asgmnt abad 21 full

32
1.0 PENDIDIKAN ABAD KE -21 Pendidikan adalah merupakan kepentingan awam yang wajib diterima oleh semua lapisan masyarakat. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu usaha untuk membangunkan generasi alaf baru seiring dengan perkembangan dunia yang semakin maju. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi agar dapat memperoleh status "World Class Education" (Pendidikan Bertaraf Dunia). Sistem pendidikan Abad ke-21 dapat dicapai apabila ia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis dalam pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang dalam cabaran untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamik dalam membangunkan sektor pendidikan iaitu terdiri daripada: i. Pembangunan tenaga manusia ii. Kepesatan pertumbuhan ekonomi iii. Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial iv. Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat v. Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual vi. Pembangunan teknologi dan sains 1

Upload: azryna81

Post on 24-May-2015

10.035 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asgmnt abad 21 full

1.0 PENDIDIKAN ABAD KE -21

Pendidikan adalah merupakan kepentingan awam yang wajib diterima oleh

semua lapisan masyarakat. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam

pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah

satu usaha untuk membangunkan generasi alaf baru seiring dengan perkembangan

dunia yang semakin maju. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat

kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau Asia dan juga

di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini memerlukan usaha-usaha yang

strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke

tahap kualiti yang tinggi agar dapat memperoleh status "World Class Education"

(Pendidikan Bertaraf Dunia).

Sistem pendidikan Abad ke-21 dapat dicapai apabila ia menunjukkan

perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis dalam pendidikan negara,

khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang

diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif

yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian

cemerlang dalam cabaran untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamik

dalam membangunkan sektor pendidikan iaitu terdiri daripada:

i. Pembangunan tenaga manusia

ii. Kepesatan pertumbuhan ekonomi

iii. Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial

iv. Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat

v. Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

vi. Pembangunan teknologi dan sains

1.1 Cabaran Alaf Baru

Pendidikan abad ke-21 merupakan satu transformasi yang dilakukan dalam

memperbaharui taraf pendidikan sedia ada yang mana sistem pendidikan abad ke-

21 adalah lebih fleksibel, kreatif, mencabar dan lebih kompleks. Dalam menangani

dunia yang semakin pesat membangun, pendidikan harus di struktur semula untuk

memenuhi keperluan pelajar dalam dunia abad ke-21. Sebagai contoh, setiap

1

Page 2: Asgmnt abad 21 full

sekolah perlu didedahkan dengan kurikulum berasaskan projek berkaitan kehidupan

bertujuan untuk melibatkan pelajar dalam menangani masalah dunia sebenar dan

isu-isu semasa. Bagi mencapai hasrat tersebut pendidikan perlu bersifat dinamik

dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan

persekitarannya. Memandangkan ianya berkait rapat dengan perkembangan

individu, keperluan masyarakat dan proses pembinaan negara bangsa maka usaha

penambahbaikan dan perubahan dasar perlu dilakukan dengan cepat bagi

memenuhi keperluan semasa. Ini membolehkan pelajar sentiasa didedahkan

dengan perkara-perkara yang berada di sekeliling mereka.

Bagi menangani perubahan dan cabaran baru di peringkat global maka

negara kita juga tidak terlepas dari memperkenalkan dasar-dasar baru dalam

bidang pendidikan. Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan

2020 dan Wawasan Pendidikan. Malah, abad Ke 21 sering dikaitkan dengan

era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan

faktor  jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam “open sky technology ”

membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan

rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi

komunikasi yang canggih dan pantas. Dalam konteks pendidikan, teknologi

maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian

elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses,

menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti

Internet Atau Multimedia Atau Hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan

manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat

dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara.

Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, penggunaan teknologi

komputer menyemarakkan pengetahuan pelajar untuk menyusun maklumat dan

pada masa yang sama mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas. Oleh

itu, semua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui

Jaring dan seterusnya Internet. Dengan adanya teknologi pendidikan abad 21

membolehkan pelajar-pelajar mengikuti pembelajaran secara ‘global classroom'. Di

2

Page 3: Asgmnt abad 21 full

sini mereka berpeluang bersidang dan bertukar pendapat tentang apa sahaja

dengan rakan mereka di sekolah lain malah dengan pelajar lain di seluruh dunia.

