esemen pku3143

70
Yusnita Binti Yatim 790202025310 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN BANDAR DARUL AMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN ________________________________________________ __________ PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IJAZAH SARJANA MUDA SEKOLAH RENDAH SEMESTER 8 SESI 2015 PKU 3143 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN KHAS _______________________________________________________ ___ NAMA : YUSNITA BINTI YATIM ANGKA GILIRAN : 2011181360282 NO K/P : 790202-02-5310 TAJUK TUGASAN : PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Upload: ieta-yatim

Post on 29-Sep-2015

78 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

book

TRANSCRIPT

Yusnita Binti Yatim790202025310

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMANBANDAR DARUL AMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN__________________________________________________________PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IJAZAH SARJANA MUDA SEKOLAH RENDAHSEMESTER 8 SESI 2015PKU 3143 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN KHAS__________________________________________________________NAMA:YUSNITA BINTI YATIMANGKA GILIRAN: 2011181360282NO K/P:790202-02-5310TAJUK TUGASAN:PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN KHASKUMPULAN / UNIT:PENDIDIKAN KHAS BERMASALAHPEMBELAJARAN UMUM JUN 2011PENSYARAH :ENCIK SHAMSUL RIZAL BIN KHALILTARIKH SERAHAN: 28 MAC 2015

NAMA : YUSNITA BINTI YATIMK/P : 790202-02-5310ANGKA GILIRAN : 2011181360282NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK WANGKUMP. / UNIT: PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN UMUM JUN 2011

SEKAPUR SIRIH Setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Shamsul Rizal bin Khalil selaku pensyarah pembimbing bagi Pentadbiran dan Pengurusan Dalam Pendidikan Khas (PKU3143). Bimbingan beliau berikan, banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan berkongsi idea secara langsung atau tidak langsung. Akhir sekali terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang sama-sama membantu sehingga tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya.Bahasa itu indah rupanyaNamun, kadangkala tajamnya ibarat pedangMenghiris dan membunuh perasaanJika ujaran di luar kehalusan budi bahasaJika tindakan di luar santun MelayuPasti membunuh jati diri bangsaJusteruSaat indah bahasaku kian luntur Cintaku kepadamu Bahasa MelayukuTak akan terhakis oleh rempuhan globalisasiKerana aku adalah wasilahmuLambang kekuatan warisan zaman AIR SIRAP CAMPUR SELASIH, SEKIAN TERIMA KASIH

PENDAHULUANSejak akhir-akhir ini perbincangan tentang ulama atau guru, peranan dan sumbangnya semakin rancak diperbincangkan. Banyak pihak cuba memberikan definasi ulama, masing-masing mengikut presfektif mereka. Allahyarham Prof Dr Mahmood Saedon,1995. Ulama adalah satu perkataan agung dan mulia dalam Islam, kerana ia difirmankan dan ditujukan oleh Allah kepada orang-orang yang berilmu, dan NabiNya Shallallahu alaihi wassalam pula menyebut orang-orang ini sebagai pewaris para Nabi, pelita dunia dan cahaya akhirat. YB Pehin Datu Seri Maharaja Dao Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Abdul Aziz bin Juned, 2005Kalau mengikut bahasa ulama bererti orang yang berilmu dan sering kali juga dipanggil guru, mereka ini mustahak diberi peluang dan terlibat langsung dalam pengurusan pendidikan. Jika dikatakan orang yang berilmu bererti seseorang itu memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang, manakala menurut presfektif islam mengikut Ibnu Masud Radhiallahu anhu katanya: Maksudnya:Ilmu bukanlah dengan banyak hadith atau cakap, tetapi ilmu itu membawa takut kepada Allah. Dr. Ahmad dalam az-Zuhd,185

PENGERTIAN GURUMenurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh .( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s; 5 ).Guru adalah merupakan sumber kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya agen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluruhan peribadi, adalah merupakan criteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh yang berkesan.Guru atau pendidik ialah . , atau ULAMAK. Islam juga memberi penghormatan yang amat tinggi kepada ahli ilmu. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga untuk masyarakat tentang perhubungan, komitmen dan hubungannya dengan hukum Allah. ( Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif Islam: m.s: 4 ) Maksudnya: Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hamba-Nya ialah ulamak ( Surah Fatir, ayat 28 )

SIAPAKAH DIA YANG LAYAK MENJADI GURUSebelum seseorang itu diakui sebagai seorang guru, mereka haruslah di akui mempunyai pengetahuan atau kemahiran dalam bidang yang diceburinya itu. Pengetahuan dan kamahiran tersebut boleh mereka perolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam suatu tempoh masa yang panjang. Seseorang bakal guru perlu menerima latihan dalam bidang perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah.Pada asasnya tugas utama guru di sekolah adalah untuk mengajar dan mendidik murid agar menjadi insan yang syumul. Guru juga mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya dan mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apabila guru menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu guru. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010 : m.s:5-6 )Untuk menyempurnakan tanggungjawab pendidikan yang meliputi usaha-usaha pembentukkan peribadi manusia sebagaimana yang dalam falsafah pendidikan juga untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban sebagai seorang guru yang bertanggungjawab maka bakal guru harus mempunyai kelayakan yang cukup dari segi akal fikiran, ilmu pengetahuan, kesihatan tubuh badan, gaya dan rupa, akhlak dan budi pekerti.1. Dari segi akal fikiran:Kelayakan dari segi akal fikiran dan pengetahuan ialah sempurna akal dengan ertikata akil baligh, sihat berfikir, mempunyai ingatan yang waras, pandangan yang jauh, pengetahuan dan pelajaran yang banyak dalam perkara pengajaran dan pendidikan serta gemar membaca buku-buku pengetahuan khususnya buku-buku yang ada hubungannya dengan mata-mata pelajaran yang diajar olehnya.2. Dari segi tubuh badan:Kelayakan dari segi kesihatan badan ialah kesempurnaan anggota dan kesejahteraan pancainderanya, cergas bergerak dan bekerja dan sebaik-baiknya mempunyai rupa yang menarik serta bergaya senantiasa menjaga kebersihan dan kesegaran badan, pandai mengawal pakaian dan kekemasannya, tetapi tidak mesti mempunyai kebolehan-kebolehan yang tertentu dalam lapangan olahraga kecuali jika hendak menjadi guru dalam lapangan.3.Dari segi Akhlak: Kelayakan dari segi akhlak dan budi pekerti ialah berbudi mulia dan tinggi, tidak suka mengeluarkan kata-kata kotor dan membuat perkara-perkara yang luar batas kesopanan, percaya kepada kebolehan sendiri, berjiwa jujur dan ikhlas, tetap pendirian, ceka[ dan tegas ketika membuat sesuatu, bersifat pengasih dan penyayang, luas dada, sanggup menerima keritik dengan tenang, tidak cepat marah, senantiasa meriah dan riah hati, rajin dan tekun menjalani kewajipan, pandai menggalakkan murid-murid atas kebolehan dan kemajuan dalam pelajaran, permainan dan akhlak, samaada galakkan atau pemberangsang itu berupa hadiah-hadiah atau kata-kata ucapan yang boleh menambahkan semangat dan mengembelingkan tenaga yang dinamis mereka. (Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif Islam Guru, m.s: 2-4 )

