modul gimnastik

Upload: mothy-majitol

Post on 03-Jun-2018

365 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    1/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 1

    1.0 PENGENALAN

    1.1 APA ITU GIMNASTIK?

    Gimnastik adalah salah satu perkara yang paling asas dan menarik untuk semua

    aktiviti fizikal yang dijalankan.

    Kemahiran asas gimnastik mengembangkan sifat-sifat kemahiran yang sesuai untuk

    menjadi batu loncatan kepada sukan-sukan dan aktiviti-aktiviti lain.

    Aktiviti sukan dapat meningkatkan kekuatan otot, ketahanan, kuasa, fleksibiliti,

    koordinasi, ketangkasan dan keseimbangan.

    Dengan adanya aktiviti aerobik dalam gimnastik, program ini dapat menyumbang ke

    arah perkembangan fizikal yang seimbang.

    Melalui kaedah yang betul, kanak-kanak yang mengikuti program gimnastik

    menunjukkan kemajuan dalam beberapa aspek, iaitu :

    a) Koordinasi

    Melalui pembelajaran kemahiran asas gimnastik, kanak-kanak dapat

    meningkatkan kesedaran tubuh badan, keseimbangan dan pergerakan

    berkoordinasi.

    b) Keyakinan

    Latihan gimnastik adalah berasaskan pembelajaran untuk

    meningkatkan kemahiran. Seorang pelatih itu bermula dari pergerakan

    mudah kepada pergerakan yang lebih sukar. Dengan itu barulah dia

    dapat mencapai matlamat yang diinginkan lantas dengan sendirinya

    membina keyakinan terhadap kemampuan dirinya.

    c) Orientasi matlamat

    Sifat gimnastik yang progresif dapat mendidik kanak-kanak tentang

    tujuan dan nilai dalam menetapkan matlamat yang ingin dicapai, ini

    merupakan pengajaran yang berharga bagi setiap peringkat umur

    d) Disiplin dan organisasi

    Jika seseorang pelatih itu maju, dia dapat mempelajari bahawasanya

    untuk mencapai kemajuan, sesuatu perkara itu perlu dilakukan dengan

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    2/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 2

    cara tersendiri setiap kali jika ingin berhasil. Hal ini memerlukan disiplin

    dan organisasi. Ganjaran yang diperoleh kerana menerapkan sikap-

    sikap positif ini adalah keseronokan yang sebenar. Kanak-kanak

    awal-awal lagi dapat belajar bahawa disiplin yang diamalkan, boleh

    membawa kepada kejayaan.

    e) Kreativiti

    Gimnastik membolehkan kanak-kanak mengekspresikan diri mereka

    mengikut cara individu yang unik. Kanak-kanak berterusan tercabar

    untuk mencuba kemahiran baru, untuk mengetahui sejauh mana

    mereka boleh berjaya melalui kerja keras dan pemikiran yang kreatif .

    1.2 APA TUJUAN SUKAN INI?

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani khususnya gimnastik

    bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran,

    berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai

    kesejahteraan hidup.

    Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah

    Rendah Pendidikan Jasmani khususnya gimnastik berkebolehan untuk;-

    a) Melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep

    pergerakan;

    b) Mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor;

    c) Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan

    pergerakan;

    d) Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan;

    e) Mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala;

    f) Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal;

    g) Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran

    yang selamat;

    h) Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa

    melakukan aktiviti fizikal; dan

    i) Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    3/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 3

    1.3 ASPEK-ASPEK PENTING YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN OLEH GURU.

    Sebagai guru atau jurulatih, kita bertanggungjawab untuk memberi bimbingan dalam

    sukan untuk memastikan keselamatan murid-murid yang menyertai aktiviti dan

    memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada mereka. Dalam masa yang sama

    mereka mengembangkan fizikal mereka dengan sendirinya.

    a) Bimbingan dalam sukan

    Apabila kita menjadi jurulatih, kita juga bertindak sebagai pendidik. Kita bukan

    sahaja bertanggungjawab melatih murid-murid tentang asas-asas kemahiran

    sesuatu sukan malahan kita juga perlu menerapkan nilai-nilai sosial dan etika

    dalam sukan secara umum.

