asgmnt soalan1

Upload: ejenzeroseven-iqa

Post on 07-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    1/22

    LSM 1023 : MELAKA HINGGA NEGERI- NEGERI BARU.

    NAMA PENSYARAH : DR. HARYATI BINTI HASAN.

    KUMPULAN 1.

    TAJUK :NILAIKAN BUKU THE MALAY SULTANATE

    OF MALACCA (KESULTANAN MELAYU MELAKA)

    KAYRA MOHD YUSOF HASHIM UNTUK

    MEMAHAMI SEJARAH KUASA KELAUTAN

    ( MARITIME ) MELAYU KURUN KE-15.

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    2/22

    AHLI KUMPULAN :

    NORFAZRINA BINTI ISMAIL (D20101037755)

    MUHD MUFRAHIM BIN ISMAIL (D20101037681)

    SITI FARAHIYAH BT CHE MAT (D20101037758)

    NAQIAH FARAHANA BT MOHD RAZALI (D20101037686)

    SITI NUR ADILAH BT JAAFAR (D20101037687)

    NOR HASWANI BT CHE MAT (D20101037610)

    MOHAMMAD FARID SYAHRAN BIN MAHMUD (D20101037595)

    MOHAMED FANIEZAT BIN MAT RANI (D20101037633)

    NIK HISYAHAFIEZA BT NIK AYUB (D20101037747)

    ZALINA BT ABDUL RAHMAN (D20101037743)

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    3/22

    PENGENALAN

    Buku yang bertajuk The Malay Sultanate of Malacca atau Kesultanan Melayu Melaka

    karya Mohd. Yusoff Hashim ini secara umumnya dapat di kategorikan sebagai sebuah buku

    yang mengkaji aspek- aspek berkaitan negeri Melaka pada abad ke- 15 dan 16 dalam sejarah

    Malaysia. Secara keseluruhnnya, buku ini di bahagikan kepada dua (2) bahagian utama.

    Bahagian pertama buku ini adalah berkaitan dengan pensejarahan yang mana ia

    membincangkan sumber- sumber yang di gunakan untuk meneliti tentang kewujudan

    Kesultanan Melayu Melaka. Antaranya ialah Hikayat Siak, Sejarah Melayu dan Sejarah Raja-

    Raja Melayu. Manakala bahagian kedua pula membincangkan sejarah negeri Melaka yang di

    mulai dengan Salasilah Sultan- sultan Melaka dan segala hal yang berkaitan dengan Melaka.

    Bagaimanapun, kajian terhadap buku ini adalah berfokuskan bagaimana negeri Melaka

    dapat melonjakkan empayarnya sebagai sebuah kuasa kelautan (maritime) yang unggul pada

    abad ke- 15.Melaka mula ditubuhkan pada sekitar tahun 1400 oleh Parameswara1. Hasil

    perkembangan dan faktor- faktor lain, akhirnya Melaka muncul sebagai sebuah kuasa

    kelautan (maritime) yang kuat dan agung pada abad ke-15. Penilaian terhadap buku ini akan

    memberikan gambaran yang jelas bagaimana Melaka boleh menjadi sebuah kuasa kelauatan

    (maritime) pada masa itu.

    1 Wan Abdul Rahman Latiff. 1996. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa danPustaka. Halaman 490.

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    4/22

    FAKTOR KEMUNCULAN KUASA KELAUTAN MELAKA

    Antara faktor kemunculan kuasa kelautan Melaka ialah kerana kedudukannya yang

    strategik iaitu di selat Melaka yang menjadi perjalanan pedagang dari timur dan barat.

    Pedagang asing yang berulang alik antara India dan China itu akan berdagang di Melaka

    kerana pelabuhan Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun timur laut oleh Banjaran

    Titiwangsa dan angin monsun barat daya oleh pulau sumatera. Oleh itu, pedagang yang

    berdagang boleh menunggu pertukaran angin monsun untuk pulang. Selain itu, muara sungai

    Melaka yang dalam membolehkan kapal besar berlabuh di kawasan pelabuhan. Manakala

    perairan selat Melaka yang sempit pula telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal laluan

    kapalkapal dagang dengan mudah. Seterusnya, Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi

    yang berbukit bukau dapat menjadi panduan untuk kapal dagang keluar masuk dengan mudah

    ke pelabuhan.

    Faktor kedua pula ialah terdapatnya kemudahan di pelabuhan Melaka iaitu seperti

    stor untuk para pedagang menyimpan barang. Selain itu, terdapat juga kemudahan lain seperti

    tempat istirehat dan rumah tumpangan serta terdapat tempat untuk membaiki kapal.

