isu dan cabaran pendidikan semasa

26
ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

Upload: voryi-chrie

Post on 12-Jan-2016

117 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN

SEMASA

Page 2: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

INTEGRASI NASIONAL

PENGENALAN Suatu proses yangmenyatupadukan pelbagai

kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghilangkan perbezaan dan identiti masing-masing.

Jawatankuasa Integrasi Nasional- proses dinamik untuk merapatkan masyarakat di setiap negeri di Malaysia bertujuan membentuk bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Page 3: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

‘BERSATU TEGUH BERCERAIROBOH’

13 MEI 1969

Page 4: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

TRAGEDI 13 MEI 1969

Tragedi ini berlaku ekoran daripada pilihanraya kebangsaan pada 10 Mei1969.

Banyak isu-isu yang menyentuh emosi dan sentimen perkauman telah disuarakan dengan begitu lantang semasa kempen pilihanraya tersebut.

Ini telah membangkitkan ketegangan dan rusuhan terutamanya antara kaum Melayu dan Cina.

Page 5: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Justeru banyak usaha telah dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak sekolah untuk memupuk integrasi nasional dan membentuk bangsa Malaysia.

Page 6: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Sekolah wawasan

Konsep Sekolah Wawasan bertujuan memupuk integrasi kaum.

Menurut Azizi Yahaya, Amir Hamzah Abdul dan Sanif bin Sapaat (1999), Sekolah Wawasan memberi peluang kepada ketiga-tiga buah sekolah berlainan aliran untuk menjalankan aktiviti kokkurikulum secara berintegrasi.

Penyata Razak 1956- menyatupadukan murid-murid daripada pelbagai kaum dengan menggunakan satu kurikulum yang sama.

Page 7: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Peranan Guru dalam Menangani Isu Integrasi Nasional

Guru dianggap sebagai pembina negara bangsa.

Berlandaskan garis panduan KPM, peranan guru sebagai pembina negara bangsa boleh dilaksanakan melalui:

a) Memperkasakan bahasa kebangsaan.b) Memantapkan perpaduan negara dan

integrasi nasional.c) Memupuk kecintaan terhadap seni,

warisan dan budaya bangsa.

Page 8: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Guru menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah.

Mengadakan program Wacana Ilmu, Minggu Bahasa Kebangsaan, Pertandingan Menulis, membina lorong ilmu, dan Pertandingan Bahas & Pidato.

Page 9: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

KPM telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).

Bertujuan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, guru, murid serta warga sekolah dalam aktiviti sekolah.

Berkongsi kemudahan peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara besama-sama.

Page 10: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Konsep 1 Malaysia

Diperkenalkan oleh perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 2009 dengan slogan “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Merupakan pendekatan baharu bagi menempa sebuah zaman baharu demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakn prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.

Lapan Nilai Murni 1Malaysia ialah: budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integrasi.

Page 11: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Matlamat 1Malaysia adalah: mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian etnik dalam masyarakat Malaysia

1Malaysia merupakan wadah bagi pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan membantu negara ke arah mencapai Wawasan 2020.

Page 12: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Page 13: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Definisi Pendemokrasian Pendidikan

Pendemokrasian Pendidikan merupakan satu elemen yang pentingdalam menbangunkan pendidikan di Malaysia.

Konsep pendemokrasian pendidikan menjamin keadilan untuk semuapihak untuk mendapat pendidikan yang sama dengan orang lain.

Merupakan salah satu strategi untuk mencapai misi pendidikan negara iaitu mendedahkan masyarakat Malaysia kepada peluang yangluas bagi memperolehi pendidikan pada semua peringkat. Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan tidak berlaku semasa zaman penjajahan.

Page 14: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia dalam Pendidikan Rendah

Ordinan Pelajaran 1957 telah mencadangkan agar semua kanak-kanak menerima pelajaran dalam tempoh sekurang-kurangnya enam tahun.

Sungguhpun begitu, ia tidak memberikan implikasi yang besar kerana pelajarnya masih lagi dikenakan bayaran yuran.

Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan Laporan Rahman Talib semakin merealisasikan pendemokrasian pendidikan. Pendidikan percuma telah diberikan kepada semua kanak-kanak mulai tahun 1962. Ini diikuti dengan had umur belajar percuma hingga ke 15 tahun dan penamatan syarat lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah menengah.

