esemen+gimnastik

17
8/8/2019 esemen+gimnastik http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 1/17 1 1.0 Pengenalan Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Sukan ini dimajukan daripada amalan kesihatan dan kecantikan yang digunakan oleh Yunani, termasuklah kemahiran menunggang dan turun dari kuda serta skil prestasi sarkas. Di masa lampau, latihan yang dilakukan di dalam konteks satu gimnasium, satu tempat bagi pendidikan intelektual dan fizikal. Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang teruk. Gimnastik Artistik merupakan salah satu disiplin dalam sukan gimnastik yang memerlukan setiap peserta melakukan rutin pendek dalam lingkungan 30 hingga 90 saat. menggunakan pelbagai peralatan (apparatus). Gimnastik Artisitik merupakan salah satu jenis sukan yang dipersembahkan di hadapan penonton (spectator) yang paling terkenal pada Sukan Olimpik Musim Panas. Sukan ini terbuka kepada umum sama ada lelaki mahupun wanita. Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik , pola gerak edar, pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanunudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti, imbangan, kekuatan,ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik. Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya tahan otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti

Upload: khairul-anuar-ismail

Post on 10-Apr-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 1/17

1

1.0 Pengenalan

Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang

berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan

kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Sukan ini dimajukan

daripada amalan kesihatan dan kecantikan yang digunakan oleh Yunani, termasuklah

kemahiran menunggang dan turun dari kuda serta skil prestasi sarkas. Di masa lampau,

latihan yang dilakukan di dalam konteks satu gimnasium, satu tempat bagi pendidikan

intelektual dan fizikal. Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya

akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai

menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang teruk.

Gimnastik Artistik merupakan salah satu disiplin dalam sukan gimnastik yang

memerlukan setiap peserta melakukan rutin pendek dalam lingkungan 30 hingga 90

saat. menggunakan pelbagai peralatan (apparatus). Gimnastik Artisitik merupakan

salah satu jenis sukan yang dipersembahkan di hadapan penonton (spectator) yang

paling terkenal pada Sukan Olimpik Musim Panas. Sukan ini terbuka kepada umum

sama ada lelaki mahupun wanita.

Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan

untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan

murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola

pendaratan, pola statik , pola gerak edar, pola putaran, pola imbangan dan pola

ayunan. Menurut Borhanunudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan

yang memerlukan fleksibiliti, imbangan, kekuatan,ketangkasan, dan daya tahan otot

yang baik.

Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia

lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran

motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada

kekuatan dan daya tahan otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain

daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan

kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti

Page 2: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 2/17

tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas

kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat

dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih

sukar.

Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:

Pendaratan

Statik

Gerak edar 

Putaran

Hamburan

Ayunan

Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik

artistik, ialah:

Keupayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek

regangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan

imbangan, kemahiran serta melombol.

Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melombol

dalam satu pergerakan.

Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan

yang lebih sukar.

Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan

pergerakan.

Keupayaan untuk menguasai kemahiran supaya keindahan

pergerakan dapat dihasilkan.

Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.

Page 3: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 3/17

2.0 KEMAHIRAN YANG DIPILIH =

DIRIAN TANGAN

Page 4: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 4/17

2.1 Konsep

Dirian tangan adalah satu kedudukan berdiri tegak tetapi secara songsang,

dengan tangan di atas lantai dan kaki di udara. Kedudukan tangan adalah berjauhan

selebar bahu, tetapi terdapat kelainan yang tertentu. Dirian tangan asas mempunyai

kaki yang ditegakkan dengan lutut tiada dibengkokkan, tetapi turut mempunyai kelainan

yang pelbagai. Untuk mempamerkan satu dirian tangan, pelaku memerlukan kekuatan

badan bahagian atas.

Dalam gimnastik, dirian tangan merupakan pergerakan asas, dan perlu dimahiri

agar dapat mempelajari pelbagai kemahiran berasaskannya, kerana sebahagian

kelainan dirian tangan dilakukan pada setiap perkakasan gimnastik, dan banyak

kemahiran menjatuhkan badan melalui kedudukan dirian tangan semasa

pelaksanaannya.

