pertembungan budaya-forum 5

23
Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina, India dan kaum-kaum peribumi yang lain. Meskipun masyarakat kita berbilang bangsa dan mempunyai latar belakang yang berbeza, namun masyarakat Malaysia boleh hidup bersatu padu dengan aman dan damai. Sudah 51 tahun kita merdeka daripada penjajahan kuasa asing dan masyarakat Malaysia terus berusaha memajukan negara. Kepelbagaian budaya Malaysia yang merupakan aset penting kepada negara kita dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan terkenal di seluruh dunia. Kepelbagaian budaya ini wujudnya daripada penghijrahan golongan Cina dan India ke Tanah Melayu semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Secara umumnya, orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai pelombong di lombong bijih timah. Manakala golongan India berhijrah ke Tanah Melayu untuk tujuan bekerja sebagai peladang di ladang-ladang getah. Sebahagian kecil lagi penduduk di Malaysia terdiri daripada penduduk peribumi yang berasal dari Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara tetapi Bahasa Inggeris turut digunakan secara meluas. KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit , iaitu Buddayah Namun, ada pendapat mengatakan perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud kecergasan fikiran dan akal ,manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Selain itu, kebudayaan pula ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir di mana ia meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan

Upload: liew-boon-chun

Post on 16-Feb-2015

84 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu

Melayu, Cina, India dan kaum-kaum peribumi yang lain. Meskipun masyarakat kita berbilang

bangsa dan mempunyai latar belakang yang berbeza, namun masyarakat Malaysia boleh hidup

bersatu padu dengan aman dan damai. Sudah 51 tahun kita merdeka daripada penjajahan kuasa

asing dan masyarakat Malaysia terus berusaha memajukan negara.

Kepelbagaian budaya Malaysia yang merupakan aset penting kepada negara kita dalam

menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan terkenal di seluruh dunia. Kepelbagaian budaya

ini wujudnya daripada penghijrahan golongan Cina dan India ke Tanah Melayu semasa

penjajahan British di Tanah Melayu. Secara umumnya, orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu

untuk bekerja sebagai pelombong di lombong bijih timah. Manakala golongan India berhijrah ke

Tanah Melayu untuk tujuan bekerja sebagai peladang di ladang-ladang getah. Sebahagian kecil

lagi penduduk di Malaysia terdiri daripada penduduk peribumi yang berasal dari Sabah, Sarawak

dan kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi

negara tetapi Bahasa Inggeris turut digunakan secara meluas.

KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA

KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA

Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat tanpa

mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat perbezaan

antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perkataan budaya

berasal daripada bahasa Sanskrit , iaitu Buddayah

Namun, ada pendapat mengatakan perkataan budaya berasal dari cantuman

perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud

kecergasan fikiran dan akal ,manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai kekuatan

kuasa, tenaga dan pengaruh.

Selain itu, kebudayaan pula ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia

merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir di mana ia meliputi hasil

kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan

Berdasarkan Kamus Dewan (2007) , budaya ditakrifkan sebagai tamdun ,

peradaban, kemajuan fikiran , akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya.

Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu

kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik,

agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai

Di samping itu, budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan

dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang

diamalkan kebanyakan orang samaada dari segi pemikiran, nilai kepercayaan,

pandangan dan tabiat berfikir seseorang itu . Budaya merupakan warisan sosial

manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi.

Dalam konteks pendidikan semasa , budaya dilihat melalui budaya di sekolah

yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah, murid akan

di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam

masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.

Free Web Site - Free Web Space and Site Hosting - Web Hosting - Internet Store and Ecommerce Solution Provider - High Speed Internet

Search the Web

Budaya dan Kepelbagaian Kelompok Malaysia

1. Pengertian dan Konsep Budaya Serta Kepelbagaian Kelompok

Budaya diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat di sesuatu

kawasan.

Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan

agama penganutnya.

Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa

pengertian :

- Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal

- kecergasan akal fikiran seseorang akan menetukan tahap pemikiran dalam menangani

sesuatu permasalahan dan mencari penyelesaian kepada permasalahan tersebut

- Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh

- Mengunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu

menjana pemikiran mereka

Kebudayaan ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak,

berkelakuan dan berfikir.

