kkp pjm3107 gimnastik (1)

39
1 1.0 Pengenalan Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Sukan ini dimajukan daripada amalan kesihatan dan kecantikan yang digunakan oleh Yunani, termasuklah kemahiran menunggang dan turun dari kuda serta skil prestasi sarkas. Di masa lampau, latihan yang dilakukan di dalam konteks satu gimnasium, satu tempat bagi pendidikan intelektual dan fizikal. Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang teruk. Gimnastik Artistik merupakan salah satu disiplin dalam sukan gimnastik yang memerlukan setiap peserta melakukan rutin pendek dalam lingkungan 30 hingga 90 saat. menggunakan pelbagai peralatan (apparatus). Gimnastik Artisitik merupakan salah satu jenis sukan yang dipersembahkan di hadapan penonton (spectator) yang paling terkenal pada Sukan Olimpik Musim Panas. Sukan ini terbuka kepada umum sama ada lelaki mahupun wanita. Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik , pola gerak edar, pola putaran, pola

Upload: irwan-nazarudin

Post on 02-Jan-2016

335 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: kkp pjm3107 gimnastik (1)

1

1.0Pengenalan

Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang

berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan

kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Sukan ini dimajukan

daripada amalan kesihatan dan kecantikan yang digunakan oleh Yunani, termasuklah

kemahiran menunggang dan turun dari kuda serta skil prestasi sarkas. Di masa lampau,

latihan yang dilakukan di dalam konteks satu gimnasium, satu tempat bagi pendidikan

intelektual dan fizikal. Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya

akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai

menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang teruk.

Gimnastik Artistik merupakan salah satu disiplin dalam sukan gimnastik yang

memerlukan setiap peserta melakukan rutin pendek dalam lingkungan 30 hingga 90

saat. menggunakan pelbagai peralatan (apparatus). Gimnastik Artisitik merupakan

salah satu jenis sukan yang dipersembahkan di hadapan penonton (spectator) yang

paling terkenal pada Sukan Olimpik Musim Panas. Sukan ini terbuka kepada umum

sama ada lelaki mahupun wanita.

Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan

untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan

murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola

pendaratan, pola statik , pola gerak edar, pola putaran, pola imbangan dan pola

ayunan. Menurut Borhanunudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan

yang memerlukan fleksibiliti, imbangan, kekuatan,ketangkasan, dan daya tahan otot

yang baik.

Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia

lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran

motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada

kekuatan dan daya tahan otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain

daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan

kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti

Page 2: kkp pjm3107 gimnastik (1)

2

tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas

kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat

dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih

sukar.

Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:

1. Pendaratan

2. Statik

3. Gerak edar

4. Putaran

5. Hamburan

6. Ayunan

Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik

artistik ialah:

1. Keupayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek

regangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan

imbangan, kemahiran serta melombol.

2. Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melombol

dalam satu pergerakan.

3. Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan

yang lebih sukar.

4. Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan

pergerakan.

5. Keupayaan untuk menguasai kemahiran supaya keindahan

pergerakan dapat dihasilkan.

6. Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.

Page 3: kkp pjm3107 gimnastik (1)

3

2.0 ASPEK KESELAMATAN

Sebelum melakukan aktiviti.

1. Pastikan alat yang digunakan seperti bangku panjang, peti lombol dan lain-lain

hendaklah selamat dan tidak membahayakan.

2. Pastikan anda dalam keadaan sihat dan cergas.

3. Pakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti.

4. Melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum melakukan aktiviti.

5. Kawasan yang digunakan adalah selamat dan mempunyai keluasan yang

mencukupi.

Semasa melakukan aktiviti

1. Adakan penyokong semasa melakukan aktiviti.

2. Pastikan ada tilam mendarat jika melibatkan lompatan.

3. Lakukan aktiviti di atas lantai atau tilam bersesuaian dengan pergerakan.

4. Pastikan ikut giliran semasa melaksanakan aktiviti.

5. Bina keyakinan diri sebelum melakukan aktiviti.

Selepas melakukan aktiviti

1. Lakukan aktiviti menyejukkan badan untuk mengelakkan kekejangan otot.

2. Simpan peralatan di tempatyang selamat.

Page 4: kkp pjm3107 gimnastik (1)

4

3.0GULING HADAPAN

Peserta dalam kedudukan berdiri, lutut dibengkokkan, tangan diangkat lurus ke

hadapan dan pastikan belakang dalam keadaan tegak. Letakkan kedua-dua tapak

tangan di atas lantai dengan jarak seluas bahu, kemudian jongketkan badan dengan

meluruskan lutut dan menolak ke hadapan dengan pangkal jari-jari kaki. Kepala

ditundukkan ke dada, tangan dibengkokkan dan bahu dibiarkan menyentuh lantai.

Pastikan anda tidak bergolek atas kepala. Tolakkan dari pangkal jari kedua-dua

belah kaki diteruskan sambil mengekalkan kedudukan badan yang berguling ke

hadapan sehingga berdiri atas kaki semula. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau

ke hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan

membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula.

3.1 KESALAHAN-KESALAHAN DALAM GULING HADAPAN

Kepala terlalu rapat dengan jari-jari tangan. Ini akan menyebabkan pergerakan

gulingan terhentak di atas belakang badan.

Berat badan dibiarkan terlalu jauh di hadapan tangan sebelum menundukkan

kepala akan menyebabkan badan terhentak apabila berguling.

Tidak menundukkan kepala juga akan menjadikan badan dalam keadaan lurus

semasa berguling.

Bahu yang diturunkan tidak serentak juga menyebabkan gulingan yang senget.

Berdiri dengan menekankan tangan di lantai atau dengan menyilangkan kaki

merupakan pergerakan yang tidak menyilangkan kaki merupakan pergerakan

yang tidak digalakkan.

Page 5: kkp pjm3107 gimnastik (1)

5

3.2 BUTIRAN MENGAJAR

1. Dari kedudukan duduk, cuba berdiri dengan menjangkaukan kedua-dua belah

tangan ke hadapan.

