folio sejarah 2.docx

26
Bahasa Melayu ialah satu bahasa dari keluarga Austronesia yang merupakan antara bahasa utama di dunia. [63] Variasi dan dialek-dialek Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi di Malaysia , Brunei , Singapura dan Indonesia . Ia juga ditutur di Thailand , Filipina , Kepulauan Cocos (Keeling) , Pulau Krismas , Sri Lanka , Suriname . Penutur aslinya berjumlah sekitar 33 juta orang di kepulauan Melayu dan ia digunakan sebagai bahasa kedua oleh anggaran 220 juta orang. [63] Batu Bersurat Terengganu , artifak tulisan tertua dengan tulisanJawi di atasnya. Kandungannya ialah hukum tempatan yang dipengaruhi Syariat Islam dan oleh itu adalah salah satu bukti terawal pengaruh Islam di Malaysia . Bahasa Melayu Kuno mula tersebar dengan meluas di kepulauan Melayu ketika zaman kekuasaan empayar Srivijaya. Ia kemudiannya digantikan dengan bahasa Melayu Klasik yang muncul bersama dengan kedatangan Islam dan mencapai puncak kegemilangannya ketika zaman kesultanan Melaka. Pada kurun ke-15, ia tersebar ke kawasan-kawasan yang di luar kekuasaan Melaka seperti Ternate dan Tidore di Maluku utara. Ketika era ini, bahasa Melayu juga menjadi bahasa istana dan sastera di kerajaan-kerajaan di luar kawasan penutur tradisional bahasa Melayu. [64] Pada zaman dahulu, bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa ilmu utama di kalangan para ilmuwan Islam. Para pengarang Eropah abad ke-18, seperti Tavernier , Thomassin dan Werndly menggambarkan bahasa Melayu sebagai "bahasa ilmu di seluruh Hindia Timur, sepertimana bahasa Latin di Eropah " [65] Ia

Upload: afandi-maelah

Post on 18-Nov-2015

124 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bahasa Melayu ialah satu bahasa dari keluargaAustronesiayang merupakan antara bahasa utama di dunia.[63]Variasi dan dialek-dialek Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi diMalaysia,Brunei,SingapuradanIndonesia. Ia juga ditutur diThailand,Filipina,Kepulauan Cocos (Keeling),Pulau Krismas,Sri Lanka,Suriname. Penutur aslinya berjumlah sekitar 33 juta orang dikepulauan Melayudan ia digunakan sebagai bahasa kedua oleh anggaran 220 juta orang.[63]

Batu Bersurat Terengganu, artifak tulisan tertua dengan tulisanJawidi atasnya. Kandungannya ialah hukum tempatan yang dipengaruhiSyariat Islamdan oleh itu adalah salah satu bukti terawal pengaruhIslam di Malaysia.Bahasa Melayu Kunomula tersebar dengan meluas dikepulauan Melayuketika zaman kekuasaan empayar Srivijaya. Ia kemudiannya digantikan denganbahasa Melayu Klasikyang muncul bersama dengan kedatangan Islam dan mencapai puncak kegemilangannya ketika zaman kesultanan Melaka. Pada kurun ke-15, ia tersebar ke kawasan-kawasan yang di luar kekuasaan Melaka sepertiTernatedanTidorediMalukuutara. Ketika era ini, bahasa Melayu juga menjadi bahasa istana dan sastera di kerajaan-kerajaan di luar kawasan penutur tradisional bahasa Melayu.[64]Pada zaman dahulu, bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa ilmu utama di kalangan para ilmuwan Islam. Para pengarang Eropah abad ke-18, sepertiTavernier,ThomassindanWerndlymenggambarkan bahasa Melayu sebagai "bahasa ilmu di seluruh Hindia Timur, sepertimanabahasa LatindiEropah"[65]Ia juga adalah bahasa yang paling meluas digunakan ketika zaman penjajahan British dan Belanda di Kepulauan Melayu[66].LoghatKesultanan Johoratau Johor-Riau adalah tuturan piawai di kalangan orang Melayu diSingapuradanMalaysia, dan ia menjadi dasar asal untukbahasa Indonesiapiawai[67][68][69][70]. Di semenanjung tanah Melayu, loghatKelantandalam bentuk tulennya adalah yang paling sukar untuk difahami. Loghat semenanjung lain termasuk loghatKedah, loghat Melaka, loghatNegeri Sembilan, loghat Perak, loghat Pahang dan loghat Terengganu. DiThailand, MelayuSatunbertutur seperti loghat Kedah sementara yang di wilayah-wilayahPatanibertutur seperti loghat Kelantan. DiBrunei, ada pelbagai loghat Melayu yang digunakan; Bahasa Melayu Diraja, Kedayan, Kampong Ayer, Bahasa Melayu Pasar dan Bahasa Melayu Brunei[71]. Manakala di Indonesia, loghat bahasa Melayu boleh digolongkan kepada dua loghat besar iaitu loghat Melayu Barat (bermakna loghat Melayu yang dituturkan orang asli etnik Melayu, mengandungi loghat Riau, loghat Jambi, loghat Palembang, loghat Bengkulu, loghat Bangka, loghat Belitung, loghat Komering, dan loghat lain diSumateradanKalimantan Barat) dan loghat Melayu Timur (bermakna loghat Melayu yang dituturkan orang bukan etnik Melayu, mengandungi loghat Kutai, loghat Gorontalo, loghat Ternate, loghat Ambon, loghat Papua, dan loghat lain diIndonesia Timur).Bahasa Melayu mengikut sejarah ditulis dalamPallava,KawidanRencong. Selepas ketibaan Islam,tulisan Jawiyang berasaskanabjad Arabmula digunakan dan masih wujud hari ini sebagai tulisan rasmi diMalaysiadanBrunei[72], dan juga tulisan rasmi untukbahasa Yawidi selatan Thailand. Bermula dari abad ke-17, akibat dari penjajahan British dan Belanda, tulisan Jawi secara beransur-ansur digantikan dengan tulisan Rumi[73]yang akhirnya menjadi tulisan moden rasmi untuk bahasa Melayu di Malaysia, Singapura, dan Indonesia ( tulisan rasmi lain di Brunei).Sastera[sunting|sunting sumber]Rencana utama:Sastera MelayuKesusasteraan Melayu kaya dengan khazanah sastera lisan dan sastera klasik yang sebilangan besarnya mengandungi kisah dari pelbagai lapisan masyarakat, daripekerja rumah tanggakementeri, darihakimkeRaja, dan merentasi pelbagai zaman, dari zaman silam hingga ke zaman kontemporari, yang bersama-sama membentuk identiti kemelayuan yang pelbagai[74].

