hubungan kecerdasan pelbagai dengan sikap terhadap sukan ...journalarticle.ukm.my/14382/1/5.pdf ·...

10
Jurnal Pendidikan Malaysia SI 1(1)(2018): 39-47 DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.03-05 Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan Pelajar Pintar Cerdas Akademik (The Relationship between Multiple Intelligences and Attitude towards Sports Among Academically Gifted Students) WAN REZAWANA WAN DAUD*, TAJUL ARIFIN MUHAMAD & MELOR MD YUNUS ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kecerdasan pelbagai pelajar Pintar Cerdas Akademik (PCA) dan hubungannya dengan sikap terhadap sukan. Kajian tinjauan ini melibatkan 30 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih secara rawak di mana melalui pentadbiran dua set soal selidik yang diubah suai daripada instrumen MyMICA (Malaysian Multiple Intelligence Checlist for Adult) dan Attitudes Towards Sport. Soal selidik ini telah diuji dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik iaitu di antara 0.7 hingga 0.9. Tahap kecerdasan pelbagai diukur berdasarkan skor min piawai. Secara keseluruhan, kajian mendapati pelajar PCA mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam Rohani diikuti Logik Matematik, Kinestatik, Intrapersonal dan Interpersonal. Manakala kecerdasan Verbal Linguistik, Muzik, Naturalis dan Visual Ruang mencatatkan skor min pada tahap yang sederhana. Kajian ini turut melihat hubungan kecerdasan pelbagai dengan sikap terhadap sukan di mana nilai korelasi kecerdasan Kinestatik (r = 0.784, sig = 0.001) memberikan hubungan yang positif kuat diikuti dengan kecerdasan Rohani (r = 0.552, sig = 0.002). Kecerdasan Visual Ruang (r = 0.498, sig = 0.005) dan Intrapersonal (r = 0.399, sig = 0.029) turut menunjukkan hubungan dengan sikap terhadap sukan pada tahap positif sederhana. Implikasi kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru-guru sukan khususnya yang terlibat dengan pelajar PCA agar melihat potensi mereka yang turut menyumbang kepada sikap terhadap sukan. Kata kunci: Kecerdasan pelbagai, pelajar pintar cerdas akademik, sukan ABSTRACT This study aims to determine the level of multiple intelligence of Academically Talented Students (PCA) and its relationship with their attitude towards sports. This survey involves 30 randomly selected form four students through the administration of two sets of questionnaires modified from MyMICA (Malaysian Multiple Intelligence Checklist for Adult) instrument by Siti Rahayah et al. (2005) and Attitudes Towards Sport by P. Iskandar (1999). The questionnaire has been tested and has a good reliability value ranging from 0.7 to 0.9. The intelligence levels are measured by the standard mean score by Pallant, (2007). Overall, the study found that PCA students have a high talent in Spiritual followed by Logical Mathematics, Kinesthetics, Intrapersonal and Interpersonal. While Linguistic, Music, Naturalist and Visual Space recorded a moderate level of mean score . This study also examines the relationship between multiple intelligences and attitude towards sports where the correlation value of Kinestatic intelligence (r = 0.784, sig = 0.001) provides a strong positive relationship followed by Spiritual intelligence (r = 0.552, sig = 0.002). Visual Space (r = 0.498, sig = 0.005) and Intrapersonal (r = 0.399, sig = 0.029) intelligences also showed a correlation with attitudes toward sports at a moderate positive level. The implication of this study can be used as a guide for sports teachers, especially those involved with PCA students to see their potential that contributes to their attitude towards sports. Keywords: Multiple intelligences, academically talented students, sports PENGENALAN Kecemerlangan dalam akademik menjadi fokos utama bagi setiap ibu bapa sejak tahun pertama persekolahan kanak-kanak lagi. Kesinambungan itu, menjadi pertaruhan bagi setiap pendidik bila masa kecemerlangan akademik memberi ‘rating’ bagi sesebuah institusi pengajian. Ibu bapa sememangnya merasa tempias dengan kejayaan anak-anak mereka yang cerdas di dalam akademik. Fokus sistem persekolahan dan peperiksaan lebih tertumpu kepada dua domain kecerdasan sahaja iaitu Verbal Linguistik dan Logik Matematik (Gardner 1993; Teele 1997; Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), KPM 2002; Hanizah et al. 2006). Sistem pentaksiran di Malaysia juga menekankan penguasaan Verbal Linguistik dan Logik Matematik kerana kedua-dua bidang ini adalah kecerdasan intelek (IQ) (Siti Rahayah et al. 2004). Secara umumnya, penilaian pelajar adalah berdasarkan pencapaian akademik berorientasikan peperiksaan yang mana pelajar cemerlang dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas. Pengkategorian Artkl 5 SI 1(1)(2018).indd 39 02/01/2019 10:51:17 AM

Upload: others

Post on 03-Jun-2020

64 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan ...journalarticle.ukm.my/14382/1/5.pdf · tahap kecerdasan pelbagai setiap responden dan teknik statistik inferensi digunakan

Jurnal Pendidikan Malaysia SI 1(1)(2018): 39-47DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.03-05

Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

(The Relationship between Multiple Intelligences and Attitude towards Sports Among Academically Gifted Students)

Wan RezaWana Wan DauD*, Tajul aRifin MuhaMaD & MeloR MD Yunus

AbSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kecerdasan pelbagai pelajar Pintar Cerdas Akademik (PCA) dan hubungannya dengan sikap terhadap sukan. Kajian tinjauan ini melibatkan 30 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih secara rawak di mana melalui pentadbiran dua set soal selidik yang diubah suai daripada instrumen MyMICA (Malaysian Multiple Intelligence Checlist for Adult) dan Attitudes Towards Sport. Soal selidik ini telah diuji dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik iaitu di antara 0.7 hingga 0.9. Tahap kecerdasan pelbagai diukur berdasarkan skor min piawai. Secara keseluruhan, kajian mendapati pelajar PCA mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam Rohani diikuti Logik Matematik, Kinestatik, Intrapersonal dan Interpersonal. Manakala kecerdasan Verbal Linguistik, Muzik, Naturalis dan Visual Ruang mencatatkan skor min pada tahap yang sederhana. Kajian ini turut melihat hubungan kecerdasan pelbagai dengan sikap terhadap sukan di mana nilai korelasi kecerdasan Kinestatik (r = 0.784, sig = 0.001) memberikan hubungan yang positif kuat diikuti dengan kecerdasan Rohani (r = 0.552, sig = 0.002). Kecerdasan Visual Ruang (r = 0.498, sig = 0.005) dan Intrapersonal (r = 0.399, sig = 0.029) turut menunjukkan hubungan dengan sikap terhadap sukan pada tahap positif sederhana. Implikasi kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru-guru sukan khususnya yang terlibat dengan pelajar PCA agar melihat potensi mereka yang turut menyumbang kepada sikap terhadap sukan.

Kata kunci: Kecerdasan pelbagai, pelajar pintar cerdas akademik, sukan

AbSTRACT

This study aims to determine the level of multiple intelligence of Academically Talented Students (PCA) and its relationship with their attitude towards sports. This survey involves 30 randomly selected form four students through the administration of two sets of questionnaires modified from MyMICA (Malaysian Multiple Intelligence Checklist for Adult) instrument by Siti Rahayah et al. (2005) and Attitudes Towards Sport by P. Iskandar (1999). The questionnaire has been tested and has a good reliability value ranging from 0.7 to 0.9. The intelligence levels are measured by the standard mean score by Pallant, (2007). Overall, the study found that PCA students have a high talent in Spiritual followed by Logical Mathematics, Kinesthetics, Intrapersonal and Interpersonal. While Linguistic, Music, Naturalist and Visual Space recorded a moderate level of mean score . This study also examines the relationship between multiple intelligences and attitude towards sports where the correlation value of Kinestatic intelligence (r = 0.784, sig = 0.001) provides a strong positive relationship followed by Spiritual intelligence (r = 0.552, sig = 0.002). Visual Space (r = 0.498, sig = 0.005) and Intrapersonal (r = 0.399, sig = 0.029) intelligences also showed a correlation with attitudes toward sports at a moderate positive level. The implication of this study can be used as a guide for sports teachers, especially those involved with PCA students to see their potential that contributes to their attitude towards sports.

