pbs - pendidikan sivik f3

Download PBS - PENDIDIKAN SIVIK F3

Post on 12-Nov-2015

21 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

a documentation that helps you in moral education

TRANSCRIPT

DISEDIAKAN OLEH

NAMA: KELAS:NO. KAD PENGENALAN: NAMA GURU:

ISI KANDUNGAN

TAJUKHALAMAN

Isi kandungan2

Penghargaan 3

Pendahuluan 4

Minat dan potensi diri5

Objektif 8

Tokoh

Kesimpulan

Rujukan

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat ilahi kerana memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan buku skrap ini bagi tahun 2014. Saya ingin berterima kasih kepada Ustaz Azizan Bin Harun kerana memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini.

Selain itu, saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana member semangat dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Saya berharap agar folio ini dapat memenuhi kehendak guru.

PENDAHULUAN

Saya telah diberi tugas untuk menyiapkan folio ini dan tajuknya ialah pilihan kerjaya. Kerjaya ialah pekerjaan yang kita pilih dan ceburi untuk mencari nafkah hidup. Antara kerjaya yang semakin ramai ceburi pada masa kini antaranya ialah jurutera, pemuzik, pendidik, doktor dan sebagainya. Setiap kerjaya memerlukan kelayakan ikhtisas untuk melayakkan diri mereka menceburi kerjaya tersebut. Sebagai contoh, jika anda ingin menjadi seorang doktor kita hendaklah mempunyai kelayakan dalam bidang perubatan. Kemahiran juga diperlukan. Kemahiran ialah kecekapan menggunakan alat dan perkakas dengan ketangkasan tangan, ketajaman penglihatan dan koordinasi anggota yang baik. Antara kerjaya yang memerlukan kemahiran ialah jurutera, arkitek, pelukis dan sebagainya.

MINAT DAN POTENSI DIRI

Potensi diri amat penting kerana ianya sebahagian daripada diri kita. Rajah di bawah membahagikan peribadi manusia kepada enam golongan.

Peribadi SosialPotensi diri mahir menggunakan bahasa. Suka bersama dengan orang lain, mudah bergaul dan menyampaikan sesuatu kepada orang lain, serta membantu orang

Peribadi PenyelidikPotensi diri menyelesaikan masalah. Suka menyiasat, mencerap, menganalisis dan menilai.

Peribadi ArtistikPotensi diri kreatif. Suka dengan inovasi, imaginasi, seni dan suasana tak berstruktur

MINAT DAN POTENSI DIRI

Peribadi RealistikPotensi diri mekanikal. Suka dengan objek, alat, mesin, pepohon dan haiwan- suka berada di luar bangunan

Peribadi KonvensionalPotensi diri melaksanakan konvensi. Suka dengan kerja-kerja perkeranian, data, pengiraan dan tugas-tugas yang terperinci.

Peribadi Berdaya UsahaPotensi diri memenuhi matlamat atau keuntungan. Suka bersama orang lain, melakukan sesuatu, mengurus dan memujuk orang

Selain itu, sesetengah orang pasti mempunyai bakat yang tependam. Bakat ialah kebolehan semula jadi seperti kebolehan melukis, bermain, mengingat dan sebagainya.

Minat pula ialah kesukaan atau kecenderungan untuk melakukan sesuatu dengan rasa senang seperti kesukaan melakukan aktiviti lasak, membaca, mencipta atau mengubah suai sesuatu dan sebagainya.

OBJEKTIF Mengenal pasti minat dan potensi diri.

Mempunyai keyakinan diri untuk meneroka kerjaya yang diminati.

Dapat mengenal pasti tokoh tokoh yang berjaya.

Menghayati keyakinan diri tokoh tokoh yang berjaya.

Mengenali bakat dan minat diri sendiri.

TOKOH

1. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukur Husin Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.Abdul Syukor dilahirkan di Kampung Tebing Tinggi,Jerantut,Pahang. Bapanya Haji Husin seorang guru agama kampung dan ibunya Hajah Maryam seorang surirumah tangga.Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Tebing Tinggi. Kemudian sambung belajar peringkat menengah di Sekolah Al-Junid,Singapura. Beliau merupakan PengerusiJawatankuasa Fatwake-5 (2005-kini). Pada 27 November 2011, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2011 olehYang di-Pertuan AgongSultan Mizan Zainal AbidindiPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC).Beliau adalah Timbalan Pengerusi Akademi Fiqh Sedunia.