GURU SEBAGAI PROFESION ATAU KERJAYAKetika negara-negara di dunia begitu sibuk mengatur strategi untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam era wayarles dan globalisasi, kedengaran juga suara-suara sinis yang masih mempersoalkan peranan dan fungsi yang dapat dimainkan oleh insan guru yang dianggap mulia ini. ( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).Martabat profesion keguruan sehingga kini masih dipertikaikan oleh sesetengah pihak dan dalam keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. Ini amat jelas apabila dalam perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang di sandang oleh mereka sebagai satu profesion. Pratte et al. ( 1993 ) dalam karya mereka yang berjudul Teachers, Profesionalisme and Craft menggolongkan guru dalam kategori profesion pekerjaan yang seharusnya dibezakan dengan kumpulan profesion kepakaran yang lain. Berdasarkan hakikat ini, mereka berpendapat apa yang harus dilakukan adalah dengan membandingkan pengetahuan yang wujud dalam profesion yang telah diiktiraf seperti kedoktoran dan perundangan dengan apa yang terdapat dalam profesion pekerjaan. Pandangan seperti ini mungkin dapat membantu kita untuk menerangkan keraguan sesetengah guru mengenai fenomena yang dinyatakan di atas. ( Foo Say Fooi : 2007: m.s: 85 )Sesungguhnya, peranan guru dapat dianggap sebagai angkubah terpenting dalam usaha sesebuah negara mencapai kecemerlangan pendidikannya. Dapatan kajian-kajian terdahulu telah banyak membuktikan bahawa wujud korelasi positif yang tinggi di antara pencapaian akademik pelajar dengan peranan guru di bilik-bilik darjah. Justeru, perhatian yang istimewa wajar diberikan kepada guru-guru kerana sumbangan dan pengaruhnya yang begitu besar terhadap pencapaian pelajar di bilik-bilik darjah, di samping kemampuan mereka membentuk rupa dan wajah generasi masa hadapan sesebuah negara. Malah, usaha proaktif juga perlu dilkukan segera kea rah pencapaian taraf professional dalam kalangan guru di negara ini.( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).Pendapat Liberman, 1956, Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi social yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-3 ).Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu. Berbanding sistem pemudah pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat abad ke-21.Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan. . (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-4)Individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diceburinya . Seseorang yang memiliki kemahiran professional mampu melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak masalah. Bagi seseorang profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Dalam konteks profesion keguruan, guru yang professional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran profesional guru iaitu:

i. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggiii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggiiii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.

Di samping itu sebagai seorang guru yang professional, mereka juga harus mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun. Seorang guru yang professional juga seharusnya berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Guru yang professional juga perlulah menguasai kemahiran untuk menggunakan teknologi maklumat. Ini kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa pelbagai cabaran kepada kerjaya perguruan. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi dan info komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualitiProfesionalisme perguruan seterusnya memerlukan seorang guru berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak. Guru dalam profesion keguruan ini perlu menjadi seorang tokoh yang serba tahu, khususnya setiap aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan. Guru diharapkan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama murid di dalam kelas.Guru juga dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri sewaktu menggunakan isu-isu semasa sebagai bahan kajian dan perbincangan dengan murid. Sewaktu menangani perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. (Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s:6-8 )

CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONALBerdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan bahawa guru yang professional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dan pengetahuan pedagogi serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran.Selaras dengan guru yang profesional: ciri-ciri guru yang berkesan seperti mana berikut: Bersikap professional Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori Kaya dengan ilmu Bertindak atas landasan etika dan tatasusila Bermoral teguh Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa Memastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunuyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri ( bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan dan pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu ). Taat dan setia terhadap perkhidmatannya serta mempertahankan martabat profesionnya Menunjukkan kesetiaan kepada kerjaaan, bebas pendirian dan tidak berbelah bahagi Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Secara keseluruhannya, guru yang berkesan menampilkan ciri-ciri guru yang professional. Sejauh manakah masyarakat menganggap guru sebagai seorang professional? Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru amat penting dalam membawa pelbagai perubahan dan inovasi dalam system pendidikan Negara akibat daripada era perkembangan teknologi yang kian pesat. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 6, 7 & 10 ) PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN-pecahan kepada tiga individu, keluarga dan NegaraMungkin ada orang berkata bahawa tugas guru adalah semata-mata untuk mengajar, mencurah dan memindahkan ilmu pengetahuan. Jika ini peranan seorang guru maka ianya terlalu sempit, ertinya seorang guru tidak menjadi seorang pendidik tetapi hanya seorang pengajar. Sedangkan pendidik bukan sahaja menyampai ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, mengasuh bakat yang baik, mengembangkan bakat tersebut, memberi ilmu pengetahuan dan membentuk ilmu pengetahuan dan membentuk akhlak, menjadikannya seorang yang akan menunaikan kewajipannya sebagai hamba Allah dan dalam masa yang sama sebagai Khalifah Allah di bumi .Guru ialah seorang yang mengajar ilmu pengetahuan yang memberi manfaat, mendidik murid, membentuk budi pekerti dan peribadi agar murid berakhlak mulia, menunjukkan jalan yang benar yang diredhai oleh Allah. Guru menjadi contoh yang berkesan, ikutan yang berpengaruh, membimbing murid-muridnya agar dapat membuat penilaian yang betul mengenai bnuruk dan baik, batil dan haq. Inilah sebabnya guru di dalam Islam bukan hanya menjadi pengajar tetapi pendidik, contoh dan ikutan. Demikian secara ringkas pandangan Islam mengenai guru dan peranannya. ( Peranan Guru dalam Pendidikan menurut perspektif Islam: 23 September 2002: M.s: 2 )Seseorang guru mempunyai peranan yang diharapkan oleh masyarakat dan dalam memainkan peranan ini, guru mempunyai tanggungjawab. Guru diharapkan bukan sahaja setakat mengajar atau memberikan ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak manusia: memberikan contoh yang boleh menjadi ikutan segala lapisan masyarakat: membawa pandangan-pandangan baharu yang boleh membawa kepada perubahan dan kemajuan atau dengan lain perkataan menjadi agen perubahan.Oleh sebab pentingnya tugas guru dan besarnya harapan rakyat mereka, maka amatlah perlu penyediaan guru dilakukan dengan teratur dan bersistematik. Ada orang mengatakan bahawa sifat guru itu dilahirkan, bukannya dipelajari. Pendapat ini mengutarakan seolah-olah sifat-sifat guru itu sedia ada semenjak seseorang yang menjadi guru itu dilahirkan dan bukan dipelajari dengan cara-cara yang tertentu. Pendapat ini ada benar dan ada salahnya. Sifat-sifat sahsiah yang sesuai atau sebaliknya untuk menjadi guru yang baik mungkin telah diwarisi tetapi seseorang guru yang berkesan, disamping mempunyai sahsiah yang sesuai sebagai seorang guru, perlu juga mempunyai sikap yang sesuai, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam tentang bidang ilmu pengetahuan yang hendak diajarkannya dan mempunyai pengetahuan tentang murid-murid yang hendak dibimbingnya di dalam pelajaran. ( Atan Long : 1980: M.s: 1-2 )Kaum guru merupakan anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sebuah sekolah tidak kurang pentingnya, malah amat penting dari segi aspirasi dan matlamat sekolah. Antara peranan-peranan guru ialah:1. Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai. 2. Sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan. 3. Sebagai pengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah, menentukan corak penyusunan meja-kerusi dan peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. 4. Sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan ini akan membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka. 5. Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarat. 6. Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada murid. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oeh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa murid. 7. Sebagai pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi.8. Sebagai penasihat dalam aktiviti kokorikulum dengan membimbing mereka menjalankan aktiviti sekolah. 9. Sebagai pemeriksa dan penilai seperti memeriksa buku kerja murid , kertas ujian dan peperiksaan, dan berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai prestasi murid serta mengenal pasti kelemahan yang terdapat dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan punca kelemahan yang telah dikenal pasti, guru dapat merancang aktiviti pemulihan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi. 10. Sebagai kerani seperti melakukan kerja-kerja menaip kertas-kertas soalan yang disediakan, merekod markah-markah ujian, mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan, menulis surat kepada ibu bapa dan kerja-kerja kerani yang lain. 11. Sebagai pelajar dengan mengikuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme keguruan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu pengajaran. 12. Sebagai pembantu pentadbir sekolah menjalankan tugas-tugas yang diagihkan oleh Guru Besar. 13. Sebagai pegawai perhubungan di antara Guru Besar dengan murid, dan diantara pihak sekolah dengan ibu bapa. ( Mok Soon Sang : 1993: M.s: 158-159 )Guru akan menstrukturkan pelajaran untuk mencabar persepsi murid, menggalakkan mereka membuat tugasan berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Murid juga digalakkan untuk menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Selain itu, murid digalakkan untuk membuat penemuan melalui sesi soal jawab, dialog atau perbincangan dengan mengemukakan soalan-soalan yang bercapah. Untuk melakukan aktiviti tersebut murid perlu dikawal berdasarkan peruntukan masa yang cukup agar mereka dapat membuat perkaitan idea-idea yang telah dijanakan. Akhirnya guru perlu mengetahui cara melaksanakan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan dan membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang tepat. ( Mohd Yusof Abdullah et al : 2009: M.s: 18 ) Peranan dan fungsi guru ini dilihat begitu penting dan mampu membangunkan anak-anak bangsa sebaris dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Oleh itu, profesion keguruan di semua negara tidak harus ketinggalan di belakang dan menjadi obsolete dalam membantu negara mengejar arus pembangunan. (Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s: 153-154 ).Bidang perguruan merupakan bidang yang unik kerana ia membawa pengertian moral. Guru seharusnya memainkan peranan sebagai ejen moral di sekolah. Dengan demikian, kewajipan mereka bukan sekadar menyampaikan pengetahuan agar pelajar mereka lulus peperiksaan dengan cemerlang. Tugas mereka adalah untuk mendidik kanak-kanak dan membantu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Tugas mendidik menuntut agar guru-guru mementingkan perkembangan pelajar secara holistic. Domain yang diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuk komunikasi, kognitif, afektif dan social. Elemen-elemen pengetahuan yang perlu diterapkan dalam kurikulum di sekolah pula adalah pelbagai seperti pengetahuan kandungan, pengetahuan penyelesaian masalah , pengetahuan epistemic, dan pengetahuan inkuiri. Guru yang dianggap sebagai fasilitator telah diamanahkan untuk memastikan semua perkara ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Hakikat ini membawa implikasi bahjawa keupayaan dan kebolehan intelektual guru semasa menjalankan tugas mereka merupakan factor penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. ( Foo Say Fooi: 2007: m.s: 100 )Sesungguhnya para guru berkhidmat kepada seluruh manusia. Mereka meninggalkan bekas mereka di setiap lingkungan yang mereka terjuni. Sebagaimana pengaruh mereka terhadap kehidupan masa depan beberapa orang yang akan terus berlangsung bersama orang orang tersebut bertahun-tahun bahkan boleh menjadi hayat dikandung badan. Para guru itu berperanan besar dalam mencetak kehidupan setiap orang yang pernah mengecap bangku sekolah.Alangkah tinggi derajat yang digapai oleh seorang guru, hingga Allah Subhanahu Wataala berselawat kepadanya, begitu juga Malaikat-malaikat yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka. ( Dr. Muhammad Abdullah Ad-Duweisy: 2008: M.s: 9 & 11 )GURU SEBAGAI PEMIMPIN buku jejak2 MS 103 Metodologi KepimpinanYang kita maksudkan dengan kepimpinan ialah bagaimana seseorang itu berjaya diterima oleh orang lain untuk memimpin, dengan kelebihan yang ada padanya itu sehingga ianya dijadikan ketua yang boleh mempengaruhi orang yang dipimpinnya sehingga orang yang mengikutnya melakukan sesuatu mengikut arahan dan kehendaknya.Rasulullah ialah pemimpin umat Islam dalam erti kata umat Islam mengakui Baginda sebagai Nabi, Rasul yang memimpin mereka di mana arahan dan perintah Baginda dipatuhi dan dihormati, golongan yang dipimpin oleh Baginda iaitu orang-orang yang mengakui kenabian dan kerasulan Baginda atau golongan mukmin. Matlamat daripada adanya kepimpinan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam ini iaitu kepimpinan Islam ialah keredhaan Allah Subhanahu Watala.Secara umumnya pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan. Sesetengah orang menganggap pemimpin itu seseorang yang agung dan mendorong pengikut untuk bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan sebagai pengarah, pendorong dan pemikir.( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 205 ). Pada abad ini, peranan guru sebagai pemimpin dalam pendidikan amat ketara kerana pengaruh mereka tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Mereka ingin menyumbang kepakaran mengajar kepada golongan pelajar yang lebih luas, diluar ruang lingkungan pelajar yang diajar oleh mereka. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 109 )Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut. Pemimpin juga mempengaruhi pelakuan pekerja dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat. Manusia patut digalakkan untuk menanam kigigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Pemimpin patut meletakkan diri di hadapan kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat organisasi. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 207 ).Dalam teori kepimpinan Islam, pemimpin bukan hanya merupakan orang yang dipatuhi arahan dan perintah-Nya tetapi ianya juga merupakan orang yang diikut tingkah laku dan perbuatannya. Ini bermakna bukan setakat qiadah atau pemimpin tetapi ianya juga merupakan qudwah iaitu ikutan dan juga contoh tauladan iaitu uswah. Ini jelas dinyatakan oleh Al-Quran dalam beberapa ayat dan hadith yang memerintahkan kita taat dan patuh untuk melaksanakan perintah dan arahan Baginda Rasulullah, tidak mencabul tegahan Baginda, lebih jauh daripada itu hendaklah kita menjadikan Baginda sebagai qudwan dan uswah hasanah.Allah Subhanahu Wataala berfirman maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenfiannya di sisi Allah Subhanahu Watala, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya ( Al-Saff, Ayat 2-3 )Ayat ini dengan jelas dan tegas menyatakan bahawa perkataan hendaklah sesuai dengan perbuatan, perintah, sesuai dengan amalan orang yang mengeluarkan perintah tersebut. Pemimpin hendaklah yakin dan iltizam dengan arahan perintah-Nya, pertindihan di antara perkataan dengan tindakan hendaklah serasi. Sikap double standard adalah dikutuk oleh Allah Subhanahu Wataala. Sikap seperti ini jika diamalkan akan menghancurkan kepercayaan terhadap kepimpinan. Dalam ayat yang lain Allah Subhanahu Wataala berfirman maksudnya: Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah Subhanahu Wataala tidaklah kamu berakal ( Al-Baqarah, ayat 44 ).Ayat ini dengan jelas menempelak golongan yang hanya pandai memerintah, mengarah dan memberi nasihat kepada orang lain untuk berbuat kebaikan sedang ianya tidak mengamalkan apa yang dikatakannya itu. Pemimpin menurut Islam seorang pemimpin itu hendaklah iltizam dan mengamalkan apa yang diteori ,diarah dan dikatakannnya terlebihn dahulu.Selain apa yang telah disebutkan di atas, seseorang pemimpin itu hendaklah bersifat dengan sifat terpuji seperti sabar, tegas, berani, dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, tawaduk, wara, berilmu, berkeupayaan, amanah, adil, mengutamakan kepentingan orang yang dipimpin, jujur, ikhlas pemurah tetapi tidak boros sentiasa berusaha untuk mempertajamkan bakat pimpinannya, mengamalkan prinsip syura, senantiasa berfikir dan berusaha kearah yang lebih baik dan sempurna, tidak kasih kepada dunia, dan menjadikan keredhaan Allah Subhanahu Wataala sebagai matlamat kepimpinannya. Dalam masa yang sama hendaklah meninggalkan sifat-sifat yang negatif. ( Jejak-jejak: 2003: m.s.103 104 )