Keywords: Multiple intelligences, academically talented students, sports

Pengenalan

Kecemerlangan dalam akademik menjadi fokos utama bagi setiap ibu bapa sejak tahun pertama persekolahan kanak-kanak lagi. Kesinambungan itu, menjadi pertaruhan bagi setiap pendidik bila masa kecemerlangan akademik memberi ‘rating’ bagi sesebuah institusi pengajian. Ibu bapa sememangnya merasa tempias dengan kejayaan anak-anak mereka yang cerdas di dalam akademik. Fokus sistem persekolahan dan peperiksaan lebih tertumpu kepada

dua domain kecerdasan sahaja iaitu Verbal Linguistik dan Logik Matematik (Gardner 1993; Teele 1997; Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), KPM 2002; Hanizah et al. 2006). Sistem pentaksiran di Malaysia juga menekankan penguasaan Verbal Linguistik dan Logik Matematik kerana kedua-dua bidang ini adalah kecerdasan intelek (IQ) (Siti Rahayah et al. 2004). Secara umumnya, penilaian pelajar adalah berdasarkan pencapaian akademik berorientasikan peperiksaan yang mana pelajar cemerlang dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas. Pengkategorian

Artkl 5 SI 1(1)(2018).indd 39 02/01/2019 10:51:17 AM

Page 2: Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan ...journalarticle.ukm.my/14382/1/5.pdf · tahap kecerdasan pelbagai setiap responden dan teknik statistik inferensi digunakan

40

pelajar mengikut pencapaian akademik ini secara tidak langsung berlaku pembahagian program pembelajaran yang berbeza di mana pelajar pintar cerdas akademik (PCA) ke arah program pendidikan pintar ataupun berasrama penuh. Manakala pelajar yang kurang cemerlang akademik akan disalurkan ke dalam program pendidikan harian biasa atau program berbentuk vokasional atau teknikal. Meskipun begitu, masih ramai pelajar PCA yang meneruskan pengajian di sekolah harian biasa berikutan, pengambilan di SbP, MRSM, adalah terhad. Ini menunjukkan bahawa kecemerlangan akademik adalah satu kemestian bagi institusi pendidikan, tenaga pengajar dan pelajar sejajar dengan budaya paper chase. budaya paper chase dikenali sebagai mengejar dan memenuhi keperluan peperiksaan dan kelulusan akademik bagi memasuki program khas pendidikan tetapi bukan merujuk kepada proses pembelajaran dan kualiti kerja yang dihasilkan (Gardner 1983; Goodland 1984; Dunn & Dunn 1993; Corey & Corey 1997; Renzulli 1998; Robiah Sidin 1999; Egan 2003 dipetik dalam Noorzalina 2007). Namun menurut Murad (2004), sistem pendidikan masih berpaksikan akademik dan beorientasikan peperiksaan sehinggakan tenaga pengajar turut terjerumus dalam mempersiapkan program pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar. Namun demikian, dalam usaha merealisasikan falsafah dalam penghasilan pelajar yang menyeluruh dan bersepadu, sistem di Malaysia seperti kebanyakan sistem pendidikan di Eropah dan Asia iaitu mengamalkam sistem pengesan (Streaming system) yang menempatkan pelajar ke institusi pengajian tertentu berdasarkan kecemerlangan akademik (Goodland 1984; Hacker 1986; bahagian Sekolah 1989; Gordon 1990; Gardner 1993; Ceci & Williams 1997; Corey & Corey 1997; Robiah Sidin 1999; Snyder 2000; Egan 2003; Kulik 2003). Hal ini secara tidak langsung akan mengecilkan peluang atau mencicirkan kebolehan individu dalam memperlihatkan domain kecerdasan. Kesannya, sebilangan pelajar yang tercicir dan terpinggir boleh mendatangkan masalah kepada negara (Siti Rahayah et al. 2011). Secara umumnya, kebimbangan terhadap keciciran anak-anak dalam akademik menjadi satu faktor yang mempengaruhi ibu bapa lebih menekankan pendidikan akademik. Kecenderungan ibu bapa yang melihat akademik boleh membawa kepada masa depan yang cerah, dalam masa yang sama turut keciciran dalam bidang bukan akademik seperti sukan. Ini merupakan proses pendidikan yang tidak adil di mana menidakkan potensi pelajar dalam sukan untuk turut berada dalam landasan sebagai atlet yang perlu digilap.

Falsafah Pendidikan Negara antara lainnya adalah bermatlamat mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Seiring dengan penekanan dalam akademik, seharusnya sistem pendidikan negara turut memberi penekanan terhadap penglibatan pelajar dalam sukan. Kajian Murad (2005) turut menjelaskan bahawa 90 peratus daripada pelajaran yang diberikan adalah berbentuk pelajaran akademik (intelek) dan selebihnya diperuntukkan kepada

Jurnal Pendidikan Malaysia SI 1(1)(2018)

kokurikulum di sekolah, di maktab dan universiti. Usaha kerajaan melaksanakan subjek pendidikan jasmani sebagai satu pendekatan mampu menarik minat pelajar melakukan aktiviti fizikal. Sikap terhadap sukan bukan sahaja perlu melalui penglibatan dalam sukan terhad kepada (kelas pendidikan jasmani dan kokurikulum) namun perlu dibesarkan skop penglibatan mereka seperti beriadah mahupun menjalani latihan sukan untuk sesuatu kejohanan. Aktiviti fizikal telah dianggap sebagai punca utama kepada keaktifan fizikal pelajar yang turut disalurkan melalui pendidikan yang bersistematik dan disiplin sains yang dilabel sebagai Pendidikan Jasmani.

Penyelidik beranggapan pelajar PCA tidak mempunyai masa senggang yang fleksibel untuk melakukan aktiviti fizikal pada waktu senggang kerana penekanan pada bidang akademik sangat tinggi. Manakala masyarakat beranggapan pelajar PCA diklasifikasikan sebagai seorang yang ‘nerd’ dan kurang bersosial apatah lagi melibatkan diri dalam sebarang bentuk aktiviti fizikal. Wee (2013) berpendapat, masalah kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal di sekolah menjadi satu isu yang melanda institusi pendidikan di negara ini. Sikap terhadap sukan yang rendah turut menjadi punca kepada kurangnya penglibatan mereka dalam sukan yang mengundang kepada peningkatan penyakit obesiti yang menjadi punca kepada beberapa penyakit kronik seperti jantung, buah pinggang dan sebagainya. Kini, kerjaya di dalam sukan turut menjadi bidang yang penting di Malaysia seiring dengan pembangunan dan kemajuan sukan yang kini mampu setanding dengan negara-negara maju yang lain. Oleh yang demikian, sikap terhadap sukan perlu ditingkatkan melalui pendidikan yang berasas fizikal yang nyata berlandaskan keseronokan agar menarik pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara sukarela dan dalam masa yang sama menguruskan sesi pembelajaran dengan berhemah. Pendidikan yang adil perlulah selaras dengan kecerdasan yang berbentuk kecergasan dan kesihatan agar ia seiring dalam konteks pembangunan pelajar ke arah pelajar yang proaktif. begitu juga dalam menilai kebolehan pelajar dalam sukan dan kemahiran lain.

