uat sn t5.doc

16
NAMA : ...................................................... ......... TAHUN:………….. UJIAN AKHIR TAHUN PERINGKAT SEKOLAH 2013 SAINS TAHUN 5 ============================================================= JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Jawab semua soalan 2. Jawab dengan membaca dahulu arahan yang diberi 3. Tulis dengan menggunakan pensil pada ruangan yang disediakan 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan jawapan kamu kemudian, tulis jawapan yang baru. 5. Murid dilarang meniru jawapan murid di sebelah. 1

Upload: mohd-muhaimin

Post on 01-Jan-2016

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ujian akhir tahun 2013 sains tahun 5

TRANSCRIPT

Page 1: UAT SN T5.doc

NAMA : ............................................................... TAHUN:…………..

UJIAN AKHIR TAHUN PERINGKAT SEKOLAH 2013

SAINS

TAHUN 5

=============================================================

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Jawab semua soalan

2. Jawab dengan membaca dahulu arahan yang diberi

3. Tulis dengan menggunakan pensil pada ruangan yang disediakan

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan jawapan kamu kemudian,

tulis jawapan yang baru.

5. Murid dilarang meniru jawapan murid di sebelah.

1

Page 2: UAT SN T5.doc

1. Azura menyimpan beberapa keping roti selama seminggu selepas tarikh luputnya. Dia mendapati permukaan roti itu dipenuhi bintik hitam selepas seminggu. Apakah yang menyebabkan hal itu berlaku?A  Tindakan bakteria dan kulat ke atas rotiB   Udara yang tercemar di sekitar rotiC  Roti terdedah kepada udaraD   Lalat bertelur pada roti

2. Antara penyakit yang berikut, yang manakah berjangkit?I     CampakII    Sakit kepalaIII  Sakit mataIV  Cirit birit

  A   I dan II                            B   I dan III

  C II dan III                           D II dan IV

3. Rajah di bawah menunjukkan kulat tumbuh pada sekeping roti. Keadaan manakah yang menyebabkan kulat tumbuh dengan lebih cepat?

Rajah

I     KeringII   LembapIII  SejukIV  Panas  A  I dan III                      B      I dan IV C  II dan III                      D      II dan IV

4. Antara yang berikut, manakah yang bukan mikroorganisma?A  Burung                              B  VirusC  Bakteria                             D Protozoa

2

Page 3: UAT SN T5.doc

5. Rajah di bawah menunjukkan nasi yang dibiarkan di dalam pinggan selama lima hari telah menjadi rosak.

Nasi menjadi basi kerana...A  nasi tidak dimasak dengan betul.B  nasi telah dimakan oleh semut dan lalat.C  nasi telah ditindakkan oleh mikroorganisma.D  nasi tidak disimpan di dalam bekas bertutup.

6. Sejenis mikroorganisma yang disebut yis digunakan untuk membuat... I roti.                              II sos tomato.    III kicap.                           IV   baja.

   A  I dan III                             B I dan IV   C II dan III                            D II dan IV

7. Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan daripada mengalami keracunan makanan?A  Balut luka jika adaB  Cuci tangan kita sebelum makanC  Tutup mulut kita apabila batukD  Kuarantinkan seseorang yang mengalami     keracunan makanan

8. Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan benih dan cara pencaran yang betul?

  

3

Page 4: UAT SN T5.doc

9. Rajah di bawah menunjukkan satu rantai makanan di kebun sayur.

RAJAH

Apakah yang akan berlaku jika racun perosak disemburkan pada sayur-sayuran itu?I    Hasil sayur-sayuran meningkat.II   Burung akan makan sayur-sayuran.III  Bilangan burung akan berkurang.IV  Bilangan ulat beluncas akan meningkat.A  I dan IIB  I dan IIIC  II dan IIID  II dan IV

10. Antara sumber tenaga yang beriku, manakah yang tidak dapat digantikan apabila habis digunakan?A     Angin                         B MatahariC Biojisim                       D  Tenaga nuklear

11. Antara yang berikut, manakah merupakan tenaga yang tidak dapat diperbaharui?  A  Matahari                      B   Biojisim  C  Gas asli                        D   Air

12. Rajah di bawah menunjukkan dua peralatan elektrik.

 Antara yang berikut, manakah merupakan sumber tenaga elektrik bagi X dan Y?