KONSEP PENGURUSAN DAN PENTADBIRANPendidikan merupakan satu wadah utama untuk pembangunan sesebuah negara. Pendidikan yang baik ialah pendidikan untuk semua dan merangkumi segala aspek yang diperlukan oleh setiap murid mengikut perbezaan murid. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendidikan adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai juga perlu disediakan.Di Malaysia, pendidikan khas telah mendapat perhatian semua pihak apabila Akta Pendidikan 1996 menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik, iaitu; Jika dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan.Sehubungan dengan itu, pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang cacat fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik atau terencat. Manakala Kementerian Kesihatan pula bertanggungjawab menyaring dan mengenalpasti kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. (Jamila K.A Mohamed, 2006)Jamila K.A Mohamed (2006) menyatakan bahawa pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997), program pendidikan khas bererti suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran. Selain itu, program pendidikan khas juga diertikan sebagai suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran dan program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa. (Jamila K.A Mohamed, 2006).Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada tiga kategori yang utama iaitu Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Ketiga- tiga program ini disediakan dari peringkat prasekolah sehinggalah sekolah menengah. Disamping itu, pendidikan teknik dan vokasional juga disediakan untuk ketiga-tiga kategori ini, khususnya bagi masalah pendengaran. Malah pelajar masalah pendengaran yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian mereka di politeknik yang menjalankan program pendidikan secara inklusif.Secara umumnya, masyarakat melabelkan orang yang memerlukan keperluan khas sebagai orang cacat,kurang upaya dan ketidaksempurnaan. Menurut Noriati A.Rashid et al. (2011), kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak istimewa (luar biasa atau tercabar dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi). Kumpulan ini dianggap sebagai istimewa kerana ibu bapa dan guru menumpukan perhatian yang lebih berbanding murid-murid normal. Antaranya murid yang menghadapi penyakit autisme, sindrom down, masalah pembelajaran disleksia, lewat perkembangan cerebral palsy, kecacatan pendengaran dan penglihatan, pintar cerdas, kecelaruan tingkah laku dan lain-lain lagi. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997), murid-murid dengan keperluan khas bermaksud murid-murid yang mempunyai kecacatan samaada penglihatan, pendengaran ataupun masalah pembelajaran. (Jamila K.A Mohamed, 2006)

PERANAN PENTADBIR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI DI SEKOLAH

Mengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan tanggungjawab seorang guru sangat memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid. Menurut Tokoh Guru Peringkat Negeri Kedah, Abdul Rahim Mohd Said (Utusan Online, 2008), beliau menyatakan bahawa setiap guru perlu memberi keutamaan kepada pelajar dan ibu bapa mereka sera tahu apa keperluan pelajar bagi menjadi seorang guru yang baik. Ia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru iaitu Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.Profesion guru merupakan suatu pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. dan banyak hadis Rasulullah S.A.W yang menyarankan umat manusia untuk menjadi pendidik atau penuntut ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain apatah lagi menjadi guru pendidikan khas yang telah berbakti mengajar murid-murid istimewa yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Ini padan dengan tanggungjawab seorang guru Pendidikan Khas yang sering berhadapan dengan cabaran dan rintangan bagi mendidik murid-murid berkerpeluan khas.Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar kerana tugas utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang bermoral tinggi. Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai pengajar hendaklah merancangkan aktiviti pengajaran yang sesuai, alat bantu mengajar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang telah disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru dapat menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang baharu mengikut masalah perlu diwujudkan apabila penambahbaikkan diperlukan. Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan yang kreatif dan kritis untuk menarik minat murid berkeperluan khas dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peranan Guru Pendidikan Khas

PERANAN PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

Pembantu Pengurusan Murid

Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Program Pendidikan Khas

PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS

Pelan tindakan Pendidkan Khas adalah satu pelan khas yang disusun secara teliti untuk mencapai objektif jangka masa yang telah ditetapkan. Jangka masa yang dibuat bergantung kepada keperluan murid PPKI di sekolah berkenaan dan jenis masalah murid hadapi.Pelan tindakan pendidikan khas berasaskan Pelan Pembanguanan Malaysia yang merangkumi bidang-bidang seperti Pengurusan Kehidupan, Akademik Berfungsi, Kerohanian dan Nilai-Nilai Murni serta Sosial, Riadah Dan Kreativiti. Kesemua nilai ini terkandung dalam 11 anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan. Satu Jawatankuasa Perancangan Pelan Tindakan Pendidkan Khas haruslah terdiri daripada guru-guru PPKIBP dan Guru Besar sekolah. Jawatankuasa Perancangan Pelan Tindakan Pendidikan Khas ini perlulah bijak memberi idea untuk aktiviti atau program yang boleh dijadikan hala tuju serta boleh dilaksanakan bagi mencapai matlamat perancangan tersebut. Perancangan Pelan Tindakan Pendidikan Khas adalah ekspektasi daripada guru, ibu bapa dan murid. Melalui perincian Pelan Tindakan Pendidikan Khas, aktiviti atau program dan kaedah serta taktikal boleh ditentukan bagi mencapai matlamat dan objektif yang ditentukan mengikut 11 anjakan.

OBJEKTIF PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS

Meningkatkan kecekapan guru dalam pengurusan dan pengajaran kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Meningkatkan kualiti P&P PPKI Ibu bapa murid akan memperolehi gambaran lebih awal tentang kemahiran-kemahiran yang akan dikuasai oleh anak mereka dalam tempoh persekolahan. Menggalakan guru sentiasa membuat kajian dari masa ke semasa tentang P&P bagi meningkatkan pencapaian murid berkerpeluan khas. Bagi mencapat matlamat yang ditetapkan oleh Pelan Pembangunan Malaysia.

Murid berkerpeluan khas sememangnya memerlukan tumpuan lebih dari biasa.

KEPENTINGAN PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS

Masalah bagi mencapai sesuatu objektif program dapat diatasi kerana Pelan TIndakan telah dirancang. Guru PPKI dapat mengenalpasti kelemahan, kekuatan, cabaran dan peluang terhadap sesuatu pengurusan, P&P serta kemahiran khusus untuk murid PPKI Segala perancangan yang bekaitan dapat dilaksanakan secara tersusun dan sistematik. Memberi peluang kepada guru untuk mengurus sesuatu program atau aktiviti dengan matlamat yang telah ditetapkan.

