rp h bm asgmnt mac2012
DESCRIPTION
bmTRANSCRIPT
1
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah bersyukur kepada tuhan kerana saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing saya, Dr. Faridah Bt. Nazir kerana telah banyak
memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan kerja kursus ini. Beliau membantu dari
mula sehingga akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.
Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya
kerana kami banyak bertukar-tukar bahan rujukan, pendapat, dan kami membantu
antara satu sama lain dalam menghasilkan kerja kursus ini. Kami belajar erti
kerjasama dan berkongsi idea yang bernas dalam menghasilkan sesuatu yang
terbaik.
Saya berasa gembira kerana dapat melaksanakan seterusnya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.Banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang
proses menyiapkan kerja kursus pendek ini. Semasa membuat tugasan ini saya
banyak mendapat input baru tentang sukatan pelajaran Bahasa Malaysia sekolah
rendah melalui perbandingan antara kemahiran-kemahiran seperti kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca serta menulis di samping memperoleh
pengetahuan baru untuk menyediakan rancangan pelajaran harian. Secara tidak
langsung, hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan
dan juga merapatkan jurang komunikasi antara saya dengan pensyarah
pembimbing.
Akhir sekali, saya berharap tugasan yang telah saya sempurnakan ini
mendapat tempat di hati pemeriksa. Melalui tugasan ini, dapat membantu saya
untuk menjadi guru yang dapat menjana modal insan yang gemilang pada masa
akan datang. Insyaallah.
Sekian, terima kasih.
2
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid
mengetahui dan berkeupayaan:
i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam
persekitaran dengan teliti dan betul;
ii. mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul;
iii. mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang
mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan
konsonan bergabung dengan betul dan tepat;
iv. mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul
dan tepat;
v. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak
laku berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;
vi. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang
mengandungi diksi, kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua
dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;
vii. bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang
didengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul; dan
viii. berbicara untuk menyampaikan maklumat tantang sesuatu perkara dengan
tepat dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.
3
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MEMBACA
Objektif Kemahiran Membaca
Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan:
i. membaca pelbagai perkataan, frasa, dan ayat secara mekanis dengan
sebutan dan intonasi yang betul;
ii. membaca dan memahami perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan
dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan betul;
iii. membaca ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan
yang betul;
iv. membaca dengan sebutan, intonasi dan jeda mengikut tanda baca dengan
betul;
v. membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan
untuk mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasi dengan betul;
vi. membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan
betul dan memindahkan kepada bentuk bukan grafik; dan
vii. membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk
memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan.
4
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MENULIS
Objektif Kemahiran Menulis
Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan:
i. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;
ii. menulis secara mekanis bentuk huruf dan perkataan yang mengandungi suku
kata terbuka dan tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas;
iii. menulis perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku
kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan
betul;
iv. menulis secara mekanis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas;
v. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
vi. menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan
suku kata tertutup dengan ejaan yang tepat;
vii. mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dengan betul untuk
diklasifikasikan;
viii. menulis untuk menyampaikan maklumat yang tepat menggunakan bahasa
yang santun;
ix. menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara terkawal
dengan betul; dan
x. mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan.
5
BANDING BEZA KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
6
7
BANDING BEZA KONSEP KEMAHIRAN MEMBACA
8
BANDING BEZA KONSEP KEMAHIRAN MENULIS
9
10
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan salah satu kemahiran yang
menjadi unsur komunikasi yang tertua dan terpenting dalam kehidupan seharian.
Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran pertama dan utama yang
harus dikuasai oleh murid-murid. Hal ini disebabkan oleh, seseorang itu dianggap
sebagai fasih berbahasa tanpa perlu mengausai kemahiran mambaca dan menulis.
Kemahiran mendengar dan bertutur atau kemahiran lisan adalah komunikasi
bahasa yang paling asli. Perkara ini disebabkan oleh seseorang itu telah dianggap
sebagai fasih berbahasa tanpa perlu menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Lebih menarik lagi, seseorang yang telah menguasai kemahiran mendengar dan
bertutur didapati turut menguasai aspek tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi,
semantik dan idiom bahasa, iaitu yang diserap dan dipelajari melalui aktiviti
mendengar sebagai proses menerima komunikasi dan bertutur sebagai proses
menghasilkan bahasa ( Abdul Aziz Abdul Talib, 1993:65). Oleh yang demikian,
kemahiran mendengar dan bertutur merupakan dua kemahiran yang saling lengkap-
melengkapi. Kedua-dua kemahiran ini diajarkan kepada murid-murid supaya mereka
boleh memahami dan menghayati perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi. Seterusnya mereka dapat bertindak balas melalui pengucapan yang
gramatis.
Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan
teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta
dapat memberikan maklum balas. Kemahiran bertutur pula memberikan keupayaan
murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat,
perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul
secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang
menggunakan tatabahasa yang sesuai.
Kemahiran mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu
dipelajari secara intensif terutama ketika murid-murid berada di sekolah rendah.
Aktiviti mendengar penting dikuasai disebabkan penggunaannya yang begitu meluas
dalam kehidupan. Sehubungan dengan itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus
daripada masa yang digunakan adalah untuk mendengar. Oleh itu, murid-murid di
sekolah rendah lagi perlu memiliki kemahiran mendengar yang berkesan supaya
11
mesej yang diterima dapat dimanfaatkan dengan baik. ( Yahya Othman, 2005:26).
Penekanan terhadap kemahiran bertutur dalam kurikulum Bahasa Melayu pula
digambarkan melalui kemahiran berkomunikasi dan melahirkan idea.
Kemahiran berkomunikasi dan melahirkan idea turut mempengaruhi
kemahiran menghasilkan bahasa melalui penulisan. Perkara ini disebabkan oleh,
kemahiran mengeluarkan idea dan fikiran dengan menggunakan perbendaharaan
kata dan tatabahasa yang betul dalam penulisan, bermula dengan proses yang
serupa dalam pertuturan terlebih dahulu. Sehubungan itu, Mohd Hilmy Haji Ismail,
(1982:68-69) pernah menekankan akan peri pentingnya pengajaran dan kemahiran
bertutur dalam mata pelajaran Bahasa Melayudi sekolah rendah seperti berikut:
Pertuturan adalah menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa.
Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis. Murid-murid sepatutnya boleh
menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan
bertulis......Gerak kerja lisan memang ada dilakukan guru pada setiap pelajaran
bahasa. Namun demikian, ada juga guru yang melangkau aspek penting ini.
Bagi memahami jadual kemahiran dan bertutur, penelitian terhadap perkara
yang berada dalam jadual perlu dilihat dahulu. Parkara utama yang ada dalam
jadual ialah standard kandungan dan standard pembelajaran. Dalam standard
kandungan bagi kemahiran mendengar dan bertutur terdapat enam elemen utama
yang perlu diberi perhatian oleh guru terhadap sistem penomboran tersebut. Dlam
setiap satu elemen pula terdapat sub-sub elemen yang digelar standard
pembelajaran menjadi panduan oleh guru dalam menyediakan rancangan
pengajaran harian di sekolah. Berikut merupakan huraian bagi setiap elemen :
12
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Asas mendengar dan memberikan
respons dengan betul terhadap
pelbagai bunyi dalam persekitaran
1.1.1 Mengecam pelbagai bunyi dalam
persekitaran dengan teliti dan betul.
