sejarah gimnastik

Upload: daudsu

Post on 19-Jul-2015

1.216 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

[GIMNASTIK] PJM 3107 PEMEROLEHAN ILMU 1.0 Sejarah Gimnastik Gimnastik merupakan satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang yang memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Sukan ini dimajukan daripada amalan kesihatan dan kecantikan yang digunakan pada zaman Yunani, termasuklah kemahiran menunggang dan turun dari kuda serta skil prestasi sarkas. Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya jika berlaku kesilapan teknik kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai dan sekiranya terjatuh boleh menyebabkan seseorang atlet itu menghadapi risiko kecederaan yang teruk. Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik , pola gerak edar, pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanunudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti, imbangan, kekuatan,ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik. Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai-ramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah menggunakan senaman beramai-ramai telah mengamalkan senaman ini selepas 100 tahun dari itu Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini di kenali sebagai gimnasium. Ahli falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan saja sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains ke masyarakat.

Hipocrates, Gelen yang terkenal sebagai pelopor bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik. Mereka menyatakan gimastik merupakan gerakan yang mempunyai nilai perubatan. Tamadun Roman telah menggunakan gimastik sebagai latihan fizikal dalam membina sistem kententeraan. Tentera Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera

1

[GIMNASTIK] PJM 3107 menaik dan menurun kuda. Kesannya sehingga sekarang lombo dikenali kekuda lombol. Dalam tahun 493 masihi pemerintahan Theodosius I telah menghapuskan sukan olimpik purba. Kesan peristiwa ini sukan gimnastik mengalami zaman malapnya.

Buku Gymnastics for Youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 telah di terjemah dan di sebarkan keseluruhan negara Eropah. Buku telah mencetus kembali minat terhadap sukan gimnastik. Terdapat dua nama yang terkenal iaitu Pehr Ling dan Jonan Ludwin Jahn pada awal kurun ke 19 dalam sukan gimnastik. Ling telah mencipta gerakan asas dalam pendidikan jasmani sehingga sekarang gerakan asas ini telah diikuti oleh banyak negara. Jahn telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih diguna pakai sehingga kini. Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruhan Eropah sehingga ke Amerika Syarikat pada tahun 1888 persekutuan amatur gimnastik telah ditubuhkan. Pada tahun 1860 skim latihan jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik tentera telah ditubuhkan. Kelab gimnastik atau turnverein merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruhan Eropah sehingga ke Amerika Syarikat Dalam abad ke 18 dan 19 sukan gimnastik telah mendapat sambutan di negara-negara Scandinavia dan Jerman.

Terdapat dua pandangan tentang gimnastik. Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan. Gimnastik Swedish berdasarkan pergerakan berirama. Di negara Eropah yang penduduknya bertutur bahasa Inggeris, gimnastik menjadi komponen dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Dalam sukan Olimpik 1896 acara gimnastik pertama telah dipertandingkan dalam acara lelaki. Selepas tahun 1940 negara seperti Rusia, Jepun, Czechoslovakia dan Jerman Timur telah menguasai keseluruhan acara gimnastik yang dipertandingkan. Negara Rusia yang pertama kali menyertai pertandingan gimnastik dalam kejohanan Olimpik di Helsinki pada tahun 1952.

Rusia telah memenangi lima dari lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara lelaki sementara pasukan wanitanya telah memenangi empat dari enam pingat emas yang dipertandingkan. Dewasa ini sukan gimnastik telah menjadi sukan yang

