edu

13
1. C 11. B 2. A 12. C 3. D 13. B 4. B 14. B 5. B 15. C 6. A 16. A 7. B 17. C 8. C 18. D 9. D 19. D 10. A 20. C 1

Upload: devaki-subramaniam

Post on 03-Oct-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tt

TRANSCRIPT

1. C

11.B

2. A

12.C

3. D

13.B

4. B

14.B

5. B

15.C

6. A

16.A

7. B

17.C

8. C

18.D

9. D

19.D

10.A

20.C1. Proses belajar melalui pengalaman langsung merupakan cara semulajadi

manusia belajar. Ianya juga adalah bentuk pembelajaran yang paling berkesan.

(a)Senaraikan tiga prinsip pembelajaran semula jadi kanak-kanak mengikutJohn Holt (1995).

Mempunyai kekuatan daya ingin tahu dan berkeupayaan belajar secara langsung tentang dunia sekitarnya.

Mengetahui dengan sendirinya cara hendak belajar sesuatu.

Memerlukan jumlah masa senyap yang banyak untuk berfikir.

Tidak takut mengaku tidak tahu dan berani membuat kesilapan.

Menghayati nilai-nilai intrinsik dalam perkara yang dipelajari mereka.

Belajar paling baik tentang hubungan dengan orang lain melalui interaksi dengan pelbagai peringkat usia.

Belajar paling baik tentang dunianya melalui pengalaman langsung.

Memerlukan masa yang mencukupi untuk bersama keluarga.

Tekanan akan mengganggu pembelajaran kanak-kanak.

(b)Jelaskan dua aspek sosial yang dianggap sebagai iklim sekolah dalam

Alam Belajar.

Keluarga mesra & penuh kasih sayang- mendapat perhatian, layanan baik, bersikap lebih positif. Persekitaran sekolah selamat- perasaan selamat, diterima, dihargai, menerima layanan yang baik, perasaan perkongsian- membentuk persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan.

Iklim bilik darjah sihat- mengutamakan hubungan sesame murid, guru dengan murid, semangat kerjasama, kekitaan, toleransi, bersangka baik, penghargaan-membantu pembelajaran murid.

Keperluan fisiologi dan psikologi dipenuhi-murid bermotivasi untuk memperkembangkan potensi diri, belajar perkara baru, memanipulasikan keupayaan diri sepenuhnya.

2. Main mempunyai peranan besar dalam proses pembelajaran.

childrens have the right to rest and leisure; engage in age appropriate play and recreational activities ( Akta kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 1989).(a)Senaraikan dua jenis main sosial

Main (unoccupied)- tidak bermain dengan alatan; sesiapa tetapi berada di kawasan permainan.

Main diri sendiri (solitary)- bermain seorang diri tanpa menghiraukan rakan/keadaan sekeliling.

Main selari (parallel)- bermainsendirian, menggunakan cara dan alatan yang sama denganrakan tanpa berbincang (kongsi alat main sendiri-sendiri.)

Main asosiatif (associative)- bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan meminjam alatan dengan rakan. Main koperatif (cooperative)- bermain dalam kumpulan, bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.

Main memerhati (onlooker)- memerhati rakan-rakan bermain, berminat pada permainan orang. (b)Senaraikan enam kepentingan main kepada kanak-kanak.

Belajar konsep

Meningkatkan keupayaan kognitif

Memupuk pemikiran yang inovatif, kritis dan kreatif

Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan

Membantu dalam penyelesaian masalah

Membantu kemahiran sosial

Memahami dunia sekeliling

Mempelajari bahasa

Membantu murid mengatasi perasaan bimbang dan tertekan

Membina kemahiran kendiri yang positif

Memupuk sikap bertanggungjawab

Mempelajari peranan orang dewasa

3. Murid-murid dalam bilik darjah boleh berbeza dari pelbagai aspek.

( a ) Senaraikan empat aspek yang menunjukkan mereka adalah berbeza.

