elektrik sains f3 bab 7

4

Click here to load reader

Upload: mohdhafizfaiz-mdali

Post on 05-Dec-2015

551 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains pt3

TRANSCRIPT

Page 1: Elektrik Sains f3 Bab 7

Transformer adalah alat yang mengubah voltan arus ulang alik. Terdiri daripada satu teras besi lembut yang dililit dawai berpenebat, transformer boleh meningkatkan voltan atau pun menurukan voltan. Transformer terbahagi kepada 2 iaitu Transformer Injak Naik dan juga Transformer Injak Turun.

Transformer Injak Naik vs Transformer Injak Turun

Persamaan

1. Kedua-duanya mempunyai gegelung primer dan gegelung sekunder

2. Kedua-duanya beroperasi dengan menggunakan arus ulang alik

3. Kedua-duanya mempunyai gegelung yang dililit pada satu teras besi lembut

Perbezaan

1. Bilangan lilitan pada gegelung primer berbanding gegelung sekunder

Transformer Injak Naik adalah lebih banyak bilangan lilitan pada gegelung sekunder.

Transformer Injak Turun adalah lebih banyak bilangan lilitan pada gegelung primer.

2. Voltan output

Voltan output bagi Transformer Injak Naik adalah lebih tinggi daripada voltan input

Voltan output bagi Transformer Injak Turun adalah lebih rendah daripada voltan input

Page 2: Elektrik Sains f3 Bab 7

Sistem Penghantaran dan Pengagihan Tenaga Elektrik di Malaysia

Sabtu, Februari 14, 2015 Sains Ting 3 1 comment

Penghantaran elektrik adalah bermula di Stesen Janakuasa dan akan berakhir di rumah anda. Tapi tahukah anda bagaimana elektrik dapat dihantar dan diagihkan ke seluruh Malaysia?

Sistem Penghantaran dan Pengagihan Tenaga Elektrik di Malaysia

1. Penjana di stesen janakuasa akan menghasilkan ARUS ULANG ALIK dengan voltan yang tinggi, 11kV atau 25kV. 2. Arus ini akan memasuki stesen transformer (Transformer Injak Naik)

3. Voltan akan ditingkatkan daripada 11kV / 25kV kepada 132k,275kV atau 500kV. 4. Ini adalah bagi tujuan membolehkan elektrik dihantar ke tempat yang jauh dan mengurangkan kadar kehilangan elektrik melalui haba semasa dipindahkan. 5. Arus ulang alik ini kemudiaannya dialirkan melalui rangkaian kabel penghantaran yang lebih dikenali sebagai Rangkaian Grid Nasional

Rangkaian Grid Nasional

6. Arus ulang alik mengalir ke kawalan kawasan dan lapangan suis. 7. Kemudiannya, arus ulang alik ini dialirkan melalui satu lagi stesen transformer

Page 3: Elektrik Sains f3 Bab 7

(Transformer Injak Turun) 8. Voltan akan diturunkan kepada kawasan-kawasan mengikut keperluan. 9. Kawasan industri berat menerima bekalan arus ulang alik pada 33kV

10. Kawasan industri ringan menerima bekalan arus ulang alik pada 11kV 11. Pejabat dan rumah menerima bekalan arus ulang alik pada 240V

Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik

Khamis, September 04, 2014 Sains Ting 3 4 comments

Banyak kemalangan elektrik yang berlaku adalah disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik yang tidak betul. Kemalangan elektrik seperti renjatan elektrik dan juga kebakaran elektrik boleh menyebabkan kemalangan serius sehingga boleh membawa kematian. Bagi kebakaran yang diakibatkan oleh arus elektrik, pemadam api karbon dioksida haruslah digunakan.

Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik

Sebab Berlakunya Kemalangan Elektrik

1. Menyentuh dawai hidup yang terdedah

2. Menyentuh suis dengan tangan basah 3. Memasukkan konduktor tajam ke dalam soket 4. Penebat kabel koyak 5. Melebihi beban bagi suatu sumber kuasa

Langkah Keselamatan Dalam Litar

1. memutuskan litar apabila ada arus berlebihan dialirkan 2. guna dawai berpenebat untuk menghalang pengaliran arus

3. Dawai bumi diletakkan dalam soket untuk membumikan sebarang kebocoran arus

Tindakan Keselamatan

1. Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket 2. Baiki peralatan elektrik yang rosak

3. Jangan menarik palam daripada soket dengan talinya 4. Jangan sentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah

Page 4: Elektrik Sains f3 Bab 7

Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket

Tindakan Jika Berlakunya Renjatan Elektrik

1. Matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa 2. Tarik mangsa menjauhi sumber elektrik dengan menggunakan penebat seperti kayu

3. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang sesuai untuk memudahkan pernafasan

4. Lakukan CPR jika mangsa sukar bernafas 5. Hubungi ambulans

Matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa

Kepentingan Memulihara Elektrik

Rabu, Ogos 27, 2014 Sains Ting 3 No comments

Ada 2 perkara yang diberi perhatian dalam memulihara elektrik, iaitu mengurangkan pembaziran dan juga meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga. Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan apa kesan jika berlakunya kekurangan tenaga elektrik. Jom kita tengok.

Cara Menjimatkan Elektrik

1. Mematikan peralatan elektrik apabila tidak digunakan 2. Guna lampu pendarfluor bagi menggantikan mentol filamen

3. Beli peralatan elektrik berkecekapan tinggi yang menggunakan kuasa rendah 4. Tutup tingkap dan pintu jika menggunakan penyaman udara

5. Bina bangunan pejabat dengan siling yang rendah supaya menjimatkan kos penggunaan penyaman udara dan kipas

Kesan Kekurangan Tenaga Elektrik

1. Hidup tak selesa di rumah

2. Tidak dapat menggunakan peralatan moden 3. Menganggu industri makanan yang melibatkan penggunaan suhu tinggi 4. Ekonomi negara terganggu 5. Komunikasi berteknologi tinggi menjadi sia-sia

6. Sektor pengeluaran akan kerugian banyak duit dan faedah.