Kebudayaan meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan

kebendaan

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah :

i) membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti

ii) memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian,

kemanusiaan, spiritual dan mental

„Culture‟ dalam Bahasa Inggeris bermaksud menanam atau mengerjakan sesuatu. Budaya

berkait rapat dengan apa yang dikerjakan sesuatu masyarakat.

Budaya juga sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan boleh diwarisi

serta sering berubah mengikut peredaran masa.

Kamus Dewan (2005) , budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran , akal budi (cara fikiran),

berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang

diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,

politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Dictionary of Philosophy (1996), the way of life of people, including their attitudes, values,

beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thoughts and activity.

Nik Safiah Karim, “budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa mengerakkan

jiwa”.

Mohd Taib Osman (1988), “ budaya adalah satu himpunan kelengkapan intelektual dan

kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat

menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling”.

Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi , “budaya merupakan satu alat penghasilan karya

seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat”.

Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat

kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang termasuk

pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang. Budaya merupakan

warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi.

Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

Budaya dalam konteks pendidikan semasa dilihat melalui budaya di sekolah yang disamakan

atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid akan di didik untuk berbudaya

sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan

mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.

Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai

yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini

membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat

yang terdiri dari pelbagai kaum.

Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam kurikulum dan

kegiatan ko-kurikulum.

Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, budaya meliputi setiap aspek berikut iaitu

lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa

politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina.

Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan keseluruhan aspek yang mengandungi budaya

rakyat asal. Budaya adalah lambang dan institusi kebangsaan. Budaya adalah hasil ciptaan

nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah, moral, undang-undang,

etika, kesenian, bahasa, kesusateraan dan cara hidup yang disebati untuk diterima bersama.

Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua masyarakat. Budaya

menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok di Malaysia dan terus

diamalkan untuk mengangkat martabat negara.

Pola budaya dikategorikan kepada beberapa aspek berikut :

a) Wajib – individu hanya mempunyai satu cara untuk melakukannya

b) Preferred- yang lebih digemari

c) Tipikal – beberapa cara melakukannya tetapi tidak satu pun digemari

d) Alternatif – beberapa cara melakukannya tanpa ada sesuatu yang digemari

e) Terhad – cara melakukan sesuatu itu dibenarkan tetapi untuk orang tertentu sahaja

Ciri budaya dalam sesuatu kelompok adalah seperti berikut :

a) boleh dipelajari

b) boleh dikongsi

c) boleh diwarisi

d) bersifat sejagat

e) sentiasa berubah

f) mempunyai unsur simbolik

g) mempunyai pandangan semesta

Dalam mencapai status negara moden, Malaysia meletakkan perpaduan nasional sebagai

matlamat akhirnya. Matlamat akhir proses penyatuan ini ialah terbentuknya satu „bangsa

Malaysia‟ yang terdiri daripada satu masyarakat berbilang etknik yang berstau padu, sejahtera

dan mempunyai identiti nasional tersendiri.

2. Jenis dan Demografi Kelompok

Kelompok didefinisikan sebagai dua individu atau lebih, yang berinteraksi, saling bergantung

dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu.

Kelompok adalah bersifat formal dan informal. Kelompok formal merujuk kepada kelompok

yang ditetapkan oleh struktur organisasi dengan penugasan kerja yang ditunjuk untuk

menjalankan tugas-tugas dan diarahkan untuk tujuan organisasi.

Klasifikasi kelompok dalam sesuatu masyarakat dikelasifikasikan kepada :

i) Kelompok Tugas ~ bersama menyelesaikan suatu tugas/pekerjaan

ii) Kelompok Kepentingan ~ individu yang bekerjasama untuk mencapai sasaran khusus

iii) Kelompok Persahabatan ~ kelompok yang ditetapkan bersama-sama kerana memiliki

satu atau lebih sifat yang sama

Kita saling bergantung dan bergabung kelompok kerana :

a) keamanan

b) status

c) harga diri

d) afiliasi

e) kekuatan

f) pencapaian tujuan

Pengkelasan Kelompok dalam Ras Masyarakat

Ciri-Ciri Setiap Masyarakat Ras

1. Caucasoid (Orang-Orang Eropah Putih)

- bibir nipis, kulit putih, mata besar, rambut lurus, tinggi, hidung mancung

2. Negroid (Orang-Orang Negro Hitam)

- kaki kurus, rambut kerinting, mata besar, bibir tebal, tinggi, kulit hitam

3. Mongoloid (Orang-Orang Asia Kuning)

- hidung peset, kulit berwarna, badan kecil, mata agak kecil, rambut lurus atau

kerinting

4. American Indian (Orang Asli Amerika „Red-Indian‟)

- hidung sederhana, kulit merah, bentuk muka bersegi, rambut lurus, mata besar

5. Austroloid (Orang Asli Australia – Kelabu)

- kulit kelabu, rambut kerinting, hidung besar, mata besar

Beberapa permasalahan terdapat didalam membentuk ras dinegara kita yang diantaranya

