asgmnt mte3107.doc

33
1

Upload: ratha-shegar

Post on 19-Nov-2015

44 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997a). Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan keterampilan (competence) dalam melaksanakan proses PdP dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980). Pengajaran matematik yang berkesan akan melibatkan beberapa kemahiran, antaranya ialah:-

a) Perancangan mengajar

b) Pelaksanaan pengajaran

c) Penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai

d) Pengayaan dan pemulihan

e) Menilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran

f) Pengurusan bilik darjah

g) Penilaian terhadap bahan dan kurikulum matematik

Setiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya. Amat jarang kedapatan di kalangan guru-guru yang dapat mengajar secara berkesan, jelas, tanpa sebarang gangguan dengan hanya berbekalkan kebolehan semula jadi (D' Augustine, 1973). Pengajaran matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting seperti berikut:-

a) Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik

b) Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif PdP secara eksplisit

c) Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan skim matematik yang sedia ada dalam minda pelajar.

d) Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan sesuatu konsep

e) Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah.

f) Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses PdP.

g) Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan pelajar.

h) Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses PdP serta aktiviti luar kelas.

Ini bermakna bahawa proses PdP yang berkesan memerlukan guru memilih pendekatan yang sesuai dan berkesan untuk memastikan murid dapat memahami suatu topik pengajaran matematik dengan berkesan seperti berikut :

2.0 Pendekatan Pengajaran Matematik

Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran matematik yang berkesan dan mampu meningkatkan kefahaman konsep pelajar terhadap suatu maata pelajaran, terdapat pelbagai pendekatan pengajaran yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini. Antaranya adalah pendekatan kontekstual. Dalam menjalankan aktiviti P&P Matematik yang menekankan kepada penggunaan pendekatan kontekstual, terdapat beberapa proses atau peringkat pelaksanaan aktiviti P&P Matematik dengan menggunakan pendekatan ini yang dikenali sebagai proses REACT (Hull. D, 1997). REACT juga adalah ciri utama yang perlu diutamakan oleh guru dalam menggunakan pendekatan kontekstual dalam aktiviti PdP. Oleh itu, berikut adalah menerangan berkenaan dengan proses pelaksanaan pendekatan kontekstual dalam aktiviti PdP Matematik:-1) Proses Menghubungkait (Relating)

Proses pertama dikenali sebagai proses menghubungkait pengajaran dalam konteks pengalaman hidup. Guru perlu membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk seperti tajuk Wang dan perlu menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar ke dalam topik yang dijalankan ini. Menurut Wan Absah bte Wan Kadir (1997) perkara ini akan membolehkan pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang dipelajari dengan penggunaan harian dan pelajar mengetahui penggunaan ilmu dalam bidang pekerjaan serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang profil pekerjaan. Contohnya, menghubungkaitkan proses perbelanjaan murid semasa membeli makanan di kantin sekolah. Katakan murid mempunyai wang sebanyak RM3.00 dan telah membeli makanan dan minuman yang berjumlah RM2.50, maka baki wang murid yang masih tinggal adalah 50 sen. Ini bermakna bahawa pengalaman sedia ada murid yang dilakukan setiap hari dapat dihubungkaitkan dan diaplikasikan sebagai contoh dalam menjalankan aktiviti kontekstual.

2) Proses Pengalaman (Experiencing)

Peringkat atau proses kedua dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual dalam aktiviti P&P Matematik adalah peringkat pengalaman. Dalam pengajaran, guru memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Guru dikehendaki melibatkan pelajar secara aktif dalam membuat ujikaji dan menemui idea dan fakta. Ini akan menjadikan pelajar dapat melibatkan diri dengan ujikaji secara menyeluruh dan membentangkan hasil kerja mereka dengan lebih yakin. Dengan itu, pelajar telah memperoleh pengalaman yang berguna dalam pembelajaran di kelas (Wan Absah Wan Kadir,1997). Ini bermakna bahawa guru memberikan satu pengalaman baru kepada murid tentang topik pengajaran yang dijalankan. Dalam pelaksanaan aktiviti PdP untuk topik Wang misalnya di mana guru boleh mengemukakan satu situasi dan menggambarkan murid berada dalam situasi tersebut. Contohnya murid diberikan RM1,000 untuk menjalankan satu akiviti di sekolah seperti membuka gerai makanan. Dalam menyelesaikan perkara ini, maka murid akan membahagi-bahagikan wang tersebut kepada beberapa perkara untuk mencapai matlamat mereka untuk membukan gerai makanan. Secara tidak langsung, pengalaman baru yang didedahkan kepada murid akan dapat meningkatkan tahap perkembangan kognitif mereka dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan murid.