1.1.2 Mengecam dan mengajuk pelbagai
bunyi dalam persekitaran yang didengar
dengan betul.
1.1.3 Mendengar dan menentukan arah
bunyi dalam persekitaran dengan betul.
Jadual merujuk standard kandungan 1.1
i. Bagi elemen pertama dinomborkan sebagai 1.1 dan standard kandungan
yang terdapat pada elemen tersebut ialah asas mendengar dan memberikan
respons dengan betul terhadap pelbagai bunyi dalam persekitaran. Satandard
pembelajaran sebanyak tiga sub dilabelkan sebagai 1.1.1, 1.1.2, dan 1.1.3,
setiap penomboran yang dilabelkan mempunyai aktiviti tersendiri. Bagi
standard pembelajaran bernombor 1.1.1 aktivitinya ialah mengecam pelbagai
bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul. 1.1.2 pula ialah mengecam
dan mengajuk pelbagai bunyi dalam persekitaran yang didengar dengan betul
dan 1.1.3 melakukan aktiviti mendengar dan menentukan arah bunyi dalam
persekitaran dengan betul.
13
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.2 Mendengar, mengecam, dan
menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad,
suku kata, perkataan, frasa dan ayat
dengan betul.
1.2.1 Mendengar, mengecam dan
menyebut nama abjad dengan betul dan
tepat.
1.2.2 Mendengar dan menyebut bunyi
vokal dan suku kata terbuka dengan
betul dan tepat.
1.2.3 Mendengar dan menyebut bunyi
vokal dan suku kata tertutup dengan
betul dan tepat.
1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut,
dan mengeja perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka dan
tertutup dengan betul dan tepat.
1.2.5 Mendengar, memahami, menyebut,
dan mengeja perkataan yang
mengandungi dua atau tiga suku kata,
diftong, vokal berganding, digraf dan
konsonan bergabung dengan betul dan
tepat.
1.2.6 Mendengar, memahami, dan
menyebut frasa dan ayat tunggal dengan
betul dan tepat.
Jadual merujuk standard kandungan 1.2
14
ii. Standard kandungan kedua dinomborkaqn sebagai 1.2 iaitu mendengar,
mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan,
frasa dan ayat dengan betul. Standart pembelejaran pula dinomborkan
sebagai 1.2.1, 1.2.2, 1.2.3, 1.2.4, 1.2.5, dan 1.2.6. Aktiviti mendengar,
mengecam dan menyebut nama abjad dengan betul dan tepat dinomborkan
sebagai 1.2.1, 1.2.2 pula melakukan aktiviti mendengar dan menyebut bunyi
vokal dan suku kata terbuka dengan betul dan tepat. Mendengar dan
menyebut bunyi vocal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat merujuk
nombor 1.2.3. Aktiviti mendengar, memahami, menyebut dan mengeja
perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul
dan tepat bernombor 1.2.4. bagi nombor 1.2.5 pula, aktiviti mendengar,
memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dia atau
tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung
dengan betul dan tepat. Aktiviti mendengar, memahami, dan menyebut frasa
dan ayat tunggal dengan betul dan tepat adalah milik nombor 1.2.6.
15
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.3 Mendengar, memahami dan
memberi respons terhadap sesuatu
arahan, soalan dan pesanan yang
didengar dengan betul.
1.3.1 Mendengar, memahami dan
memberikan respons terhadap sesuatu
arahan secara lisan atau gerak laku
dengan betul.
1.3.2 Mendengar, memahami dan
memberikan respons dengan betul
secara lisan terhadap pelbagai soalan
bertumpu.
1.3.3 Mendengar, memahami pesanan
dan memberikan respons secara gerak
laku yang betul.
Jadual merujuk standard kandungan 1.3
iii. Perkara yang terdapat dalam standard kandungan bernombor 1.3 ialah
mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan,
soalan dan pesanan yang didengar dengan betul. Penomboran yang terdapat
dalam standard pembelajaran tersebut ialah 1.3.1, 1.3.2, dan 1.3.3.
Kandungan pembelajaran yang terdapat dalam setiap penomboran tersebut
ialah 1.3.1 aktiviti mendengar, memahami dan memberikan respon terhadap
sesuatu arahan secara lisan atau gerak laku dengan betul. 1.3.2 malakukan
aktiviti mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara
lisan terhadap pelbagai soalan bertumpu. Bagi nombor 1.3.3 aktiviti
mendengar, memahami pesanan dan memberikan respons secara gerak laku
yang betul.
16
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan
permintaan tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber dalam
situasi formal dan tidak formal secara
bertatasusila.
1.4.1 Bertutur menggunakan diksi yang
betul secara bertatasusila.
1.4.2 berbual tentang sesuatu perkara
menggunakan kata panggilan dengan
tepat bagi ahli keluarga asas dalam
situasi tidak formal secara bertatasusila.
1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara
menggunakan kata ganti nama diri
pertama dan kedua dengan betul dalam
situasi tidak formal secara bertatasusila.
1.4.4 Bertutur dan menyatakan
permintaan untuk melakukan sesuatu
perkara dalam situasi tidak formal secara
bertatasusila.
Jadual merujuk standard kandungan 1.4
17
iv. Standard kandungan yang terdapat pada nombor 1.4 ialah bertutur, berbual
dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. Antara
standard pembelajaran yang ada ialah 1.4.1 bertutur menggunakan diksi yang
betul secara bertatasusila. 1.4.2 membuat aktiviti bebrbual tentang sesuatu
perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi ahli keluarga asas
dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. 1.4.3 berbual tentang sesuatu
perkara menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul
dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.aktiviti bertutur dan
menyatakan permintaan untuk melakukan sesuatu perkara dalam situasi tidak
formal secara bertatasusila pula bernombor 1..4.4.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.5 Bercerita dan menceritakan
sesuatu perkara semula dengan tepat
menggunakan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara
dengan tepat, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul menggunakan ayat
tunggal.
1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara
yang didengar dengan betul
menggunakan ayat tunggal.
Jadual merujuk standard kandungan 1.5
18
v. Nombor 1.5 dalam standard kandungan menyatakan tentang bercerita dan
menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul. Standard pembelajaran menyatakan
aktiviti yang perlu dilakukan mengikut penomboran. 1.5.1 aktiviti bercerita
tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul menggunakan ayat tunggal. 1.5.2 menceritakan sesuatu perkara yang
didengar dengan betul menggunakan ayat tunggal.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.6 Berbicara untuk menyampaikan
maklumat tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber dengan
tepat secara bertatasusila.
1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan
maklumat dengan tepat daripada
pelbagai sumber secara bertatasusila.
1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan
maklumat dengan tepat daripada
pelbagai sumber secara bertatasusila.
1.6.3 Berbicara untuk menyampaikan
maklumat dengan tepat tentang sesuatu
perkara dengan menggunakan perkataan
yang sesuai secara bertatasusila.