Oleh itu, Pelan TIndakan Pendidikan Khas perlulah dirangka bagi memastikan terdapat matlamat yang perlu dicapai oleh seorang guru kepada pencapaian murid pendidikan khas mereka. Ini bagi meningkatkan pencapaian mereka dengan lebih berkesan lagi agar murid-murid pendidikan khas dapat ditingkatkan kemahiran mereka dengan berkersan.

11 Anjakan yang terdapat dalam Pelan Pembanguanan Malaysia.

Guru dan pentadbiran sekolah merupakan peranan yang paling utama dalam meningkatkan pencapaian murid berkeperluan khas. Ini kerana kedua pihak ini harus berganding bahu dalam menjayakan setiap program yang dijalankan oleh mereka.Guru pendidikan khas merupakan individu yang paling penting dalam meningkatkan pencapaian murid bekerpeluan khas ini kerena merekalah yang mengajar dan mendidik murid-murid mereka. Guru pendidikan perlu sentiasa meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar dapat meningkatkan keberkersanan sekaligus meningkatkan pencapaian murid pendidikan khas.Walaupun perana guru pendidikan khas itu penting, pihak pentadbiran juga merupakan asset yang besar dalam usaha meningkatkan pencapaian murid pendidikan khas. Ini kerana pihak pentadbiran sekolah lah yang menguruskan peruntukan wang dan meluluskan segala program yang dirancangkan oleh guru-guru pendidikan khas. Dengan sokongan penuh pihak pentadbiran, maka pencapaian murid pendidikan khas dapat di tingkatkan dengan lebih berkesan lagi.Oleh yang demikian, kedua-dua pihak guru dan pentadbiran sekolah perlulah berkerjasama dalam meningkatkan pencapaian murid pendidikan khas agar mereka dapat menjadi insan yang Berjaya seperti insan-insan lain.

Guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan prestasi murid Pendidikan Khas mereka.

PERANAN GURU DAN KEPIMPINAN SEKOLAH DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID-MURID KEPERLUAN KHAS DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KOKURIKULUM.

Sistem pendidikan di negara kita masa kini telah banyak melalui transformasi yang memerlukan komitmen guru yang amat tinggi. Perubahan dan pembaharuan dalam sistempendidikan dilihat sebagai peluang untuk menguji potensi, kemampuan dan cara untuk mengoptimumkan pembangunan individu. Mereka perlu sedar akan kekuatan dan kelemahan diri dan di atas kesedaran itu sanggup meningkatkan keupayaan diri serta bersedia melakukan perubahan mengikut keperluan. Guru bertaraf dunia bukan sahaja merancang strategi pengajaran-pembelajarannya dengan teliti dan sentiasa membuat persediaan untuk membuka peluang kepada pelajar melakukan penerokaan malah merancang pelbagai laluan pembelajaran dengan kemahiran yang tinggi.

Cabaran dalam profesion perguruan masa kini memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Pekerjaan yang penuh cabaran ini menguji kemampuan dan ketabahan dalam menguruskan suatu organisasi dengan bijaksana.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil yang mencabar kemampuan dan ketabahan seseorang dalam pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan dengan muridnya tetapi juga bersama organisasi dan rakan sekerja yang mempunyai pelbagai kepakaran. Pengurusan dalam pendidikan mempunyai satu organisasi yang dibentuk yang mempunyai hala tuju yang mahu dicapai.

Halatuju pula bermaksud penetapan matlamat dan sasaran yang hendak dicapai dalam sesuatu organisasi. Pendidikan khas perlu mempunyai visi, misi dan objektif utama dalam mengurus tadbir sesuatu organisasi. Halatuju merangkumi perancangan pentadbiran, program-program utama, peningkatan kemahiran dan pengetahuan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dan membentuk kepakaran yang beretika.

Cabaran yang dimaksudkan boleh dilihat dalam pelbagai aspek:

Individu dan keluargaDari aspek penglibatan ibu bapa, didapati di Malaysia tahap kesedaran ibu bapa mengenai masa depan anak-anak yang berkeperluan khas masih berada dalam keadaan yang minima. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana terdapat setengah ibu bapa yang beranggapan anak yang istimewa ini tidak layak dan tidak berkeupayaan untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan sempurna. Disebabkan anggapan sedemikian maka wujudlah keciciran murid-murid berkeperluan khas daripada alam persekolahan. Perkara ini terus menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tidak mempunyai kemahiran hidup yang baik dan akhirnya memberi bebanan kembali kepada keluarga masing-masing.

Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai betapa pentingnya memberi pendidikan atau pun kemahiran mengurus diri kepada anak-anak yang istimewa. Faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku disebabkan kurangnya keyakinan akan kebolehan anak-anak istimewa mereka ini. Sebagai contoh, pengajaran amali kemahiran memasak dan menjahit, mungkin boleh menyebabkan timbulnya perasaan risau ibu bapa terhadap anak-anak mereka berada di dapur. Hal ini mungkin disebabkan memikirkan keadaan yang mungkin boleh mengundang bahaya semasa di dapur dan semasa menggunakan jarum untuk menjahit. Disebabkan sikap yang terlalu obses akan perkara negatif inilah menyebabkan mengapa kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia agak ketinggalan.Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak sekolah semata-mata sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka terutama dalam aspek pengurusan diri. Disebabkan itulah terdapat murid-murid yang masih tidak tahu untuk membuang air kecil atau besar di tempat yang sepatutnya iaitu tandas. Perkara ini sedikit sebanyak agak mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya guru sendiri terpaksa membantu menguruskan kanak-kanak tersebut semasa berada di dalam kelas. Segelintir mereka mengharapkan sesuatu yang mustahil dalam masa yang singkat. Keenganan ibu bapa memahami perjalanan pengurusan pendidikan khas menjadikan ianya semakin sukar untuk dilaksanakan. Bagi mereka anak mereka harus diajar seperti murid aliran perdana yang lain. Keghairahan menjadikan anak mereka sama dengan rakan sebaya sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada pengurusan pendidikan khas. Walau bagaimanapun ada sebahagian mereka pula menyerahkan sepenuhnya anak mereka kepada pihak sekolah.

Mereka mengharapkan sepenuhnya kepada guru pendidikan khas mendidik anak mereka dalam segala aspek. Kedua-dua situasi ini menjadi satu cabaran yang besar dalam pendidikan khas. Hal yang demikian kerana tidak ada kesinambungan dan komitmen daripada pihak ibu bapa terhadap pembelajaran anak mereka di luar waktu persekolahan. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan transformasi dalam pendidikan. Terdapat sebahagian ibu bapa merasa rendah diri kerana mempunyai anak yang tidak sempurna dan berasa malu pada ahli keluarga yang lain. Ada sebahagiannya pula mengasingkan diri dari ahli keluarga lain.