    Seterusnya, kemudahan pengangkutan turut disediakan oleh syahbandar seperti kapal, perahu

    dan pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barang ke gudang. Pedagang

    juga mudah mendapatkan bekalan air sebelum memulakan pelayaran semasa menunggu

    pertukaran angin monsoon. Seterusnya, terdapat juga angkatan laut yang dibentuk. Angkatan

    laut ini terdiri daripada orang laut yang ditugaskan untuk melindungi para pedagang daripada

    serangan lanun.

    Faktor seterusnya yang menjadikan Melaka sebagai pusat pelabuhan yang hebat

    adalah kerana Melaka kaya dengan bahan mentah dan hasil hutanya. Hal ini demikian

    kerana jajahan Melaka yang luas telah member bahan mentah yang banyak untuk

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    5/22

    diperdagangkan, kesemua hasil hutan yang dikumpulkan di Melaka untuk melakukan proses

    jual beli, barter dan dagangan. Semua hasil dari negeri naungan Melaka ini berada di

    pelabuhan yang menjadikan Melaka sebuah pelabuahan entrepot yang maju. Keadaan ini

    menyebabkan ekonomi Melaka berkembang dengan pesat dan membangun.

    Tambahan pula, keadaan sistem politik di Melaka yang stabil membolehkan aktiviti

    perdagangan di Melaka dapat dilakukan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul.

    Situasi berlaku kerana tiada berlaku sebarang kekacauan yang boleh mengganggu gugat

    ketenteraman politik di Melaka. Hal ini demikian kerana rakyat Melaka yang taat setia dengan

    menumpahkan seluruh jiwa dan raga kepada raja iaitu Parameswara. Melalui konsep dewa-

    raja, perkataan dewa berasal daripada Hindu iaitu dewa-dewa Vishnu dan Brahmin. Raja

    diangap sebagai jelmaan Tuhan dan mempumyai kuasa. Manakala perkataan raja pula

    merujuk kepada perkataan Arab iaitu dianggap sebagai khalifah Tuhan di muka bumi dan

    wajib dipatuhi. Raja dianggap kudus dan suci. Konsep tulah yang diperkenalkan iaitu rakyat

    wajib mentaati segala perintah raja walau dengan cara apa sekalipun. Sekiranya mereka

    melanggar perintah tersebut, mereka akan menerima tulah iaitu perkara buruk yang akan

    berlaku. Seterusnya, para pembasar juga sangat setia kepada raja. Hal ini dapat dibuktikan

    apabila ramai pembesar yang turut mengikuti Parameswara dari Srivijaya berhijrah untuk

    membuka Singapura seterusnya ke Melaka.

    Mengenai perdagangan Melaka pada abad ke-15, dapat dibuktikan hubungan Melaka

    di bahagian Timur iaitu dengan China. Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang China

    untuk memasarkan barangan mereka ke Eropah. Manakala Eropah pula memerlukan rempah

    ratus dari Melaka untuk mengawet daging pada musim sejuk di sana. Ini menyebabkan

    hubungan perdagangan dengan China begitu rapat. China telah menghapuskan dasar tutup

    pintu kepada dasar buka pintu. Menurut Ruy Aranjo, beliau menganggarkan setiap tahun

    antara lapan sehingga sepuluh buah jong China datang ke Melaka dengan membawa barang-

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    6/22

    barang seperti wangian, permata, sutera, satin, besi, alat memasak, tembikar mewah dan

    peluru. Manakala barang-barang yang diperdagangkan oleh Melaka kepada China ialah

    berupa hasil hutan sepeti lada hitam, gaharu, rempah ratus dan candu. Hal ini demikian kerana

    permintaan yang tinggi terhadap lada hitam dari negeri China menguntungkan Melaka, kerana

    Melaka menjadi orang tengah yang mengimport bahan ini dari Patani, Pasai dan Pedir.

    PERANAN PEMBESAR

    LAKSAMANA

    Merupakan pembesar yang sama tarafnya dengan Bendahara.2 Beliau mengetuai

    pentadbiran tentera disamping menjadi panglima pengawal raja. Hang Tuah adalah orang

    pertama menyandang jawatan ini. Beliau akan memikul pedang kerajaan dalam istiadat

    menghadap di balairung. Kedudukan Laksamana adalah selepas Temenggung, Penghulu

    Bendahari dan Bendahara. Jawatan Laksamana juga sinonim dengan tugas utamanya dalam

    bidang ketenteraan disamping menjalankan tugas-tugas lain seperti menjadi pengawal

    protokol dan kedutaan. Keadaan ini jelas apabila raja menghantar Laksamana sebagai wakil

    dalam satu-satu hubungan diplomatik dengan wilayah lain. Beliau juga bertindak sebagai

    ketua angkatan laut Melaka dan mengawal keselamatan raja apabila berangkat serta

    mengawal keselamatan bendahara semasa perbicaraan dijalankan. Laksamana juga

    berperanan sebagai pemerhati perjalanan protokol kerajaan.3

    SYAHBANDAR

    2 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 1982, Sejarah Malaysia :Kuala Lumpur, Macmillan

    Publication (M) Sdn. Bhd.Hlm. 53.3 Muhammad Yusoff Hashim, 1990, Kesultanan Melayu Melaka : Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm. 175-178.