2.2 Kedudukan Pergerakan

Dirian tangan tegak statik yang asas, dengan kaki yang tegak, terdiri daripada lima isi

utama untuk posturnya:

2.21 Lengan terkunci ² Kedua-dua tapak tangan diletak datar di atas lantai dengan

 jarak lebar bahu, dan kedua-dua siku dikunci semasa memeliharakan tangan

yang tegak.

2.22 Kepala terdongak ² Muka bukan menghadapi lantai, tetapi menghadapi terus ke

hadapan seolah-olah ketika berdiri tegak.

2.23 Pinggul cengkung ² Pinggul ditolak melepasi pusat graviti untuk menghalang

tulang belakang daripada melengkung. Jika dilaksanakan ketika berbaring

mendatar di atas lantai, postur ini akan memeliharakan sentuhan antara pelvis

dengan lantai.

2.24 Kaki terkunci ² Kedua-dua lutut dikunci, dengan kaki-kaki tertutup dan tegak.

2.25 Jari kaki runcing ² Kedua-dua kaki dikunci bersama-sama, dengan jari kaki

ditunjuk terus ke atas dan dikekalkan sebagai titik tertinggi

Page 5: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 5/17

  Aktiviti ini adalah salah satu daripada kemahiran asas yang penting di dalam

pembelajaran aktiviti menghambur.

2.3 Butiran Mengajar:

1. Berdiri dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan dan kedua-dua belah tangan

diangkat ke atas. (rajah 4.1)

2. Hayun sebelah kaki ke atas sambil menaikkan kedua-dua belah tangan dan

halakan tapak tangan ke hadapan. (gambar 4.2)

3. Turunkan kaki yang telah dihayunkan tadi dan condongkan badan ke bawah.

(gambar 4.3)

4. Tangan digunakan untuk menyokong di atas tilam sambil kaki belakang dihayun

lurus ke atas dan diikuti oleh kaki lain. (gambar 4.4)

5. Apabila kedua-dua belah kaki telah lurus di atas kepala, peserta hendaklah

mengimbangi badannya dengan baik. (penyokong diperlukan jika pelajar tidak

dapat melakukannya sendiri) (gambar 4.5)

Page 6: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 6/17

2.4 Gambarajah Kemahiran Asas Gimnastik Yang Dipilih. 

Rajah 4.1

Gambar 4.5Gambar 4.4

Rajah 4.3Rajah 4.2

Gambar 4.6

Gambar 4.7: Lakukan dirian tangan tanpabantuan daripada penyokong.

Page 7: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 7/17

y Melakukan dirian dengan bantuan

penyokong.

y Penyokong membantu menyokong kaki

dan bahu.

y Kedudukan penyokong haruslah stabil.

y Melakukan dirian dengan bantuanpenyokong.

y Penyokong membantu menyokong kaki dan

bahu.

y Latihan lejang kuda

y Menghayunkan sebelah kaki sahaja.

2.5 Latihan Ansur Maju

Gambar 4.7

Gambar 4.8

Gambar 4.9

Page 8: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 8/17

3.0 Huraian Analisis Pergerakan

Mengikut Analisis Laban 

Page 9: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 9/17

3.1 Pengenalan

y Rudolf Laban (1879-1958) adalah seorang penari, pereka tari dan ahli teori

pergerakan.

y

Pengalaman beliau dalam bidang tarian adalah sangat luas.y Laban meninggalkan satu warisan penting lebih daripada menari.

y Wawasan luas beliau telah membongkar undang-undang am pergerakan

manusia sebagai apa yang berlaku dalam pekerjaan, permainan, pernyataan,

hubungan-hubungan, dan sebagainya dalam kehidupan harian.

y Laban mempercayai pergerakan itu adalah asas kepada segala kegiatan badan

dan fikiran manusia.

3.2 Pergerakan Laban

y Laban adalah satu sistem dan bahasa untuk pemahaman, pemerhatian,

menggambarkan dan mengambil kira apa jua dalam semua bentuk pergerakan.

y Di dalam teori beliau ini, beliau mempunyai usaha dan bentuk dalam

menyifatkan, mentaksirkan dan mencatatkan pergerakan-pergerakan manusia.

y Pergerakan Laban ini banyak digunakan oleh penari-penari, atlet-atlet, ahli terapi

fizikal dan sesiapa yang ingin meningkatkan, memperbaiki dan menlancarkan

pergerakan mereka.