Baru-baru ini, satu peraturan baru terkandung dalam Akta Pendidikan(Pindaan) 2002 yang memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan pendidikan rendah sebagai pendidikan wajib.

Page 15: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia dalam PendidikanMenengah

Seterusnya, selepas kanak-kanak tamat dalam pendidikan rendah,semua kanak-kanak berpeluang untuk mendapat pendidikan tanpa mengira lapisan masyarakat dari segi kelas sosial, etnik,dan gender sekurang-kurangnya hingga ke tingkatan tiga.

Mulai 1999, peluang bagi semua pelajar untuk memasuki tingkatan empat telah diperluaskan. Mereka yang hanya lulus satu mata pelajaran sahaja layak untuk naik ke tingkatan empat. Ini bagi memastikan setiap rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

Bagi pelajar yang tidak berminat lagi dalam akademik mereka boleh meneruskan persekolahan mereka di dalam bidang vokasional ditingkatan 4

Page 16: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia dalam Sekolah Berasrama

Salah satu bentuk bantuan ialah dengan penubuhan sekolah-sekolah berasrama yang memudahkan pelajar mendapatkan pendidikan tanpa perlu berulang-alik dari rumah ke sekolah setiap hari yang sudah tentu memerlukan kos yang banyak.

Pada masa ini terdapat puluhan buah sekolah berasrama penuh dibawah kelolaan langsung Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan memberikan bantuan kepada pelajar untuk mendapatkan peluang pendidikan.

Page 17: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia dalam Pendidikan Khas

Selain daripada pembangunan sekolah-sekolah berasrama,sekolah-sekolah harian rendah dan menengah banyak dibina di bandar-bandar ataupun di desa-desa. Kerajaan juga tidak menafikan peluang bagi golongan istimewa ataupun kanak-kanak cacat untuk mendapat hak atau peluang untuk mendapatkan pendidikan.

Oleh itu, kerajaan telah membangunkan sekolah-sekolah khas bagi memenuhi keperluan golongan tersebut mendapatkan pendidikan.

Page 18: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Bantuan dan Peruntukan

Pelajar-pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan yang berasal dari luar bandar yang latar belakang ekonomi keluarganya rendah telah diberikan biasiswa kecil atau bantuan kewangan bagi menampung urusan persekolahan mereka.

Selain dari itu, skim bantuan buku teks juga diberikan kepada pelajaryang pendapatan ibubapanya rendah.

Kerajaan juga mengambil usaha memperbaiki keadaan murid-murid terutamanya di luar bandar dengan menyediakan progran-program kesihatan, pemakanan ( Rancangan Makanan Tambahan ) dan lain-lain skim yang bertujuan supaya kanak-kanak berpeluang belajar dalam keadaan yang selesa

Page 19: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Pendidikan Tinggi

Di bidang-bidang pengajian tinggi, peluang-peluang pendidikan telah dibuka dengan luas selepas kemerdekaan dengan penubuhan universiti-universiti .

Antara institusi pengajian tinggi yang awal ialah Universiti Malaya di Kuala Lumpur (1961), disusuli oleh Institut Teknologi Mara(1967), Universiti Sains Malaysia (1969), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970), Universiti Pertanian Malaysia(1971) dan Universiti Teknologi Malaysia (1975).

Page 20: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

Page 21: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

4 TONGGAK PENDIDIKAN

UNESCO

Belajar untuk

menguasai ilmu

Belajar untuk

menguasai kemahiran

Belajar untuk

menjadi insan

bergunaBelajar untuk

harmoni dan

kerjasama

Page 22: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Belajar Untuk Menguasai Ilmu

Memastikan ilmu dikuasai

murid

Memperkembangkan

kemahiran

Perlu sentiasa mengikut

perubahan

Page 23: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Belajar Untuk Menguasai Kemahiran

Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran berpasukan

Menyelesaikan masalah

Untuk diaplikasikan

Page 24: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Belajar Untuk Menjadi Insan Berguna

Pendidikan harus menyumbang kepada pembentukan insan

menyeluruh dari segi fizikal, rohani, emosi,

kepekaan dan penghargaan estatika.

Page 25: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Belajar Untuk Harmoni Dan Bekerjasama

Meneroka dan

memahami orang lain

sejak peringkat

awal persekolahan

.

Belajar untuk berkerjasama

dan hidup secara

harmoni tanpa

mengira bangsa dan

latar belakang.

Pendidik perlu

bersikap terbuka dan

tidak mengongkon

g

Page 26: Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Sekian….Terima kasih