forum kepelbagaian budaya

Upload: fairuzah-nashihin

Post on 14-Apr-2018

348 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Forum Kepelbagaian Budaya

    1/11

    SKRIP FORUM KUMPULAN 4 :

    KEPELBAGA IAN BUDAYA BUKAN

    PENGHALANG PROSES PENDIDIKAN DI

    SEKOLAH

    Oleh :

    Nur Filzah Binti Fisal

    Nurfarhan Bt Mohd Salleh

    Fairuzah M. Nashihin

    8 PISMP PENGAJIAN AGAMA 1

  • 7/27/2019 Forum Kepelbagaian Budaya

    2/11

    FORUM CAKNA ISU : KEPELBAGAIAN BUDAYA BUKAN PENGHALANG

    PROSES PENDIDIKAN DI SEKOLAH

    Moderator : Nur Filzah Binti Fisal

    Panel 1 : Nurfarhan Bt Mohd Salleh

    Panel 2 : Fairuzah M. Nashihin

    Moderator: Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum W.B.T. Warga dewan yang

    dihormati, dapat bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Cakna Isu

    bersama saya, Nur Filzah Fisal pada bagi yang bahagia ini.

    Topik kita pada hari ini ialah Kepelbagaian Budaya Bukan

    Penghalang Proses Pendidikan Di Sekolah . Bersama saya adalah

    dua orang ahli panel yang tidak asing lagi bagi kita dan saya pasti

    hadirin tidak sabar untuk mendengar perkongsian daripada kedua-dua

    ahli panel kita.

    Baiklah, di sebelah kiri saya ialah Puan Nurfarhan Mohd Salleh yang

    merupakan Pegawai Bahagian Pembangunan Insan, Kementerian

    Pelajaran Malaysia manakala di sebelah beliau pula Puan Fairuzah M.

    Nashihin yang merupakan Pengarah Pendidikan Jabatan Pelajaran

    Negeri Pulau Pinang. Selamat datang kepada kedua-dua orang ahli

    panel kita .

    Panel 1 dan Panel 2: Sama-sama

    Moderator: Baiklah, sebelum saya berceloteh panjang, izinkan saya untuk

    berkongsi sedikit maklumat mengenai tajuk yang bakal kita kupaskan

    sebentar lagi.

    Hadirin Sekalian, berdasarkan pembacaan saya dalam beberapa

    artikel berkaitan, ada menyatakan bahawa dalam proses meningkatkan

    kualiti pendidikan dan status profesion keguruan, seseorang guru pasti

    akan menemui banyak isu dan cabaran pendidikan. Kesedaran dan

  • 7/27/2019 Forum Kepelbagaian Budaya

    3/11

    kefahaman tentang isu-isu dan cabaran-cabaran tersebut adalah

    penting untuk membantu guru kita berfikiran luas dan mantap.

    Sidang penonton sekalian,

    Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan

    masyarakat dan Negara ke arah yang lebih baik. Sebagaimana yang

    kita tahu, Malaysia merupakan Negara yang mempunyai masyarakat

    majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan

    keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan

    sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata

    tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui

    sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran

    kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan

    warna kulit. Walau bagaimanapun, hampir 56 tahun kita mengecapi

    kemerdekaan, masyarakat Malaysia masih lagi tidak menunjukkan

    hubungan perpaduan yang kukuh.

    Contoh mudah yang dapat kita lihat adalah masyarakat Malaysia masih

    lagi terpisah melalui sistem persekolahan seperti Sekolah Kebangsaan,Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, dan Sekolah Jenis Kebangsaan

    Tamil. Oleh itu, golongan pendidik perlu mengambil perhatian serius

    dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan sebaiknya

    supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa

    sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni.

    Hmm nampaknya terlalu banyak pula saya berceloteh tentang isu in i.

    Nanti tertunggu-tunggu pula panel-panel kita untuk berkongsi ilmu

    dengan kita. Jadi sebelum kita pergi lebih lanjut, saya ingin berkongsi

    dengan hadirin sekalian definisi kepelbagaian budaya.