adalah :

a) perbezaan capaian

b) jurang sosial

c) pengekalan identiti

d) monopoli

e) budaya

f) prasangka

g) stereotaip

h) ethnocentrisme

„Demografi‟ mula digunakan oleh Achille Guillard (1885) dalam karyanya “Elements of

Human Statistiks or Comparative Demography‟. Berasal dari perkataan „demos‟ bermaksud

rakyat atau penduduk disuatu kawasan; „grafein‟ bermaksud menggambarkan atau menulis

tentang sesuatu perkara. Oleh itu, demografi bermaksud „tulisan atau karangan tentang rakyat

atau penduduk di sesuatu lokasi‟.

Demografi kelompok merupakan analisa statistik terhadap jumlah dan komposisi penduduk

disesuatu lokasi. Kajian saintifik dan statistikal ini meliputi soal kelahiran (fertility), kematian

(mortality), perkahwinan serta migrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut masa

serta mempengaruhi saiz dan taburan kependudukan manusia.

Kelompok untuk tujuan pembelajaran kelompok

i) penumpang bas

ii) pelajar universiti

iii) penonton wayang

iv) orang tua melebihi 55 tahun

v) perempuan

vi) keluarga

vii) pelanggan restoren

viii) orang miskin

ix) kelas

Kumpulan i), iii) dan viii) dipanggil kumpulan individu sesuatu kawasan dan dipanggil

„aggregate‟ iaitu yang melakukan sesuatu tanpa ada mempunyai hubungan nyata antara satu

sama lain

Kumpulan iv), v) dan ix) dipanggil „kategori sosial‟ kerana mempunyai ciri-ciri yang sama

tetapi tidak mempunyai hubungan yang nyata

Kumpulan vi) dan vii) dinamakan „kelompok sosial‟ kerana pempunyai ciri yang sama iaitu

hubungan tertentu, mempunyai perasaan kekitaan, kepentingan atau minat dan aktiviti yang

sama.

Demografi kelompok di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Kaum Melayu

merupakan etknik terbesar (orang yang berbudaya Melayu, bertutur bahasa Melayu dan

beragama islam); golongan bumiputera dianggap kaum asal Malaysia merangkumi Melayu,

Dayak, Iban, Kadazan, Kadazan Dusun yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Nisbah Melayu

(54%), Cina (25%), India (7%), Asli, Sikh dan etnik Sabah dan Sarawak (melebihi separuh

populasi dinegeri tersebut).

Buletin Perangkaan Malaysia Jun 2006 mendapati statistik penduduk Malaysia ialah 26.64 juta

orang (warganegara Malaysia 24.8 juta, bukan warganegara 1.84 juta orang).

Kumpulan Etnik 1991 2000 2006

Melayu 8,521,900 11,680,400 13,475,100

Bumiputera lain 1,778,000 2,567,800 2,931,400

Cina 4,623,900 5,691,000 6,219,600

India 1,316,100 1,680,100 1,858,500

Lain-Lain 572,400 269,700 318,900

JUMLAH 16,812,300 21,889,900 24,803,500

Diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (2006) dan Saw Swee Hock (2006)

Kepelbagaian masyarakat ini memerlukan usaha berterusan untuk membentuk masyarakat

yang saling memahami antara satu sama lain khususnya apabila berlaku pertembungan budaya.

Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok

yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri.

Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses menyatupadukan

secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang

mempunyai identiti yang umum dan tersendiri.

Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki

ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai

kaum dan mewujudkan pula pembentukkan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang

tersendiri dikalangan mereka.

Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi.

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-

kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan kumpulan minoriti diasimilasikan

melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.

Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan kumpulan etnik dengan etnik lain dalam

sesebuah negara sama ada disebabkan oleh kawasan kediaman, sistem persekolahan,

pengangkutan dan kemudahan awam. Mudahnya, kita ada empat komponen mendukung

perpaduan dan satu cabaran perpaduan. Cabaran itu ialah segregasi. Bila MCA minta tender

lebih, timbul keadaan segregasi atau keterpisahan yang dipisahkan oleh parti politik.