Jadual merujuk standard kandungan 1.6
19
vi. Standard kandungan bernombor 1.6 menyatakan tentang perkara berbicara
untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dengan tepat secara bertatasusila. 1.6.1 murid malakukan aktiviti
berbicara untuk mendapatkan maklumat dengan tepat daripada pelbagai
sumber secara bertatasusila. 1.6.2, berbicara untuk menyampaikan maklumat
dengan tepat daripada pelbagai sumber secara bertatasusila dan 1.6.3 pula
aktiviti berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang
sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara
bertatasusila.
Diharap dengan huraian yang telah diterangkan dapat membantu guru dalam
memahami sistem penomboran bagi aspek standard kandungan dan standard
pembelajaran. Sekali gus dapat melicinkan proses pembinaan rancangan
pengajaran harian.
20
KEMAHIRAN MEMBACA
Membaca merupakan asas penting dalam pendidikan dan merupakan kunci
kepada kejayaan seseorang. Membaca memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan seseorang individu dalam memenuhi keperluan, menimbulkan kesedaran
dan membina perkembangan sosial. Melalui pembacaan, seseorang dapat
membuka pemikiran mereka daripada ruang lingkup yang lebih besar, menimbulkan
minat, citarasa dan pandangan terhadap orang lain. Membaca mempunyai
hubungan yang paling rapat dengan pendidikan. Hal ini disokong oleh ahli falsafah
yang menyatakan bahawa kejayaan
Kemahiran membaca ialah kebolehan dan keupayaan memindahkan tulisan
kepada suara untuk menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Dengan
kata lain, membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang
bertulis dan memahamkan kandungan. Mengajarkan membaca beerti mengajarkan
murid-murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami
apa yang terkandung dalam bacaan itu. Ini bermakna seseorang murid yang boleh
memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, hal yang
demikian disebabkan memahami isi becaan adalah tujuan yang seiring dengan
kelancaran membaca.
Merujuk kepada huraian sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) terbahagi kepada standard kandungan dan standard pembelajaran., dalam
kemahiran membaca standard kandungan terbahagi kepada enam bahagian yang
dinomborkan bermula 2.1 hingga 2.6. Setiap pecahan standard kandungan
mengandungi pecahan untuk standard pembelajaran. Huraian bagi setiap standard
kandungan beserta standard pembelajarannya, adalah seperti berikut:
21
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Asas membaca dengan sebutan
yang betul 2.1.1 Membaca bentuk-bentuk, abjad
dan membunyikan huruf vokal dengan
sebutan yang betul.
2.1.2 Mengeja dan membatang suku kata
terbuka dengan sebutan yang betul.
2.1.3 Mengeja dan membatang suku kata
tertutup dengan sebutan yang betul.
Jadual merujuk standard kadungan 2.1
Berdasarkan standard kandungan 2.1 iaitu asas membaca sebutan yang
betul dibahagikan kepada tiga pecahan standard pembelajaran. Pecahan pertama
iaitu 2.1.1 ialtu melibatkan membaca bentuk-bentuk, abjad dan membunyikan huruf
vokal dengan sebutan yang betul. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
1. Murid ditunjukkan buah duku.
2. Murid juga ditunjukkan sebotol budu.
3. Guru bertanya beberapa soalan
Contoh soalan:
i. Ini Buah apa?
ii. Bolehkah kamu makan buah ini?
iii. Di mana kamu boleh dapat buah ini?
(dengar respon murid)
iv. Apakah yang ada dalam botol itu?
(dengar respon murid)
Guru mengeluarkan kad perkataan dan murid mengeja dengan
sebutan yang betul
22
Pecahan kedua melibatkan 2.1.2 iaitu mengeja dan membatang suku kata
terbuka dengan sebutan yang betul. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:
Arahan : Minta murid mengeja dan membatang suku kata terbuka.
1. Mengeja dan membatang suku kata terbuka
ba be bi bo bu
ja je ji jo ju
ka ke ki ko ku
Akhir sekali, pecahan 2.1.3 iaitu Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan
sebutan yang betul. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah:
Arahan : Minta murid mengeja dan membatang suku kata tertutup.
1. Mengeja dan membatang suku kata tertutup
dik nek mak pal pan
yah tuk lah sel gam
sel rak jam bar tas
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.2 Membaca dan memahami
perkataan, frasa dan ayat daripada
pelbagai sumber dengan sebutan
yang betul.
2.2.1 Membaca dan memahami
perkataan yang mengandungi dua atau
tiga suku kata, diftong, vokal berganding,
digraf dan konsonan bergabung dengan
sebutan yang betul.
2.2.2 Membaca dan memahami frasa
yang mengandungi perkataan dua atau
tiga suku kata, diftong, vokal berganding,
23
digraf dan konsonan bergabung dengan
sebutan yang betul.
2.2.3 Membaca dan memahami ayat
tunggal daripada pelbagai bahan bacaan
dengan sebutan yang betul.
Jadual merujuk standard kadungan 2.2
Berdasarkan standard kandungan 2.2 iaitu membaca dan memahami
perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
Pecahan pertama iaitu 2.2.1 ialtu melibatkan membaca dan memahami perkataan
yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan
konsonan bergabung dengan sebutan yang betul. Contoh aktiviti yang boleh
dijalankan ialah:
Pecahan kedua melibatkan 2.2.2 iaitu membaca dan memahami frasa yang
mmengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf
dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul. Contoh aktiviti yang boleh
dilaksanakan ialah:
Tema: Keluarga
Tajuk: Saudara-mara Huda (Mari Berpantun)
1. Membaca perkataan yang terdapat dalam pantun
2. Melafazkan pantun dengan intonasi yang betul.
3. Bercerita tentang anggota keluarga berdasarkan gambar.
4. Latihan – Melengkapkan pantun dengan perkataan yang sesuai
Akhir sekali, pecahan 2.2.3 iaitu membaca dan memahami ayat tunggal
daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. Contoh aktivIti yang
boleh dilaksanakan ialah:
Guru memberi teks kepada murid-murid untuk dibaca dan memahami ayat
tunggal dalam teks tersebut. Murid-murid juga mencari ayat tunggal yang terdapat
dalam teks tersebut.
24
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan
bacaan dengan lancar, sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul.
2.3.1 Membaca kuat ayat tunggal dengan
lancar, sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul.
2.3.2 Membaca kuat ayat tunggal dan
ayat majmuk dengan lancar, sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul
mengikut tanda baca.
Jadual merujuk standard kadungan 2.3
Berdasarkan standard kandungan 2.3 iaitu membaca kuat pelbagai bahan
bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Pecahan
pertama iaitu 2.3.1 ialtu melibatkan membaca kuat ayat tunggal dengan lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan
ialah:
Guru memberi teks kepada murid-murid untuk dibaca secara kuat dengan lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
25
Akhir sekali, pecahan 2.3.2 iaitu membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk
dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.
Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah:
Melalui teks yang sama, guru memberi teks kepada murid-murid untuk
membaca ayat tunggal dan ayat majmuk secara kuat dengan lancar, sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul. Sebelum murid diminta membaca teks tersebut, guru
meminta murid menyenaraikan terlebih dahulu ayat tunggal dan ayat majmuk.