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    7/22

    Terdapat empat orang syahbandar dilantik mewakili setiap bangsa seperti Gujerat,

    Jawa, China dan sebagainya. Tugas syahbandar mengawal ukuran dan timbangan, mengawasi

    perjalanan dan organisasi pasar dan gudang simpan barang dagangan serta keselamatan, dan

    menghakim sebarang pertikaian yang timbul antara kapten kapal dengan saudagar. Syah

    bandar juga dikenali sebagai raja perlabuhan.4

    HUBUNGAN PERDAGANGAN PADA ABAD KE-15 HINGGA ABAD KE-16

    Dalam hubungan perdagangan Melaka dengan negara luar dapat di lihat dari pelbagai

    arah seperti di bahagian timur, bahagian barat dan dengan kawasan sekitar seperti dengan

    kawasan nusantara itu sendiri. Ini dapat di buktikan dari sumber The Suma Oriental yang

    menyatakan bahawa Melaka menjadi pusat tumpuan perdagangan asing dari tiga aliran

    lalulintas laut. Dibahagian Timur, menjalankan hubungan perdagangan dengan negara China

    dan mendapat tindak balas daripada kerajaan Ming sehingga China telah mengubah dasar

    tutup pintu kepada dasar buka pintu. Melaka di jadikan tempat untuk China memasarkan

    barang kepada Eropah,seorang pelapor dari Portugis, Ruy Araujo menganggarkan setiap

    tahun kira-kira lapan hingga sepuluh buah jong datang ke Melaka dengan membawa kain

    sutera, permata, bahan wangian dan lain-lain. Kemudian China akan menukarkan dengan

    lada, gaharu, candu, rempah, dan hasil hutan dari Nusantara. Melaka menjadi orang tengah

    dalam aktiviti perdagangan menurut Tome Pires mata wang asing telah digunakan disini.5

    Selain itu, saudagar dari Liu Kiu menurut Tome Pires menyebut mereka Gorres ia

    adalah Jepun.6 Barangan yang dibawa ialah sutera, habuk emas, kertas dan sebagainya,

    kemudian mereka meukar dengan arak dari Banggala. Melaka mengenakan cukai yang tinggi

    4Ibid, hlm, 179-180.5 Muhammad Yusoff Hashim,1990, Kesultanan Melayu Melaka, hlm 274.6 Ibid, hlm 271-272 Lihat juga Ruy de Brito, Alguns Documentos, Lisbon 1892, hlm 347.

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    8/22

    kepada China, namun keuntungan yang di perolrhi oleh China berlipat kali ganda dan dapat

    menampung cukai yang di kenakan.7

    Dibahagian Barat pula, saudagar dari Koromandel sangat penting bagi Melaka.

    Mereka tertumpu pada bulan Oktober hingga bulan Januari,barangan yang di bawa dan

    diperlukan ialah gaharu, permata, kayu manis dan sebagainya. Saudagar dari Kalingga pula

    membeli perak, emas, bijih dan sutera dari China. Pedagang dari pelabuhan Benggala terdiri

    daripada Arab, Parsi, Turki, dan Absinia telah membentuk sebuah syarikat untuk datang ke

    Melaka. Barang-barang yang dibawa ialah makanan seperti beras dan gula,manakala barang

    yang hendak di tukar pula seperti lada,jagung dan cengkih dari China kemudian tembikar dari

    Jepun selain itu, senjata dari Jawa dan hasil hutan dari Nusantara. Barbosa juga menyatakan

    bahawa terdapat juga kapal dari Melaka ke Ceylon untuk membeli gajah dan permata. 8

    Kegiatan perdagangan Melaka dengan Pegu adalah dari dua segi, pertama

    membekalkan barang-barang yang mewah kepada Melaka seperti berlian, nilam, dan perak.

    Kedua, Pegu membekalkan kapal kepada Melaka untuk dijual ini kerana Pegu sangat terkenal

    dalam perusahaan kapal. Tome Pires mengangarkan sepanjang bulan Februari dan Mac lebih

    dari dua puluh kapal kecil datang ke Melaka. Pelabuhan utara Pulau Jawa dapat

    menghubungkan antara Melaka dengan Pulau Rempah seperti Maluku, Bima dan lain-lain.

    Menurut Tome Pires, hubungan perdagangan dua hala ini adalah dalam bentuk runcit dan

    borong. Bahan dagangan utama ialah kain dari India untuk dijual di Jawa dan akan

    menukarkan kain dengan rempah. Oleh itu. Bentuk laluan diantara mereka adalah berulang-

    alik.9

    7Ibid, hlm 271; Mansel L. Dames The Book of Duarte Barbosa,Work,hlm 139, 142, 145.

