bahan asgmnt cikgu praktikum2015

21
Focus perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah Objektif perkhidmatan b&k di sekolah adalah; Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupaka teras perkhidmatan B&K di sekolah. Sebagai perkhidmatan yang mesra , selesa dan kondusif kepada murid untuk menyuarakan isi hati dan permasalahan mereka , seterusnya dapat membuat keputusa yang wajar da betul. Agar Guru B&K bole medahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan yang diluar norma sosial dalam kalanga muridmuridnya. Agar murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan personaliti mereka. FOKUS PERKHIDMATAN B&K Perkhidmatan B&K dilaksanakan secara sepeuh masa dan berfokus kepada program dan aktiviti seperti berikut; Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid. Peningkatan disipli diri murid. Pendidikan kerjaya murid. Psikososial dan kesejahteraan mental murid. FOKUS 1 : PEMBANGUNAN DAN PENGEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti sendiri (character) murid daripada aspek berikut; Sikap Penyayang (kepedulian) Budi bahasa Konsep sendiri Kepemimpinan Komunikasi

Upload: sparrowjakazz

Post on 18-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

EDU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TRANSCRIPT

Focus perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah

Objektif perkhidmatan b&k di sekolah adalah;Guru B&K menghayati bahawamemenangi jiwa muridmerupaka teras perkhidmatan B&K di sekolah.Sebagaiperkhidmatan yang mesra , selesa dan kondusifkepada murid untuk menyuarakan isi hati dan permasalahan mereka , seterusnya dapat membuat keputusa yang wajar da betul.Agar Guru B&K bolemedahului (win over) jangkaantindakan-tindakan yang diluar norma sosial dalam kalanga muridmuridnya.Agar murid bolehmeneroka peluang dan ruang kerjayayang sesuai dengan personaliti mereka.FOKUS PERKHIDMATAN B&K

Perkhidmatan B&K dilaksanakan secara sepeuh masa dan berfokus kepada program dan aktiviti seperti berikut;Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid.Peningkatan disipli diri murid.Pendidikan kerjaya murid.Psikososial dan kesejahteraan mental murid.FOKUS 1 : PEMBANGUNAN DAN PENGEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID

Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti sendiri (character) murid daripada aspek berikut;Sikap Penyayang (kepedulian)Budi bahasaKonsep sendiriKepemimpinanKomunikasiKekemasan diriKetepata masaFOKUS 2 : PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID

Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti sosial yang lain.

FOKUS 3 : PENDIDIKAN KERJAYA MURID

Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepad murid mengenai maklumat berkaitan pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;Melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastika semua murid dapat mengeal pasti potensi diri , minat , sikap dan hala tuju kerjaya.Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid bermula dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka.Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus memasuki alam kejaya atau meneruskan penggajian ke institusi-intitusi pengajian tinggi awam atau swasta.FOKUS 4 : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID

Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekalkan dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi.Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi.Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif.KAEDAH PELAKSANAAN

1.Pengurusan Profil Murid

Fokus ini adalah menyediakanpangkala Profil Muridyang bertujuan untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid. Dengan analisis ini, tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan dengan lebih berkesan. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;Menyediakan profil setiap murid bermasalah disipli.Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah.Menyediakan profil kerjaya setiap murid.Menyediakan profil murid dari segi kesejahteraan mental/emosi.Profil ini hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid , latar belakang ibu bapa/penjaga , latar belakang masalah ,kekerapan dan punca masalah dan status tindakan penyelesaian.

2.PelaksanaanPendidikan pencegahan

Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri sepertikegiata seks bebeas , bahaya HIV , dadah , rokoktermasuklahbahan inhalan.

Fokus ini juga memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar mengelakkan diri daripada terllibat denganjenayah rogoldanbunuh diri.

3.Konsultasi keibubapaan

Fokus ini adalah membimbing murid agar mereka mengetahuitanggungjawab diri dalam keluargadi mana;Kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan.Melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.4.Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Fokus ini adalah meningkatkankemahiran menolong dan soft skills(kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru B&K hendaklah;Melaksaaka latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS.Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya berkonsepkan 'Bantu Diri Untuk Orag Lain' dengan; -PRS sebagai role model kepada orang lain. -Memberi galakan kepada rakan-rakan agar bersikap positif. -Menjadi rakan yang peka kepada orang lain.