Akomodasi pula adalah sesuatu keadaan apabial satu kelompok yang berkonflik bersetuju

untuk menghentikan dan mengelakkan konflik apabila adanya interaksi secara aman. Mereka

hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pusat , setiap

etnik menghantar wakil yang mewakili etnik masing-masing. Contohnya di Switzerland, wakil

etnik Jerman, Perancis dan Itali bersatu dengan baik.

Akulturasi adalah suatu proses sosial yang timbul manakala suatu kelompok manusia dengan

kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing. Kebudayaan asing

itu lambat laun diterima dan diolah ke dalam kebudayaannya sendiri tanpa menyebabkan

hilangnya unsur kebudayaan kelompok itu sendiri.

Perpaduan memerlukan satu usaha yang berterusan khususnya melalui pendidikan demi sebuah

bangsa Malaysia.

Ada baiknya kerajaan merangka kembali dasar dan strategi perpaduan kaum di negara ini.

Perubahan ini memerlukan pemikiran dan dasar baru. Hubungan etnik juga tidak lagi sekadar

berdasarkan kaum Melayu, Cina dan India sahaja.

Selain ras dan perbezaan fizikal, bahasa, adat, budaya dan agama, sekarang jurang ekonomi,

lokasi residensi dan pekerjaan juga menyebabkan masyarakat negara ini menjadi semakin

kompleks dan berbeza.

Itulah sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini

menyuarakan bahawa sangat penting untuk kita mengetahui apakah asas-asas bersama

(common ground) kehidupan antara etnik di Malaysia.

Tiga asas bersama tersebut ialah menghormati Perlembagaan negara, berkongsi kuasa politik

dan ekonomi secara adil serta membina sistem pendidikan yang dipersetujui bersama.

Persoalannya bagaimana untuk menguruskan hubungan etnik di Malaysia?

Profesor Robert Park, ahli sosiologis hubungan etnik dalam bukunya The Nature of Race

Relations (1950) menegaskan, hubungan etnik secara lumrahnya akan wujud bila dua atau

lebih kumpulan yang berbeza budaya, agama dan adat berada dalam ruang yang sama.

Situasi hubungan etnik hanya wujud bila kumpulan tersebut menyedari adanya perbezaan. Jika

mereka tidak menyedari atau mengambil sikap mengabaikan perbezaan itu, maka hubungan

etnik tidak akan menjadi satu isu yang perlu diuruskan.

Dua kerangka utama yang sering digunakan untuk memahami hubungan etnik ialah model

asimilasi dan juga model pluralisme. Asimilasi merujuk kepada usaha untuk meningkat

kebersamaan dan keserasian antara etnik di sesebuah negara.

Maka itu Perlembagaan Persekutuan dibentuk untuk mewujudkan kebersamaan tersebut.

Penarafan Bahasa Melayu dan agama Islam sebagai entiti rasmi negara adalah strategi untuk

membina kebersamaan tersebut.

Malah cadangan pembentukan sekolah satu aliran juga sebenarnya satu lagi usaha untuk

membina keserasian antara kaum.

Kerangka asimilasi boleh dijayakan menerusi empat peringkat utama iaitu asimilasi budaya,

struktur, psikologi dan biologikal.

Model pluralisme pula merujuk kepada usaha menjayakan hubungan dengan meraikan

kepelbagaian etnik melalui budaya, sukan, muzik, fesyen dan makanan.

Ia akan membina toleransi identiti dan seterusnya meningkatkan usaha hubungan etnik.

Bagi menjayakan hubungan etnik ini, yang utama ialah seluruh rakyat menghayati dan

memahami Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan hubungan etnik sebagai asas bersama.

Kegagalan memahaminya akan menyebabkan kita kembali berpolemik.

Kajian oleh Nur Atiqah T. Abdullah (2006) di Pusat Pengajian Umum UKM mengenai

Perlembagaan Persekutuan menunjukkan, tahap pengetahuan responden daripada semua etnik

masih rendah.

Maka tidaklah hairanlah apabila sebahagian besar rakyat dengan begitu mudah berjaya

dieksploitasi oleh ahli politik yang berkepentingan peribadi. Pengetahuan yang rendah akan

mendedahkan rakyat kepada risiko perbalahan antara kaum dan menjejaskan kestabilan negara.