2. Dari kedudukan duduk pula, berguling ke belakang dan ke hadapan atas

belakang badan, kemudian cuba berdiri tanpa bantuan tangan.

3. Dari kedudukan duduk juga, berguling ke belakang dengan kedua-dua belah

tangan diluruskan ke atas kepala. dari kedudukan ini cuba berdiri dengan

mengayunkan kedua-dua belah tangan dengan keras ke hadapan dan ke bawah.

Penekanan hendaklah diberi di bahagian ayunan tangan di antara kedudukan

atas dan hadapan .

4. Ulangi pergerakan yang sama tetapi ditamatkan dengan melonjak ke udara dan

mendarat serta berdiri tegak.

5. Berdiri, kemudian cuba duduk di atas tilamdengan kedua-dua tangan

menjangkau ke hadapan. Berat badan dikekalkan pada pangkal jari kaki semasa

lutut dan pinggul dibengkokkan . punggung hendaklah diletakkan di atas tilam

seberapa rapat yang mungkin dengan tumit.

6. Berdiri, duduk dan berguling ke belakang dengan kedua-dua kaki tangan lurus di

atas kepala. Lonjak untuk berdiri dengan mengayunkan tangan ke hadapan.

7. Berdiri, mendekam, tundukkan kepala dan guling hadapan kepada kedudukan

duduk. Pergerakan ini dilakukan secara berpasangan atau individu.

8. Berdiri separuh cangkung, lengan lurus ke hadapan dan guling hadapan.

Page 6: kkp pjm3107 gimnastik (1)

6

3.3 KESELAMATAN

i. Pergerakan ansur maju- utamakan dengan permukaan condong sebelum

kemahiran dilakukan.

ii. Permukaan harus dialas dengan tilam.

iii. Penyokong bersedia untuk membantu pelaku.

3.4 ANSUR MAJU GULING HADAPAN

1. Imbangan Dekam

I. Duduk dalam keadaan mencangkung

II. Kaki dibuka sama luas dengan bahu

III. Tangan diletakkan di atas lantai

IV. Bongkokkan badan ke hadapan sehingga kaki terangkat

V. Imbangkan badan menggunakan tangan seberapa lama yang boleh

2. Guling Dari Lombol

I. Meniarap di atas lombol

II. Tangan diletakkan di atas tilam

III. Kepala dirapatkan ke dada

IV. Menyusur turun seperti ular tanpa mengangkat kaki

V. Pastikan badan dalam keadaan bulat semasa turun

3. Golek Kelapa

I. Duduk dalam keadaan mencangkung

II. Dada dirapatkan ke lutut

III. Peluk kaki dengan rapat menggunakan kedua-dua tangan

IV. Jatuhkan badan ke belakang

V. Lakukan gulingan dalam skala separa tanpa henti

VI. Lakukan secara berpasangan dengan pasangan akan membantu

menggulingkan pasangannya

Page 7: kkp pjm3107 gimnastik (1)

7

4. Guling Separa Dengan Silinder

I. Berada dalam keadaan meniarap di atas silinder

II. Muka si pelaku mestilah dirapatkan ke silinder

III. Tangan diletakkan di atas tilam

IV. Penyokong dikehendaki memegang bahu si pelaku dengan satu tangan

dan satu tangan lagi penyokong akan cuba memusingkan silinder dalam

skala separa

5. Gulingan Dengan Menggunakan Silinder

I. Berada dalam keadaan meniarap di atas silinder

II. Muka si pelaku mestilah dirapatkan ke silinder

III. Tangan diletakkan di atas tilam

IV. Penyokong dikehendaki memegang bahu si pelaku dengan satu tangan

dan satu tangan lagi penyokong akan cuba memusingkan silinder dalam

skala penuh

V. Pelaku perlulah melakukan gulingan ke hadapan apabila penyokong

memusingkan silinder

VI. Pastikan badan dalam keadaan bulat semasa mebuat gulingan

6. Gulingan Dari Tempat Tinggi Ke Rendah

I. Tangan diletakkan ditepi telinga

II. Dagu dirapatkan ke dada

III. Letakkan kedua-dua tapak tangan

di atas tilam

IV. Lonjakkan kedua-dua kaki secara serentak

V. Gulingan hendaklah dilakukan dari tempat

tinggi ke rendah

VI. Pastikan badan berada dalam keadaan bulat

semasa membuat gulingan

Page 8: kkp pjm3107 gimnastik (1)

8

7. Gulingan Dengan Sokongan

I. Tangan diletakkan ditepi telinga

II. Dagu dirapatkan ke dada

III. Letakkan kedua-dua tapak tangan di atas tilam

IV. Lonjakkan kedua-dua kaki secara serentak

V. Penyokong perlulah memegang bahu dengan satu tangan

VI. Satu lagi tangan penyokong perlulah memegang kaki si pelaku untuk

membantu si pelaku melakukan gulingan hadapan

VII. Pastikan badan berada dalam keadaan bulat semasa membuat gulingan

8. Gulingan Hadapan

I. Tangan diletakkan ditepi telinga

II. Dagu dirapatkan ke dada

III. Letakkan kedua-dua tapak tangan di atas tilam

IV. Lonjakkan kedua-dua kaki secara serentak

V. Pastikan badan dalam keadaan bulat semasa membuat gulingan

Page 9: kkp pjm3107 gimnastik (1)

9

4.0 DIRIAN KEPALA (head stand)

Dirian kepala, pelaku akan mencangkung di hadapan tilam. Kedua-dua tangan

diletakkan di atas tilam dengan jarak seluas bidang bahu agar berada dalam kedudukan

sokongan hadapan. Pelaku perlu menitikberatkan tapak sokongan. Tapak sokongan

berbentuk segitiga sama. Pelaku akan meletakkan dahinya dan kedua-dua tangan

dengan tapak sokongan yang selesa (segitiga sama). Otot belakang badan, punggung,

lutut dan pergelangan tangan hendaklah dikeraskan semasa kedudukan ini.