5.Murid Berkeperluan Khas

Fokus ini adalah memberi perkhidmatan kaunseling dan bimbingan khas kepada murid-murid berkeperluan khas di sekolah.

Fokus ini juga memberipenekanan dari segi kebajikan , kemudahan , soft skilldanhala tuju kerjayamurid berkeperluan khas.

Membimbing merid normal yang lain untuk menerima , membantu dan sentiasa memberi pertolongan kepada murid-murid berkeperluan khas.

6.Penyampaian (outreach) erkhidmatan

Membuat sebaran kepada murid berkaitan perkhidmatan yang boleh diberi oleh Guru B&K serta faedah yang diperoleh daripada perkhidmatan B&K.

Sebaran berkaitan peluang-peluang pendidikan dan kerjaya murid.

7.Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok

Perkidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah menjadiSasaran Kerja Utama guru B&K.

Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P).

PENGURUSA

1.Menjalankan Tugas Luar

Seorang guru B&K boleh dibenarkanmenjalankan tugas di luar sekolah mereka dengan kadar 10 peratus setahun.Ini bermakna, 90 peratus masanya setahun hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas.

Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B&K diarahkan;Mengikuti kursus , latihan termasuk menyambung pengajian dalam tempoh masa yang panjang.Menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau mala petaka di sesuatu tempat.Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar yang ditetapkan dalam perkara ini boleh juga diberikan dengan syarat mendapatkankelulusan bertulisdaripada Pengarah Pelajaran Negeri terlebih dahulu.Dalam hal ini,tugas luarbermakna tugas yang diarah atau diminta oleh KPM, JPM dan PPD.

2.Kelas Ganti

Guru B&K Sepenuh Masa bileh mengambilkelas ganti tidak lebih 8 waktu seminggu.

Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah , mereka hendaklah melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan perkhidmatan B&K.

Guru B&K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling sebagai panduan dan rujukan semasa melaksanakan aktiviti bimbingan di dalam kelas ganti.

3.Jadual Waktu

Tempoh masa bertugas Guru B&K adalah sama seperti guru P&P. Walau bagaimana pun, jadual waktu bertugas bagiGuru B&K di sekolah perlu lebih fleksibel (flexi).Hal ini bermakna sesi bertugas seseorang Guru B&K di sekolah tidak terikat sama seperti masa bertugas guru P&P di bilik darjah. Ianya boleh disesuaikan mengikut keperluan tugas seharian Guru B&K.

Sesi bertugas mereka hendaklah lebih fleksibel (flexi) kerana fungsimereka termasuk aktivitiengagementbersama ibu bapa murid, agensi-agensi lain yang berkaitan termasuk dengan pemimpin-pemimpin masyarakat dan komunikati di luar sekolah di mana aktiviti tersebut hendaklah hanya untuk kepentingan dan faedah murid mereka di sekolah.

4.Perkapita Grantt (PCG) Bimbingan Kaunseling Sekolah

PCG yang diperuntukkan kepada sekolah bagi Bimbingan dan kaunseling hendaklah digunakan sepenuhnya untuk semua aktiviti perkhidmatan B&K yang berfokus kepada 4 bidang utama seperti di perenggan 7 (Fokus Perkhidmatan B&K).

5.Sokongan Pentadbir Sekolah

Pentadbir sekolah hendaklah memastikan perkhidmatan Guru B&K berfokus kepada Program Pembangunan Sahsiah dan Disiplin Murid. Dalam hal ini pentadbir sekolah hendaklah memastikan Guru B&K memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan serta memberi tumpuan kepada pembangunan diri murid semasa melaksanakan perkhidmatan B&K.

Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga hendaklah membuat pemantauan serta memberikan maklum balas kepada Guru B&K akan keberkesanan perkhidmatan mereka.