Perlembagaan Persekutuan merupakan sumber tertinggi perundangan negara. Semua undang-

undang yang digubal perlu memenuhi semangat dan aturan yang termaktub di dalamnya.

Satu bangsa Malaysia hanya boleh wujud secara realistik bila keluhuran perlembagaan

diterima, dihormati dan dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat pelbagai etnik di negara ini.

Penelitian dokumen Perlembagaan Persekutuan (cetakan terbaru - sehingga 5 Mac 2008)

menunjukkan, daripada 183 Perkara, tujuh menyentuh isu hubungan etnik.

Antaranya ialah Perkara 3 yang menyatakan, Islam adalah agama rasmi Malaysia. Perkara ini

jelas dan tidak sukar untuk difahami. Tinggal lagi atas niat seseorang untuk mempertikaikan

perkara tersebut.

Perkara 8 berkaitan dengan jaminan sama rata daripada segi undang-undang dan semua

warganegara berhak mendapat perlindungan tanpa membezakan agama, kaum, keturunan,

tempat lahir dan jantina.

Perkara 11 mengenai kebebasan beragama. Penganut mana-mana agama dibenarkan

menguruskan hal ehwal agamanya melalui persatuan dan yayasan serta menjana dan memiliki

harta mengikut undang-undang.

Perkara 14 pula berkaitan dengan jaminan sebagai setiap rakyat yang layak berhak untuk

memiliki kewarganegaraan.

Penting hak ini difahami oleh semua kaum sebagai menghargai pengorbanan orang Melayu

dan pribumi lain yang bersedia membuka jalan untuk kaum Cina dan India menjadi

warganegara semasa peringkat awal kemerdekaan dahulu.

Perkara 149 pula melibatkan usaha pengawalan sensitiviti berkaitan hubungan etnik melalui

pencegahan kepada perlakuan subversif seperti hasutan serta penghinaan terhadap kumpulan

etnik yang lain.

Perkara 152 pula berkaitan pengiktirafan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Namun

liberalisasi toleransi yang tinggi kepada seluruh warganegara menyebabkan tiada sesiapa pun

boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan bahasa lain untuk tujuan komunikasi

umum.

Sementara itu, Perkara 153 pula menyatakan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan

bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Hak ini diberikan dengan jaminan bahawa orang bukan Melayu tidak akan dipinggirkan

daripada perancangan serta turut menikmati sepenuhnya kemajuan ekonomi negara.

Maka, keputusan untuk tidak meneruskan penggubalan Akta Hubungan Kaum menunjuk sikap

positif kerajaan berkaitan hubungan kaum di negara ini.

Sebagai alternatifnya, sangat penting untuk merangka satu dasar hubungan etnik dan

perkemaskan pelaksanaannya sebagai satu proses mendidik generasi muda. Sekurang-

kurangnya, mereka tidak mudah dieksploitasi oleh pemimpin politik berkepentingan sehingga

boleh mengucar-ngacirkan kestabilan negara.

Semoga hubungan etnik di negara ini akan berkembang subur dan menjadi contoh kepada

negara lain di dunia.

Matlamat Perpaduan Negara

a. Memupuk dan meningkatkan semangat patriotik dan kesetiaan kepada negara serta rasa

megah sebagai rakyat malaysia.

Perpaduan negara tidak akan tercapai sekiranya rakyat tidak sanggup memberikan sokongan

yang padu kepada dasar-dasar yang diperkenalkan. Kesanggupan ini akan lahir secara semula

jadi.

Sekiranya semangat patriotik dan kesetiaan kepada negara dapat dipupuk dari awal,

kebanggaan menjadi rakyat Malaysia dapat disemai di kalangan semua rakyat, perasaan megah

ini dengan sendirinya akan menjadikan seseorang itu bangga untuk bergelar rakyat Malaysia.

b. Mengurangkan polarisasi antara dan sesama kaum, agama dan wilayah.

Polarisasi antara kaum dan sesama kaum, agama dan wilayah merupakan faktor utama yang

boleh menggugat perpaduan negara.

Perasaan membezakan antara kaum dan sesama kaum dan wilayah akan menimbulkan

perasaan curiga dan benci kepada anggota masyarakat dari kaum dan wilayah yang berlainan.