2

[GIMNASTIK] PJM 3107 penting dalam kalender sukan dunia. Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antara bangsa yang terbesar dalam kalendar persekutuan gimnastik antarabangsa iaitu: a) Sukan Olimpik b) Kejohanan Dunia c) Kejohanan Eropah Sukan Olimpik diadakan empat tahun sekali begitu juga dengan kejohanan gimnastik dunia namun kedua-dua kejohanan tidak dipertandingkan dalam tahun yang sama. Kejohanan Eropah diadakan dalam tahun ganjil. Dalam kejohanan Eropah hanya pergerakan pilihan dalam acara individu sahaja dipertandingkan dan dihadkan penyertaan kepada tiga peserta lelaki dan tiga peserta wanita. Sejarah Gimnastik Di Malaysia Sukan gimnastik ini telah pun diajar di sekolah-sekolah dan di maktab-maktab perguruan melalui pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani sejak zaman penjajah lagi, iaitu pada tahun 1900. Pada zaman tersebut, murid-murid hanya diajar mengenai pergerakan senaman lantai, imbangan dan melombol. Pertandingan gimnastik yang pertama diadakan adalah pada 24 November 1962 di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi murid-murid lelaki sahaja. Manakala pertandingan gimnastik bagi murid-murid perempuan diadakan hanya pada tahun 1980 sahaja. Pada perayaan Hari Kebangsaan dan temasya sukan sekolah-sekolah, sukan gimnastik telah dijadikan sebagai salah satu pertunjukan kepada masyarakat. Oleh yang demikian, sukan gimnastik ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Walaupun begitu, penyertaan gimnastik daripada setiap negeri tetap tidak begitu menggalakkan sehingga kini. Anggaran purata penyertaan tersebut setiap tahun hanya antara lima hingga lapan negeri sahaja yang mengambil bahagian daripada 14 buah negeri yang menganggotai Majlis Sukan Sekolahsekolah Malaysia ( MSSM). Antara negeri yang aktif dan sering mengambil bahagian dalam pertandingan gimnastik ialah Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan.

3

[GIMNASTIK] PJM 3107 2.0 Kemahiran Gimnastik Artistik Khusus Untuk Lelaki Dan Wanita Di Peringkat Antarabangsa LELAKI

Kekuda berpelana

Gelang Roman

Senam lantai

Melombol

Palang sejajar

Palang tunggal

4

[GIMNASTIK] PJM 3107 PEREMPUAN

Senam lantai

Melombol

Palang bertingkat

Batang titian

5

[GIMNASTIK] PJM 3107 3.0 Aksi Usaha Asas Pergerakan Mengikut Analisis Laban Bil 1 Aksi Usaha Pressing (Menekan) Simbol

2

Punching (Menumbuk)

3

Wringing ( Memulas)

4

Slashing ( Memotong)

5

Gliding ( Meluncur)

6

[GIMNASTIK] PJM 3107 6 Dabbing ( Memendap)

7

Floating (Apungan)

8

Flicking (Melibas)

7

[GIMNASTIK] PJM 3107 PENGUASAAN ILMU DAN KEMAHIRAN 4.0 Kemahiran asas gimnastik bagi setiap aksi usaha asas pergerakan Bil. 1. Aksi usaha. Menekan (Pressing) Simbol. Contoh Perlakuan

2.

Menumbuk (Punching)

3.

Memulas (Wringing)

4.

Memotong (Slashing)

8

[GIMNASTIK] PJM 3107

5.

Meluncur (Gliding)

6.

Memendap (Dabbing)

7.

Apungan (Floating)

8.

Melibas (Flicking)

9

[GIMNASTIK] PJM 3107 5.0 Analisis Pergerakan Laban Mengikut Satu Kemahiran Asas Gimnastik Pilihan Kemahiran: Gulingan Hadapan

Bil Aksi usaha 1. Dabbing (

Simbol

Gambar

Penerangan

berdiri tegak dan mengangkat tangan apabila sudah bersedia untuk melakukan kemahiran guling hadapan kaki dirapatkan dan bersedia untuk gulingan

2.

Pressing

tekanan dipindahkan ke dua belah tapak tangan kaki dilonjakkan kehadapan bagi memindahkan beban badan ke hadapan tangan dibuka seluas bahu kepala di rapatkan kedada dan di letakkan diantara kedua belah tangan

10

[GIMNASTIK] PJM 3107 3. Mengilas

4. Flicking

kepala dirapatkan ke dada aktiviti ini memerlukan fleksibiliti pelaku pada bahagian pinggang imbang badan daripada tergolek ke kiri atau kanan berat badan dipindah ke hadapan dan badan akan tergolek kehadapan kaki menolak badan kehadapan pergerakan melibas dilakukan kaki sewaktu gulingan kehadapan

5.