    8 Mansel L. Dames, (ed dan tsd) op,cit hlm 117.9 B.Shrieke,Indonesian Sociological Studies , Selected Writing Of B. Shrieke Bahagian II 1957, hlm 230-1.

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    9/22

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    10/22

    peraturan penggunaan perairan dan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan di laut.14

    Pegawai-pegawai kapal yang dimaksudkan ialah nakhoda, jurumudi, jurubatu, malim dan

    muda-muda. Nakhoda adalah pegawai yang tertinggi sekali di dalam sesebuah kapal, jung

    atau balok, dan ia mempunyai kuasa penuh di kapalnya sama seperti kuasa seorang raja. 15 Di

    dalam kapal ada tempat khas yang hanya nakhoda sahaja dapat duduk iaitu di peterang

    lawang. Jurumudi adalah orang yang kedua pentingnya di dalam sesebuah kapal. Tugas

    utamanya ialah mengemudi kapal, jung atau balok. Ia seolah-olah Bendahara di darat. 16 Tugas

    jurubatu pula ialah menjaga sauh dan bahagian hadapan perahu. Selain itu juga, ia juga

    bertanggungjawab menjaga keamanan di dalam perahu itu.17 Sementara tukang pula secara

    literalnya bermakna workman. Ia dibahagikan beberapa jenis mengikut tugasnya dan ketua

    segala tukang dipanggil tukang agung (chief petty officer).18 Selain itu terdapat juga tukang

    petak, tukang kiri, tukang kanan dan lain-lain. Di samping itu, terdapat juga malim yang

    tugasnya sebagai hakim didalam sesebuah kapal itu.19 Tugas muda-muda pula ialah menjaga

    senjata menjadi tentera dan di bawah sekali ialah anak-anak kapal yang bertugas sebagai

    pekerja biasa.20 Di dalam kapal terdapat juga penumpang yang membawa barang-barang

    untuk diperniagakan.21 Sebagaimana yang telah diketahui Undang-Undang Adat Kesultanan

    Melayu Melaka, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka mempunyai

    banyak ciri-ciri adat tempatan dan amalan budaya Hindu-Buddha.22 Hanya dalam bab-bab

    akhir sahaja di dalam Hukum Kanun Melaka mengandungi hukum-hukum Islam. Di dalam

    Undang-Undang Laut Melaka pula terdapat beberapa fasal yang mempunyai beberapa ciri

    yang bersesuaian dengan Islam.23

    14 Mohd Jamil Mukmin, 2004, Melaka: Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, hal 139.15Ibid.16Ibid, hal 140.17Ibid.18Ibid.19Ibid.20Ibid.

    21Ibid.22Ibid.23Ibid, hal 140.

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    11/22

    Fasal-fasal dalam Undang-Undang Laut Melaka

    Fasal 1

    Menerangkan bahawa semua hal ehwal perdagangan, peraturan dan sistem serta organisasi

    berkapal, berjong dan berbaluk adalah terletak di bawah bidang kuasa Syahbandar. Selain itu,

    kesalahan jika pegawai menentang arahan pihak atasan. Seorang awak-awak yang enggan

    mengukut arahan tukang agung boleh disebat dengan tujuh sebatan oleh jurubatu. Seorang

    awak-awak yang melawan perintah gantung layar atau senawi pula dihukum dengan sebat

    sebanyak tiga kali.

    Fasal 2

    Berzina antara pasangan yang telah berkahwin, akan dihukum bunuh. Bagi pasangan bujang,

    akan disebat seratus kali atau didenda dengan nilai emas sebanyak setahil sepaha. Bagi

    pasangan sesama abdi akan dihukum dengan dipukul oleh penumpang.

    Fasal 3 dan 4

    Tatacara pembahagian untung yang diperolehi daripada sesuatu perniagaan.

    Fasal 5 (b)

    Syarat penumpang yang turun separuh jalan dikehendaki supaya membayar kepada nakhoda

    setengah tahil emas.

    Fasal 7

    Mencatatkan tentang pesalah yang dikenakan hukuman bunuh iaitu :

    Penumpang yang mengkhianati nakhoda

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    12/22

    Penumpang yang berkomplot sesama mereka untuk mengkhianati nakhoda,

    kiwi,tukang dan malim

    Penumpang yang menyisipkan keris di pinggang sedangkan penumpang lain tidak

    berbuat demikian

    Penumpang yang melakukan kejahatan, agitasi dan biadab sehingga menyusahkan

    penumpang yang lain

    Fasal 9

    Tanggungjawab dan hak malim (jurumudi). Malim harus mengetahui seluruh ilmu dan selok-

    belok pelayaran seperti keadaan ombak, arus, ukuran laut,kedudukan bulan dan bintang, tahun

    dan musim, teluk dan rantau, kedudukan tanjung, beting, karang, terumbu, busung,gunung

    dan bukit

    Fasal 19

    Kesalahan dan hukum berkelahi sesama anak kapal.