Fenomena menentukan tahap kecerdasan pelbagai banyak dijalankan sama ada di sekolah harian biasa mahupun sekolah yang melalui saringan pelajar cemerlang dalam akademik bertujuan melihat aspek kecerdasan mereka. Namun kajian yang melihat pelajar PCA dan hubungannya dengan sikap terhadap sukan sangat terhad. Apatah lagi melibatkan pelajar PCA yang tergolong dalam pelajar yang mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam akademik dalam peperiksaan umum di Malaysia (PMR). Malah, kajian berunsurkan sukan yang melibatkan pelajar PCA agak terhad dibandingkan dengan kajian yang menjurus kepada akademik dan aspek kaunseling. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk: 1) Menentukan tahap kecerdasan pelbagai pelajar PCA, dan 2) Melihat hubungan kecerdasan pelbagai dengan sikap terhadap sukan pelajar PCA.

Artkl 5 SI 1(1)(2018).indd 40 02/01/2019 10:51:17 AM

Page 3: Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan ...journalarticle.ukm.my/14382/1/5.pdf · tahap kecerdasan pelbagai setiap responden dan teknik statistik inferensi digunakan

41Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

MeToDologi

Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif bertujuan untuk memperihalkan taburan kecerdasan pelbagai pelajar. Reka bentuk tinjauan dipilih kerana dalam kajian ini menggunakan soalan selidik sebagai alat ukur bagi mengumpulkan data. bagi tujuan kajian ini, seramai 30 orang pelajar tingkatan empat daripada sekolah berasrama penuh tempatan yang terdiri daripada 15 lelaki dan 15 perempuan dijadikan responden kajian. Sampel dipilih menggunakan kaedah persampelan secara rawak. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang lazim digunakan dalam kajian deksriptif sebagai alat pengukuran bagi pengumpulan maklumat. bagi tujuan kajian ini, penyelidik telah menggunakan soal selidik MyMICA (Siti Rahayah et al. 2005) dan Sikap Terhadap Sukan (P. Iskandar 1999) sebagai alat ukur kajian dan telah diubah suai mengikut kesesuaian kajian serta disahkan kebolehpercayaannya dengan nilai alfa Cronbach di antara 0.7 hingga 0.9. Penilaian responden adalah berdasarkan skala Likert. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS versi 23.0. Analisis deskriptif digunakan untuk melihat tahap kecerdasan pelbagai setiap responden dan teknik statistik inferensi digunakan dalam mencari hubungan kecerdasan pelbagai dengan sikap terhadap sukan.

DaPaTan Kajian

Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Semenanjung Malaysia yang melibatkan 30 pelajar tingkatan empat. Pelajar-pelajar ini diklasifikasikan sebagai pelajar pintar cerdas (PCA) kerana kemasukan ke sekolah berdasarkan kecemerlangan dalam akademik iaitu merujuk kepada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Piirto (2007) menjelaskan pelajar pintar akademik merujuk kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan setara. Manakala Rosadah (2004) mencadangkan pelajar yang berjaya mendapat “A” untuk semua mata pelajaran dalam PMR dikategorikan sebagai pelajar pintar akademik. Daripada analisis kebolehpercayaan didapati, nilai alfa Cronbach bagi instrumen kajian adalah di antara 0.7 sehingga 0.9, dianggap tinggi dan konsisten melebihi 0.7 (Pallant 2007).

TAHAP KECERDASAN PELbAGAI PELAJAR PCA

Analisis seterusnya adalah analisis deskriptif dilakukan bagi mendapatkan nilai min kecerdasan pelbagai pelajar. bagi menentukan min skor bagi sembilan konstruk kecerdasan pelbagai, penyelidik menggunakan tafsiran min yang diubah suai daripada Pallant (2007) iaitu nilai min 1.00 – 2.33 adalah skor rendah, 2.34 – 3.67 sederhana dan 3.68 – 5.0 adalah tinggi yang bermaksud, pelajar memiliki sesuatu domain kecerdasan pelbagai sama ada tinggi, sederhana atau rendah. Perbandingan min

berdasarkan Jadual 1, dari segi perbandingan min secara keseluruhan, didapati nilai min yang tertinggi adalah bagi kecerdasan kerohanian diikuti oleh Logik Matematik, Interpersonal, intrapersonal dan Kinestatik. Ini menunjukkan responden menyatakan penilaian ke arah bersetuju yang lebih tinggi bagi setiap soalan kategori tersebut. Sementara itu, kecerdasan verbal linguistik, visual Ruang, Muzik dan Naturalis mencatatkan skor min yang sederhana. Dapatan ini memenuhi objektif pertama kajian yang melihat profail kecerdasan pelbagai pelajar PCA.

HUbUNGAN DI ANTARA KONSTRUK KECERDASAN PELbAGAI DENGAN SIKAP TERHADAP SUKAN

JADUAL 1. Skor min kecerdasan pelbagai pelajar PCA

Kecerdasan Pelbagai Min Kecerdasan KeputusanPelbagai

Logik Matematik 3.97 TinggiVerbal Linguistik 3.60 SederhanaInterpersonal 3.86 TinggiIntrapersonal 3.90 TinggiVisual Ruang 3.34 SederhanaKinestetik badan 3.95 TinggiMuzik 3.55 SederhanaNaturalis 3.37 SederhanaKerohanian 4.67 Tinggi

Sumber: Skor min piawai merujuk Pallant (2007)

kecerdasan pelbagai pelajar dan min kecerdasan pelbagai yang ditetapkan ditunjukkan seperti Jadual 1.

JADUAL 2. Korelasi Pearson hubungan antara KP dengan sikap terhadap sukan pelajar PCA

Kecerdasan Pelbagai Sikap terhadap sukan Keputusan

r Sig

Logik Matematik 0.305 0.101 SederhanaVerbal Linguistik -0.053 0.780 LemahInterpersonal 0.071 0.708 LemahIntrapersonal 0.399 0.029 SederhanaVisual Ruang 0.498 0.005 SederhanaKinestetik badan 0.784 0.001 KuatMuzik 0.034 0.866 LemahNaturalis -0.138 0.468 LemahKerohanian 0.552 0.002 kuat

Sumber: Merujuk kepada nilai pekali korelasi Cohen (1988)

Jadual 2 membentangkan dapatan hubungan konstruk kecerdasan pelbagai dengan sikap terhadap sukan di kalangan pelajar PCA. Dapatan ini diukur berdasarkan nilai pekali korelasi oleh Cohen (1988) iaitu 0.1 hingga 0.29 menunjukkan tahap lemah, 0.30 hingga 0.49 tahap sederhana dan 0.50 hingga 1.0 adalah tahap kuat hubungannya.

Artkl 5 SI 1(1)(2018).indd 41 02/01/2019 10:51:17 AM

Page 4: Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan ...journalarticle.ukm.my/14382/1/5.pdf · tahap kecerdasan pelbagai setiap responden dan teknik statistik inferensi digunakan

42

berdasarkan dapatan ini, terdapat hanya empat konstruk kecerdasan pelbagai yang signifikan iaitu mempunyai hubungan dengan sikap terhadap sukan iaitu kinestatik, kerohanian, visual ruang dan intrapersonal. Aspek kinestatik (r = 0.784, sig = 0.001) mempunyai hubungan yang kuat dengan sikap terhadap sukan diikuti oleh aspek kerohanian (r = 0.552, sig = 0.002). Manakala aspek visual ruang (r = 0.498, sig = 0.005) dan intrapersonal (r = 0.399, sig = 0.029) menunjukkan hubungan pada tahap sederhana.

Seterusnya, kecerdasanan logik matematik (sig = 0.101), Verbal Linguistik (sig = 0.780), Interpersonal (sig = 0.708), Muzik (sig = 0.866), dan Naturalis (sig = 0.468) tidak memberikan nilai signifikan dalam hubungan dengan sikap terhadap sukan.