Hikayat Merong Mahawangsadalam tulisanJawi. Ia juga digelar Sejarah Kedah dan merupakan sebuah karya sastera Melayu silam yang membabadkan keturunanMerong Mahawangsadan pengasasan negeriKedah.Bahasa Melayu ialah bahasa yang lembut dan halus. Keaslian dan keindahan sastera Melayu dapat dilihat dalam elemenpuisinya, yang menekankan penggunaan rima dan irama. Antara bentukpuisi Melayuyang terkenal ialah -Pantun,SyairdanGurindam.Bentuk terawal sastera Melayu adalahsastera lisandan tema utamanya ialahcerita dongengtentangalam semula jadi,haiwandanmanusia. Cerita dongeng dihafal dan diwarisi dari satu keturunanpenglipur larake keturunan yang seterusnya. Banyak dari cerita-cerita ini dikarang olehpenglipur laracontohnya;Hikayat Malim Dewa,Hikayat Malim Deman,Hikayat Raja Budiman,Hikayat Raja Donan,Hikayat Anggun Cik Tunggal, danHikayat Awang Sulung Merah Muda.Apabila pengaruh budaya India mula menyebar ke seluruh kepulauan Melayu kira-kira 2000 tahun yang lalu, sastera Melayu mula menggabungkan elemen-elemen dari India. Pada zaman Hindu-Buddha ini, karya-karya darisastera Sanskritdanmitologi Hinduditerjemah, dan diadaptasi ke dalam sastera Melayu. Antara karya-karya yang bersusur galur dari zaman ini ialahHikayat Seri Rama(suatu terjemahan bebasRamayana) danHikayat Panca Tanderan(suatu adaptasiHitopadesha)[75].Zaman sastera Melayu klasik bermula selepas ketibaan Islam dan penciptaantulisan Jawi(tulisan yang berasaskanabjad Arab). Sejak itu, elemen-elemen Islam mula membawa pengaruh yang besar dalam sastera Melayu.Batu Bersurat Terengganuyang bertarikh 1303, adalah penulisan naratif Melayu terawal yang diketahu wujud. Batu ini dipahat dengan catatansejarah,undang-undang, dankisah cintadalam tulisan Jawi[76]. Karya yang dianggap terpenting dalam sastera Melayu pula ialahSejarah Melayu(Sulalatus Salatin) yang sangat masyhur itu. Ia pernah digelar karya sastera Melayu yang "paling masyhur, mempunyai ciri tersendiri, dan yang terbaik", oleh sarjana terkenal dalam pengajian Melayu,Sir Richard O. Winstedt.[77]Tarikh sebenar bila Sejarah Melayu ditulis dan siapa penulis asalnya adalah tidak diketahui[76], namun atas titah perintahSultan Alauddin Riayat Shah IIIdari Johor pada 1612,Tun Sri Lanangmenyelia proses penyuntingan dan penyusunannya.[78].Pada abad ke-19, sastera Melayu telah mengalami revolusi penting melalui karya-karyaAbdullah Abdul Kadir Munshi, seorangmunshiSingapurakelahiranMelakayang terkenal[75]. Pada zamannya, Abdullah dianggap sebagai orang Melayu yang paling terpelajar pernah menulis[75], salah seorang pembaharu terhebat dalam persuratan Melayu[79]dan juga dianggap bapa sastera Melayu moden[76]. Karya-karya beliau yang terpenting ialahHikayat Abdullah(sebuah autobiografi),Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan( catatan tentang perjalanannya untuk kerajaan Singapura keKelantan), danKisah Pelayaran Abdullah ke Mekah(catatan tentang perjalanannya untuk menunaikanHajidiMekah). Karya-karya beliau merupakan inspirasi bagi generasi pengarang yang seterusnya dan menandakan tahap awal peralihan dari zaman sastera Melayu klasik ke zaman sastera Melayu moden.[79].Agama[sunting|sunting sumber]

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddindi Brunei. Kerajaan ini menggasuhMelayu Islam Berajasebagai falsafah negara sejak kemerdekaannya pada 1984.Pada awalnya, orang Melayu adalahumat animismeyang mempercayai kewujudansemangatdalam semua benda.[37]. Pada permulaanZaman Kristian,agama Hindudanagama Buddha Mahayanadiperkenalkan oleh para pedagang India ke Kepulauan Melayu, di mana ia berkembang dengan pesat sehingga kedatangan Islam yang dibawa oleh pedagang Arab, India dan Cina.