Dari aspek individu murid pulaadalah berbeza diantara satu sama lain.Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan.Cabaran utama bagi guru-guru pendidikan khas bagaimana untuk mendapat kepercayaan dari anak-anak istimewa ini. Bukan senang untuk berhadapan dengan mereka kerana setiap orang kanak-kanak istimewa tersebut biasanya mempunyai pelbagai kelainan. Kesediaan anak-anak istimewa ini memasuki alam persekolahan juga dengan cara yang berbeza. Ini dapat dilihat pada faktor kematangan dan kesediaan fizikal berhadapan dengan rakan-rakan baru di sekolah. Besar kemungkinan layanan yang diterima di sekolah tidak sama dengan dirumah. Setiap hari mereka perlu mengikuti peraturan-peraturan sama seperti rakan sebaya mereka.

Guru akan menghadapi berbagai bagai gaya dan karenah daripada murid-murid pendidikan khas ini kerana kebanyakan mereka tidak pernah mengenali alam persekolahan pada peringkat awal. Mereka mahu dilayan sebagaimana ibu bapa mereka melayan mereka di rumah. Guru sebagai pengganti ibu bapa perlu peka kepada keperluan mereka setiap masa. Termasuklah dalam pengurusan emosi dan amalan berdikari. Cabarannya ialah mungkin apa yang diberi oleh guru tidak sama dengan apa yang mereka terima dirumah. Sangat sukar bagi guru berhadapan dengan mereka yang mempunyai kepelbagaian yang pelbagai. Hanya dengan kesabaran dan keperihatinan serta kemampuan memberikan layanan yang baik dalam pelbagai aspek mampu meningkatkan kepercayaan murid terhadap guru pendidikan khas. Kepercayaan dan kasih sayang mereka terhadap guru akan melebihi kepercayaan dan kasih sayang terhadap ibu bapa mereka sekiranya kita dapat menyesuaikan diri dengan kepelbagaian mereka.

Cabaran juga dilihat dalam menguruskan murid-murid pendidikan khas yang berada di dalam kelas inklusif .Kelas inklusif yang berjaya memerlukan guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu bersikap jujur dan terbuka. Perkara yang sering diperkatakan ialah layanan yang diberikan terhadap murid pendidikan khas dan keprihatinan guru dalam membimbing mereka bersama murid biasa. Kita juga melihat peranan yang perlu dipikul oleh guru pendidikan khas semasa menghantar murid mereka ke kelas inklusif. Murid inklusif ini mempunyai potensi untuk cemerlang sama dengan murid biasa tetapi mereka memerlukan lebih bimbingan dan motivasi yang tinggi untk berdaya saing.

Sosial dan persekitaran

Sosial dan persekitaran merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan pendidikan khas. Sikap dan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan murid-murid pendidikan khas merupakan satu lonjakan ilmu yang perlu diterokai bersama. Masyarakat mempunyai pelbagai perbezaan gaya hidup dan kepercayaan. Cabaran yang sangat besar bagi pengurusan pendidikan khas adalah dalam memberikan kesedaran dan membetulkan tanggapan mengenai pendidikan untuk kanak-kanak kelainan upaya. Bukan semua daripada mereka mempunyai kemampuan untuk memenuhi keperluan perbelanjaan sara hidup anak-anak mereka. Malah kebanyakan kanak-kanak kelainan upaya ini datang dari keluarga yang mempunyai kemampuan yang tinggi untuk memberikan kemudahan-kemudahan yang sesuai dengan keperluan. Kita mengharapkan sokongan dan komitmen dari ahli masyarakat dalam menangani masalah tingkah laku dan displin serta penderaan kanak-kanak.Sokongan masyarakat sangat penting bagi meredakan kegundahan hati ibu bapa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran membesarkan anak-anak kurang upaya. Ibu bapa sendiri perlu bersikap terbuka bagi menggalakan masyarakat bersifat penyayang dan prihatin. Hubungan dengan ahli komuniti yang lain perlu dijaga supaya semua orang sekeliling faham mengenai pengurusan anak-anak pendidikan khas. Pengurusan pendidikan khas menghadapi cabaran dalam menerapkan nilai-nilai simpati dan empati dalam kalangan ahli masyarakat atas nama kesedaran dan tangungjawab. Kegiatan-kegiatan kerja amal dalam masyarakat masih lagi kurang mendapat sambutan dan penglibatan dalam badan-badan sukarela hanya dalam kalangan ahli yang terlbat sahaja.

Oleh yang demikian pelbagai kemudahan dalam persekitaran dapat diusahakan bersama . Namun demikian bukan disemua tempat segala kemudahan itu disediakan malah ada segelintir yang menyalahgunakannya. Menerapkan kesedaran dalam kalangan ahli masyarakat mengenai keperluan golongan kelainan upaya bukanlah sesuatu yang mudah. Lontaran pandangan sinis dan serong terhadap golongan ini secara negatifnya akan memberi impak kepada pergaulan kanak-kanak kelainan upaya dalam masyarakat. Kita lihat juga di persekitaran sekolah dimana penerimaan pentadbiran sekolah dalam membuka ruang kepada murid-murid pendidikan khas. Pengintegrasian sesuatu program bukanlah sesuatu yang mudah hendak dilaksanakan. Kesanggupan berkongsi segala kemudahan yang ada dan memberikan keutamaan kepada murid-murid pendidikan khas merupakan antara sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan.

Kebanyakan sekolah lebih berfokus kepada kecemerlangan dan bukan kepada kebajikan kerana ianya membawa kepada impak yang lebih besar. Bukan semua program integrasi mendapat tempat yang selesa dan mempunyai ruang yang cukup bagi menampung keperluan aktiviti mereka. Pentadbir melihat program pendidkan khas ini seolah sekadar menumpang disatu sudut yang lain atau menjadi tempelan sahaja kepada sekolah. Masyaralat sekolah memandang ianya satu program yang bukan menyumbang kepada kecemerlangan dan pembangunan sekolah.

Inilah cabaran yang sangat besar yang perlu dihadapi oleh pengurusan pendidikan khas. Dalam melaksanakan tugasan hakiki dan berdaya saing dengan ahli masyarakat sekolah yang lain maka pengurusan pendidikan khas perlu mempunyai hala tuju supaya program ini akan dipandang sama hebat dengan program lain. Kerjasama dengan badan-badan atau persatuan yang boleh memperjuangkan hak-hak kanak-kanak kelainan upaya sangat memberi impak. Kita semua perlu bersatu menetapkan satu perjuangan yang sama supaya akan timbul kesedaran dalam kalangan mereka bagi menghargai golongan yang kurang bernasib baik. Jabatan-jabatan kerajaan turut memainkan peranan membuka ruang dan menjalankan aktiviti bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab sosial yang perlu ditunaikan berbanding kepentingan peribadi.

Pelbagai aktiviti dan program perlu dirancang bagi membuktikan bahawa pengurusan pendidikan khas boleh berdaya saing dan mempunyai matlamat jangka panjang. Kesedaran dapat dilihat sudah banyak badan-badan sukarela menjalankan aktiviti-aktiviti bersama dan memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

Personel dan Kepakaran

Asas terpenting yang perlu dimiliki dalam sesuatu organisasi pendidikan ialah personel yang terdapat dalam sesuatu organisasi. Personel inilah yang akan membentuk dan menggerakkan sesuatu organisasi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Menurut Greenlaw dan Kohl dalam buku Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan(zaidatol,2003), pengurusan personel merangkumi semua keputusan yang berkaitan dengan sesebuah organisasi. Termasuklah aspek motivasi, melatih dan menyediakan keperluan serta kefungsian personel.