Kaki lurus dan dirapatkan, tinggikan punggung dengan merapatkan kedua-dua

kaki secara beransur-ansur menghala ke dahi sehingga kedua tapak kaki terangkat.

Kaki terus diangkat secara perlahan-lahan hingga tegak ke atas. Keseluruhan badan

hendaklah diluruskan seberapa yang boleh walaupun dikekalkan sedikit lengkungan

yang cantik dan asli. Berat badan hendaklah dibahagi sama rata di antara dahi dan

kedua-dua tapak tangan agar tumit kelihatan betul-betul tegak atas bahu.

Mendarat atau menurunkan kaki secara terkawal agar tidak jatuh ke belakang.

Pengawalan ini dapat dibiasakan dengan berlatih dari kedudukan dirian tangan kepada

dirian kepala bersudut atau sebaliknya.

4.1 BUTIRAN MENGAJAR

1. (a) Kepala dan dua tapak tangan membentuk segitiga.

(b) Gunakan bahagian atas kepala.

2. (a) Badan lurus dan tegak semasa mengimbang badan.

(b) Luruskan hujung kaki ke atas.

3. Turunkan perlahan-lahan.

Page 10: kkp pjm3107 gimnastik (1)

10

4.2 KESELAMATAN

1. Gunakan tilam

2. Penyokong bersedia untuk membantu.

3. Gunakan bahagian atas kepala bukan dahi yang menyentuh

tilam.

4.3 ANSUR MAJU DIRIAN KEPALA.

1. Lonjakan Sebelah Kaki.

i. Dengan menggunakan dinding, lakukan gerak kerja dirian kepala dengan

bantuan 2 penyokong yang berada di sisi pelaku. Pelaku berdiri sebelah

kaki di hadapan (kaki yang melonjak) dengan tangan dan dahinya di atas

tilam. Lutut kaki hadapan dibengkokkan sepenuhnya. Satu lonjakan

dilakukan dengan kaki hadapan dan kaki sebelah lagi diayun dari pinggul

ke atas. Penyokong-penyokong memberi bantuan dengan meluruskan

kedudukan kaki dan badan pelaku dengan memegang pinggul pelaku.

Jika pelaku tidak dapat membawa kakinya naik, penyokong-penyokong

boleh membantu dengan menyambut kaki ketika pelaku mengayun

kakinya naik.

ii. Dengan menggunakan seorang penyokong, lakukan gerak kerja dirian

kepala dengan lutut dibengkokkan atau kaki dikangkangkan.

2. Lonjakan Dua Belah Kaki

i. Lakukan dirian kepala dengan menggunakan lonjakan dua belah kaki

secara individu, bantuan dinding dan kemudian tanpa bantuan.

ii. Lakukan dirian kepala dengan keadaan lutut lurus dan jari kaki masih

mencecah lantai dan kaki dilonjak serentak.

3. Berjalan Atas Hujung Jari Kaki

i. Pelaku berada dalam kedudukan dengan lutut yang diluruskan cuba

berjalan di atas hujung jari kaki menghala ke dahi. Lakukan perjalanan ini

sehingga kedua-dua kaki terangkat naik.

Page 11: kkp pjm3107 gimnastik (1)

11

ii. Kawal pergerakan naik ini dengan menggeraskan otot perut, peha dan

lengan. Bawa perlahan-lahan kaki hingga ke kedudukan dirian kepala

bersudut dan kemudian ke dirian kepala.

4.4 TEKNIK DALAM DIRIAN KEPALA

a. Kaki diluruskan dan gerakan dibuat pada hujung jari kaki.tangan pula

menekan kuat ke lantai (tilam).

b. Kepala dan tangan membentuk segitiga sama.

c. Perlakuan dirian kepala bermula dengan memastikan hidung mencecah

lantai.

d. Apabila kaki meninggalkan lantai, kaki dibawa ke kedudukan dirian kepala,

lutut dan badan dirapatkan.

e. Semasa dirian kepala, kaki dan belakang badan diluruskan.

4.5 CARA MENYOKONG DIRIAN KEPALA

a. kedudukan kaki penyokong hendaklah seperti di gambar rajah dibawah

b. Penyokong berdiri rapat berhampiran pelaku dengan lutut dibengkokkan

untuk membantu mengangkat pelaku.

c. Penyokong hendaklah memegang pinggul si pelaku.

Page 12: kkp pjm3107 gimnastik (1)

12

5.0 PUTAR RODA (cart wheel)

Putar roda merupakan salah satu daripada kemahiran asas dalam gimnastik.

Caranya ialah dengan berdiri sisi, kaki mengangkang, tangan mendepa dan

badan dicondongkan menghala arah yang berlawanan dengan arah pergerakan roda

kereta. Jika pergerakan menghala ke kiri, pandang ke bawah ke kiri sisi kiri.

Condongkan badan ke bawah sisi kiri, tangan menyokong di tanah sambil lejangkan

kaki kanan, diikuti oleh kaki kiri dan tanagn kanan menyokong sama di tanah. Jarak

kedua-dua tangan adalah lebih kurang 0.6 meter dan sebaris dengan kedua-dua kaki

tadi.

Apabila berat badan dipindahkan dari tangan kiri ke tangan kanan, satu tolakan

yang kuat dilakukan ari kaki kiri ke tangan kanan, satu tolakan yang kuat dilakukan dari

kaki kiri ketika kaki kiri bebas dihayun ke sisi dan naik ke atas memandu pergerakan.

Berpusing seperti roda sambil badan dikilaskan dan berpusing 90 darjah dengan kaki

dan tangan diluruskan. Siku dibengkokkan sedikit untuk mengawal gegaran dan kaki

dikangkangkan bagi pengawalan imbangan.

Sebaik sahaja kaki kiri bebas, ia diluruskan dan mengikuti jejak kaki kanan.

Badan diluruskan dan kepala dicondongkan kebelakang pelajar melalui kedudukan

dirian tangan dengan kaki kangkang. Perlu diingatkan seperti dalam dirian tangan, dagu

Page 13: kkp pjm3107 gimnastik (1)

13

hendaklah betul-betul tegak dia atas hujung jari tangan dan ibu jari kaki betul diatas

tengkuk.