Seorang lelaki Melayu yang berpakaianMelayumenunaikan solat di sebuah masjid. Dianggarkan 99.99% orang Melayu kini adalah pengikut Islam Sunah Waljamaah. Gejalamurtaddi kalangan orang Melayu Islam adalah sangat jarang, tetapi bukan tidak pernah didengari.Pada abad ke-15, aliran mazhabSunah Waljamaahortodoks tersebar dengan meluas di kepulauan Melayu di bawah peranan kesultanan Melaka. Berbeza dengan agama Hindu yang mengubah masyarakat Melayu awal secara lahiriah, Islam dapat dikatakan berakar kuat dalam hati dan minda orang Melayu[80]Selepas zaman ini, secara tradisinya, identiti orang Melayu adalah sangat berkait rapat dengan Islam[81]dan ia berkekalan sehingga hari ini[80]Kaitan ini sangat kuat sehinggakan apabila seseorang dari suku lain memeluk agama Islam di alam Melayu, beliau dikatakan akan "masuk Melayu"[48].Dari pemerhatian orientalis Inggeris dan pentadbir kolonialMalaya British,Richard Olaf Winstedtyang pernah berada diTanah Melayudari tahun 1902 hingga 1939, kepercayaan-kepercayaan lama yang berasal dari zaman sebelum Islam masih berakar dalam budaya Melayu pada zaman tersebut. Aliransufismeatau unsurmistikdari mazhabSyiah, yang sepatutnya tiada tempat dalam mazhab Sunah Waljamaah ortodoks juga diamalkan oleh orang Melayu, disamping unsur-unsur lama dari fahaman animisme dan agama Hindu-Buddha[82].Keadaan ini bagaimanapun berubah pada erapembaharuan Islam(juga digelarIslamisasisemula[83]) yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1970an. Banyak amalan dan tradisi yang bertentangan dengan ajaran Islam dan mengandungi unsur-unsur kepercayaan lama yangsyirikmula ditinggalkan oleh orang Melayu. Antaranya ialahtemasya Mandi Safaryang sangat terkenal diamalkan suatu ketika dahulu. Pesta mandi untuk kesucian rohani ini dikatakan mengandungi unsur-unsur dari amalanDurga PujaagamaHindu.[84].Lebih kurang 99.9% orang Melayu moden adalah penganutIslamdari mazhabSunah Waljamaah[9][10][11]dan semua perayaan-perayaan terpenting Melayu adalahperayaan Islam;Hari Raya Aidilfitri,Hari Raya Aidiladha,Awal Muharram(Tahun Baru Islam) danMaulidur Rasul(Hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W).Seni bina[sunting|sunting sumber]

Replika istanaKesultanan Melakayang dibina berdasarkan maklumat dan data yang diperolehi dariSejarah Melayu. Teks bersejarah ini mengandungi rujukan tentang pembinaan dan seni bina istana-istana pada era pemerintahanSultan Mansur Shahdari tahun 1458 hingga 1477.Seni bina kediaman asli di kepulauan Melayu boleh dibahagikan kepada dua bentuk utama. Yang pertama ialah bentuk kediaman puak yang terbahagi pula kepada dua iaitu bentuk vernakular orang asli dan bentuk imej bot yang dimiliki suku kaum Flores, Nias, Batak, Melanesia, Toraja dan Papua. Bentuk kedua ialah seni bina masyarakat maritim pesisir yang lebih maju seperti Melayu, Bugis, Acheh, Minangkabau dan lain-lain, yang mendirikan pelabuhan, kerajaan, malah empayar-empayar.[85]Seperti juga dalam seni bina suku-suku lain di kepulauan Melayu,kayumerupakan bahan utama dalam pembinaan rumah tradisional Melayu[44]. Bagaimanapun, penemuan struktur batu lama terutamanya binaan rumah ibadat dari zaman kerajaan-kerajaan Melayu purba ditanah Melayudanempayar Srivijaya, membuktikan yang orang Melayu juga menggunakan batu dalam pembinaan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, lapangan terbang ini menggabungkan beberapa ciri seni bina Melayu tradisional.Terdapat bukti arkeologi binaancandicampuran batu dan kayu di lembah bujang, Kedah yang dipengaruhi oleh seni bina India bertarikh seawal kurun pertama sebelum Masihi. Dalam kawasan yang berkeluasan lebih 350 kilometer persegi, 87 tapak bersejarah telah dilaporkan yang terdiri dari relau besi, dewan dan jeti di sepanjang sungai purba Lembah Bujang.[86][87]Terdapat jugacandi-candi yang ditemui di puncak-puncak gunung, satu ciri yang mungkin berasal dari kepercayaan orang Melayu purba mengenai kesucian tempat-tempat tinggi[88].Candi Muara TakusdanCandi Muaro JambidiSumatramerupakan antara peninggalan arkeologi yang berkaitan dengan elemen-elemen seni bina empayar Srivijaya. Sebahagian besar peninggalan seni bina Srivijaya dapat juga ditemui diChaiya(kini sebuah wilayah diThailand) diSemenanjung Melayu, yang pernah menjadi pusat terpenting pada zaman Srivijaya[89][90][91]. Bentuk unik struktur rumah ibadat di Chaiya terdiri daripada ruang sel yang menempatkan imejBuddhadan puncak struktur yang dinaikkan dalam bentukstupadengan teres yang bertingkat-tingkat, yang dapat dilihat padaWat Pra Borom That.[90]Gambaran orang asing yang terawal tentang seni bina Melayu di tanah Melayu dapat ditemui dalam beberapa catatan China. Satu catatan dari abad ke-7 menceritakan tentang penziarah-penziarah Buddha yang singgah diLangkasukaada menerangkan yang bandarnya dikelilingi tembok dengan menara-menara peninjau, dan memiliki pintu berkembar yang besar[92]Satu lagi catatan abad ke-7 oleh utusan khas China keKerajaan Bumi Merahmerekodkan yang ibu kotanya mempunyai 3 pintu utama yang jarak antaranya adalah 100 langkah dan dihiasi dengan lukisan bertemakan Buddha dan semangat-semangat wanita.[85]