Dalam konteks cabaran dalam pengurusan pendidikan khas, pengurusan sekolah berusaha membentuk personel seorang guru yang mempunyai nilai-nilai etika dan kredibiliti sebagai seorang pendidik. Semua peringkat dalam pengurusan perlu memberikan perhatian dan mengambil berat kebajikan guru dalam memberikan ruang keselesaan. Pengurusan perlu bijak meletakkan guru di tempat yang betul dengan minat dan kepakarannya. Kecekapan sesuatu pengurusan dapat dilihat dengan sumbangan dan kerja buat seorang guru yang mampu melaksanakan tugasan dengan efisyen.

Tugas seorang guru sebagai pengurus kanak-kanak istimewa ini sangat mencabar. Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan meneliti pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap murid pendidikan khas, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Setelah guru perlu mampu memahami serta mengenali setiap jenis murid didalam kelas supaya mereka juga boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. Cabaran yang paling besar bagi guru pendidikan khas ialah bukan sahaja memberikan pendidikan malah memastikan mereka juga boleh melakukan amalan berdikari dalam kehidupan harian mereka. Amat sukar untuk dipastikan sebanyak mana amalan tersebut dipraktikan di rumah dan mempunyai kesinambungan yang berterusan.

Pengurusan pendidikan khas juga perlu membuat perancangan mengurus bagi menentukan keperluan dalam sesuatu organisasi. Ini bermaksud mengetahui bilangan guru yang diperlukan dalam sesuatu organisasi mencukupi dengan keperluan. Kebanyakan program pendidikan khas sering mengalami kekurangan guru. Tenaga pengajar yang tidak cukup akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid khas. Oleh yang demikian lahirlah guru-guru yang dilatih secara segera oleh kementerian termasuklah yang bertukar opsyen. Pengurusan pendidikan khas terpaksa berhadapan dengan tenaga kerja yang kurang berpengetahuan, kurang kepakaran dan tidak mempunyai minat dengan pendidikan khas.

Kewibawaan dan kebolehan guru pendidikan khas pula sering dipertikaikan kerana usaha melahirkan seorang kelainan upaya yang cemerlang sangat sukar dilakukan. Kecemerlangan mereka dinilai oleh prestasi murid pendidikan khas dalam akademik. Guru perlu sentiasa mengubahsuai proses pengajaran dan pembelajaran termasuk kesediaan menggunakan pelbagai alatan pengajaran bagi mencapai objektif pengajaran. Namun demikian masa untuk menghasilkan seorang insan yang cemerlang dalam kalangan kelainan upaya memerlukan masa yang amat panjang. Sikap kebanyakan guru pendidikan khas sendiri yang terlalu mengambil mudah dan tidak menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan tugas. Alasan kerana mengajar pendidikan khas bukanlah satu helah yang baik untuk tidak memberikan kerjasama dalam organisasi sekolah. Inilah satu cabaran dalam pengurusan pendidikan khas kerana keseluruhan organisasi akan dipandang sepi kerana sikap beberapa orang guru yang sedemikian.Begitu sukar meletakan satu-satu kepakaran mengikut minat dan kebolehan guru dalam pengurusan pentadbiran. Kepakaran itu boleh diperolehi dengan usaha latihan dan bacaan, kursus, pembelajaran kendiri. Inidividu guru itu sendiri perlu mengapliksikan kepakaran yang ada bersama organisasi lain atau kepakaran itu tidak boleh dikongsikan dengan orang lain. Ini satu cabaran yang sukar dihadapi kerana ianya bergantung kepada minat dan komitmen guru dalam menjana idea dan perkongsian maklumat.Bekerjasama sebagai satu kumpulan guru-guru biasa dan guru khas merupakan satu himpunan kepakaran dan resos yang boleh digunakan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian murid. Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut akan mengurangkan pergantungan kepada pendekatan pengasingan.

Pengurusan pendidikan khas perlu melahirkan personel yang mempunyai kepakaran dan kualiti kerja yang seimbang dengan penampilan peribadi. Cabaran memupuk hubungan baik dengan dalam satu organisasi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan daya pengeluaran dalam satu kerja berpasukan. Struktur organisasi perlu membina hubungan baik dan menyediakan latihan bagi meningkatkan semangat kerja berpasukan dan mempertingkatkan kepakaran personel.

HALATUJU PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS

Halatuju dalam amalan pendidikan telah jelas dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Khas iaitu satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Halatuju bermaksud menetapkan sasaran, misi, visi dan objektif keseluruhan dalam sesuatu organisasi.

Pengurusan pendidikan khas dalam sesuatu organisasi akan berjaya apabila terdapat komitmen sepenuhnya terhadap kualiti. Pentingnya melaksanakan visi dan misi haruslah seiring dengan kecemerlangan tindakan. Tribus 1994, dalam buku Mengurus Kualiti Di Sekolah(2004), mengatakan matlamat hendaklah tetap dan tidak berubah-berubah setiap hari. Justeru itu hasrat organisasi untuk mempunyai hala tuju yang betul perlu selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi pendidikan untuk berdepan dengan cabaran-cabaran dalam pendidikan. Secara keseluruhannya perbincangan halatuju dalam konteks pengurusan pendidikan khas merangkumi aspek:

Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Khas

Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari,berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara. Visi Pendidikan Khas pula bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada mereka dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Pentadbiran pendidikan khas perlu menyusun atur bidang tugas dengan bijak supaya tidak berlaku pertindihan tugas yang boleh menjejaskan kualiti guru dan keseluruhan organisasi. Pembahagian tugas yang adil dan sentiasa memantau pengurusan kerja serta memberikan khidmat bantu membolehkan seseorang guru itu menjalankan tugas di atas landasan yang betul. Pentadbiran pendidikan khas perlu mempunyai acuan yang tersendiri dengan gaya kepimpinan yang berkesan. Pentadbiran pendidikan khas perlu melihat secara menyeluruh dari aspek pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, pengurusan kewangan dan pentadbiran. Tugas-tugas tersebut harus difahami dan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Pengurusan pendidikan khas perlu mempunyai penetapan perancangan strategik dengan sumber-sumber yang cukup sesuai dengan keupayaan membangunkan organisasi. Hubngan baik dengan rakan sekerja yang bersedia menerima kritikan, idea dan mencari jalan penyelesaian masalah

Personel Dan Kepakaran

Menurut Atan (1991), guru mempunyai tugas yang mulia dan penting kerana di tangan gurulah letaknya rakyat pada masa hadapan. Jika tugas guru itu dijalankan dengan baik, masyarakat beruntung kerana menjadi rakyat yang berguna tetapi jika berlaku sebaliknya, masyarakat akan menanggung kerugian yang besar. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak.Mereka perlu diberi ruang menjalani kehidupan yang bermakna dan mampu menjalani hidup berdikari dalam masyarakat.

Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan.Cikgu Donny Chin (Utusan Online, 2011), menyatakan bahawa mendidik murid kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran kerana setiap setiap daripada mereka memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.

Pentadbir pendidikan khas perlu merupakan seorang yang menjadi pakar rujuk dalam segala aspek. Pengetahuan dan pengalaman adalah gabungan yang boleh memimpin guru-guru lain. Halatuju yang cemerlang memerlukan guru yang mempunyai keperibadian yang unggul, bersikap positif, memiliki ketrampilan pengetahuan dan kemahiran dan beretika. Guru perlu berusaha meningkatkan profesionalisme keguruan supaya kewibaan dan kebolehan mengendalikan murid-murid pendidikan khas tidak boleh dipertikaikan. Justeru itu keupayaan berkomunikasi dan berkolaborasi dengan semua pihak membawa kepada satu budaya kerja cemerlang dan berkualiti.