Apabila berat badan dipindahkan ke atas tangan kanan, satu tolakan dilakukan

oleh tangan kiri dengan kuat. Ketika badan jatuh ke sisi dan pusat graviti melintasi dan

melebihi bahu kanan, tangan kanan akan menolak ke atas dengan kuat. Tolakkan

tangan kanan dan hayunan kaki kanann akan membawa bahagian atas badan naik dan

turun ke bawah. Badan semasa ini akan menunjukkan kedudukan tegak.

Pendaratan pada pangkal jari-jari kaki kanan dengan jarak kira-kira 0.6 meter

dari tangan kanan. Kaki kiri kemudian mengikuti untuk menamatkan pergerakan dalam

keadaan berdiri kangkang. Mendarat juga dilakukan bagi pergerakan putar roda sambil

berpusing 90 darjah, kaki rapat dan menghadap tempat lakuakn permulaan.

Ulang pergerakan ke arah sisi kanan pula, paling penting ialah kedudukan

tangan dan kaki dilantai hendaklah berada dalam satu barisan lurus dari masa

permulaan sehingga tamat pergerakan.

Cara menyokong roda kereta

Page 14: kkp pjm3107 gimnastik (1)

14

6.0 GULING BELAKANG

Guling belakang merupakan salah satu pergerakan yang terdapat dalam acara

gimnastik yang mana pergerakan dimulakan dengan membengkokkan lutut agar paha

selari dengan lantai dan badan dicondongkan ke hadapan serta tangan diangkat lurus

ke hadapan untuk memastikan pusat graviti sentiasa di atas pangkal jari-jari kaki. Ini

membolehkan pelajar dengan mudah dan selesa duduk rapat ke tumit tanpa buntut

terhentak. Pada masa yang sama, dagu dirapatkan ke dada untuk membentuk

belakang badan yang bulat.

Apabila badan mula berguling ke belakang, tangan dibengkokkan sepenuhnya

dengan siku dirapatkan ke sisi badan. Pergelangan tangan dibengkokkan ke tahap

maksimum dan tapak tangan menghala ke atas. Ketika gulingan bergerak ke belakang,

lutut yang bengkok tadi dibuka sedikit dan ditarik dengan cepat ke dada kemudian

gulingan dilakukan di atas bahu, pangkal tengkuk dan belakang kepala.

Ketika berat badan dipindahkan ke tas belakang kepala, pusat graviti akan

melebihi tapak tangan, satu tolakan yang lembut dibuat ke atas dan ke belakang

mengarah gulingan. Pada masa yang sama, kaki ditekan ke lantai seberapa rapat yang

boleh dengan tangan. Pendaratan di atas pangkal jari-jari kaki akan berlaku dengan

kedudukan menyerupai mendekam.

Satu tolakan dari tangan yang kuat dengan lonjakan ke atas dan ke belakang

akan membolehkan pelajar berdiri semula. Kaki yang disentap kea rah tangan serta

tolakan dari tangan akan menyebabkan pusat garaviti berpindah melintas kaki. Ini akan

menyenangkan pelajar untuk melonjak ke udara dan berdiri tegak. Perhatian perlu

ditekankan agar tolakan dari tangan tidak dilakukan terlalu awal, iaitu sebelum pusat

graviti melebihi tangan.

Page 15: kkp pjm3107 gimnastik (1)

15

6.1 BUTIRAN MENGAJAR

1. Mencangkung, lengan lurus ke hadapan.

2. Lutut dilipat ke dada, tangan dibawa awal ke atas bahu.

3. Tolak dengan kuat, kekalkan lutut dilipat.

4. Tolakan diteruskan sehingga mendarat atas pangkal jari-jari kaki.

6.2 ANSUR MAJU GULING BELAKANG

1. Dari kedudukan berdiri, cuba duduk ke belakang di atas tilam tanpa bantuan

tangan dan pastikan buntut tidak terhentak.

2. Berdiri, mendekam, tundukkan kepala ke dada, lonjak naik ke atas dengan

bantuan tangan untuk mendarat berdiri.

3. Duduk berlunjur, lutut diangkat, dibengkokkan dan dirapatkan ke dada, tangan

bengkok sepenuhnya dengan siku rapat ke sisi badan. Pergelangan tangan juga

dibengkokkan agar tapak tangan menadah ke atas Dari kedudukan ini, guling ke

belakang dank e hadapan di atas belakang badan. Perlu diingatkan semasa

kedudukan terbalik, pastikan tapak tangan menyentuh lantai dan siku menghala

ke siling. Dagu ditekan ke dada ketika badan berguling ke belakang.

4. Ulang pergerakan 3, tetapi dengan bantuan penyokong. Penyokong berlutut di

sisi pelajar dan menolak belakang tengkuk pelajar dengan perlahan ketika

gulingnya mencecah bahu bagi membantunya berdiri naik Ulang pergerakan 4,

tetapi tanpa penyokong.

5. Dari kedudukan berdiri kemudian guling belakang.

Page 16: kkp pjm3107 gimnastik (1)

16

6. Dari kedudukan berdiri, guling belakang dengan lutut lurus. Pelajar hendaklah

duduk ke belakang dari pinggul dan badan yang dicondongkan ke hadapan

dengan tangan menjangkau ke hadapan untuk membolehkannya duduk tanpa

terhentak. Lutut dikekalkan lurus sehingga berdiri semula

Page 17: kkp pjm3107 gimnastik (1)