Rumah adat MelayuSarawakdariBorneo Malaysia.Keadaan fizikal binaan kayu yang mudah rosak dan kurangnya catatan tentang hasil seni bina sebelum abad ke-15, menyebabkan pengetahuan terperinci tentang seni bina Melayu terhad kepada 500 tahun dahulu sahaja. Keterangan terperinci tentang seni bina Melayu yang terawal adalah mengenaiIstanabesarSultan Mansur Shahyang memerintahMelakadari tahun 1458 hingga 1477.[44][85]. MenurutSejarah Melayu, bangunan ini mempunyai tujuh struktur ruang di atas tiang-tiang kayu, dengan tujuh bumbung dari genting tembaga yang berlapis-lapis dan menara-menara bersadur emas, dihiasi dengan cermin kaca Cina[85]Sumber Portugis juga ada menerangkan tentang Istana Sultan Mansur Shah serta binaan masjid batu di Melaka.

Anjung Seni Idrus Tintin diPekanbaru,Riau. Sebuah pusat pertunjukan seni utama di Indonesia bercirikan seni bina Melayu.Rumah adat Melayutradisional dibina menggunakan struktur rangka kayu yang sederhana. Ia biasanya mempunyai bumbung yang cerun,serambidi bahagian depan,silingtinggi, banyak bukaan di dinding untukpengalihan udara[93], dan sering dihiasi denganukiran kayuyang indah. Kecantikan dan kualiti ukiran kayu Melayu melambangkan taraf sosial dan pangkat pemilik-pemiliknya.[94]Hasil seni bina Melayu yang paling indah biasanya dapat dilihat pada istana raja-raja dan rumah golongan bangsawan serta rumah-rumah ibadat tradisional.Banyak elemen reka bentuk seni bina Melayu kini diadaptasi pada struktur moden untuk mencerminkan identiti Melayu. Struktur bumbung beralun yang disokong oleh kaki bajang di bangunanKLIAadalah diilhamkan dari rumahkampunggaya Melayu tradisional. Kayu yang merupakan elemen penting dalam pembinaan bangunan Melayu tradisional, juga diterjemahkan dan digunakan semula dalam landskap moden di KLIA danPutrajaya. Di Putrajaya, pejabatPerdana Menteridibariskan dengan panel kayu untuk mencapai matlamat reka bentuk ini. Bahagian bawah struktur atap berkubah KLIA kelihatan seakan-akan "melitupi jalur nipis kayu" yang menurut arkiteknya, "mencerminkan struktur kayu vernakular Malaysia, menginterpretasi semula kaedah pembinaan tradisional dan menguatkan identiti tempatan". Selain itu, elemen-elemen bukan seni bina warisan Melayu juga digunakan pada bangunan moden. Pintu masuk ke dalamMenara Kembar Petronasdihiasi dengan motif-motif Melayu kontemporari yang diadaptasi dari seni kraftangan tradisional, termasukSongketdanukirankayu yang diilhamkan dari imej-imejhutan hujantropika[95].Seni tampak[sunting|sunting sumber]Ukiran kayu adalah bahagian utamaseni tampakMelayu klasik. Orang Melayu secara tradisinya menghiasi tugu, bot, senjata, kubur, alat muzik, dan perkakas dengan motif bunga, seni khat, geometri dan ciri kosmos. Seni ini dihasilkan dengan membuang sebahagian permukaan kayu dengan alat-alat tajam, mengikut corak-corak, gubahan dan susunan khusus. Ia dilihat sebagai satu bentuk pengabdian si tukang kayu kepada Sang Pencipta dan anugerah kepada masyarakat.[96]Seni ukiran kayu berkembang maju dalam budaya Melayu hasil dari banyaknya sumber kayu di kepulauan Melayu dan juga kemahiran tukang kayu. Kayu yang biasa digunakan ialah spesis kayu keras tropika yang tahan lama dan mampu menahan serangan kulat, kumbang dan anai-anai. Selain itu, iklim tropika semula jadi yang memiliki kepelbagaian flora dan fauna serta daya kosmik, telah memberi inspirasi kepada motif-motif samada dalam bentuk abstrak atau stail di atas papan kayu. Dengan kedatangan Islam, bentuk geometri danseni khat Islamtelah diperkenalkan dalam seni ukiran kayu.[97]Rumah-rumah atau masjid Melayu tradisional biasanya akan dihiasi dengan lebih daripada 20 komponen ukiran. Ukiran pada dinding dan panel membenarkan aliran udara yang berkesan di dalam dan luar bangunan dan dapat membiarkan sinaran matahari menerangi bahagian dalam struktur. Pada masa yang sama, bayang-bayang berasaskan motif-motif yang terhasil dari panel akan menambah seri pada bahagian lantai. Oleh itu, setiap ukiran kayu tidak hanya untuk nilai estetika semata-mata, tapi juga untuk fungsi-fungsi khusus.Masakan[sunting|sunting sumber]Rencana utama:Masakan Melayu

