sn(y)-sabun & detergen

25
SABUN DAN DETERGEN

Upload: ying-hui-liew

Post on 25-Jul-2015

316 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SN(Y)-Sabun & Detergen

SABUN DAN DETERGEN

Page 2: SN(Y)-Sabun & Detergen

• Sabun ialah garam natrium atau garam kalium asid lemak yang terhasil apabila lemak atau minyak dihidrolisiskan oleh natrium hidroksida atau kalium hidroksida.

• Proses hidrolisis beralkali ini dinamai proses saponifikasi.

Page 3: SN(Y)-Sabun & Detergen

• Sabun yang terhasil dapat dimendakkan sebagai pepejal dengan menambahkan serbuk natrium klorida kepada campuran hasil

• Natrium klorida boleh mengurangkan kelarutan sabun di dalam air.

• Jika kalium hidroksida digunakan sebagai alkali di dalam proses saponikfikasi, sabun yang terhasil dinamai syampu.

Page 4: SN(Y)-Sabun & Detergen

Bagaimanakah sabun bertindak membersih kotoran berminyak?

• Sabun yang dilarutkan di dalam air akan terurai kepada ion-ionnya . Hal ini menyebabkan tegangan permukaan air akan dikurangkan. Oleh itu, permukaan yang hendak dibersihkan dapat dibasahi oleh air dengan lebih baik. Buih air bersabun akan membantu mengapungkan kotoran dalam air

Page 5: SN(Y)-Sabun & Detergen

• Struktur ion sabun terdiri daripda dua bahagian,iaitu bahagian hidrokarbon/hidrofobik dan bahagian ion/hidrofilik

Bahagian Kepala (Hidrofilik)

Bahagian Ekor (Hidrofobik)

Page 6: SN(Y)-Sabun & Detergen

Bahagian Kepala Bahagian Ekor• Bahagian hidrofilik • Bahagian Hidrofobik

• Berikatan ionik • Berikatan kovalen

• Larut dalam air • Tidak larut dalam air

• Tidak larut dalam pelarut organik

• Larut dalam pelarut organik

• Mengandungi bahagian COONa

• Mengandungi unsur karbon dan hidrogen sahaja

COO CnH2n+1

• Semasa basuh, hidrokarbon/hidrofobik molekul sabun larut dalam minyak dan bahagian ion/hidrofilik larut dalam air.

Page 7: SN(Y)-Sabun & Detergen

• Bahagian hidrofobik sabun yang larut di dalam minyak akan mengepung kotoran berminyak. Apabila dikocak, kotoran berminyak yang dikepung oleh ion sabun itu akan terlepas dari permukaan yang dibersihkan dan tersebar di dalam air sebagai suatu emulsi.

• Tindakan pembersihan sabun ditunjukkan dalam Rajah di bawah:

Bahagian Ekor (Hidrofobik)

Bahagian Kepala (Hidrofilik)

Page 8: SN(Y)-Sabun & Detergen

• Sabun merendahkan ketegangan permukaan dengan melemahkan daya-daya ikatan di antara molekul air.

• Apabila dibilas dengan air bersih yang mengalir, kotoran berminyak yang terampai akan disingkirkan dan permukaan yang berminyak akan menjadi bersih.

Page 9: SN(Y)-Sabun & Detergen

Keberkesanan sabun sebagai pencuci • Sabun mencuci dengan baik dalam air lembut (Air yang mudah menghasilkan buih apabila dicampur sabun.)

• Air lembut tidak mengandungi sedikit ion-ion magnesium dan kalsium.

• Ia tidak toksik kepada hidupan air.

• Sabun tidak menyebabkan buih-buih terbentuk di dalam sungai atau air buangan. Ia boleh dibiodegrasikan, iaitu boleh diurai oleh bakteria.

• Sabun jarang mengakibatkan alahan kulit. Ini disebabkan ia bersifat sedikit alkali (pH=8) sahaja.

Page 10: SN(Y)-Sabun & Detergen

Had Penggunaan Sabun• Walau bagaimanapun, tindakan mencuci oleh sabun akan

berkurangan di dalam air liat.