Penguasaan terhadap teknologi maklumat ini amat penting agar masyarakat

serta negara kita tidak ketinggalan jauh berbanding negara maju yang lain seperti

Amerika dan Jepun. Seperti yang kita ketahui, dengan perkembangan zaman

maklumat ini, ia telah memberi ruang kepada kita untuk memperolehi pengetahuan

secara mudah dan cepat. Selain itu juga, ia turut memberi peluang kepada kita

mengembangkan bakat yang sedia ada serta potensi melalui kemahiran teknologi

ini serta memberi mereka peluang dalam mengikuti pendidikan sepanjang hayat.

Segalanya hanya terletak di hujung jari sahaja.

Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia

berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita. YAB Perdana Menteri

telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf

baru akan datang iaitu kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi), kekuatan

minda (kreatif dan proaktif), nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang),

semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan keterampilan.

Dalam menentukan pendidikan berkualiti tersebut dapat direalisasikan, maka

para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut

iaitu para guru haruslah menguasai subjek (kandungan kurikulum), mahir dan

berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran), memahami

perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka, memahami psikologi

pembelajaran (cognitive psychology), memiliki kemahiran kaunseling,

menggunakan teknologi terkini, dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan

penyelidikan mutakhir, boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain,

dan memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Dalam memenuhi tuntutan globalisasi abad ke-21, sistem pendidikan negara

juga sering melaksanakan lonjakan dengan menyediakan satu sistem pendidikan

yang berkualiti kerana kerajaan menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan

Malaysia perlu terus berkembang supaya dapat memenuhi aspirasi negara yang

3

Page 4: Asgmnt abad 21 full

kian meningkat dan juga dapat bersaing dengan negara lain yang setanding.

Ekonomi dan dunia globalisasi hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir

dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif. Oleh yang demikian, atas daya maju yang

tinggi, Kementerian telah bekerja keras untuk membina Pelan Pembangunan

Pendidikan melalui kajian dan penilaian yang mendalam serta pelibatan meluas

pihak awam.

Berdasarkan kedudukan pencapaian sistem pendidikan Malaysia pada masa

kini dan cabaran yang bakal ditempuhi, Pelan ini bermatlamat mengukuhkan visi

dan aspirasi sistem pendidikan Malaysia sehingga tahun 2025. Pelan ini juga

menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif pelaksanaan yang direncanakan dengan

terperinci bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara yang dinamik serta

memenuhi hasrat dan keperluan semua. Bagi memperkemaskan sistem pendidikan

negara dalam menghadapi arus globalisasi ini, Kementerian Pendidikan Malaysia

telah mengambil langkah proaktif memperkasakan sekolah-sekolah kebangsaan

melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2006-2010 (Malaysia,

2007) yang telah diperkenalkan yang menjuruskan kepada beberapa aspirasi

antaranya ialah bagi mewujudkan sekolah kebangsaan yang mampu menyediakan

generasi masa hadapan yang bersaing di persada antarabangsa. Selaras dengan

perkembangan teknologi pula, KPM telah memperkenalkan ICT dalam pendidikan

seperti Projek Rintas Sekolah Bestari, SchoolNet, Projek MySchoolNet, Makmal

Pengkomputeran, TV Pendidikan, Pembekalan ICT untuk pengajaran dan

pembelajaran, pengenalan mata pelajaran ICT, latihan ICT untuk guru-guru dan

Projek Pengkomputeran Pengurusan dalam Pendidikan ( Nor Asikin, 2009) .

Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Taklimat

Perkembangan Baru Pendidikan 2010-2012, Tan Sri Alimuddin turut menyatakan

tentang dasar-dasar baru yang dilakukan oleh kerajaan serta Kementerian

Pendidikan Malaysia bagi menangani perubahan dan cabaran baru di peringkat

global. Salah satu dasar yang baru diumumkan oleh menteri pelajaran Tan Sri

Muhyiddin Yassin adalah pelaksanaan Transformasi kurikulum bagi meningkatkan

kualiti pengajaran dan pembelajaran supaya ianya menjadi lebih kreatif dan inovatif

serta mampu menarik minat pelajar-pelajar. Pelan ini memfokuskan cara

membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem

4

Page 5: Asgmnt abad 21 full

pendidikan secara berterusan. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, proses

pembelajaran ini lebih mementingkan interaksi di antara murid, guru dan rakan

sekelas yang diharap membantu percambahan idea yang kreatif dan inovatif.