Nasi lemak, nasi yang dikukus dengansantan.Setiap wilayah tradisional Melayu mempunyai makanan khasnya yang tersendiri -TerengganudanKelantanterkenal denganNasi dagang,Nasi kerabudanKeropok lekor,Negeri sembilandengan masakan berlemak,Pahangdengangulai tempoyak,KedahdenganAsam laksa,MelakadenganAsam pedasdanBruneidengan hidanganAmbuyat.Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaanrempah ratusyang banyak, sertasantanyang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa sepertibelacandanbuduadalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengancili,bawangdanbawang putihuntuk menghasilkansambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakanlengkuasdanserai makan.[41]Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama dengannasi, makanan ruji kepada orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Walaupun terdapat banyak jenis makanan dalam masakan Melayu, biasanya semua dihidangkan sekaligus, tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Makanan akan dijamah dengan tertib menggunakan tangan kanan (tangan kiri dikhususkan untuk penyucian diri) dan orang Melayu jarang menggunakan perkakas.[44]. Oleh kerana kebanyakan orang Melayu beragamaIslam, masakan Melayu mengikut hukum diethalalIslamsecara ketat. Pengambilan protein kebanyakannya diambil dari daging lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam, itik dan ikan. Dagingbabi, daging tidak halal yang lain serta alkohol adalah dilarang dan tidak terdapat dalam diet makanan seharian Melayu.Nasi lemak, sejenis nasi yang dimasak dalamsantanpekat mungkin merupakan hidangan Melayu paling terkenal yang mudah didapati di setiap pekan dan kampung Melayu serta dianggaphidangan kebangsaanMalaysia[98]. Satu lagi contoh ialahKetupatataunasi himpit, nasi lekit termampat yang dimasak di dalam daun kelapa, terkenal dihidang ketika sambutanHari Raya Aidilfitri. Pelbagai jenis daging dan sayur-sayuran diguna untuk menghasilkanGulaiatauKari, sejenis hidangan kari dengan pelbagai campuran rempah yang memaparkan pengaruh India yang jelas yang diterima oleh orang Melayu sejak zaman silam.Laksa, satu kacukan masakan Melayu dan Cina Peranakan juga adalah satu hidangan yang masyhur. Masakan Melayu juga mengadaptasi sesetengah tradisi masakan jiran-jirannya, sepertirendangdari Minangkabau di Sumatra, dansataydari Jawa, bagaimanapun orang Melayu telah membangunkan cita rasa dan resipi khas mereka yang tersendiri.Seni pertunjukan[sunting|sunting sumber]

Kumpulan penari MelayuPattanimempersembahkanMak Yongpada era pemerintahanRaja Rama V dari Siam(1853-1910).Seni pertunjukan orang Melayu adalah kaya dengan pelbagai jenis muzik, tarian dan teater yang merupakan gabungan dari pelbagai pengaruh budaya. Jenis genre adalah pelbagai, dari drama tari Melayu asli sepertiMak Yongsehingga ke tarian-tarian dari pengaruh Arab sepertiZapin. Koreografi gerakan juga adalah berbeza-beza, dari langkah dan talaan yang mudah seperti dalamDikir baratsehinggalah ke gerakan yang lebih sukar seperti dalamJogetGamelan.Muzik Melayu tradisional pada asasnya menggunakan genderang. Pelbagai jenisgongmemberikan rentak untuk tarian-tarian. Terdapat jugagendangdari pelbagai saiz, darirebana ubibesar yang digunakan untuk acara penting hingga kekompangkecil yang digunakan untuk mengiringi persembahan dalam upacara keagamaan dan perkahwinan.[99]KesenianNobatmerupakan alat kebesaran diraja dan menurut catatan sejarah ia digunakan sejak zamanKesultanan KedahdanKesultanan Melayu Melaka. Ia adalah lambang kebesaran Raja-Raja Melayu sehingga hari ini dan hanya dipersembahkan dalam upacara-upacara keagamaan dan diraja yang penting, contohnya dalam istiadatpertabalan Yang di-Pertuan Agong.Orkestratradisional Nobat terdiri dari alat muziknehara,gendang,nafiri,serunaidan kadang kadang termasukgongbertombol dan sepasangsimbal.[44]Pengaruh India adalah kuat dalamwayang kulitdi mana kisah-kisah dari epik Hindu;Ramayana&Mahabharatamenjadi repertoir utama. Terdapat empat jenis teater wayang kulit yang dapat ditemui di semenanjung Tanah Melayu;Wayang Gedek,Wayang Purwa,Wayang MelayudanWayang Siam[100][101][102].Antara seni pertunjukan Melayu lain yang terkenal ialah; teaterBangsawan, balada cintaDondang sayangdan tarianMak InangdariKesultanan Melaka, teaterJikeydanMek MulungdariKedah, tarianAsyikdan drama tariMenoradariPatanidanKelantan, drama tariUlek mayangdan tarianRodatdari Terengganu, dan teaterBoriadariPulau Pinang.Pakaian tradisional[sunting|sunting sumber]

