sains f3 bab 1

of 30 /30

Author: siti-aziah-halilan

Post on 18-Dec-2015

240 views

Category:

Documents


2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sistem respirasi

TRANSCRIPT

  • Fungsi sistem respirasi adalah untuk membekalkan OKSIGEN (O2) untuk respirasi sel dan menyingkirkan KARBON DIOKSIDA (CO2) dan WAP AIR yang terhasil semasa respirasi sel.

    O2 + GLUKOSA CO2 + AIR + TENAGA

  • Sistem pernafasan terdiri daripada:Organ pernafasanOtot interkostaSangkar rusukDiafragmaMeliputi rongga hidung, trakea, bronkus dan peparu

    Terletak antara sangkar rusuk. Mengecut dan mengendur untuk membantu proses pernafasan

    Melindungi paru-paru dan organ dalaman seperti jantung.Lapisan otot yang terletak dibawah paru-paru

  • Sistem pernafasan manusia

  • Tarik nafas(Inhalation)Udara dari luar masuk ke dalam paru-paru Otot interkosta luar mengecut Otot interkosta dalam mengendur Sangkar rusuk bergerak kehadapan dan ke luar.Diafragma mengecut dan menjadi rata Isipadu rongga toraks bertambah Tekanan udara di dalam rendah daripada tekanan atmosfera di luar.

  • Hembus nafas(Exhalation)Udara dalam paru-paru didesak keluar Otot interkosta luar mengendur Otot interkosta dalam mengecut Sangkar rusuk bergerak kebawah dan ke dalam.Diafragma mengendur dan melengkung ke atas Isipadu rongga toraks berkurang Tekanan udara di dalam tinggi daripada tekanan atmosfera di luar.

  • Perbandingan antara mekanisma penarikan nafas dan hembusan nafas

    Tarik nafasBahagian yang terlibatHembus nafasMengecutOtot interkosta luarMengendurMengendurOtot interkosta dalamMengecutKehadapan dan ke luarPergerakan sangkar rusukKebawah dan ke dalamMengecutOtot diafragmaMengendurRataBentuk diafragmaMelengkungBertambahIsipadu rongga toraksBerkurangRendahTekanan udara dalam rongga toraks berbanding dengan tekanan atmosfera di luarTinggiUdara disedut masuk ke dalam paru-paruPergerakan udaraUdara dari ruang paru-paru didesak keluar

  • StrukturCiri-ciriFungsiHidung___________ wujud pada lapisan dalaman hidungMemerangkap _____________ yang wujud dalam udara sedutanRongga hidung___________ untuk udara memasuki peparu__________ udara yang disedut masuk dan memerangkap bendasingTrakeaSatu tiub besar yang diperbuat daripada gelang ___________ bebentuk C.Menyalur udara ke ____________BronkusCabang __________ yang bersambung ke peparuMeyalur udara ke ___________BronkiolCabang ____________ yang berakhir di alveolusMenyalur udara ke _____________Alveolus_____________ kecil dengan dinding yang nipis dan elastik dikelilingi jaringan _____________Tempat ____________ berlaku

  • StrukturCiri-ciriFungsiSangkar rusukDibina daripada ___________Melindungi ____________Otot interkostal___________ yang berada di antara rongga tulang rusukMembantu __________________DiafragmaSatu lapisan otot yang memisahkan _____________ dengan ____________Membantu __________________

  • Tiub Kaca - TrakeaTiub berbentuk Y - BronkusBelon Paru-paruSerkup kaca Sangkar RusukKepingan getah - DiafragmaRuang udara dalam serkup kaca Rongga toraks

  • Apabila kepingan getah ditarik kebawah:

    Isipadu serkup kaca bertambah Belon mengembang Tekanan udara dalam serkup kaca rendah Udara bergerak kedalam belon melalui tiub kacaApabila kepingan getah ditolak keatas:

    Isipadu serkup kaca berkurang Belon mengecut Tekanan udara dalam serkup kaca tinggi Udara didesak keluar dari belon melalui tiub kacaTarikan nafasHembusan nafas

  • Pelajar-pelajar dikehendaki menyediakan:

    Botol air mineral besar - 1Belon 2Gunting

    Esok hari khamis mesti bawa masa sains 12.15-1.15 ptg

  • Tujuan : Mengkaji tindakan diafragma dalam mekanisma pernafasan.Bahan/Radas : Botol plastik, belon dan guntingProsedur : 1) Radas disediakan seperti didalam video 2) Kepingan belon ditarik kebawah . Pemerhatian dicatat. 3) Kepingan belon ditolak keatas. Permerhatian dicatat.