Perasaan seperti ini akan menimbulkan ketegangan sesama kaum, agama atau wilayah dan

berisiko tinggi dalam mencetuskan konflik dalam masyarakat. Oleh itu, ia perlu dielakkan dan

ditangani dengan sebaiknya.

c. Meningkatkan keharmonian antara dan sesama kaum, kebudayaan dan agama, semua

lapisan dan golongan masyarakat

Kepelbagaian kaum, budaya dan agama di negara sememangnya merupakan hakikat dan satu

aset yang amat membanggakan.

Pengiktarafan dan penerimaan hakikat ini serta persefahaman di antara agama dan keakraban

antara tamadun, perlu dijadikan langkah strategik untuk meningkatkan keharmonian antara

kaum dan sesama kaum, kebudayaan dan agama.

d. Meningkatkan Integrasi Wilayah antara Sabah dan Sarawak dengan Negeri-Negeri

Semenanjung dan antara Semua Negeri Di Dalam Persekutuan

Walaupun Malaysia telah ditubuhkan sejak tahun 1963, namun masih terdapat jurang

perbezaan yang ketara dari segi pembangunan di sesetengah tempat di Sabah dan Sarawak,

apabila dibandingkan dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Dari segi fizikal, perbezaan ini menampakkan masih terdapat jurang perbezaan yang

melibatkan infrastruktur asas seperti sistem perhubungan, kesihatan dan pendidikan.

Usaha mengatasi jurang perbezaan akan menyumbang ke arah pengukuhan perpaduan negara.

Selain itu, terdapat perbezaan persepsi akibat daripada integrasi yang masih berkurangan di

antara Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Usaha harus dipertingkatkan dalam menggalakkan proses integrasi ini agar perasaan perbezaan

wilayah ini tidak akan membantutkan usaha untuk membina sebuah bangsa Malaysia.

Integrasi wilayah juga perlu dipertingkatkan sesama negeri di Semenanjung Malaysia. Hanya

dengan wujudnya integrasi nasional maka proses pengukuhan perpaduan negara akan dapat

dicapai.

e. Bergerak ke arah mewujudkan bangsa Malaysia

Wawasan 2020 telah menggariskan matlamat untuk membina sebuah bangsa Malaysia yang

mencerminkan perpaduan yang wujud di negara ini.

Sejak sekian lama proses pemupukan perpaduan negara dilaksanakan melalui beberapa dasar

kebangsaan seperti Dasar Pendidikan Negara, Dasar Kebudayaan Negara, Dasar Ekonomi

Baru, Dasar Pembangunan Nasional, menyebabkan kita dikenali mengikut takrifan kaum,

agama dan wilayah.

Justeru, kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu akan memberi satu nafas baru

dalam proses pengukuhan perpaduan negara.

f. Menangani Semua Cabaran Wawasan 2020

Wawasan 2020 telah menggariskan sembilan cabaran yang menjadi sasaran negara demi

mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Dalam usaha mencapai sasaran-sasaran tersebut, banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Justeru

itu, proses pengukuhan perpaduan negara adalah amat penting kerana hanya dengan kewujudan

perpaduan, membolehkan segala cabaran Wawasan 2020 dapat ditangani.

Kesimpulan

Perpaduan negara adalah tonggak kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Hakikat bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan

berasal dari wilayah yang berlainan menjadikan soal perpaduan amat penting dalam

menentukan pencapaian matlamat pembangunan negara.

Bersandarkan kepada hakikat tersebutlah, maka kerajaan dilihat begitu sensitif dan prihatin

dalam merangka strategi dan pendekatan untuk mewujudkan keharmonian antara kaum, agama

dan wilayah melalui pemupukan nilai-nilai sejagat yang murni, termasuk hormat-menghormati,

toleransi dan saling memahami sesama kaum dan sesama kaum.

Pada hari ini, Malaysia mendapat pengiktirafan dunia atas kejayaan mewujudkan perpaduan di

kalangan masyarakat majmuk.

Namun, proses pengukuhan perpaduan negara perlu terus dilaksanakan kerana peredaran masa

membawa bersama pelbagai cabaran baru yang boleh menjejaskan perpaduan negara.

Sumber :

Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur.

Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1

Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/

Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf

Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html

Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia

Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia

Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu

Teori Perhubungan Etnik

http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdf

Pengukuhan Perpaduan Negara http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=print&sid=2523

Kembali