Seorang wanitaPalembangdalam pakaian tarian tradisional Gending Sriwijaya,Sumatera Selatan, Indonesia.Rencana utama:Baju MelayudanBaju KurungDalam budaya Melayu,pakaiandantekstiladalah sangat tinggi kedudukannya dan melambangkan kecantikan, kuasa dan pangkat. Beberapa keterangan dalamHikayat-Hikayat Melayu ada menekankan peri pentingnya kedudukan tekstil.[103]Sejarah industri tenunan Melayu dapat ditelusuri sejak abad ke-13 apabila laluan perdagangan di Timur berkembang pesat di bawah peranan kerajaandinasti Song. Keterangan tentang tekstil buatan tempatan dan kemajuan industri penyulaman di semenanjung Tanah Melayu ada dinyatakan dalam beberapa catatan China dan India.[103]Antara jenis tekstil Melayu yang terkenal dan masih wujud sehingga hari ini ialahSongketdanBatik.Pakaian tradisional Melayu terawal adalah ringkas, wanitanya mengenakansarungyang menutup bahagian bawah tubuh hingga ke dada sementara lelakinya mengenakan baju ringkas, samada berlengan atau tidak, dengan seluar pendek hingga ke paras lutut. Bagaimanapun, apabila perdagangan dengan dunia luar berkembang maju, cara berpakaian orang Melayu mula mendapat pengaruh luar dan berubah menjadi lebih sofistikated. Abad ke-15 adalah kemuncak zaman kesultanan Melayu Melaka yang Islam adalah agama rasminya. Seperti diceritakan dalamSejarah Melayu, ketika inilah pakaian tradisionalBaju Melayudicipta. Pengaruh Islam yang kuat telah mengubah cara berpakaian orang Melayu kemudiannya kepada ciri-ciri yang bersesuaian dengan agama Islam. Pakaian umum Melayu klasik untuk lelaki terdiri daribaju,seluarkaki kecil,sarungyang dipakai di pinggang, dantanjakatautengkolokyang dipakai di kepala. Adalah perkara biasa bagi seorang pahlawan Melayu menyisipkankerisdi lipatan hadapan sarung. Pakaian Melayu versi wanita yang terawal pula adalah lebih longgar dan panjang. Bagaimanapun ia kemudiannya diperbaharui dan dipopularkanSultan Abu Bakardarikesultanan Johorpada lewat kurun ke-19, menjadi bentukbaju kurungyang dipakai sehingga hari ini.Terdapat pelbagai bentuk dan variasi pakaian tradisional Melayu yang wujud mengikut rantau-rantau yang berbeza, namun jenis yang paling masyhur sehingga hari ini ialahbaju kurung(untuk wanita) danbaju Melayu(untuk lelaki), yang kedua-duanya diakui sebagai pakaian kebangsaan untukMalaysiadanBrunei[104][105]dan masih dipakai oleh komuniti Melayu di Singapura, Thailand dan Indonesia. Berbeza dengan baju Melayu yang masih dipakai hanya dalam upacara-upacara tertentu, baju kurung adalah lebih popular dan dipakai setiap hari oleh ramai wanita Melayu. Kelibat kakitangan awam, pekerja profesional dan pelajar wanita yang memakai baju kurung adalah pemandangan biasa di Malaysia dan Brunei.Seni mempertahankan diri[sunting|sunting sumber]Rencana utama:Silat