Fizikal : setiap individu berbeza dari segi jantina, rupa dan saiz badan serta kemahiran jasmaninya.

Kognitif: setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir dan belajar. Sosial : setiap individu mempunyai cara kehidupan yang tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain. Emosi : setiap individu menunjukkan emosi yang berbeza dalam situasi yang sama.

Rohani : setiap individu mempunyai falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza dengan individu yang lain.

Tingkahlaku : setiap individu mempunyai tingkahlaku yang berbeza dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial.

(b) Jelaskan tiga implikasi perbezaan perkembangan individu terhadap

pengajaran dan pembelajaran.

Guru harus merancang p&p mengikut kebolehan dan minat pelajar.

Strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan dan permainan.

Program pemulihan dan penggayaan untuk murid-murid yang berbeza tahap kecerdasan.

Bahan bantu mengajar dan belajar yang sesuai dan menarik

Penilaian formatif yang berterusan.

Guru perlu peka dan bersifat prihatin.

4. Motivasi merupakan salah satu elemen yang penting dalam menentukan

kejayaan pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru yang berkesan

akan berusaha memastikan murid-muridnya sentiasa bermotivasi.

(a) Jelaskan dua jenis motivasi.

Instrinsik dorongan/minat dalam diri; tidak mengambil kira ganjaran; sifat semulajadi seseorang. Ekstrinsik dicipta oleh faktor luaran; ganjaran, dendaan; punca motivasi wujud dari persekitaran; mementingkan keuntungan, habuan

(b)Berikan tiga strategi untuk merangsang pelajar bagi mewujudkan proses

pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah.

Memenuhi kehendak asas murid-murid. Membina keyakinan dalam kalangan pelajar

Menggalakkan murid-murid membina harapan positif Membantu murid supaya memberi fokus dalam pembelajaran

Membentuk nilai pembelajaran yang bermakna.

1. Menurut J.B. Watson (1930), Beri saya satu dozen kanak-kanak kecil yang sihat dan sempurna. Secara rawak, saya akan pilih seorang daripada bilangan itu. Kemudian tanpa mengambil kira bakat, kecenderungan atau etnik kanak-kanak ini, saya akan melatihnya untuk menjadi seorang doctor, peguam, seniman atau peniaga, bahkan seorang pengemis atau pencuri.

(a) Bincangkan kekuatan dan kelemahan Teori Pembelajaran

Behavioris berbanding teori-teori lain dalam menerangkan proses

pengajaran dan pembelajaran.

Kekuatan

Pembelajaran bermula apabila wujudnya tindakbalas terhadap sesuatu rangsangan.

Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai, iaitu penggerak yang dapat mendorong murid untuk memikirkan erti rangsangan itu.

Proses pembelajaran berdasarkan pelaziman, sesuatu perhubungan yang dibentuk daripada mengaitkan stimuli dengan tindakbalas.

Berguna dalam subjek yang melibatkan kemahiran.

Kelemahan

Tidak boleh digunakan untuk menjelaskan kesemua pembelajaran yang berlaku kerana teori ini mengenepikan aktiviti mental.

Teori ini juga tidak dapat menjelaskan sesetengah pembelajaran yang berlaku, misalnya apabila kanak-kanak mengecam pola-pola bahasa baru di mana teknik pengukuhan langsung tidak sesuai digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa haiwan boleh mengubahsuai pola yang telah di perkukuhkan terhadap maklumat baru.

Pengajaran adalah berpusatkan kepada guru ( hubungan sehala sahaja ).