    Menurut kamus dewan edisi keempat (2005), KEPELBAGAIAN

    bermaksud perihal berbagai-bagai jenis, merangkumi banyak benda

    sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat

    atau kawasan yang sama manakala BUDAYA bermaksud erti cara

  • 7/27/2019 Forum Kepelbagaian Budaya

    4/11

    hidup manusia yang dibentu supaya dapat berinteraksi dan

    menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar.

    Jadi, secara kesimpulannya, kepelbagaian budaya membawa erti

    masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina,

    India, Iban, Kadazan dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai budaya

    masing-masing dari segi agama, bahasa, kepercayaan dan sistem

    nilai.

    Baiklah, warga dewan. Setiap perkara pasti ada ciri-cirinya. Andai kita

    nak kenal seseorang, kita lihat perwatakan dan sikapnya. Jadi

    moleklah jika Puan Farhan dapat menerangkan kepada hadirin

    mengenai ciri-ciri budaya dalam konsteks pendidikan.

    Panel 1 : Terima kasih kepada Puan Moderator.

    Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Secara umumnya,

    terdapat 5 ciri budaya iaitu boleh dikongsi, dipelajari, mempengaruhi

    proses biologi, sejagat , dan integratif. Saya akan huraikan satu persatu

    ciri budaya.

    Baiklah, yang pertama, budaya itu dikongsi. Ahli-ahli masyarakat

    yang berkongsi sesuatu budaya tentulah sedia maklum tentang

    maksud sesuatu perlakuan dalam masyarakat tersebut. Contohnya,

    orang Melayu masuk kedalam rumah orang melayu lain tanpa disuruh

    ataupun diberitahu dia akan terus menanggalkan kasut. Perlakuan ini

    terjadi dengan sendirinya kerana elemen budaya itu sudah dikongsi

    menyebabkan ia dimaklumi oleh ahli-ahli masyarakat tersebut. Jika

    budaya tersebut tidak dikongsi, maka akan berlakulah kekecohan dan

    ada kalanya kelucuan.

    Kedua, budaya itu boleh dipelajari. Budaya tidak diturunkan dari

    generasi ke generasi yang lain secara genetik. Budaya dipelajari oleh

    ahli-ahli dalam sesuatu masyarakat apabila mereka berinteraksi

    dengan persekitaran social mereka. Contohnya, mengambil tahu

    tentang adat budaya perkahwinan apabila seseorang itu hendak

  • 7/27/2019 Forum Kepelbagaian Budaya

    5/11

    berkahwin. Ilmu tersebut tidak sedia ada dalam dirinya melainkan

    mestilah dipelajari.

    Ketiga, budaya mempengaruhi proses biologi. Apakah yang

    dimaksudkan dengan proses biologi? Proses biologi merupakan

    kehendak-kehendak yang sama yang diperlukan oleh manusia seperti

    makan, minum dan membuang air. Cara manusia memenuhi tuntutan

    biologi itu adalah mengikut acuan budaya masing-masing. Contohnya,

    orang Melayu makan menggunakan tangan, orang Cina makan

    menggunakan penyepit manakala orang Barat makan menggunakan

    sudu.

    Keempat, budaya bersifat sejagat. Umumnya , dalam setiap

    masyarakat mempunyai unsur-unsur budaya sejagat seperti seni bela

    diri, tarian, peraturan moral atau agama dan sebagainya.

    Kelima, budaya bersifat integratif. Budaya merangkumi pelbagai

    aspek yang saling berkait rapat antara satu sama lain seperti aspek

    agama , politik, ekonomi dan sosial. Jika berlaku sesuatu perubahankepada salah satu aspek , aspek aspek yang lain akan turut

    mengalami perubahan . Contohnya , apabila sesuatu masyarakat itu

    menerima agama baru, maka segenap aspek kehidupan mereka akan

    turut berubah.

    Kesimpulannya, kelima-lima ciri budaya tersebut meliputi pelbagai

    budaya yang terdapat di Malaysia. Jadi, kita perlulah mempunyai

    kesedaran untuk menghormati budaya kaum yang berbeza dengan

    kita.

    Moderator: Terima kasih Puan Farhan atas penjelasan tadi. Berdasarkan apa yang

    puan terangkan, dapat saya simpulkan bahawa ciri-ciri budaya ialah

    boleh dikongsi, tidak kelihatan, mengalami perubahan, dan sejagat.