Tambah beliau lagi budaya kreativiti dan inovasi juga boleh dipupuk melalui

bengkel, seminar dan pertandingan.

Langkah bagi menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif ini

adalah bermula daripada kurikulum yang seimbang daripada aspek budaya berfikir

dan penjanaan ilmu. Transformasi kurikulum ini dijangka mampu memberikan

pendidikan sempurna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka

memberi sumbangan kepada diri dan masyarakat. Transformasi pendidikan

diteruskan lagi dengan wujudnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(Malaysia Education Blueprint) 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik

dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.

Melalui pelan itu, penekanan akan diberi kepada melengkapkan generasi

muda dengan enam kualiti iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran

memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta memiliki identiti

kebangsaan melalui 3 Gelombang Transformasi iaitu dalam Gelombang 1 (2012-

2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan

guru dan tumpuan kepada kemahiran asas, Gelombang 2 (2016-2020) pula

mempercepatkan penambahbaikan sistem dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah

kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel. Menurut YAB Dato’ Seri Mohd

Najib bin Tun Abdul Razak (2012), bagi mencapai aspirasi yang tinggi di tengah-

tengah persekitaran global yang semakin berdaya saing, kita tidak boleh berdiam

diri. Negara memerlukan transformasi sistem pendidikan yang menyeluruh”.

2.0 KEMAHIRAN ABAD KE -21

Dalam menuju ke arah pendidikan abad ke-21, pelbagai kemajuan yang dikecapi

oleh setiap individu secara global mahupun local. Profesion perguruan adalah yang

bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar sistem pendidikan yang

berpandukan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Dalam menjana dan melahirkan

5

Page 6: Asgmnt abad 21 full

pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Selain itu juga, FPN juga memberi penekanan kepada kemahiran 3M (membaca,

mengira dan menulis), sejajar dengan itu juga kemahiran baru seperti sains dan

teknologi, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga

amat penting di era ini.

Bagi mencapai dan merealisasikan pelan-pelan pendidikan yang telah diuar-

uarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran

Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Yassin dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025. Beliau telah menekankan bahawa kesamarataan pendidikan

kepada setiap murid yang berada di Malaysia, tidak kira di mana kedudukan

geografinya, budayanya dan bangsanya, serta sosio ekonominya. Kualiti pendidikan

yang diterima dan bangunkan adalah berdasarkan kualiti pengajaran yang berkesan

untuk mentransformasi pendidikan ke arah abad ke-21. Menurut beliau lagi,

kementerian beriltizam untuk meningkatkan kualiti pengajaran sekolah dengan

memperkukuhkan amalan terbaik sedia ada, dan memberikan ganjaran kepada

guru berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka.

Dalam membentuk sesuatu persekitaran yang baru bagi menghasilkan satu

alaf yang baru yang memerlukan anjakan, maka persediaan yang secukupnya amat

penting bagi semua komponen yang mengambil bahagian dalam pendidikan secara

langsung mahupun tidak langsung. Maka bukan sahaja kementerian, institusi

persekolahan dan pelajar yang bertungkus-lumus dalam merealisasikan idea-idea

ini, namun, keprihatinan daripada pihak ibu bapa juga memberi kesan yang besar

dalam perubahan menuju pendidikan abad ke-21. Antara anjakan yang terkandung

dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah seperti

kesamarataan akses dalam pendidikan bertaraf antarabangsa, melahirkan rakyat

Malaysia yang menghayati nilai, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan,

memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah dan

memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Sebagai menyahut baik anjakan transformasi sistem pendidikan ini,

kemahiran abad ke-21 secara tidak langsung dititik beratkan oleh kementerian bagi

mencapai tujuan pelan dan melahirkan generasi pemangkin negara yang ideal.