26
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.4 Membaca dan memahami
maklumat yang tersurat dan tersirat
daripada pelbagai bahan untuk
memberi respons dengan betul.
2.4.1 Membaca dan memahami
maklumat untuk mengenal pasti idea
utama dalam pelbagai bahan dengan
tepat.
2.4.2 Membaca dan memahami
maklumat daripada pelbagai bahan
bacaan untuk membuat klasifikasi
dengan betul.
2.4.3 Membaca dan memahami
maklumat yang tersurat dengan tepat
daripada pelbagai bahan.
Jadual merujuk standard kadungan 2.4
Berdasarkan standard kandungan 2.4 iaitu membaca dan memahami
maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi
respons dengan betul. Pecahan pertama iaitu 2.4.1 ialtu melibatkan membaca dan
memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dalam pelbagai bahan
dengan tepat. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
Guru memberi teks kepada murid-murid untuk dibaca dan difahami. Murid
dikehendaki mengenal pasti idea utama dalam teks yang diberikan. Contoh idea
utama ialah: banjir akan memusnahkan banyak harta benda akan musnah, binatang
ternakan dan tanaman akan mati.
27
Pecahan kedua melibatkan 2.4.2 iaitu membaca dan memahami maklumat
daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat klasifikasi dengan betul. Contoh
aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:
Melalui teks yang sama, guru memberi teks kepada murid-murid untuk
membuat klasifikasi dengan betul. Contohnya, mengelaskan akibat-akibat banjir
mengikut urutan dalam teks yang diberikan.
Akhir sekali, pecahan 2.4.3 iaitu membaca dan memahami maklumat yang
tersurat dengan tepat daripada pelbagai bahan. Contoh aktivIti yang boleh
dilaksanakan ialah:
Melalui teks yang sama juga, murid-murid dikehendaki membaca teks
tersebut dan memahami segala maklumat yang tersurat dengan tepat. Segala
maklumat tersurat hendaklah di tulis di atas kertas.
28
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.5 Membaca dan menaakul untuk
memindahkan maklumat yang
terdapat dalam pelbagai bahan.
2.5.1 Membaca dan memahami
maklumat dalam bahan grafik dengan
betul.
2.5.2 Membaca, memahami dan
menaakul maklumat dalam bahan grafik
dengan betul.
2.5.3 Membaca dan menaakul untuk
memindahkan maklumat daripada bahan
grafik kepada bentuk bukan grafik
dengan betul.
Jadual merujuk standard kadungan 2.5
Berdasarkan standard kandungan 2.5 iaitu membaca dan menaakul untuk
memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. Pecahan pertama
iaitu 2.5.1 ialtu melibatkan membaca dan memahami maklumat dalam bahan grafik
dengan betul. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
Guru menunjukkan kad yang mempunyai baha bacaan. Murid diminta baca
dan mencari maklumat. Selepad itu, murid dikehendaki mengumpul tentang
maklumat penting.
Ini baju baharu Abu
Baju baharu ini biru
Baju Abu ini ada butang
Satu hari baju ini kena keju
Abu beri pada ibu untuk cuci
29
Pecahan kedua melibatkan 2.5.2 iaitu membaca, memahami dan menaakul
maklumat dalam bahan grafik dengan betul. Contoh aktiviti yang boleh
dilaksanakan ialah:
Melalui kad ini, murid dikehendaki membaca, memahami dan menggunakan
kemahiran berfikir untuk mencari maklumat penting.
Akhir sekali, pecahan 2.5.3 iaitu membaca dan menaakul untuk
memindahkan maklumat daripada bahan grafik kepada bentuk bukan grafik dengan
betul. Selepas aktiviti 2.5.3 dijalankan, murid dikehendaki membuat peta minda
berdasarkan maklumat penting yang dikumpul.
Ini baju baharu Abu
Baju baharu ini biru
Baju Abu ini ada butang
Satu hari baju ini kena keju
Abu beri pada ibu untuk cuci
30
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera
dan bukan sastera yang sesuai bagi
memupuk minat membaca.
2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai
bahan bacaan secara didik hibur untuk
memperkaya kosa kata.
2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai
bahan bacaan secara didik hibur untuk
menambahkan pengetahuan.
Jadual merujuk standard kadungan 2.6
Berdasarkan standard kandungan 2.6 iaitu membaca pelbagai bahan sastera
dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca. Pecahan pertama
iaitu 2.6.1 ialtu melibatkan membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara
didik hibur untuk memperkaya kosa kata. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
Guru memberikan lirik lagu kanak-kanak kepada murid-murid untuk menyanyi
bersama-sama. Di samping itu, murid dikehendaki memahami lirik lagu tersebut
serta memperkaya kosa kata.
Baju baharu
Abu
Warna biru
Ada butang
Ibu cuci
Kena keju
31
Lirik Lagu Tanya Sama Pokok -Lagu Kanak-Kanak
Tanya Sama Pokok, Apa Sebab Goyang
Nanti Jawab Pokok, Angin Yang Goncang
Tanya Sama Angin, Apa Sebab Hujan
Nanti Jawab Angin, Tanyalah Awan.
Awan Nanti Kata, Aku Kandung Air
Sampai Tempat Teduh, Aku Pun Cair
Lihat Dalam Air, Nampak Bayang-Bayang
Campak Satu Batu, Bayang Pun Hilang.
Akhir sekali, pecahan 2.6.2 iaitu membaca dan memahami pelbagai bahan
bacaan secara didik hibur untuk menambahkan pengetahuan. Aktivti nyanyian yang
dilakukan pada pecahan 2.6.1 dilakukan untuk menambahkan pengetahuan murid.
32
KEMAHIRAN MENULIS
Menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu
penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej,
maklumat atau idea kepada pembac. Menurut pendapat Don Bryne (1979). menulis
ialah simbol-simbol grafik yang yang menggunakan huruf-huruf atau gabungan
huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi semasa bercakap.
Menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea dan
pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca. Kemahiran
menulis mempunyai hubungan yang erat dengan kemahiran bahasa yang lain, iaitu
mendengar dan bertutur serta membaca. Justeru, pengajaran kemahiran menulis
harus dirancang dengan teliti melalui gabung jalin kemahiran bahasa supaya murid-
murid dapat menyampaikan idea dengan tepat, jelas dan berkesan. Kemahiran
menulis amat penting untuk dikuasai disebabkan penulisan merupakan satu bentuk
komunikasi yang penting dalam kehidupan harian.
Merujuk kepada huraian sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) terbahagi kepada standard kandungan dan standard pembelajaran., dalam
kemahiran menulis standard kandungan terbahagi kepada lapan bahagian yang
dinomborkan bermula 3.1 hingga 3.8. Setiap pecahan standard kandungan
mengandungi pecahan untuk standard pembelajaran. Huraian bagi setiap standard
kandungan beserta standard pembelajarannya, adalah seperti berikut:
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Asas menulis dengan cara yang
betul.
3.1.1 Melakar pelbagai bentuk atau corak
dengan kemas dan jelas.