• Air liat yang terdapat di kawasan batu kapur mengandungi banyak garam kalsium yang terlarut.

• Ion kalsium, Ca2+ (ak), yang terlarut akan membentuk mendakan yang dinamai kekat/skum apabila bertindak balas dengan ion sabun.

• Pembentukan kekat menyebabkan pembaziran sabun. Kekat yang melekat pada permukaan yang hendak dibersihkan juga sukar untuk disingkirkan

Page 11: SN(Y)-Sabun & Detergen

Kaedah Mengatasi Masalah Sabun

• Pelembut air dapat menyingkirkan keasidan dan keliatan air.

• Ia memendakkan ion-ion Ca2+ dan Mg2+ sebagai karbonat-karbonat yang larut air.

• Contoh Pelembut air biasa : a) Soda pencuci b) Natrium karbonat terhidrat ( Na2CO3.10H2O )

Page 12: SN(Y)-Sabun & Detergen

Pengenalan tentang sabun dan detergen:

1. Sabun adalah agen pencuci.

2. Untuk menghalang minyak emula jadi tubuh dan kotoran dari menutup

pori-pori kulit, sabun digunakan semasa mandi.

3. Sabun dan detergen adalah dua jenis agen pencuci.

4. Tindak balas antara lemak atau minyak dengan alkali menghasilkan sabun.

5. Lemak kambing atau lembu, minyak kelapa sawit, kelapa, pokok zaitun dan

kacang pea digunakan dalam penghasilan sabun.

6. Pemprosesan petroleum menghasilkan detergen yang digunakan sebagai

cecair pencuci, pencuci kain dan syampoo.

7. Formula am sabun ialah:

di mana M ialah natrium atau kalium.

CnH2n+1COO⁻M⁺

Page 13: SN(Y)-Sabun & Detergen

1. Detergen diperbuat daripada hidrokarbon yang diperolehi dari petroleum.

2. Terdapat perbezaan yang nyata di antara detergen dan sabun.

3. Perbandingan antara detergen dan sabun.

4. Detergen boleh memasuki kawasan kotor dan berlumpur dengan lebih

berkesan berbanding dengan sabun.

Ciri-ciri Detergen SabunSumber Dari petroleum (murah) Dari minyak tumbuhan

atau lemak binatang.Kumpulan berfungsi Kepala ionik ialah

-OSO³⁻ atau -SO³⁻Kepala ionik ialah -COO⁻

Dalam air liat Tidak terbentuk kekat dengan ion-ion Ca⁺ dan Mg⁺ Berbuih dengan pantas Mencuci lebih baik daripada sabun.

Membentuk kekat dengan ion-ion Ca⁺ atau Mg⁺ Tidak berbuih dengan pantas

Page 14: SN(Y)-Sabun & Detergen

Struktur detergen:

1. Struktur detergen adalah hampir sama dengan sabun.

2. Struktur dua jenis detergen yang biasa.

a) CH₃(CH₂) ₁₇-O-SO₃⁻Na⁺

b) CH₃(CH₂) ₁₁ SO₃⁻Na⁺

OSO₃⁻

O

O

Na⁺Sulfat (-O-SO ₃⁻)

SO₃⁻

Sulfat (-SO ₃⁻)

Na⁺

Page 15: SN(Y)-Sabun & Detergen

3. Ekor hidrofobik ialah hidrokarbon rantai panjang atau gelang benzena yang

terikat kepada rantai hidrokarbon.

4. Detergen merupakan garam-garam nitrium alkil sulfat dan natriuum alkil

benzena sulfat (ABS).

5. Kedua-duanya diperolehi daripada tindak balas di antara asid sulfonik (asid

organik) dengan larutan natrium hidroksida.

Page 16: SN(Y)-Sabun & Detergen

Pembuatan detergen

1. Pensulfonatan Rantai Hidrokarbon

Dilakukan dengan ,emggunakan asid sulfurik pekat.

HSO pekat bergabung dengan bahagian tak tepu hidrokarbon.

Ia menghasilkan hidrokarbon berasid sulfonik.