PeRbincangan

Kecerdasan adalah kebolehan individu itu menghasilkan sesuatu yang berharga dan diiktiraf masyarakat sekeliling (Gardner 1983). Kebolehan ini jika melalui proses pembangunan yang strategik mampu mengilap potensi individu ke arah yang lebih baik dan berguna. Menurut Stark (2004), kesan pengaruh luaran boleh menajamkan kecerdasan pelbagai diri. Pendapat ini turut disokong oleh Clark. b (2013), individu yang mempunyai hubungan kecerdasan daripada sifat genetik dengan faktor persekitaran mampu meningkatkan darjah kepintarannya lebih daripada orang lain. Menurut beliau lagi, penambahan ini akan meningkatkan fungsi otak. Oleh yang demikian, amatlah penting sesuatu institusi mengetahui potensi pelajar-pelajar agar pihak pentadbir dapat membina silibus yang sesuai menepati kecenderunagn mereka. Pengenalpastian potensi dan kecenderungan mereka turut membantu pelajar itu sendiri mengamati kelebihan mereka dan melalui proses pengembangan bakat. Oleh itu, kajian ini menyumbang kepada pengidentifikasi pelajar mengikut potensi dan kecerdasan pelajar yang diklasifikasikan pelajar pintar cerdas akademik dan melihat hubungan kecerdasan pelbagai ini dengan faktor sikap terhadap sukan.

TAHAP KECERDASAN PELbAGAI PELAJAR PCA

Hasil analisis kajian ini mendapati pelajar PCA mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam kecerdasan kerohanian berbanding dengan kecerdasan yang lain. Ini jelas menunjukkan bahawa, pelajar-pelajar PCA mempunyai disiplin yang tinggi dalam mengamalkan aspek kepatuhan dalam beragama. Dalam konteks kajian peringkat sekolah, dapatan kajian ini selari dengan kajian oleh Ibrahim (2007) dan Hafsa (2008), di mana pelajar tingkatan empat dan lima daripada sekolah-sekolah sekitar Selangor turut mendominasi kecerdasan kerohanian. Manakala kajian oleh Siti Rahayah et al. (2008) yang memfokuskan kajian keatas pelajar remaja berumur sekitar 16-18 tahun turut memberikan dapatan yang sama. begitu juga dengan

Jurnal Pendidikan Malaysia SI 1(1)(2018)

kajian di IPT seperti kajian Siti Rahayah dan Mohd Kasyfi (2009) dalam kalangan pelatih guru di IPG Malaysia dan kajian Mohd Kasyfi et al. (2013) dalam kalangan pelajar Sains Sosial dan Sains Kesihatan UKM. Keadaan ini tidak menghairankan memandangkan aspek kerohanian merupakan perkara yang utama bagi masyarakat Malaysia negara Islam dan kepentingan agama dalam kehidupan seharian (ibadah).

Walau bagaimanapun di awal anggapan kajian, pelajar PCA dikaitkan dengan potensi dalam logik matematik dan verbal linguistik. Namun begitu dapatan kajian ini bukan sahaja menunjukkan hanya kecerdasan dalam logik matematik yang memberikan skor yang tinggi. Sebaliknya kecerdasan interpersonal, intrapersonal dan kinestatik badan turut memberikan skor yang tinggi. Kecerdasan kognitif seperti kecerdasan logik matematik menunjukkan kecenderungan pelajar PCA ke arah pemikiran yang bersifat akademik dan emosi (Siti Kausar 2015). Kecenderungan ataupun kecerdasan ini dikategori sebagai bersifat bertumpu dan tidak bercapah. Kajian oleh Arbaiyah (2006), Noorzalina (2007), Poon Chong Khim (2007) turut melaporkan bahawa kecerdasan logik Matematik mempunyai skor min yang tinggi. Dapatan ini bertepatan dengan ciri ciri yang terdapat pada pelajar pintar cerdas akademik.

Pelajar PCA sangat cerdas dalam aspek intrapersonal diikuti interpersonal menunjukkan terdapat proses komunikasi dua hala melalui proses asimilasi dan persekitaran sekolah yang lebih kondusif juga aktiviti dan program yang membina keyakinan pelajar disokong oleh pendidik dan pentadbir dalam menjayakan program yang berkaitan. banyak kajian yang selari dengan kajian ini di antaranya adalah kajian dalam negara oleh Mohd Zuri (2006), Arbaiyah (2006), Ibrahim (2007), Noorzalina (2007), Siti Rahayah (2009), Ibrahim & Farah (2010), Mohd Kasyfi et al. (2013), Chuan Yan Piaw et al. (2014) dan Siti Kausar (2016). Manakala kajian tentang interpersonal dan intrapersonal dalam konteks luar negara pula adalah Franzern (1999), Parker (2007), Oraib (2011), Gholam (2011), Ellen (2012), dan Erozkan (2013).

Kajian oleh Parker (2007) mendapati kecerdasan verbal linguistik dan interpersonal adalah kecerdasan yang tinggi dimiliki pelajar kolej di baltimore Metropolitan, Columbia. Manakala kajian oleh Neto dan Furnham (2006) dan Zakiah Osman (2012) membuktikan kecerdasan interpersonal dan intrapersonal mempunyai pertalian yang kuat dengan pencapaian akademik dan kombinasi ini tidak boleh dipisahkan kerana menyumbang kepada kehidupan sosial dan perkembangan kerjaya. Malah turut membolehkan individu membina hubungan yang baik sesama manusia (Toto Tasmara (2008). beliau juga berpendapat kecerdasan interpersonal dan intrapersonal sebagai sebahagian daripada kecerdasan rohani yang membolehkan seseorang menjawab persoalan metafizik seperti soal ketuhanan, keagamaan, kehidupan, kematian dan sebagainya.

Artkl 5 SI 1(1)(2018).indd 42 02/01/2019 10:51:18 AM

Page 5: Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan ...journalarticle.ukm.my/14382/1/5.pdf · tahap kecerdasan pelbagai setiap responden dan teknik statistik inferensi digunakan

43Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

Kajian ini turut memberikan dapatan skor yang tinggi dalam kecerdasan kinestatik badan. Kajian ini selari dengan kajian oleh Noorzalina (2007) yang dijalankan ke atas pelajar MRSM (PCA). Ini menunjukkan pelajar PCA selain mempunyai kognitif dalam akademik juga mampu menggunakan pendekatan yang sama dalam melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan dan tarian. Penggunaan aspek kognitif dalam bersukan dikaitkan dengan membina strategi permainan manakala dalam tarian dikaitkan dengan alunan muzik yang disertai dengan pergerakan yang seiring. Namun begitu, kajian oleh Arbaiyah (2006), Siti kausar (2016), Neto & Furnham (2006) menunjukkan dapatan sebaliknya.

Seterusnya, dapatan kajian ini turut membentangkan skor min yang sederhana dalam kecerdasan Verbal Linguistik, Visual Ruang, Muzik dan Naturalis. Kecerdasan Verbal linguistik dikategorikan sebagai kecerdasan bersifat akademik. Namun kajian ini menunjukkan skor min yang sederhana kepada pelajar PCA. Ini mungkin disebabkan pelajar PCA dalam kajian ini kurang mahir dalam mengungkapkan bahasa secara lisan atau bertulis. Wakhal, kecerdasan ini dipandang tinggi dalam dunia pendidikan akademik kerana memperlihatkan bakat seseorang dalam perdebatan, bersyair, menyajak yang dikaitkan dengan kerjaya sebagai peguam, penulis, jurucakap dan lain-lain.

