amali(sn assignment)

13
Amali Sukatan: KSSR Tema: Tumbuhan Hasil Pembelajaran: Murid-murid dapat menyatakan bahawa tumbuhan memerlukan air untuk pertumbuhan tumbuhan berlaku. Topik: Keperluan air untuk pertumbuhan tumbuhan. Objektif: Menyiasat keperluan air dalam pertumbuhan tumbuhan. Pernyataan masalah: Adakah pertumbuhan tumbuhan memerlukan air? Kemahiran proses sains asas: Memerhati Membuat inferens Meramal Berkomunikasi Kemahiran proses sains bersepadu: Mengawal pembolehubah Membuat hipotesis Mengeksperimen Mentafsir maklumat Hipotesis: Air diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan. (Membuat hipotesis)

Upload: gance-bless

Post on 13-Dec-2014

146 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

amali assignment

TRANSCRIPT

Page 1: Amali(SN Assignment)

Amali

Sukatan: KSSR

Tema: Tumbuhan

Hasil Pembelajaran: Murid-murid dapat menyatakan bahawa tumbuhan memerlukan

air untuk pertumbuhan tumbuhan berlaku.

Topik: Keperluan air untuk pertumbuhan tumbuhan.

Objektif: Menyiasat keperluan air dalam pertumbuhan tumbuhan.

Pernyataan masalah: Adakah pertumbuhan tumbuhan memerlukan air?

Kemahiran proses sains asas:

Memerhati

Membuat inferens

Meramal

Berkomunikasi

Kemahiran proses sains bersepadu:

Mengawal pembolehubah

Membuat hipotesis

Mengeksperimen

Mentafsir maklumat

Hipotesis: Air diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan. (Membuat hipotesis)

Page 2: Amali(SN Assignment)

Bahan dan radas:

3 biji telur, kapas, beberapa biji kacang hijau,bekas dan air

Gambar 1.1: Bahan dan alat radas yang digunakan.

Langkah-langkah: (Mengeksperimen)

1. Isi telur dikeluarkan dengan satu lubang kecil dibuat pada salah satu hujung

telur.

2. Kulit telur dicuci dengan air paip.

3. Kapas dimasukkan ke dalam setiap kulit telur seperti yang ditunjukkan pada

gambar 1.2.

4. Untuk setiap kulit telur yang telah dimasuk dengan kapas, beberapa biji kacang

hijau diletakkan ke atas kapas seperti yang ditunjukkan dalam gambar 1.3.

Air

Biji kacang hijau

Kapas

Kulit Telur

Bekas

Page 3: Amali(SN Assignment)

5. Semua set eksperimen (kulit telur) yang telah disediakan dilabel dengan A,B,

dan C dan diletakkan dalam satu bekas supaya ia boleh berdiri dengan stabil.

6. Untuk set radas A, jumlah air yang sesuai disiramkan. Set radas B mempunyai

air yang terlalu banyak dan set radas C tidak disiram air. (Mengawal

pembolehubah)

7. Satu ramalan keputusan selepas 4 hari dibuat untuk setiap set radas yang telah

disediakan. (Meramal)

8. Keputusan diperhatikan selepas 4 hari, satu inferens dibuat untuk setiap set

radas. (Memerhati, Membuat inferens)

9. Keputusan dibincangkan dengan rakan sekelas. (Berkomunikasi)

Page 4: Amali(SN Assignment)

Gambar 1.2: Kapas diletakkan dalam kulit telur.

Gambar 1.3: Beberapa biji kacang hijau diletakkan di atas kapas.

Gambar 1.4: Kulit telur yang telah dilabelkan.

Gambar 1.5: Set eksperimen A.

Page 5: Amali(SN Assignment)

Gambar 1.5: Set eksperimen B. Gambar 1.6: Set eksperimen C.

Page 6: Amali(SN Assignment)

Keputusan: (Mentafsir maklumat)

Pemerhatian sebelum hari keempat

Se

t

Hari Pertama Hari Kedua Hari Ketiga

A

B

Page 7: Amali(SN Assignment)

C

Keputusan pada hari terakhir

Set Keputusan ( pada hari keempat) Inferens

A

Gambar 1.7: Set eksperimen A

yang bercambah dan bertumbuh

dengan baik.

Quantiti air yang sesuai telah

membekalkan satu situasi yang

optimum untuk percambahan kacang

hijau.

Page 8: Amali(SN Assignment)

B

Gambar 1.8: Set eksperimen B

yang tidak dapat bercambah

dengan baik.

Bilangan air yang terlalu banyak telah

melemaskan kacang hijau.

C

Gambar 1.9: Set eksperimen C

yang tidak bercambah langsung.

Tanpa air, kacang hijau tidak berupaya

untuk bercambah.

Kesimpulan:

Hipotesis diterima. Air diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan.

Page 9: Amali(SN Assignment)

Perbincangan:

1) Kacang hijau digunakan untuk eksperimen ini kerana kacang hijau dapat

bercambah dengan cepat, menghapuskan keperluan masa yang panjang untuk

mendapatkan keputusan.