Page 10: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 10/17

10

3.3 Huraian Analisis Pergerakan Mengikut Analisis Laban

3.31 Pressing

Contoh kemahiran Gimnastik:

Lakuan dekam sebelum hendak melakukan ansur maju bagi Dirian Tangan.

Tubuh : Apa;

Untuk melakukan kemahiran ini, tangan hendaklah dibuka seluas bahu dan tapak

tangan di tekan di atas lantai. Tapak tangan yang ditekan di atas lantai memberi

tekanan dan membantu untuk memberi lonjakan untuk membuat gulingan. Lakuan ini

mempunyai ciri-ciri firm, direct  dan sustained  kerana ia memerlukan kekuatan otottangan. Lakuan ini memerlukan masa.

Ketika melakukan aksi ini, bahagian pertama yang akan terasa adalah tapak

tangan, diikuti dengan tangan, bahu dan kaki.

  µpressing¶  juga boleh terasa pada bahagian badan yang lain seperti bahu, dada,

belakang badan, punggung, lutut, dan tapak kaki, sambungan bukan sahaja

pada ruang yang jauh dari badan tetapi juga yang hamper ke badan.

Selain itu, variasi yang boleh dilakukan adalah dengan menekan serentak

dengan tapak tangan atau bahagian-bahagian badan yang lain dengan pelbagai

arah contohnya, punggung ke hadapan manakala tangan ke belakang.

Kaki boleh menyerap tekanan pada lantai semasa membawa atau menahan

berat badan. Kaki juga boleh ditekan ke atas udara kepada pelbagai arah.

Page 11: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 11/17

11

Aksi menekan/pressing ini boleh digabungkan dengan pelbagai anggota badan

bahagian atas seperti tapak tangan, tangan dan sebagainya.

Pressing boleh dilakukan ketika berdiri, mengangkat, duduk, ataupun baring dan

 juga berjalan.

3.32 Flicking

Contoh kemahiran gimnastik:

Melejang ketika melakukan dirian tangan 

Ruang : Di mana;

Untuk melakukan gerakan ini, kaki dominan akan dihayun dan dinaikkan ke atas

diikuti oleh kaki lain. Gerakan ini dilakukan dengan perlahan dan secara spontan untuk

mendapatkan lonjakan. Ia juga memerlukan kelenturan.

Aksi ini mula terasa pada bahagian tangan tapi tidaklah terlalu terasa. Ia terjadi

apabila berlakunya putaran pada pergelangan tangan dan jari dengan cepat.

Ianya sama seperti membuang habuk pada baju.

Pergerakan lentik/flicking ini boleh dilakukan dengan bahu, kepala dan kaki.

Pergerakan ini boleh juga dilakukan dengan bahagian badan yang lain seperti

bahu, siku, punggung, lutut dan kaki. Ianya bukan sahaja pergerakan yang

bergerak jauh dari badan pada tetapi juga sebaliknya.

Page 12: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 12/17

12 

Variasi yang boleh dilakukan ialah µflicking¶ serentak dengan dua belah tangan

tetapi dengan arah yang berbeza. Ataupun dengan anggota badan yang lain ke

arah yang berbeza.

Kaki boleh dilentikkan/flicking ke udara ataupun menyentuh lantai.

Kedua-dua belah kaki boleh dilentikan di udara ketika melompat.

Ianya boleh dilakukan ketika berdiri, melutut, duduk ataupun baring dan boleh

bergerak dari satu posisi kepada yang lain.

Ketika melentik keluar dari sesuatu yang konkrit ataupun menlentik kaki pada

lantai, peralihan kepada satu aksi itu haruslah disokong oleh permukaan objek

tersebut.

3.33 Dabbing

Contoh aktiviti Gimnastik:

Dirian Tangan

Dinamik : Bagaimana;

Tangan dinaikkan secara serentak apabila kaki mencecah lantai.