Bahagian tak tepu Hidrokarbon berasid

sulfonik

H H H

C = C + HOSO3H C C H

H H SO3OH

Page 17: SN(Y)-Sabun & Detergen

Pembuatan detergen2. Pencairan

Dilakukan dengan menambahkan air kepada sebatian tersulfonat itu.3. Peneutralan

Dilakukan dengan menambahkan matrium hidroksida.Menghasilkan garam nitrium berupa detergen.

CH3(CH2)11

AlkilbenzenaH2SO4 (pekat)

CH3(CH2)11 SO3HAsid alkilbenzena sulfonik

NaOHCH3(CH2)11 SO3 – Na+Ekor hidrofobik kepala ionik

O

O

O

Page 18: SN(Y)-Sabun & Detergen

Bahan tambah dalam detergen

Bahan Tambah FungsiNatrium tripolifosat Meningkatkan kuasa detergen

dengan melonggarkan partikel-partikel kotoran.

Natrium karboksimetil selulosa Memastikan zarah kotoran tidak kembali lagi ke atas permukaan yang dicuci.

Natrium perborat Agen peluntur bagi menyingkirkan warna tompok kotoran.

Natrium silikat Agen pengering bagi memastikan serbuk detergen sentiasa kering.

Bahan pendarflour Menyerap cahaya ultra-unggu agar kain putih bertambah putih.

Page 19: SN(Y)-Sabun & Detergen

Bahan tambah dalam detergen

Bahan Tambah FungsiEnzim biologi Menguraikan makanan dan kesan

darah atau peluh yang terdapat pada kain yang dicuci kepada sebatian larut air.

Bahan penstabil Mengurangkan pembentukan buih. Contoh: Detergen untuk mesin basuh.

Bahan wanyi Menambahkan keharuman pakaian yang dicuci.

Page 20: SN(Y)-Sabun & Detergen

Keberkesanan detergen

1. Detergen boleh berfungsi dengan baik dalam

a. Air liat

b. Larutan beralkali (tanpa membentuk mendakan)

2. Ia tidak membentuk kekat atau skum dengan adanya ion-ion Ca²⁺ dan

Mg²⁺.

3. Detergen dibuat daripada produk-produk petroleum.

4. Pengubahsuaian boleh dilakukan ke atas detergen dengan pemilihan

terperinci di bahagian ekor dan bahagian hidrofilik.

5. Detergen terubahsuai boleh digunakan untuk mencuci lantai, pinggan-

mangkuk dan membasuh pakaian.

Page 21: SN(Y)-Sabun & Detergen

Tindakan Pebersihan Detergen

1. Tindakan pembersihan detergen adalah sama seperti sabun.

2. Kelebihan detergen daripada sabun

a. Membentuk ketat yang terlarut air

b. Membasahkan kain

c. Menghilangkan gris dan kotoran

Page 22: SN(Y)-Sabun & Detergen

GRIS

Tindakan Detergen

Permukaan

GRIS

Ekor kovalen Kepala ionik

CH2-CH2-CH2-CH3-SO3 Na

Molekul detergen

digosok

Page 23: SN(Y)-Sabun & Detergen

Detergen dan pencemaran alam sekitar

1. Detergen yang digunakan pada awal tahun 1950 mengandungi rantai

hidrokarbon bercabang.

Rantai bercabang

CH₃ CH₃ CH₃ CH₃

CH CH CH CH ––––––––––– O ––– SO₃⁻Na⁺

CH₃ CH₂ CH₂ CH₂

(tidak boleh dibiodegrasi)

Page 24: SN(Y)-Sabun & Detergen

Detergen dan pencemaran alam sekitar

1. Keburukan rantai bercabang adalah

i. Rintangan terhadap bakteria dan mikroorganisma dalam tanah atau

air.

ii. Tidak boleh dibiodegrasikan.

iii. Mengekalkan sifat berbuihnya dalam air buangan.

2. Detergen yang berantai hidrokarbon lurus boleh dibiodegrasikan.

3. Ia juga mengakibatkan kesan buruk kepada sungai dan kolam.

4. Bakteria menggunakan oksigen yang terlarut dalam air semasa proses

biodegradasi.

O SO₃⁻Na⁺

Page 25: SN(Y)-Sabun & Detergen

SEKIAN TERIMA KASIH