  • 7/27/2019 Forum Kepelbagaian Budaya

    6/11

    Warga dewan yang dikasihi, sebenarnya, dalam menghadapi

    kepelbagaian budaya, pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh guru.

    Antaranya perasaan prejudis antara budaya, pengisian kurikulum dan

    kokurikulum, pengaruh Wawasan 2020 terhadap cabaran kepelbagaian

    budaya pendidikan dan pengaruh globalisasi terhadap kepelbagaian

    budaya.

    Nampaknya, Puan Fairuzah sudah tidak sabar untuk berkongsi dengan

    kita. Jadi puan, boleh terangkan peranan guru dalam menangani

    cabaran kepelbagaian budaya kearah perpaduan nasional dalam

    konsep pendidikan di sekolah?

    Panel 2 : Terima kasih diucapkan kepada puan moderator kita yang sangat ceria

    pada hari ini. Sungguh petah puan moderator kita bercakap sehingga

    mengalahkan ahli panel nampaknya.

    Baik,berbalik kepada soalan yang diajukan kepada saya tadi iaitu

    apakah peranan guru dalam menangani cabaran kepelbagaian budaya

    di sekolah.

    Sebagaimana yang kita ketahui bersama bahawa, guru dan murid

    merupakan watak utama di sekolah. Jadi dalam menangani cabaran

    kepelbagaian budaya ini, guru perlu memainkan peranan yang sangat

    penting dalam sekolah teruatamanya di dalam bilik darjah. Peranan guru

    sebagai pemimpin di dalam bilik darjah amat penting untuk

    membudayakan cirri-ciri kesederhanaan, kepekaan terhadap orang lain,

    toleransi dan berkomodasi dalam kalangan pelajar.

    Peranan guru yang pertama, guru seharusnya mempunyai pemahaman

    mendalam mengenai budaya pelajarnya. Sebagaimana yang

    disebutkan tadi oleh panel kita yang pertama, antara ciri budaya adalah

    boleh dipercayai. Oleh itu, guru berperanan untuk belajar memahami

    budaya para pelajarnya. Guru perlu berusaha bersungguh-sungguh

    untuk mengenali sedikit demi sedikit budaya pelajarnya. Sebagai

    contoh, guru boleh menerima jemputan untuk menghadiri jamuan

    makan malam bersama keluarga pelajar di rumahnya. Lawatan

  • 7/27/2019 Forum Kepelbagaian Budaya

    7/11

    sedemikian memberikan peluang kepada guru untuk meneroka dan

    mengalami sendiri cara hidup, tabiat dan cara sapaan pelajar budaya

    lain dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dengan

    keluarga pelajar berkenaan.

    Peranan guru yang kedua dalam menangani kepelbagaian budaya ini

    adalah guru perlu mewujudkan peluang-peluang untuk mengumpul

    maklumat tentang aspek-aspek kepelbagaian budaya dalam kalangan

    pelajar melalui perbincangan dan perkongsian ilmu dalam mata

    pelajaran yang sesuai. Sebagaimana yang disebutkan oleh panel

    pertama tadi, Puan Farhan mengatakan ciri pertama budaya adalah

    boleh dikongsi. Oleh itu, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru

    boleh menggunakan strategi mengajar seperti mengadakan

    perbincangan. Sebelum mengadakan perbincangan tersebut, guru

    perlulah membahagikan kumpulan dengan baik iaitu setiap kumpulan

    perlu ada yang mewakili budaya masing-masing. Berilah peluang

    kepada para pelajar untuk sama-sama berkongsi antara mereka

    tentang budaya masing-masing.

    Peranan guru yang ketiga dalam menangani cabaran kepelbagaian

    budaya adalah sewaktu pengajaran dan pembelajaran guru boleh

    menggunakan bahan kurikulum yang mewakili kumpulan etnik secara

    positif dan pelajaran akan menjadi lebih menarik dan seronok. Sebagai

    contoh, dalam topik Pakaian Tradisional, guru boleh menunjukkan

    gambar atau membawa pakaian tradisional pelbagai kaum atau untuk

    lebih menarik boleh meminta pelajar memakai baju tersebut dan

    mengayakannya dihadapan kelas jadi semua pelajar dapat teliti serta

    kuasai pengetahuan tentang ciri unik setiap pakaian dengan melihat

    lebih dekat dan secara langsung. Selain itu juga, murid dapat

    memegang dan mencuba memakai pakaian tersebut dan merasai

    sendiri keunikan dan keistimewaan setiap budaya melalui pemakaian

    mereka.