    b) Keselamatan

    Untuk memastikan keselamatan, kita harus merancang sesi pembelajaran. Ini

    Untuk memastikan keselamatan dan meminimumkan risiko ketika melatih

    kemahiran yang lebih sukar. Semua peralatan harus diperiksa sebelum

    digunakan dalam sesi latihan. Sebarang amaran bahaya perlu diberitahu atau

    diperkenalkan kepada murid-murid sebelum sesi latihan dimulakan.

    c) Pengalaman menyeronokkan

    Memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada murid-murid. Berilah

    keseronokan kepada latihan disamping anda memberi latihan kepada murid-

    murid. Kanak-kanak mengambil bahagian dalam sukan atas banyak faktor

    tetapi faktor utama yang memberi daya motivasi adalah keseronokan yang

    boleh diperoleh ketika bersukan.

    2.0 MODUL PENGAJARAN KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK

    2.1 MATLAMAT PENGHASILAN MODUL

    Modul ini adalah satu panduan keadah pengajaran gimnastik untuk guru kepada

    murid-murid. Dengan modul ini guru boleh mengajar dengan lebih teratur, sistematik,

    berkesan dan yakin untuk menjalankan aktiviti gimnastik kepada murid-murid yang

    diajar. Di samping itu juga, modul ini boleh dijadi rujukan kepada guru-guru Pendidikan

    Jasmani untuk mereka satu pengajaran yang lebih berkesan. Sebagai contoh, guru

    boleh menggabungkan pengalaman yang sedia ada dengan aktiviti yang terdapat

    dalam modul ini untuk menjadi pengajaran gimnastik lebih berkesan seterusnya

    memupuk minat dan keyakinan murid untuk menjalankan aktiviti gimnastik.

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    4/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 4

    3.0

    KEMAHIRAN ASAS

    GIMNASTIK

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    5/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 5

    AKTIVITI 1

    IMBANGAN

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    6/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 6

    NAMA PEMBENTANG : FAIZ DAN MUIZ

    CONTOH FORMAT : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT

    TAJUK KEMAHIRAN : IMBANGAN

    ALATAN : -

    FASA AKTIVITI &BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI/PENGELOLAAN/GAMBAR ILLUTRASI

    PERMULAAN 5 minit

    Aktiviti memanaskan badan :

    Permainan kereta sorong

    PERKEMBANGANAKTIVITI 15 minit

    1. Imbangan Dekam

    Duduk mencangkungSelitkan tangan di antara duapaha.Letak tapak tangan di atas lantaidi bawah paras bahu.Condong badan kehadapan danbengkokkan tangan.Rehatkan kedua-dua lutut(bahagian dalam) di atas siku.

    2. Imbangan VDuduk melunjur di atas lantai.Tangan diluruskan di belakangbadan.Tangan memegang paha.Angkat kaki menggunakanbantuan tangan.Lepas sokongan tangan dan depakan tangan.

    Imbang badan selama 4 saat.

    3. Imbang an Sisi

    Posisi badan dalam keadaansokong depan.

    Angkat badan menggunakantangan kanan.Tangan kiri diluruskan kehadapandalam posisi badan mengiring.Imbang badan selama 4 saat.

    4. Imbang an Skala Depan

    Berdiri dalam keadaan tegak.Angkat kedua-dua tangan ke atas.Bawa tangan kehadapan sambilsebelah kaki di angkat keatas.Muka memandang kehadapan.

    KEMUNCAK 5 minit Persembahan/pertandingan mini penutup

    - Pertandingan mengimbang skalahadapan antara individu /kumpulan.

    PENUTUP 5 minit

    Penyejukkan badan dan kelonggaran /refleksi aktiviti oleh guru.

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    7/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 7

    AKTIVITI 2

    GULING SISI

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    8/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 8

    NAMA PEMBENTANG : NAIM DAN KHAIRUL

    CONTOH FORMAT : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT

    TAJUK KEMAHIRAN : GULING SISI

    ALATAN : KON

    FASA BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI / PENGELOLAAN/ GAMBAR/ ILUTRASI

    Permulaan(5 minit)

    Pemanasan badan (Warming Up) PermainanRandom Run and Balance

    i. Murid bergerak secara berlari perlahan-lahan didalam kawasan yang ditetapkan.

    ii. Apabila guru meniup wisel, semua muriddikehendaki berhenti bergerak dan melakukanmana-mana imbangan yang telah dipelajari secaraberpasangan.