Peranan kaunselor di sekolah1.0PENGENALANDewasa ini, banyak terdapat masalah disiplin yang melanda pelajar sekolah.Selain daripada masalah penyalahgunaan dadah, masalah-masalah sosial yang lain seperti lepak, bohsia, seks di luar perkahwinan dan HIV/AIDS merupakan masalah-masalah yang semakin berleluasa berlaku dalam kalangan pelajar sekolah.Dari tahun 1990 hingga 1996, 4045 orang remaja lelaki dan 166 orang remaja perempuan yang berumur antara 13 hingga 16 tahun didapati melakukan kesalahan juvenile.Suradi Salim (1993) menjelaskan masalah keruntuhan moral dalam kalangan pelajar memerlukan perhatian yang secukupnya dan satu perancangan yang teliti haruslah disediakan oleh pihak sekolah dalam usaha menangani masalah ini.Tidak dapat dinafikan bahawa perkidmatan bimbingan dan kaunseling melalui kaunselor sekolah dikatakan dapat membantu mengurangkan masalah keruntuhan moral dan disiplin dalam kalangan pelajar.Kaunselor sekolah dapat memainkan peranan penting dalam menangani masalah disiplin atau keruntuhan moral pelajar.Kaunselor boleh melakukan tugas ini sama ada secara terus dengan pelajar yang bermasalah melalui perbincangan atau melalui penganjuran program-program bersama-sama dengan mereka yang berkait rapat dengan golongan pelajar umpamanya ibu bapa, guru dan pihak pentadbir.Dalam konteks ini, tujuan utama kaunselor sekolah adalah untuk mengubah dan menyesuaikan perlakuan klien (pelajar) kepada satu perlakuan yang lebih baik.DEFINISI KAUNSELINGKaunseling bukan merupakan aktiviti memberi nasihat tetapi merupakan sejenis prosesmenolong.Dalam proses menolong, seorang kaunselor akan membina satu perhubungan yang profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya.Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangan diri sendiri, kebolehan, kemampuan serta keupayaannya.Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain serta suasana yang mempengaruhi hidupnya.Dengan adanya kesedaran ini, klien dapat memahami realiti hidupnya lalu merancang masa depannya.BIMBINGAN DAN KAUNSELINGDi Malaysia, bimbingan dan kaunseling diperkenalkan di sekolah secara rasmi pada tahun enam puluhan melalui program bimbingan kerjaya.Walau bagaimanapun, pada masa itu, bimbingan yang diberikan lebih menjurus pada kerjaya sahaja.Pada tahun 1972, Maktab Rendah Sains MARA menjadi kumpulan sekolah pertama yang memperkenalkan Program Bimbingan dan Kaunseling.Program ini bertujuan membimbing dan meningkatkan pertumbuhan serta perkembangan pelajar ke arah kematangan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar, terutama remaja memerlukan perhatian khusus.Perkembangan masyarakat yang mempengaruhi struktur institusi keluarga menyebabkan ramai remaja yang terbiar dipengaruhi unsur-unsur negatif.Masalah ini yang sepatutnya diselesaikan oleh keluarga kini turut dipertanggungjawabkan kepada pihak sekolah.Namun, guru tidak dapat memperuntukkan masa yang banyak untuk kaunseling kerana tugas utamanya di sekolah merupakan mengajar.Untuk mengatasi masalah itu, wujudnya jawatan kaunselor yang ditugaskan khusus untuk membantu pelajar bermasalah di sekolah.BukuBimbingan dan Kaunseling Sekolahyang ditulis lengkap dengan teori, prinsip dan kemahiran kaunseling boleh membantu guru memainkan peranan sebagai kaunselor untuk membantu pelajar.

2.0ISI-ISI2.1 PERANAN KAUNSELOR SEKOLAHPeranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan pengetahuan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah.American School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah seperti berikut:a)Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada.Hal ini bermakna menolong penuntut untuk memahami sikap, minat, bakat, kebolehan, peluang penyempurnaan kendiri dan hubungan-hubungan yang tersebut di atas.b)Menolong penuntut untuk bertingkah lakusesuai dengan bakat, minat, sikap, kebolehan dan peluang penyempurnaan kendiri.c)Menolong penuntut untuk mencapai keperluan mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri.d)Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan dan memberi maklumat tambahan serta bantuan perundingan.Hal ini bertujuan untuk lebih memahami penuntut.e)Menentukan atau memastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psikososial penuntut dan menyampaikan maklumat kepada kakitangan lain.f)Memberitahu kakitangan yang lain tentang perubahan-perubahan yang signifikan di sekolah yang memberi kesan kepada perkembangan program yang berkaitan.g)Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan perkembangan anaknya, keperluannya dan peluang lain di sekelilingnya.Hal ini bertujuan untuk menambahkan kebolehan memberi sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri.h)Membuat interpretasi kepada komuniti tentang kepentingan bertimbang rasa untuk individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.i)Membantu melancarkan dalam masyarakat peluang lain yang perlu untuk perkembangan penuntut.j)Mengguna atau membantu melancarkan reka bentuk sumber-sumber masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah.k)Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, jabatan-jabatan kerajaan seperti JKM, LPPKN, Pejabat Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga dan lain-lain.