Guru pendidkan seharusnya berani membuat anjakan minda dan sentiasa membuat pelabagai inovasi dalam pengajaran sebagai tuntutan atas satu usaha yang bersungguh-sungguh. Kepakaran yang dimiliki menjadi amalan dalam pengajaran dan pembelajaran yang membawa kepada kecemerlangan dalam pendidikan khas. Perkongsian ilmu dapat meningkatkan prestasi kerja dan memperbaiki kelemahan diri. Mohd Taib Hj Dora, 2005 dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesioanal(2010), mengatakan seorang guru itu perlu pakar dalam ilmu pengetahuan dan berkualiti untuk meningkatkan profesion perguruan.

Guru pendidikan khas perlu mempunyai pengurusan emosi dan spiritual yang tinggi supaya dapat mengekalkan kualiti dalam perkhidmatan. Ketrampilan diri hendaklah seiring dengan kepercayaan pada diri sendiri dan berteraskan iman yang kuat agar tidak kecundang dengan tewas dengan tanggapan negatif pihak lain. Halatuju guru dalam merealisasikan misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini setiap masa. Disamping itu berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru pendidikan khas perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini.Selain itu juga seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian.

Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. Kedua-dua guru kelas biasa dan guru khas perlu bersedia untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang dipersetujui serta berkesanggupan untuk merancang dan bekerjasama dalam semua aspek aktiviti dan isu. Penting sekali adalah kita tidak boleh mengenepikan, mengabaikan atau mengecilkan pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas ini. Isu isu pengasingan dan pelabelan membangkitkan semangat dan kekuatan untuk bangun berdaya saing.

Murid-murid pendidikan sudah boleh berada dalam kelompok murid-murid biasa dan menjalankan aktiviti kurikulum serta kokurikulum bersama. Program inklusif banyak membantu menjadikan mereka berdaya saing dan berketrampilan setanding dengan rakan sebaya. Justeru itu program inklusif perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya supaya murid-murid pendidikan khas boleh berpeluang membuktikan keupayaan mereka dalam bidang akademik. Guru pendidikan khas harus berusaha dan menunjukkan kepakaran dalam pelbagai bidang supaya kebolehan dan kepakaran itu tidak boleh dipertikaikan.Kajian Haniz Ibrahim (1998) mendapati bahawa guru aliran perdana sekolah rendah dan menengah bersikap negatif terhadap pendidikan inklusif. Penerimaan guru aliran perdana terhadap murid yang belum didiagnosis lebih positif berbanding murid yang sudah dilabel dengan sesuatu masalah.Peranan Ibu bapa dan Masyarakat

Kita melihat perkembangan program pendidikan khas masa kini semakin diterima dengan baik. Sambutan dari pihak ibu bapa sangat menggalakan demi kesedaran dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak istimewa. Akta pendidikan wajib telah memperlihatkan kedudukan kanak-kanak kelainan upaya juga berhak diberi pendidikan yang selayaknya seperti kanak-kanak yang seusia mereka. Bukan mudah bagi pihak ibu bapa menyerahkan anak mereka kepada orang tidak mereka kenali. Guru sentiasa perlu bersedia memberikan harapan dan menunjukkan kecekapan mereka agar kewibawaan mereka dalam mendidik anak-anak kelainan upaya tidak dipandang remeh.

Pihak pengurusan pendidikan khas perlu mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa dan sentiasa berkolaborasi demi kejayaan anak-anak pendidikan khas. Keberkesanan dan pemantapan program sangat memerlukan sokongan daripada institusi keluarga dan masyarakat. Pendapat Sharifah Alwiyah Al Sagoff, 1985 dalam buku Kepimpinan Pendidikan di Malaysia92005), mengatakan sekolah dan keluarga perlu mempunyai aspirasi , nilai dan sikap yang ada kesinambungan antara sekolah dan rumah. Hal ini akan mengeratkan hubungan baik dua pihak dalam mencapai visi pengurusan pendidikan khas. Ibu bapa dan masyarakat juga akan menjadi role model kepada ibu bapa lain dan anak-anak pendidikan khas. Kesediaan ibu bapa dan masyarakat memberi sokongan dalam program-program anjuran sekolah dan penglibatan dalam majlis ilmu seperti seminar ke ibu bapaan membawa kepada hala tuju yang sama.

Kerjasama dengan badan-badan sukarela dan NGO akan membuka ruang dan pemikiran yang lebih luas dan terbuka. Disinilah tempat yang paling sesuai untuk mereka bertukar-tukar pendapat, menjana idea dan memberikan kritikan membina dalam usaha memahami keperluan pendidikan masa kini. Kesedaran dalam kalangan mereka merupakan satu sokongan dan berfungsi sebagai penyumbang dalam kemajuan pendidikan. Persepsi ibu bapa dan masyarakat terhadap pengurusan sekolah perlu berubah mengikut keperluan semasa tanpa menyalahkan mana-mana pihak.Rumusan

Kesimpulannya cabaran dan halatuju pengurusan pendidikan khas perlu seiring. Isu-isu yang dihadapi bukanlah satu halangan dalam mentadbir sesuatu program. Semua pihak perlu bekejasama dan berganding bahu supaya murid-murid pendidikan khas mendapat peluang dan hak yang sama dalam pendidikan. Kecekapan pengurusan sangat bergantung kepada kebijaksanaan mellaksanakan hal-hal yang berkaitan dengan komunikasi dua hala. Pihak-pihak yang terlibat secara langsung seharusnya diberi pendedahan yang sebaiknya mengenai pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas. Dengan adanya kerjasama dan hubungan baik, maka kecemerlangan murid-murid pendidikan khas sudah pasti dapat ditingkatkan.Pendidkan Khas juga mempunyai murid yang mempunyai matlamat mencapai kehidupan bermakna dan berketrampilan dengan didikan golongan guru yang inovatif dan kreatif. Berikan ruang kepada mereka untuk menjadi rakyat yang berpendidikan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Rujukan:

Atan Long.(1991).Isu-isu latihan mengajar:Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Habib,M (2005).,Profilkesediaan guru sekolah menengah terhadappelaksanaan perubahankurikulum.Tesis Ph.D.Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohd Taib.(2010).Asaskepimpinan dan perkembangan profesional.KualaLumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Mohd,A(2008),Mengurus kanak-kanak yang susah belajar.Kuala Lumpur:PTSProfesional Publishing Sdn. Bhd.

Noriati, A (2010),Guru dan cabaran semasa.Shah Alam:Oxford Fajar.

Razhiyah,K (2008),Menjadi guru pendidikan khas,Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Robiah ,S(1994).Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Syed Ismail, Ahmad Subki.(2010).Guru dan cabaran semasa.Kuala Lumpur : Penerbitan Multimedia.

Zaidatol Akmaliah(2003)Pengurusandan kepimpinan pendidikan satu langkah ke hadapan.Universiti Putra Malaysia:Serdang

Zharulnizam,S (2010),Kepimpinan dan pengurusan pendidikan khas.Kuala Lumpur: Utusan Publication.