    Perkembangan(15 minit)

    Aktiviti 1 : Peringkat bayi

    i. Duduk melutut, kedua-dua tangan diatas lutut,rapatkan badan ke lutut.

    ii. Gerakkan badan dari sisi kanan ke arah kiri secaraperlahan-lahan dan kembali semula ke posisi asal.

    Ulang semula dari kiri ke kanan.iii. Ulang semula aktiviti sehingga lancar dan kemas.

    Aktiviti 2 : Peringkat Kanak-kanak

    i. Melutut dengan kedua-dua tangan didepakan.ii. Mulakan gerakan daripada sisi kanan ke kiri secara

    perlahan-lahan dan kembali semula ke posisi asal.Ulang semula dari kiri ke kanan.

    iii. Ulang semula aktiviti sehingga kemas dan lancar.

    Aktiviti 3 : Peringkat Remaja

    i. Berdiri separuh cangkung, lutut bengkok, tangan diatas lutut.

    ii. Mula gerakan dengan meletak tangan di lantaiterlebih dahulu dari kanan ke kiri kemudian kembalisemula ke posisi asal. Ulang semula dari kiri kekanan.

    iii. Ulang semula aktiviti sehingga kemas dan lancar.

    Aktiviti 4 : Peringkat Dewasa

    i. Berdiri dengan kaki seluas bahu.ii. Gerakan dimulakan dengan melonjak sedikit,

    tangan menyentuh lantai dan berguling secaraperlahan-lahan dari kanan ke kiri dan kembalisemula ke posisi asal. Ulang lakuan dari kiri kekanan.

    iii. Ulang semula aktiviti sehingga kemas dan lancar.

    Kemuncak

    Permainan siapa sampai dulu

    i. Bina 4 kumpulan, 1 kumpulan 4 murid.ii. Setiap murid dalam kumpulan akan melakukan

    salah satu kemahiran guling sisi. Semua muridharus mempunyai kemahiran yang berbeza.

    iii. Setiap murid akan berada di kon yang telahditetapkan untuk melaksanakan kemahiran masing-masing untuk memenangi permainan.

    Penutup

    Penyejukan badan

    i. Duduk secara santai di atas lantai sambil membuatpergerakan kelonggaran.

    ii. Guru akan mengimbas kembali kemahiran yangtelah dipelajari pada hari tersebut.

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    9/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 9

    AKTIVITI 3

    GULING HADAPAN

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    10/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 10

    NAMA PEMBENTANG : AZEATUL DAN NAJIHAH

    CONTOH FORMAT : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT

    TAJUK KEMAHIRAN : GULING HADAPAN

    ALATAN : TILAM, PETI LOMBOL DAN PAPAN ANJAL

    FASA AKTIVITI & BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI/PENGELOLAAN/GAMBAR ILLUTRASI

    PERMULAAN 5 minit

    Aktiviti memanaskan badan- Musang & ayam

    PERKEMBANGANAKTIVITI 15 minit

    1. Aktiviti buai kelapa

    Dari posisi duduk-dakap tuckGerak ke depan dan kebelakang hingga 3 kaliUlang lagi 3 kali

    2. Guling dari atas bangku/petilombol

    Dari kedudukan melutut atasbangkuLetak kedua tangan atas tilam.Tangan seluas bahuTurun guling depan sambilrapatkan dagu ke dadaBulatkan badan

    3. Guling dari spring board

    Mata pandang tapakDaya tolakan dilakukanBahu menyentuh lantaiGuling ke hadapanBerdiri semula

    4. Guling depan atas tilam rata

    Lakuan sempurnaDaya tolakan dilakukanBahu menyentuh lantaiGuling ke depanBerdiri semula

    KEMUNCAK 5 minit

    Persembahan/pertandingan minipenutup

    - Pertandingan antara in dividu /kumpulan

    PENUTUP 5 minit

    Cooling down-aktiviti kelonggaran otot

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    11/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 11

    AKTIVITI 4

    GULING BELAKANG

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    12/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 12

    NAMA PEMBENTANG : UZAIR DAN FARAH

    CONTOH FORMAT : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT

    TAJUK KEMAHIRAN : GULING BELAKANG

    ALATAN : TILAM DAN PAPAN ANJAL

    FASA AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR GAMBAR ILLUSTRASI

    PERMULAAN 5 MINIT

    AKTIVITI : LARI DAN IMBANG

    Murid lari kearah stesen. Murid akan membuat imbangan di setiap

    stesen.