Seorang pesilat wanita dari Singapura.Seni Silat Melayu telah diamalkan orang Melayu sejak ratusan tahun dahulu dan kini dapat ditemui di seluruh kepulauan Melayu terutamanya di wilayah tradisi Melayu iaitusemenanjung Tanah Melayu,Kepulauan Riau,Sumatradan pesisir pantaiBorneo. Seni Silat dikatakan berkembang hasil dari pemerhatian dan peniruan gerakan haiwan seperti monyet, helang dan harimau. Ia menggabungkan gerakan menendang, menumbuk dan menjatuhkan serta penggunaan senjata. Walaupun senjata utama orang Melayu adalahKeris, terdapat juga senjata-senjata lain yang digunakan dalam silat seperti;Lading,Badik,Tekpi,Tumbuk Lada,Kerambit,Parang,Sundang,Sabit,Lembingdan batangbuluh.Sejarah asal-usul silat adalah sangat sukar dipastikan kerana kurangnya rekod bertulis yang wujud, selain dari sejarah lisan dan legenda yang diperturunkan oleh mahaguru-mahaguru silat. Dipercayai pada abad ke-6 masihi, seni perang Melayu terawal telah mula diamalkan di semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Bentuk-bentuk terawal Silat dikatakan telah berkembang dan digunakan dalam angkatan bersenjata kerajaan-kerajaan Melayu purba di semenanjung sepertiLangkasukadanKedahserta empayar Srivijaya.[106][41][107][108]Pengaruh empayar MelayuSrivijayadanKesultanan Melakatelah menyumbang kepada penyebaran seni mempertahankan diri ini ke seluruh pelusukKepulauan Melayu. Melalui rangkaian muara-muara dan sungai-sungai yang menjadi pusat utama perdagangan, Silat tersebar jauh ke masyarakat pedalaman. Pahlawan legenda Melayu dari Melaka,LaksamanaHang Tuahmerupakan seorang pesilat yang paling terkenal dalam sejarah[109]bahkan dianggap sesetengah pihak sebagai bapa silat Melayu.[110]Sejak zaman klasik Melaka, Silat mengalami diversifikasi yang besar sehingga muncul pelbagai aliran dan variasi yang kemudiannya membentuk apa yang kini diakui secara tradisional sebagai sumber kepadaPencak Silat, istilah generik untuk semua seni mempertahankan diri Indonesia.[111][112]Di Malaysia sahaja, terdapat lebih dari 150perguruan Silatdari aliran yang berbeza-beza, antara aliran utama perguruan silat yang terkenal ialahSilat Gayong,Silat Cekak,Silat Sendeng,Silat Kuntau,Silat Harimau,Silat LiandanSilat Terlak.[113]Selain dari seni Silat,Tomoijuga diamalkan oleh orang Melayu terutamanya di negeri-negeri utara semenanjung Tanah Melayu. Sama sepertiPradal sereydanMuay Thai, Tomoi merupakan salah satu variankickboxingversiIndo-Chinayang dipercayai telah disebarkan di tanah besar Asia Tenggara sejak zaman empayarFunan.Permainan tradisional[sunting|sunting sumber]

Sebuah bengkel pembuatwaudiKelantan,Malaysia.Permainan Melayu tradisional biasanya memerlukan kemahiran kraf dan kecekapan tangan, dan asal-usulnya dapat ditelusuri sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.Sepak ragadanlayang-layangadalah antara permainan tradisional yang ada dinyatakan dalam teksSejarah Melayu, dimainkan oleh golongan bangsawan dan keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka.[114][115][116]Sepak Raga yang kini dikenali sebagaiSepak takrawadalah salah satu permainan Melayu yang termasyhur dan telah dimainkan sejak ratusan tahun dahulu. Secara tradisi, Sepak raga dimainkan dalam bulatan dengan menendang dan menimbang bola rotan menggunakan mana-mana bahagian badan kecuali lengan dan tangan. Ia kini diakui sebagai sukan kebangsaanMalaysia[117][118]dan dimasukkan dalam temasya sukan antarabangsa sepertiSukan AsiadanSukan Asia Tenggara.Permainan masyhur yang lain adalah permainanGasingyang biasanya dimainkan selepas musim menuai. Kemahiran hebat dalam pertukangan adalah diperlukan untuk menghasilkan gasing yang paling kompetitif, ada di antaranya yang dapat berputar sehingga dua jam lamanya.[41]Kemungkinan permainan Melayu yang paling masyhur adalah layang-layang atau lebih dikenali sebagaiWaudi semenanjung Tanah Melayu. Pertandingan menerbangkan Wau mengambil tempat dengan hakim-hakim menganugerahkan markah untuk kemahiran pertukangan (Wau adalah objek cantik yang berwarna-warni yang dibina dengan bingkai buluh), bunyi (semualayang-layang Melayudireka bentuk agar dapat menghasilkan bunyi khas apabila berada di udara) dan ketinggian.[41]Orang Melayu juga mempunyai satu varian mainan berpapanMancalayang dikenali sebagaiCongkak. Permainan ini dimainkan dengan mengalih buah congkak yang diperbuat dari batu, guli, manik atau kerang, pada papan kayu yang berlubang dua belas atau lebih. Mancala diakui sebagai permainan tertua di dunia dan telah dimainkan sejak zamanMesir Kuno. Apabila permainan ini tersebar luas di seluruh dunia, setiap budaya telah mencipta variannya yang tersendiri termasuklah orang Melayu.[41]Nama dan Pangkat[sunting|sunting sumber]Rencana utama:Nama MelayudanDarjah kebesaran Melayu

Nama peribadi Melayu adalah kompleks, mencerminkan struktur masyarakatnya yang berhierarki, dan pangkat dianggap sangat penting. Ia telah mengalami perubahan yang besar mengikut peredaran zaman, dan mencermikan pelbagai pengaruh luar ke atas masyarakat Melayu sejak berkurun lamanya. Walaupun sesetengah nama Melayu moden masih mengekalkan pengaruh dari nama Melayu asli dan Sanskrit, sebagai umatIslam, orang Melayu telah lama menggunakannama Arabsebagai tanda agama mereka.Nama Melayu adalah mengikut sistempatronimidan boleh terdiri dari sehingga empat bahagian; pangkat, nama diberikan, nama keluarga, dan nama bapa. Sesetengah nama diberikan dan nama bapa boleh terdiri dari dua atau tiga nama, yang menghasilkan nama penuh yang sangat panjang. Contohnya, salah seorang pemain bola sepak kebangsaan Malaysia adalahMohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, di mana 'Mohd Aidil Zafuan' adalah tiga nama diberikan dan 'Abdul Radzak' adalah dua nama bapanya.Selain itu,bahasa Melayujuga mempunyai sistempangkat dan kehormatanyang sangat kompleks, yang sehingga kini masih digunakan dengan meluas diMalaysiadanBrunei. Dengan meletakkanpangkat Melayupada nama Melayu biasa, satu nama yang lebih kompleks akan dihasilkan.Perdana Menteri Malaysiakini mempunyai nama penuhDato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, di mana 'Dato' Seri' adalah pangkat kehormatan Melayu, 'Mohd Najib' adalah nama peribadinya, 'bin' memperkenalkan pangkat dan nama bapanya, 'Tun' adalah darjah kemuliaan yang lebih tinggi, 'Haji' menandakan bapanya pernah menunaikanHajidiMekah, dan 'Abdul Razak' adalah nama peribadi bapanya.Bagaimanapun, nama-nama Melayu yang lebih kompleks dimiliki oleh kerabat diraja Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu yang sedang memerintah.Yang di-Pertuan AgongMalaysiamempunyai nama penuhDuli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, manakalaSultan Bruneidikenali dengan nama rasmi baginda,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.Kumpulan sub-etnik[sunting|sunting sumber]