17

7.0 LOMBOL KANGKANG

Pelaku akan membuat larian menuju ke peti lombol dalam kelajuan terkawal dan

melonjak dua belah kaki dengan tangan diluruskan kea rah peti lombol. Tangan

diletakkan lurus di atas peti lombol. Kemudian kaki kangkang seluas yang boleh, lutut

diluruskan dan pergelangan kaki difleksiblekan. Mata sentiasa memandang ke

hadapan. Pelaku hendaklah mendarat menggunakan dua belah kaki yang rapat. Lutut

hendaklah dibengkokkan sedikit semasa mendarat untuk menyerap daya. Pelaku

disarankan tidak membuka tangan terlalu luas ketika di atas peti lombol, kangkang kaki

seluas yang boleh dan kepala tegak dan pandang depan. Komponen kecergasan

seperti kekuatan, daya tahan, ketangkasan, fleksibiliti, kuasa eksplosif dan imbangan

yang baik amat diperlukan

7.1 BUTIRAN MENGAJAR

1. Lari di atas hujung kaki dengan kelajuan terkawal

2. Tangan lurus

3. Kaki kangkang dan lurus

4. Pandang ke depan

5. Bengkokkan lutut sedikit.

7.2 KESELAMATAN

1. Penyokong diperlukan.

2. Tilam digunakan

3. Pandang depan untuk mengelak tersungkur.

Page 18: kkp pjm3107 gimnastik (1)

18

7.3 PENYOKONG

1. Kedua-dua tangan penyokong

memegang bahagian atas tangan

pelaku. Rapat ke peti lombol.

2. Kedudukan kaki penyokong satu

di hadapan dan satu di belakang.

3. Penyokong bergerak ke belakang

semasa pelaku mendarat.

7.4 ANSUR MAJU LOMBOL KANGKANG

1. Secara berpasangan, penyokong

membantu pelaku dengan

memegang tangan pelaku yang

melakukan lompat kangkang

setempat.

2. Letakkan tangan atas peti lombol

dan buat lompatan kaki

kangkang setempat.

3. Lari dan lompat ke atas

peti lombol dengan kedua belah

tangan dan kaki kangkang.

Kemudian lompat dan mendarat.

Penyokong diperlukan

Page 19: kkp pjm3107 gimnastik (1)

19

8.0 KEMAHIRAN PRAKTIKAL

8.1 Kemahiran : Guling Belakang

8.2 Persediaan Fizikal

Tumpuan kepada otot dibahagian tangan dan perut.

1. Push up (15 kali)

2. Spinal rocking (10 kali)

3. Sit up ( 10 kali)

Page 20: kkp pjm3107 gimnastik (1)

20

8.3 Persediaan Teknikal

Bil Gambarajah Pergerakan

1

Dari duduk dengan kaki dibengkokkan longgar dan lengan lurus ke depan, berguling ke belakang dan capai sikap lilin (shoulder stand) dengan cepat tanpa harus dipertahankan lama.

2.

Dari posisi tubuh terlentang dengan kedua kaki terangkat lurus dan kedua tangan di samping telinga, tusukkan kaki ke atas.

3

Berguling ke belakang dengan kaki lurus dan mencuba mencapai posisi handstand untuk bersandar pada matras yang ditumpuk atau dipasang berdiri.

4

*Mendarat dengan

kedua-dua kaki.

*Berdiri tegak semula dengan

sokongan dua kaki.

Page 21: kkp pjm3107 gimnastik (1)

21

Kesilapan yang biasa dilakukan Pembetulan

1. Kaki tidak lurus Persediaan teknikal nombor 2

2. Hayunan yang lemah Persediaan teknikal nombor 3

3. Mendarat tidak kemas Persediaan teknikal nombor 4

8.4 Teknik menyokong oleh jurulatih

Jurulatih berada di sisi gimnas ketika perlakuan guling belakang dengan menyokong

secara memegang bagi membolehkan gulingan dilakukan.

Page 22: kkp pjm3107 gimnastik (1)

22

9.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Halim Md Salleh dan Othman Che Man (2011) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Sdn. Bhd.

Aminudin Yusof, Anuar Din, Enson Din (2003) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 2, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Sdn. Bhd.

Amran Lee Abdullah, P. Sundaralingam ( 2007 ) Siri Pendidikan Jasmani Dan Sukan, Petaling Jaya, Sutrapadu ( M ) Sdn Bhd.

Hajah Noresah Bt. Baharom et. al. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Sdn. Bhd.

Idris Mohamad, Shaharudin Abd Aziz, Zamry Ahmad (2002) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Sdn. Bhd.

P. Y. Ramakrishnan. (1998). Pendidikan Pergerakan Mudah. Shah Alam. Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shamsudin Mohd. Shariff, Mohd Sofian Omar Farzee (2003) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Sdn. Bhd.

Tee Boon Tong. Panduan Gimnastik Artistik, Cetakan Longman M’sia

Wee Eng Hoe. (2005). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam. Karisma Publication Sdn. Bhd.

Buku Panduan Guru, Gimnastik Artistik, Kementerian Pendidikan Malaysia, Cetakan Pertama 1997

Page 23: kkp pjm3107 gimnastik (1)

23

REFLEKSI 1

Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang

berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuataan fizikal, kebolehlenturan (flexibility),

dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Konsep asas

gimnastik terbahagi kepada tiga iaitu kelenturan, imbangan dan koordinasi. Ketiga-tiga

konsep tersebut memainkan peranan yang penting dalam melahirkan ahli gimnastik.

Dalam erti kata lain, ketiga-tiga konsep tersebut merupakan asas penilaian terawal

seseorang individu yang ingin menceburkan diri dalam sukan gimnastik.

Konsep imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang

sama rata dikedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai cirri-ciri

kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Imbangan juga boleh difahami sebagai

kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan

tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan ialah seperti

aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat dan meluncur yang merupakan

antara lakuan memindahkan beban lazim.

Konsep kelenturan (flexibility) ialah keupayaan meregang otot beserta

kebebasan sendi bergerak sepenuhnya. Menurut Safrit & Wood (1995), kelenturan

boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan sesuatu sendi, iaitu pergerakan dari fleksi

ke ekstensi ataupun ekstensi ke fleksi. Fleksi adalah pergerakan membengkok

manakala etstensi pula pergerakan untuk meluruskan. Contoh gerakan ayunan lutut

pada pergerakan berjalan.

Konsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasan

antara mata, tangan, kaki dan badan. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistem dan

organ serta penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu.