    PERKEMBANGANAKTIVITI 15 MINIT

    AKTIVITI 1 : BUAIAN

    Dakapkan lutut ke badan. Buaikan badan ke depan dan belakang. Ulangi lakuan ini sebanyak 3 hingga 4

    kali.

    AKTIVITI 2 : GULING BELAKANG DANTANGAN SENTUH LANTAI

    Duduk dakap. Gerakkan badan ke belakang. Tangan pelaku disisi kepala dengan tapak

    tangan menghala kearah tilam. Ulangi lakuan ini sebanyak 3 hingga 4

    kali.

    AKTIVITI 3 : GULING BELAKANG DANKAKI SENTUH LANTAI

    Duduk dakap.

    Gerakkan badan ke belakang. Angkat kaki dan punggung ke atasmelepasi kepala.

    Kaki rapat dan lurus. Mendarat dengan bebola kaki. Ulangi lakuan ini sebanyak 3 hingga 4

    kali.

    AKTIVITI 4: GULING BELAKANG

    Duduk dekam. Gerakkan badan ke belakang. Mendarat dengan bebola kaki. Luruskan kaki dan berdiri.

    Ulangi lakuan ini sebanyak 3 hingga 4kali.

    KEMUNCAK5 MINIT

    AKTIVITI : PERTANDINGAN MINIINDIVIDU

    Murid akan melakukan guling belakang Murid yang terbaik lakuannya dianggap

    pemenang

    PENUTUP5 MINIT

    AKTIVITI : COOLING DOWN

    Melakukan aktiviti cooling down. Soal jawab.

    Pelajar Stesen 1 Stesen 2

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    13/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 13

    AKTIVITI 5

    RODA KERETA

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    14/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 14

    NAMA PEMBENTANG : ADELINE DAN MIRA

    CONTOH FORMAT : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT

    TAJUK KEMAHIRAN : RODA KERETA

    ALATAN : BANGKU PANJANG, PETI LOMBOL, PAPAN ANJAL

    FASA NAMA AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI/ENGELOLAAN/GAMBAR ILUSTRASI

    PERMULAAN

    5 minit

    i)Warming-up / Stretching

    ii)Aktiviti Kangaroo Dan Katak

    -Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan

    kangaroo dan katak

    -Apabila guru menyebut kangaroo, maka ahli kumpulan

    kangaroo akan melompat (hop) untuk mengejar katak

    -Guru akan menukar arahan dengan menyebut katak

    dan

    katak akan mengambil alih peranan

    Kangaroo Katak

    PERKEMBAN

    GAN

    AKTIVITI

    @ 15 minit

    i)Lakuan roda kereta menggunakan bulatan kecil dan

    besar

    - Tangan diletakkan di bahagian bulatan garisan

    - Kaki dan badan mengikut lajak lakuan ke sisi

    membentuk

    separa bulatan

    Bulatan besar Bulatan kecil

    ii)Lakuan roda kereta di atas bangku atau peti lombol

    -Berdiri di atas kaki kanan dan tangan kanan berada si

    atas

    peti lombol

    -Tangan kiri di atas peti lombol dan kaki kiri diangkat ke

    sisi

    badan

    Roda kereta menggunakan peti lombol

    iii) Lakuan roda kereta di atas papan anjal

    -Melakukan roda kereta menuruni papananjal

    - Rakan memegang pinggang pelaku untuk memberi

    bantuan

    KEMUNCAK :