3.1.2 Membentuk garisan yang
menyerupai bentuk huruf dengan kemas
dan jelas.
Jadual merujuk standard kadungan 3.1
33
Berdasarkan standard kandungan 3.1 iaitu asas menulis dengan cara yang
betul. Pecahan pertama iaitu 3.1.1 ialtu melakar pelbagai bentuk atau corak dengan
kemas dan jelas. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
Guru melakukan peringkat Pramenulis kepada murid-murid:
i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan ke
belakang.
ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.
iii. Menyambungkan titik-titik di atas kertas.
iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke
bawah dan bawah ke atas.
v. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung dan bulatan arah jarum
jam.
vi. Melukis garis condong.
vii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk.
viii. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan
bentuk huruf-huruf tersebut.
Contoh aktivi pramenulis seperti berikut:
i. Latihan menulis dari kiri ke kanan.
ii. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.
34
iii. Latihan membentuk bulatan di udara. Di atas meja, pasir, lantai tanpa
menggunakan alat tulis.
iv. Latihan membentuk garis lurus.
v. Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang
dilakukan secara bebas.
35
vi. Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.
Akhir sekali, pecahan 3.1.2 iaitu membentuk garisan yang menyerupai bentuk
huruf dengan kemas dan jelas. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah:
Selepas aktiviti 3.1.1, guru memberikan latihan kepada murid-murid untuk
melakukan garisan yang menyerupai bentu huruf dengan kemas dan jelas.
36
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.2 Menulis secara mekanis
berdasarkan bahan yang diberi
dengan betul dan kemas.
3.2.1 Menulis dan membentuk huruf
besar dan huruf kecil dengan cara yang
betul serta tulisan yang kemas.
3.2.2 Menulis suku kata terbuka dengan
cara yang betul dan tulisan yang kemas.
3.2.3 Menulis suku kata tertutup dengan
cara yang betul dan tulisan yang kemas.
3.2.4 Menulis perkataan yang
mengandungi dua atau tiga suku kata,
diftong , vokal bergading, digraf dan
konsonan bergabung dengan betul dan
tulisan yang kemas.
3.2.5 Menulis frasa yang mengandungi
perkataan dua atau tiga suku kata,
diftong, vokal berganding, digraf dan
konsonan bergabung dengan betul dan
tulisan yang kemas.
3.2.6 Menulis ayat tunggal dengan betul
dan tulisan yang kemas.
Jadual merujuk standard kadungan 3.2
Berdasarkan standard kandungan 3.2 iaitu menulis secara mekanis
berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas. Pecahan pertama iaitu
3.2.1 ialtu menulis dan membentuk huruf besar dan huruf kecil dengan cara yang
betul serta tulisan yang kemas. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
Guru menunjukkan huruf besar dan huruf kecil dan murid-murid dikehendaki
menyalin semula huruf-huruf tersebut.
37
Pecahan kedua melibatkan 3.2.2 iaitu menulis suku kata terbuka dengan cara
yang betul dan tulisan yang kemas. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:
Guru menyediakan kad suku kata dan murid dikehendaki menyali semula suku kata
terbuka tersebut.
Ka + ki + kaki Da + du = dadu
38
Pecahan ketiga melibatkan 3.2.3 iaitu menulis suku kata tertutup dengan cara
yang betul dan tulisan yang kemas. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:
Guru menyediakan kad suku kata dan murid dikehendaki menyali semula suku kata
terbuka tersebut.
Pecahan keempat melibatkan 3.2.4 iaitu menulis perkataan yang
mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong , vokal berganding, digraf dan
konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas. Contoh aktiviti yang
boleh dilaksanakan ialah:
Guru menyediakan pantun kepada murid-murid. Melalui pantun tersebut terdapat
diftong, vokal berganding, digraph dan konsonan. Murid dikehendaki menyalin dan
menulis semula pantun tersebut.
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Pecahan kelima melibatkan 3.2.5 iaitu menulis frasa yang mengandungi
perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas. Contoh aktiviti yang boleh
dilaksanakan ialah:
A + dik + adik Ne + nek + nenek
39
Melalui pantun yang diberikan oleh guru, murid-murid dikehendaki menulis
perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding dan konsonan
bergabung.
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Contoh perkataan dua suku kata:
Hendak, masa
Contoh diftong:
Pantai, daik, baik
Contoh konsonan bergabung:
Teluk, hati
Akhir sekali, pecahan 3.2.6 iaitu menulis ayat tunggal dengan betul dan
tulisan yang kemas. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah:
Guru memberikan ayat tunggal kepada murid-murid dan mereka dikehendaki
menulis ayat tunggal tersebut dengan tulisan yang kemas.
40
Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur.
Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia
Tenggara.
Di dalam almari tali leher ayah.(pasif)
Nama encik siapa?
Berapakah keuntungan kita hari ini?
Contoh: Di dalam almari tali leher ayah
Di dalam almari (subjek), tali leher ayah (prediket)
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.3 Membina dan menulis perkataan,
frasa, dan ayat dengan betul.
3.3.1 Membina dan menulis perkataan
yang mengandungi suku kata terbuka
dan tertutup dengan betul dan kemas
3.3.2 Membina dan menulis perkataan
yang mengandungi diftong, vokal
berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan betul.
3.3.3 Membina dan menulis frasa dengan
betul.
3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal
dan ayat majmuk dengan betul.
Jadual merujuk standard kadungan 3.3
Berdasarkan standard kandungan 3.3 iaitu membina dan menulis perkataan,
frasa, dan ayat dengan betul. Pecahan pertama iaitu 3.3.1 ialtu membina dan
menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul
dan kemas. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
Guru memberikan kad suku kata terbuka dan meminta murid membina dan menulis
suku kata tersebut dengan betul dan kemas.
su + su = susu bu + bu = bubu
41
Pecahan kedua melibatkan 3.3.2 iaitu membina dan menulis perkataan yang
mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan
betul. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:
Guru menyediakan pantun kepada murid-murid. dikehendaki menyalin dan menulis
diftong, vokal berganding, digraph dan konsonan yang terdapat di dalamnya.
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Contoh diftong:
Daik, baik
Contoh vokal berganding:
kancil, setiap
Contoh konsonan:
Teluk, bawah
Pecahan ketiga melibatkan 3.3.3 iaitu membina dan menulis frasa dengan
betul. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:
Guru memberikan satu perkataan dan meminta murid menulis frasa dengan
betul. Contohnya, perkataan “ kuda”
Murid boleh membuat banyak frasa melalui perkataan yag diberikan. Contoh ayat
ialah emak membeli seekor kuda untuk diberikan kepada pak cik.
Akhir sekali, pecahan 3.3.4 iaitu membina dan menulis ayat tunggal dan ayat
majmuk dengan betul. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah:
42
Guru memberikan teks kepada murid dan murid dikehendaki menulis ayat tunggal
dan ayat majmuk yang terdapat dalam teks tersebut.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.4 Menulis imlak dengan tepat. 3.4.1 Menulis imlak perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka dan
suku kata tertutup dengan tepat.