Glide (meluncur)

luncuran berlaku apabila berat dipindahkan kehadapan dan badan bergolek kehadapan badan digulingkan dalam keadaan bulat kepala dirapatkan ke dada untuk mengelakkan kecederaan Selepas melibas dan hasilkan luncuran, kaki yang dilibas akan dirapatkan untuk memotong pergerakan dan memberikan daya kepada pelaku untuk melakukan aksi terapung.

6.

Slashing (memotong)

11

[GIMNASTIK] PJM 3107 7. Floating (terapung)

Kedua-dua tangan dan kaki dibuka semasa aksi usaha apungan. Ini bagi memastikan badan berada dalam keadaan yang stabil Pelaku menggunakan daya luncuran untuk bangun dan badan akan terapung sedikit

8.

Punching (menumbuk) Rapat dan luruskan kaki. Luruskan tangan ke atas. Badan tegak Pada bahagian kaki ,aksi menumbuk ketika langkah menekan, iaitu dengan menghentak kaki.

12

[GIMNASTIK] PJM 3107 6.0 Alat reka cipta atau reka ganti ALAT MEREKAGANTI PENERANGAN Tayar boleh digunakan untuk ansur maju bagi gulingan hadapan. Tayar mesti dibalut dengan kain atau surat khabar bagi mengelakkan kekotoran. Letakkan badan atas tayar. Badan digerakkan ke hadapan perlahan-lahan sambil tangan diletakkan di pemukaan lantai. Dagu dirapatkan ke dalam dan siku

dibengkokkan. Gelongsor ke hadapan dan guling hadapan dilakukan setelah pelaku yakin.

7.0 Butiran mengajar kemahiran asas Kemahiran yang dipilih: Gulingan hadapan 1) Pelaku dikehendaki berdiri tegak dan mengangkat tangan apabila sudah bersedia untuk melakukan kemahiran guling hadapan. 2) Pelaku diminta untuk mencangkung atau duduk dekam. 3) Kedudukan badan hendaklah betul bagi mengelakkan kecederaan. 4) Tangan akan diletakkan di atas lantai dan dibuka seluas bahu sambil jari dihadapkan ke hadapan. 5) Bahagian punggung dinaikkan ke atas sambil dagu dirapatkan ke dada. 6) Pastikan kedudukan punggung dinaikan tinggi daripada bahagian kepala. 7) Bengkokkan siku dan guling ke hadapan sambil dagu dan lutut dirapatkan. 8) Selepas gulingan dilakukan, pendaratan dibuat pada atas kaki dan kedudukan badan dalam keadaan betul, iaitu berdiri tegak

13

[GIMNASTIK] PJM 3107 8.0 Kesalahan sewaktu melakukan gulingan hadapan

Kaki tidak dirapatkan semasa permulaan

Lutut tidak dirapatkan

Kepala tidak dirapatkan ke dada dan boleh mendatangkan kecederaan leher

Bahu senget menjadikan gulingan ke kiri atau ke kanan

14

[GIMNASTIK] PJM 3107 RUJUKAN 1) Amran Lee Abdullah, P. sundaralingam. (2007). Gimnastik Artistik. Petaling Jaya: Sutrapadu (m) Sdn. Bhd. 2) Bimbingan Intesif Sains Sukan (2005). Kualiti Books Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor 3) Teng boon tong. (1989). Panduan Pengajaran Gimnastik Artistik. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd 4) Yusof Ismail (1994). Gimnastik. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur 5) http://en.wikipedia.org/wiki/Laban_Movement_Analysis 6) http://www.economicexpert.com/a/Laban:Movement:Analysis.html

15