    @ 5 minit

    Persembahan/pertandingan mini

    i)Pertandingan antara individu / kumpulan

    - Mengambil kira dari segi kekemasan

    PENUTUP

    5 minit

    Cooling down

    -Aktiviti kelonggaran badan

    AKTIVITI

    TAMBAHAN

    Lakuan roda kereta di atas lantai dengan sokongan

    rakan

    -Jika pelaku mula dengan langkah kiri, perlu diikuti

    dengan

    tangan kiri

    -Tangan kanan penyokong di pinggang pelaku dan diikuti

    tangan kiri untuk membantu pada bahagian kaki

    -Khusus untuk murid yang sukar menguasai kemahiran

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    15/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 15

    \

    AKTIVITI 6

    DIRIAN TANGAN

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    16/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 16

    NAMA PEMBENTANG : AZZUWA DAN AMINCONTOH FORMAT : PENGAJARAN UNTUK 30 MINITTAJUK KEMAHIRAN : DIRIAN TANGAN

    ALATAN : TILAM KECIL

    FASA NAMA AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI/PENGELOLAAN/GAMBAR ILUSTRASI

    PERMULAAN 5 minit

    Aktiviti : Pemanasan badanLompat Katak

    - Kedudukan dalam keadaanmencangkung

    - Lompat ke hadapan dan letakkan tapaktangan di lantai

    - Menolak kedua- dua belah kaki kebelakang

    - Kembali ke posisi asal

    PERKEMBANGAN

    Aktiviti@ 15 minit

    Aktiviti 1 : Dirian tanganMenghadap Dinding

    - Berdiri tegak dengan badan bersentuhandinding

    - Letak kedua tangan di atas lantai.- Gerakkan kaki naik ke atas perlahan-

    lahan sehingga badan rapat ke dinding- Luruskan kaki

    Aktiviti 2 : Lejang kuda

    - Berdiri tegak- Gerakkan sebelah kaki kehadapan- Turunkan kedua-dua belah tangan ke

    lantai

    - Tendang kaki belakang (lurus) ke atas- Diikuti kaki yang berikutnya

    Aktiviti 3 : Dirian tangan

    - Berdiri tegak dengan kedua tangan keatas

    - Gerakkan sebelah kaki kehadapan dankedua tapak tangan menyentuh lantai

    - Tendang sebelah kaki (lurus) ke atasdiikuti kaki yang berikutnya

    - Luruskan kaki beberapa saat

    KEMUNCAK :@ 5 minit

    Aktiviti : Pertandingan

    - Minta semua murid untuk melakukandirian tangan.

    - Membuat penilaian terhadap setiaplakuan murid

    - Murid yang dapat melakukan diriantangan yang paling lama dikirapemenang.

    PENUTUP 5 minit

    Aktiviti : Sejuk badan

    - Regangan otot.- Refleksi murid

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    17/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 17

    AKTIVITI 7

    HAMBUR TANGAN

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    18/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 18

    NAMA PEMBENTANG : NAZRUL DAN JALWAA

    CONTOH FORMAT : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT

    TAJUK KEMAHIRAN : HAMBUR TANGAN

    ALATAN : TILAM, PETI LOMBOL DAN BANGKU PANJANG

    FASA AKTIVITI & BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI / PENGELOLAAN / GAMBAR ILLUSTRASI

    PERMULAAN

    5 minit

    SANG BUAYA DAN SANG ARNAB

    Sang Arnab perlu melompat dan mengelakdaripada di tangkap oleh Sang Buaya untuk pulangke rumahnya.Bangku adalah zon selamat bagiSang Arnab. Murid akan bergilir-gilir menjadi SangArnab dan Sang Buaya.

    PERKEMBANGANAKTIVITI

    15 minit

    AKTIVITI 1

    Dirian Tangan atas bangku panjang atau peti

    lombol ( tinggi 1 meter) :dengan bantuan 2 penyokong - dan mendarat atastilam.

    AKTIVITI 2

    Hambur Tangan atas bangku panjang atau petilombol ( tinggi 1/2 meter ): dengan bantuan 2peyokongmendarat atas tilam.

    AKTIVITI 3

    Hambur Tangan melepasi tilambergulungsehingga penyokong tidak diperlukan.

    KEMUNCAK 5 minit

    AKTIVITI 4

    Pertandingan mini individu / kumpulan:Hambur Tangan atas tilam rata mengikut individu /kumpulan

    PENUTUP 5 minit

    ULAT BULU

    Murid mengambil ruang sendiri dan melakukanaktiviti pengenduran.