 

4

Page 5: UAT SN T5.doc

13. Rajah di bawah menunjukkan suatu penyiasatan.

Rajah 7

Apakah maklumat yang dapat dikumpulkan daripada penyiasatan ini?I     Cahaya dapat dipantulkanII   Cahaya bergerak lurus.III  Cahaya tidak dapat menembusi objek legap.IV  Cahaya dipantulkan dengan lebih baik oleh      permukaan berkilat.A  I dan IIB  I dan IVC  II dan IIID  III dan IV

14. Antara objek yang berikut, manakah merupakan pemantul cahaya yang paling baik?A  Beg kertasB  Bongkah kayuC  Kerajang aluminiumD  Pinggan kaca

15. Antara yang berikut, manakah yang tidak mengaplikasikan prinsip pengembangan dan pengecutan?A  Kabel elekrik digantung secara longgar.B  Penggolek digunakan pada jambatan keluli.C  Terdapat ruang di sepanjang landasan      kereta api.D  Kasa dawai digunakan semasa pemanasan     di makmal.

16. Apakah yang akan berlaku jika landasan kereta api tidak mempunyai ruang-ruang pada landasan?I    Landasan kereta api akan mengembang dan      membengkok pada hari panas.II   Kos landasan kereta api akan menjadi      sangat mahal.III  Kereta api tidak akan dapat bertukar      daripada satu landasan ke landasan yang      lain. A    I sahaja                B I dan III  C   II dan III              D I, II, dan III

5

Page 6: UAT SN T5.doc

17. Rajah di bawah menunjukkan bola besi boleh melalui gelang pada suhu bilik.

 

Antara yang berikut, manakah yang benar?A  Apabila gelang dipanaskan, bola besi tidak     dapat melaluinya.B  Apabila gelang disejukkan, bola melalui     gelang dengan lebih mudah.C  Apabila bola besi dipanaskan, bola tidak     dapat melalui gelang.D  Jika bola besi mengembang, bola melalui     gelang dengan lebih mudah.

18. Rajah di bawah menunjukkan satu eksperimen.

Rajah

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?A  Udara mengecut apabila disejukkan.B  Air mengecut apabila disejukkan.C  Belon mengecut apabila disejukkan.D  Botol mengecut apabila disejukkan.

19. Jadual di bawah menunjukkan suhu air yang dicatatkan setiap dua minit semasa pemanasan air.

Table / Jadual

Ramalkan suhu air pada minit ke-8.A  80°C                            B  85°CC  87°C                            D  92°C

6

Page 7: UAT SN T5.doc

20. Rajah di bawah menunjukkan segelas air mendidih.

 Apakah proses yang berlaku?  A   Pendidihan                 B   Peleburan   C  Kondensasi                 D   Penyejatan

21. Rajah di bawah menunjukkan air di dalam dua bekas yang berbeza.

 Apakah sifat air yang ditunjukkan oleh rajah di atas?A  Air mempunyai jisim.B  Air mempunyai isi padu tetap.C  Air mempunyai bentuk tetap.D  Air mengambil bentuk bekas yang diisinya.

22. Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan keadaan bahan yang betul?

 

7

Page 8: UAT SN T5.doc

23. Amy mahu menguji sama ada bahan P adalah beralkali, berasid, atau neutral. Antara yang berikut, manakah yang patut dia gunakan?A  Kanta tanganB  Kertas pasirC  Kertas litmusD  Kalsium klorida kontang

24. Antara bahan yang berikut, manakah yang tidak mengubah warna kertas litmus biru dan kertas litmus merah?  A  Air garam                     B Syampu rambut   C  Jus nanas                      D   Air sabun

25. Antara yang berikut, manakah yang bukan bahan neutral?A  NasiB  Minyak masakC  TebuD  Cecair pencuci pinggan

26. Maklumat di bawah ini menerangkan tentang suatu buruj.

Antara yang berikut, manakah buruj yang diterangkan di atas ini?

  

27. Berdasarkan takwim Qamari, fasa anak bulan adalah ...A  pada awal bulan.B  pada pertengahan bulan.C  pada akhir bulan.D  pada suku pertama bulan.

8

Page 9: UAT SN T5.doc

28. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan Bulan ketika beredar mengelilingi Bumi.