3.4.2 Menulis imlak frasa yang
mengandungi perkataan suku kata
terbuka dan suku kata tertutup dengan
tepat.
Jadual merujuk standard kadungan 3.4
Berdasarkan standard kandungan 3.4 iaitu menulis implak dengan tepat.
Pecahan pertama iaitu 3.4.1 ialtu Menulis imlak perkataan yang mengandungi suku
kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat. Contoh aktiviti yang boleh
dijalankan ialah:
Guru menyediakan gambar kepada murid dan meminta murid menulis suku kata
berdasarkan gambar yang diberikan.
43
Contoh: suku kata terbuka, Ke + re + ta = kereta
Akhir sekali, pecahan 3.4.2 iaitu Menulis imlak frasa yang mengandungi
perkataan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat. Contoh aktivIti
yang boleh dilaksanakan ialah:
Guru memberika teks kepada murid. Murid menulis imlak frasa yang mengandungi
perkataan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat.
Latihan implak hendaklah dibuat sekerapnya untuk mengukuhkan kemahiran
menulis.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.5 Mencatat maklumat yang betul
tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber.
3.5.1 Mencatat maklumat yang betul
daripada pelbagai sumber.
3.5.2 Mencatat maklumat yang betul
untuk diklasifikasikan daripada pelbagai
sumber.
Jadual merujuk standard kadungan 3.5
Berdasarkan standard kandungan 3.5 iaitu menulis implak dengan tepat.
Pecahan pertama iaitu 3.5.1 ialtu Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai
sumber. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
Guru menyediakan kad suku kata kepada murid. Murid pula dikehendaki menulis
semula suku kata tersebut dengan tepat.
44
Akhir sekali, pecahan 3.5.2 iaitu Mencatat maklumat yang betul untuk
diklasifikasikan daripada pelbagai sumber. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan
ialah:
Guru menyediakan kad suku kata kepada murid. Murid diminta mencatat maklumat
dengan betul dan mengelaskannya dengan membina satu perkataan.
Contoh: tembikai, baju, cedawan.
45
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.6 Menulis untuk menyampaikan
maklumat tentang sesuatu perkara
dengan menggunakan bahasa yang
santun.
3.6.1 Menulis untuk menyampaikan
maklumat yang betul berdasarkan bahan
yang diberi dengan menggunakan
bahasa yang santun.
3.6.2 Menulis untuk menyampaikan
maklumat yang pelbagai dengan betul
menggunakan bahasa yang santun.
Jadual merujuk standard kadungan 3.6
Berdasarkan standard kandungan 3.6 iaitu menulis untuk menyampaikan
maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun..
Pecahan pertama iaitu 3.6.1 ialtu Menulis untuk menyampaikan maklumat yang
betul berdasarkan bahan yang diberi dengan menggunakan bahasa yang santun.
Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
Guru menyediakan pantun kanak-kanak kepada murid seterusnya meminta murid
menulis pantun kanak-kanak seperti tersebut dengan menggunakan bahasa yang
santun.
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab
Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji
46
Akhir sekali, pecahan 3.6.2 iaitu Menulis untuk menyampaikan maklumat
yang pelbagai dengan betul menggunakan bahasa yang santun. Contoh aktivIti yang
boleh dilaksanakan ialah:
Guru menyediakan pantun yang sama seperti pecahan 3.6.2 dan meminta murid
menulis untuk menyampaikan maklumat yang pelbagai.
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab
Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.7 Menghasilkan penulisan kreatif
dalam pelbagai genre dengan betul.
3.7.1 Menghasilkan penulisan berbentuk
naratif secara terkawal dengan betul.
3.7.2 Menghasilkan penulisan naratif dan
bukan naratif secara terkawal dengan
betul.
Jadual merujuk standard kadungan 3.7
Berdasarkan standard kandungan 3.7 iaitu Menghasilkan penulisan berbentuk
naratif secara terkawal dengan betul. Pecahan pertama iaitu 3.7.1 ialtu
Menghasilkan penulisan berbentuk naratif secara terkawal dengan betul. Contoh
aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
47
Guru meminta murid menghasilkan penulisan yang berbentuk naratif secara
terkawal dengan betul. Contoh penulisan tersebut ialah:
Akhir sekali, pecahan 3.7.2 iaitu Menghasilkan penulisan naratif dan bukan
naratif secara terkawal dengan betul. Contoh aktivIti yang boleh dilaksanakan ialah:
Guru meminta murid menghasilkan penulisan yang berbentuk naratif dan bukan
naratif secara terkawal dengan betul.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.8 Mengedit dan memurnikan hasil
penulisan.
3.8.1 Mengedit hasil penulisan daripada
aspek ejaan.
3.8.2 Mengedit dan memurnikan hasil
penulisan daripada aspek ejaan.
Jadual merujuk standard kadungan 3.8
Berdasarkan standard kandungan 3.8 iaitu mengedit dan memurnikan hasil
penulisan. Pecahan pertama iaitu 3.8.1 ialtu Mengedit dan memurnikan hasil
penulisan daripada aspek ejaan. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
Guru menyediakan teks. Murid diminta mengedit dan memurnikan hasil penulisan
agar penulisan kelihatan lebih menarik.
48
Akhir sekali, pecahan 3.8.2 iaitu Menulis untuk menyampaikan maklumat
yang pelbagai dengan betul menggunakan bahasa yang santun. Contoh aktivIti yang
boleh dilaksanakan ialah:
Guru meminta murid menulis apa-apa bentuk ayat untuk menyampaikan maklumat
dengan betul menggunakan bahasa yang santun.
49
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
KBSR TAHUN 6
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Tarikh : 28 Jun 2012
Masa : 9.15 - 10.15 pagi (60minit)
Tahun : Enam Intelek
Bil Murid : 30 orang
Tema : Sejarah
Tajuk : Kembara Sejarah
Fokus Utama :
1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat
dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat
yang sesuai..
Aras 3
i. Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam bahan secara
analitis.
Fokus Sampingan :
10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel
yang mudah menarik dan bermakna.
50
Aras 3
i. Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang,tertib dan
kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat , indah dan
menarik
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir P&P murid-murid dapat :
i. Murid dapat menyumbangkan dua isi daripada lima isi perwatakan
Laksamana Cheng Ho secara berkumpulan
ii. Murid dapat membina ayat dengan menggunakan lima daripada tujuh kata
penguat di dalam buku teks.
iii. Murid dapat membina sekurang-kurangnya satu rangkap pantun bertemakan
Pelayaran Laksamana Cheng Ho secara berkumpulan
Pengetahuan Sedia Ada :
i. Murid pernah mendengar cerita tentang Sejarah Melaka dan Laksamana
Cheng Ho.
ii. Murid tahu mencipta pantun dan murid tahu rima pantun.