Contoh, aktiviti melambung dan menyambut pundi kacang dimana keselarasan mata,

tangan, kaki dan badan perlu untuk melambung dan menyambut pundi kacang tersebut.

Maka ketiga-tiga konsep di atas amat penting dikuasai oleh setiap individu

terutama dalam mempelajari kemahiran gimnastik. Untuk itu konsep-konsep tersebut

perlu dipelajari dan diajar seawal-awalnya bermula dari sekolah rendah lagi.

Page 24: kkp pjm3107 gimnastik (1)

24

Bagi kerja kursus Gimnastik PJM3107 untuk semester 3 ini pelajar telah

diberikan 3 tugasan iaitu Kertas kerja Pengurusan Amali beserta pelan lantainya dalam

tugasan kumpulan, secara berpasangan menghasilkan buku skrap lima pola

pergerakan gimnastik artistik dan refleksi individu. Untuk tugasan pertama ianya

tidaklah terlalu sukar tetapi akan menjadi susah tanpa adanya kerjasama dalam satu

unit. Saya bersyukur kerana mendapat satu unit yang bekerjasama dan bergerak dalam

satu kumpulan. Bermula dari perjumpaan dan perbincangan, persiapan kertas kerja

hingga bermulanya dan berakhirnya amali semuanya berjalan dengan lancar. Apa yang

pasti pengalaman sebagai guru yang biasa terlibat dengan pengurusan pelbagai sukan

dan majlis telah banyak membantu dalam pengurusan amali gimnastik ini. Cuma apa

yang dikesalkan ialah apabila melihat dan merasai sendiri keadaan gimnasium yang

mana bagi pendapat saya tidak terurus dan mempunyai pelbagai kelemahan yang tidak

seharusnya berlaku dan tidak bersesuaian dengan status IPG itu sendiri. Oleh itu

adalah diharapkan keadaan tersebut akan berubah demi keselesaan dan keselamatan

pengguna gimnasium tersebut.

Tugasan kedua pula lebih menjurus kepada membuat buku skrap mengandungi

lima pola pergerakan gimnastik artistik yang meliputi butiran mengajar, ansur maju,

teknik menyokong dan langkah-langkah keselamatan dalam pengajaran dan

pembelajaran gimnastik artistik serta seterusnya menyediakan empat kemahiran

praktikal berdasarkan buku skrap yang dihasilkan. Tugasan ini agak mudah

memandangkan butiran yang diminta mempunyai banyak sumber rujukannya terutama

dari sumber internet dan buku. Namun begitu bagi bahagian penyediaan kemahiran

praktikal dirasakan agak susah memandangkan pertama kali didedahkan mengenai

perkara tersebut. Namun dengan bimbingan pensyarah dan sumber rujukan ianya

Berjaya disiapkan dan diharapkan memenuhi kehendak pensyarah.

Untuk tugasan ketiga iaitu penulisan refleksi, agak sukar juga memandangkan

hendak ditulis sehingga 6 muka surat dan dalam bentuk ilmiah berdasarkan

pengalaman menghasilkan tugasan pertama dan kedua, masalah-masalah dan cara

mengatasinya dan seterusnya mengaitkannya dengan perkembangan individu dari segi

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Page 25: kkp pjm3107 gimnastik (1)

25

Terdapat banyak pengalaman yang diperolehi melalui tugasan yang diberikan.

Yang pertama dari segi pengurusan amali gimnastik. Ilmu-ilmu berkaitan pengurusan

amali yang diperolehi dapat membantu saya dalam mengelolakan amali gimnastik di

sekolah yang mana ianya tidak pernah dibuat dalam bentuk pengelolaan amali. Selain

itu pengelolaan amali bukan sahaja terhad di dalam gimnasium sahaja tetapi di tempat

yang mempunyai ruang yang mencukupi lebih-lebih lagi tidak semua sekolah

mempunyai kemudahan gimnasium. Kekurangan peralatan juga tidak boleh dijadikan

alasan walaupun itulah hakikat yang sebenarnya berlaku di sekolah memandangkan

kos peralatan yang mahal dengan sumber kewangan yang terhad. Untuk itu saya harus

lebih kreatif dan menggunakan peralatan yang sedia ada dan boleh diubahsuai atau

dibuat. Apa yang penting kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran

dapat diperolehi oleh murid.

Tugasan penyediaan buku skrap yang mengandungi lima pola pergerakan

gimnastik artistik merupakan pengalaman yang paling bermakna bagi saya. Dengan

ilmu butiran mengajar, ansur maju, teknik menyokong dan langkah-langkah

keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran gimnastik yang diperolehi secara

teori dan amali amat membantu saya dalam menjalankan P & P di sekolah terutama

dalam sukatan berkaitan gimnastik memandangkan selama ini hanya bersumberkan

buku teks sebagai rujukan. Ini memberikan pengetahuan dan keyakinan kepada saya

dalam mengajar kemahiran berkaitan gimnastik artistik. Secara tidak langsung dapat

membekalkan kepada murid ilmu-ilmu berkaitan gimnastik artistik dan seterusnya

membuka mata dan merubah tanggapan mereka yang mana pendidikan jasmani

hanya sekadar bermain bolasepak sahaja. Apa yang pasti ianya dapat menarik minat

murid dalam mengaplikasikan kemahiran gimnastik dalam kehidupan harian mereka

yang mana agak sukar untuk melihat kanak-kanak zaman sekarang melakukan

kemahiran gimnastik berbanding semasa zaman saya dahulu yang memperolehi

kemahiran tersebut dengan secara tidak formal dimana pada waktu tersebut gimnastik

merupakan sesuatu yang asing dan tidak dipelajari. Dengan harapan juga semoga ada

di antara murid-murid ini bakal menjadi atlit gimnastik pada satu masa nanti dengan

ilmu yang diberikan ini.

Page 26: kkp pjm3107 gimnastik (1)

26

Secara keseluruhannya tugasan yang diberikan ini merupakan pengalaman yang

sangat berharga kepada diri saya dengan pelbagai disiplin ilmu yang diperolehi dan

seterusnya membantu meningkatkan kefahaman saya tentang perkembangan individu

dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dan secara langsung membantu

dalam melahirkan insan yang seimbang dalam semua aspek tersebut. Semoga refleksi

ini dapat memenuhi kehendak proforma tugasan dan pensyarah terlibat.