6

Page 7: Asgmnt abad 21 full

Menurut kajian yang dijalankan oleh D’Andrea dan Daniels (2002), mendapati

bahawa standard pelajar di abad ke-21 adalah memerlukan kemahiran baru yang

lebih berdaya saing dan berjaya dalam dunia pendidikan dan juga kehidupan

seharian. Kemahiran abad ke-21 pada kebiasaannya digunakan dalam

menghuraikan pelbagai kebolehan yang diperlukan untuk berjaya di zaman global.

Justeru itu juga, proses pembelajaran dalam bilik darjah perlu merangkumi literasi

teknologi, pembelajaran kolaboratif, penggunaan pendekatan pembelajaran

berasakan projek serta aplikasi pemikiran aras tinggi, termasuk pemikiran kritis

untuk mengsintesis dan menilai maklumat dalam menyelesaikan masalah.

Kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang dapat dinyatakan secara umum

adalah seperti jadual berikut :-

N

o

Jenis Kemahiran Huraian

1. Komunikasi Pertukaran pemikiran dan idea menerusi

lisan dan tulisan

2. Kepekaan Silang Budaya Dapat memahami dan bekerjasama dalam

pelbagai budaya

3. Pelbagai Bahasa Keupayaan untuk berkomunikasi

menggunakan lebih dari satu bahasa

4. Kemahiran Mengurus Keupayaan untuk mengurus dan membantu

orang lain melaksanakan, menyelesaikan

masalah dan konflik

5. Kerja Berpasukan Dapat bekerjasama dalam satu pasukan

untuk mencapai sesuatu matlamat

6. Kreativiti Dapat menyumbangkan pemikiran yang

berbentuk kreatif dan artistik dalam

7

Page 8: Asgmnt abad 21 full

menyelesaikan sesuatu masalah

7. Keupayaan Untuk

Menyesuaikan Diri

Mempunyai kemampuan untuk menghadapi

dan menyesuaikan diri dengan perubahan

8. Empati Kemampuan untuk memahami perasaan

dan idea orang lain dari sudut pandangan

mereka

9. Pengurusan Stress

(Relaxation)

Berkemampuan untuk mengawal situasi

stress dan mengenal pasti punca stress

10

.

Etika Kerja Dapat mempamerkan etika dan disiplin

kerja yang baik dan tinggi

11

.

Disiplin Diri Dapat mengawal diri dan tingkah laku

dalam kaunseling dan hal peribadi

12

.

Tanggungjawab Mempunyai aspirasi untuk mencapai tahap

akauntabiliti yang tinggi

13

.

Pemikiran Diskriminatif Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan

pemikiran yang berbeza

14

.

Kemahiran Tatabahasa Mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan

pandangan dan idea yang lebih baik

15

.

Kemahiran Analitikal Kemampuan untuk menggunakan pemikiran

logik dan abstrak

16

.

Ekonomi & Perniagaan Kemampuan untuk menggunakan prinsip-

prinsip ekonomi dan perniagaan dalam

perhubungan

17

.

Kemahiran Matematik Keupayaan untuk menggunakan dan

mengaplikasikan teori asas matematik

dalam kehidupan

18

.

Kemahiran Komputer Keupayaan untuk menggunakan computer

dalam perkhidmatan kaunseling

19

.

Telekomunikasi Keupayaan untuk menggunakan talian

komunikasi sebagai satu alat perhubungan

dalam perkhidmatan kaunseling

8

Page 9: Asgmnt abad 21 full

Selain itu juga, elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-

21 adalah kreativiti dan inovasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah,

komunikasi dan kolaborasi, literasi maklumat, literasi media, literasi teknologi

maklumat dan komunikasi, keupayaan menyesuaikan diri (fleksibiliti), produktiviti

dan akauntibiliti serta bertanggungjawab. Elemen-elemen ini telah lama wujud

secara semula jadi bagi setiap individu, namun, kemahiran tersebut memerlukan

peneguhan yang konsisten dan lebih jelas tujuannya. Kemahiran-kemahiran ini

adalah subjektif, pengukuhan yang diberi adalah untuk membentuk perihal yang

lebih sistematik. Sebagai contoh, dalam mendedahkan pelajar dalam dunia siber

yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), nilai-nilai positif

seharusnya ditekankan bagi menerapkan kesedaran di kalangan mereka.

Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan

terhadap ICT, berbanding dahulu di mana literasi Cuma merangkumi membaca,

menulis dan mengira, manakala di abad 21 ini melibatkan literasi digital. Guru-guru

memainkan peranan dalam membimbing pelajar-pelajar untuk melayari internet,

mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta

mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga dapat memberi kesedaran

secara global kepada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya

meningkat. Dalam mencetuskan pendidikan abad ke-21, ‘softskill’ amat diperlukan

untuk memudahkan mereka berkomunikasi dalam perbincangan yang

menggalakkan mereka berinteraksi sesama mereka. Komunikasi interaktif bukan

sahaja berlaku secara bersemuka (face to face) pada hari ini, bahkan komunikasi

tersebut berlanjutan sehingga ke alam maya seperti dalam facebook dan edmodo.

Di samping itu juga, dengan ada nya gabungan kemahiran-kemahiran di atas

juga dapat menyatukan masyarakat majmuk di negara kita, seterusnya dapat

mewujudkan gagasan 1 Malaysia yang berilmu dan bermatlamat yang futuristic.

Kita sememangnya tidak dapat merealisasikan sesebuah sistem pendidikan yang

ideal tanpa tunggak utama barisan pendidik. Bagi mencapai hasrat negara

membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru itu

perlu komited dalam menguasai pelbagai bidang ilmu bagi menjadikan mereka

relevan dan sesuai dengan arus perubahan yang berlaku. Selain itu, guru juga

perlulah mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan semasa, mahir

9

Page 10: Asgmnt abad 21 full

dalam pedagogi seperti menggunakan teori konstruktivisme dan tidak terlalu

bergantung kepada guru (teacher centered). Guru juga mestilah melengkapkan diri

dengan persediaan yang terkini dalam penggunaan teknologi terkini dan penerapan

nilai-nilai murni (akhlak) mestilah diteruskan tidak kira di mana atau bila situasinya.

Secara ringkasnya, kemahiran abad 21 dalam kalangan pelajar memerlukan

perubahan pada pendekatan pendidikan, yang berlaku di peringkat sekolah atau

bilik darjah. Maka, kesedaran dan kemahiran guru dan pentadbir dalam menyusun

program latihan untuk guru dan juga pengisian yang mantap untuk pelajar akan

merealisasikan perubahan yang positif.

3.0 PEMBELAJARAN ABAD KE-21

3.1 Pengenalan

Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang

lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan

negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk

menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti

cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke

21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang

berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja.

Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran

dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang

ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu

pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan

kemajuan teknologi.

Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan

dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan

warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat

menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan

maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu

membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.

10

Page 11: Asgmnt abad 21 full

3.2 Fokus/Penekanan Kurikulum

Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap

terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan

pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan

emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan

pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai

kemahiran iaitu :-

• kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif

• kemahiran berkomunikasi secara berkesan

• kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni

• kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan

• kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat

• kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain

• kemahiran kepimpinan dan pengurusan

3.3 Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan

kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang

disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah

pasti digunakan secara meluas.

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan

dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia,

cekera padat dan corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk

digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran

pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan

membantu guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana

11

Page 12: Asgmnt abad 21 full

pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih

bermakna kepada pelajar.

(a) Teknologi Maklumat/Komputer

Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi

komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk

mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat

secara pantas dan tepat seperti internet atau multimedia atau hypermedia untuk

membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi

maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus,

menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk

data teks, imej atau suara.

Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat,

untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer berupaya

meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat

standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah.

(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan

pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang.

Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar

sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar

darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran

dan berperanan sebagai pembekal maklumat.

Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi

membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing

supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan

pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada

diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.

12

Page 13: Asgmnt abad 21 full

Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga

pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurang-kurangnya terdiri daripada seorang

guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi

25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid

patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan

pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

(c) Pendidikan Jarak Jauh

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam

pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke

sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian

tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke

21 mengambil kira faktor-faktor berikut:

• Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari

seminggu)

• Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer

• Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk

pelajar

• Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu

• Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran

melalui struktur modular

• Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik

mengandungi objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktiviti pembelajaran dan

maklum balas pelajar.

(d) Pendekatan Modular

13

Page 14: Asgmnt abad 21 full

Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan

dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul

ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan.

Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang

disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di

institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya

mengikut tahap kebolehan pelajar.

(e) Mastery Learning

Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesuatu

perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui

ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai

supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran.

(f) 'Tracking' dan 'Banding'

Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam

beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general)

atau kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem

banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas

mengikut kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah

rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai

kemahiran matematik Tahun 2.

(g) Sistem Kredit

Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar

untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus

pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja

14

Page 15: Asgmnt abad 21 full

projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata

pelajaran yang tidak mencapai asas yang ditetapkan.

3.4 Penilaian

Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap

penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan

pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan

pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah benar-

benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar seperti

berikut

a) Penilaian Berasaskan Sekolah

b) Penilaian Berterusan

c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek

d) Penilaian Proses di samping Penilaian Hasil

e) Authentic Assessment

f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)

g) Bench Marking

h) Ujian/ Peperiksaan Secara Online

3.5 PENUTUP

Perlu ditegaskan bahawa apa pun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak

akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di

dalam bidang-bidang lain, kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian

Pendidikan dan mengambil perhatian yang berat tentang pelaksanaannya. Dalam

menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya

diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula

guru, penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan pihak

swasta, ibu bapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.

4.0 GURU ABAD KE- 21

4.1 Pengenalan

15

Page 16: Asgmnt abad 21 full

Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam

masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan

kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang

sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Salah

satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi

RMK-9 ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini

kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disiplin yang tinggi, bersikap

kerjasama, dan mampu memainkan peranan dalam masyarakat, serta melahirkan

sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada

negara-negara lain di dunia. (Ucapan menteri Pendidikan Malaysia dalam

Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia). Dr Ismail Zain, dalam

kertas kerjanya yang bertajuk ‘Pendidikan Bertaraf Dunia ke arah Pembestarian

Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (selepas ini di tulis p&p)” menjelaskan

pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang

meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan

seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institut

perkembangan ilmu.

4.2 Ciri-ciri guru berkualiti

Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsur, tanda) yang

khusus pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo

(1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan.

Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat

kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas, dan

perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikan

bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan

pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran,

kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru

berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah:

4.2.1 Bertindak sebagai penyebar ilmu

16

Page 17: Asgmnt abad 21 full

Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam

pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam

kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi,

komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan

mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu

kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan

penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami

ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar

bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era

transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu

berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar

dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi

mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.

4.2.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model

Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda.

Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk

memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.

Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan

instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi,

profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas

sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-

murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada

para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara

tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng

(2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para

pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk

beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik

darjah.

4.2.3 Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu

17

Page 18: Asgmnt abad 21 full

Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas

menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa

penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu

merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru

sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca,

berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta

mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guru akan

memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi

petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai

seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk

dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya

ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat

yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan

generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras

dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

4.2.3 Mengamalkan kemahiran profesional

Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang

dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu,

guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang

tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang

berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan

negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur,

2007). Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan

pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir

tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang

hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi.

Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada

pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia).

18

Page 19: Asgmnt abad 21 full

4.2.4 Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan

pendidikan

Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang

profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang

terkini. Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan

terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan

pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan

guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran

menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan

matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing

murid-murid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu

mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui

program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan

pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word

processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr

Ranbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007).

4.2.5 Mengamalkan pengajaran efektif

Mak Soon Sang (2007) mengenal pasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi

perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran.

(a)Perancangan pengajaran

Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran

bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap

proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif

pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang

diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya

menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat

refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai

melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran

19

Page 20: Asgmnt abad 21 full

dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu

rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam

penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi

pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan

teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran

serta pencapaian objektifnya secara optimum.

(b)Pelaksanaan pengajaran

Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan

dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-

tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan

keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran

mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan

melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti

kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam

pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam

rancangan mengajar.

(c) Penilaian pengajaran

Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr.

Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan

pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang

berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif p&p. Ingham

(dalam Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya pendidik membuat

penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap

perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu

belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada

masing-masing.