  • Pengangkutan oksigen Oksigen yang disedut masuk dalam peparu akan larut dalam lapisan alveolus meresap ke dalam kapilari darah

    Oksigen akan berpadu dengan hemoglobin di sel darah merah untuk membentuk oksihemoglobin

    Darah beroksigen akan dihantar ke sel-sel seluruh badan melalui sistem peredaran darah

    Apabila darah sampai ke tisu kepekatan oksigen yang rendah menyebabkan oksigen tercerai daripada oksihemoglobin meresap keluar melalui dinding kapilari darah ke sel-sel badan.

    Darah yang terdeoksigen akan dialir kembali ke paru-paru untuk dijadikan darah beroksigen semula.

  • Pengangkutan Karbon Dioksida Sel hidup membebaskan karbon dioksida

    Karbon dioksida yang dibebaskan oleh sel-sel badan boleh larut dalam air untuk membentuk asid karbonik atau bikarbonat

    Asid karbonik boleh meresap masuk ke dalam plasma di kapilari darah

    Darah akan mengangkut plasma yang mengandungi asid karbonik ke peparu meresap ke lapisan permukaan alveolus

    Kepekatan karbon dioksida yang rendah menyebabkan asid karbonik mengurai menjadi karbon dioksida dan bebas ke dalam peparu sebelum dihembus keluar dari peparu

  • Alveolus berkesan dalam pertukaran gas kerana:

    Dinding yang nipis setebal satu sel

    Permukaan yang lembap

    Diselaputi oleh jaringan kapilari darah yang banyak

    Berjuta-juta kapilari darah untuk meningkatkan luas permukaan

  • Proses pengoksidaan makanan untuk menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga

    Glukosa + Oksigen Karbon dioksida + air + tenaga (makanan)

  • Bahan kimiaKesan bahaya dalam sistem respirasiAsap rokokNikotina (nikotine)

    Tar tembakau (tobbaco tar)

    Asid

    Karsinogen (carcinogens) Menyebabkan ketagihan Menyebabkan penyakit seperti bronkitis, kanser kerongkong dan kanser paru-paru Paru-paru menjadi hitam Menyebabkan gigi berwarna kuning

    Merosakkan sel alveolus dan sel paru-paru Kanser paru-paru

    Menghakis sel paru-paru Selsema, asma dan bronkitis

    Menggalakkan pertumbuhan sel kanser menyebabkan kanser paru-paru dan kanser kerongkong

  • Bahan kimiaKesan bahaya dalam sistem respirasib) Gas berasid daripada kilangSulfur dioksida dan nitrogen dioksida

    Merosakkan salur pernafasan dan paru-paruc) Asap kenderaan Karbon monoksida Mengurangkan keupayaan darah dalam pengangkutan oksigen Menyebabkan kematiand) Pembakaran hutan dan sampah sarapJerebu

    Merosakkan paru-parue) Pembakaran bahan plastikGas beracun seperti hidrogen klorida dan ammonia

    Menghakis salur pernafasan

  • Emfisema (Emphysema) Berlaku hasil daripada pertumbuhan sel yang tidak normal salur udara dalam paru-paru nipis tersekat Karbon dioksida terperangkap dalam alveolus alveolus bengkak,menggelembung dan pecah Simptom : sukar bernafas, lesu batuk yang berpanjangan

  • Bronkitis (Bronchitis) Radang pada lapisan sel bronkus disebabkan oleh zarah halus terapung di udara (udara tercemar) atau asap rokok. Simptom : demam panas, sukar bernafas, sakit dada, batuk berpanjangan dan kahak daripada putih bertukar kuning atau hijau.

  • Barah paru-paru (Lung cancer) Pertumbuhan sel yang luar biasa didalam paru-paru Disebabkan oleh bahan kimia seperti karsinogen yang terdapat dalam rokok. Simptom : Batuk berdarah, sukar bernafas, bersin dan sakit dada.

  • Asma (Asthma) Radang salur pernafasan Salur pernafasan tiba-tiba menjadi sempit Disebabkan oleh habuk (udara tercemar), merokok atau asap rokok. Simptom : batuk (terutama pada waktu malam atau cuaca sejuk), sukar bernafas, bersin dan sesak nafas.

  • LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KUALITI UDARASistem pembersihan udaraBerhenti merokokPemendak elektrostatikPengubah pemangkin

  • END OF CHAPTERCREATED BY FARIHA SUBRI