Disediakan oleh,

……………………………

IRWAN BIN NAZARUDIN

780317-05-5617

UNIT PJK2 SEMESTER 3 PPG KOHORT 2

Page 27: kkp pjm3107 gimnastik (1)

27

REFLEKSI 2

Gimnastik artistik menitikberatkan seni pergerakan tubuh badan, sama ada

dengan menggunakan alatan ataupun tanpa alatan. Bagi menguasai setiap gimnastik,

konsep asas gimnastik perlu dikuasai terlebih dahulu iaitu konsep, imbangan,

kelenturan dan konsep koordinasi. Menerusi perkembangan sukan gimnastik yang

semakin mendapat perhatian masyarakat dunia, pengaplikasiannya dalam bilik darjah

merupakan langkah yang baik bagi mengasah bakat setiap individu pada peringkat

awal khususnya pada kanak-kanak prasekolah.

Sejarah dan perkembangan awal (dunia) bagi sukan gimnastik telah bermula dan

berkembang sejak 2000 tahun dahulu dan sangat berhubung rapat dengan peradaban

manusia. Sejak 2000 tahun dahulu orang-orang Cina telah menggunakan senaman

beramai-ramai bagi tujuan upacara keagamaan. Seratus tahun kemudian, orang-orang

India dan Persia telah mengikutinya. Orang-orang Greek pula telah menamakan

pergerakan ini sebagai gymnastics dan tempat melakukan senaman ini secara beramai-

ramai dikenali sebagai gymnasium. Walaupun perkembangan sukan gimnastik ini tidak

dapat dikesan, tetapi Aristotle, seorang ahli falsafah berbangsa Greek telah menulis

bahawa gimnastik tidak hanya sebagai seni, malahan ia juga merupakan salah satu

bidang ilmu sains iaitu sains kemasyarakatan. Seorang ahli perubatan yang masyhur

dan pengikut Hippocrates, Gelen, telah mencipta teori mengenai gimnastik yang

menunjukkan ia sesuatu gerak kerja yang berpengetahuan dan mempunyai nilai-nilai

yang tinggi dan masih digunakan sehingga sekarang.

Dalam sejarah Malaysia pula, sukan gimnastik telah pun diajar di sekolah-

sekolah dan maktab-maktab perguruan melalui mata pelajar Pendidikan Jasmani sejak

zaman penjajahan lagi, iaitu kira-kira dalam tahun 1900. Murid-murid hanya diajar

senaman lantai, imbangan dan melombol. Pertandingan gimnastik antara sekolah-

sekolah yang pertama telah diadakan pada 24 November 1962 bertempat di Dewan

Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi murid-murid lelaki sahaja. Pertandingan untuk

murid-murid perempuan hanya dapat diadakan pada tahun 1980 sahaja.

Page 28: kkp pjm3107 gimnastik (1)

28

Gimnastik telah mendapat sambutan ramai melalui pertunjukan di perayaan Hari

Kebangsaaan dan temasya sukan sekolah-sekolah setelah Malaysia mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957. Malangnya sehingga kini penyertaan dari negeri-negeri

tidaklah begitu menggalakkan dan boleh dikatakan setiap tahun hanya antara lima

negeri yang mengambil bahagian daripada 14 negeri yang menganggotai Majlis Sukan

Sekolah-Sekolah Malaysia. Negeri-negeri yang aktif dan sering mengambil bahagian

dalam pertandingan-pertandingan gimnastik, khususnya peringkat sekolah-sekolah

terdiri daripada Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Perak dan Negeri

Sembilan.

Sepanjang saya melaksanakan tugasan 1 iaitu membuat kertas kerja

pengurusan amali di mana dalam tugasan tersebut kami diminta mewujudkan satu

jawatankuasa yang lengkap untuk menjalankan satu pengelolaan amali. Sejujurnya,

saya dapat mempelajari dengan lebih jelas tentang pengelolaan amali yang betul dan

hubungan antara rakan dapat dipupuk dengan lebih erat serta boleh bekerjasama

dalam melaksanakan tugasan ini. Manakala, tugasan 2 merupakan membuat buku

skrap secara berpasangan turut memberikan saya ilmu pengetahuan yang lebih mantap

berkaitan pergerakan gimnastik artistik. Oleh yang demikian, sememangnya tugasan ini

telah memberikan pengalaman bermakna dan menambahnilai pengetahuan saya

mengenai gimnastik artistik. Aspek keselamatan serta teknik yang betul dapat

menambah keyakinan dalam diri saya.

Gimnastik pendidikan boleh didefinisikan sebagai satu pendekatan dalam

pendidikan di Malaysia. Gimnastik pendidikan ini hanya memberikan tumpuan kanak-

kanak kepada pembelajaran dan pengajaran yang unik dari beberapa segi iaitu dari

segi gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan seseorang pelajar atau kanak-

kanak. Konsep gimnastik pendidikan dilakukan dengan tujuan yang tertentu adalah

untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam setiap pergerakan. Setiap

pergerakan yang dibuat membolehkan kanak-kanak atau pelajar mempelajari sesuatu

yang baru dalam pelajaran mereka. Selain itu, pendidikan gimnastik juga memberi

peluang untuk melihat pergerakan yang dapat dilakukan oleh murid. Kadang kala,

kanak-kanak tidak pasti dapat melakukan pergerakan-pergerakan yang ditunjukkan

Page 29: kkp pjm3107 gimnastik (1)

29

oleh guru. Tetapi, apabila kanak-kanak itu mencuba aktiviti yang dibuat, guru akan

dapat mengenal pasti kebolehan kanak-kanak dalam gimnastik.

Apabila kanak-kanak dapat melakukan pergerakan yang ditunjukkan oleh guru,

mereka juga dapat menyelesaikan masalah-masalah pergerakan yang bakal dihadapi.