    Aspek Teknikal

    Pelaku :

    Letak kedua belah tangan ke atas lantai. Mata pandang di ti tik tengah antara kedua tapak tangan. Hayunsatu kaki lurus kuat ke atas dan diikuti sebelah kaki. Badan mesti sentiasa, rapat dan luruskan kedua-duabelah kaki dan tangan. Kunci semua bahagian sendi.

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    19/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 19

    AKTIVITI 8

    PAPAN ANJAL

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    20/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 20

    NAMA PEMBENTANG : FARID DAN FIRDAUS

    CONTOH FORMAT : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT

    TAJUK KEMAHIRAN : PENGGUNAAN PAPAN ANJAL BERVARIASI

    ALATAN : TILAM GIMNASTIK , PAPAN ANJAL

    FASA NAMA AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI / PENGELOLAAN / GAMBAR ILUSTRASI

    PERMULAAN

    5 minit

    Memanaskan badan/regangan

    i) Aktiviti ketinting dan lompat kanggaru- Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan

    X dan Y.

    - X melakukan ketinting, Y melakukan

    lompat kanggaru.

    - 2 kumpulan akan bertukar peranan

    apabila guru memberi arahan.

    PERKEMBANGAN

    Aktiviti

    @ 15 minit

    i) Aktiviti papan anjal(lompat dan tuck)

    - Berlari, lompat di atas papan anjal

    - Rapatkan lutut ke dada menggunakan

    kedua tangan(tuck).

    - Bengkokkan kaki dan depakan tangan

    ketika mendarat.

    ii) Aktiviti papan anjal (lompat dan kangkang)

    - Berlari, lompat di atas papan anjal

    - Lurus dan kangkang kaki ke hadapan

    sambil tangan didepa menyentuh kaki.- Bengkokkan kaki dan depakan tangan

    ketika mendarat.

    ii) Aktiviti papan anjal (lompat dan putar)

    - Berlari, lompat di atas papan anjal

    - Badan lurus dan putar 360

    - Bengkokkan kaki dan depakan tangan

    ketika mendarat.

    KEMUNCAK :

    @ 5 minit

    Pertandingan mini

    i) Pertandingan antara individu / kumpulan

    - Menilai kekemasan lompatan, gaya di

    udara dan pendaratan pelajar yang

    terbaik

    PENUTUP

    5 minit

    Aktiviti menyejukkan badan

    i) Aktiviti kelonggaran

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    21/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 21

    AKTIVITI 9

    LOMBOL KANGKANG

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    22/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 22

    NAMA PEMBENTANG : MOTHY DAN FAIS

    CONTOH FORMAT : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT

    TAJUK KEMAHIRAN : LOMBOL KANGKANG

    ALATAN : TILAM BESAR, PAPAN LONJAK, PETI LOMBOL

    FASA NAMA AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI / PENGELOLAAN / Gambar Ilustrasi

    PERMULAAN

    5 minit

    Aktiviti : Pemanasan badan

    - Lakukan larian bebas.

    - Lompat ke atas dan buka kaki.

    PERKEMBANGAN

    Aktiviti

    @ 15 minit

    Aktiviti 1 : Lompat kucing

    - Lompat seperti kucing kucing.

    - Mendarat dengan kaki kangkang.

    - Ulang aktiviti sebanyak tiga kali.

    Aktiviti 2 : Lompat menggunakan papan anjal

    melalui peti lombol dengan kaki kangkang

    - Lari dan lompat menggunakan papan

    anjal.

    - Mendarat di atas peti lombol dengan

    kaki kangkang.

    - Lompat mendarat di atas tilam.

    Aktiviti 3 : Lompat menggunakan papan anjalterus melalui peti lombol dengan kaki

    kangkang

    - Lari dan lompat menggunakan papan

    anjal.

    - Menyentuh peti lombol dan terus

    melalui peti lombol.

    - Kaki kangkang kehadapan.

    - Mendarat atas tilam dengan

    menggunakan kaki.

    KEMUNCAK :

    @ 5 minit

    Aktiviti : Pertandingan

    - Membuat penilaian terhadap setiap

    lakuan murid.