Sistem Bahasa :
i. Sebutan dan intonasi
ii. Tatabahasa
Kata penguat hadapan
Kata penguat belakang
51
Pengisian Kurikulum
Kemahiran Bernilai Tambah
a) Kemahiran Generik :
i. Kemahiran berfikir :
Merumus
Mengenal pasti idea utama
Membanding beza
ii. Kemahiran belajar
iii. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
b) Kecerdasan Pelbagai
i. Interpersonal
ii. Verbal-linguistik
c) Strategi Pengajaran :
i. Direktif
ii. Mediatif
Penekanan Konsep 5P
a) Penggabungjalinan Kemahiran :
i. Kemahiran mendengar dan bertutur
ii. Kemahiran menulis
b) Penyerapan :
i. Ilmu : Sejarah
52
ii. Nilai Murni :
Bekerjasama
Hormat-menghormati
Patriotisme
Bahan Bantu Mengajar :
LCD
Komputer Riba
Teks
Video
Lembaran Kerja
53
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set induksi
(5 minit)
1. 1. Guru berbual-
bual dengan murid
tentang
perlabuhan negeri
Melaka sebagai
perlabuhan
interpot.
2. 2. Guru
Mempertontonkan
video gambaran
perlabuhan negeri
Melaka.
1.1 Guru bertanyakan
murid samaada
mereka pernah
mendengar sejarah
Melaka ataupun tidak.
1.2 Guru menceritakan
tentaang keagungan
dan kemasyuran
Melaka pada suatu
ketika dahulu.
1.3 Guru menceritakan
lambakan pedagang
dari negara asing dan
Bahasa Melayu
sebagai bahasa
lingua franca
China
Portugis
Arab
1.4 Guru menceritakan
tokoh pedagang yang
terkenal turut datang
Laksamana Cheng Ho
KBT :
ICT
KP -
interpersonal
Kontekstual
Nilai :
Patriotisme
Ilmu :
Sejarah
Melayu
Melaka
Media :
LCD
Komputer riba
Tayangan
video
Langkah 1
(10 minit)
1. Guru
menggunakan teks
dalam buku teks
1.1 Guru meminta
seorang demi
seorang murid
Objektif : іі
KBT :
54
Bahasa Malaysia
Tahun 6 halaman
128
2. Murid menjawab
secara lisan
membaca kuat teks
dan guru
membetulkan
kesalahan dalam
pembacaan murid.
1.2 Guru meminta semua
murid membaca teks
secara bersama-sama.
1.3 Guru meminta murid
menjelaskan apa yang
mereka fahami melalui
teks yang dibaca.
1.4 Guru menjelaskan
bahawa kata penguat
hadapan dan penguat
belakang digunakan
untuk menegaskan lagi
maksud sesuatu ayat.
sangat
amat
paling
1.5 Guru meminta murid
menyenaraikan kata
penguat belakang dan
hadapan secara lisan.
Interpersonal
Kemahiran
belajar
Nilai :
Bekerjasama
Berusaha
Ilmu :
Sejarah
Media :
Buku teks
Bahasa
Melayu Tahun
6
Langkah 2 1. Murid secara
berkumpulan
1.1 Guru membahagikan
murid kepada 5
Objektif : і dan іі
55
10 minitmenyenaraikan
perwatakan
laksamana Cheng
Ho dan
menyatakan
pengajaran yang
terdapat dalam
teks tersebut.
2.Secara
berkumpulan
murid membina
ayat dengan
menggunakan kata
penguat yang
terdapat didalam
buku teks
berkaitan dengan
perwatakan
Laksamana Cheng
Ho
kumpulan. Guru memberi
kertas sebak kepada
setiap kumpulan.
1.2 Setiap kumpulan
hendaklah
menyenaraikan
perwatakan Laksamana
Cheng Ho, nilai yang
bersesuaian dengan teks
dan menyatakan kesan
perhubungan yang ingin
dijalinkan oleh
Laksamana Cheng Ho
dengan negeri Melaka
dalam bentuk lakaran
kerangka.
1.3 Guru meminta murid-
murid di dalam setiap
kumpulan membina ayat
dengan menggunakan
kata penguat yang
terdapat didalam teks
1.4 Guru meminta setiap
kumpulan menyampaikan
hasil perbincangan
mereka di hadapan kelas
KBT :
Kemahiran
berfikir
Nilai :
Bekerjasama
Hormat-
menghormati
Ilmu :
Sejarah
Media :
Lembaran
kerja
Kertas sebak
Langkah 3
(20 minit)
1. Membina 3
rangkap pantun
bertemakan
pelayaran
1.1 Guru meminta murid
dalam kumpulan yang
sama menghasilkan 3
rangkap pantun
Objektif : ііі
KBT :
56
laksaman Cheng
Ho
bertemakan
laksamana cheng ho
di atas kertas warna
yang disediakan.
1.2 Pantun hendaklah
ditulis dengan
menggunakan tulisan
berangkai
1.3 Guru menyatakan
kumpulan yang
Berjaya menyiapkan
pantun yang terbaik
dan cantik akan
diberikan token untuk
setiap ahlinya.
Kemahiran
berfikir
Nilai :
Berkerjasama
Patriotisme
Ilmu :
Bahasa
Malaysia
Sejarah
Media :
Kertas warna
Pensel warna
Penutup
(5 minit)
1. Ulasan guru 1.1 Guru mengulas
semula tajuk
pengajaran pada hari
ini dan menyatakan
nilai kerjasama dan
persahabatan di
antara dua buah
negara yang
memperkukuh lagi
negara tersebut dan
rakyat akan hidup
dalam keadaan
selesa.
1.2 Guru menjelaskan
bahawa negara
Malaysia mempunyai
KBT :
Interpersonal
Kemahiran
berfikir
Nilai :
Berkerjasama
Ilmu :
Sejarah
57
khazanah yang
berharga dan murid-
murid
bertanggungjawab
menjaga khazanah
negara dari di
cerobohi.
1.3 Guru menjelaskan
bahawa murid-murid
perlu menjalinkan
hubungan baik
sesama sendiri dan
mengamalkan sikap
bekerjasama.
1.4 Guru memupuk
semangat dalam diri
murid-murid untuk
melawat negara asing
agar bertambah ilmu
di dada.
58
REFLEKSI
Saya, Ili Izdihar Binti Mohamad dari unit PSV/ PJ/ BM semester 3 ambilan
Januari 2011. Pertamanya saya ingin menyatakan rasa kesyukuran terhadap Ilahi
kerana dengan limpah-Nya, saya berkesempatan menyiapkan tugasan kerja kursus
iaitu Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BBM 3101) ini.
Tugasan ini diberikan tempoh selama beberapa minggu untuk disiapkan.
Saya menggunakan masa yang diberikan dengan sebaik mungkin dengan mencari
bahan dalam internet dan juga melalui pembacaan di perpustakaan. Sepanjang
menyiapkan tugasan ini, saya telah mengalami beberapa kesulitan seperti
kesukaran memahami kehendak soalan tugasan. Namun begitu, setelah berbincang
dan berkolaborasi bersama pensyarah pembimbing dan rakan-rakan, barulah sedikit
demi sedikit saya faham akan tugasan tersebut. Walaupun begitu, saya juga
mengalami masalah dalam mendapatkan sumber maklumat dan bahan yang
berkaitan dengan tugasan ini terutamanya kesulitan dalam mendapatkan jurnal yang
tepat. Saya dan rakan-rakan kumpulan sukar membuat pemilihan terhadap jurnal
pendidikan kerana tidak pasti akan kesahihan kandungannya sama ada bertepatan
dengan kehendak soalan ataupun tidak. Oleh yang demikian, saya dan rakan-rakan
merujuk pensyarah kami iaitu Dr. Faridah Bt. Nazir dan akhirnya kami memperoleh
kepastian dan kesahihan terhadap keraguan kami. Di samping itu, saya juga
berhadapan dengan kesulitan untuk memahami jurnal pendidikan yang telah dipilih.
