folio sn 3.docx

3
g) GEOTERMA 1. “Geo” bermaksud “Bumi” dan “terma” bermaksud “haba”. Tenaga geoterma ialah tenaga haba yang diperoleh dari kerak bumi. 2. Air panas, geiser dan letusan gunung berapi menunjukkan bahawa bahagian dalam Bumi adalah sangat panas. 3. Stim atau air panas yang terperangkap dalam Bumi dipam keluar ke permukaan melalui lubang di dalam tanah. 4. Ada kalanya air dari tasik dialirkan ke dalam Bumi untuk dipanaskan oleh batu-batuan yang panas dan kemudian dipam keluar semula sebagai stim. 5. Stim itu digunakan untuk:- (a) Memanaskan rumah dan kilang. (b) Memutarkan turbin dan dynamo bagi menghasilkan tenaga elektrik.

Upload: roziah-ramli

Post on 11-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: folio sn 3.docx

g) GEOTERMA

1. “Geo” bermaksud “Bumi” dan “terma” bermaksud “haba”. Tenaga geoterma ialah tenaga haba yang diperoleh dari kerak bumi.

2. Air panas, geiser dan letusan gunung berapi menunjukkan bahawa bahagian dalam Bumi adalah sangat panas.

3. Stim atau air panas yang terperangkap dalam Bumi dipam keluar ke permukaan melalui lubang di dalam tanah.

4. Ada kalanya air dari tasik dialirkan ke dalam Bumi untuk dipanaskan oleh batu-batuan yang panas dan kemudian dipam keluar semula sebagai stim.

5. Stim itu digunakan untuk:-

(a) Memanaskan rumah dan kilang.

(b) Memutarkan turbin dan dynamo bagi menghasilkan tenaga elektrik.

Page 2: folio sn 3.docx

h) BAHAN RADIOAKTIF

1. Tenaga nuklear diperoleh melalui pemecahan atom-atom uranium atau plutonium.

2. Pemecahan atom-atom itu dilakukan dengan cara yang terkawal di dalam reactor.

3. Nukleus bahan-bahan ini tidak stabil. Nukleus terurai dan membebaskan tenaga haba dan tenaga cahaya yang banyak.

4. Tenaga haba yang dibebaskan digunakan untuk menghasilkan stim di bawah kuasa yang tinggi. Stim itu digunakan untuk menggerakkan turbin dan dynamo bagi menghasilkan tenaga elektrik.

5. Sesetengah kapal selam menggunakan tenaga nuklear untuk memusing turbin bagi memutarkan kipas yang menggerakkan kapal selam itu.