Menurut Gardner (1983, 1996), kecerdasan visual ruang merupakan kecerdasan bukan intelektual dan kurang diberikan perhatian dalam pendidikan akademik. Oleh yang demikian, kajian ini menepati pendapat Gardner (1983,1996) berkaitan dengan kecerdasan visual ruang. Kecerdasan visual ruang dan muzik merujuk kepada satu pemikiran yang bercapah yang menyumbang kepada pemikiran kreatif serta inovatif (Siti Kausar 2016). Individu yang dikaitkan memiliki kecerdasan visual ruang yang tinggi adalah tergolong dalam golongan arkitek, juruterbang, pelukis dan atlet sukan. Mereka mempunyai imginasi dengan menggambarkan imej menerusi memori. Kajian oleh Neto & Furnham (2006) dan Oraib (2011) menunjukkan bahawa kecerdasan visual ruang adalah kecerdasan yang paling lemah dalam kalangan mahasiwa-mahasiswa universiti Porto dan Jordan. Maka tidak hairanlah, kajian ini turut memberikan skor min yang paling rendah dibandingkan dengan kecerdasan-kecerdasan yang lain. Namun begitu laporan oleh Arbaiyah (2006) ke atas pelajar MRSM yang mendapati skor min dalam kecerdasan visual ruang adalah tinggi.

Kecerdasan muzik pula turut dikategorikan dalam skor min yang sederhana namun berada pada paras kedua terakhir. Kecerdasan muzik mungkin sangat asing kepada pelajar PCA kerana melibatkan instrumen. Kajian ini selari dengan dapatan kajian Arbaiyah (2006) ke atas pelajar MRSM yang mendapati skor min dalam kecerdasan muzik adalah paling rendah. Oraib (2011) pula memberikan dapatan yang serupa yang dijalankan ke atas mahasiswa di universiti-universiti Jordan yang mengambil jurusan selain jurusan muzik. Namun kajian oleh Noorzalina (2007) menunjukkan dapatan yang berbeza yang mana kajian turut

dijalankan ke atas pelajar PCA. Ini mungkin disebabkan sistem pentadbiran di sekolah berkenaan menerapkan minat pelajar seiring dengan penekanan dalam akademik. Mereka beranggapan menyokong minat pelajar turut memberikan motivasi dalaman kepada pelajar agar sentiasa melihat pencapaian dalam akademik sebagai asas penting dalam pendidikan mereka. Kajian oleh Stark (2004) yang membuat perbandingan pelajar yang suka menyanyi dengan pelajar yang bukan penyanyi mempunyai skor min yang berbeza. Pelajar penyanyi memperolehi skor kecerdasan muzik yang lebih tinggi berbanding pelajar bukan penyanyi. Oleh yang demikian Stark (2004) dan Siti Kausar (2015) menegaskan bahawa, kesan pengaruh luaran boleh menajamkan dan menguatkan lagi kecerdasan pelbagai berkenaan. Hal ini tidak menghairankan memandangkan kecerdasan muzik tidak dianggap sebagai daripada kecerdasan akademik dan mempunyai kepentingan dalam sistem pendidikan malah ia sesuatu yang asing dan hanya dikategorikan sebagai hobi semata-mata.

Seterusnya kecerdasan naturalis yang lebih bersifat cenderung kepada sifat alam semula jadi. Dapatan kajian ini mendapati, pelajar PCA memiliki skor min pada tahap sederhana. Kecerdasan naturalis agak unik disebabkan ia melibatkan interaksi pelajar dengan alam semula jadi dari aspek penjagaan haiwan, penjagaan tumbuhan dan pengetahuan sains. Noorzalina (2007) berpendapat, perkembangan kecerdasan naturalis cuma diberi penekanan semasa sesi formal pembelajaran dan amali sahaja. Sedangkan majoriti daripada mereka mempunyai sifat ingin tahu terhadap alam sekitar yang mana tidak dirangsang sepenuhnya dan ini mengakibatkan pelajar tidak mampu menghubungkaitkan apa yang diajar di dalam kelas dengan persekitaran. Menurut Inheler dan Piegat (1958), pelajar akan menghadapi masalah mempelajari sesuatu sekiranya konsep yang dipelajari berlainan daripada pengalaman yang dialami oleh pelajar. Ini selari dengan kajian dalam negara oleh Poon Chong Khim (2007) dan Hafsa (2008). Manakala kajian oleh Arbaiyah (2006) ke atas pelajar MRSM menunjukkan skor yang rendah.

HUbUNGAN KECERDASAN PELbAGAI DENGAN SIKAP TERHADAP SUKAN PELAJAR PCA

Hasil dapatan membentangkan hubungan konstruk kecerdasan pelbagai dengan sikap terhadap sukan di kalangan pelajar PCA. Dapatan ini diukur berdasarkan nilai pekali korelasi oleh Cohen (1988) iaitu 0.1 hingga 0.29 menunjukkan tahap lemah, 0.30 hingga 0.49 tahap sederhana dan 0.50 hingga 1.0 adalah tahap kuat hubungannya.

berdasarkan dapatan ini, terdapat hanya empat konstruk kecerdasan pelbagai yang signifikan iaitu mempunyai hubungan dengan sikap terhadap sukan iaitu kinestatik, kerohanian, visual ruang dan intrapersonal. Aspek kinestatik (r = 0.784, sig = 0.001) mempunyai hubungan yang kuat dengan sikap terhadap sukan diikuti oleh aspek kerohanian (r = 0.552, sig = 0.002). Manakala

Artkl 5 SI 1(1)(2018).indd 43 02/01/2019 10:51:18 AM

Page 6: Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan ...journalarticle.ukm.my/14382/1/5.pdf · tahap kecerdasan pelbagai setiap responden dan teknik statistik inferensi digunakan

44

aspek visual ruang (r = 0.498, sig = 0.005) dan intrapersonal (r = 0.399, sig = 0.029) menunjukkan hubungan pada tahap sederhana.

Seterusnya, kecerdasanan logik matematik (sig = 0.101), Verbal Linguistik (sig = 0.780), Interpersonal (sig = 0.708), Muzik (sig = 0.866), dan Naturalis (sig = 0.468) tidak memberikan signifikan dalam hubungan dengan sikap terhadap sukan.

Kecerdasan kinestatik menunjukkan hubungan yang paling kuat dengan sikap pelajar PCA terhadap sukan. Kecerdasan kinestatik sedia maklum adalah pergerakan anggota badan dalam melaksanakan segala bentuk aktiviti yang berasaskan fizikal. Di awal kajian, penyelidik beranggapan aspek kinestatik ini sukar dimiliki dan diperkembangkan di kalangan pelajar PCA kerana umum sedia maklum bahawa pelajar PCA mempunyai kecerdasan yang jelas dalam akademik. Namun, banayk kajian tentang prestasi akademik sering dikaitkan dengan penglibatan pelajar dalam sukan. Masyarakat melihat kegagalan dalam pelajaran selalunya dirujuk kepada peruntukan masa bersukan melebihi masa belajar. Hal ini menggambarkan bahawa mereka sukar bagi membahagikan masa untuk beriadah.