2.2MENGENAL PASTI MASALAH-MASALAH YANG WUJUDKaunselor juga harus mengkaji masalah-masalah yang terdapat di sekolah supaya program kaunseling yang diatur memberi manfaat kepada warga sekolah dan masyarakat sekitar.Perancangan sesuatu program merupakan satu proses menentukan keperluan penerima.Di sekolah, keutamaan hendaklah diberi kepada usaha-usaha memenuhi keperluan pelajar di samping keperluan mereka yang mempunyai keperluan penting dalam masyarakat sekolah.Oleh itu, saya perlu mempunyai maklumat yang lengkap supaya program yang saya atur benar-benar berkesan.1.Pengumpulan maklumatPenganalisisan maklumat perlu bagi dan penentuan jenis keperluan bimbingan dan kaunseling di sekolah.Sumber maklumat seperti kad 001 (M), surat pekeliling pentadbiran dan polisi kerajaan, profil guru-guru, inventori kemudahan sekolah, bahan-bahan bacaan dan rujukan, pakar rujuk serta kejadian yang berlaku di sekitar.2.Maklumat dikumpul secara pemerhatian, rujukan, tinjauan keperluan -meninjau pendapat Pengetua, guru-guru, pakar-pakar perancangan pendidikan, ibu bapa dan pelajar.

2.3PROGRAM-PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELINGa)Bimbingan Perkembangan PersonalitiKaunselor berperanan menentukan agar pelajar menanam perasaan dan kepercayaan bahawa dirinya berkebolehan dan dihargai.Kaunselor juga bertanggungjawab menyebarkan maklumat tentang tingkat-tingkat perkembangan individu, dan maklumat untuk memahami tingkah laku remaja.Program atau kursus motivasi, kemahiran berkomunikasi dan perkembangan konsep kendiri dianjurkan.b)Bimbingan Perkembangan KerjayaKaunselor berperanan menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan. Kaunselor menyusun dan melaksanakan program-program seperti kursus kerjaya, lawatan kerjaya dan latihan temuduga untuk membolehkan palajar mempelajari hal-hal diri supaya pilihan bidang kerjaya yang sesuai dapat dibuat.Kaunselor bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan kerjaya serta peluang-peluang pengajian tinggi dan latihan yang diperlukan.c)Bimbingan dan Perkembangan PembelajaranPelajar diberi bimbingan untuk menjaga prestasi pencapaian akademiknya.Kaunselor berperanan memotivasikan pelajar-pelajar yang kurang yakin tentang kebolehan diri, yang sengaja menggagalkan diri dan yang telah berputus asa dengan pencapaian akademik mereka.Kaunselor juga berperanan dalam membimbing pelajar memperoleh kemahiran belajar, cara-cara mengawal tekanan, kemahiran mengurus masa dan teknik belajar berkesan dan menjawab peperiksaan.Khemah atau perkampungan akademik biasanya dibuat di luar sekolah untuk memberi persekitaran yang lain kepada pelajar dan bukan persekitaran sekolah yang mereka anggap membosankan.d)Bimbingan Penyesuaian DiriKaunselor berperanan memberi persediaan kepada pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.Minggu Siratulrahim diperkenalkan kepada pelajar tingkatan satu selama seminggu dan Minggu Pengurusan kepada pelajar tingkatan empat.Tujuannya supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan sekolah, persekitaran, budaya dan pelajaran-pelajaran baru.e)Bimbingan Tingkah lakuKaunselor di sekolah menengah selalu dimintakan menyelasaikan masalah disiplin pelajar.Pihak disiplin sekolah menolak pelajar yang melakukan kesalahan disiplin berulangkali kepada kaunselor untuk diselesaikan.Melalui kaunseling individu atau kelompok pelajar berkenaan diminta mengubah sikap mengikut peraturan sekolah.f)Perkhidmatan KaunselingKaunselor memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara individu atau kelompok.Hal ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami keadaan dan memperolehi keupayaan untuk bertindak mengatasi ketidakselesaan yang dialaminya.Selain itu, perkhidmatan kaunseling juga memberi perkhidmatan pakar runding kepada guru-guru yang sentiasa menghadapi isu-isu berkaitan dengan tingkah laku pelajar, perhubungan pelajar dan hal-hal perkembangan personaliti pelajar-pelajar di sekolah.