    - Minta setiap murid ulang aktiviti.

    - Murid yang dapat melakukan

    pergerakan ini dengan baik akan jadi

    pemenang.

    PENUTUP

    5 minit

    Aktiviti : Sejuk badan

    - Regangan singkat.

    - Sesi soal dan jawab.

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    23/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 23

    AKTIVITI 10

    PALANG SELARI

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    24/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 24

    NAMA PEMBENTANG : TUAN FARIZ

    CONTOH FORMAT : PENGAJARAN UNTUK 30 MINIT

    TAJUK KEMAHIRAN : PALANG SELARI

    ALATAN : TILAM DAN PALANG SELARI

    FASA AKTIVITI DAN BUTIRAN MENGAJAR GAMBAR ILLUSTRASI

    PERMULAAN 5 MINIT

    AKTIVITI : STRONGER HANDS

    Mengimbangkan diri di atas palang selari. Bergerak ke hadapan dengan menggunakan

    tangan sehingga ke hujung palang.

    PERKEMBANGANAKTIVITI 15 MINIT

    AKTIVITI 1 : SWING FORWARD AND DISMOUNT

    Lompat dan menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan.

    Berayun ke hadapan dengan badan diluruskan. Lihat ke arah kaki. Berayun ke belakang dan badan diluruskan. Berayun ke hadapan untuk duduk dengan kaki

    terbuka. Angkat dan rapatkan kaki. Berayun ke belakang, ke hadapan dan berayun

    ke belakang semula. Melakukan pendaratan (tangan kiri

    memegang palang di hadapan tangan kanan,tangan kanan diangkat dan mendarat dengandengan tangan kiri memegang palang).

    AKTIVITI 2 : SWING BACKWARD ANDDISMOUNT

    Lompat dan menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan. Berayun ke belakang dengan badan diluruskan. Kepala dinaikkan sedikit dan pandang 1m ke

    hadapan. Berayun ke hadapan untuk duduk dengan kaki

    terbuka dan dirapatkan apabila berayun kebelakang.

    Berayun ke hadapan, ke belakang dan kehadapan.

    Melakukan pendaratan(tangan kiri di palang tangan kanan untuksokongan belakang, tangan kanan diangkatdan mendarat dengan tangan kiri memegangpalang).

    KEMUNCAK5 MINIT

    AKTIVITI : MOVE MOVE

    Melakukan tolakan dan bergerak ke hadapansecara berkumpulan.

    Kumpulan yang dapat melakukannya tanpaterjatuh dikira pemenang.

    PENUTUP5 MINIT

    AKTIVITI : COOLING DOWN

    Melakukan aktiviti regangan. Menjalankan proses soal jawab.

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    25/26

    MODUL KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK 25

    RUMUSAN

    Modul ini dihasilkan sebagai satu panduan kepada mana-mana guru yang mengajar

    mata pelajaran pendidikan jasmani terutama sekali dalam aktiviti gimnastik. Diharapankan

    dengan modul ini guru boleh mengajar dengan lebih teratur, sistematik, berkesan dan

    yakin untuk menjalankan aktiviti gimnastik kepada murid-murid yang diajar. Di

    samping itu juga, modul ini boleh dijadi rujukan kepada guru-guru Pendidikan Jasmani

    untuk mereka satu pengajaran yang lebih berkesan. Sebagai contoh, guru boleh

    menggabungkan pengalaman yang sedia ada dengan aktiviti yang terdapat dalam

    modul ini untuk menjadi pengajaran gimnastik lebih berkesan seterusnya memupuk

    minat dan keyakinan murid untuk menjalankan aktiviti gimnastik.

  • 8/12/2019 Modul Gimnastik

    26/26

    RUJUKAN

    Chong Siew Han. Introduction to Gymnastics.

    Flo Enterprise SDN. BHD.

    Gene Schembri. (1984).Aussie Gym Fun : A Resource For

    School and Clubs.Australian Gymnastic Federation Incorporated.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Gimnastik Irama : Buku

    Panduan guru.Taman Koperasi Polis Fasa 1, Kuala Lumpur.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Gimnastik artistik : Buku

    Panduan Guru. Taman Koperasi Polis Fasa 1, Kuala Lumpur.