Namun beberapa kajian lepas oleh Webb (1969), Mohd Yusoff (1983), Mohd Razali (1983) dan Eleanor (1984) menyangkal kenyataan tersebut. Sebagaimana dibuktikan kajian oleh Mohd Yusoff (1983) yang mendapati bahawa penglibatan dalam sukan dan aktiviti gerak kerja kokurikulum yang lain sama sekali tidak menjejaskan akademik asalkan mereka tahu mengagihkan masa untuk bersukan dan untuk akademik. Namun kajian awalan ini membentangkan dapatan yang berbeza di mana pelajar PCA mempunyai kognitif yang baik dan perkembangan kognitif ini turut dikaitkan dengan tahap kesihatan pelajar tersebut. Ini menunjukkan pelajar PCA mempunyai minat dan memberikan tingkah laku yang positif dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Penglibatan ini menggambarkan bahawa selain aspek minat, mereka turut mempunyai struktur dalam rutin harian iaitu mempunyai peruntukan masa untuk bersukan sama ada secara riadah mahupun secara serius. Peruntukan masa ini menunjukkan mereka mempunyai pemikiran yang logik dalam melihat kebaikan bersukan kepada mereka. Penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal lebih kerap menjadikan mereka lebih cergas dan minda mereka lebih mudah menerima pembelajaran. Apabila seseorang berada dalam keadaan cergas fizikal, dia tidak akan menjadi seorang yang malas dan tidak aktif (Hassan 2000) malah kecergasan fizikal sering kali dikaitkan dengan keupayaan seseorang individu menggunakan masa senggang mereka (Helen Tan 2002). Dapatan ini selari dengan kajian oleh Azrina et al. (2017) yang menjalankan kajian keatas pelajar pintar dan berbakat tentang hubungan kecergasan fizikal dengan pencapaian akademik (biologi). Hasil kajian menunjukkan kebanyakan pelajar pintar dan berbakat mempunyai markah yang tinggi dalam akademik (biologi) dan turut mempunyai tahap kecergasan fizikal kategori cergas. Ini membuktikan

Jurnal Pendidikan Malaysia SI 1(1)(2018)

bahawa pelajar yang cergas dan bersukan membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi akademik. Ini kerana individu yang mengaktifkan diri dalam aktiviti bersukan mempunyai stamina yang baik dalam melakukan aktiviti belajar secara berterusan.

Kecerdasan rohani turut menunjukkan hubungan yang kuat dengan sikap terhadap sukan. Kecerdasan rohani merangkumi aspek keagamaan yang menjadi amalan pelajar. Gardner (1996) menyatakan kecerdasan rohani membolehkan seseorang untuk menjawab persoalan metafizikal seperti soal ketuhanan, keagamaan, kehidupan, kematian dan sebagainya. Kecerdasan rohani turut merangkumi kecerdasan emosi, interpersonal, intrapersonal yang membolehkan individu itu membina hubungan yang baik sesama manusia (Toto Tasmara 2008). Kenyataan ini menyokong dapatan kajian penyelidik yang mana dapatan ini turut menunjukkan wujud hubungan kecerdasan rohani dengan sikap pelajar PCA terhadap sukan pada tahap sederhana. bersukan ataupun beriadah dituntut dalam agama kerana ia bersifat baik di mana, salah satu faedah bersukan adalah melahirkan pelajar yang cergas samada dari segi fizikal mahupun mental. Kecergasan ini memenuhi keperluan dalam kehidupan dalam menjalani rutin dan melakukan ibadah. Oleh yang demikian hubungan kecerdasan rohani dan sikap terhadap sukan perlulah seiring kerana dengan bersukan melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas dalam aspek minda, fizikal dan emosi yang mana memudahkan pelajar melakukan ibadah dengan lebih tenang dan menumpukan pada pelajaran dengan lebih baik.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Toto Tasmara, (2008), kecerdasan intrapersonal turut seiring dengan kecerdasan rohani yang membolehkan individu itu membina hubungan yang baik sesama manusia dan aktiviti bersukan memberi ruang bagi pelajar untuk lebih mengenali sesama mereka secara bermain dan berinteraksi bersama. Dapatan kajian ini turut menunjukkan wujud hubungan kecerdasan intrapersonal dengan sikap terhadap sukan pada tahap yang sederhana. Hal ini kerana, bersukan menjadikan individu lebih yakin dan salah satu cara berkomunikasi dengan individu lain secara tidak langsung. Sifat ini membolehkan mereka saling berhubung dan mengeratkan silaturahim dan perpaduan sesama kaum.

Satu lagi kecerdasan yang mempunyai hubungan dengan sikap terhadap sukan adalah kecerdasan visual ruang iaitu pada tahan sederhana. Kecerdasan visual ruang merupakan kecerdasan yang membolehkan individu menerima imej dan maklumat visual dengan tepat. Selain itu pelajar amat bijak dalam menggambarkan imej secara visual dalam memori. Kecerdasan ini sangat penting kepada pelajar yang mempunyai kemahiran sukan yang tinggi dalam membantu pelajar dalam memperkembangkan bakat sukan mereka. Oleh yang demikian kecerdasan ini secara tidak langsung terpakai semasa bersukan sama ada menjalani program latihan mahupun waktu beriadah.

Secara kesimpulannya, dapatan kaj ian ini membentangkan wujud hubungan kecerdasan kinestatik,

Artkl 5 SI 1(1)(2018).indd 44 02/01/2019 10:51:18 AM

Page 7: Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan ...journalarticle.ukm.my/14382/1/5.pdf · tahap kecerdasan pelbagai setiap responden dan teknik statistik inferensi digunakan

45Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

kecerdasan rohani, kecerdasan visual ruang dan kecerdasan intrapersonal dengan sikap terhadap sukan di kalangan pelajar PCA.

Seterusnya, terdapat lima kecerdasan tidak menunjukkan hubungan dengan sikap terhadap sukan iaitu Logik Matematik, Verbal Linguistik, Interpersonal, Muzik, dan Naturalis. Kecerdasan Logik Matematik dan Verbal Linguistik dikaitkan dengan aspek akademik, ini menggambarkan bahawa pelajar PCA dalam kajian diberi penekanan dalam aspek akademik semata-mata dan keciciran dalam aktiviti sukan. Ini mungkin juga disebabkan beberapa faktor yang mendorong mereka tidak melibatkan diri dalam sukan. Ibrahim et al. (2013) menyatakan bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia beranggapan bahawa aktiviti fizikal terlalu sukar untuk dilakukan, tidak memberi kebaikan, terlaku berisiko dan umumnya beranggapan tidak menarik untuk dilakukan. Faktor-faktor ini membuatkan mereka lebih memberi tumpuan kepada akademik.

berdasarkan kecerdasan interpersonal pula, menunjukkan bahawa pelajar PCA tidak mempunyai keyakinan diri, lemah dalam menentukan hala tuju dan sukar mengenali diri secara mendalam dalam menentukan sikap terhadap sukan. Mereka lebih suka bersendiri dan menumpukan kepada hal akademik. Aspek-aspek ini membantutkan mereka dalam melibatkan diri dalam sukan. Kecerdasan muzik cukup asing dengan pelajar yang minat bersukan. Kecerdasan muzik dan aktif dalam sukan merupakan dua perkara yang berbeza dari segi peralatan, fasiliti dan tidak saling berkait. Pada kebiasaannya, penglibatan pelajar dalam sukan hanya berlaku pada waktu senggang ataupun dalam kelas Pendidikan Jasmani. Namun pelajar yang cerdas dalam muzik turut menggunakan waktu senggang untuk mempraktik dan memperkembangkan kemahiran muzik mereka. Inilah yang dikatakan penyelidik bahawa kecerdasan muzik tidak seiring dengan keaktifan pelajar dalam bidang sukan.

KesiMPulan

Secara keseluruhan, kajian ini telah mengkaji secara terperinci tentang profail pelajar PCA dan hubungannya dengan sikap terhadap sukan. Kajian ini menjelaskan bahawa selain kepentingan akademik, pelajar juga perlu tidak keciciran dalam aspek kecerdasan yang lain walaupun tahap kecerdasan adalah berbeza. Penekanan sepenuhnya terhadap akademik tidak perlu lagi dibudayakan dalam sistem pendidikan negara kerana boleh menyebabkan pelajar yang memiliki kecerdasaan tertentu merasa tersisih dan tidak dihargai. Walaupun setiap pelajar mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan memiliki tahap rendah pada kecerdasan tertentu, namun kecerdasan ini mampu menyerlah jika dibantu dengan beberapa faktor. Perkembangan kecerdasan ini perlulah melalui beberapa faktor yang dapat membantu potensi mereka menyerlah. Menurut Gardner (1983, 1992) faktor persekitaran

memainkan peranan penting dalam mempengaruhi sesuatu kecerdasan dan bukannya faktor genetik. Malah kecerdasan yang tidak mempunyai tahap tinggi boleh diasah dan dipertajamkan melalui persekitaran yang kondusif.