3) Proses Aplikasi (Applying)

Proses ketiga dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual adalah peringkat aplikasi. Dalam hal ini, guru menyalurkan sesuatu pengajaran kepada pelajar dan pelajar boleh menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi dalam aktiviti kehidupan murid pada masa akan datang. Semasa pengajaran dijalankan, para pelajar didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang membolehkan mereka mengaplikasikan aktiviti dalam kelas dengan aktiviti di luar. Menurut Hungate (1982), ciri-ciri aplikasi dalam pengajaran telah dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam satu-satu mata pelajaran yang diajar. Contohnya seperti murid diarahkan oleh ibu bapa mereka untuk membeli barangan di kedai runcit yang meliputi beras, gula, dan sebagainya. Untuk itu, murid diberikan wang berjumlah RM50 untuk mendapatkan makanan tersebut. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang telah dipelajari, maka murid akan dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada ke dalam keadaan sebenar. Dengan cara seperti ini juga, kefahaman murid dalam menguasai topik Wang akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik. Ini bermakna bahawa peringkat ketiga dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual ini adalah sebagai satu langkah yang akan dapat memastikan murid tidak akan menghadapi masalah dalam suatu keadaan atau situasi pada masa akan datang.4) Proses Kerjasama (Cooperating)

Peringkat keempat dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual untuk topik Wang ini adalah peringkat kerjasama iaitu pengajaran dalam konteks berkongsi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Guru memainkan tugas penting dalam mewujudkan sikap bekerjasama yang baik dalam pengajaran dan menjadikan proses pengajaran lebih aktif dengan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pelajar (Pedrotti L. S.,1997). Kesannya, membolehkan individu mengenalpasti minat dan keperluan pembelajaran yang unik, perbezaan individu dan pelajar lebih memahami aspirasi kumpulan.

Dalam erti kata lain, guru merancang satu aktiviti yang akan dapat meningkatkan kerjasama di kalangan murid dalam menyelesaikan suatu masalah atau situasi. Contohnya seperti guru memberikan satu situasi di mana murid dikehendaki untuk mengira atau menyatakan jumlah perbelanjaan mereka dalam tempoh sebulan yang meliputi beberapa bentuk perbelanjaan. Kesemua bentuk perbelanjaan ini perlu direkodkan dan dijumlah di akhir aktiviti perbincangan. Ini adalah untuk memastikan murid akan dapat bekerjasama semasa mereka dalam menyelesaikan suatu tugasan dan seterusnya dapat membantu meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep Wang dengan lebih jelas. 5) Proses Pemindahan (Tranferring)

Peringkat terakhir dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual adalah proses pemindahan iaitu pengajaran dalam konteks penyaluran pengetahuan oleh guru. Guru akan menyalurkan pengetahuan mereka melalui kaedah-kaedah yang disarankan dalam pendekatan pengajaran secara kontekstual dengan cara timbal balik. Guru akan membimbing pelajar menemui pengetahuan baru melalui penerokaan, pengujian dan mencari jawapan. Kesemua ciri ini dapat dilaksanakan dengan bantuan penggunaan media pengajaran yang berkesan (Hull D., 1997). Pemindahan ini juga akan menyebabkan pelajar lebih mudah membuka peluang sedia ada mereka melalui pelbagai situasi pembelajaran.