    Selain daripada itu, guru hendaklah sentiasa menunjukkan kemesraan

    kepada semua murid walaupun berbeza budaya. Ini adalah untuk

  • 7/27/2019 Forum Kepelbagaian Budaya

    8/11

    menjaga hubungan antara semua murid dan menghargai mereka

    walaupun berbeza budaya. Guru juga perlu menggalakkan penglibatan

    semua murid dalam semua aktiviti yang diadakan sama ada didalam

    bilik darjah atau pun di sekolah.

    Kesimpulannya, janganlah kita anggap kepelbagaian budaya yang

    terdapat di sekolah sebagai bebanan atau masalah, tapi anggaplah ia

    sebagai peluang dan ruang untuk kita lebih mengenali pelbagai budaya

    tersebut dengan lebih dekat dan mendalam. Guru hendaklah sentiasa

    berfikiran positif dan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik dari

    semasa ke semasa dalam menangani cabaran kepelbagaian budaya

    ini. Terima kasih.

    Moderator : Terima kasih puan atas penerangan tadi. Justeru itu, nasihat saya

    kepada bakal-bakal guru dan guru di luar sana untuk mengambil berat

    terhadap apa yang telah dikatakan oleh Puan Fairuzah tadi. Mungkin

    ada yang terlepas pandang apa yang dikatakan oleh panel kedua kita

    tadi, jadi saya ingin sebut sekali lagi iaitu guru perlu faham budaya

    murid, guru perlu pandai mewujudkan peluang dan guru perlu

    menggunakan bahan kokurikulum pelbagai budaya.

    Hadirin yang dikasihi, sebentar tadi kita dah diterangkan dengan ciri-ciri

    budaya, cabaran yang dihadapi oleh guru dengan kepelbagaian

    budaya di sekolah dan peranan guru dalam menangani kepelbagaian

    budaya di sekolah. Jadi, saya di sini ingin mengajukan soalan kepada

    Puan Farhan sebagai seorang yang lebih arif dan berkelayakan untuk

    menjawab soalan ini, apakah antara usaha yang telah kerajaan

    laksanakan untuk menghadapi isu kepelbagaian budaya ini.

    Dipersilakan.

    Panel 1 : Terima kasih kepada Puan Moderator. Soalan yang diajukan ialah

    usaha kerajaan kearah perpaduan Nasional. Baiklah seperti yang kita

    sedia maklum, negara kita terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum

    dan etnik yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza-beza.

    Oleh kerana kepelbagaian budaya yang wujud, maka perpaduanbukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan dimana usaha untuk

  • 7/27/2019 Forum Kepelbagaian Budaya

    9/11

    menerapkan perpaduan dikalangan masyarakat sering berhadapan

    dengan masalah. Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna perpaduan

    tidak dapat dicapai. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan

    untuk menerapkan perpaduan dikalangan masyarakat. Antaranya ialah

    melalui system pendidikan di Malaysia. Menurut Prof. madya Dr. Zainal

    Abidin Ahmad Zulkifly(2006) , pendidikan adalah alat penting bagi

    Malaysia untuk memupuk dan menanam semangat perpaduan

    dikalangan generasi muda terutamanya bagi kanak-kanak dibangku

    sekolah. Ini penting kerana generasi muda inilah yang akan

    membentuk nagara Malaysia pada masa depan samada masyarakat

    bersatu atau sebaliknya.

    Kerajaan telah melancarkan pelancaran Pelan Induk Perkembangan

    Pendidikan(PIPP) 2006-2010 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ,

    Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tujuan PIPP ialah melonjakkan tahap

    kecemerlangan sekolah, melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkemampuan dan

    berjaya mengangkat imej system pendidikan negara dimata dunia.