( b ) Bincangkan perbezaan dan persamaan antara Teori Pembelajaran Kognitif dan Teori Pembelajaran Sosial. Persamaan

Kedua-duanya menerangkan mengenai proses pembelajaran dan kaitannya dengan minda

Perbezaan

AspekTeori Pembelajaran KognitifTeori Pembelajaran Sosial

PeloporKoffka, Kohler, Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner, GagneBandura, Salomon

KonsepPembelajaran adalah proses dalaman (termasuk pemikiran, pemprosesan maklumat, memori dan persepsi)Pembelajaran adalah proses interaksi/pemerhatian dalam konteks sosial

Lokus PembelajaranStruktur dalaman kognitifPembelajaran adalah perhubungan antara manusia dengan persekitarannya

Tujuan PendidikanUntuk membina kesepaduan dan kemahiran untuk belajar dengan lebih baikPenglibatan dalam komuniti

Peranan GuruUntuk menyusun kandungan dalam aktiviti pembelajaranMewujudkan komuniti dalam latihan iaitu perbincangan dan penglibatan boleh diwujudkan

2. Model pengajaran sosial dapat membantu dalam memperjelas dan memperkembangkan idea-idea seperti dalam pembelajaran koperatif dan main peranan.

(a) Huraikan konsep utama Pembelajaran Koperatif

Membantu murid menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain.

Meningkatkan kemahiran bekerjasama dengan individu lain secara produktif.

Melatih murid berfungsi sebagai seorang ahli dalam pasukan.

Membantu memperkembangkan perspektif individu.

Memperjelaskan idea-idea murid.

Mengembangkan idea-idea murid.

Murid lebih bersedia dalam penyiasatan/penerokaan.

dalam mencari maklumat secara kumpulan. Murid mampu mengenalpasti pelbagai perspektif sesuatu masalah. Memahami penaakulan di sebalik pelbagai pemikiran. Mempertajamkan kemahiran mendengar dan memahami konteks, menyusun maklumat serta merta dan merangka soalan untuk memperoleh data, menggabung maklumat.(a) Pedagogi bestari dapat mewujudkan satu persekitaran

menyeluruh serta melahirkan generasi yang berfikiran tinggi.

Bincangkan dengan ringkas jenis-jenis pengajaran bestari.

Pengajaran Direktif

Pengajaran Mediatif

Pengajaran Generatif

Pengajaran Pemerhatian

Pengajaran Konstektual

Pengajaran Metakognitif

Pengajaran Masa Depan

Menurut ahli humanisme, manusia dilahirkan dengan kecenderungan semulajadi serta keperluan untuk berusaha mencapai potensi yang optimum.

(a) Huraikan strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk merangsang pelajar mencapai tahap kompetensi dan harga diri.

Membantu pelajar menimba kejayaan, terutama sekali tugasan yang mencabar. Memberi pelajar mekanisme konkrit supaya mereka dapat melihat kemajuan masing-masing dari semasa ke semasa.

Mengurangkan persaingan dan elakkan wujudnya situasi-situasi di mana pelajar dinilai secara kurang adil dalam kalangan rakan sebaya.

Menggalakkan pelajar mencari makna dalam pembelajaran secara aktif.

Menggalakkan pelajar menentukan matlamat sendiri.

(b) Berdasarkan Teori Motivasi Kognitif Atribusi Weiner, bincangkan cara yang boleh digunakan oleh guru bagi meningkatkan motivasi pelajar. Membantu pelajar memastikan mereka percaya bahawa mereka adalah kompeten.Kegagalan sekali-sekala disebabkan nasib atau usaha yang tidak mencukupi dan perkara ini tidak akan wujud pada masa hadapan. Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, mereka akan melipatgandakan usaha mereka.

Pastikan pelajar berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh Berjaya. Elakkan daripada situasi di mana pelajar berulangkali gagal kerana ini akan menyebabkan mereka berangapan bahawa mereka tidak kompeten dan mereka akan berhenti mengatributkan kegagalan mereka kepada kurangnya usaha. Adalah lebih baik jika guru membantu pelajar memahami bahawa tingkahlaku mereka akan membawa mereka ke tahap kejayaan atau kegagalan. Hal ini dirujuk kepada lokus kawalan dalaman. Merangsangkan konsep kendiri pelajar dan sentiasa berfokus kepada usaha sebagai faktor kea rah kejayaan.

1