4.3 KESIMPULAN

Oleh itu, dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting

dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung

20

Page 21: Asgmnt abad 21 full

cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di

bentangkan iaitu guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya

ilmu, guru sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan

segala perkembangan pendidikan, dan mengamalkan kemahiran profesional

mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan-

kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran

teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai

keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang

ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian

Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dalam ucapannya, para pendidik

adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi

alaf baru, abad ke-21.

5.0 PELAJAR ABAD KE -21

Dunia pada hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mencapai

kemajuan pada tahap tertinggi. Setiap ahli komuniti dalam sesebuah masyarakat

atau negara itu, perlu bersaing untuk menghadapi cabaran tersebut. Pelajar juga

merupakan golongan komuniti yang perlu bersedia berhadapan dengan cabaran

dan persaingan pada abad ke 21. Terdapat pelbagai pendapat yang telah

mencirikan pelajar abad ke 21 ini. Terdapat 19 ciri-ciri pelajar abad ke 21 iaitu

berupaya membuat hubung-kait, bijak menyoal, yakin berkomunikasi, mengambil

risiko, dahagakan ilmu, ingin tahu, menjana idea, fleksibel, tidak berputus asa,

mendengar dan membuat refleksi, berkemahiran kritis, menguasai kemahiran

literasi, berani mencuba, mampu berfikir sendiri, membuat inisiatif, mampu bekerja

dengan orang lain, membuat perubahan, berintegriti dan berkeperibadian tinggi.

Abad ke 21 lebih merujuk kepada waktu berlakunya revolusi teknologi yang

amat pantas. Masyarakat dunia kini hidup dalam suasana yang global dan kompleks

yang dikelilingi dengan kemudahan teknologi yang mampu memberikan impak dan

transformasi kepada masyarakat kepada dunia ICT. Dalam konteks ini, pelajar turut

terlibat dalam mengalami arus perubahan ini, di mana pelajar perlu dibantu guru

dengan membentuk serta mengekalkan minat pelajar untuk belajar bersedia untuk

berhadapan dengan dunia sebenar. Pelajar juga perlu mempunyai rasa ingin tahu

21

Page 22: Asgmnt abad 21 full

untuk mempelajari sesuatu sebagai pembelajaran jangka masa panjang. Tujuan

pemupukan rasa minat dan ingin tahu pelajar adalah perlu untuk membolehkan

pelajar boleh memberikan kesinambungan untuk pembelajaran meski pun berada di

luar institusi persekolahan. Oleh itu, pelajar perlu mempunyai ciri fleksibel untuk

mempelajari sesuatu ilmu dan demi menghadapi sebarang cabaran yang

mendatang.

http://www.21stcenturyschools.com/what_is_21st_century_education.htm

Generasi pelajar pada era milinieum lahir sekitar tahun 1980-an sehingga

kini. Menurut John Seely Brown melalui Learning in a Digital Age, pada hari ini

pelajar beranggapan bahawa ICT merupakan sesuatu yang seakan oksigen bagi

mereka untuk bernafas dan merujuk kepada bagaimana untuk mereka hidup.

Pandangan tersebut jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi yang

pesat berlaku kini menunjukkan kepentingan teknologi dalam kehidupan pelajar

pada hari ini.

Secara umumnya terdapat beberapa karakter atau ciri yang menunjukkan

pelajar abad ke 21. Antaranya adalah:

(i) Pelajar suka berada dalam kawalan

Dalam era masa kini pelajar masa kini tidak lagi mahu belajar secara

tradisional dan tidak berkeinginan untuk sentiasa belajar di dalam kelas. Ini kerana

pelajar lebih senang menggunakan teknologi sedia ada yang membolehkan mereka

belajar pada bila-bila masa dan boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja

mengikut cara mereka sendiri. Contohnya menggunakan kemudahan internet

dengan pengaplikasian i-pad, facebook atau skype ketika sesi p&p.

(ii) Pelajar boleh membuat pilihan

Pembelajaran masa kini juga menuntut pelajar untuk meneroka sendiri bahan

yang boleh dijadikan sumber. Secara tidak langsung membolehkan pelajar untuk

membuat pilihan dalam melaksanakan tugasan mereka. Dengan menggunakan

kemudahan teknologi pelajar mampu menyempurnakan tugasan dengan

pendekatan yang baharu malah lebih kreatif mengikut cara mereka sendiri.