2) Kapas digunakan dalam eksperimen ini kerana kapas adalah lebih mudah

dikendalikan oleh murid-murid sekolah rendah berbanding dengan tanah.

3) Bilangan air dalam set A,B dan C mestilah kekal sama menerusi eksperimen

untuk mendapatkan keputusan eksperimen yang betul.

4) Semua set radas yang telah disediakan perlu diletak pada tempat yang dapat

menerima cahaya matahari supaya semua kacang hijau dapat menjalankan

proses fotosintesis.

5) Untuk setiap set radas, beberapa biji kacang hijau digunakan untuk mengelakkan

kes luar jangka seperti kacang hijau yang tidak dapat tumbuh. Ini adalah untuk

menjamin keputusan yang didapat adalah lebih tepat.

6) Kulit telur digunakan dalam eksperimen ini dan bukan cawan kertas. Pertukaran

ini berlaku kerana kulit telur mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan

cawan kertas. Yang pertama, kulit telur adalah sejenis bahan organik dan lebih

sesuai untuk pertumbuhan kacang hijau. Yang kedua, kulit telur adalah lebih

mesra alam berbanding dengan cawan kertas.

7) Biji kacang hijau dalam A dapat bertumbuh kerana keadaan yang optimum iaitu

quantiti air yang sesuai untuk pertumbuhan biji kacang hijau manakala B pula

tidak dapat bertumbuh dengan baik kerana quantiti air yang terlampau banyak

dan telah melemaskan biji-biji kacang hijau dalamnya. Biji kacang hijau dalam C

juga tidak hidup kerana ia tidak dibekalkan dengan air. Daripada ini, dapat

dirumuskan quantiti air yang sesuai adalah diperlukan untuk pertumbuhan

tumbuh-tumbuhan termasuklah kacang hijau.

8) Biji benih yang sudah matang kebiasaanya sangat kering dan memerlukan air

yang cukup banyak sebelum proses metabolism selular dan tumbesaran berlaku.

Kebanyakan biji benih akan bercambah dengan baik sekiranya terdapat air yang

mencukupi untuk melembapkan biji benih tetapi jangan merendam terus biji

benih tersebut ke dalam air.

Page 10: Amali(SN Assignment)

9) Pengambilan air oleh biji benih dikenali sebagai penyerapan yang akan

menyebabkan selaput biji benih membengkak dan pecah. Apabila biji benih

dihasilkan, kesemua tumbuhan menyimpan makanan seperti kanji, protein atau

minyak untuk tumbesaran terhadap embrio yang terdapat di dalam biji benih.

Apabila biji benih menyerap air, enzim hidrolitik diaktifkan untuk memecahkan

makanan yang tersimpan kepada mineral dan bahan-bahan kimia yang berguna,

dan seterusnya membenarkan sel embrio untuk terus bercambah dna

membahagi.

10)Apabila biji benih sudah mula bercambah, makanan yang tersimpan di dalamnya

akan habis. Oleh itu, biji benih yang bercambah memerlukan air secara

berterusan, nutrient dan cahaya untuk fotosintesis yang akan menghasilkan

tenaga yang diperlukan untuk memastikan tumbesaran yang berterusan.

11)Biji benih yang digunakan dlaam eksperimen ini adalah daripada kualiti yang

terbaik untuk memastikan biji benih dapat bercambah dengan baik.

Page 11: Amali(SN Assignment)

.Refleksi

(Ter Chin Hsien)

Pada akhir tugasan ini, saya ingin menyatakan beberapa pengetahuan baru

yang telah saya dapat belajar dalam tugasan ini yang saya rasa dapat membantu saya

pada kerjaya masa depan saya sebagai seorang guru.

Yang pertama, tugasan ini telah memberikan saya satu peluang untuk belajar

tentang kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu eksperimen.

Walaupun saya sudah belajar tentang cara-cara untuk mengendalikan eksperimen

semasa sekolah menengah, pengetahuan ini adalah agak penting. Ini adalah kerana

pada masa depan saya akan jadi seorang guru dan perlu mengajar kanak-kanak yang

kecil untuk mengendalikan eksperimen dengan betul. Ini adalah amat berbeza dengan

mengendalikan eksperimen dengan sendiri dan memerlukan pengetahuan yang lebih

mendalam.

Selain itu, saya juga berpeluang untuk merancangkan satu eksperimen yang

sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Pada saya, ini dapat membantu saya untuk

menjadikan seorang guru yang baik pada masa depan. Dengan kemahiran untuk

merancangkan eksperimen yang sesuai dan seronok, saya dapat menghapuskan

kebosanan dalam kelas sains dan juga membantu murid-murid untuk menguasai

konsep sains dengan lebih baik.

Pendek kata, saya berasa tugasan ini telah memberi saya satu peluang untuk

belajar tentang beberapa pekara yang baru dan saya berasa amat bersyukur untuk

menyiapkan tugasan ini.