Diagram / Rajah

Apakah fasa yang kamu jangka dapat lihat ketika Bulan berada di X, Y, dan Z?

 

29. Jadual di bawah menunjukkan kedudukan bayang-bayang yang terbentuk pada waktu pagi dan petang.

 Kedudukan bayang-bayang berubah kerana...A  Bumi beredar mengelilingi Matahari.B  Bumi berputar pada paksinya dari timur ke     barat.C  Bumi berputar pada paksinya dari barat ke     timur.D  Bumi berputar pada suatu sudut kepada     menegak.

9

Page 10: UAT SN T5.doc

30. Rajah di bawah menunjukkan tiga objek.

Diagram / Rajah

Antara penyataan berikut, manakah yang betul tentang kestabilan objek-objek itu?I     R lebih stabil daripada S dan T.II   T lebih stabil daripada R.III  S lebih stabil daripada R dan T.IV  R dan T mempunyai kestabilan yang sama.  A   I dan II                            B   I dan IV   C  II dan III                         D  III dan IV

Bahagian B

Jadual 1 menunjukkan keputusan yang dikumpulkan oleh sekumpulan murid selepas mereka menyiasat panjang bayang-bayang bongkah kayu yang diletakkan di padang sekolah.

Masa Panjang bayang-bayang (cm)12.00 tengah hari 3 cm

2.00 petang 5 cm4.00 petang 7 cm6.00 petang 9 cm

1. Nyatakan pembolehubah dimanipulasikan dan bergerak balas pada ujikaji ini.I. Pembolehubah dimanipulasikan

_____________________________________________II. Pembolehubah bergerak balas

______________________________________________

2. Ramalkan panjang bayang-bayang pada pukul 7 petang?_____________________________________________________________________

3. Apakah corak panjang bayang-bayang dari waktu tengah hari hingga petang_____________________________________________________________________

4. Berdasarkan pemerhatian pada penyiasatan ini, beri satu kesimpulan.____________________________________________________________________

10

Page 11: UAT SN T5.doc

2. Rajah di bawah menunjukkan ais yang diletakkan di dalam satu gelas.

1. Apakah pemerhatian yang boleh dinyatakan pada dinding gelas tersebut._____________________________________________________________________

2. Apakah warna titisan air di dinding gelas tersebut.____________________________________________________________________

3. Proses apakah yang dikaitkan perbentukan titisan air pada dinding gelas tersebut.____________________________________________________________________

4. Ramalkan paras air dalam gelas tersebut selepas 30 minit.___________________________________________________________________

5. Berikan satu cara untuk membolehkan ais tersebut dicairkan dengan lebih cepat.____________________________________________________________________

3. Suatu penyiasatan dijalankan untuk menyiasat hubungan antara luas tapak dengan kestabilan projek. Tiga bongkah kayu yang berlainan bentuk diletakkan di atas meja.

a). Nyatakan tujuan penyiasat ini._____________________________________________________________________

b) Bongkah kayu manakah yang akan jatuh dahulu apabila meja dicondongkan_____________________________________________________________________

c). Apakah turutan yang betul bagi semua bongkah ini bermula daripada yang paling stabil._____________________________________________________________________

11

Ais berwarna

Titisan air

Air

Page 12: UAT SN T5.doc

d) Namakah bentuk bongkah P dan RP :__________________R: _________________

4. Jadual di bawah menunjukkan perubahan suhu air. Air dipanaskan sehingga minit ke-7

Masa (minit)

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Suhu (oC)

27 32 38 45 53 65 75 85 70 60 50

1. Apakah corak perubahan suhu daripada mula sehingga minit ke-7_____________________________________________________________________

2. Berikan inferens bagi jawapan di (a)___________________________________________________________________

3. Apakah yang berlaku dari minit ke-8 hingga minit ke-10.________________________________________________________________

4. Berikan pembolehubah dimanipulasikan dan bergerakbalas dalam penyiasatan ini,Pembolehubah dimanipulasikan________________________________________________________________Pembolehubah bergerak balas.________________________________________________________________

Dikumpul dan disediakan oleh Disemak oleh…………………………………………………. ………………………………(MOHD MUHAIMIN BIN NUR ANUAR) (ZAMERENE BIN RUIN)Guru matapelajaran Penolong Kanan Kurikulum

12