Contohnya seperti menjalankan pelbagai bentuk latihan yang berkaitan dengan topik Wang untuk menguji tahap kefahaman dan penguasaan murid terhadap topik ini. Pada peringkat ini juga, guru perlu mengajukan pelbagai bentuk persoalan kepada murid yang akan dapat merangsang murid untuk berfikir dan menjana idea untuk menyelesaikan atau menjawab setiap latihan yang diberikan. Dengan cara seperti ini juga, proses meningkatkan kefahaman murid terhadap topik yang dibincangkan akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

Daripada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa pelaksanaan pendekatan kontekstual perlu melaui lima peringkat atau proses yang dinyatakan di atas. setiap peringkat ini mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tertentu yang mana akan dapat membantu murid memahami suatu topik pengajaran dengan lebih cepat dan kekal seperti mana kefahaman mereka terhadap suatu topik pengajaran matematik seperti topik Wang yang telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan kontekstual. Sekiranya proses ini tidak ditekankan dalam melaksanakan pendekatan kontekstual ini, maka usaha untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap topik Wang ini tidak akan dapat dicapai dengan berkesan. Sebaliknya, guru akan memerlukan masa yang lebih lama untuk memastikan murid dapat menguasai topik ini dengan sebaiknya.

3.0 Kaedah dan Teknik Pengajaran Matematik

Bagi kaedah dan teknik pengajaran, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran untuk diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik. Contohnya seperti kaedah pengajaran berasaskan masalah (PBM). Kaedah PBM adalah kaedah pengajaran yang mana aktiviti PdP dimulakan dengan mewujudkan satu masalah atau persoalan di awal aktiviti PdP untuk difahami maksudnya (Mok Soon Sang, 1998). Penggunaan kaedah PBM ini juga lebih berkonsepkan pelaksanaan aktiviti PdP yang banyak menyelesaikan pelbagai soalan matematik. Oleh itu, kaedah PBM ini telah digunakan oleh guru dalam menjalankan aktiviit PdP untuk topik wang yang menjadi salah satu topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran matematik tahun 5. Daripada pelaksanaan aktiviti PdP guru, maka berikut adalah proses pelaksanaan kaedah PBM ini juga telah dilaksanakan oleh guru dalam aktiviti PdP yang dijalankan:-1) Peringkat Membina MasalahPelaksanaan kaedah PBM ini perlu dimulakan dengan membina dan mewujudkan satu persoalan dan masalah yang perlu difahami oleh murid tentang topik pengajaran yang akan dijalankan (Boud dan Fletti, 1991). Semasa guru ingin membina soalan atau masalah, guru perlu memastikan agar masalah yang dibina dan dibangkitkan tersebut perlu sesuai dengan topik pengajaran yang dijalankan. Dalam pada itu, masalah yang dibangkitkan juga perlulah mempunyai maksud tersirat tentang topik pengajaran yang dijalankan. Ini penting agar murid dapat berfikir tentang topik pengajaran yang akan dijalankan dan ini adalah elemen penting untuk menjayakan pelaksanaan kaedah PBM ini.

Perkara ini juga turut dilakukan oleh guru di mana beliau telah membina satu persoalan atau masalah yang bertujuan untuk memberikan gambaran awal kepada murid tentang topik pengajaran yang akan dijalankan. Berikut adalah masalah yang telah dibina oleh guru di peringkat awal pelaksanaan aktiviti PdP:-

Kita sangat memerlukan perkara ini untuk memenuhi pelbagai keperluan kehidupan. Tanpa perkara ini, kita tidak akan dapat menjalani kehidupan untuk dengan sempurna. Kita memerlukannya untuk makan, beriadah, berbelanja dan sebagainya. Kita juga memerlukannya semasa hendak ke sekolah. Tanpanya, kita tidak akan dapat membeli makanan di kantin sekolah.

Dalam persoalan ini, guru telah menggantikan perkataan wang dengan istilah perkara agar tidak memberikan gambaran yang jelas kepada murid tentang topik pengajaran yang akan dijalankan. Dengan menggunakan istilah seperti ini, maka murid akan dapat berfikir tentang aktiviti PdP yang akan dijalankan.