2. Syed Mokhtar Al Bukhary Usahawan Beliau dilahirkan diAlor Setar,Kedahpada1951. Syed Mokhtar tidak sempat mengambil periksaanSPMkerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan. Beliau ialah PengerusiYayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagaiTokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan diPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC).Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009. Menurut majalahMalaysian Businessbeliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara. Beliau adalah orang kedua terkaya di Asia Tenggara selepas pengerusi Berjaya Corp,Vincent Tan. Syarikatmnya mempunyai 67,700 tenaga pekerja.Beliau juga 'Wira Dermawan Asia' selain DatukMohd Zaid Ibrahim,Leonard Linggi Tun Jugah, danHishamudin Ubaidulla.

3. P Ramlee SenimanTan SriDatuk Amar Dr.P. Ramlee(dilahirkan sebagaiTeuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh; 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973) merupakan seorangpenyanyi,pelakon,pengarah,pemuzikdanpenulis laguyang berasal dariPulau Pinang,Malaysia. Beliau juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantauAsia Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa sepertiBest Male Lead Role(Festival Filem Asia Ke-4,Tokyo) danMost Versatile Talent(Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo). Beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem sepanjang hayatnya.

4. Redzuawan Ismail Chef SelebritiAwal kerjaya beliau sebagaiakauntan. Katanya, selepas melihat populariti pelbagai jenis makanan di negara-negaraAsia Baratbeliau memutuskan untuk mempromosikan Malaysia dan lain-lain negaraAsia Tenggaramenggunakan makanan mereka.Beliau mempunyai ijazah bersekutu dalam Latihan Chef Profesional dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy dan Ritz Diploma Escoffeir dari Hotel Ritz itu. Beliau kini merupakan duta jenama untukAirAsia. Pada tahun 2009, beliau memenangi Selebriti televisyen Best Chef daripada Gourmand Cookbook Anugerah Dunia.

5. Ananda Krishnan Usahawan MultimediaDilahirkan diBrickfieldsyang merupakan "India Kecil" kepadaKuala Lumpur, Ananda ialah anak kepada sebuah keluargaTamildaripadaSri Lanka. Sewaktu kecil, beliau seorang kanak-kanak gagap. Beliau terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknyaminyak, penternakankuda bibit(diAustralia),perjudian, studio kartunHollywood,telekomunikasi,multimedia,perkapalan,tenaga, danharta tanah. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat diAsia Tenggara.Pada tahun1985, bersama Bob Geldof dariBritain, Ananda menjadi penaja konsertBand Aidyang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalanLive AidkeAsiaBeliau tidak suka menonjolkan diri dan sentiasa memeliharakan profil yang rendah, akan tetapi kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu menyebabkannya menjadi perhatian ramai. Beliau juga antara orang yang terkaya di Malaysia.

6. YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid CendekiawanBeliau dilahirkan diLondonpada28 Januari1922, merupakan keturunan dirajaJohor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, kemudian di Sekolah Bukit Zahrah dan seterusnya di English College, Johor Bahru , Sekolah MelayuBatu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya diRaffles CollegekemudiannyaUniversiti MalayaSingapuradan mendapat ijazah ekonomi pada1951. Kemudian pada1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi diWaseda University,Tokyo,Jepun. Beliau yang dianugerahkan gelaranProfessor Diraja Ekonomi(Pembangunan Luar Bandar) pada17 Jun1978.Ungku Aziz juga merupakan pengasas ANGKASA dan Yang DipertuaANGKASAsejak ditubuhkan pada1971.Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.

7. Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz Gabenor Bank NegaraBeliau dilahirkan diJohor Bahru,Johordan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta,Petaling Jayapada1958. Pada tahun1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada1978. Pada tahun1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada1 September1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada1 Mei2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut. Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalahGlobal Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Turut menerima anugerah ialah KetuaBank Pusat AustraliaGlenn Stevens,Stanley Fischer(Israel),Lee Seong-tae(Korea Selatan),Fai-Nan Perng(Taiwan),Durmus Yilmaz(Turki) danTrichet(Kesatuan Eropah).

8. Lee Chong Wei AtletDatukLee Chong Wei, lahir pada 21 Oktober 1982 diBagan Serai,Perak ialah seorang pemainbadmintonprofessional dariMalaysiayang kini menetap diBukit Mertajam. Lee merangkul pingat perak di temasyaSukan Olimpik2008dan2012, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat OlimpikMalaysiasejak tahun1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaranDatukkepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri MalaysiaDatuk Seri Najib Tun Razaksebagai wira kebangsaan. Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.[6]Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepasRashid Sidekda