2.4AKTIVITI-AKTIVITI/PROGRAM TAHUNANTerdapat empat objektif am dalam perancangan program.1.Memberi khidmat penyuburan dan pengkayaan yang meliputi semua aspek seperti bakat, kepimpinan, kemahiran, personaliti dan sebagainya.2.Memberi khidmat pencegahan seperti salahlaku, tidak berdisiplin dan penyalahgunaan dadah.3.Pembaikan dan pemulihan seperti mengalami masalah peribadi, pelajaran dan sosial.4.Memberi khidmat kaunseling krisis.Program yang dirancang ialah:a)Pendedahan Unit Bimbingan KaunselingMemberi penerangan secara ringkas peranan unit ini dan guru-guru yang terlibat.Tujuannya adalah supaya pelajar mengenali dan pengetahuan peranan tersebut dan memblehkan mereka mendapat manfaatnya.Program ini dijalankan semasa Minggu Orientasi Tingkatan Satu.Ibu bapa juga akan diberi taklimat dalam program ini.b)Program Didikan Kasih dan MesraPengisian program ini ialah dengan memberi ceramah agama, penerangan tentang akademik, pemainan dan kauseling dan permainan di padang.Hal ini memupuk hubungan yang baik di antara guru dan pelajar-pelajar di samping mengembangkan bakat pelajar.c)Kaunseling IndividuMenjalankan proses kaunseling kepada pelajar yang mempunyai masalah sama ada mereka datang sendiri ataupun yang dirujuk oleh guru lain.Masa program ini adalah berterusan sepanjang tahun.d)Kaunseling KelompokMenjalankan proses kaunseling secara berkelompok kerana mempunyai masalah yang sama.Perkara yang umum dibincangkan ialah pemilihan aliran dan elektif, hubungan dengan rakan sebaya, masalah pelajaran dan sebagainya.e)Minggu KerjayaMempamerkan maklumat mengenai kerjaya seperti, kelayakan, tempat latihan, prospek dan sebagainya.Faedahnya, pelajar mengetahui perkara yang seharusnya mereka lakukan untuk mencapai kerjaya yang diidamkan.f)Kempen Sekolahku RumahkuMemupuk semangat cintakan sekolah.Hal ini menggalakkan pelajar menjaga kebersihan, mengindahkan dengan dengan pokok-pokok bunga dan mural.Di samping itu, sikap vandalisme seperti memecah meja dan kerusi, mencuri harta dan merosakkan pagar sekolah dapat dikurangkan.g)Kegiatan Seni Anti DadahMembuat persembahan kebudayaan yang bertemakan anti dadah.Contohnya, mengadakan pertandingan deklamasi sajak, boria, dikir barat, kuiz, pertandingan melukis poster dan lain-lain.h)Menyimpan rekodMenyedia dan menyimpan rekod peribadi pelajar untuk kegunaan kaunselor, guru kelas dan pentadbir sekolah.i)Program Motivasi PMR dan SPMProgram yang dijalankan untuk membantu pelajar menghadapi peperiksaan.Hal ini bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar akan kepentingan peperiksaan dan tindakan yang sewajarnya mereka ambil untuk menghadapi peperiksaan.j)Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPMMendedahkan maklumat kepada para pelajar teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul.k)Program Selepas PMRMenjalankan pelbagai pertandingan seperti sukan dan permainan, pertandingan syarahan, nasyid, kuiz, deklamasi sajak ceramah teknik dan vokasional, kesihatan, undang-undang jalanraya dan sebagainya.Sebagai kaunselor seharusnya mengambil kira perkhidmatan kaunseling merupakan satu perkhidmatan yang profesional.Oleh itu, kaunselor haruslah mengikuti prinsip-prinsip dan etika tertentu semasa berurusan dengan klien, guru-guru dan pentadbir.