2) Peringkat MenghubungkaitSetelah murid diajak untuk berfikir tentang topik pengajaran yang akan dijalankan, peringkat pelaksanaan kaedah PBM adalah dengan menghubungkaitkan masalah tersebut dengan pengalaman sedia ada murid dan juga topik pengajaran yang akan dijalankan (Noraini Idris, 2005). Semasa proses ini dijalankan, guru perlu memberi penerangan ringkas kepada murid tentang topik yang diajarkan seperti penerangan guru tentang topik wang yang akan diajarkan kepada murid. Pada peringkat ini juga, guru juga turut menjelaskan kepada murid beberapa persoalan lain yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Ini adalah untuk memastikan agar murid dapat memahami topik pengajaran dengan lebih jelas sebelum guru meneruskan proses pengajaran ke peringkat yang seterusnya. Pada peringkat ini juga, guru turut mewujudkan komunikasi dua hala dengan murid yang bertujuan untuk memastikan murid mendapat gambaran yang lebih jelas tentang topik wang yang akan dibincangkan. Secara tidak langsung, proses menghubungkait masalah yang dibangkitkan oleh guru dengan topik pengajaran dan pengalaman sedia ada murid, akan memudahkan lagi murid untuk memahami topik wang.

3) Peringkat Penerokaan dan PerbincanganSetelah murid didedahkan dengan maklumat dan informasi yang berkaitan dengan topik pengajaran yang akan dijalankan, proses pelaksanaan kaedah PBM yang seterusnya adalah menjalankan aktiviti perbincangan dan penerokaan yang mana murid akan cuba untuk menyelesaikan pelbagai bentuk persoalan yang dibangkitkan oleh guru (Marrison dan Lowther, 2003). Menurut Boud dan Fletti (1991), guru perlu memastikan agar setiap murid melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam proses PdP yang dijalankan. Ini adalah untuk memastikan agar murid dapat mengambil manfaat dan kelebihan daripada proses perbincangan dan penerokaan yang dijalankan. Keadaan seperti ini turut menjadi penekanan kepada guru yang mana turut menjalankan aktiviti perbincangan dan penerokaan di kalangan murid. guru telah menyediakan pelbagai bentuk soalan yang mempunyai aras kesukaran yang berbeza. Kesemua soalan ini juga perlu diselesaikan oleh murid menerusi perbincangan dan meneroka pelbagai kemungkinan jawapan bagi setiap soalan yang ada. Dengan menjalankan aktiviti perbincangan dan penerokaan seperti ini, murid yang lemah akan dapat dibantu untuk memahami topik wang dengan lebih baik. 4) Peringkat Penilaian

Proses penerokaan dan perbincangan yang telah selesai dijalankan oleh murid akan diteruskan dengan proses penilaian yang merupakan peringkat keempat dalam pelaksanaan kaedah PBM. Penilaian yang dijalankan oleh guru perlulah menjurus kepada objektif pengajaran guru dan juga objektif pelaksanaan kaedah PBM iaitu untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah pelbagai bentuk soalan matematik yang mempunyai aras kesukaran yang berbeza (Khairani dan Hazali, 2000). Penilaian terhadap dua aspek ini juga penting dalam memastikan agar setiap aktiviti P&P yang dijalankan oleh guru tidak menyimpang daripada fokus utama yang ingin dicapai dalam mata pelajaran matematik.

Oleh itu, guru juga turut menjalankan penilaian kepada beberapa aspek. Antaranya ialah:-

Guru telah menilai kesemua jawapan yang telah disediakan oleh setiap murid dalam kumpulan perbincangan mereka. Contohnya seperti cara murid menyediakan jalan penyelesaian untuk setiap soalan, kesilapan yang kerap dilakukan oleh murid dalam menyediakan jawapan soalan dan seumpamanya.

Guru juga turut menilai tahap perkembangan pengetahuan dan kefahaman murid terhadap topik wang dengan mengemukakan beberapa persoalan tambahan secara lisan semasa proses menyemak jawapan murid dijalankan. Ini adalah sebagai salah satu langkah yang akan membantu guru menilai tahap kefahaman sebenar murid terhadap topin wang yang telah dijalankan.

Penilaian juga turut dijalankan ke atas perkembangan kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah yang telah dicapai oleh murid semasa proses perbincangan dan penerokaan dijalankan.

Oleh yang demikian, tiga aspek penilaian yang dinyatakan di atas telah dijadikan sebagai kriteria utama yang ditekankan oleh guru dalam memastikan pelaksanaan kaedah PBM dapat memberikan kesan yang memuaskan kepada setiap murid.

