibadian

Page 38: Ppt Guru & Cabaran Semasa

7. Guru bersedia untuk menjadi kaunseling dan

sentiasa bersama murid untuk memastikan guru

menjadi tempat mengadu dan kepercayaan murid

apabila murid berdepan dengan masalah.

8. membina penampilan diri murid yang positif dan

sentiasa memantau murid supaya murid tidak

terlibat dengan gejala-gejala sosial

PERUBAHAN GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN MURID

Page 39: Ppt Guru & Cabaran Semasa

CABARAN PERUBAHAN GEJALA SOSIAL

1. semua pihak saling menuding jari ke arah semua

pihak. Masyarakat menyalahkan pihak sekolah

dan juga guru mengenai masalah ini kerana tidak

mengambil berat tentang murid.

2. masyarakat akan persoalkan apa yang dilakukan

oleh guru di sekolah sehingga boleh timbul gejala

sosial seperti ini

Page 40: Ppt Guru & Cabaran Semasa

3. hilang kepercayaan kepada guru dan juga

pihak sekolah kerana berpendapat guru dan

pihak sekolah tidak dapat menerapkan nilai-

nilai murni dalam diri murid yang akan dapat

membantu murid menjauhi gejala-gejala

sosial

CABARAN PERUBAHAN GEJALA SOSIAL

Page 41: Ppt Guru & Cabaran Semasa

CABARAN PERUBAHAN GEJALA SOSIAL

4. masyarakat akan mencari kesalah pihak

sekolah serta mencari kelemahan pengurusan

di sekolah kerana masalah gejala sosial ini

boleh timbul di sekolah

Page 42: Ppt Guru & Cabaran Semasa

CABARAN PERUBAHANGEJALA SOSIAL

5. memupuk pelajar menghayati dan mengamalkan

nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab dan

mengamalkan dalam kehidupan seharian murid.

6. memperkukuhkan disiplin pelajar antaranya

melalui penggubalan peraturan disiplin baru serta

menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani

Gejala Disiplin Murid

Page 43: Ppt Guru & Cabaran Semasa

RUMUSAN

Selain itu, guru juga mestilah sentiasa memantau

murid dan mengambil berat murid kerana guru

ibarat ibu bapa di sekolah dan perlu sentiasa

mengambil berat akan anak didik bagi

memastikan gejala sosial ini tidak berlaku di

sekolah.