Etnik Melayu di kalangan kumpulan etnik lain di Indonesia. Etnik Melayu merupakan salah satu kumpulan etnik yang paling tersebar meluas di Indonesia, alam Melayu yang ditonjolkan dalam warna hijau dan lain-lain berkaitan dengan sub-etnik yang diberikan hijau yang lebih tua atau lebih muda. Kumpulan etnik Melayu digambarkan mendiami timur pantai Sumatera dan pantai Kalimantan.Kumpulan etnikKerajaan bersejarahRantau utama

Melayu Bangka-BelitungKepulauan Bangka Belitung

Melayu Bangkok[119][120]Bangkok

Melayu BengkuluBengkulu

Melayu Brunei[121][122][123][124] Empayar Brunei(Abad ke-7 ke-14) Kesultanan Brunei(1363kini)Brunei,LabuanSarawak,Sabah,

Melayu Bugis[125][126]KeturunanBugisyang berasimilasi dengan masyarakat Melayu Kesultanan Linggi(17001777) Kesultanan Selangor(1745kini)Selangor,Johor,PahangRiau,Kepulauan Riau,Singapura

Melayu Deli Kesultanan Langkat(1568kini) Kesultanan Asahan(1630-1946) Kesultanan Deli(1630kini) Kesultanan Serdang(17281946)Sumatera Utara

Melayu Jambi Kerajaan Jambi(Abad ke-11) Kesultanan Jambi(1460-1907)Jambi

Melayu Jawa[125][126]KeturunanJawayang berasimilasi dengan masyarakat MelayuJohor,Selangor

Melayu Johor[122][123][124] Kesultanan Johor(1528kini) Kesultanan Muar(17071877)Johor

Melayu Kedah[122][123][124][127] TamadunLembah Bujang(110 AD) Langkasuka(Abad ke-2 - ke-14) Kerajaan Kedah(Abad ke-7 ke-12) Kesultanan Kedah(1136kini) Kerajaan Perlis(1842kini)Kedah,Perlis,Penang,PerakPhuket,Ranong,Satun,Krabi,Trang,SongkhlaPhang Nga,Phattalung,Nakhon Si Thammarat

Bahagian Tanintharyi

Melayu Kelantan[122][123][124] Kerajaan Tanah Merah(Abad pertama - ke-6) Kesultanan Kelantan(1267kini) Kesultanan Jembal(16381720)[128][129]Kelantan

Melayu Melaka[122][123][124] Kesultanan Melayu Melaka(14021511)Melaka

Melayu Minangkabau[125][130][131][132][133][134][135]/Melayu Negeri SembilanKeturunanMinangkabauyang berasimilasi dengan masyarakat Melayu.[136][137][138][139] Kerajaan Negeri Sembilan(1773kini)Negeri Sembilan,Selangor,Melaka

Melayu Pahang[122][123][124] Kesultanan Pahang(1470kini)Pahang

Melayu Palembang Srivijaya(Abad ke-7 - ke-11) Kesultanan Palembang(15501823)Sumatera Selatan

Melayu Pattani[122][123][124] Langkasuka(Abad ke-2 - ke-14) Kerajaan Pattani(15161771) Kesultanan Singgora(16031689)[140][141] Kesultanan Reman(17851909)[142]Pattani,Yala,Narathiwat,Songkhla,KrabiKedah,Kelantan,Perak,Perlis

Melayu Perak[122][123][124] Gangga Negara(Abad ke-2 ke-11) Kesultanan Perak(1528kini)Perak

Melayu Pontianak Kerajaan Tanjungpura(880-1590) Kesultanan Matam(1590-1948) Kesultanan Pontianak(17711950) Kesultanan Sambas(16751944)Kalimantan Barat

Melayu Riau Kesultanan Lingga-Riau(18241911) Kesultanan Siak Sri Indrapura(17251949) Kesultanan Pelalawan(17911946) Kesultanan Indragiri(1298-1963)Riau,Kepulauan Riau

Melayu Sarawak Kesultanan Sarawak(15981641)[143][144]Sarawak

Melayu SingapuraSingapura

Melayu Tamiang Kerajaan Bukit Karang (1023-1330)[145] Kesultanan Benua Tamiang (13301528)Kabupaten Aceh Tamiang

Melayu Terengganu[122][123][124] Kesultanan Terengganu(1708kini)Terengganu