22

Page 23: Asgmnt abad 21 full

(iii) Pelajar belajar berorientasikan kumpulan dan sosial.

Pelajar juga mampu memperkenalkan diri dengan menggunakan media

elektronik yang sememangnya mempunyai rangkaian sosial. Dengan menggunakan

rangkaian atas talian (online) pelajar berpeluang untuk mengenali individu lain

sama ada dalam skala yang kecil, mengikuti dengan sesuatu pertubuhan komuniti

dan berhubung dengan orang lain di seluruh dunia. Kemudahan teknologi seperti ini

menggalakkan pelajar untuk berkolaborasi, berkongsi ilmu, pendapat serta

pandangan dengan rakan lain dan seterusnya mampu membentuk identiti pelajar

itu sendiri.

(iv)Pelajar adalah inklusif

Pelajar pada era 21 ini juga mampu bertoleransi dengan semua lapisan

masyarakat sama ada dari segi kepelbagaian kaum, kepercayaan dan jantina.

Informasi yang dikongsikan meliputi pelbagai sudut dengan menggunakan pelbagai

carian ensiklopedia dan topik. Pencarian maklumat juga turut diperluaskan pelajar,

sama ada menggunakan sumber laman web atau rangkaian tertentu yang boleh

diaplikasikan daripada pencarian asal dan belajar mempelajari sesuatu yang baru.

(v) Pelajar sentiasa cuba menggunakan teknologi digital.

Pendedahan terhadap media digital kepada pelajar zaman sekarang dilihat

semakin meluas. Ini menyebabkan sebahagian daripada kehidupan pelajar terdedah

kepada ICT yang perlu diakses oleh pelajar untuk menyokong pembelajaran serta

memudahkan mereka untuk mendapatkan apa yang diinginkan pelajar. Di samping

itu juga pelajar boleh menggunakan kemudahan ICT seperti komputer riba, telefon

tangan, radio dan sebagainya untuk dijadikan sebagai fungsi untuk mendapatkan

maklumat. ICT yang ada juga mampu berperanan sebagai penambahbaikan bahasa

pelajar, membuat jadual sendiri serta menjadi alat komunikasi pelajar dalam

kehidupan seharian pelajar.

23

Page 24: Asgmnt abad 21 full

Gambar 1: Pelajar menggunakan kemudahan teknologi dalam p&p

(vi)Pelajar berfikir dengan cara yang berbeza.

Sebagai pelajar yang hidup pada era globalisasi, seharusnya pelajar perlu

memahami bagaimana teknologi baru boleh diterima dan diguna pakai. Contohnya

dalam mencari sesuatu maklumat, tidak sekadar menggunakan satu tapak medium

sahaja seperti menggunakan “google” sahaja, tetapi sepatutnya mempelbagaikan

dan memperluaskan pencarian maklumat tersebut dengan menerokanya dengan

lebih mendalam.

(vii) Pelajar berani mengambil risiko

Pelajar alaf 21 ini berani mengambil risiko terhadap apa yang dilakukan,

malah sanggup mencuba sekiranya apa yang dilakukan tidak memberikan hasil

yang memuaskan. Ini bermaksud pelajar telah beralih daripada mentaliti biasa

kepada mentalilti yang sanggup menanggung risiko dan akibat.

(viii)Pelajar lebih menghargai masa dalam kehidupan

Apabila wujudnya kemudahan teknologi, maka lebih mudah pelajar untuk

mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ini secara tidak langsung telah

24

Page 25: Asgmnt abad 21 full

mendidik pelajar untuk menghargai masa dalam kehidupan yang ada. Pelajar juga

mampu menguruskan masa dengan melaksanakan perkara-perkara yang berfaedah

dan memberi kesan yang positif kepada mereka.

Kelahiran pelajar yang berfikiran serta bermotivasikan alaf 21 mampu

membawa pendidikan negara maju seiring dengan matlamat negara untuk menjadi

sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Ciri-ciri pelajar abad 21 sememangnya

perlu diterapkan dalam pelajar Malaysia pada hari ini tanpa mengabaikan nilai-nilai

insaniah bagi memastikan pelajar Malaysia mampu maju dari pelbagai aspek.

25