    Fasal 20

    Tatacara berurus niaga sesama nakhoda, jurumudi, kiwi dan pegawai-pegawai kapal yang

    lain. Selain itu, nakhoda harus berunding dengan anak kapal dan penumpang jika ingin

    berlabuh di pelabuhan yang tidak termasuk dalam jadual pelabuhan.

    Fasal 9:1

    Walaupun nakhoda boleh membunuh tetapi apabila sampai semula ke Melaka, nakhoda akan

    dibicara sama ada perbuatan membunuh itu sah atau tidak. Sekiranya tidak sah si nakhoda itu

    sendiri akan dibunuh atau didenda sekati lima tahil.

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    13/22

    Fasal 9:2

    Sebelum hukuman bunuh dijatuhkan terhadap pesalah yang berzina dengan isteri orang, si

    pesalah haruslah dibela oleh warisnya jika ada.

    Fasal 23:5

    Orang yang menjumpai perahu orang yang berhak mendapat pampasan yang bernilai setengah

    daripada harga perahu tersebut. Sekiranya perahu tersebut baru sahaja hanyut dan saiz perahu

    itu ialah lima depa, maka harga tebusnya ialah satu kupang. Bagi perahu yang lebih kecil nilai

    tebusannya ialah dua kenderi.

    Fasal 23:3

    Peruntukan undang-undang apabila menyelamatkan orang yang karam di laut. Si mangsa akan

    menjadi hamba kepada si penyelamat. Jika si mangsa mempunyai harta, si mangsa boleh

    menebus kos penyelamat tadi dengan membayar sejumlah daripada nilai hartanya kepada i

    penyalamat.

    Semua fasal yang dibuat adalah untuk memastikan organisasi dalam kapal berjalan

    dengan teratur dan aman. Suasana masyarakat kosmopolitan yang diawasi oleh organisasi dan

    birokrasi yang tersusun sama ada di darat ataupun di laut telah menjamin keamanan Melaka.

    PERANAN ORANG LAUT

    Orang Laut merujuk kepada satu corak budaya manusia dari satu kumpulan manusia

    melayu yang mendiami kawasan pesisiran laut di dalam perahu atau sampan dan

    mengamalkan corak hidup secara nomadik.24 Kedudukan Orang Laut dalam istana Melaka

    24 Latiff Abu Bakar, 1997, Sejarah di Selat Melaka, Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Negeri Melaka danJabatan Pelajaran Melaka, hlm.74.

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    14/22

    sangat tinggi mencakupi hierarki sosial dan kuasa. Pencapaian tersebut disebabkan

    kepercayaan dan kesetiaan yang padu dan utuh antara raja dengan rakyat yang sudi

    membantu. Kekuatan Melaka pada masa itu bergantung kepada kekuatan orang laut. Orang

    Laut sentiasa memberikan taat setia dan sokongan ketenteraan kepada pemerintah. Kerjasama

    yang erat antara pihak pemerintah dan Orang Laut telah berjaya mengatasi kegiatan lanun

    yang mengganas di sepanjang Selat Melaka. Apabila keselamatan terjamin, para pedagang

    bebas melakukan aktiviti perdagangan dengan Melaka. Tindakan Parameswara menjadikan

    Orang Laut sebagai sebahagiadaripada institusi dan sistem kerajaan. Orang Laut mengakui

    kedaulatan Parameswara dan akan melindungi keselamatannya. Manakala Parameswara pula

    melindungi kehormatan dan kebajikan mereka. Orang Laut dijadikan sebahagian besar

    daripada angkatan Laut Melaka dan merupakan sumber tenaga yang paling penting untuk

    menjaga keamanan di samping menggalakkan saudagar asing datang ke pelabuhannya.

    Sebenarnya peranan orang laut bukan sahaja dalam bidang ketenteraan sahaja. Terdapat juga

    peranan lain bagi orang laut seperti mengangkut utusan dan surat-surat kepada pemerintah

    luar negeri, menyediakan agar-agar dan sagu kepada raja atau sultan, mengangkut air dan

    kayu api di istana, dan menjaga anjing perburuan sultan.25 Orang Laut turut mengumpul

    segala hasil laut seperti mutiara, Trepang(macam siput), agar-agar, sagu, kulit kayu bakau,

    mengumpul tumbuhan laut dan kulit penyu untuk perdagangan cina. Selain itu, Orang Laut

    berperanan membantu menjaga pertahanan dan perairan di mana mereka mengiringi

    parameswara ketika Baginda berundur dari Singapura ke melaka.26 Turut juga memungut hasil

    hutan seperti damar dan membuat tikar kajang untuk perdagangan kepulauan kerana sangat

    diperlukan di pasaran antarabangsa pada masa itu. Orang Laut di Kepulauan Melayu

    menguasai pasaran barangan tersebut dan dengan kerjasama raja-raja Melayu yang menguasai

    pelabuhan di samping kebijaksanaanstatecraftraja-raja Melayu, telah mengeksport barangan

    25Ibid, hlm, 77.26 Muhammad Yusoff Hashim. (1990).Kesultanan Melayu Melaka, hlm. 237.