3.0KESIMPULANMasalah keruntuhan moral semakin berleluasa berlaku dalam kalangan pelajar.Masalah ini memerlukan perhatian yang secukupnya dan setiap pihak yang terlibat perlu memikirkan perancangan yang teliti supaya masalah ini tidak akan menjejaskan usaha Kementerian Pendidikan Mlaysia mlahirkan individu yang seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara.Satu usaha yang boleh dijalankan untuk menangani masalah keruntuhan moral ini adalah dengan melalui penglibatan kaunselor sekolah.Kaunselor sekolah melalui penglibatannya dengan pihak-pihak lain seperti guru, ibu bapa, pentadbir sekolah boleh membantu menangani masalah keruntuhan moral pelajar.Jelasnya, pihak kaunselor sepatutnya mempunyai hubungan yang rapat dengan semua pihak dalam usaha menangai masalah pelajar-palajar yang menghadapi masalah keruntuhan moral kerana mereka mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan.4.0 RUJUKAN1.http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2730/Peranan%20Kaunselor%20Sekolah%20Dan%20Masalah%20Keruntuhan%20Moral%20Pelajar.pdf?sequence=12.http://www.oocities.org/usrafidi/kandungan.html3.http://www.ukm.my/penerbit/f732-3.htm4.http://antologicinta.blogspot.com/2010/03/peranan-kaunselor-di-sekolah.html5.http://silaze.blogspot.com/2009/01/peranan-kaunselor-di-sekolah-menengah.html

PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH.

Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan berkenaan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah seperti berikut.

Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada.Ia juga membawa maksud seseorang kaunselor berperanan membantu pelajar agar pelajar mampu mengenali siapa dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna dengan dunia sekelilngnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia berada.Tugas kaunselor yang terpenting ialah membantu klien mencari dan memahami sikap,minat ,bakat serta kebolehan yang ada pada diri klien untuk berkembang dengan baik,memahami serta peluang-peluang yang dimiliki oleh klien hasil daripada perbincangannya dengan kaunselor untuk proses ke arah mencapai kesempurnaan kendiri serta hubungan antara kesemua unsur yang telah dinyatakan semata-mata untuk mencari keseimbangan kendiri sebagaimana yang diingini selaras dengan tuntutan agama dan masyarakat.

Menolong pelajar untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat,minat, sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. Kaunselor juga berperanan untuk membantu pelajar agar dapat membuat persediaan yang bersesuaian dengan minat dan bakat serta kebolehan yang dipunyai.Ini penting agar segala tidakan yang bakal dilakukan oleh murid adalah selaras dengan apa yang diingininya agar ia berpeluang untuk mencapai matlamat hidupnya miaitu ke arah penyempurnaan kendiri.Contoh jika kita ambil dari sudut minat dan cita-cita seseorang pelajar yang inginkan dan mempunyai kecenderungan ke arah menjadi seorang saintis,maka kaunselor berperanan untuk memberikan panduan dan beberapa cadangan yang bersesuaian dengan minat dan memberikan panduan tentang mata pelajaran yang pentng yang wajib dikuasai oleh seseorang pelajar jika pelajar tersebut ingin mencapai cita-citanya.Maka,kaunselor harus berperanan untuk membantu dan membimbing murid ke arah penyempurnaan kendiri berdasarkan apa yang diingini oleh pelajar.

Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri. Dalam perkara ini,seseorang kaunselor perlu membimbing pelajar untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan mengambil risiko dan sanggup bertanggungjawab terhadapa apa yang difikirkannya dan apa sahaja keputusan yang bakal diambilnya.Perkara ii akan menjadikan seseorang pelajar itu tidak akan teragak-agak dalam membuat keputusan yang peting dalam hidupnya sendiri.

Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang pelajar. Seseorang kaunselor berperanan membantu bukan sahaj pelajar tetapi melibatkan keseluruhan organisasi sekolah untuk mereka memahami akan keperluan terhadap keperluan persendirian dan hak-hak yang dipunyai oleh seseorang pelajar untuk dihormati.Ini merupakan suatu perkara penting agar pihak sekolah terutamanya pentadbir dan guru-guru serta kakitangan sekolah yang lain mengetahui bahawa para pelajar mempunyai hak untuk mendapat khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor sekiranya mereka ingin berbuat demikian dan juga kaunselor juga mempunyai hak untuk memanggil pelajar yang bermasalah untuk mendapatkan khidmat kepakaran kaunsleling.