Selain kecenderungan mereka dalam akademik, pelajar PCA ini turut mempunyai hubungan yang positif kuat dengan sikap terhadap sukan. Menentukan sikap terhadap sukan merupakan satu titik tolak seseorang dalam menentukan keterlibatan mereka dalam sukan. Dalam erti kata lain, peranan sikap mampu mendorong seseorang untuk terlibat mahupun tidak dengan aktiviti tertentu. Oleh yang demikian, dapatan ini turut menunjukkan bahawa pelajar PCA mempunyai minat dan bersikap positif dalam sukan. Sikap yang positif ini membawa kepada keterlibatan mereka dalam sukan tanpa perlu meletakkan jurang dengan penumpuan terhadap akademik. Keterlibatan dalam sukan dan kecemerlangan dalam akademik adalah seiring kerana terbukti keterlibatan pelajar dalam sukan membantu mereka lebih cerdas dan cergas untuk belajar dengan mood yang ceria dan selesa.

Pembudayaan sukan perlu dimulakan pada peringkat sekolah kerana ia adalah satu titik tolak kepada pelajar dalam mengaktifkan diri dalam sukan sama ada secara riadah mahupun serius. Malah usaha pendidik dalam mendorong pelajar kearah keterlibatan dalam sukan perlulah secara meyeluruh tanpa menyisihkan pelajar yang tidak berkemahiran sukan mahupun pelajar yang berpotensi dalam sukan secara adil.

Kajian ini dapat memberikan implikasi kepada pendidik-pendidik khususnya guru-guru sukan agar melihat pelajar PCA ini sebagai kelebihan yang perlu ditonjolkan dalam sukan dan permainan. Hal ini kerana, kelebihan kognitif mereka boleh diterjemahkan dalam strategi permainan. Selain itu, ia boleh menukar anggapan mereka tentang keseronokan bersukan bukan semata-mata pada kemahiran individu malah melibatkan intergrasi dan kesihatan mental yang baik. Pelajar dapat pengalaman melalui proses komunikasi dan aspek bekerjasama sesama mereka. Ini menyumbang kepada sifat kemuafakatan yang perlu dididik dan dibentuk pada peringkat awal usia pelajar. Sifat-sifat positif ini perlu menjadi sebahagian daripada identiti pelajar PCA. Oleh yang demikian, memupuk sikap mereka terhadap sukan perlulah bermula dengan program sukan yang berbentuk pendidikan agar pengenalan terhadap aktiviti fizikal dan sukan dapat diterapkan untuk melihat sukan sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan. Sikap terhadap sukan perlu dipupuk di awal usia agar pelajar tidak keciciran dalam ilmu kesihatan yang merupakan tunjang dalam kehidupan seharian yang membolehkan pelajar mendapat pendidikan secara berterusan.

Justeru, kajian ini sangat penting dalam memberi panduan dalam mengatur dan merancang program yang seiring dengan fasiliti dan minat pelajar PCA dan kecemerlangan dalam sukan turut menjadi satu fokos utama dalam sistem pendidikan negara.

Artkl 5 SI 1(1)(2018).indd 45 02/01/2019 10:51:18 AM

Page 8: Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan ...journalarticle.ukm.my/14382/1/5.pdf · tahap kecerdasan pelbagai setiap responden dan teknik statistik inferensi digunakan

46 Jurnal Pendidikan Malaysia SI 1(1)(2018)

RUJUKAN

Arbaiyah Md. Zin. 2006. Tinjauan kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar tingkatan empat. Tesis ijazah sarjana pendidikan tidak terbit. UKM: bangi.

Azrina Md. Azhari, Mohd Hasrul Kamarulzaman, Roslina Ahmad Faisal, Nursakinah Mat Hazir, Muhammad Zaim Esrati, Mohd Rafie Lim, Nurul Suzaina Binti Joli & Noriah Ishak. 2017. Tahap Kecergasan Fizikal di Kalangan Pelajar Pintar dan berbakat. E-proceeding of the 6th Global Summit on Education 2017.

Ceci, S.J. & Williams, W.M. 1997. Schooling, intelligence and income. American Psychologist 52: 1051-1058.

Chua, Y.P., Aribah Ishak, Nor Asmadi Yaacob, Haslina Said, Eng Pee, L. & Zulkifli Abdul Kadir. 2014. Can multiple intelligence abilities predict world motivation, communication, creativity and management skills of school leaders?. Procedia-Social Behavioral Sciences-WCES 2013, 116(2014): 4870-4974.

Clark, b. 2013. Growing Up Gifted: Developing the Potential of Children at School and at Home. Ed. Ke-8. LA: Person.

Cohen, J. 1988. Statistical Power Analysis for Behavioral Science. New Jersey: Erl baum.

Corey, G & Corey, M.S. 1997. I Never Knew I had a Choice. Ed. Ke-6. USA: brooks/Cole Publishing Company.

Dunn, R. & Dunn, K. 1993. Teaching Secondary Students through Their Individual Learning Styles: Practical Approaches for Grades 7-12. MA: Allyn and bacon.

Egan, K. 2003. Testing what for what? Educational Leadership 61(3): 27-30.

Elanor Ann Tan Lye Neo. 1984. Kajian pencapaian akademik di kalangan para atlit dan bukan atlit di peringkat sijil Rendah Pelajaran. Projek Khas Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Ellen N. Oteng. 2012. A comparative analysis of multiple intelligence theory with relationship to gender and level in selected schools in Ghana. Thesis Dr. Fal, Jabatan Pendidikan: Universiti Cape Cost. ProQuest: US, UMI no: 3536021.

Erozkan, A. 2013. The effect of communication skills and interpersonal problem solving skills on social efficacy. Journal of Educational Sciences: Theory and Practice (13)2, Spring: 739-745.

Franzen, R.J. 1999. Self-perceptions of multiple intelligences among students from a middle school in the Midwest. Tesis EdD. University of South Dakota http://www;ib.umi.com/dissertations/fullcit/9958715. [10 Mei 2004]

Gardner, H. 1983. Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. New York: Basic Books. Ed. Ke-3.

Gardner, H. 1993. Multiple Intelligences: The Theory in Practice. New York: Basic Books.

Gardner, H. 1996. Intelligence Reframed: Multiple Intelligences for 21st Century. New York: Basicbooks.

Gholam-Reza Rahimi. 2011. Sureying of relationship between multiple intelligences and critical thinking of Islamic Azad University managers in 13th region. Interdisciplinary Journal of Contemporary Reseach in Business (3)2: 1093-1110.

Goodland, J. 1984. A Place Called School. McGraw-Hill, New York.

Hafsa Mohamed Makki. 2008. Kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar dan faktor penyumbang bagi domain MyMICA. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hanizah Hamzah, Siti Rahayah Ariffin & Ruhizan Mohd Yasin. 2006. Girl’s over achievement in the mathematics national examination: can type of items be the cause? Journals of Science and Mathematics Education in Southeast Asia 29(2).

Hassan, Muhammad Haniff. 2000. Pandangan Umum Islam Terhadap Kesihatan dan Perubatan. Singapura: Perdaus.

Ibrahim Mohamed Zin & Farah Mukhtar 2010. Hubungan Kecerdasan Pelbagai dan Pencapaian Akademik Guru Pelatih. http://www.ipislam.edu.mmy/index.php (30 Mac 2012).

Ibrahim Mohamed Zin. 2007. Membina dan mengesahkan instrument penaksiran kecerdasan pelbagai. Tesis Ph.D tidak terbit. UKM: bangi.