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    15/22

    tersebut ke pasaran antarabangsa. Penguasaan Orang Laut terhadap perdagangan maritim

    kerana disebabkan faktor geografi dan ekologi, di samping faktor kebijaksanaan Orang Laut

    memahami dan memiliki pengetahuan tentang cuaca dan kedudukan pasang surut air laut,

    serta alam semula jadi yang didiami mereka.

    PERKAPALAN MELAYU MELAKA

    Masyarakat kelautan dikelilingi oleh kawasan selat,27 di mana mereka mahir dengan

    selok belok tentang laut terutamanya dalam proses membina kapal yang sesuai dengan

    keadaan laut Melaka. Istilah khusus yang digunakan dalam Sejarah Melayu, Undang-undang

    Laut Melaka dan Undang-undang Melaka tentang alat pengangkutan di laut ialah perahu,

    sampan, ghurab, penjajab, sagur, payar, baluk dan sebagainya. Tome Pires menambah dengan

    istilah lain seperti lancer dan nadih. Jong dan bahtera merupakan alat pengankutan laut yang

    terbesar yang terdapat pada waktu itu.

    Industri perkapalan di Melaka bertambah maju dengan adanya pembelian kapal-kapal

    besar dan berkualiti serta kayu jati yang kukuh yang diimport dari Pulau Jawa dan Burma

    seperti yang dikatakan oleh Tome Pires.28 Sepanjang abad ke-15, kegiatan perdagangan

    peribumi yang menggunakan kapal bukan sahaja di sekitar Tanah Melayu, malah sehingga ke

    pantai Koromandel, ke Timur sehingga negeri China, ke persekitaran Gugusan Kepulauan

    Melayu di Nusantara dan Kepulauan Maluku. Raja-raja Melaka juga cuba untuk belayar ke

    Mekah dengan menggunakan kapal yang besar ini.29

    27 Dalam konsepsi yang telah umum mereka juga dinamakan equatic people. Rujuk L.Y. Andaya, Historical

    Links, dalam Muhammad Abu Bakar (eds),Historia.28 Armando Cortaeso, (ed), The Suma Oriental, hlm 249-250; Alfonso Dalboquerque, commentaries III, hlm

    142.

    29Ibid.

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    16/22

    Kegiatan perdagangan dan perkapalan yang besar telah mewujudkan sistem tertentu

    dalam organisasi perkapalan dari segi aturan atau undang-undang untuk menggunakan kapal,

    sehinggalah kepada urusan kakitangan yang terlibat. Undang-undang Melaka hanya

    memperuntukkan 5 fasal daripada 44 fasal tentang peraturan berperahu dan berkapal

    manakala, Undang-undang Laut Melaka telah menyediakan seluruh 25 fasal mengenainya.30

    Sebuah jong atau baluk yang belayar dianggap sebagai sebuah kerajaan di mana

    ianya perlu dilengkapkan dengan pegawai , pentadbir dan organisasi birokrasi walaupun

    secara ringkas. Peraturan dan undang-undang telah dikuatkuasakan dalam pelayaran di mana

    kuasa penuh terletak di tangan nakhoda. Semua kakitangan kapal dan penumpang

    dikehendaki supaya patuh pada peraturan dan undang-undang ini. Undang-undang Laut

    Melaka menerangkan peraturan ini sebagai adat di mana kuasa membunuh jika sabit

    kesalahan terletak di tangan nakhoda sahaja.

    PEDAGANG DAN PENGUSAHA

    Kemunculan Melaka sebagai sebuah pelabuhan dagang telah mewujudkan golongan

    usahawan pedagang dan peniaga daripada kaum peribumi dan pendatang. Golongan ini

    seperti seperti golongan hulubalang juga, tadak mungkin dapat membentuk suatu kelas yang

    khusus dari segi profesionalisme kerana kegitan perniagaan dan sektor perdagangan boleh

    dilibati dan dilakukan oelh sesiapa sahaja, sama ada oleh raja, pembesar mahupun rakyat,

    lelaki dan perempuan dalam masyarakat tadi. Mengikut catatan Tome Pires, beberapa orang

    Sultan Melaka sendiri mengambil bahagian yang cerdas dalam sektor ini sehingga dikatakan

    menjadi kaya raya. Bukti ini tidak mungkin dapt menolak kenyataan bahawa pembesar-

    30 Fasal 25 hanya merupakan catatan nama perawi naskhah Undang-undang Laut Melaka ini. Rujuk R.OWinstedt dan Josselin de Jong, (eds), Maritime Laws, hlm 47-48.