Menentukan atau memastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psikososial pelajar dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap program sekolah yang dilaksanakan mendatangkan faedah yang besar kepada pelajar dari sudut perkembangan psikososial.Ini menunjukkan bahawa setiap program yang dijalankan perlukan penelitian yang bersungguh-sungguh daripada kaunselor bermula dari tahap perancangan hinggalah ke tahap perlaksanaan program.Dan penelitian ini tidak terhenti di sini sahaja malahan pemantauan terhadap perkembangan pelajar perlu diajalnakn dari semasa ke semasa bagi memastika para pelajar menadapat faedah daripada program yang telah dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah,daerah,negeri atau kebangsaan.

Memberitahu pihak pentadbiran tentang perubahan-perubahan yang signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan. Selain memastikan dan menentukan perubahan pelajar berjaya kaunselor juga perlu melaporkan kepada pihak sekolah akan perkembangan yang diperolehi hasil daripada program yang telah dijalankan.Laporan ini perlu dimaklumkan terutamanya kepada pihak pentadbiran agar mereka maklum akan situasi pelajar di sekolah berkenaan.

Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan-keperluannya dan peluang-peluang lain di persekitarannya dengan tujuan untuk menambahkan kebolehan,memberikan sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri. Kaunselor berperanan besar utnuk membantu ibu bapa untuk mereka mengetahui kemajuan perkembangan anaknya terutama dari segi sikap dan akademik,keperluan-keperluan yang diperlukan oleh anak-anak mereka untuk mencapai kejayaan yang bermakna serta membantu ibu bapa mendapatkan gambaran akan peluanyang -pelunag yang bakal diperolehi sekiranya anak mereka berjaya kelak.Memahami kemajuan perkembangan anak,keperluan dan peluang perlu diperjelaskan kepada ibu bapa agar mereka tahu akan perihal anak mereka secara lebih dekat dan dengan ini mereka akan lebih berminat untuk membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dari segi kejayaan dalam peperiksaan atau perubahan sikap .

Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah. Kaunselor perlu membuat interpretasi terutama kepada komuniti perihal pentingnya sikap bertimbang rasa untuk inividu agar ia dapat memberikan sumbangan kepada program kaunseling yang dijalankan di sekolah.Dalam hal ini, komuniti perlu dimaklumkan bahawa sikap bertimbang rasa yang wujud dalam diri individu merupakan perkara terpenting untuk merealisasikan dan memrikan sumbangan kepada kaunsleing di sekolah.

Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk perkembangan pelajar.Seseorang kaunsleor perlu memperjelaskan kepada masyarakat berkenaan peluang-peluang yang perlu diperolehi oleh seseorang pelajar.Ia juga berperanan untuk melancarkan peluang-peluang yang perlu dimilik oleh pelajar untuk mereka mencapai kejayaan yang cemerlang.Karnival kerjaya,karnival sains dan pelbagai lagi karnival anjuran pihak luar seharusnya dijadikan tempat untuk pelajar mendapatkan maklumat berkenaan minat dan kecenderungan masing-masing.Melalui karnival ini,para pelajar sebenarnya didedahkan secara tidak langsung berkenaan apa yang bakal mereka perolehi sekiranya mereka berjaya dalam pelajaran nanti.Selain daripada itu,program ajuran pihak luar ini pada kebiasaannya melibatkan umum,jadi kaunselor berperanan untuk mengumumkan bahan tersebut kepada para ibu bapa dan masyarakat agar merek afaham dan seterusnya dapat membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan.

Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber-sumber masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah.

Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat LPPKN, Pejabat Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga dan lain-lain.Hubungan yang baik dengan agensi luar sebenarnya memudahkan lagi kaunselor utnuk mendapatkan maklumat berkenaan bukan sahaja peluang-peluang yang bakal diperolehi pelajar tetapi juga dapat menjaminkan para pelajar mendapatkan maklumat terkini berkenaan sesuatu agensi.Mendedahkan pelajar tentang peranan yang boleh dimainkan oleh sesuatu agensi membolehkan pelajar merebut peluang yang ditawarkan oleh sesuatu agensi tersebut.Perlu diingat,dengan mengadakan hubungan yang baik dengan pelbagai agensi akan memudahkan lagi tugas kaunselor kerana kauselor dan pihak sekolahtidak akan mampu untuk menangani segala permasalahan secara bersendrian.