Ibrahim, S, Karim, N.A, Oon, N.L., Ngah, W.Z.W. 2013. Perceived physical activity barriers to body weight status and sociodemografic factors among malaysia men in Klang Valley. BMC Pub Health 13: 275.

Inhelder, b. & Piaget, J. 1958. The Growth of Logical Thinking from Childhood to Adolescence. New York: Basic Books

Kulik, J.A. 2003. Grouping and tracking. Dlm. Handbook of Gifted Education, disunting oleh Colangelo, N. & Davis, G. Ed. ke-3. MA: Allyn and bacon.

Kumar, Ajay 2008. A study of involvement & participation in physical education activities of boys and girls with respect to science. Doctoral Thesis, C.C.S. University, Meerut.

Mohd Kasyfi Mohd Jailani, Rosseni Din, Siti Rahayah, Muhammad, Norliza, Ida kamalawati & Shah Nizam. 2013. Kecerdasan Pelbagai (MI) dan Gaya pembelajaran (LeS) dalam kalangan Pelajar Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam. RECSTec.

Mohd Razali Abdullah. 1983. Perbandingan prestasi akademik atlit dan bukan atlit di Sekolah Menengah Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Journal Akademik. Maktab Perguruan Kuala Terengganu IX: 39-47.

Mohd Yusoff Man. 1983. Sejauh mana penglibatan murid-murid dalam gerakerja kokurikulum di sekolah mempengaruhi pencapaian akademik. Projek Khas Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Mohd Zuri Ghani. 2006. Sumbangan faktor ciri keluarga, personaliti, sikap dan tekanan terhadap pencapaian pelajar pintar cerdas akademik. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Murad Mohamad Noor. 2005. Revolusi Pendidikan. Syarahan Khas, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Neto, F. & Furnham, A. 2006. Gender differences in self-rated and partner-rated multiple intelligences: A Portuguese replication. The Journal of Psychology 140(6): 59.

Noorzalina Mohd Noor. 2007. Kajian profil kecerdasan pelbagai dan gaya pembelajaran pelajar Maktab Rendah Sains MARA. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Oraib Humoud Ali. 2011. Multiple intelligence of students at Jordanian Universities. Journal of International Education Research 7(4).

P. Iskandar Abdullah. 1999. Penggunaan kemudahan sukan dankaitan dengan sikap terhadap aktiviti sukan oleh guru-gurupelatih. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pallant, J. 2007. A Step By Step Guide to Data Analysis using SPSS: Survival Manual. Edisi ke-3. New South Wales: Ally & bacon.

Artkl 5 SI 1(1)(2018).indd 46 02/01/2019 10:51:18 AM

Page 9: Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan ...journalarticle.ukm.my/14382/1/5.pdf · tahap kecerdasan pelbagai setiap responden dan teknik statistik inferensi digunakan

47Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

Parker, Candace F. 2007. An examination of interrelationship between social demographic factors multiple intelligence among college students. Tesis Dr. Fal, Morgan State Universiti: Proquest LLC, UMI no: 3300827.

Piirto, J. 2007. Talented Children and Adults: Their Development and Education. 3rd ed. Waco, TX: Prufrock Press.

Poon Chong Khim. 2007. Pola kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar pintar cerdas. Tesis ijazah Sarjana Pendidikan tidak terbit. UTM: Skudai.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2002. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Renzulli, J.S. 1998. The three-ring conception of giftedness. Dlm. Nurturing the Gifted and Talents of Primary Grade Students, disunting oleh Baum, S.M. & Maxfield, L.R. Mansfield Center, CT: Creative Learning Press.

Robiah Sidin. 1998. Ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran cemerlang di institusi pengajian tinggi. Dlm. Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan di Institusi Pengajian Tinggi, disunting oleh Siti Rahayah Ariffin & Noriah Mohd Ishak. bangi: Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Kausar Zakaria. 2016. Profail kecerdasan pelbagai, gaya pembelajaran dan kemahiran insaniah pelajar FPI UKM. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Kausar. 2015. Kecerdasan Pelbagai dan kebolehpasaran mahasiswa kursus pengajian Islam. Journal of Education and Social Sciences 2 (Oct).

Siti Rahayah Ariffin, T. Subahan Mohd Merah, Norasmah Othman & Ibrahim Mohamed Zin. 2004. Analisis kecerdasan pelbagai (multiple intelligences) di kalangan pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT). Jurnal Teknologi 41(E): 33-42.

Siti Rahayah Ariffin & Mohd Kashfi Mohd Jailani. 2009. Tinjauan kecerdasan pelbagai dalam kalangan guru pelatih Institut Perguruan di Malaysia. Seminar Pendidikan Serantau ke -4.

Siti Rahayah Ariffin, Noriah Mohd. Ishak, Abdul Ghafur Ahmad, Rohaty Mohd. Majzud, Ramlee Mustapha, Rosadah Abd. Majid, Norshidah Salleh, Ibrahim Md. Zin, Siti fazriah Raja Mohamed & Zarinah Awang. 2005. Ujian Kecerdasan Pelbagai Remaja Malaysia. bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin & Hafsa Mohamed Makk. 2008. Faktor kontribusi kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar remaja. Jurnal Pendidikan 33: 35-46.

Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin, Arbaiyah Md Zin & Nik Noralhuda Nik Mohamed. 2011. Faktor kecerdasan pelbagai dalam pembentukan profil remaja. Malaysian Journal of Learning and Instruction 8: 183-204.

Siti Rahayah Arifin & Mohd Kasyfi Mohd Jailani. 2009. Tinjauan kecerdasan Pelbagai dalam kalangan guru Pelatih Institut Perguruan di Malaysia. Seminar Pendidikan Serantau ke-4.

Snyder, C.R. 2000. Hypothesis: There is Hope. Dlm. Handbook of Hope Theory, Measures and Applications, disunting oleh C.R. Snyder. San Diego: Academic Press.

Stark, Deboral L. 2004. A Comparison of multiple intelligence profiles in college singers and non-singers with implications for teachers of singing. ProQuest, UMI Dissertation Publishing 3127103: ball State University.

Teele, S. 1997. Teele Inventory for Multiple Intelligence (TIMI). Redlands: Sue Teele & Associates.

Toto Tasmara, K.H. 2008. Membudayakan Etos Kerja Islami. Jakarta: Penerbit Gema Insan.TX.

Webb, H. 1969. Professionalization of Attitudes Towards Play among Adoslecent. Aspect of Contemporary Sport Sociology. Chicago. The Athletic Institute.

Wee, E. 2013. Contemporary issues in the teaching of PE in Malaysia. Journal of Physical Activity, Sport and Exercise 1: 17-20.

Zakiah Osman. 2012. Persepsi Pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam shah (POLIMAS) terhadap Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal Pelajar (JTMK POLIMAS. Prosiding http://www.polimas.edu.my/web4/images/inovasi/pg/2024/ZALIAH-OSMAN.pdf [25 Mac 2015].

Wan Rezawana Wan DaudPusat Permata Pintar Negara,UKM bangi,43000 SelangorEmail: [email protected]

Tajul Arifin MuhamadFakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan MalaysiaEmail: [email protected]

Melor Md YunusFakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan MalaysiaEmail: [email protected]

Pengarang untuk surat-menyurat, email: [email protected]

Diserahkan: 15 Ogos 2018Diterima: 27 September 2018

Artkl 5 SI 1(1)(2018).indd 47 02/01/2019 10:51:18 AM

Page 10: Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan ...journalarticle.ukm.my/14382/1/5.pdf · tahap kecerdasan pelbagai setiap responden dan teknik statistik inferensi digunakan

Artkl 5 SI 1(1)(2018).indd 48 02/01/2019 10:51:18 AM