Oleh yang demikian, dari sudut kognitif, afektif dan fizikal iaitu tubuh badan perlu seiring

supaya dapat melakukan sesuatu pergerakan dengan betul. Murid juga perlu mengatasi

rintangan dengan pelbagai cara pergerakan. Antara contoh pergerakan yang dilakukan

oleh murid adalah gulingan badan dari depan ke belakang dengan bertubi-tubi,

bergerak dari setempat ke setempat yang lain, dan melakukan pergerakan dari

setingkat kepada setingkat yang lain. Peralatan yang digunakan dalam gimnastik ini

ialah gelung, tilam, reben peti lombol, bangku essex, pemidang taiping, dan

sebagainya.

Sukan gimnastik dalam pendidikan pada hari ini mampu menyumbangkan

pelbagai manfaat kepada kanak-kanak jika mereka didedahkan kepada sukan ini sejak

awal usia. Sukan ini membuktikan bahawa ianya mampu membantu kanak-kanak

dalam mengembangkan pertumbuhan mereka baik dari segi kognitif dan fizikal.

Gimnastik pendidikan ini mengandungi pembelajaran yang membantu mengembangkan

lokomotor dan teknik keseimbangan dan juga kesedaran ruang. Oleh yang demikian,

kanak-kanak boleh belajar untuk mengimbangkan tubuh badan mereka dan

menggunakan ruangan yang ada di persekitaran mereka untuk bergerak. Selain itu , ia

juga membantu kanak-kanak meningkatkan pengurusan tubuh badan, kawalan tubuh

badan di samping meningkatkan keupayaan teknik lokomotor, bukan lokomotor dan

manipulatif mereka.

Manafaat yang boleh diperolehi daripada sukan gimnastik juga mampu melatih

daya kelenturan, daya kekuatan, daya fleksibiliti, daya ketangkasan dan daya

koordinasi yang mampu menyumbang ke arah kesihatan dan kecergasan kanak-kanak.

Sukan gimnastik ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif kank-kanak dan juga

kebolehan-kebolehan yang afektif dari segi penyelesaian masalah, pergerakan

mekanikal tubuh badan dan estetika. Di samping itu, ia juga dapat menambahkan

Page 30: kkp pjm3107 gimnastik (1)

30

pengalaman belajar kepada kanak-kanak untuk merasai suasana persekitaran yang

berbeza. Sekaligus, nilai disiplin dan patuh kepada arahan dapat diterapkan dalam diri

kanak-kanak. Perkara penting seperti bersikap sabar, tidak mudah patah semangat dan

bekerjasama dapat dipupuk menerusi sukan gimnastik ini.

Seterusnya, kepentingan yang lain ialah gimnastik pendidikan ini membantu

mengembangkan bakat kanak-kanak supaya meminati sukan ini dan membantu bakat

mereka di dalam bidang lain. Sebagai contoh, gimnastik juga membantu kanak-kanak

berkembang dalam bidang tarian dan juga renang. Gimnastik pendidikan ini seelok-

eloknya diterapkan di dalam pendidikan jasmani di prasekolah. Ini kerana, kanak-kanak

yang usia masih muda mempunyai kelenturan badan yang lebih baik berbanding kanak-

kanak yang sudah meningkat usianya.

Dalam menjalankan aktiviti, aspek yang penting diberi perhatian adalah aspek

keselamatan. Terdapat beberapa elemen yang perlu dititikberatkan antaranya

termasuklah dengan mengenalpasti tahap kemampuan dan kecergasan seseorang

murid. Guru sepatutnya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sukan gimnastik

seterusnya dapat mengenal pasti tahap kemampuan anak muridnya untuk melakukan

aktiviti gimnastik seperti gulingan depan dan belakang. Guru tidak boleh memaksa

murid-murid untuk melakukan aktiviti tersebut jika mereka tidak mampu melakukannya

bagi mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku. Tetapi , guru boleh memberikan

ruang dan masa untuk murid melakukan aktiviti ini supaya pembelajaran dapat dikuasai

oleh murid. Tambahan lagi, murid akan berasa seronok dan teruja untuk melakukan

aktiviti tersebut sekiranya mereka mampu melakukannya.

Bagi memastikan aspek keselamatan yang lain adalah kemudahan peralatan

yang sesuai mengikut peringkat umur. Guru perlu menyediakan peralatan yang sesuai

digunakan dan selamat semasa aktiviti sukan gimnastik dijalankan. Dari segi

persekitaran pula, guru perlu menyediakan ruang persekitaran yang sesuai dengan

aktiviti yang akan dijalankan. Selain itu, guru juga hendaklah peka dengan melakukan

penyeliaan terhadap murid-murid dengan memberi arahan dan bimbingan dengan

sebaik mungkin.

Page 31: kkp pjm3107 gimnastik (1)

31

Tugasan yang diberikan sangat membantu saya dalam menambah

pengetahuan berkaitan sukan gimnastik ini dan saya boleh mengaplikasikan teknik dan

kaedah yang betul kepada murid-murid. Pengalaman melakukan sendiri aktiviti

gimnastik, memberikan keyakinan yang tinggi kepada saya untuk memberikan peluang

kepada murid-murid melakukan aktiviti-aktiviti yang sukar dalam gimnastik. Dalam

masa yang sama objektif pelajaran boleh tercapai kerana murid-murid boleh menguasai

teknik yang betul dan membina keyakinan diri yang tinggi. Pada pandangan saya sukan

gimnastik ini sangat perlu diajar dengan teknik yang betul kerana ia boleh

meningkatkan keyakinan diri seseorang dalam melakukan aktiviti seni pergerakan yang

terkawal. Seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara, sukan ini dapat melahirkan

insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ini bertepatan

dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usaha untuk membina

(mewujudkan) keupayaan murid-murid secara perseorangan dengan mengaplikasikan

semua aspek dalam institusi sekolah (pendidikan) yang bermutu.

KAMARUDDIN ABDUL AZIZ

780608065655

PJPK 2 SEMESTER 3 PPG KOHORT 2