5) Peringkat Pemindahan Maklumat

Proses terakhir dalam pelaksanaan aktiviti PBM adalah proses pemindahan maklumat yang mana guru akan merumuskan aktiviti PdP dengan menjelaskan secara lebih terperinci kepada murid tentang topik pengajaran yang telah dijalankan (Savery dan Duffy, 1995). Semasa merumuskan aktiviti PdP, guru telah menjelaskan semula kepada murid tentang konsep wang yang telah dijalankan. Dalam pada itu, beliau juga turut menjelaskan kepada murid tentang cara untuk menyelesaikan setiap persoalan dengan betul khususnya soalan yang telah dibincangkan oleh murid. Ini adalah sebagai salah satu langkah yang akan dapat mengukuhkan lagi pengetahan dan kefahaman murid tentang topik wang yang telah dibincangkan.Daripada penjelasan di atas, dapat dilihat bahawa proses pelaksanaan kaedah PBM menjurus kepada lima proses yang utama. Setiap proses dan peringkat pelaksanaan kaedah PBM ini juga dilaksanakan dengan lebih baik agar dapat membantu guru meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid terhadap topik pengajaran yang dijalankan.HUBUNGKAIT ANTARA STRATEGI,PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK.

4.0 Kesimpulan

Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik, guru boleh menggunakan beberapa pendekatan dan kaedah pengajaran. Antaranya ialah kaedah berasaskan web yang mana guru menggunakan laman web dan beberapa perisian pembelajaran berasaskan komputer sebagai medium pengajaran (Mok Soon Sang ,1989). Guru juga menggunakan kaedah pengajaran berasaskan masalah yang mana guru menyatakan pelbagai bentuk masalah yang berkaitan dengan topik Matematik yang diajarkan kepada murid. dalam aktiviti ini, murid perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam memastikan setiap masalah dapat diselesaikan dengan lebih dan memuaskan (Khairani dan Hazali, 2000). Selain itu, kaedah pengajaran kontekstual juga boleh digunakan yang mana mengaitkan pengalaman seharian murid dalam menjalankan aktiviti P&P Matematik (Md. Nor Bakar, 1995). Begitu juga dengan kaedah konstruktivisme yang mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan topik pengajaran matematik yang diajarkan (Noraini Idris, 2005). Kesemua empat kaedah pengajaran ini adalah bentuk dan kaedah pengajaran yang semakin sinonim dengan guru Matematik dalam melaksanakan aktiviti PdP Matematik Jumlah : 2,740 PerkataanRujukanD Augustine, C. H. (1973). Multiple Methods of Teaching Mathematics in the Elementary School, Harper & Row Publisher, New York

Forsten, C. (1992). Teaching Thinking and Problem Solving in Math. Scholastid Professional Books, New York

Ibrahim Md. Noh (1994). Reformasi Pendidikan Matematik. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pakar Pendidikan Matematik Rendah. Bangi: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

Kennedy, L.M and Tipps, S. (1994). Guiding Childrens Learning Of Mathematic. Belmont: Wadsworth Publishing Company. Khairani Abu Bakar, & Hazali Hassan. (2000). Penilaian di Dalam Kelas Matematik KBSR. Cerdik Publications Sdn. Bhd, Pulau Pinang

Md. Nor Bakar (1995). Masalah Pengkonsepan dalam Matematik. Jurnal Pendidikan UTM. 1(1): 72 80, Johor

Mok, Soon Sang (1998). Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat Sekolah Rendah, Longman Malaysia, Petaling Jaya, Selangor

Mok Soon Sang (1989). Penyuburan Dan Perkaedahan Matematik, Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Newman, M. A. (1977). An Analysis of 6th. Grade Pupil's Error on Written Mathematical Task. Research in Mathematical Education in Australia. Vol.5: 239 - 258

Ngean, Ng See (1984). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Menengah di Malaysia. Kertas yang dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Matematik. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor

Noraini Idris (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Seow Siew Hua (1995). Pengajaran Matematik KBSR. Shah Alam.Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

RANCANGAN MENGAJAR MATEMATIK TAHUN 21. Tarikh

8 April 2013

2. Masa

60 minit

3. Tahun

3 UKM

4. Bilangan murid

36 orang

5. Mata Pelajaran

Matematik

6. Tajuk Pengajaran

Masa dan Waktu

7. Standard kandunganMurid dibimbing untuk:-9.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit.

8. Standard PembelajaranMurid berupaya untuk:-

(iii) Menyatakan dan menunjukkan waktu dalam jam dangan dan

lima minit.