Pergerakan ini paling mudah terasa pada bahagian tangan dengan pergerakan

yang lembut. Ianya seperti kita sedang mengecat atupun menaip.

Page 13: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 13/17

13 

Dabbing mula terasa pada tangan dalam semua arah kemudian pada tapak kaki

dan kaki. Ianya juga boleh terasa pada bahu dan dengan pergerakan yang cepat

pada kepala.

Dabbing boleh dilakukan dengan tangan pada arah yang pelbagai.

Akan tetapi pergerakan yang sangat berguna ialah dabbing yang melalui badan

ke bahu yang bertentangan.

Bahagian badan lain yang boleh digunakan untuk melakukan dab ini ialah bahu,

siku, dagu, kepala dan lutut.

Bagi melakukan dabbing pula, bahagian badan yang besar seperti punggung,

dada, dan belakang badan.

Dabbing bukan sahaja dilakukan ke arah luar dari badan tetapi juga sebaliknya.

Variasi yang boleh dilakukan adalah melalui dabbing terhadap kedua belah

tangan serentak ke arah yang berbeza ataupun dabbing dengan bahagian badan

yang berbeza.

Kaki boleh di halakan ke arah udara pada arah yang berbeza-beza ataupun

melakukan dabbing ataupun tapping steps, dan ini boleh digabungkan dengan

dabs pada bahagian atas badan.

Dabbing boleh dilakukan ketika duduk, melutut, berdiri, ataupun baring.

Tempoh / masa

  Aspek tempoh atau masa dalam sesuatu pergerakan kerap kali dihubungkan

dengan unsur kelajuan, iaitu cepat atau perlahan. Sesuatu pergerakan itu dilakukan

sama ada secara cepat atau perlahan-lahan. Pergerakan yang dilakukan secara tiba-

tiba biasanya cepat, mengejut, tangkas, pantas dan dilakukan dalam jangka masa yang

singkat. Pergerakan yang bercorak perlahan pula dilakukan bukan sahaja perlahan-

lahan, malah berpanjangan dalam masa yang agak lama.

Bagi lakuan dirian tangan, ianya adalah pergerakan yang bercorak perlahan. Ia

perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak perlu terburu-buru semasa

melakukannya.Ini adalah bagi menjaga kualiti yang terhasil pada akhir lakuan dirian

Page 14: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 14/17

14 

tangan. Lakuan dirian tangan memerlukan ketenangan fikiran dan tumpuan daripada

pelaku, oleh itu iainya mengambil masa yang agak lama agar lakuannya sempurna.

Pemberatan / beban

Kualiti pemberatan atau beban dalam pergerakan merujuk kepada unsur-unsur 

ketegangan dalaman yang membabitkan pergerakan otot. Sesuatu pergerakan boleh

diklafikasikan kepada tangkas (kuat, kukuh dan berat) dan lembut (lemah, longgar dan

longlai). Pergerakan bersifat tangkas adalah kuat, bertenaga dan mempunyai unsur 

daya ketahanan manakala pergerakan bersifat lembut adalah lembut, sensitif dan

lemah dan mengambil masa yang lama.

Bagi perlakuan dirian tangan, ianya menggabungkan sifat tangkas dan lembut.

Hal ini adalah kerana dirian tangan melibatkan pergerakan yang kuat, bertenaga dan

mempunyai unsur ketahanan tetapi dilakukan secara lembut dalam jangka masa yang

tertentu.

Ruang

Sesuatu pergerakan adalah menggunakan ruang, sama ada secara langsung

ataupun tidak langsung. Pergerakan yang menggunakan ruang secara langsung

berbentuk lurus, tajam dan halus manakala pergerakan yang menggunakan ruang

secara tidak langsung pula mempunyai bentuk-bentuk yang fleksibel, beralun dan

lemah lembut.

Perlakuan dirian tangan adalah sejenis pergerakan yang menggunakan ruang

secara tidak langsung. Ia juga melibatkan pergerakan dalam bentuk yang fleksibel

sebagai contoh pada permulaan lakuan dirian tangan, pelaku akan melakukan lakuan

melejang terlebih dahulu kemudian diikuti dengan lakuan mengangkat kedua-dua belah

kaki ke atas, diikuti dengan lakuan mengimbangi berat badan, dan akhirnya jatuhkan

badan dengan memandang pusat badan setelah selesai melakukan dirian tangan.