Hal ini kerana laras bahasa yang terdapat dalam jurnal tersebut agak tinggi dan
setiap ayatnya perlu diteliti secara terperinci untuk memahami kandungannya.
Secara tidak langsung, proses pemahaman teks dan kandungannya mengambil
masa yang agak lama kerana setiap jurnal mempunyai ketebalan yang berbeza.
Oleh itu, saya dan rakan-rakan kumpulan bersama-sama bertukar-tukar pendapat,
menyatakan pandangan masing-masing terhadap jurnal yang dibaca. Selain itu,
saya juga tidak fasih tentang format Rancangan Pengajaran Harian (rph) KBSR.
Oleh itu, saya perlu memahami dan mempelajarinya terlebih dahulu berdasarkan
buku dan mendapatkannya daripada sumber internet tentang format rph KBSR yang
betul. Selain itu, saya juga kerap mengalami masalah dari segi sambungan internet
lebih-lebih lagi ketika berada di rumah kerana rumah saya terletak dalam kawasan
perkampungan. Saya terpaksa pergi ke bandar jika ingin mencari maklumat
59
berkaitan tugasan ini. Walaupun sukar, tetapi saya berpuas hati kerana saya dapat
mencari maklumat yang menepati kehendak tugasan. Saya amat berterima kasih
kepada Dr. Faridah kerana beliau telah banyak membantu saya dengan
menerangkan tugasan tersebut secara satu persatu sehingga saya dan rakan-rakan
benar-benar faham. Walaupun kami kerap bertanya kepada beliau, namun beliau
tetap menerangkan kepada saya dan rakan-rakan dengan baik sehingga kami
benar-benar faham dan beliau tidak sedikit pun marah terhadap pertanyaan yang
diutarakan. Malah beliau lebih bersemangat dalam memberikan penerangan untuk
memastikan saya dan rakan-rakan benar-benar faham akan kehendak tugasan kami
untuk semester ini. Saya juga berasa sangat bersyukur kerana beliau sanggup
bertolak ansur dengan saya dan rakan-rakan yang lewat menghantar tugasan.
Sesungguhnya, tanpa pertolongan dan bantuan daripada Dr. Faridah, sudah tentu
saya tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan malah mungkin sehingga hari
ini saya masih gagal untuk memahami kehendak dan kriteria yang diperlukan
terhadap tugasan ini.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan menyampaikan
sekalung penghargaan buat rakan-rakan yang turut sama menyumbang dengan
menerangkan sedikit sebanyak tentang tugasan ini. Mereka tidak lokek meluangkan
masa untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada saya tentang masalah
yang saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan Pengajian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tugasan yang diberikan kepada kami untuk
semester ini adalah menyediakan folio dan berkolaborasi bersama rakan-rakan yang
membentuk kumpulan dan hendaklah membuat banding beza terhadap konsep-
konsep, membuat tafsiran terhadap penomboran kemahiran dan penghuraian hasil
pembelajaran untuk Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan
Kemahiran Menulis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Seterusnya, saya dan rakan-rakan hendaklah mendapatkan satu jurnal pendidikan,
kami dikehendaki membincangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk keempat-empat
kemahiran bahasa tersebut berdasarkan jurnal yang telah dipilih. Manakala, secara
individu, saya dan rakan-rakan dikehendaki menulis satu Rancangan Pengajaran
Harian yang lengkap dan tepat dengan menjalinkan sekurang-kurangnya dua
kemahiran bahasa yang dipilih.
60
Sepanjang saya dan rakan-rakan menyiapkan tugasan ini, pelbagai nilai-nilai
yang kami pelajari. Pertamanya ialah ketekunan dan kesungguhan terhadap usaha
mendapatkan maklumat dan bahan yang berkaitan tentang tugasan ini. Selain itu,
nilai kesabaran juga jelas kelihatan apabila saya dan rakan-rakan bertungkus-lumus
mendapatkan jurnal pendidikan yang bersesuaian dan mudah difahami. Di samping
itu, kesabaran juga dapat dilihat semasa mencari contoh-contoh rph yang tepat dan
betul dari segi format rph KBSR yang ditetapkan. Tidak dinafikan bahawa pada
awalnya, agak sukar untuk membezakan format rph kerana saya mengalami
kekeliruan antara format rph KBSR dengan rph KSSR. Walaubagaimanapun, saya
bersyukur kerana saya akhirnya dapat menyiapkan folio Pengajian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kebaikan dan manfaat yang saya
peroleh dengan menyiapkan tugasan ini adalah mendapat pengetahuan tentang
cara-cara menyediakan rph yang baik di sekolah kelak dan juga menggalakkan saya
supaya rajin membaca bahan-bahan yang berunsur ilmiah seperti jurnal pendidikan.
Di samping itu, tugasan pada semester ini sedikit sebanyak mengajar saya supaya
sentiasa menyiapkan kerja atau tugasan yang diberikan pada awal waktu supaya
dapat menghantarnya tepat pada tarikh yang telah ditetapkan.
Secara ringkasnya, saya sekali lagi ingin meluahkan rasa kesyukuran yang
tidak terhingga kerana dapat menyiapkan tugasan ini. Saya berdoa supaya tugasan
saya diterima oleh pensyarah dan menepati kehendak beliau. Walaubagaimanapun,
setiap kritikan atau komen pensyarah terhadap tugasan ini, saya terima dengan hati
yang terbuka demi membentuk sikap tanggungjawab dan nilai-nilai positif dalam
menyiapkan setiap tugasan yang diberikan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
_________________________
(ILI IZDIHAR BINTI MOHAMAD)
910628-11-5106
PSV/PJ/BM
PISMP SEMESTER 3 AMBILAN JANUARI 2011
61
RUJUKAN
a) Melalui pembacaan ilmiah :
i. (1995). Jurnal Melewar , 16-23. Yassin, S. H. (2010). Jurnal Semarak
Bahasa, Jilid 3 , 44-64.
ii. Maimunah Samat dan Radiah Nordin (1992). Kemahiran Bertutur.
Asas Kemahiran Berbahasa KBSR Jilid 3. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
iii. Siti Hajar Abdul Aziz (1999). Aktiviti Lisan. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn.Bhd.
iv. Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011). Pengajaran
Kemahiran Bahasa Melayu. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
b) Melalui sumber internet :
i. http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/kemahiran-lisan.html
ii. http://www.slideshare.net/emirahman/bmm-3104-kemahiran-
mendengar-dan-bertutur
iii. http://bakriahdus.blogspot.com/2012/04/contoh-rph-pengajaran-
penulisan-bm.html
iv. http://www.slideshare.net/cikgupaklong/contoh-rancangan-harian-
bahasa-melayu-tahun-5