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    17/22

    pembesar Melaka juga turut berniaga. Antara mereka ialah Bendahara Tun Mutahir, yang

    kemudiannya menjadi Seri Maharaja dan Tun Hisap.

    Namun demikian, orang asinglah yang nampaknya lebih banyak terlibat dalam usaha

    perdagangan basar-besaran. Usaha berdagang dengan negeri-negeri asing mengakibatkan

    kemunculan tokoh-tokoh usahawan dalam masyarakat tadi. Di kalangan tokoh usahawan yang

    dikenali ialah nakhoda, jurumudi, kiwi, maula (ketua) kiwi dan orang banyak. Sebenarnya

    merekalah yang menjadi orang tengah dalam semua transaksi perniagaan. Nakhoda

    mendapat tempat yang istimewa dalam masyarakat kerana kedudukan dan peranan ekonomi

    serta kegiatan perkapalan Melaka itu sendiri.

    Dari segi bidang kuasa pentakbiran, nakhoda, sama ada daripada golongan peribumi

    mahupun golongan orng asing, terletak di bawah Syahbandar di pelabuhan. Untuk mengawal

    tingkah laku penumpang dan peniaga dalm sesebuah kapal yang menjalanka perniagaan,

    maka kerajaan Melaka menyediakan pula undang-ungdang yang terjelma dalam Undang-

    undang Laut Melaka ini meliputi juga tatacara berniaga. Daripada kenyataan Pires tentang

    hadirnya empat orang Syahbandar Melaka membuktikan bahawa bilangan masyarakat Melaka

    yang mengambil bahagian dalam peniagaan adalah besar.31

    PERLUASAN KUASA

    Sehingga pada tahun 1459, kawasan-kawasan Dinding, Selangor, Muar, Singapura,

    Bentan, Pahang, Indragiri dan Kampar di Sumatera Timur telah ditakluki oleh melaka.

    Sehingga pada masa kemangkatan Sultan Mansor Shah (1477), ditakluki pula Bernam dan

    Perak di semenangjung Tanah Melayu serta Siak, Rupat dan Rokan di Sumatera. Inderagiri,

    Kampar dan Pahang ketika itu, cuba membebaskan diri tetapi ditindas oleh Melaka. Ketika

    31 Muhammad Yusoff Hashim, (1990), Kesultanan Melayu Melaka, hlm 299-300.

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    18/22

    Sultan Alauddin Riayat Shah memerintah, kawasan kawasan penguasaan Melaka

    dikembangkan lagi sehingga ke kawasan penempatan Orang Laut di selatan, iaitu seluruh

    kepulauan Riau-Lingga. Sehingga pada tahun 1511, seluruh kawasan Semenangjung termasuk

    Patani, Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadi taklukan Melaka. Di Sumatera Timur,

    hanya kawasan Aru dan Pasai gagal untuk dikuasai. Oleh itu, kedua-duanya dianggap setara

    dengan Melaka. Selain Majapahit, Sejarah Melayu mendakwa bahawa Melaka, Aru dan Pasai

    sama besarnya.

    Apabila kawasan-kawasan disekitar Selat Melaka ini dapat dikuasai maka Melaka

    dapat membentuk sebuah empayar kelautan untuk mengawal lalulintas perdagangan yang

    menjadi penghubung antar Timur dan Barat. Corak pemerintahan dan pentadbiran Melaka

    sebenar adalah berbeza daripada kaedah pemerintaha dan pentadbiran kawasan-kawasan

    taklukan. Walaubagaimanapun, hubungan politik dua hala yang dijalinkan secara lansung,

    dijadikan teras hubungan politik antara Melaka sebenar dengan kawasan taklukan tadi.32

    ORANG ASING DI MELAKA

    Orang asing di Melaka secara umumnya dikenali sebagai orang dagang atau orang

    perantau. Orang asing bermaksud mereka yang bukannya pribumi Melaka tetapi menjadikan

    negeri ini sebagai pusat kegiatan mereka. Laporan Portugis pada 1511 mengatakan bilangan

    orang asing di Melaka sangat ramai. Golongan ini dikategorikan kepada dua kumpulan.

    Kumpulan pertama orang asing dari sudut sosial merupakan orang Jawa. Kebanyakan mereka

    berkhidmat sebagai askar upahan dalam tentera Melaka. Selain itu, terdapat juga orang asing

    seperti dari Pasai yang terlibat dalam kegiatan dakwah Islam dengan menjadi ulama dan guru

    agama kepada orang Melaka. Golongan kedua pula merupakan orang asing yang banyak

    terlibat dalam kegiatan ekonomi. Seiring dengan status Melaka sebagai kerajaan maritim

    agung di Nusantara serta kemajuan pelabuhannya, ramai pedagang asing datang untuk

    32 Muhammad Yusoff Hashim, (1990), Kesultanan Melayu Melaka, hlm 90.

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    19/22

    mencari kekayaan dibumi Melaka. Golongan ini pula dibahagi kepada dua kumpulan iaitu

    pertama pedagang yang menetap secara terus di Melaka dan kumpulan kedua merupakan

    pedagang yang mengunjungi Melaka sekali setahun untuk berdagang dan pulang ke negara

    mereka kembali. Kebanyakan pedagang datang dari pelbagai negara seperti Arab, Cina,

    Keling, Parsi, Burma, Siam, Ruykyu (Jepun) serta dari Nusantara sendiri.