Kehadiran kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani masalah pelajar kerana mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajar. Sebelum ini guru biasa ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak langsung. Beban tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran kaunselor di sekolah amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap permasalahan pelajar malah beritndak membentuk generasi yang berketrampilan dalam apa jua bidang yang diceburi di samping mengenali hakikat diri mereka.

Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian pendidikan tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang bermasalah. Menurut menteri Pendidikan , Dato Seri Najib Tun Razak (1996), pada awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah sekolah di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah termasuk masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap masalah pelajar.

Dasar kerajaan meletakkan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sebagai Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa membuktikan bahawa kerajaan menaruh harapan yang tinggi kepada institusi persekolahan amnya dan Unit Bimbingan Dan Kaunsleing di sekolah khususnya agar memainkan peranan yang besar terutama dalam menangani kegawatan sosial yang begitu ketara dewasa ini.

Justeru itulah, guru Bimbingan dan Kaunseling berkewajipan untuk melaksanakan hasrat ini dengan penuh rasa bertanggungjawab.Dengan ini juga membuktikan bahawa peranan guru kaunseling sebagai struktur sokongan sekolah tidak boleh diabaikan.Antara peranan yang boleh dimainkan ialah Guru Bimbingan Dan Kaunseling atau Kaunselor ialah seseorang kaunselor perlu mengadakan sesi kaunseling dengan sebaik mungkin semata-mata untuk membantu pelajar menangani masalah yang dihadapi.Ini penting kerana dengan membantu pelajar mengurangkan masalahnya maka pelajar tersebut akan menjadi lebih stabil terutama dari segi emosinya.Apabila kestabilan emosi wujud maka tingkahlaku yang sepatutnya akan dapat dilihat.

Sebagai seorang kaunselor sepenuh masa ,maka ia berperanan penting dalam mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling dengan para pelajar yang menghadapai masalah.Di dalam sesi tersebut seseorang kaunselor itu akan membincangkan keperluan murid dari pelbagai segi seperti kemahiran sosial,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran membuat keputusan dan pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh pelajar.(Nazmi Hj Mohd Noor,1998).

Sesi bimbingan dan Kaunseling tidak seharusnya dihadkan kepada pelajar sahaja kerana ia meliputi keseluruhan sistem persekolahan.Ini juga bermakna klien yang diterima bukan sekadar pelajar tetapi ia juga merangkumi keseluruhan warga sekolah termasuk juga guru-guru dan staf sokongan sekolah selain daripada ibu bapa.Untuk itu,seseorang kaunselor perlu peka akan sebarang permasalahan yang timbul adakah ia berpunca daripada pelajar sendiri atau pun dari punca yang lain.Sekiranya ada guru atau kakitangan sekolah yang memerlukan khidmat kaunsleing maka kaunselor perlau menerima dan berusaha membantu menyelesaikan masalah klien tersebut.Ini amat penting kerana permasalahan yang wujud di kalangan guru-guru atau kakitangan sekolah sedikit sebayak akan mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.Permasalahan ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan pelajar menjadi mangsa guru.Apabila pelajar menjadi mangsa ,maka akan wujud perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar terhadap guru yang seterusnya akan mewujudkan kekecohan dalam sistem persekolahan tersebut.Maka atas dasar inilah ,maka kaunselor harus berperanan membantu guru-guru dan kakitangan sekolah untuk memnyelesaikan permasalahan diri mereka terlebih dahulu.

Kaunselor perlu mengadakan pelbagai program untuk memenuhi masa ruang para pelajar terutama pada waktu cuti penggal dan setelah tamat peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Ssekolah Rendah,Penilaian Menengah Rendah ,Sijil Peperiksaan Malaysia dan Sijil Tinggi Perekolahan Malaysia . Perkara ini amat penting kerana pada kebiasannya para pelajar yang agak lemah tidak mempunyai apa-apa program.Mereka lebih suka merayau dan melepak bersama rakan-rakan.Dan sudah tentulah akan timbul gejala-gejala negatif di kalangan mereka.Justeru itu,kaunselor harus memainkan peranan dalam mengisi ruang masa yang wujud di kalangan pelajar dengan mengadakan pelbagai program seperti perkhemahan ,kem motivasi ,bengkel-bengkel dan lain-lain yang difikirkan perlu.Ini penting agar masa yang terluang di kalangan pelajar tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya mengikut nilai-nilai yang diterima oleh agama dan masyarakatnya.