9. Pengetahuan SediaAda

1. Murid telah mengenali istilah-istilah jam,minit dan waktu.(pagi,tengahari,malam)2. Murid pernah menyebut waktu dalam jam 3. Murid telah mengenal tanda senggatan minit pada muka jam.

10. Objektif PengajaranMurid dapat :-1. Menyata dan menunjukkan waktu dalam jam dan gandaan lima minit dalam sistem 12 jam sekurang-kurangnya 3 daripada 5 waktu. 2. Menulis waktu dalam jam dan minit dalam sistem 12 jam sekurang- kurangnya 3 daripada 5 waktu dengan betul

11. Isi Pelajaran1. Menyatakan waktu menjalankan aktiviti harian.2. Menyatakan ciri-ciri sebuah jam3. Menyata,Menunjuk dan Menulis waktu dalam bentuk jam dan minit.4. Latihan pengukuhan, pengayaan dan penilaian.

12. Nilai-nilai murni

1. Jujur, Kreatifdan Cekap dalam pengurusan masa. 2. Konsentrasi, Teliti, Disiplin3. Semangat bekerjasama dalam kumpulan.

13. Alat Bantu Mengajar

. JamEva,Jam Dinding,Slaid Power Point, LCD Projektor,Laptop, Kad nombor, Pen berwarna ,Lembaran kerja dan Carta.

14. Bahan Rujukan

Bahan rujukan TMK:1) Bahan Bantu Mengajar berbentuk slaid persembahan MS PowerPoint dan Perisian Permainan .2) Perisian MS Word dan dokumen-dokumen berkenaan masa dari Cd Room.Bahan rujukan bukan TMK:a. Buku teks tahun 1, 2 dan 3 dan buku aktiviti.b. Carta dan kad imbasan.c. Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 2.

15. Langkah keselamatan

1) Guru mengingatkan pelajar tentang tatacara belajar dipersekitaran yang menggunakan projektor.2) Guru menekankan nilai murni dan memerhatikan pencapaian pembelajaran untuk domain afektif.

LangkahIsi PelajaranAktivitiPembelajarandanPengajaranABM, Nilai,KBKK, Strategi

Aktiviti GuruAktivitiMurid

Set Induksi

(5 minit)Menyatakan waktu menjalankan aktiviti

Pagi

Petang

Malam1.Guru menunjukkan

Beberapa aktiviti harian melalui slaid powerpoint dan menyoal murid:-

Apa yang kamu lihat dalam gambar?

Bilakah kamu melihat aktiviti tersebut dilakukan?

2.Guru meminta murid menyatakan bagaimana cara mengetahui masa aktiviti-aktiviti di dalam gambar di atas.

3.Guru akan menjelaskan bahawa masa itu amat penting dalam hidup.

1.Murid menyatakan waktu dan masa aktiviti tersebut berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

2. Murid akan memberi jawapan jam.Laptop

Jujur,kerjasama dan amanah,

ketelitian

Menjana idea

Kaedah Penyoalan

Langkah 1

(15 minit)Menyatakan ciri-ciri sebuah jam.

Jarum

Pendek(jam),

Jarum Panjang

(minit),Jarumsaat

Menyatakan waktu dalam jam dan minit

Menunjukkan waktu yang disebut

1.Guru akan menunjukkan model muka jam dinding. Guru akan bersoal jawab dengan murid

Ini apa? Ceritakan apa yang terdapat dalam jam ini.2.Guru menegaskan terdapat jarum jam pendek,jarum minit pada panjang pada muka jam

3. Guru akan gerakkan jarum minit untuk setiap segmen 5 minit mengelilingi muka jam.

4.Guru menerangkan setiap senggatan mewakili 5 minit

Sifir berapakah yang digunakan bagi menentukan minit?.5.Guru menerangkan cara membaca waktu dalam jam dan minit. Sebut jam dahulu, diikuti dengan minit.

6.Guru menetapkanjarumjam antara4 dan 5 danjarumminitpada 6.7.Guru teruskan aktiviti dengan penetapan waktu yang berlainan9.Guru meminta beberapa orang murid tampil kehadapan menyebut waktu dalam jam dan minit.1.Murid memberikan respon dengan menjawab secara lisan mengenai ciri-ciri muka jam.