    Orang Cina merupakan salah satu kumpulan orang asing yang banyak terdapat di

    Melaka. Kedatangan mereka sebagai pedagang persendirian yang bersesuaian dengan polisi

    kerajaan Cina ketika itu yang menggalakkan rakyatnya berdagang ke negeri luar.

    Perkahwinan anak maharaja Cina iaitu Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansor Syah

    menggalakkan lagi kedatangan orang Cina ke Melaka. Orang India pula banyak datang ke

    Melaka sebagai pedanag dan turut mengembangkan agama Islam. Orang India terdiri

    daripada pelbagai suku kaum seperti kaum Banggali, Gowri, Tamil, dan lain lain. Bagi kaum

    Tamil-Muslim pula, mereka mendapat kedudukan yang istimewa dari pemerintah Melaka.

    Golongan ini turut terlibat dalam sistem pentadbiran dengan menjawat pelbagai jawatan

    seperti bendahara dan syahbandar. Kedatangan mereka bermula dengan penghijrahan Mani

    Purindam anak raja di benua India ke Melaka. Dari keturunan beliau telah wujud golongan

    pembesar Tamil-Muslim yang sangat berpengaruh dalam pentadbiran Melaka. Orang Jawa

    juga mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam Kerajaan Melaka apabila Sultan Mansor

    Syah berkahwin dengan puteri Jawa iaitu Raden Galuh. Anak hasil perkahwinan ini iaitu

    Raden Kelang menjadi pewaris takhta Melaka dengan gelaran Sultan Alauddin Riwayat

    Syah.33

    33Muhammad Yusoff Hashim, (1990), Kesultanan Melayu Melaka, hlm 310-320.

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    20/22

    KESIMPULAN

    Sebagai kesimpulannya, buku Kesultanan Melayu Melaka karya Muhammad

    Yusuf Hashim, telah terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan kerajaan Melaka

    muncul sebagai kuasa maritim yang unggul di seluruh kepulauwan Melayu pada zaman

    kegemilangannya. Salah satu faktor utama yang menyebabkan kegemilangan Melaka pada

    waktu itu adalah kedudukannya yang strategik diantara laluan perdagangan laut timur dan

    barat. Para pedagang dari barat menjadikan pelabuhan Melaka sebagai tempat persinggahan

    utama untuk belayar ke China dan sebaliknya. Faktor seterusnya adalah peranan yang

    dimainkan oleh orang laut yang banyak membantu kerajaan Melaka sejak dari awal

    penubuhannya. Golongan ini memiliki pengetahuan yang tinggi dalam ilmu kelautan serta taat

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    21/22

    setia yang tidak berbelah bagi terhadap pemerintah Melaka. Hal ini sangat penting bagi

    Melaka untuk muncul sebagai kuasa maritim pada abad ke-15. Bagi menjamin kelancaran

    segala aktiviti yang berasaskan laut dan perdagangan, kerajaan Melaka telah menggubal

    undang-undang laut yang berasaskan syariah Islam. Peraturan ini telah menjadi panduan

    kepada semua pihak yang merangkumi tatatertib, hukuman, panduan di atas kapal dan

    seumpamanya. Kesemua faktor ini telah menjadikan Melaka terkenal ke serata dunia

    sehinggalah serangan Portugis pada tahun 1511 yang menyebabkan kejatuhan kerajaan ini.

    Dengan itu berakhirlah kegemilangan Melaka yang diganti dengan kemunculan kerajaan

    Acheh di Sumatera.

    BIBLIOGRAFI

    Andaya, B. W. (1982). Sejarrah Malaysia. London: Macmillan Asian Histories Series.

    Bakar, L. A. (1997). Sejarah Di Selat Melaka. Cawangan Negeri Melaka: Jabatan Pelajaran

    Melaka.

    Hashim, M. Y. (1990).Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Latif, W. A. (1996). Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    Dan Pustaka.

    Mukmin, M. J. (2004). Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara. Melaka: Institusi

    Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

    Sham, A. H. (1849).Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka Sebagai

    Warisan Persuratan Melayu Lama, dalm Abdul Latif Abu Bakar (ed). Melaka: Warisan

    Sastera Melaka : Lembaga Melayu Melaka.

  • 8/4/2019 asgmnt soalan1

    22/22