Page 15: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 15/17

15 

Aliran

Sesuatu pergerakan boleh menjadi bentuk terikat atau bebas. Pergerakan yang

berbentuk terikat biasanya bergerak secara berhati-hati. Maksudnya, pergerakan

tersebut dilakukan secara terkawal. Pergerakan gaya bebas pula mempunyai beberapa

ciri tertentu seperti gerak-geri yang lancar, menerkam, tangkas dan tidak terkongkong.

Perlakuan dirian tangan adalah pergerakan yang berbentuk terikat. Hal ini adalah

kerana pergerakannya dilakukan secara berhati-hati.

Perkaitan : Dengan siapa dan apa;

Perlakuan dirian tangan boleh dilakukan secara individu atau pun secara

berpasangan dengan rakan yang berperanan sebagai penyokong dan membantu

membetulkan teknik pelaku semasa melakukannya. Ianya tidak memerlukan alatan

yang spesifik untuk melakukannya, cukuplah sekadar hanya tilam sahaja yang

digunakan sebagai alas kepala supaya tidak mendatangkan kesakitan atau kecederaan

kepada pelaku.

Page 16: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 16/17

16 

REFLEKSI

 Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya

menyiapkan tugasan kerja kursus pendek kemahiran asas gimnastik yang merupakan

salah satu daripada UKJK yang perlu kami hadapi pada masa akan datang. Tugasankerja kursus pendek ini bermula dari 12.3.2010 dan perlu dihantar pada 22.3.2010.

Tugasan ini dijalankan secara individu di mana pensyarah kami iaitu Encik

Rosdaud Bin Ayob telah pun mangagihkan tugasan sehari sebelum tugasan dimulakan.

Saya memilih perlakuan dirian tangan di mana saya perlu mengetahui teknik ± teknik

yang wajib diketahui dalam melakukan perlakuan ini dan menganalisis perlakuan

tersebut mengikut analisis Laban. Saya juga perlu mencari serba sedikit maklumat

mengenai proses perjalanan tugasan kerana terdapat banyak fakta yang belum pernah

saya pelajari sebelum ini.

  Antara perkara baru yang saya perolehi melalui tugasan ini ialah saya dapat

mengenali dengan lebih mendalam teknik ± teknik ansur maju dalam melakukan

perlakuan dirian tangan. Saya juga serba sedikit mengetahui mengenai analisis

pergerakan perlakuan ini melalui analisis Laban dan dapat digunakan untuk

menghadapi UKJK akan datang.

Tambahan lagi, hasil daripada pelaksanaan tugasan ini, terdapat banyak nilai ±

nilai murni yang dapat diterapkan dalam diri kita. Antaranya ialah sikap tolong menolong

antara satu sama lain. Rakan ± rakan saya banyak membantu dalam mencari sumber 

maklumat dan membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, sentiasa menepati

masa dan berdisiplin juga adalah nilai yang terdapat dalam penghasilan tugasan ini.

  Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih atas jasa baik pensyarah

saya iaitu En Rosdaud Bin Ayob kerana banyak membantu dalam penghasilan tugasan

ini dan saya berharap agar hasil yang ada di dalam tugasan ini dapat digunakan pada

masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Page 17: esemen+gimnastik

8/8/2019 esemen+gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/esemengimnastik 17/17

17 

BIBLIOGRAFI

Buku Rujukan

y Saifol Bahary & Hasnul Faizal(2007). Pergerakan Asas dan Pendidikan

Pergerakan.; Kuala Lumpur : Open University (OUM).

y Kementerian Pendidikan Malaysia (2000).Su katan Pelajaran Pendidikan

Jasmani , Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Laman Web

y  http://www.msn.gov.com.my/gimnastik/artistik .

(diakses pada 12 MAC 2010)

y  http://www.moe.gov.edu.my/huraian 

(diakses pada 12 MAC 2010)