2. Murid akan bilang dalam gandaan 5.

3. Murid membaca setiap segmen 5 minit, iaitu 5 minit, 10 minit, 15 minit ...... sehingga 60 minit.

4.Murid-murid akan mendapati apabila jarum minit membuat satu pusingan,jarum jam akan bergerak satu jam, iaitu dari 12 ke 1.

5.Murid memerhati dan memberi maklum balas berkaitan waktu yang ditunjukkan iaitu 6:05.

6.Murid akan membaca waktu yang ditunjukkan pada jam Enova .

7.Murid akan mengerakkan kedudukan kedua-dua jarum mengikut masa yang disebut.

Jam dinding,JamEnova,Carta

Jujur, bekerjasama

Analisis, menjana idea ,kreatifKaedah

Eksposisi ,

Strategi berpusatkan bahan,

Langkah 2

(10 minit)

Menulis waktu yang dinyatakan

9:20

1.Guru menerangkan cara menulis waktu dalam jam dan sengatan minit dengan mengunakan jam Eva

Tulis dulu jam diikuti minit dalam bentuk angka

pastikan ada tanda titik selepas tulis jam diikuti minit

2.Guru membimbing murid menulis waktu dalam bentuk jam dan minit

i. Di manakah letaknya jarum pendek?

ii. Di manakah letaknya

jarum panjang?

1.Guru akan meminta murid menulis waktu yang ditunjukkan dalam bentuk angka.

2.Guru teruskan aktiviti dengan penetapan waktu yang berlainan dalam jam Eva itu.

1.Murid akan memberi maklumbalas dengan positif

2.Murid akan cuba menulis waktu atas angin.

3.Murid akan menulis masa yang ditunjukkan dalam bentuk angka dengan menggunakan jam Eva dan pamerkan di hadapan kelas.

Jam Eva, White board pen

Bahan grafik:

Carta

Bekerjasama,

Bertoleransi

tanggungjawab

Menjana idea. Analisis,,Sintesis idea

Kaedah Eksposi

Langkah 3

(15 minit)Aktivitipengukuhan

Pukul 2:15,Pukul3:45,Pukul 4:30,Pukul 5:50

1.Guru akan bahagikan murid kepada 6 kumpulan.

2.Setiap ketua kumpulan diberikan satu jam Eva bersama satu sampul surat. Dalam setiap sampul itu terdapat sekeping kad yang berwarna.

3.Guru meminta setiap kumpulan menunjukkan waktu yang yang disebut oleh setiap ketua kumpulan melalui jam Eva.

4.Guru akan memberi mata kepada setiap kumpulan yang menunjuk waktu yang tepat dalam.

5.Selepas itu meminta menulis waktu tersebut dalam kad berwarna yang diberi. Aktiviti ini akan berterusan sehingga semua ketua kumpulan mengambil bahagian.

6.Guru meminta menukar kad berwarna itu sesama kumpulan.

7.Guru akan memberikan jawapan setelah bincang dengan semua murid.

8.Guru akan membuat penghargaan kepada setiap hasil kerja kumpulan.1.Setiap ketua kumpulan akan mendapatkan jam Eva dan sampul surat.

2.Para Murid akan mengerakkan jarum jam mengikut waktu yang disebut menggunakan jam Eva

3.Murid menulis waktu dalam jam dan minit setelah berbincang dengan rakan rakan sekumpulannya.

4.Setiap kumpulan akan bertukar kad berwarna itu dan menandakannya. Guru bertindak sebagai fasilitator.

Hasil kerja murid akan dipamerkan. Kumpulan yang mendapat semua betul dikira pemenang.

Jam Eva,Kad berwarna,Sampul surat,Carta dan pen berwarna

Kerjasama,

Bertoleransi,

Tanggungjawab

Jujur

Analisis,

Menjana idea,

Menyelesaikan masalah,

Berjimatcermat.

Kaedah

Simulasi,

Kaedahperbincangan

Langkah 4

(10 minit)Latihan pengukuhan/

pengayaan

1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.

2.Guru menerangkan cara menjawab soalan dalam lembaran kerja tersebut.

3.Guru membincangkan jawapan bersama-sama murid1.Murid menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam lembaran kerja yang diedarkan.