    Jika kita kaji secara spesifik, ternyata enam strategi yang digariskan itu

    mampu membawa perubahan kepada sistem persekolahan yang

    berperanan sebagai alat perpaduan. Strategi yang pertama iaitu

    membina negara bangsa ditekankan oleh kerajaan untuk dilaksanakan

    kerana melaluinya perpaduan dikalangan masyarakat Malaysia yang

    berbilang bangsa dapat diperkukuhkan lagi. Pelan rancangan ini

    seiring dan dapat merealisasikan matlamat utama pendidikan

    kebangsaan sejak merdeka iaitu matlamat pendidikan untuk

    perpaduan bangsa. Sebab itulah sekolah memainkan peranan yang

    penting untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang

    bangsa untuk menjalinkan hubungan baik dan saling bersikap

    toleransi.

    Selain itu, pihak kerajaan juga telah mewujudkan sekolah Wawasan

    dalam usaha menyatupadukan kepelbagaian kaum di Malaysia.

    Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar

  • 7/27/2019 Forum Kepelbagaian Budaya

    10/11

    bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum

    atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah

    berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap

    sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung

    antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.

    Tujuan sekolah ini ditubuhkan ialah mewujudkan perpaduan di

    kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang,

    memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran,

    melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman

    yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dan

    menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah

    melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-

    aktiviti lain di sekolah .

    Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah

    beroperasi dengan jayanya iaitu , Kompleks Sekolah Wawasan Pekan

    Baru, Parit Buntar, Perak, Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman,

    Alor Setar, Kedah, Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau

    Pinang, Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangordan Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak.

    Kewujudan Sekolah Wawasan diharapkan dapat memberikan impak

    yang positif dalam mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang

    berbeza.

    Usaha lain yang telah dilakukan oleh kerajaan ialah melancarkan

    Gagasan 1 Malaysia yang bertemakan Rakyat didahulukan ,

    pencapaian Diutamakan yang telah diilhamkan oleh Perdana

    menterri kita sekarang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Gagasan ini

    bertujuan memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia

    berdasarkan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan

    rakyat Malaysia. Bagi menjayakan matlamat ini, sektor pendidikan

    terutamanya melalui sistem persekolahan memainkan peranan utama

    dengan menerapkan nilai-nilai murni dan perpaduan nasional .

    Walaupun perkara ini bukanlah sesutu perkara yang baru yangdilaksanakan disekolah namun ianya diharap menjadi perintis kepada

  • 7/27/2019 Forum Kepelbagaian Budaya

    11/11

    perubahan masyarakat Malaysia supaya mencapai matlamat

    perpaduan nasional.

    Kesimpulannya, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam

    menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan

    budaya. Jadi, diharapkan agar setiap lapisan masyarakat menyokong

    dan mendokong usaha atau inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan

    bagi mewujudkan sebuah Negara yang aman dan harmoni.

    Moderator : Terima kasih Puan Farhan atas perkongsian yang menarik tadi.

    Diharap agar hadirin sekalian dapat mengambil input-input yang telah

    dikongsi sebentar tadi.

    Hasil perbincangan kita tadi dengan dua orang ahli panel mengenai

    topik Kepelbagaian Budaya Tidak Mengahalang Proses Pendidikan Di

    Sekolah, dapat saya simpulkan bahawa perpaduan dalam masyarakat

    pelbagai budaya merupakan nadi kepada kestabilan politik,

    pembangunan ekonomi dan keharmonian rakyat. Oleh yang demikian,

    guru perlu berperanan untuk memimpin di dalam bilik darjah untuk

    membudayakan ciri-ciri kesederhanaan, kepekaan kepada orang laindan toleransi dalam kalangan pelajar.

    Di samping itu, dalam mencapai matlamat perpaduan Negara yang

    kukuh, seluruh masyarakat perlu berganding bahu, seiring dengna

    usaha murni kerajaan melaui dasar-dasar dan rancangna baru. Mutu

    pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni

    menjadi tunggak kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah

    Negara majudan dapat merealisasikan Wawasan 2020.

    Sebelum mengakhiri sesi perbincangan ini, saya ingin mengucapkan

    ribuan terima kasih kepada kedua-dua orang ahli panel dan hadirin

    yang hadir pada forum kali ini. Di kesempatan ini saya ingin titipkan

    pantun buat semua :

    Mak Ani ke kedai Pak Saat,

    Forum dah habis moga bermanfaat.