2.Murid saling bertukar lembaran kerja dan menandakannya.Media cetak : Lembaran kerja

Jujur

Analisis,

Menjana idea.

Kaedah

Perbincangan

Penutup

(5 minit)Permainan My Clock Games1.Guru menggunakan talian internet untuk memaparkan permainan My Clock Games kepada murid.

A.Guru mengadakan pertandingan diantara murid.

~Sebutkan waktu

yang ditunjukkan.~Tunjukkan waktu

yang dipaparkan.

B.Guru akan memberi ganjaran kepada pemenang

C.Guru akan membuat rumusan hasil pembelajaran yang dipelajari pada hari ini.(Menerapkan sikap mementingkan pengurusan masa)

Murid akan menonton permainan yang dipaparkan dalam laptop.

Murid akan memberi respons yang positif .Media :

Talian internet

htttp

Bekerjasama,

Menjana idea.

Kaedah Permainan

LAPORAN REFLEKSI MTE3107

Bersyukur pada tuhan kerana dengan berjayanya saya berjaya menyiapkan tugasan bagi Perancangan dan Pengajaran Matematik (MTE3107) iaitu membuat kajian tentang aplikasi penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajarandan pembelajaran matematik secara individu dan menyediakan satu rancangan pelajaran harian ( RPH) untuk tempoh satu jam serta bahan bantu mengajar secara berpasangan.

Saya berpasangan dengan Pn.Vellamah merancang dan membincang tugasan yang diberikan dahulu. Hasil perbincanganya kami memahami kehendak soalan supaya hasil tugasan tidak bercanggah dengan soalannya. Bagi saya tajuk individu amat sesuai dengan saya kerana mengajar Matematik di sekolah. Saya mendapati ada banyak perkara yang perlu diteliti sebelum mengajar murid-murid yang terdiri daripada pelbagai tahap.

Saya mencari bahan dari pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci. Dalam masa yang sama, rakan saya juga mencari bahan bagi tugasan individu. Jadi, kami sentiasa menghubungi untuk membincang dan berkongsi maklumat yang diperolehnya. Hasil dari kajian ini saya memahami murid mesti digalakkan untuk berfikir agar pemikiran mereka sentiasa aktif dan berkembang. Saya membuat satu kajian setelah memperoleh bahan yang secukupnya.

Kami mengambil masa panjang untuk berfikir tajuk yang mana perlu dipilih untuk menghasilkan rancangan pengajaran harian yang menarik. Akhirnya kami memutuskan untuk memilih tajuk masa untuk menggajar tahun dua. Setelah tajuk dipilih kami, merancang untuk menentukan kaedah dan teknik pengajaran yang kami gunakan semasa menghasilkan RPH. Akhirnya kami bertekad untuk menggunakan gabungan beberapa jenis kaedah agar pengajaran dan pembelajaran lebih efektif. Kami dapat menghasilkan rancangan pengajaran harian yang lengkap serta format yang dikehendaki oleh pensyarah.

Seterusnya kami perlu menghasilkan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Jadi, kami berfikir dan membincang untuk membina BBM yang menarik dan mudah diubahsuai. Akhirnya kami dapat menghasilkan BBM dengan berjaya. Kami berharap BBM ini akan dapat memberi manfaat kepada murid untuk memahami tajuk masa.

Beberapa halangan terpaksa saya tempuhi terutama dengan pengurusan masa. Walaubagaimanapun, saya telah membahagikan masa dengan semaksimum yang mungkin untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Setelah menyiapkan tugasan yang diberi baru saya berasa lega dan gembira. Akhir sekali, saya sedar bahawa persediaan awal yang rapi adalah perlu dan mustahak agar dapat menguasai penggunaan masa dalam kelas dengan baik.

Kesimpulannya, saya mempelajari banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembalajaran bagi memastikan murid menguasai kemahiran yang diajar.

Disediakan oleh,

MOHANARAJ GANASEN

841117-06-5323

4.14 MATEMATIK

PENDEKATAN

MODEL PRINSIP DAN TEORI PEMBELAJRAN

STRATEGI PENGAJARAN

KAEDAH-KAEDAH

TEKNIK-TEKNIK MENGAJAR

AKTIVITI

PAGE 27